modul kemahiran asas pj.pdf

21
KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN JASMANI

Upload: rohizam

Post on 07-Dec-2014

143 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

KEMAHIRAN ASAS

PENDIDIKAN JASMANI

Page 2: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

1 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

PRINSIP PJ KSSR

2012

Page 3: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

2 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN ASAS & PEDAGOGI

1.1 Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani

sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai

melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah

yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran

Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi

di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah

pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu

di guna pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif

pengajaran yang berteraskan kepada psikomotor, kognitif dan afektif.

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis

dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut:

1.1.1 Specific - kemahiran yang khusus

1.1.2 Measurable - boleh diukur

1.1.3 Achievable - boleh dicapai

1.1.4 Reasonable - munasabah

1.1.5 Time - masa mencukupi

Page 4: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

3 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu

kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.

Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang

dijalankan.

Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal

perjalanan kelas.

Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih

tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi

pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju, pelbagaikan gerak kerja dan

bentuk latihan perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.

Adakan pertandingan bersyarat / permainan kecil yang boleh

menimbulkan motivasi murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mempunyai aspek 5P;

P1 - Penerangan (semasa, maklum balas)

P2 - Praktik (pengelolaan)

P3 - Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4 - Permainan / pertandingan

P5 - Penyeliaan / pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Tenaga pengajar

(guru) perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan

arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid.

Page 5: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

4 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Elakkan bercakap / memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan

atau memberikan perhatian.

Penilaian / refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan

pengajaran pembelajaran.

Takrif Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

Pendekatan :

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan

berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya

merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik

(kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau

alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan

pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan berkesan. Pendekatan ini

berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

- konkrit ke abstrak

- mudah ke kompleks

- keseluruhan ke sebahagian

- umum ke spesisifik (deduktif)

Strategi

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik

untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan

kepada ;

Page 6: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

5 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

- Kebijaksanaan memilih pendekatan

- Kecekapan merancang kaedah dan teknik

- Berdasarkan objektifnya

Kaedah

Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf

pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu

cara

mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah langkah penyampaian

yang tersusun.

“Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set

prosedur

yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih “

(Edward M.

Anthony 1963).Contohnya ialah Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang

menekankan kepada

5 prosedur iaitu :

P1 - Kenal pasti masalah

P2 - Rancang penyelesaian

P3 - Kumpul maklumat

P4 - Buat tafsiran

P5 - Buat kesimpulan

Page 7: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

6 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Teknik

Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan

kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih-tubi,

main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain.Untuk menentukan

keberkesanan pengajaran di tahap optimun ianya berteraskan kepada

krateria pencapaian objektif berikut ;

- Umur

- Kebolehan

- Kecerdasan

- Minat

Page 8: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

7 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

PERMAINAN

STRATEGI

Page 9: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

8 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN ASAS & PEDAGOGI

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya

harapkan masih tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang anda gunakan itu betul?"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! ...Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu strategi..."

1. PENDAHULUAN

Bagi seorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah

ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah

serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Ramai orang

menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara

pengajaran. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius

kerana konsep tersebut merupakan asas rujukan untuk merancang sesuatu

rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh guru. Penjelasan tentang

perhubungan di antara keempat-empat konsep itu amat berguna bagi guru

pelatih yang menjalani latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang

dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.

Page 10: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

9 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit penjelasan tentang konsep

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta hubungannya di

antara satu sama lain. Perbincangan mengenai konsep ini akan berfokuskan

kepada kaedah pengajaran, strategi, teknik dan teknik pengajaran serta

hubungan antara kesemua konsep ini dalam situasi pengajaran.

2. KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya

kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus

Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.

Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang

sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah

kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya,

kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng,

merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta

memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-

kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan

grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh

ialah jika kita ingin memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang

kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang,

memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Page 11: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

10 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka

sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam

menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah

dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa

semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan

sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan

kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk

mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan

sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus

dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini

adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah

memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil

contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan

kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin,

kemahiran memegang busur panah, gerakan tangan untuk membuat

sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman moden ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan

kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah

itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan

seratus peratus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu

sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun

teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih

mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat

Page 12: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

11 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak

akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

3. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau

kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang

dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan

tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu,

kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan,

bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,

perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus

yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat

menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan

besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk

mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan

ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran

mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta

kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang

tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada

suara kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar

kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran

pelajar dan lain-lain.

Page 13: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

12 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah menyoal. Jika kita ingin

mengajar dengan kaedah menyoal, maka kita pelu menggunakan teknik-

teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas

dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan

sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi

semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan

soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih

kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan

sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi

adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa

demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya

teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran perlulah

mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

4. PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju yang kita

ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas

pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan

yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih

biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Page 14: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

13 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh

gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi

pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai

makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi

pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa

makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan

seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan

perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-

prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan

seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan

pendekatan profesional atau pendekatan konvensional (tradisional atau

acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain

dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik.

Manakala bagi pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain

dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan

pemerhatian.

5. PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan

untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran,

sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu

kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek

pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih

Page 15: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

14 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran

di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita

gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan

pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara

fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa

dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti

pendekatan individu, pendekatan berpasangan, pendekatan kumpulan,

pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah

yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih

kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik,

pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud

ke isi yang abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai

pendekatan berpusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan

murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid. Kaedah-kaedah

yang seiring dengan pendekatan yang berpusatkan guru adalah seperti

kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah

pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan

murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan

kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar

beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya

pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan

Page 16: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

15 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata

pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi

suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan

pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan

dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan

seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-

linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-

pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk

mentalis atau behavourisme. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis

atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan

terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavourisme atau S-R maka

pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi

dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang

agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak

menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara

yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu

pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

6. STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan

dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan

menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang

komander tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan

kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Page 17: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

16 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Iran dan Amerika.

Seorang komander Amerika yang dipertanggungjawabkan untuk

menyerang dan menawan Iran terpaksa merancang strategi

peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan

dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah mereka

menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah mereka mengebom

sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar

angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta

urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah

disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin

memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan

strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling

banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling

minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan

kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut.

Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,

memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut

telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu?

Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan

yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah

membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu

harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan

kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah.

Page 18: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

17 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan

jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat,

barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan

harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya

dengan lembing.

Untuk memenangi sesuatu pertandingan badminton, seseorang pemain

bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola

tangkis kepada lawannya tetapi ia juga perlu merancangkan strategi

permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara bertahan

pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya

menyerang pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau

2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar

bola tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai

mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir

dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak

sesuai.

7. STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar

tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan

pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi

pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta

kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan

individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara

berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau

pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang

Page 19: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

18 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan

kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?

Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang

mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang

dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar

pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian,

kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan

pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-

kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang

biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta

kumpulang cergas. Guru perlulah memikirkan strategi pengajaran yang terdiri

daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua

kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta

rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik

darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu,

seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai kaedah mengajar

tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta

menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang

paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat

bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini

amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk

membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses

pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak

menjaminkan pencapaian matlamat pengajaran. Yang lebih penting adalah

interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Page 20: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

19 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

kaedah

Pendekatan

Rajah menunjukkan hubungkaitan antara pendekatan,strategi, kaedah dan

teknik

8. KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah sesuatu strategi pengajaran

menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk

mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan

menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi

menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.

Strategi

teknik

Page 21: MODUL KEMAHIRAN ASAS PJ.pdf

20 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

&

Pustaka.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa". Kuala Lumpur: Longman (M),

Kaye, B. (1970) "Participation In Learning", London: George Allen & Unwin.

Kemp, J. E. (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk

menggubal Unit Dan Kursus". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa

Malaysia",

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Tang Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Thompson, B (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Vancouver: Douglas David & Charles

Ltd.,

West