keberkesanan kecerdasan pelbagai

3
Keberkesanan Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu teori yang penting dalam menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian yang berkesan. Ini kerana, ia dapat membantu guru memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar. Guru juga dapat menilai dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajarnya dari pelbagai perspektif. Selain itu, ia memudahkan guru untuk merancang pengajarannya dari sudut pemfokusan, cara pengajaran dan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori ini juga akan menghasilkan guru yang kreatif kerana dapat mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam P&P. Guru bukan sahaja dapat membangunkan bidang akademik malah bidang kokurikulum pelajar juga seperti kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain. Justeru itu, teori ini juga dapat meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan motivasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia ada kecerdasan(Intelligences) masing-masing. Kecerdasan yang ada pada manusia ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya…..” Imam Al Ghazali Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh HowardGardner (1983). Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue di dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek tanpa bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran konvensional. Dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan, penggunaan nyanyian lagu Bundar merupakan salah satu jenis kecerdasan dalam teori kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan muzikal. Kecerdasan muzikal merupakan kemampuan seseoarang mencipta irama, peka terhadap bunyi bukan lisan di sekelilingnya seperti nada dan

Upload: nizam-ahmat

Post on 16-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

Keberkesanan Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu teori yang penting dalam menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian yang berkesan. Ini kerana, ia dapat membantu guru memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar. Guru juga dapat menilai dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajarnya dari pelbagai perspektif. Selain itu, ia memudahkan guru untuk merancang pengajarannya dari sudut pemfokusan, cara pengajaran dan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori ini juga akan menghasilkan guru yang kreatif kerana dapat mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam P&P. Guru bukan sahaja dapat membangunkan bidang akademik malah bidang kokurikulum pelajar juga seperti kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain. Justeru itu, teori ini juga dapat meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan motivasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Setiap manusia ada kecerdasan(Intelligences) masing-masing. Kecerdasan yang ada pada manusia ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya.. Imam Al Ghazali

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh HowardGardner (1983). Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue di dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek tanpa bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran konvensional.

Dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan, penggunaan nyanyian lagu Bundar merupakan salah satu jenis kecerdasan dalam teori kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan muzikal. Kecerdasan muzikal merupakan kemampuan seseoarang mencipta irama, peka terhadap bunyi bukan lisan di sekelilingnya seperti nada dan irama. Melalui kaedah nyanyian lagu ini juga dapat menambah kefahaman dan menguatkan daya ingatan murid di samping dapat menarik minat murid untuk belajar. Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah(1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan.

Keberkesanan Kemahiran Berfikir Aras TinggiKemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2003). Untuk menyerap KBAT kepada murid, salah satu elemen yang penting ialah mengubah cara murid diajar. Ini bermakna pendekatan pengajaran guru perlu berubah. Guru perlu memahami bahawa tiada sesiapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa, menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu dan menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru hendaklah menjurus kepada bentuk perkataan, gambaran atau renungan demi membolehkan murid berfikir. Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang berlainan untuk menerap KBAT bagi meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan, terdapat soalan yang berunsur Kemahiran Berasaskan Aras Tinggi (KBAT) diselitkan dalam fasa persediaan. Oleh itu, guru akan menerima pelbagai jawapan daripada murid, ini kerana soalan yang diberikan tidak memfokus kepada satu jawapan seperti yang biasa terdapat di dalam soalan rutin.

Rumusan yang dapat dibuat, setiap guru amatlah digalakkan mengamalkan teori kecerdasan pelbagai ini kerana setiap murid itu mempunyai potensi diri yang berbeza. Berikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui kecerdasan masing- masing. Begitu juga dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini dapat dilihat boleh memberikan peluang kepada murid membina kefahaman mereka melalui pelbagai strategi.

(566 patah perkataan)