kemahiran asas hoki.docx

9
KEMAHIRAN ASAS HOKI Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK menggelecek longgar - Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. - Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. - Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah menggelecek rapat - Pegangan seperti menggelecek longgar. - Badan juga seperti menggelecek longgar - Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. - Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. - Pemain menukar pegangan

Upload: hazirah-zahari

Post on 14-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

KEMAHIRAN ASAS HOKI

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.  Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu.  Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.

4.1       MENGGELECEKMenggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik.  Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:

CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK

menggelecek longgar

     Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.

     Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.

     Mata memandang bola ketika membuat tolakan.

     Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

     Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah

menggelecek rapat

     Pegangan seperti menggelecek longgar.

     Badan juga seperti menggelecek longgar

     Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak  sambil mengkaji situasi padang.

     Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

menggelecek Indian

     Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.

     Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.

Page 2: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

     Mata seperti menggelecek rapat.     Badan mengikut pergerakan bola.     Apabila kaki menyentuh tanah,

ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar.  Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR

1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus.  Gunakan hanya satu biji bola.

2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.

3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.

4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.  Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.

5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut. 

 

A  --------------10 meter--------------  B

 

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.

7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat

membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua

memperoleh bola tersebut.11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah

seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan  aktiviti ini.

Page 3: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

4.2       MEMUKULKemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki.  Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh.  Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.

MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR

Pegangan

     Letakkankepala kayu hoki di atas tanah

     Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar

     Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.

     Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki.

Cara berdiri

     Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.

     Kedudukan badan seimbang.     Kaki dijarakkan lebih kurang lebar

bahu.     Jari kaki kanan bersudut tegak

dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° - 40°.

Bola     Kedudukan bola selari dengan jari

kaki dan berjarak selesa.

Ayunan

     Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.

     Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul.

     Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju.

Badan     Pada masa bola dipukul, berat badan

berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak.

     Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.

     Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi.

     Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan

Page 4: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

Kuasa untuk memukul bola pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki.

Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL

1. Berdiri satu langkah di belakang bola.  Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan.  Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.

2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada

pasangan.4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. 

Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya.  Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.

5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.

a)    Secara berempat:A menolak bola ke BB memukul bola ke CC menolak bola ke DD memukul bola ke A

Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.

      B                                             C

            A                                             D

b)    Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.

c)    Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri.  Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c).

6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

Page 5: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

4.3       MENGUIT/MENGUISKemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. 

Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing.  Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.

Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan.  Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik.  Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.

Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit.  Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran.  Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola.  Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS

1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut.

2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan.

3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit bola. 

Peringatan.  Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit.  Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

Page 6: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

UNDANG-UNDANG HOKI

3.1       PERATURAN ASASSetiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri.  Demikianlah juga sukan hoki.  Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:

i)     Komposisi pasukan-       Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.-       Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.-       Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.-       Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera

perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.-       Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas

padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

ii)    Mengganti pemain-       Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang

pemain yang telah dinamakan.-       Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang

diambil.-       Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum

keluar.-       Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki

padang.-       Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan

untuk menggantikan pemain.  Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.

-       Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

iii)   Ketua pasukan-       Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam

kalangan mereka.-       Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain

perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.-       Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian

pemain dibuat dengan betul.

iv)   Pakaian dan peralatan pemain-       Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan

lawan.-       Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan

lawan.-       Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila

menghadapi penalty stroke.-       Lain-lain, rujuk 2.0.v)    Perlawanan dan keputusannya

Page 7: KEMAHIRAN ASAS HOKI.docx

-       Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.

-       Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit.  Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

-       Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.-       Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang

sama, maka mereka dianggap sebagai seri.vi)   Permulaan permainan-       Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan

dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.-       Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.-       Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.-       Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada

awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.-       Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah.-       Ciri-ciri hantaran tengah:

-  dilakukan di tengah padang- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan-       Bermain bola dengan back stick-       Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.-       Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu

hoki.-       Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.-       Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol.-       Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.-       Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima

bola tinggi.  Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang.

-       Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol.-       Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut

atau penalti.-       Membuang masa dengan sengaja.-       Menghalang pemain.-       Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana

bahagian badan.-       Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.-       Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil.-       Penjaga gol baring di atas bola.-       Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.-       Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana

bahagian badan.