objektif kemahiran asas 3m

17
NURLIYANA BT MOHAMAD MAIDIN SITY NURUL EZZMA BT EZANI NURUL AIN BT ZAHAR KELAS: PISMP 1C (KUMPULAN 3) NAMA PENSYARAH: CIK HAMIDAH

Upload: sephia-sc

Post on 04-Jul-2015

371 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: objektif kemahiran asas 3M

NURLIYANA BT MOHAMAD MAIDIN SITY NURUL EZZMA BT EZANI

NURUL AIN BT ZAHAR

KELAS: PISMP 1C (KUMPULAN 3)NAMA PENSYARAH: CIK HAMIDAH

Page 2: objektif kemahiran asas 3M

JELASKAN OBJEKTIF LISAN,

MEMBACA DAN MENULIS

Page 3: objektif kemahiran asas 3M

KEMAHIRAN LISAN(MENDENGAR

DAN BERTUTUR)

Page 4: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIF(i) Mendengar dan memahami

pengucapan dengan teliti dan memahaminya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

* Pelajar dapat memahami dan mendengar setiap ujaran yang disampaikan oleh guru dan rakan-rakan dalam situasi formal dan perbualan harian.

CONTOH : Guru membuat pengumuman dan murid memahami maklumat yang disampaikan.

Page 5: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIF(ii)Bertutur dengan petah

menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.

* Murid dapat bertutur dengan lancar, jelas dan fasih menggunakan sebutan dan intonasi yang betul mengikut situasi.

CONTOH : Guru bertanyakan soalan mengenai hobi kepada murid-murid. Murid-murid dapat bertutur dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Page 6: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIF(iii)Berbincang dan berkongsi

pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

* Murid dapat berbincang dengan rakan, guru dan orang sumber. Bertujuan untuk berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

Page 7: objektif kemahiran asas 3M

CONTOH : Guru menjalankan aktiviti dan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Murid dikehendaki berbincang dan berkongsi pendapat tentang permainan yang mereka gemari.

Page 8: objektif kemahiran asas 3M
Page 9: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFiv.Membaca pelbagai bahan sastera dan

bahan bukan sastera dengan mengguna teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis

- Murid dapat membaca secara mekanis atau mentalis bahan sastera dalam bentuk sajak,puisi dan prosa, dan bahan bukan sastera sama ada petikan atau rencana dengan menggunakan teknik membaca (imbasan atau luncuran) yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses malumat.

Page 10: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFv.Memupuk minat membaca sebagai

satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan

- Murid dapat dipupuk dengan minat membaca dari kecil sebagai satu amalan yang berterusan (life long learning). Contoh akitiviti, setiap sekolah mengadakan Program Buku Nilam untuk menggalakkan murid membaca seberapa banyak buku.

Page 11: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFvi.Memperkembangkan imaginasi ,

kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

- Murid dapat memperkembangkan idea melalui pembacaan dan dapat membina imaginasi yang kreatif. Melalui pembacaan juga, murid dapat diterapkan dengan nilai murni daripada buku-buku ilmiah.

Page 12: objektif kemahiran asas 3M
Page 13: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIF vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai

jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

Murid dapat mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif seperti cerpen dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis seperti penggunanan tatabahasa dan ejaan yang betul. Murid juga dapat mengetahui proses penulisan yang sesuai dan betul mengikut jenis penulisan.

Page 14: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFviii- Menggunakan bahasa baku yang

meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonansi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;

Murid dapat menggunakan bahasa baku yang betul dengan memilih tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan dan intonansi dalam pelbagai aktiviti mendengar, bertutur dan membaca.

Page 15: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFix- Menghargai dan menghayati

keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera;

Murid dapat menghargai keindahan bahasa seperti peribahasa, perumpamaan, bidalan dan pemilihan diksi yang betul melalui karya sastera seperti sajak dan syair serta karya bukan sastera yang merangkumi rencana dan petikan karangan.

Page 16: objektif kemahiran asas 3M

OBJEKTIFx. Menghayati dan mengamalkan

nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan.

Murid dapat menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan semanagt kewarganegaraan melalui penulisan karya sastera seperti sajak dan syair dan karya bukan sastera.

Page 17: objektif kemahiran asas 3M

TERIMA KASIH