kemahiran asas kaunseling.doc

22
1.0 Pengenalan Proses bimbingan dan kaunseling adalah salah satu proses untuk membantu seseorang individu ataupun satu kelompok individu untuk mengatasi masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh golongan ini. Proses ini melibatkan seorang individu lain yang diistilahkan sebagai kaunselor yang akan membantu golongan yang mempunyai masalah dan kekeliruan dalam diri mereka. Menurut Gibson & Mitchell,(1999) dalam Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah sebahagian daripada respons kepada keperluan manusia yang keliru dan menjadi punca berbagai-bagai cabaran dalam pertumbuhan seseorang. Faktor pembangunan pesat dan pelbagai perubahan yang dihadapi oleh kelompok sosial di Malaysia menyebabkan khidmat bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan. Perubahan ini turut memberikan pengaruh dan tekanan terhadap kumpulan individu tertentu dan memerlukan bantuan pakar untuk mengatasi dan membuat penyesuaian terhadap keadaan baru ini. Penubuhan perkhidmatan kaunseling di sekolah adalah sebagai salah satu cara untuk menyeimbangi pembaharuan yang berlaku dalam sistem sosial masyarakat kini. Keadaan dulu yang meletakkan tanggungjawab membendung masalah pelajar bermula di rumah kini telah beralih kepada institusi pendidikan iaitu sekolah. Oleh kerana di sekolah guru merupakan individu yang paling banyak berinteraksi dengan pelajar, maka guru adalah

Upload: nur-hazwani

Post on 16-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Proses bimbingan dan kaunseling adalah salah satu proses untuk membantu seseorang individu ataupun satu kelompok individu untuk mengatasi masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh golongan ini. Proses ini melibatkan seorang individu lain yang diistilahkan sebagai kaunselor yang akan membantu golongan yang mempunyai masalah dan kekeliruan dalam diri mereka.Menurut Gibson & Mitchell,(1999) dalam Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah sebahagian daripada respons kepada keperluan manusia yang keliru dan menjadi punca berbagai-bagai cabaran dalam pertumbuhan seseorang. Faktor pembangunan pesat dan pelbagai perubahan yang dihadapi oleh kelompok sosial di Malaysia menyebabkan khidmat bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan. Perubahan ini turut memberikan pengaruh dan tekanan terhadap kumpulan individu tertentu dan memerlukan bantuan pakar untuk mengatasi dan membuat penyesuaian terhadap keadaan baru ini.Penubuhan perkhidmatan kaunseling di sekolah adalah sebagai salah satu cara untuk menyeimbangi pembaharuan yang berlaku dalam sistem sosial masyarakat kini. Keadaan dulu yang meletakkan tanggungjawab membendung masalah pelajar bermula di rumah kini telah beralih kepada institusi pendidikan iaitu sekolah.

Oleh kerana di sekolah guru merupakan individu yang paling banyak berinteraksi dengan pelajar, maka guru adalah individu yang paling sesuai untuk menjadi pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang mempunyai masalah dan perlu dibantu. Jadi, setiap guru perlulah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran asas berkenaan bimbingan dan kaunseling untuk mengoptimumkan proses bimbingan dan kaunseling di sekolah.

2.0 Pengurusan grafik Kemahiran Asas Kaunseling2.1 Huraian Kemahiran Asas Kaunseling

Sesi kaunseling yang berkesan memerlukan seorang individu yang mempunyai pengetahuan terhadap bidang tersebut. Begitu juga dengan proses bimbingan dan kaunseling. Seorang pembimbing atau kaunselor perlulah memiliki kemahiran tertentu untuk membantu klien yang menghadapi masalah dan perlukan bantuan. Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang pembimbing atau kaunselor;2.1.1 Tingkah laku memberi perhatian.Bagi menjalankan proses kaunseling yang berkesan, terlebih dahulu seorang kaunselor perlu memahami kehendak, kekeliruan dan permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kaunselor akan dapat memahami kliennya dengan baik apabila dia menumpukan perhatiannya terhadap isu yang dibicarakan oleh kliennya. Selain itu, ia juga akan menimbulkan perasaan yang selesa klien semasa sesi kaunseling dijalankan kerana klien akan merasakan bahawa kaunselor tersebut bersedia menerima kehadirannya dan bersedia untuk membantunya. Kemahiran ini meliputi aspek kedudukan atau postur badan kaunselor, ekspresi wajah kaunselor, eye-contact (tentangan mata) dan dorongan minima untuk bercakap.

Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong ke arah hadapan iaitu menghadap ke arah klien. Amalan sebegitu perlu untuk menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor tersebut berminat untuk mendengar perkara yang diperkatakan oleh klien. Wajah kaunselor pula perlulah manis dan menunjukkan bahawa kaunselor tersebut bersedia menerima klien. Hal ini akan memberi kelegaan kepada klien kerana ekspresi kaunselor yang memberi persepsi yang baik pada awal pertemuan.

Selain daripada ekspresi wajah dan postur tubuh kaunselor, semasa berkomunikasi dengan klien, kaunselor digalakkan untuk menunjukkan eye-contact dengan pelajar yang menjadi kliennya. Pertentangan mata juga akan menunjukkan bahawa pembimbing tersebut berminat dengan butir bicara yang disampaikan oleh klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun, kaunselor perlu peka terhdap keadaan klien kerana terdapat klien yang tidak selesa dengan pertentangan mata yang berterusan. Jadi, kaunselor perlu pandai memainkan peranannya dan memanipulasi keadaan.2.1.2 Kemahiran Mendengar

Setiap orang yang ditimpa masalah memerlukan seorang individu lain untuk berkongsi masalah dan meluahkan beban yang terbuku di dada. Dalam konteks bimbingan dan kaunseling ini, pelajar merupakan individu yang mempunyai masalah atau kekeliruan manakala guru bertindak sebagai kaunselor untuk mendengar masalah tersebut. Oleh itu, kaunselor perlu mempunyai kemahiran ini supaya dapat memahami masalah klien.Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja memerlukan kaunselor untuk mendengar tetapi juga mamahami perasaan klien dengan mendalam. Hal ini memerlukan kaunselor untuk mempunyai kemahiran mendengar dengan empati iaitu meletakkan situasi diri klien terhadap dirinya.Setelah mendengar, kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat perasaan klien dan perasaan klien yang terpendam jug adapt dicungkil oleh kaunselor. Dengan ini dapat membuktikan kepada klien bahawa kaunselor ini benar-benar bersedia untuk membantunya dan menyokongnya.

Terdapat kebaikan yang telah dikenalpasti dengan mengamalkan teknik mendengar secara aktif. Pertama, kaunselor akan dapat mengumpul maklumat dengan lebih banyak yang perlu untuk tindakan lebih lanjut. Kedua, mendengar dengan aktif mempunyai kesan terapeutik kepada klien kerana apabila bercakap kepada pendengar aktif, individu dapat meluahkan perasaannya dan kepada peluahan emosi dan dapat melegakan individu tersebut.2.1.3 Kemahiran Menyoal

Setiap kaunselor perlu memiliki kemahiran mengemukakan soalan dengan baik untuk mencungkil masalah yang dihadapi dengan klien serta sebagai proses untuk mengumpulkan maklumat daripada klien.

Terdapat dua cara untuk mengemukakan soalan iaitu teknik menyoal secara terbuka ataupun tertutup. Soalan-soalan tertutup selalunya memerlukan jawapan sama ada ya atau tidak. Manakala soalan-soalan bersifat terbuka pula memerlukan penghuraian dan perincian daripada klien.

Teknik penyoalan ini terpulang kepada kaunselor untuk menggunakannya dan sejauh mana maklumat yang diperlukan oleh kaunselor untuk memahami kliennya. Jika kaunselor menggunakan soalan jenis tertutup, maka jawapan yang akan diberikan oleh klei adalah terhad dan maklumat yang didapati juga akan terhad. Ia boleh dijawab dengan menggunakan nombor, anggukan atau gelengan. Teknik ini sesuai untuk klien yang terlalu banyak bercakap dan kurang fokus kepada persoalan masalah sebenar.Contoh soalan tertutup;

Soalan terbuka memberikan peluang kepada klien untuk memberikan respons kepada kaunselor dengan konteks yang lebih luas lagi. Soalan jenis terbuka sesuai diberikan klien yang kurang mahu berkongsi cerita secara sukarela. Menurut Amla, Zuria dan Salleh (2006), soalan terbuka memberikan tanggungjawab kepada klien dan sedikit kuasa kepada mereka untuk mengawal maklumat yang ingin mereka kongsikan bersama kaunselor.

Contoh soalan terbuka ;

2.1.4 Kemahiran Pemparafrasaan

Semasa satu sesi kaunseling, kadang-kadang terlalu banyak kekeliruan dan perkongsian masalah yang dicurahkan oleh klien. Selalunya juga sesuatu sesi kaunseling juga mengambil masa selama 30 hingga 45 minit setiap sesi.

Oleh yang demikian, perlunya bagi kaunselor untuk meringkaskan setiap isi permasalahan supaya kaunselor dapat membuktikan kepada klien bahawa beliau menumpukan perhatian kepada curahan hati klien dan tidak tertinggal perkara-perkara penting yang menjadi isi permasalahan klien. Kemahiran ini dipanggil pemparafrasaan. ia memerlukan kaunselor mengulang semula perkara yang telah dinyatakan oleh klien dengan susunan ayat kaunselor itu sendiri tanpa mengubah maksud klien itu sendiri.

Ia juga bertujuan untuk menyemak semula isi-isi penting yang dikemukakan oleh klien dan dapat meningkatkan semula ingatan guru terhadap perkara yang telah dinyatakan oleh klien. Kemahiran ini juga merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor setelah mendengar dengan aktif supaya kaunselor tidak terburu-buru untuk menilai, memberikan pendapat atau menerima klien sepenuhnya.

Kemahiran ini juga memerlukan kaunselor bertindak sebagai sound board yang memperdengarkan semula kepada klien akan permasalahannya dalam perspektif yang baru. Seterusnya diharapkan agar klien akan lebih memahami permasalahan dirinya dan memberikan celik akal dan lebih pilihan terhadap cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

2.1.5 Konfrontasi

Kemahiran konfrontasi ialah apabila kaunselor mendapati perkara yang dinyatakan oleh klien bercanggah dengan tingkah lakunya. Sebaik sahaja kaunselor menyedari dan mengenal pasti perbezaan ini, kaunselor akan mencabar klien untuk berhadapan dengan percanggahan yang didapati. Kaunselor akan membuatkan klien berfikir akan percanggahan yang telah berlaku dan mendapatkan kepastian daripada klien. Konfrontasi boleh menyedarkan klien bahawa kata-katanya adalah berbeza daripada tindakannya. Sekiranya kaunselor meminta klien untuk memberi kepastian terhadap perbuatannya, klien pasti akan berfikir dan dan membuat refleks terhadap tingkah lakunya, pemikiran serta nilai-nilai yang telah dipegang olehnya dan memikirkan akibatnya.

Konfrontasi juga boleh digunakan apabila klien tidak mahu melihat permasalahan dari sudut yang berbeza. Namun begitu, konfrontasi akan mempunyai risiko kerana mencabar klien. Klien mungkin rasa tercabar atau malu seterusnya bertindak menamatkan sesi kaunseling jadi adalah lebih baik jika konfrontasi digunakan jika hubungan kaunselor dan klien benar-benar kukuh.

Kaedah ini dikenalpasti dapat mempercepatkan proses kaunseling kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Ia juga dapat mendorong pelajar untuk mengotakan kata-katanya melalui perbuatan seterusnya dapat meyelesaikan masalah.3.0 Kajian Terhadap Disiplin Murid-Murid

3.1 Analisis Data Murid BerdisplinBILANGAN MURID YANG MENJAWAB

SKALA JAWAPAN /

NO.SOALAN1

(Sangat Tidak Puas Hati)2

(Tidak Puas Hati)3

(Tidak Pasti)4

(Puas Hati)5

(Sangat Puas Hati)

1.1315

2.37

3.136

4.127

5.1414

6.235

7.1252

8.145

9.1423

10.10

11.226

12.1252

13.253

14.136

15.1423

16.541

17.343

18.1432

19.217

20.217

21.217

22.226

23.541

24.316

25.19

JUMLAH435862123

Rumusan Data Murid Berdisiplin.1. Jawapan soalan nombor 1 = 4 (100) / 250 = 1.6 %

2. Jawapan soalan nombor 2 = 3 (100) / 250 = 1.2 %

3. Jawapan soalan nombor 3 = 58 (100) / 250 = 23.2 %

4. Jawapan soalan nombor 4 = 62 (100) / 250 = 24.8 %

5. Jawapan soalan nombor 5 = 123 (100) / 250 = 49.2 %

3.2 Analisis Data Murid Bermasalah Displin

BILANGAN MURID YANG MENJAWAB

SKALA JAWAPAN /

NO.SOALAN1

(Sangat Tidak Puas Hati)2

(Tidak Puas Hati)3

(Tidak Pasti)4

(Puas Hati)5

(Sangat Puas Hati)

1.6112

2.3232

3.4312

4.4321

5.52111

6.523

7.334

8.622

9.4231

10.532

11.6121

12.3214

13.325

14.22312

15.3322

16.82

17.2341

18.4222

19.433

20.3412

21.31132

22.41311

23.442

24.532

25.6121

JUMLAH105454033 27

Rumusan Data Murid Tidak Berdisiplin1. Jawapan soalan nombor 1 = 105 (100) / 250 = 42 %2. Jawapan soalan nombor 2 = 45 (100) / 250 = 18%3. Jawapan soalan nombor 3 = 40 (100) / 250 = 16%4. Jawapan soalan nombor 4 = 33 (100) / 250 = 13.2%5. Jawapan soalan nombor 5 = 27 (100) /250 =10.8%

4.0 Penulisan Dapatan.Hasil dapatan daripada kajian lepas terhadap masalah disiplin pelajar menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai masalah berpunca daripada keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran tempat tinggal dan masalah kendiri.

Bagi melihat sejauh mana tahap kepuasan diri seseorang pelajar mempengaruhi masalah disiplin mereka, saya telah menjalankan kajian ringkas di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, melibatkan 10 orang murid yang mempunyai masalah disiplin dan 10 orang murid yang cemerlang dan berdisiplin. Kelompok murid yang saya jadikan sampel tidak diasingkan mengikut jantina. Kajian ini juga dijalankan secara surface (luaran) sahaja dan tiada perincian kajian dilakukan. Bagi kumpulan pelajar yang berdisiplin dan cemerlang, saya mendapati hanya 1.6 % daripada mereka yang sangat tidak berpuas hati dengan dengan kehidupan mereka sekarang. Manakala 1.2% tidak berpuas hati dan 23.2% tidak pasti akan taraf kehidupan mereka sekarang. 24.8% berpuas hati dengan kehidupan mereka dan hampir-hampir separuh iaitu 49.2% sangat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan hidup pelajar cemerlang ini telah mengelakkan mereka terjebak daripada gejala yang tidak sihat. Mereka berasakan ahli keluarga seperti ibu bapa dan ahli keluarga lain telah memberikan perhatian dan sokongan yang mereka perlukan. mereka tidak perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kehendak mereka dipenuhi.Menurut Erikson dalam Amla, Zuria dan Salleh (2006), perkembangan personaliti manusia berlaku sepanjang hayat. Sepanjang perkembangan manusia, mereka perlu berinteraksi dan akan menghadapi konflik. Jadi, sekiranya mereka berjaya mengatasi konflik ini, mereka akan bergerak ke tahap seterusnya. Saya ingin menekankan di sini bahawa, seseorang yang menghadapi konflik, tetapi mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa dan orang-orang sekeliling termasuk rakan-rakannya akan berasa bahawa mereka akan menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan.

Bagi kumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin, Peratusan pelajar yang sangat tidak berpuas hati dengan hidup mereka adalah agak tinggi iaitu 42%. Manakala pelajar yang tidak berpuas hati dengan hidup mereka adalah 18%. Pelajar yang tidak pasti akan kehidupan mereka ialah 16%. Bagi pelajar yang berpuas hati pula menunjukkan 13.2% dan pelajar yang sangat berpuas hati pula adalah 10.8%.Faktor keluarga memberi pengaruh yang kuat terhadap seseorang individu.bagi mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah di rumah, tingkah laku mereka di dalam bilik darjah dapat diperhatikan seperti kurang memberi perhatian, pencapaian akademik rendah selain daripada faktor kognitif dan sebagainya yang bersesuaian.

Konflik keluarga pada akhir-akhir ini ialah tuntutan untuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Hal ini menyebabkan ibu bapa jarang berada di rumah dan membiarkan anak-anak menyesuaikan diri sendiri. ataupun paling tidak dengan pengawasan pembantu rumah asing. Hal ini sebenarnya menyebabkan para pelajar cuba mencari hiburan di luar rumah.Selain faktor keluarga, faktor persekitaran juga turut mempengaruhi tahap kepuasan hidup seseorang. Contohnya, kehidupan pelajar yang serba kekurangan dan persekitaran hidup di tempat tinggal yang sentiasa mengancam akan menyebabkan mereka kurang keyakinan diri dan merasakan bahawa diri sendiri menjadi bebanan kepada orang lain.

Menurut Wan Rozali (2002), penghuni kawasan setinggan yang baru berhijrah ke bandar terpaksa menghadapi tekanan kos sara hidup yang tinggi di samping tekanan untuk mendapatkan kualiti hidup dengan lebih baik. Jika nasib pelajar yang berasal daripada keluarga yang tinggal di kawasan setinggan perlu bersaing dengan pelajar yang seba cukup dari segi keperluan dan kehendak, sudah tentu, keyakinan diri mereka akan menurun dan berasa malu. Hal ini mungkin menyebabkan mereka malu untuk ke sekolah untuk mengelakkan rasa rendah diri dan sebagainya.Kesimpulan Berdasarkan kajian ringkas yang telah dijalankan, permasalahan pelajar di sekolah disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran tempat tinggal dan kendiri pelajar itu sendiri.

Begitu juga pelajar yang cemerlang dan berdisiplin, mereka turut dipengaruhi oleh dorongan keluarga, rakan sebaya yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi lebih cemerlang serta persekitaran yang sihat akan membantu memberikan motivasi kepad mereka untuk berkelakuan lebih baik.

Oleh itu, di sekolah sebagai tempat utama di mana pelajar menghabiskan masa seharian perlu mampu menjadi tempat di mana pelajar dapat memperbetulkan kekeliruan dan permasalahan yang dihadapi mereka. Penubuhan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan dapat membantu mereka membuat pilihan hidup yang lebih baik.

Guru pula, sebagai insan yang berada dekat dengan pelajar di sekolah, perlu lebih prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar. Mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran asas berkaitan dengan kaunseling supaya mereka dapat menjalankan proses bimbingan dan kaunseling yang berkesan untuk untuk pelajar yang memerlukan bantuan.

15 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Ee, Suppiah dan Taquddin (2011)

4. Tingkah Laku Memberikan Perhatian

6. Kemahiran Mendengar

7. Kemahiran Menyoal

5. Kemahiran Memahami

8. Kemahiran Berempati

9. Refleksi Idea

10. Refleksi Perasaan

11. Interpretasi

12. Pendedahan Kendiri

15. Membuat Rumusan

13. Pemparafrasaan

14. Konfrontasi

1. Pemberian Nasihat

2. Kesenyapan

3. Kemahiran Ketika Ini (immediacy)

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1. Tingkah laku Memberi Perhatian

2. Kemahiran Mendengar

4. Kemahiran Menyoal

3. Kemahiran Pemparafrasaan

5.Konfrontasi

Kaunselor : Adakah kamu suka datang ke sekolah?

Klien : Ya

Kaunselor : adakah kamu sudah bersarapan?

Klien : Sudah.

1. Kaunselor : Apakah yang menyebabkan kamu tidak berpuas hati dengan ibu bapa kamu?

2. Kaunselor : Sila ceritakan kenapa kamu gagal mendapat keputusan lebih baik daripada kamu sangkakan?

_1391718499.xlsChart1

0.016

0.012

0.232

0.248

0.492

RUMUSAN DATA MURID BERDISPLIN

Sheet1

RUMUSAN DATA MURID BERDISPLIN

NOMBOR 12%

NOMBOR 21.20%

NOMBOR 323%

NOMBOR 424.80%

NOMBOR 549.20%

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1391727009.xlsChart1

0.42

0.18

0.16

0.132

0.108

RUMUSAN DATA MURID BERMASALAH DISPLIN

Sheet1

RUMUSAN DATA MURID BERMASALAH DISPLIN

NOMBOR 142%

NOMBOR 218%

NOMBOR 316%

NOMBOR 413.20%

NOMBOR 510.80%

To resize chart data range, drag lower right corner of range.