buletin pendidikan khas - usmweb.usm.my/education/buletinpendkhas/buletin... · program intervensi...

17
Tarikh: Mac 2009 Jilid 1, Bil. 1/2009 Buletin Pendidikan Khas Buletin Pendidikan Khas J A S A M U D I K E N A N G ms 11 ms 7 ms 13 ms 12 ms 14 PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN Tahukah anda di mana bilik Pendidikan Khas berada? Bilik Pendidikan Khas adalah salah satu infrastruktur yang disediakan oleh PPIP untuk kemudahan para pelajar program pendidikan khas di sini……. m/s 10

Upload: vandieu

Post on 30-Jan-2018

262 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Tarikh: Mac 2009 Jilid 1, Bil. 1/2009

Buletin

Pendidikan Khas

Buletin Pendidikan Khas

J A S A M U D I K E N A N G

ms 11

ms 7

ms 13

ms 12

ms 14

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

Tahukah anda di mana bilik

Pendidikan Khas berada?

Bilik Pendidikan Khas adalah salah satu

infrastruktur yang disediakan oleh PPIP untuk

kemudahan para pelajar program pendidikan

khas di sini…….

m/s 10

Page 2: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

B E R S A T U B E R J U A N G B E R J A Y A

Dari Meja Pengarang Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt, penguasa semesta

alam . ‘Sekolah cacat’… ‘budak cacat’…cikgu cacat’… itu

antara ungkapan yang sinonim dengan pendidikan khas

sekarang. Kenapakah kita sebagai manusia yang bertamadun

memiliki minda seumpama itu?. Sebagai makhluk Allah yang

paling mulia, kita sepatutnya melakukan anjakan

paradigma dalam menerima kepelbagaian sebagai satu

keunikan yang perlu disyukuri bersama. Kemunculan Buletin

Pendidikan Khas ini bertujuan untuk mencelikkan mereka

yang sememangnya telah celik dan menerangkan kepada

mereka yang telah terang tetapi terkapai dalam kekaburan.

Semoga keluaran sulung Buletin ini dapat dimanfaatkan

untuk semua. Harapan kami, mestilah kita bersama-sama

memartabatkan hak dan peluang golongan berkeperluan khas

untuk mereka menikmati erti kehidupan.

Usah dirindu pada lautan,

Kerana ombak tetap ke pantai,

Usah dirayu pada suratan,

Bukannya bangsa bijak dan pandai.

.

Fikir-fikirkanlah…….

Musa

P e r u t u s a n p e n g a r a h b p k , K P M

P endidikan Khas adalah satu bidang yang berkembang pesat seiring dengan peredaran

masa dan perkembangan teknologi. Guru menjadi

faktor penentu dalam peningkatan pencapaian

kualiti pendidikan murid berkeperluan khas. Oleh

itu, usaha Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM

untuk menghasilkan Buletin Pendidikan Khas

merupakan langkah murni yang perlu disokong oleh semua pihak. Buletin ini menjadi satu

landasan yang sesuai untuk guru pelatih berkongsi maklumat hasil penyelidikan atau

pengalaman dan idea dengan rakan seperjuangan dan juga pihak yang berminat dalam pen-

didikan khas. Bahan ini juga boleh dijadikan sumber literatur dalam bidang

pendidikan khas bagi peristiwa tertentu mengikut konteks yang bersesuaian.

Melalui penerbitan Buletin Pendidikan Khas ini diharapkan akan

memberi inspirasi kepada bakal guru pendidikan khas khususnya keluaran

USM, untuk menjadikan penulisan sebagai satu budaya yang bakal dipraktik-

kan secara berterusan. Usaha sedemikian bakal menyumbangkan kepada

warga pendidikan yang berkualiti di masa hadapan. Hasrat ini bertepatan

dengan keperluan KPM yang sentiasa memberi rangsangan dan dorongan

kepada guru-guru menghasilkan penulisan dalam bentuk perkongsian pengala-

man untuk kesejahteraan bersama. Pada masa kini didapati tidak begitu ramai

guru yang tampil menghasilkan bahan penulisan untuk dikongsikan sama ada

dalam bentuk laporan ataupun buku. Buletin ini juga secara tidak langsung

menjadi rekod aktiviti pra-perkhidmatan dan penglibatan pelajar USM dalam

bidang pendidikan khas.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah kepada USM khususnya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan di atas

usaha menghasilkan Buletin Pendidikan Khas ini.

Sekian, terima kasih.

S I D A N G P E N G A R A N G

PENASIHAT

Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed

KETUA EDITOR

Dr. Lee Lay Wah

SIDANG EDITOR

En. Musa bin Eden (Ketua AJK)

Cik Shakila bt. Basri (Setiausaha)

Cik Yusniyanti bt. Yunos

Cik Sabrinna bt. Amat Dusin

En. Muhammad Nurillhaffizs

b. Othman

PAKAR PERUNDING BAHASA

MELAYU JEMPUTAN

Profesor Madya Dr. Ishak Ramly

En. Bong Muk Shin

Pangarah,

Bahagian Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buletin Pendidikan Khas 2

Page 3: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

P E R U T U S A N D E K A N P P I P

A ssalamualaikum dan

salam sejahtera……

Terima kasih saya

ucapkan kepada jawatankuasa

Buletin Pendidikan Khas atas

kesudian pihak anda memberi

kesempatan kepada saya untuk

merakamkan sepatah dua kata

dalam Buletin Pendidikan Khas

sesi 2008/2009 edisi pertama ini.

Tahniah dan syabas diucapkan

atas kejayaan warga kerja

penerbitan buletin kerana berjaya

menghasilkan Buletin Pendidikan

Khas, Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan ,Universiti Sains

Malaysia. Saya berasa amat

bangga di atas usaha yang kita

lakukan untuk mencelikkan dunia

mengenai pendidikan khas ini.

Kekuatan bangsa dan negara

terletak kepada generasi muda

hari ini. Inilah antara sebab

kerajaan memberi tumpuan utama

kepada pendidikan untuk

memungkinkan generasi kini

kebal bagi menghadapi sebarang

cabaran pada masa hadapan. Hal

ini harus sama-sama

diperjuangkan oleh tokoh-tokoh

pendidikan khas. Selaras dengan

itu, Universiti Sains Malaysia di

bawah Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan telah mengambil

langkah bijak dengan menjadikan

pendidikan khas sebagai bidang

keutamaan kita.

Keperadaban manusia

terletak pada kekuatan ilmu.

Semakin tinggi penguasaan ilmu

seseorang, semakin mudah untuk

mereka bersaing dalam dunia

globalisasi ini. Bagaimana pula

dengan golongan kelainan upaya?

Atas dasar demokrasi pendidikan

maka USM telah mengambil

langkah dengan memulakan

program pendidikan khas sebagai

program yang ditawarkan bermula

pada sidang akademik 2003/2004.

Seperti yang kita semua

maklum, pendidikan khas di

negara kita masih ketinggalan.

Lantaran itu, USM berusaha

untuk melahirkan lebih ramai

guru yang berkebolehan dan

berkelayakan dalam bidang ini

untuk membantu anak-anak

bangsa kita dari golongan

kelainan upaya dapat meneruskan

tradisi dan budaya hidup sihat dan

meyakinkan.

USM adalah sebuah

”Universiti Penyayang”. Slogan

ini menjadikan USM dikenali oleh

khalayak ramai. Atas kesedaran

itu, USM telah menyediakan

segala kemudahan infrastuktur

untuk golongan ini. Segala usaha

yang digembelingkan itu

merupakan satu kerugian

seandainya PPIP tidak mengambil

kesempatan infrastruktur yang ada

untuk melaksanakan program

pendidikan khas. Usaha-usaha ini

akan membantu memudahkan

pelajar berkeperluan khas dalam

menjalani pembelajaran mereka.

Seperti yang telah saya

nyatakan tadi, atas dasar

demokrasi pendidikan, program

pendidikan khas di USM telah

membuka peluang kepada

golongan berkeperluan khas untuk

melanjutkan pelajaran mereka ke

peringkat tinggi.

Tidak keterlaluan jika saya

katakan bahawa graduan

pendidikan khas USM umpama

”pisang goreng panas ” dalam

pasaran pendidikan masa kini.

Berlakunya keadaan ini kerana

kemantapan program pendidikan

yang dilaksanakan oleh PPIP.

Sebagai mengakhiri

ucapan saya...

” renungkanlah, anda sebagai

guru pendidikan khas bukan

sahaja mendapat keistimewaan di

dunia tetapi anda juga diberi

tempat yang istimewa di akhirat

nanti...insyaallah”.

Sekian, terima kasih.

Profesor Dr. Abdul Rashid

Mohamed.

Dekan, Pusat Pengajian Ilmu

Buletin Pendidikan Khas 3

Page 4: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

P E R U T U S A N P E N G E R U S I R A N C A N G A N

Matlamat utama program

Sarjana Muda Pendidikan

(Pendidikan Khas) PPIP adalah untuk

membentuk guru pendidikan khas

yang mempunyai pengetahuan serta

kemahiran yang mendalam dalam

teori dan amalan bidang pendidikan

khas dan inklusif. PPIP mampu

memikul tanggungjawab mendidik

guru-guru pendidikan khas dengan

serius kerana guru-guru lepasan

program ini akan menjadi tunggak

kepada komuniti pendidikan khas di

Malaysia.

Semenjak program ini

dimulakan pada tahun 2003, pelbagai

agenda telah dilaksanakan untuk

mengekalkan kualiti program ini.

Penambahbaikan dari segi kurikulum,

perkaedahan pengajaran serta

kelengkapan dan sumber sentiasa

berterusan. Antara penambahbaikan

yang dilaksanakan pada tahun 2009

adalah penyediaan bilik pendidikan

khas yang dilengkapi dengan

pelbagai infrastruktur untuk

menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran.

Di samping itu, Buletin

Pendidikan Khas PPIP mula

diterbitkan pada tahun ini dengan

objektif menyebarkan ilmu dalam

bidang pendidikan khas serta

mendekatkan lagi kolaborasi antara

warga PPIP dengan komuniti

pendidikan khas. Dari segi teknologi,

ePKhas, iaitu repositori multimedia

juga telah dibangunkan untuk guru-

guru pendidikan khas di Malaysia

bagi tujuan perkongsian ilmu dengan

masyarakat sejagat. Pada tahun ini

juga, sukan OKU turut diperkenalkan

di USM. Justeru, warga pendidik

dalam atau luar kampus dipelawa

untuk merebut segala peluang yang

ada.

Program Sarjana Pendidikan

(Pendidikan Khas) mod campuran

telah dirancang pada tahun ini dan

diharapkan bahawa program ini akan

dapat ditawarkan pada masa depan

yang singkat.

Sebagai pengasas program

pendidikan khas di PPIP dan selaku

pengerusi rancangan semasa, saya

amat berharap agar semua guru

pelatih pendidikan khas akan

memanfaatkan segala ilmu yang

diperoleh melalui program ini.

Kepada semua guru pelatih yang akan

tamat pengajian pada tahun ini, saya

mengucapkan syabas dan tahniah.

Diharapkan apa yang telah dipelajari

di sini dijadikan ‘batu loncatan’

dalam menyemai dan memupuk

kematangan diri sebagai pendidik.

Kepada semua guru pelatih yang

masih bersama kami, teruskan usaha

anda untuk menimba ilmu dan

kemahiran yang akan membolehkan

anda menyumbang kepada komuniti

pendidikan khas kelak.

Akhir kata, saya ingin mengam-

bil kesempatan ini untuk mengucap-

kan terima kasih kepada semua pen-

syarah, AJK Buletin Pendidikan

Khas, AJK Kerja Bilik Pendidikan

Khas dan AJK Sukan OKU serta se-

mua guru pelatih yang telah beker-

jasama untuk menjayakan program

pendidikan khas di PPIP.

Padi pulut si padi bentan,

Tanam secupak tumbuh segantang,

Ilmu dituntut penuh di badan,

Bekalan kita masa berjuang.

Sekian, terima kasih.

Dr Lee Lay Wah

Pengerusi Rancangan

(Pendidikan Khas)

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,

USM.

Larilah Jika Boleh ~ .

Kau sekarang sudah dihujungkan

Semua sudut sudah mengepungmu

Semua jalan sudah melurumu.

Kau sekarang sudah terdorong

Semua pintu sudah menutupmu

Semua langkah sudah menguncimu.

Apakah kau memencak kegilaan

Apakah kau menggeram kegigilan

Apakah kau meraung kehibaan!

Jantanmu sekarang di mana?

Kelmarin bicaramu yang mengaung

benua

Didihkan sendiri api yang kau bara.

Larilah jika boleh

Hendak kulihat jantan sikapmu

Segala tembok telah kualih.

Masuri S.N.

Buletin Pendidikan Khas 4

Page 5: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas di Universiti

Sains Malaysia

P enubuhan Program Pendidikan Khas di Universiti

Sains Malaysia adalah bagi memenuhi hasrat kerajaan

untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas.

Dalam pada itu, usaha murni ini bertumpuan untuk

memenuhi keperluan di sekolah-sekolah pendidikan khas

yang kini semakin banyak diwujudkan tetapi mengalami

kekangan kurangnya profesional dalam bidang ini.

Justeru, dalam menyahut seruan kerajaan untuk

mengatasi kekangan yang wujud dalam bidang pendidikan

khas ini, pihak PPIP telah mengorak langkah untuk

menubuhkan program sarjana muda pendidikan khas.

Maka, pada tahun 2001, perancangan yang jitu telah dibuat

oleh Dr. Lee Lay Wah yang bertanggungjawab untuk

membina dan mengimplementasi program Sarjana Muda

Pendidikan (Pendidikan Khas) di USM.

Usaha serta kesungguhan Dr. Lee Lay Wah untuk

mengenegahkan program Pendidikan Khas di USM telah

mendapat sokongan daripada semua pihak. Buktinya, corak

pengambilan dan kemasukan pelajar bertambah dari semasa

ke semasa.

Kemasukan sesi pertama program pendidikan khas

bermula pada sidang akademik 2003/04, dengan jumlah

pelajar seramai 38 orang. Bilangan pelajar telah bertambah

dari semasa ke semasa. Program pendidikan khas ini juga

dibuka bagi guru-guru dalam perkhidmatan untuk

menyambung pelajaran pada peringkat ijazah. Program

untuk guru-guru ini dinamakan Program Khas Pengijazahan

Guru (PKPG). Statistik pengambilan pelajar mengikut

tahun adalah seperti berikut:

Matlamat

Rancangan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan

Khas) bertujuan untuk menyediakan pendidik yang mampu

menangani keperluan murid-murid yang mempunyai

keperluan khas. Pendidikan khas yang dirancang adalah bagi

murid-murid yang berketidakupayaan sensori (iaitu

bermasalah pendengaran atau penglihatan), murid-murid

dalam pelbagai kategori masalah pembelajaran, murid-murid

yang berketidakupayaan mental serta murid-murid pintar

cerdas.

Melalui program ini, peserta akan mendapat

pengetahuan yang mendalam tentang teori-teori dan amalan

pengajaran pendidikan khas. Di samping itu, peserta juga akan

memperoleh pengetahuan dan kemahiran merancang dan

menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan khas.

Tahun Bilangan pelajar

2003/2004 38 orang

2004/2005 42 orang

2005/2006 52 orang

24 orang (PKPG)

2006/2007 31 orang

50 orang (PKPG)

2007/2008 51 orang

2008/2009 72 orang

2009/2010 Dijangka seramai 90

orang akan mengambil

program pendidikan

khas di USM.

Buletin Pendidikan Khas 5

Page 6: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Objektif Program:

1. Membina pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dalam bidang

pendidikan khas bagi menangani masalah murid-murid yang

mempunyai pelbagai keperluan.

2. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam penilaian

murid-murid berkeperluan khas.

3. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam

merancang, mengurus dan melaksanakan kurikulum dan

program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan

murid-murid khas.

4. Membina pengetahuan dan kemahiran pedagogi melalui

penguasaan dan aplikasi teori dan teknik mengajar murid-

murid berkeperluan khas di sekolah rendah dan menengah.

5. Membina pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam

subjek akademik agar peserta boleh mengajar murid-murid

berkeperluan khas dan juga murid-murid biasa dalam subjek

akademik tertentu.

6. Membina kemahiran asas dalam teknologi bantuan dan

suaian supaya dapat membantu murid-murid berkeperluan

khas.

7. Membina pengetahuan dan kemahiran asas dalam

penyelidikan bidang pendidikan khas.

***

KOD TAJUK KURSUS

PPK 211/4 Masalah Pembelajaran

PPK 212/4 Masalah Pendengaran

PPK 213/4 Masalah Penglihatan

PPK 311/3 Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah

Pembelajaran

PPK 312/3 Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah

Pendengaran

PPK 313/3 Pendekatan Pengajaran Pelajar Bermasalah

Penglihatan

KOD TAJUK KURSUS

PPK 333E/3 Music, Art and Physical Education Ther-

apy

PPK 431/4 Masalah Disleksia

PPK 432/3 Kanak-kanak Terencat Akal Teruk

PPK 433/3 Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat

PPK 434/3 Masalah Fizikal dan Keperluan Kesihatan

PPK 435/4 Kaunseling Keluarga Kanak-kanak Khas

PPK 436/3 Seminar Isu-isu Pendidikan Khas

Buletin Pendidikan Khas 6

KOD TAJUK KURSUS

PPK 101/3 Pengantar Pendidikan Khas

PPK 102/3 Perkembangan dan Pembelajaran Insan

PPK 201/3 Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian

Kanak-Kanak

PPK 221/4 Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira

dalam Pendidikan Khas

PPK 222/4 Kemahiran Vokasional dalam Pendidikan

Khas

PPK 223/4 Kemahiran Hidup dalam Pendidikan Khas

PPK 290/2 Internship

PPK 331E/4 Technology and Innovation for Special Edu-

cation

PPK 332/4 Pendidikan Khas Peringkat Awal Kanak-

Kanak

PPK 334/4 Pengurusan Masalah Emosi dan Tingkah

Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

PPK 335/3 Masalah Bahasa dan Komunikasi

PPK 490/10 Praktikum Pendidikan Khas

Struktur Kursus Komponen Pendidikan Khas:

Kursus Wajib

Kursus Tumpuan Pengkhususan

Kursus Pilihan

...Shakila...

Page 7: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

J A S A M U D I K E N A N G E n s a r i p s e l a m a t

( 2 0 0 3 - J U L A I 2 0 0 8 )

Nama : En. Sarib bin Selamat

Seorang pensyarah yang dedi-

kasi dan disayangi oleh semua

pelajar. Beliau dikenali sebagai

“Abah” dalam kalangan pelajar

pendidikan khas.

BBBB eliau mula bersekolah di Sekolah Melayu di

pekan Parit Raja Batu Pahat, Johor. Ketika di darjah 4

terpilih ke Special Malay Class di Lim Poon Primary Boy’s

School, Batu Pahat. Seterusnya beliau telah menerima pen-

didikan menengah di High School Batu Pahat sehingga tamat

tingkatan Lima.

Seterusnya, beliau telah mengikuti kursus pergu-

ruan, di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru.

Beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah rendah di

Kedah dan Johor, juga di sebuah sekolah menengah di

Kedah sebelum bertugas di Institut Perguruan Darulaman

pada tahun 1992 hingga 2003. Selepas itu bertugas di USM

sehingga Julai 2008.

Beliau pakar dalam masalah pendengaran dan kerap

menjadi jurubahasa isyarat di mahkamah Alor Setar,

Kedah. Beliau merupakan pengerusi penyediaan kurikulum

pendidikan khas bagi Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia

mula dari tahun 1996-2003 dan juga bekerjasama dengan

Jabatan Pendidikan Khas dalam penyediaan buku ujian

diagnostik yang diguna pakai oleh guru-guru Pemulihan

Khas seluruh Malaysia ketika ini.

Beliau mula terlibat dalam dunia pendidikan khas

secara tidak sengaja. Mulanya, beliau hanya ingin berjumpa

dengan rakan yang ketika itu sedang mengikuti Kursus Pen-

didikan Khas masalah pendengaran di MPIK, KL. Oleh

kerana kursus yang dijalankan itu masih kekurangan pelajar,

beliau dipelawa oleh pensyarah di situ untuk mengikutinya.

Itulah detik mula beliau terlibat dalam dunia pendidikan khas

dan terus jatuh cinta dengan bidang ini.

Buletin Pendidikan Khas 7

Setelah tamat belajar pada akhir tahun 1977 beliau ditempat-

kan di Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohd Sharif, Alor

Star, Kedah, dalam program integrasi. Pada tahun 1985

beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat

sarjana muda dan sarjana di Northern Illinois Universiti,

De Kalb, USA dalam bidang pendidikan khas. Pulang se-

mula ke tanah air setelah tamat pengajian pada bulan Mei

1989 beliau telah mengajar di Sekolah Menengah Syed

Mohamed Al Bukharu, Alor Setar di program integrasi

masalah pendengaran.

Beliau telah mengajar di IPTA setelah dipelawa

oleh Institut Perguruan Darulaman Jitra dan bertugas sebagai

pensyarah di Unit Pendidikan Khas Pemulihan mulai tahun

1992. Semasa bertugas di sana , beliau berpeluang mengikuti

kursus pendek di Christchurch, New Zealand selama 4 bulan

pada tahun 1994.

Mulai tahun 1996 beliau telah dilantik menjadi

Ketua Unit Pendidikan Khas, merangkap penyelaras program

KDPK/KPLI sehingga bersara pada April 2003. Beliau mula

bertugas di USM pada Julai 2003 sebagai pensyarah di pro-

gram pendidikan khas dan bersara dari USM pada Julai

2008. Semasa di USM, beliau telah terlibat dalam kajian

yang diketuai oleh Prof. Aminah Ayub bartajuk ‘Kajian

Keberkesanan Program Pendidikan Khas Intergasi-Inklusif

di Malaysia’ dan telah membentangkan hasil kerja ini di

Seminar Pendidkan Khas Kebangsaan ke -7 di Johor Bahru

pada April 2008.

Kini beliau menjadi pensyarah pendidikan di IUCTT

(International Unversity Collage Of Twintech) Bangi, dan

pensyarah sambilan di UPSI Tanjung Malim, Perak, dan

sehingga kini tetap bersemangat mengajar dalam bidang

pendidikan khas.

Dari darat ke padang kota,

Hendak membeli si kain sari,

Tuan ibarat batu permata,

Bersalut emas manis di jari.

...Sabrina...

P e n g l i b a t a n d a l a m

p e n d i d i k a n k h a s

Page 8: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Pasang surut kehidupan……

aku terlalu rendah…tetapi, kisah hidupku panjang…

panjang seperti sukar berakhir..

aku sangat simple..tetapi, kisah hidupku sangat

rumit…

aku tidak suka mencari masalah…

dalam tak sedar aku membuat masalah...

aku selalu fikirkan kebahagiaan, tetapi aku berikan

kekecewaan yang dahsyat kepada orang lain....

aku sendiripun tidak ingin jadi insan yang

kehidupannya punya kisah pasang dan surut yang

sukar berakhir....

saat aku rasa gembira.........

aku rasa derita, kerana aku bahagia atas penderitaan

orang lain......

aku yang bernama X

aku yang terlalu kecil...

tetapi mencipta sesuatu yang terlalu besar dan

sangat sukar.........

namun yang pasti kini, aku tak akan kembali

mencipta sesuatu yang sukar...

pasang surut kehidupan...

masih dapat diatasi dengan satu perhitungan

yg mesti aku lakukan..

Shakila USM 09

Buletin Pendidikan Khas 8

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Bersatu, berkerjasama dalam mencapai

matlamat program pendidikan khas.

Pendidikan Khas adalah di bawah USM.

5 jalur putih bermaksud lima komponen perkembangan

dalam pendidikan khas iaitu komponen intelek,

komponen bahasa dan komunikasi, komponen sosial dan

emosi, komponen jasmani, dan komponen rohani . Ia juga

merupakan sinar harapan untuk golongan berkeperluan

khas.

Di samping itu jalur-jalur juga melambangkan hala tuju

perkembangan program pendidikan khas. Jalur-jalur ini

membawa harapan seluruh warga USM dalam

memperkembangkan program pendidikan khas ke seluruh

dunia.

Isyarat tangan melambangkan bahagian

Masalah Pendengaran dalam program

pendidikan khas di USM

Gambar mata melambangkan bahagian

masalah penglihatan dalam program

pendidikan khas di USM.

Gambar otak melambangkan bahagian

masalah pembelajaran dan juga

bahagian pintar cerdas dalam program

pendidikan khas di USM

Pemilihan warna

ungu: warna rasmi untuk USM

kuning: warna rasmi untuk program pendidikan khas.

Logo ini telah dicipta oleh Shakila, Musa,

Haffiz, Yusniyanti dan Sabrina.

Hak milik Pendidikan Khas USM

Page 9: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 9

Infrastruktur Bilik Pendidikan Khas

P rofesor Dr. Abdul Rashid Mohamed, Dekan, Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)

menegaskan bahawa program pen-

didikan khas adalah merupakan satu

bidang keutamaan PPIP. Lantaran

itu sehingga 2009, PPIP telah

menyediakan pelbagai infrastruktur

untuk pelajar program pendidikan

khas. Antaranya ialah menyediakan

bilik pendidikan khas, bilik kedap

bunyi, bilik sensori, alatan teknologi

bantuan, ePKhas USM (repositori

sumber multimedia untuk

pendidikan khas), serta alatan

penilaian murid berkeperluan khas.

Pada masa ini, semua

kemudahan yang disediakan itu

berada dalam proses kemaskini dan

penambahbaikan. Mengikut Dr. Lee

Lay Wah, usaha sedang giat

dijalankan agar kesemua

kemudahan tersebut dapat

digunakan sepenuhnya pada semesta

akan datang.

Pada masa sekarang, bilik

Pendidikan Khas sedang dilengkapi

dengan bahan teknologi canggih

untuk P&P. Contohnya TV LCD,

projektor dan skrin, serta

Smartboard.

Selain itu, terdapat juga

BBM seperti model mata, telinga

dan otak, serta alatan untuk melatih

kemahiran motor, dan kemahiran

manipulatif.

Di samping itu, bilik ini

juga dilengkapi dengan alatan

teknologi bantuan dan perisian

untuk pengendalian proses P & P.

Antaranya mesin braille, mesin

embossor, perisian JAWS dan

Duxbury untuk mengikuti P & P

dalam bidang masalah

penglihatan. Bagi bidang masalah

pendengaran pula, alatan seperti

kit pendengaran (hearing kit),

mesin audiometer, serta alat tala

bunyi disediakan. Bahan untuk

bidang masalah pembelajaran

termasuk Intellitools, SOLO

Co-Writer, BoardMaker dan suis.

Alatan walker dan kerusi roda

juga disediakan.

Page 10: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 10

Bilik Pendidikan Khas juga

dilengkapi dengan buku-buku,

jurnal-jurnal serta bahan cetak

terbitan KPM dan organisasi

pendidikan khas lain. Buku-buku

serta artikel-artikel daripada

pensyarah-pensyarah pendidikan

khas dari USM juga disediakan

sebagai rujukan untuk pelajar.

Hasil kerja kursus pelajar yang

baik juga disediakan sebagai

contoh.

PPIP berharap agar bilik

Pendidikan Khas dapat digunakan

semaksima yang mungkin untuk

tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Pada masa sekarang,

kelas braille dikendalikan dalam

bilik ini. PPIP juga berharap bilik

ini dijadikan Pusat Sumber

Pendidikan Khas untuk pensyarah

dan juga pelajar. Bilik Pendidikan

Khas juga boleh dijadikan sebagai

bilik interaksi pelajar pendidikan

khas, tempat mesyuarat untuk

pensyarah dan pelajar, tempat

bengkel, tempat kerja serta tempat

perbincangan pelajar.

Selain itu, PPIP juga berharap

agar bilik ini boleh dijadikan

sebagai pusat pengedaran

maklumat mengenai pendidikan

khas kepada pelawat. Bilik

Pendidikan Khas ini juga boleh

dijadikan sebagai tempat tumpuan

khidmat masyarakat setempat. Hal

ini kerana bilik ini direka supaya

mesra OKU berasasakan konsep

“Universal Design”. Pelajar-pelajar

yang ingin menggunakan bilik ini

untuk tujuan aktiviti pendidikan

khas boleh menghubungi AJK

Kerja Bilik Pendidikan Khas yang

diketuai oleh Sdr. Harith.

...Musa....

Page 11: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 11

ePKhas merupakan projek kajian

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,

Universiti Sains Malaysia yang ditaja

oleh Geran Penyelidikan USM

bertajuk “Design, development and

evaluation of an online multimedia

objects-repository for special

education”. ePKhas boleh dicapai di

http://epkhas.ses.usm.my

Tujuan utama ePKhas adalah

untuk membina dan menyebarkan

sumber pengajaran digital untuk

kegunaan semua pendidik dalam

bidang pendidikan khas di Malaysia.

Sumber-sumber digital dalam ePKhas

merangkumi rancangan mengajar

harian, objek pembelajaran multimedia

serta artikel ringkas. Hasil kerja sumber

pengajaran digital guru-guru pelatih

program pendidikan khas PPIP akan

disimpan dalam repositori ini untuk

tujuan dikongsi bersama dengan para

pendidik yang lain. Hasrat ini selaras

dengan moto USM iaitu “Memastikan

Kelestarian Hari Esok”.

Guru-guru pendidikan khas

serta semua warga yang terlibat dengan

perkhidmatan pendidikan khas di

Malaysia digalakkan untuk mendaftar

sebagai ahli ePKhas. Individu yang

mendaftar sebagai ahli boleh

mengakses sumber tersebut secara

percuma dan menggunakan sumber

tersebut, tertakluk kepada syarat-

syarat penggunaan yang ditetapkan.

Sebagai ahli, guru boleh mencari

sumber multimedia, pratonton

sumber tersebut serta muat turun

sumber yang dikehendaki.

Di samping menggunakan sumber

ePKhas, ahli ePKhas juga digalakkan

untuk menjadi penyumbang ilmu.

Satu templat Rancangan Mengajar

ePKhas © telah dibina untuk

membimbing guru menghasilkan

rancangan mengajar mereka

tersendiri.

Repositori ePKhas ini bersifat

dinamik dan akan senantiasa

ditambahbaik dengan sumber-sumber

yang baru, oleh itu semua guru

digalakkan untuk melawati repositori

ini dari semasa ke semasa. Selamat

melayari ePKhas.

Ketua Projek dan Perekabentuk ePKhas: Dr. Lee Lay Wah

Ahli projek ePKhas: Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed, Dr. Ong Saw Lan, Prof. Madya Dr. Sharifah Norhaidah

...Dr. Lee Lay Wah...

ePKhas: Repositori Sumber Multimedia untuk Pendidikan Khas

Page 12: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 12

Berita yang sukar untuk diterima oleh semua pelajar

program pendidikan khas pengambilan tahun 2007 apabila

seorang daripada rakan mereka telah kembali ke rahmatullah

menghadap Tuhan yang Esa pada 23–Feb-2009. Beliau ialah

Ramly bin Mohd Hanafiah. Anak kelahiran negeri Kedah ini

dilahirkan pada 15-12-1978. Beliau sebelum ini mengajar se-

lama 6 tahun di SK Desa Baiduri, Cheras dan seterusnya

menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di USM pada Jun

2007. Namun, Allah lebih menyayangi allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.

AMIN….

Ramly Mohd

Hanafiah

H A R I T O N G K A T P U T I H S E D U N I AH A R I T O N G K A T P U T I H S E D U N I AH A R I T O N G K A T P U T I H S E D U N I AH A R I T O N G K A T P U T I H S E D U N I A

Al-Fatihah

Hari Tongkat Putih Sedunia disambut pada 15 Oktober setiap tahun di seluruh dunia. Di

Pulau Pinang, Hari Tongkat Putih dianjurkan oleh St. Nicholas Home. Hari tersebut telah diraikan

oleh 200 peserta dengan mencuba akses kemudahan pengangkutan awam.

Pada tahun lepas, program pendidikan khas, PPIP juga telah turut serta meraikan HTP Sedunia

bersama pihak St Nicholas. Program pendidikan khas, PPIP telah menghulurkan sedikit

sumbangan kewangan dan juga sukarelawan. Seramai 100 orang golongan istimewa bersama

100 orang sukarelawan termasuk 20 orang pelajar USM, terlibat dalam program tersebut. Semua

peserta berkumpul di St Nicholas Home, Pulau Pinang. Pada hari tersebut, sukarelawan telah ber-

sama golongan celik hati ini untuk menerokai persekitaran menggunakan perkhidmatan pengang-

kutan awam.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya

kemudahan awam bagi komuniti OKU. Komuniti masalah penglihatan juga berhak menikmati

kehidupan sama seperti orang lain.

Mereka dibawa menaiki bas Rapid Penang ke terminal Feri di Weld Quay, kemudian mereka

menaiki feri ke Butterworh menuju ke stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM). Mereka diberi

taklimat dan makan tengah hari sebelum majlis bersurai.

Setelah semuanya selesai, peserta telah berpatah balik ke St. Nicholas. Penglibatan pelajar

program pendidikan khas USM sebagai sukarelawan membuka mata mereka dalam mengenali

insan berkeperluan khas. Hari tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan.

…..Sabrina...

Peserta-Peserta

Page 13: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 13

B e n g k e l L a t i h a n O r i e n t a s i d a n M o b i l i t i P r o g r a m

B e r m a s a l a h P e n g l i h a t a n U S M

Penganjuran Bengkel Orientasi dan Mobiliti, program bermasalah

penglihatan julung kali diadakan dan

dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan dengan bimbingan

Dr. Lee Lay Wah. Bengkel ini diada-

kan dengan hasrat untuk mengalami

keadaan masalah penglihatan melalui

proses simulasi. Hasrat ini seiring

dengan hasrat pendidikan khas di Ma-

laysia, terutamanya pendidikan kanak-

kanak istimewa bermasalah pengli-

hatan yang telah mendapat tempat

pada mata masyarakat. Masyarakat

sekarang lebih sedar akan kepentingan

pendidikan untuk kanak-kanak

bermasalah penglihatan.

Bengkel ini telah diadakan pada

10 Oktober 2008 dengan mensasarkan

kepada semua pelajar tahun satu

Sarjana Muda Pendidikan Khas dan

seramai 14 orang peserta telah

melibatkan diri.

Bengkel ini diadakan bagi

mendedahkan bakal pendidik dengan

persekitaran sebenar alam perguruan

yang menjurus kepada pendidikan

bermasalah penglihatan. Dalam beng-

kel ini, aktiviti simulasi diberikan agar

bakal pendidik dapat merasai situasi

sebagai seorang yang bermasalah

penglihatan di dalam menjalani

kehidupan seharian.

Objektif utama sepanjang bengkel

ini dilaksanakan adalah untuk

menyedari dan mengaplikasikan

peraturan-peraturan bersopan apabila

bertemu dengan individu yang

bermasalah penglihatan, menguasai

kemahiran memandu seseorang

bermasalah penglihatan dengan

menggunakan Teknik Pemandu Nampak

dan memberi latihan asas sebagai

sukarelawan bersama St. Nicholas

Home, Penang sempena “ World

White Cane Day”.

...Yusniyanti...

Page 14: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 14

Hari Interaksi Sukan Bersama

Orang Kelainan Upaya Universiti Sains Malaysia 2009

Sabtu- 28 Februari , satu aktiviti

interaksi sukan Orang Kelainan

Upaya, Universiti Sains Malaysia

telah diadakan di Kompleks Sukan

Badminton USM. Aktiviti tersebut

dianjurkan oleh Unit Sukan USM

dan disokong oleh Program

Pendidikan Khas, PPIP. Majlis yang

bermula pada pukul 0900 pagi dan

berakhir pada 1200 tengahari telah

dirasmikan oleh Profesor Madya Dr.

Omar bin Osman, Timbalan Naib

Canselor Bahagian Hal Ehwal

Pembangunan dan Pelajar (TNC

HEPP) Universiti Sains Malaysia.

Dalam majlis tersebut, beliau

menegaskan aktiviti yang dijalankan

adalah bertujuan untuk

memperkenalkan sukan OKU

kepada masyarakat umum khususnya

kepada warga USM. Warga USM

dipertanggungjawabkan untuk

mengetengahkan sukan warga OKU

ini supaya mereka dapat merasakan

kehidupan yang sama seperti

individu yang lain.

Beliau menyeru agar warga USM

tidak melepaskan peluang untuk

mencuba permainan tersebut.

Justeru, bagi merealisasikan impian

ini, pelajar program pendidikan khas

PPIP yang diketuai oleh Nazirah dan

Firdaus telah mendemontrasikan

permainan goalball yang masih

belum dikenali itu.

Pelajar tahun kedua dan ketiga program

pendidikan khas telah mencuba permainan

goalball dan mengalami sendiri suasana

tersebut. Selain daripada permainan

goalball, Unit Sukan USM dengan kerjasama

persatuan Bola Tampar Duduk Malaysia

telah mendemontrasikan permainan bola

tampar duduk.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah

Profesor Madya Dr. Omar bin Osman (TNC

HEPP USM), Prof. Madya Dr. Tiun Ling Ta

(Presiden Persatuan Orang Cacat Anggota,

Malaysia), Dr. Lee Lay Wah (Pengerusi

Rancangan Program Pendidikan Khas, Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, USM), En.

Mohamad B. Mohd Hanif (Ketua Unit Sukan

USM), Mohd Ramlan bin Syed Mohamad

(Ydp Kelab Penyayang USM), En. Alphonso

(Wakil Persatuan Olahraga Amatur

Malaysia), Yuhaizam Yahya (Wakil Pelajar

OKU USM), ahli Persatuan Bola Tampar

Duduk Malaysia, pemain goalball dari St.

Nicholas Home, warga OKU USM dan

pelajar-pelajar program pendidikan khas

PPIP.

...Shakila & Haffizs...

Bola Tampar Duduk

(Masalah Fizikal)

Perasmian oleh TNC BHEPP

Permainan Goalball

(Masalah Penglihatan)

Page 15: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 15

Adeela bt. Rashidi Tiada Maklumat

Annie Magaret a/p A.

Lourusamy

[email protected]

m.my

Asmak bt.

Asaari@Kamaluddin

[email protected]

om

Bavani a/p Ganason [email protected]

m

Che Rahmah bt. Ahmad Fauzi [email protected]

Faizura bt. Mohammed Nayan [email protected]

Fuziah bt. Muhammaddin butter-

[email protected]

m

Hamidah bt. Jaafar [email protected]

m

Ibrahim b. Zakaria [email protected]

Jamilah bt. Lajuma [email protected]

Juliana bt. Jamrin@Zamzuri [email protected]

y

Khadijah bt. Awat [email protected]

Linkeswaran s/o

Durasamy

[email protected]

om

Mohamad Naim bt. Abd

Shukor

Tiada Maklumat

Mohd Ridzuan b. Mohd

Arshad

[email protected]

Mohd Zaiham b. Masri aman_

[email protected]

Muhammad Haziq b. Abdullah [email protected]

m

Muhammad Naim b. Abd

Shukor

Tiada Maklumat

Mutalib b. Mohd Noor muta-

[email protected]

Nik Kamarudin b. Nik Man Tiada maklumat

Noorhaslinda bt. Zainal Abidin [email protected]

Nor Asilah bt. Abdil-

lah@Mohamad

[email protected]

.my

Nor Haslinda bt. Abu Bakar Tiadak Maklumat

Nor Hazarise bt. Baharom Tiada Maklumat

Nor Sa’adah bt. Mohamed Masri nur_muslimah82@yahoo.

com.my

Norbayzura bt. Senik [email protected]

m

Norihan bt. Md. Jamil [email protected]

Noryusnida bt. Salleh Tiada Maklumat

Nur Aimie Fazirah bt. Abdul

Rahman

Tiada Maklumat

Nur Azimah bt. Ahmad@Anuar [email protected]

Nur Azniwati bt. Mohd Azemi [email protected]

Nur Ifadah bt. Halil [email protected]

Nurul Wahidah bt. Taslim [email protected]

Punitha a/p Kanvidi [email protected]

Siti Aishah bt. Mohd Salim [email protected]

Siti Aminah bt. Mat Sarif [email protected]

Siti Maizura bt. Mansor [email protected]

Tg. Nur Akmarini bt. Tengku

Chek

[email protected]

Wan Mohamad Arif b. Wan

Bakhri

[email protected]

Wan Sharifah Mastura bt. Wan

Mahmud

muta-

[email protected]

m

Yusni bt. Isa Tiada Maklumat

Zalena bt. Abdul Rahman Tan Tiada Maklumat

...Shakila &Haffizs...

Page 16: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 16

Ulasan Buku • Tajuk Buku: Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia

untuk Pendidikan Khas

• Penulis: Hashim Othman.

• Ilustrasi : Nor Afzan Yahya.

• 348 m.s / ilusrtasi berwarna

• Saiz buku : 21 cm(p)x 29.7 cm(l)

Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Khas ialah buku yang ditulis khas untuk pan-

duan guru Bahasa Malaysia kelas Pendidikan Khas. Sebagai panduan lengkap, buku ini menerapkan teori pem-

belajaran bahasa kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak kurang keupayaan mental. Buku yang mengandungi

60 contoh rancangan pelajaran dalam tiga aras pembelajaran mengikut kebolehan kanak-kanak ini mendapat

maklum balas yang positif daripada guru pendidikan khas kerana kesesuaian isi kandungannya dengan kanak-

kanak berkenaan. Isi dalam setiap contoh rancangan pelajaran disusun secara sistematik berdasarkan empat

tema utama iaitu topik, peranan sosial, tempat dan peranan psikologikal yang merangkumi empat tahap pema-

haman, iaitu pengalaman ingatan, pemikiran kritikal, kemahiran integratif dan kemahiran evaluatif. Buku yang

menepati kehendak Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ini bukan sahaja sesuai

untuk kegunaan guru pendidikan khas, malah ia juga sesuai untuk ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak

istimewa berkenaan yang prihatin dengan perkembangan kemahiran bahasa mereka. ...Haffizs…

Sawan Dalam Kalangan Kanak-kanak

Kadangkala, ia juga dikenali sebagai kekejangan, ia biasa berlaku kerana kenaikan suhu

badan yang dikaitkan dengan kerongkong, @ radang telinga, @ jangkitan penyakit yang lain.

Berikut merupakan saranan langkah yang boleh dilakukan ketika berhadap dengan kanak-kanak

yang mengalami sawan:

1. Letakkan bantal @ kain di keliling kanak-kanak agar pergerakan yang keterlaluan tidak

akan menyebabkan kecederaan.

2. Alihkan pakaian, tetapi harus pastikan kanak-kanak tidak kesejukkan. Pastikan terdapat

aliran udara yang baik.

3. Basahkan tuala dengan air yang suam (suhu sederhana) dan lapkan badan kanak-kanak

agar dapat menurunkan suhu badan. Mulakan dengan kepala dan kemudian sehingga ke

keseluruhan badan.

4. Biarkan kanak-kanak berehat seketika jika sawan telah berhenti.

5. Jika perlu, hantar kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

First Aid Manual (2002)

Lee Bee Hiang

(Pendidikan Khas Tahun 3)

Page 17: Buletin Pendidikan Khas - USMweb.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin... · program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid khas. 4. Membina pengetahuan dan kemahiran

Buletin Pendidikan Khas 17

AJK Buletin Pendidikan Khas Mac 2009

AJK Sukan OKU 2009

AJK Kerja Bilik Pendidikan Khas 2009

Harith Zulihi Kiing Pei Nee Nurul

Nuridayah Norazilawati Nazirah Lim Lead Ching

Sebarang komen, cadangan dan pertanyaan serta sumbangan artikel yang berbentuk rencana, puisi dan

bahan-bahan lain, bolehlah dihantar ke emel berikut: [email protected]

Salinan digital buletin boleh dimuat turun dari http://epkhas.ses.usm.my

Dr. Lee Lay Wah

(Pengerusi Rancangan)

Dr. Mohd. Zuri Ghani

Dr. Aznan Che Ahmad

Dr. Zainuddin Mohd. Isa

Musa Haffizs Shakila Yusniyanti Sabrina

Haffizs Firdaus Nazirah