kemahiran asas bola sepak

Upload: misskechik

Post on 09-Oct-2015

1.147 views

Category:

Documents


112 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 3103KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

JANUARI 2014

NAMA : LUKMAN NUL HAKIM BIN ADNANNO. MATRIK : 841019145485001NO. I.C : 841019-14-5485NO. TELEFON : 0122408003EMAIL : [email protected]

NAMA TUTOR : ENCIK RAGU A/L KUPPUSAMY

PUSAT PEMBELAJARAN:MELAKA LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1. Muka depan12. Isi Kandungan23. Pengenalan34. Kemahiran kemahiran asas permainan Bola Sepak :41.0 Menendang5 72.0 Menyerkap8 103.0 Menggelecek11 4.0 Melakukan Hantaran12 145.0 Menanduk15 176.0 Menjaga Gol18 215. Bibliografi22

PENGENALAN

Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila tertubauhnyaLiga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia).Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuklah pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepaktermasuklah :

1)Menendang Tendangan leret Tendangan lambung Tendangan voli

2)Menyerkap Menyerkap bola leret Menyerkap bola tinggi

3)Menggelecek

4)Melakukan hantaran Hantaran ke hadapan Hantaran ke sisi Hantaran silang

5)Menanduk Menanduk ke hadapan Menanduk ke sisi

6)Menjaga gol Menangkap bola leret Menangkap bola tinggi Menumbuk bola Tendangan bola

1.0 MENENDANG

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli.

1.1 - Tendangan leret Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.Teknik melakukan tendangan leret:i. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.ii. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.iii. Tendang di bahagian tengah bola.iv. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

1.2 - Tendangan Lambung Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas,tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan golTeknik melakukan tendangan lambung:

i. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.ii. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.iii. Tendangdi bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.iv. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

1.3 - Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udaraTeknik melakukan tendangan voli:

i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.ii. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.iii. Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang.iv. Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

2.0 MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.

2.1 - Menyerkap Bola Heret

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.iii. Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.iv. Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang

2.2 - Menyerkap Bola Tinggi

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada.Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola.iii. Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.iv. Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.iii. Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.iii. Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.

3.0 MENGGELECEK

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki:i. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.ii. Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.iii. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit.iv. Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.

4.0MELAKUKAN HANTARAN

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.

Seseorang pemain boleh menggunakan hantarandekat dan hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti kehadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.4.1 - Hantaran ke hadapan Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki.Teknik melakukan hantaran ke hadapan:i. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.ii. Mata memandang bola.iii. Ayunkan kaki menendang ke belakang.iv. Tendang dibahagian belakang bola.v. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

4.2 - Hantaran ke sisi

Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.

Teknik melakukan hantaran sisi :i. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.ii. Tendang di bahagian sisi bola.iii. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

4.3 - Hantaran Silang

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.

Teknik melakukan hantaran silang :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.ii. Ayunkan kaki menendang ke sisi.iii. Badan condong ke arah bola hendak dihantar.iv. Tendang di bahagian sisi bola.v. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

5.0MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.iii. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.iv. Ikut lajak selepasmelakukan tandukan

Teknik menanduk ke sisi :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.iii. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.iv. Ikut lajak selepasmelakukan tandukan

Teknik menanduk ke belakang :i. Kedudukan bersedia.ii. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.iii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.iv. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

6.0 MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret:i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.ii. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.iii. Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri.iv. Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

Teknik menangkap bola tinggi :i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.iii. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat.iv. Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola :i. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.ii. Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.iii. Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik tendangan bola di udara :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan.ii. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.iii. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.iv. Ikut lajak selepas menendang.v. Mata memandang bola.

Teknik tendangan lantun :

i. Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola.ii. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.iii. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah.Ikut lajak selepas menendang

BIBLIOGRAFI

Aminudin Yusof et.al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaTeng Boon Tong. (1984).Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Kuala Lumpur: LongmanMalaysia.Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(pengkhususan).ShahAlam: Fajar Bakti.Cheah SweebMing ( 1995 ). Sains dalam Sukan.Shah Alam : Fajar Bakti.http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/files/Bola%20Sepak.pdfhttp://trollsport91.blogspot.com/2012/12/topik-1-bola-sepak_4.html

2