kemahiran asas b.jaring

Upload: sitishaza

Post on 07-Apr-2018

327 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    1/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Kebolehan pemain menggunakan pelbagai cara hantaran merupakan suatu

    kelebihan kepadanya. Ini kerana bukan sahaja permainan kelihatan lebih menarik

    dengan pelbagai corak hantaran tetapi yang paling penting ialah mengelirukan serta

    menyukarkan pemain pasukan lawan membuat halangan.

    Terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan bola jaring iaitu:

    Hantaran Aras Bahu

    Hantaran Aras Dada

    Hantaran Aras Atas Kepala

    Hantaran Lantun

    Hantaran Sisi

    Jenis jenis hantaran

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    2/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Hantaran Aras Bahu

    Hantaran aras bahu merupakan hantaran yang sering digunakan dalam

    permainan bola jaring. Hantaran ini mudah dilakukan, tetapi dalam masa yang sama

    agak sukar dikawal atau dihalang oleh pihak lawan. Cara-cara hantaran aras bahu

    dilakukan adalah seperti berikut:

    Fasa Persediaan:

    1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan)

    2. Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.

    3. Mata pandang sasaran.

    Fasa Perlakuan:

    1. Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang

    dibengkokkan.

    2. Angkat tumit tangan supaya berat badan berpindah ke hadapan.

    3. Luruskan tangan dan tolak bola dengan gerakan jari yang pantas.

    4. Mata pandang sasaran.

    Fasa Ikut Lajak:

    1. Lontaran tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran.

    2. Mata pandang sasaran.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    3/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Hantaran Aras Dada

    Hantaran aras dada adalah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak

    yang tidak begitu jauh (2 meter). Ianya sesuai untuk tindakan yang pantas dan

    memerlukan pemain menghantar bola dengan segera serta tiada halangan di antara

    pemain dengan pasangan. Hantaran jarak dekat ini biasanya digunakan oleh WA

    untuk menghantar bola kepada GS yang berada di dalam kawasan gol. Cara-cara

    hantaran aras dada dilakukan adalah seperti berikut:

    Fasa Persediaan:

    1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan)

    2. Bengkokkan kedua-dua siku dan rapatkan ke badan.

    3. Rapatkan tangan dan jari-jari ke dada.

    4. Buka jari-jari dan menghadap ke atas kecuali ibu jari.

    5. Mata pandangan sasaran.

    Fasa Perlakuan:

    1. Bawa berat ke kaki belakang (bengkokkan lutut) dan condongkan badan.

    2. Menolak bola dengan meluruskan siku-siku dan diakhiri dengan tolakan jari-

    jari.

    3. Mata pandang sasaran.

    Fasa Ikut Lajak:

    1. Kaki ikut lajak dan berat badan dibawa ke hadapan

    2. Mata pandang sasaran.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    4/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Hantaran Aras Atas Kepala

    Hantaran atas kepala adalah sama seperti lontaran masuk bola yang

    dilakukan dalam permainan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak

    longgar untuk permainan bola jaring ini. Hantaran ini selalunya digunakan apabila

    pemain yang membuat hantaran dihadang atau dihalang oleh pemain lawan.

    Hantaran atas kepala boleh digunakan dengan berkesan oleh penjaga gol

    (GK) dan pertahanan gol (GD). Biasanya kedua-dua pemain ini akan melompat dan

    menangkap bola di bawah tiang gol lalu menhantar bola ke tengah gelanggang.

    Dalam strategi serangan, hantaran ini berkesan digunakan bagi mempercepatkan

    pergerakan. Cara-cara hantaran aras atas kepala dilakukan adalah seperti berikut:

    Fasa Persediaan:

    1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan)

    2. Pegang bola dengan dua belah tangan, tangan dominan di bawah belakang

    bola dan sebelah tangan lagi di atas bola di sisi badan.

    3. Buka jari-jari semasa memegang bola.

    4. Berat badan berada di kaki belakang.

    5. Mata pandangan sasaran.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    5/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Fasa Perlakuan:

    1. Kilas badan ke arah tangan yang memegang bola.

    2. Bengkokkan lutut dan bawa bola ke belakang.

    3. Kilas badan pantas ke hadapan serentak dengan tolakan tangan ke hadapan.

    4. Luruskan tangan ke hadapan dan ke atas lebih tinggi dari kepala.

    5. Bola dihantar dengan tolakan kuat daripada tangan dan jari-jari.

    6. Angkatkan tumit untuk lonjakan.

    7. Mata pandang sasaran.

    Fasa Ikut Lajak:

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    6/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    1. Pindahkan berat badan ke hadapan dengan membawa kaki belakang ke

    hadapan.

    2. Tangan dan jari-jari diluruskan dan dihulurkan ke bawah.

    3. Mata pandang sasaran.

    Hantaran Lantun

    Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul

    di satu-satu kawasan di dalam gelanggang, lebih-lebih lagi kawasan yang hampir

    dengan kawasan jaringan. Hantaran jenis ini biasanya digunakan juga apabila

    pemain yang akan membuat hantaran cuba dihalang oleh pemain lawan di bahagian

    hadapannya yang mungkin akan membuat serkapan sekiranya hantaran jenis lain

    dibuat.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    7/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Hantaran lantun boleh dilakukan sama ada dengan sebelah tangan ataupun

    kedua-dua belah tangan. Hantaran ini juga dilakukan apabila pemain lawan atau

    penghalang lebih tinggi daripada pemain yang membuat hantaran atau menerima

    hantaran. Cara-cara hantaran lantun dilakukan adalah seperti berikut:

    Fasa Persediaan:

    1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keselesaan)

    2. Bengkokkan kedua-dua belah siku dan rapatkan ke badan.

    3. Rapatkan tangan dan jari-jari ke dada.

    4. Buka jari-jari dan menghadap ke atas kecuali ibu jari.

    5. Berat badan di kaki belakang (bengkokkan lutut) dan condongkan badan.

    6. Mata pandang sasaran.

    Fasa Perlakuan:

    1. Tindakan menolak ke bawah dengan meluruskan siku-siku dan diakhiri

    dengan meluruskan siku-siku dan akhiri dengan tolakan jari-jari.

    2. Mata pandang sasaran.

    Fasa Ikut Lajak:

    1. Kaki ikut lajak dan berat badan bawa ke hadapan

    Hantaran Sisi

    Satu lagi jenis hantaran dalam permainan bola jaring ialah hantaran sisi.

    Hantaran sisi boleh dilakukan pada kedudukan yang rendah dan ke bawah, iaitu jika

    penghalang dari pasukan lawan meluruskan tangannya ke hadapan. Hantaran sisi

    boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan.

    Hantaran ini harus dilakukan dengan pantas dan pada kedudukan di bawah

    aras dada. Kaedah atau cara membuat hantaran sisi ini adalah hampir sama dengan

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    8/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    cara melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran jenis ini jarang dilakukan kerana

    pemain mendapati ia agak sukar dan kadang-kadang tidak tepat sehingga

    menimbulkan kesukaran kepada penerima untuk menerimanya dengan sempurna.

    Cara-cara hantaran sisi dilakukan adalah seperti berikut:

    Fasa Persediaan:

    1. Berdiri dengan kaki dominan di hadapan (luas ikut keseleseaan)

    2. Pegang bola dengan dua belah tangan di sisi badan, tangan dominan di

    bawah belakang bola dan sebelah tangan lagi di atas bola untuk menyokong.

    3. Buka jari-jari.

    4. Bengkokkan lutut, berat badan di belakang.

    5. Mata pandangan sasaran.

    Fasa Perlakuan:

    1. Badan dikilas sedikit ke arah tangan dominan dan bawa bola ke belakang

    pinggul.

    2. Bengkokkan lutut dan rendahkan pinggul.

    3. Hayunkan tangan ke sasaran sepantas yang boleh dan lepaskan bola.

    4. Kilaskan pinggang ke hadapan serentak.

    5. Luruskan lutut.

    6. Mata pandang sasaran.

    Fasa Ikut Lajak:

    1. Kaki dan tangan ikut lajak selepas hantaran.

    2. Mata pandang sasaran.

    Latihan hantaran sisi menggunakan 3 jenis latihan iaitu:

    i. Latihan bersendirian

    ii. Latihan berpasangan

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    9/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    iii. Latihan bertiga

    Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam permainan ini. Setiap

    pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun Cuma 2 orang pemain yang

    dibenarkan membuat jaringan, namun pemain-pemain lain perlu juga memahirkan

    diri dalam kemahiran menjaring kerana ada kalanya penjaring tidak dapat bermain

    dengan baik maka perlu dia digantikan oleh pemain lain.

    Menjaring bola

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    10/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK

    dan GD tetapi hanya GA dan GS sahaja yang boleh membuat jaringan sementara

    GD dan GK bertindak sebagai penghalang dari pasukan lawan. Jaringan dikira

    masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring, seseorang

    pemain mestilah cekap menangkap bola dan pantas berlari atau melompat apabila

    bola dihantar kepadanya. Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dibuat iaitu :

    Jaringan Statik Sebelah Tangan.

    Jaringan Sambil Berlari.

    Jaringan Sambil Melompat.

    Jaringan dengan Satu Langkahan.

    Jaringan Statik Sebelah Tangan.

    Jaringan cara ini merupakan cara yang paling banyak digunakan oleh

    penjaring gol. Selain mudah dilakukan, jaringan ini juga memberikan masa dan

    keyakinan kepada penjaring kerana penjaring mempunyai masa yang cukup untuk

    membuat jaringan. perlakuan melakukan jaringan ini adalah seperti berikut :

    Pemain berdiri pada kedudukan yang seimbang dengan berat

    badannya berada pada kedua-dua belah kaki. Tangan yang akan

    membuat jaringan berada di hadapan.

    Pemain meluruskan tangan dan tapak tangan terhulur ke atas

    sambil jari terbuka dan bola berada di atas hujung jari dan ibu jari,

    tetapi bukan pada tapak tangan pemain.

    Pemain menghulurkan tangan ke atas supaya bola berada

    sama tinggi dengan aras kepala dan menumpukan perhatian ke

    satu arah di dalam bulatan jaringan.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    11/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Pemain mengubah kedudukan dengan membengkokkan siku,

    sambil tangan membawa bola ke aras muka pemain dan pada

    masa yang sama lutut dibengkokkan.

    Luruskan lutut dan menolak bola menggunakan tangan ke

    arah jaringan.

    Ikut lajak bagi mengekalkan keseimbangan badan.

    Untuk melakukan jaringan ini pemain hendaklah berlatih terutamanya dalam

    usaha mendapatkan keseimbangan badan dan jaringan yang tepat. Untuk ini pemain

    hendaklah berlatih membuat melakukan jaringan ini dari pelnagai sudut di dalam

    kawasan jaringan gol. Pemain juga boleh mempelbagaikan kemahiran menjaring

    cara statik ini seprti menggunakan kedua-dua belah tangan.

    Menjaring Sambil Melompat.

    Menjaring sambil melompat ini adalah sama seperti menjaring statik dari segi

    perlakuannya. Yang membezakannya hanyalah kedudukan apabila hendak

    membuat jaringan. Dalam jaringan sambil melompat ini, penjaring akan melompat

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    12/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    untuk melepaskan bola ke jaring. Selain itu persamaan lain yang terdapat pada

    jaringan cara ini dengan jaringan statik ialah dari segi kedudukan badan, kedudukan

    kaki serta kedudukan tangan pemain.

    Salah satu kelebihan pada jaringan cara ini ialah dengan melompat memberi

    peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan jaring. Ini memberikan keyakinan

    yang tinggi kepada pemain ini.

    Jaringan Dengan Satu Langkahan

    Dalam jaringan kaedah ini, pemain akan bergerak selangkah ke hadapan

    untuk menghampiri gol. Ini dilakukan jika terdapat ruang di hadapan pemain, atau

    jika tindakan pemain untuk membuat jaringan tidak dihalang oleh pemain lawan.

    Pemain akan melangkah ke hadapan dengan salah satu kakinya, lalu melontar bola

    melepasi tangan. Jaringan cara ini memberi kelebihan kepada pemain merapatkan

    diri dengan gol.

    Jaringan Sambil Larian.

    Walaupun pada dasarnya, jaringan cara ini menarik dan mempunyai gaya

    tersendiri, tetapi undang-undang permainan berkaitan dengan gerak kaki tidak harus

    dikecualikan. Oleh itu pemain hendaklah memastikan supaya tindakan pemain

    membuat lompatan semasa menjaringkan gol tidak melanggar peraturan gerak kaki

    ini.

    Dalam melakukan jaringan cara ini, pemain juga harus memastikan laluan

    bola ke arah gol tidak terhalang supaya mudah menuju ke arah gol. Perlakuan

    melakukan jaringan ini adalah seperti berikut :

    Pemain mendapat hantaran bola pada kedudukan berlari.

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    13/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Pemain melompat dengan menggunakan kaki yang bertentangan dengan

    tangan yang memegang bola.

    Pemain membuat jaringan sambil melompat; dengan kekuatan bola dan

    ketepatannya adalah daripada tolakan dan lompatan yang dilakukan pemain.

    Ikut lajak selepas bola dilepaskan ke arah gol.

    Bagaimanapun kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat

    dengan pantas sehingga boleh menyukarkan pemain lawan membuat halangan.

    Kelemahan dalam Membuat Jaringan.

    Pemain kurang atau tidak memberikan penumpuan langsung kepada

    pergerakan membuat jaringan.

    Pemain berada pada kedudukan badan yang tidak seimbang.

    Pemain tidak melonjak dengan kuat dan betul.

    Kedudukan jari pemain tidak melingkungi bola. Ini merupakan satu kesilapan

    terhadap kemahiran asas permainan.

    Terdapat beberapa jenis hantaran untuk menjaring iaitu:

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    14/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    1. Menggunakan Tiga Hantaran

    Penerima pertama (WD)

    Penerima kedua (WA)

    Penerima ketiga (GA)

    2. Menggunakan Tiga Hantaran

    Penerima pertama (WA)

    Penerima kedua (GA)

    Penerima ketiga (GS)

    3. Menggunakan Empat Hantaran

    Penerima pertama (C)

    Penerima kedua (GD)

    Penerima ketiga (GA)

    Penerima keempat (GS)

    4. Menggunakan Empat Hantaran

    Penerima pertama (C)

    Penerima kedua (GA)

    Penerima ketiga (WA)

    Penerima keempat (GS)

  • 8/4/2019 Kemahiran Asas b.jaring

    15/15

    KEMAHIRAN IKHTISAS BOLA JARINGQSS 1141 A

    Dalam aktiviti-aktiviti di atas selain daripada memberi latihan untuk GS dan

    GA melakukan jaringan apabila bola diterima di dalam bulatan gol ia juga memberi

    latihan untuk hantaran tengah, kerja berkumpulan di antara pemain-pemain kawasan

    tengah. Latihan untuk menjaring perlu dilaksanakan supaya dapat memahirkan lagi

    aktiviti menjaring dengan berkesan. Antaranya ialah:

    Latihan menjaring ke arah tumpuan di mana ia boleh dilakukan pada

    dinding kosong ataupun gol sebenar.

    Menjaring dari kedudukan yang sama iaitu berdekatan dengan gol.

    Latihan membuat jaringan bebas dalam kawasan gol selama 5 minit seorang.

    Latihan berpasangan yang melibatkan 2 orang pemain di mana seorang

    menghantar dan seorang lagi menerima bola dan membuat jaringan.

    Latihan terakhir sama seperti latihan sebelum ini di mana apa yang

    membezakan ialah pemain akan melompat dan menjaring.

    Melakukan Australian High Release

    Penjaring merasakan mereka adalah bebas dari penghadang apabila mereka

    memegang bola tinggi di atas kepala. Keadaan seperti ini memberikan penjaring

    suatu keadaan di mana penjaring berada dalam keadaan tumpuan yang menyeluruh

    terhadap jaringan.