keberkesanan kaedah nyanyian dala1 (repaired)

56
FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122 KEBERKESANAN KAEDAH SEBUTAN YANG JELAS DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK NYANYIAN. FAUZIAH BINTI IBRAHIM

Upload: fatin-maria

Post on 04-Aug-2015

1.464 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

KEBERKESANAN KAEDAH SEBUTAN YANG

JELAS DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5

BAGI TAJUK NYANYIAN.

FAUZIAH BINTI IBRAHIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSIEN ONN

BATU PAHAT

2012

Page 2: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

ABSTRAK

ABSTRACT

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

1.0 PENDAHULUAN 4 – 11

1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 11 - 18

2.1 Isu Kajian

2.2 Tinjauan Literature berkaitan dengan isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 19 – 22

4.0 KUMPULAN SASARAN 23

4.1 Latar Belakang Sekolah

4.2 Latar Belakang Murid

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 24 - 33

5.1 Prosedur Tindakan

5.1.2 Merancang

5.1.3 Bertindak

5.2 Prosedur Pengumpulan Data

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

5.2.2 Pemerhatian

2

Page 3: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.2.3 Soal Selidik

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 34 - 41

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu

bagi tajuk ‘Nyanyian’menggunakan kaedah sebutan

dengan jelas .

6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk “Nyanyian’

menggunakan kaedah sebutan dengan jelas.

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 42 - 45

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 46

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN 47

TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU)

a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu)

b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu)

c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu)

d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu)

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN 48 – 51

RUJUKAN 51 – 53

LAMPIRAN – LAMPIRAN 53 – 60

3

Page 4: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PENGAKUAN PENULIS

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan:

Nama Penulis: Fauziah Binti Ibrahim

Tarikh:

4

Page 5: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi

kerana dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan

kajian ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan

terima kasih kepada pensyarah penyelia, En V.Ramachandran atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Polis Kem,Johor

dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah khususnya

pensyarah Jabatan Muzik IPG IPTHO yang telah banyak memberikan bantuan dan

pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat

handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung

terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak

langsung dalam membantu menjayakan kajian tindakan ini.

5

Page 6: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta

refleksi sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan

tajuk kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Bagi praktikum fasa ketiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Polis

Kem. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Muzik bagi Tahun 5 UM

sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan guru Muzik kelas 5

UM, saya diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam

pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Muzik juga sangat lemah. Bukan

setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan

membaca dengan lancar. Guru Muzik kelas ini mencadangkan saya agar banyak

menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik bercerita daripada

menggunakan kaedah pemusatan murid.

Pada minggu ketiga, saya mengajar tajuk Nyanyian.Objektif P&P pada hari tersebut

adalah untuk mengenalpasti sebutan lirik lagu beserta contoh-contoh lagu. Sesi P&P

pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk

menyanyii iagu baru ini yang dikira sangat menarik untuk dinyanyikani. Semasa saya

menyanyikan iagu ini, hanya sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat

untuk mendengar. Begitu juga dengan tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang

benar-benar memberi tumpuan terhadap apa yang saya nyanyikan. Namun, semasa

menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid didapati

menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.

Pada kelas yang berikutnya, saya memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama

dengan meminta murid mengingati kembali alemen-elemen nyanyian beserta contoh

yang telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan

saya, sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat.

6

Page 7: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Mereka menjawab, “Saya tak ingat lah cikgu”. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk

yang sama iaitu „Nyanyian‟ tetapi pada kali ini saya berfokuskan kepada ciri-ciri

nyanyian. Seperti biasa, sesi P&P berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di

dalam kelas pada awal sesi P&P sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila

ditanya sama ada mereka faham atau tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab

“Faham cikgu”. Apabila selesai memberi penerangan terhadap ciri ciri nyanyian, saya

terus menyuruh murid untuk menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi.

Murid boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat

latihan, kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan.

Situasi ini telah mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh

digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 UM ini. Berdasarkan kepada

pemerhatian saya, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah

kegagalan dalam menghafal lirik lagu Muzik. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang

sering merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati lirik lagu di dalam

mata pelajaran khususnya mata pelajaran Muzik. Masalah kegagalan murid untuk

menghafal

Lirik lagu ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh

menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh

menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Muzik tidak

seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk

pelajar yang pintar sahaja. Saya ingin membuktikan bahawa Muzik itu adalah

menyeronokkan.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid

untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Muzik. Guru yang bijak akan

mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang

diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain

itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik

minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu

mata pelajaran tersebut. Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah nyanyian

untuk membantu murid menghafal lirik laguMuzik.

7

Page 8: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Saya akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid mengingati lirik

lagu bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Muzik. Rasionalnya adalah untuk

membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan lagu nyanyian

tersebut hanya melalui sebuah lagu. Saya membuat keputusan untuk

mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk „Twinkle Twinkle Little Star’’ dengan

berfokus kepada proses „Nyanyian‟ (Twinkle-Twinkle Little Star). Kanak-kanak,

malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat

menggemari lagu dan nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk

menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara

sebegini bukan sahaja dapat membantu murid yang tidak jelas sebutan dan tidak

menghafal lirik lagu Muzik dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P

yang menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2.1 Literatur Berkaitan

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru

membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah

kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur

berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti

yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang

kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar,

malah dapat membantu mereka mengukuhkan sebutan dan ingatan dalam nyanyian

lagu tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang

guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi

para pelajar”.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu

kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini,

perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan

sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan

inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang

bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan

boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain

daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, saya

8

Page 9: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P nyanyian kanak-kanak

dengan menyelitkanelement muzik iaitu ketepatan sebutan lirik lagu. Selain dapat

meningkatkan minat murid untuk belajar, sebutan yang jelas juga dapat menguatkan

ingatan murid terhadap tajuk lagu yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), sebutan berirama juga dapat menggigatkan lagu dengan

rentak tertentu menguatkan lagi daya sebutan dengan jelas kerana disamping

mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong

penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang

menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi

seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak

menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin

mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin

mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, saya berasakan bahawa penggunaan elemen muzik melalui

kaedah ketepatan sebutan adalah amat bertepatan untuk membantu murid

meningkatkan daya ingatan mereka terhadap nyanyian. Menurut Eisner (2003),

muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif

membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh

Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi elemen muzik sebutan yang

jelas dengan nyanyian akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri

menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, muzik dan lain-lain aktiviti

akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal

warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa

untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika

kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak kepada lirik lagu tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa

penggabungjalinan antara otak kiri (lirik lagu muzik) dan otak kanan (elemen muzik

dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini

9

Page 10: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika

seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang

harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya

ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah

baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart

terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara

muzik dengan membaca, menulis, kebolehan meyebut dengan jelas dan kemahiran

matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah

penggunaan elemen muzik dalam proses P&P nyanyian mampu meningkatkan

kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott

(2005) yang menyifatkan integrasi elemen muzik dengan nyanyian dapat

menyuburkan seluruh nyanyian. Oleh itu, saya ingin menerapkan elemen muzik

sebutan yang jelas dalam nyanyian dalam mata pelajaran Muzik. Saya akan

menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan

mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu

yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti

Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula

membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti

yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti

muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat

membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti

P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini

terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini

mampu meyebut semula lirik lagu serta menyanyikan dengan betul. Ini dipercayai

merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan

bimbingan guru (saya) sebelum itu.

10

Page 11: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai elemen Muzik

Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan

bahawa nyanyian mudah diingat bila ketepatan sebutan dalam senikata lagu.

Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang

mundur. Melalui elemen muzik, guru akan menjadi mudah mengajar nyanyian

tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih jelas dan tepat sebutan dan berminat

untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan

bahawa elemen muzik atau vokal dalam nyanyian dapat dijadikan sebagai satu

media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat kanak-kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan

elemen Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Nyanyian Di Bilik Darjah. Hasil

kajian mereka mendapati penggunaan sebutan yang jelas salah satu bidang muzik

dalam proses P&P nyanyian dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan

murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan mereka juga

menunjukkan penggunaan elemen muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik

darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan. Hakikatnya,

penggunaan muzik dalam pelajaran nyanyian merupakan salah satu strategi bagi

memastikan P&P nyanyian di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar

dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran

guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan

elemen Muzik iaitu ketepatan sebutan Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan

bahawa melalui aktiviti menggunakan elemen muzik, responden menunjukkan

peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang

meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang

positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini.

Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk

mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil

berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang

mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai

keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat

11

Page 12: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan

membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah latih tubi sebutan yang jelas

dalam P&P nyanyian juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk

Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah sebutan

dengan jelas dalam nyanyian yang digunakan dalam proses P&P nyanyian mampu

meningkatkan pencapaian ingatan murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell

menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat lirik lagu dan

menguasai cara sebutan yang jelas. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid

yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah

menjadi seorang yang berjaya melontarkan suara dengan jelas. Maklum balas positif

juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan bahawa mereka

merasa terhibur ketika menyanyi dengan menggunakan kaedah ini. Keyakinan serta

motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang

dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi sebutan yang jelas

dalam P&P adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk

semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan

kaedah muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati

pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan

aktif murid dalam P&P nyanyian. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu,

chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap lirik lagu dalam nyanyian.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan elemen muzik dalam nyanyian

telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif.

Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan

keberkesanan P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru

sekolah. Justeru, saya akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian

mengenai keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dapat

meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru

yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal lirik lagu dengan cara

sebutan yang jelas dalam nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja

12

Page 13: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

dapat membantu murid menghafal lirik lagu, malah dapat menimbulkan suasana

pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan

pengalaman saya dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan

untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut

dihuraikan dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah

Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Muzik itu sesuatu yang sukar dan

rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk

menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum

langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, saya telah

membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk

memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis

instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen

Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk

„Nyanyian‟ .Saya mengedarkan lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Saya

menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan

murid terhadap tajuk yang diajar. Saya mula mengenalpasti masalah apabila melihat

ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul. lembaran

kerjadi akhi rsesi P&P bagi tajuk ini. Saya menganalisis lembaran kerja tersebut

untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Saya

mula mengenalpasti masalah apabila melihat rama imurid tidak berjaya menjawab

soalan lembaran kerja dengan betul.

b) Pemerhatian

2.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah

yang dilakukan oleh saya terhadap murid Tahun 5 UM:

13

Page 14: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

c) Soal selidik untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta

mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses P&P nyanyian, saya

menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid Terdapat 12

item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang

disediakan. Saya memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham

kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Saya

juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa supaya responden

boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut

seterusnya dianalisis oleh saya.

a) Analisis dokumen

Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian

Pra:

MARKAH

(%)

JUMLAH MURID

BIL MURID (%)

0-20 6 29

21-41 9 48

41-60 4 19

61-80 2 9

81-100 0 0

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, saya dapat mengenal pasti

bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan lembaran kerja

tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20%

ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21%

hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari

41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah keseluruhan murid berjaya

memperolehi markah dari 61% hingga 80%,manakala 0% murid yang mendapat

markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripadajumlah

keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah 40%.

Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan muridlagi berada di

14

Page 15: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yangamat sedikit ini

menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan

baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat lirik lagu nyanyian dengan

jelas. Justeru, saya akan menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam

nyanyian bagi membantu murid mengingat lirik lagu sekali gus dapat meningkatkan

penguasaan mereka dalam mata pelajaran Muzik.b)Berdasarkan pemerhatian

menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,saya dapati murid Tahun 5 UM

ini mempunyai minat untuk belajar, tetap imereka sukar untuk menghafal lirik lagu

Muzik. Murid dilihat memberi iperhatian semasa sesi P&P nyanyiaan berlangsung.

Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila

berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan

pembelajaran. Murid dikesan menghadapi masalah dalam mengingat lirik lagu yang

telah lama diajar. Berikutmerupakan catatan bebas saya terhadap tingkah laku murid

sepanjang sesiP&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid

terhadap lirik laguMuzik yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh

guru :

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian

15

Page 16: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Tarikh : 17 Februari 2012

Kelas : 5 UM

PERISTIWA CATATAN

Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun,

memberisalam dan kemudian duduk. Murid-murid

senyap.

Guru bertanya murid tentang apa yang telah

merekapelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid

diam danberfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat

tangan.Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk

seorangmurid untuk jawab. Dia bangun dan memberi

jawapan yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid

tersebut juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat

tangan danjawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini

ramaiyang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid

untukjawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain

pulaangkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak

berapa tepat.

Guru mengingatkan murid tentang satu lirik lagu yang

telahdiajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid

berebutrebutingin menjawab. Murid terus menjawab

tanpaangkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan

jika inginjawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid

tersebut jawabdengan tepat. Begitu juga dengan tiga

orang murid lain.

Guru meneruskan sesi P&P seperti yang

Berfikir dan cuba

mengingat semula lirik

lagu tetapi gagal

Hampir boleh mengingat

sebahagian lirik lagu

tetapi masih tidak tepat

Boleh mengingat lirik lagu

selepas diberi klu

16

Page 17: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

dirancang.Murid-murid kelihatan berminat. Guru

memberi penerangan satu persatu. Sejurus selepas

guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara,

guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh

menjawab dengan betul. Guruteruskan mengajar dan

bertanya soalan. Murid memberirespon positif. Murid

boleh menjawab soalan dengan baik.Tiba di

pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan

reaksi bosan seperti tidak berminat untuk

meneruskanpembelajaran.

Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran

kerja.Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke

sekelilingkelas untuk memantau murid manjawab

lembaran kerja.Guru berhenti di meja seorang murid.

Murid itu masihtidak menulis apa-apa jawapan. Guru

bertanya murid itumasalah yang dihadapi. Murid itu

memberitahu dia takingat.

Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-

duamurid ini baru menjawab dua soalan.

Selebihnyadibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka

melengkapkanlembaran kerja tersebut. Seorang jawab

tak tahu manakalaseorang lagi jawab tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan

lembarankerja di rumah. Guru keluar kelas.

Boleh mengingat lirik

laguyang baru sahaja

diajar

Tidak boleh mengingat

lirik lagu yang telah lama

diajar

Tidak boleh mengingat

lirik lagu yang telah lama

diajar

c) Soal selidikSaya menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini

sepertidi Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam

borangsoal selidik yang dijalankan:

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik

17

Page 18: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

BIL ITEM YA (%) TIDAK

(%)

1 Saya minat mata pelajaran Muzik

2 Pelajaran cikgu membosankan

3 Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

4 Aktiviti yang dijalankan menarik

5 Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

6 Penerangan cikgu mudah difahami

7 Saya berasa sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas

8 Saya tidak faham soalan Muzik

9 Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar

10 Belajar Muzik itu menyeronokkan

11 Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

12 Latihan yang diberikan sangat mudah

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid

mengatakan “YA” bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Muzik), item 3

(Bimbinganyang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal

lirik lagu ) dan item9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu

„Pengajaran cikgumembosankan‟, 71% murid menjawab “YA” manakala 29% murid

lagi menjawab“TIDAK”. Sebanyak 19% murid menjawab “YA” dan selebihnya iaitu

81% menjawab“TIDAK” bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi

item 5 (Cikgu lagi menjawab “TIDAK”.

Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab “YA”

manakala 19% murid lagi menjawab “TIDAK”. Seterusnya bagi item 8 (Saya tidak

faham soalan Muzik) pula, 67% murid menjawab “YA” manakala 33% murid lagi

menjawab “TIDAK”. Bagi item 10 (Belajar Muzik itu menyeronokkan) dan item 12

(Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab “YA” adalah

48% manakala 52% lagi menjawab “TIDAK”. 14% murid menjawab “YA” bagi item 11

(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab

“TIDAK”.

18

Page 19: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama

yang dihadapi oleh murid ialah sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas (merujuk

kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua

masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai nyanyian yang diajar

dengan betul. Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang

membosankan, aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta

tidak faham soalan. Untuk kajian ini, saya akan menumpukan kepada dua masalah

utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran meyebutl lirik lagu dengan jelas dan

selalu lupa senikata lagu dalam nyanyian yang diajar oleh guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian,

kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

3.1.1 Objektif Umum

Mengkaji keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dalam

meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu

3.1.2 Objektif Khusus

a) meningkatkan kebolehan murid menyebutt lirik lagu dengan sebutan yang jelas

bagi tajuk „Nyanyian‟ menggunakan kaedah latih tubi.

b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk „Nyanyian‟ menggunakan kaedah

sebutan berirama

c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan

dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan.

3.2 Soalan Kajian

19

Page 20: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

a) Adakah penggunaan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kebolehan murid

mengingat proses „Nyanyian”?

c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan dalam P&P muzik

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5

dalammenguasai mata pelajaran Muzik iaitu dengan mengingat lirik lagu secara

mudah, berkesan,menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan

minat murid untukbelajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi

bersama dan menjadipanduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-

guru sekolah dan juga gurugurupelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran

Muzik yang menyeronokkanserta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang

lebih profesional. Secara tidaklangsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi

masalah menghafal lirik lagu dikalangan murid khususnya bagi subjek Muzik,

seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid. Diharap dapatan kajian ini juga

dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan

sekolah, guru-guru serta murid-murid dalam membawa inovasi terhadap dunia

pendidikan di zaman moden ini.

3.4 Definisi Operational / Istilah

Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :

3.4.1 Keberkesanan

Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk „Kaedah Pembelajaran

Berkesan‟,keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem,

bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua

komponen pembelajaranuntuk mencapai kejayaan yang paling maksimum

(terbaik).Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud

keberkesananadalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan,

perubahan, dsb). Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi

kaedah yang digunakandalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka

daalam menghafal lirik lagu dengan sebutan yang jelas.

20

Page 21: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

3.4.2 Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang

pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem

atauyang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-

prinsiptertentu).Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus

DiplomaPerguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara

atauperaturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan

guru yangsistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam

jangka pendek.Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif

pelajaran denganlangkah-langkah penyampaian yang tersusun.Kaedah yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan olehguru dengan tujuan

untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan muridmengingat lirik

lagu bagi tajuk „Nyanyian‟.

3.4 Sebutan Nyanyian

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik

yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang

dilagukan dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk „Nyanyian‟ yang akan

dinyanyikan oleh murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat lirik lagu.

3.4.4 Meningkatkan

Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud

menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan

meningkatkan merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap

pencapaian serta daya ingatan murid Tahun 5 UM bagi tajuk „Nyanyian‟.

3.4.5 Ingatan

Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat,

sesuatu yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk

mengingat sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam

bukunya yang bertajuk „Kaedah Pembelajaran Berkesan‟ pula menggariskan ingatan

kepada tiga fasa iaitu :

a) Penerimaan dan penyerapan

21

Page 22: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu

bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

b) Penyimpanan

Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan dirasai

secara fizikal.

c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula

Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa

penyerapan (ujian/peperiksaan).

juk „Nyanyian‟ terhadap murid Tahun 5 UM.

3.5 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid

Tahun 5 UM di Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Responden terdiri daripada 7 orang

murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang berbeza tahap pencapaiannya iaitu

lemah, sederhana dan baik. Responden juga mempunyai latar belakang status sosio

ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran Muzik bagi

Tahun 5 UM dan bertempat di Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam mata pelajaran Muzik Tahun 5 iaitu

proses „Nyanyian‟ yang berfokus kepada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden

yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan

dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah

Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Polis Kem yang terletak di

kawasan luar BandarJohor. Sekolah ini mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan

serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk

Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini

berada pada tahap sederhana.

22

Page 23: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

4.2 Latar Belakang Murid

Seramai 10 orang murid dari kelas 5 UM yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki

dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden

berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu,

beragama Islam dan juga dilahirkan diJohor. Mereka juga berasal dari keluarga yang

berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan Rancangan

Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim. Ibubapa

responden bekerja sebagai petani, buruh, kilang dan juga peniaga kecil-kecilan.

Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan

data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan

berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan. MEMERHATIMERANCANG

5.1 Prosedur Tindakan

Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan

Model Lewin, 1946 dan Laidaw, 1992 yang menyarankan lima langkah seperti rajah

dibawah:

Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992

23

Mengenal pasti Aspek Ramalan

Perancangan

Tindakan/Implementasi

Melihat Kesan Tindakan

Refeleksi

Page 24: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Langkah Langkah Melaksanakan Penyelidikan Tindakan (PT)

Dalam Proses pembelajaran di bilik darjah, tiap tiap kemahiran lazimnya dipelajari

Satu persatu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah

pembelajaran ditangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan

merangkumi empak langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Langkah- langkah ini dilaksanakan secara berturutan dalam bentuk gelungan.

Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di atas menggambarkan proses

perlaksanaan tanpa penghujung.

5.1.1 Mereflek

Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh saya dalam

mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P

nyanyian. Saya telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi

mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam

bentuk pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang

diperolehi, saya telah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan

besar murid Tahun 5 UM, iaitu kesukaran menyebut dan mengingati lirik lagu dalam

nyanyian Muzik.

5.1.2 Merancang

Setelah masalah dikenalpasti, saya merancang satu tindakan sebagai rawatan

kepada masalah yang menjadi fokus utama. Saya mula menyediakan kerangka

kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat

rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta

merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan

murid menyebut lirik lagu dengan jelas bagi tajuk „Nyanyian‟ menggunakan kaedah

latih tubi.

Sebagai perancangan awal, saya akan membuat pemilihan melodi lagu yang

dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang

mengandungi lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses

“Nanyian‟. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu „Nyanyian‟

yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.

24

Page 25: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Sebagai perancangan awal, sayaakan membuat pemilihan melodi lagu yang

dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang

mengandungi nyanyiain bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses

”Nyanyian‟. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu “Nyanyian‟

yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai didalam kajian ini.

Untuk melaksanakan kajian ini, saya akan membahagikan murid kelas 5Bestari

kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Pembahagian

ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Muzik

muridmurid,dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian

baik,sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan

responden bagikajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang

muridberpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala

kumpulankawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang

muridberpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah.

Dalam kajian ini, saya akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagisetiap

kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap

kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan

diajar tajuk yang sama iaitu „Nyanyian‟ tetapi dengan menggunakan kaedah yang

berbeza.Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional

manakala kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah sebutan

dengan jelas dalam nyanyian. Alat kajian yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan

Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai tahap sebutan murid terhadap tajuk

nyanyian yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan sebagai alat kajian

untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P nyanyian yang dijalankan. Alat kajian

terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk

mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.1.3 Bertindak

Saya memilih kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian sebagai kaedah

rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Saya telah memilih melodi lagu

“Twinkle-Twinkle Little Star‟ kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa

25

Page 26: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, saya menulis lirik lagu yang mengandungi

lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu „Nyanyian‟ seperti yang

terdapat di Lampiran D. Dalam proses menyiapkan lirik lagu, saya membuat rujukan

di dalam Buku Teks Muzik Tahun 5 dan buku-buku rujukan Muzik supaya lirik lagu

yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi

lirik lagu penting dalam proses Nyanyian. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, saya

telah menjalankan proses rakaman lagu „Nyanyian‟ yang menggunakan suara saya

sendiri. Rakaman lagu tersebut telah digunapakai terhadap kumpulan rawatan di

dalam kajian ini.

Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan tiga jenis

instrumen iaitu:

i. Ujian Pra

ii. Soal Selidik

i. Ujian Pra

Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan, saya

mengedarkan satu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh kesemua responden.

Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk

“Nyanyian‟. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi setiap

kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan

Borang Pemerhatian

ii.Soal Selidik

Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan

rawatan, saya mengedarka nsatu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh

kesemua responden. Ini bertujuanuntuk menilai pengetahuansedia ada murid

terhadap tajuk “Nyanyian‟. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza

bagi setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan. Kemudian saya

membahagian mereka kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menjalani

proses P&P menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala

kumpulan kedua pula menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan yang

jelas dalam nyanyian, juga sebanyak dua kali.

26

Page 27: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah sebutan

yang jelas dalam nyanyian adalah seperti berikut:

i. Saya menunjukkan lirik lagu Twinkle-Twinkle Little Star„‟ melalui Power Point. ii.

Saya memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam sebutan yang jelas‟ iaitu

pic,tempo, sebutan dan irama.

iii. Saya menerangkan setiap proses “Nyanyian‟ secara terperinci.

iv. Saya memaparkan lirik lagu Twinkle – Twinkle Little Star‟ melalui Power Point

v. Saya memperdengarkan lagu “Nyanyian‟ kepada responden.

vi. Responden menyanyikan lagu “Nyanyian‟ bersama-sama berpandukan kepada

lirik yang dipaparkan.

vii. Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii. Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis muzik.

ix. Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P. Semasa keempat-empat sesi P&P

berlangsung, saya menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-

aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat

elemen-elemen muzik dalam P&P nyanyian murid sepanjang sesi P&P berlangsung.

Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua kumpulan kawalan

dan rawatan selesai dijalankan, saya mengedarkan Ujian Pasca

vi.Responden menyanyikan lagu ‘Twinkle – Twinkle Little Star‟bersama-sama

berpandukan kepada lirik yang dipaparkan.

vii.Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii.Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.

27

Page 28: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

ix.Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.

Semasa keempat-empat sesi P&P berlangsung, saya menjalankan pemerhatian

berstruktur berdasarkan kepada alemen-aleman yang terdapat di dalam borang

pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat kelancaran sebutan lirik lagu dengan jelas

sepanjang sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P

bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, saya

mengedarkan Ujian Pasca untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca

adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden

mengingat proses “Nyanyian‟ yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah

ujian para responden. Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik .

Setelah selesai kedua-dua sesi P&P, saya mengedarkan borang soal selidik kepada

setiap responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada

murid menyebut dan dapat menghafal lirik lagu dengan jelas dan terhibur terhadap

kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala

bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam

borang soal selidik tersebut.

5.1.4 Memerhati

Pada peringkat ini, saya merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi.

Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan

jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua

kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, saya mencatat pemerhatian

tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung

berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian.

Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan di

antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap

item diinter pretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

28

Page 29: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis

dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf

supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia

bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan

serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, maka saya boleh memulakan kitaran

sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran kajian tindakan ini boleh berlaku

secara berterusan sama ada berfokuskan kepada masalah yang sama ataupun

masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, saya telah

meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan

murid dalam mengingati lirik lagu bagi mata pelajaran Muzik. Saya membuat

kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati lirik lagu menjadi faktor utama yang

perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan.

Tiga jenis instrumen digunakan oleh saya bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian

(Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen

mengukur objektif yang berbeza.

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Saya menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua

kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Soalan ujian adalah

berdasarkan tajuk „Nyanyian‟. Ujian Pra diberikan sebelum sesi P&P dimulakan yang

bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid

mengenai tajuk yang dikaji. Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid

mengingat proses „Nyanyian‟, Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan

setelah selesai kesemua empat sesi P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra

sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang

diajar. Seterusnya saya melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat

perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang

menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah

29

Page 30: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

sebutan berirama dan nyanyian dalam permainanl . Peningkatan markah murid yang

tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses „Nyanyian‟ dengan

baik. Saya membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua

keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya saya dapat

mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P

berlangsung. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah

laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan

pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur

di mana saya merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah

ditetapkan di dalam borang pemerhatian. Terddapat empat bidang utama yang

diperhatikan merangkumi s, postur,pernafasan, di mana setiap satunya mempunyai

dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat dengan

nyanyian. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau

tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 UM bagi tajuk „Nyanyian‟. s

5.2.3 Soal Selidik

Saya juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi responden

berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. Borang

soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang

menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi

setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah

menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai,

sebutan yang jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada

diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soalselidik dijalankan, saya terlebih dahulu membaca dan menjelaskan

setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Saya memberi penerangan

30

Page 31: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan responden.

Saya juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik tersebut

dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, saya

dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah sebutan dengan jelas

bagi yanyian dalam P&P muzik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada

sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah

tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan

menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali.

Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada lirik lagu yang tetap

dan tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan, segala

instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk borang

soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah pun

disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga

dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan

oleh Ketua Panitia Muzik sekolah tempat kajian dijalankan.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, saya memastikan bahawa

murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak

dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut mengelakkan kelakuan yang boleh

menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh

itu, saya membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia

sebelum ujian dijalankan.

Selain itu, saya juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan

soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan

terperinci bagi setiap item yang digunakan. Saya sentiasa mengingatkan responden

31

Page 32: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua

tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

'.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan

diinterpretasi.Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, saya dapat

melaporkan hasil kajian,seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang

dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu bagi tajuk

‘Nyanyian’menggunakan kaedah sebutan dengan jelas .

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca

mengenai tajuk yang diajar iaitu ‘Nyanyian’ yang telah dilaksanakan ke atas sampel

kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan

sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang

pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pasca

pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua sesi P&P

untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu

murid mengingat lirik lagu. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah sebutan

dengan jelas dalam nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi

tajuk ‘Nyanyian’ dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum

dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan

markahyang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk “Nyanyian’ menggunakan kaedah

sebutan dengan jelas.

Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk

‘Nyanyian’ diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkah

laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa

aspek yang diperhatikan oleh saya sepanjang keempat-empat proses P&P

berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan

32

Page 33: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan

jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan

kawalan). Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama

seperti yang tertera di dalam Jadual 8 di bawah :-

Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah

dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan

masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid

terhadap proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi

kumpulan rawatanyang menggunakan kaedah sebutan yang jelas bagi nyanyian.

33

Page 34: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut menjalani dua sesi P&P yang

menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P memakan masa selama 60

minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, saya telah merekod tingkah laku yang

mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin

diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.

Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan minat

murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan

kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah sebutan dengan jelas

dalam proses P&P bagi tajuk ‘Nyanyian’ berupaya meningkatkan minat murid untuk

belajar. Bagi kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional

menyebabkan murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk

belajar.Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan

rawatandidapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan

kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan

yang menggunakan kaedah konvensional,sebanyak 34% murid didapati bertingkah

laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang dijalankan. Dapatan ini membuktikan

bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian mampu mengurangkan

34

Page 35: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan

oleh perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah

sebutan dengan jelas dalam nyanyian jika dibandingkan dengan kaedah

konvensional.

Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P

menggunakan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan),

sebanyak 35% murid didapati menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P.

Namun, bagi sesi P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan),

peratusan murid yang menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati

menurun kepada 15%.Melalui dapatan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa

penglibatan murid di dalam proses P&P nyanyian kanak-kanak dapat ditingkatkan

melalui penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian

(kumpulanrawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional

(kumpulankawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara

aktif.

Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan

rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid

yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara

in imenunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah sebutan yang jelas bagi

nyanyian dalam proses P&P muzik, masalah disiplin di kalangan murid dapat

dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi,proses P&P menggunakan kaedah

konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan masalah disiplin murid

sebagaimana kaedah nyanyian.

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat

murid dalam mempelajari tajuk ‘Nyanyian’ menggunakan kaedah sebutan dengan

jelas telah tercapai. Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian dalam

proses P&P muzik ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar,

nyanyian sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan

penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P nyanyian serta dapat meminimumkan

masalah disiplin di kalangan murid.

35

Page 36: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

menghiburkan dengan penggunaan elemen sebutan yang jelas dalam

nyanyian bagi P&P muzik

Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah

sebutan jelas yang dalam proses Nyanyian Muzik. Objektif ini diukur berdasarkan

kepada borang soal selidik yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang

diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan

menggunakan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk

jadual dan graf seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah

BIL ITEM NILAI MIN

KUMPULAN

RAWATAN

KUMPULAN

KAWALAN

1

Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran

hari ini. 5.0 2.0

2

Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.

5.0 1.9

3

Saya berasa mudah untuk menghafal lirik lagu.

4.8 1.0

4

Pengajaran guru membosankan

1.4 4.6

5

Saya berasa teruja untuk menunggu

aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. 4.8 1.5

6

Saya berasa bersemangat untuk belajar

Muzik. 4.6 1.4

7

Saya sangat suka dengan kaedah sebutan dalam

nyanyian yang diajarkan 5.0 1.5

8

Saya boleh menggunakan kaedah yang guru

perkenalkan pada hari ini untuk lagu lain 4.0 1.5

36

Page 37: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah

melebihikumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi

menunjukkan bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok

selepas mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam

nyanyian kanak-kanak berbanding dengan kumpulan kawalan yang mengikuti sesi

P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min yang diperolehi

bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbandingkumpulan kawalan

iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian kanak-kanak

nyanyian yang digunakan untuk kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden

berasa seronok dan terhibur.Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa

seronok dan tidak terhibur dengan kaedah konvensional yang digunakan di dalam

sesi P&P.

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden

kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menyebut dengan

ketepatan dan secara tidak langsung menghafal lirik lagu dengan penggunaan

kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berbanding dengan kumpulan

kawalan yang menggunakan kaedah konven sional. Kenyataan ini didinterpretasikan

daripada nilai min yang dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan

37

Page 38: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

1.0 bagi kumpulan kawalan. Untuk item 4 iaitu ‘pengajaran guru membosankan’, nilai

min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min

kumpulan kawalan yang lebih tinggi iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan

rawatan tidak bersetuju dengan item 4 tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan

kawalan.

Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden kumpulan

rawatan yang menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berasa

teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza

pendapat dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional,

mereka tidak bersetuju dengan item 5 kerana nilai min yang diperolehi adalah

sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah sebutan dengan

jelas dalam nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan

rawatan berasa bersemangat untuk belajar nyanyian Muzik berbanding kumpulan

kawalan dengan perbezaan min sebanyak 3.2.

Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah

pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item

7 yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang

dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan

kawalan tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang

dicatatkan oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.

Ini bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh

menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lagu lain. Bagi

kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

38

Page 39: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci

sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam

nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk ‘Nyanyian’.

Responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah

sebutan dengan jelas dalam nyanyian menampakkan peningkatan markah ujian

yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses P&P

menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut

menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang

terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu ‘Nyanyian’ yang secara tidak langsung

membantu mereka untuk menyanyi dengan lancar dan sebutan yang jelas dan

memperolehi lontaran suara yang baik.

Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan

irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan sebutan dengan

jelas kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat

dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990)

yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan

menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak

menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin

mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin

mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka akan

berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk nyanyian.

Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak

langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan

itu, penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi proses P&P

nyanyian adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses-

proses yang terlibat dalam ‘Nyanyian’.

Integrasi elemen muzik dalam nyanyian lain akan melengkapkan perkembangan otak

kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan

39

Page 40: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik,

matematik, Muzik dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara

seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi

lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara

otak kiri (lirik lagu Muzik) dan otak kanan (elemen muzik dan nyanyian) yang

diaplikasikan di dalam kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh

bermakna. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang

ditunjukkan oleh kumpulan rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah

sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian juga terbukti berkesan

dalam meningkatkan minat murid untuk belajar nyanyian. Kaedah sebutan yang jelas

dalam nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya

sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif

murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan

murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui

dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang

menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian

merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan

responden kumpulan kawalan yang menjalan proses P&P menggunakan kaedah

konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika

seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang

harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya

ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah

baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh

Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan sebutan yang jelas dalam Lagu

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung

Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua dapatan menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran

Muzik. Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P

yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi dalam pembelajaran turut

40

Page 41: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

meningkat terutamanya dari aspek mengingati nyanyian Muzik. Kaedah ketepatan

sebutan dalam nyanyian bagi P&P muzik juga sekaligus dapat menarik minat murid

untuk belajar nyanyian kanak-kanak.

Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982)

mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak

yang menunjukkan bahawa lirik lagu akan mudah diingat bila ianya dijadikan

senikata lagu, khasnya mata pelajaran Muzik disebut dengan jelas. Melalui

penggunaan kaedah nyanyian ini, ia akan memudahkan guru untuk mengajar

pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih lancar sebutan dan berminat

untuk mengikuti pelajaran nyanyian. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa

elemen muzik iaitu kaedah sebutan atau diction bagi nyanyian dapat dijadikan

sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat

kanak-kanak.

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti

Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula

membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti

yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti

pelbagai elemen muzik dalam nyanyian ditekankan. Penggunaan elemen muzik

dalam nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut

dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan

menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan dapatan kajian ini

yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab

soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra, menimbulkan

perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk meminati subjek

Muzik.

Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan elemen-

elemen muzik dalam P&P nyanyian adalah bertujuan untuk mengubah suasana

pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur.

Ini kerana, elemen-elemen muzik tadi mampu memberikan kesan yang mendalam

kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai ketepatan sebutan

dan menghafal lirik lagu dan kegembiraan lagi menyeronokan. Berdasarkan kepada

kenyataan beliau tersebut, maka penggunaan bidang-bidang muzik dalam nyanyian

41

Page 42: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

adalah amat disarankan sebagai alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran

nyanyian tidak mendatar dan membosankan murid. Ternyata kaedah

sebutan(diction) dalam nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid

yang seterusnya dapat meningkatkan ketepatan dan kelancaran sebutan lirik lagu

mereka dengan jelas. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri

murid, maka secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi nyanyian

mereka.

Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi elemen-elemen

muzik dalamP&P nyanyian adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan

oleh beliau ini, penggunaan kaedah sebutan (diction)muzik dalam nyanyian bagi

P&P ini boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui

disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid semasa P&P nyanyian .

Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat

menguatkan memori terhadap lirik lagu dan sebutan(diction). Bertepatan dengan

kajian beliau,kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana

para responden dapat mengingat proses ‘Nyanyian’ dengan mudah menggunakan

kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses P&P nyanyian, adalah

penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan

aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam

suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat

mereka, secara tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat.

Motivasi dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan

murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti

kaedah nyanyian bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah

terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan

dalam mata pelajaran tersebut. chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori

terhadap lirik lagu dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau, kajian yang

dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat

mengingat proses ‘Nyanyian’ dengan mudah menggunakan kaedah sebutan(diction)

dalam nyanyian.

42

Page 43: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan kaedah sebutan(diction) dalam nyanyian bagi proses P&P Muzik

sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat lirik lagu, meningkatkan

minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini

berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa

cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini

dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:

i) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat

memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.

ii) Mengaplikasikan kedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi lagu-lagu lain

dalam subjek Muzik bukan sahaja bagi Tahun 5, malah bagi murid-murid lain juga

secara menyeluruh.

iii) Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih

terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

iv) Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan

melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar

nyanyian kanak-kanak.

v) Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik)

supaya proses P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan

penglibatan aktif murid.

vi) Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi

supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang

menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam P&P.

43

Page 44: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

1. TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU)

a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu)

i. Definisi

ii. Ciri-ciri

iii. Tujuan

b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu)

i.Tinjauan

ii. Kajian Kes

iii. Eksperimental

iv. Ex-post facto

v. Kajian Tindakan

c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu)

i. mengenalpasti isu/masalah

ii. merancang strategi

iii. melaksanakan kajian

iv. mengumpul dan menganalisis data

v. Kesimpulan dan perbincangan

d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu)

i. Rekabentuk kajian

ii. Persampelan

iii. Instrumen Kajian

iv. Prosedur Kajian

v. Kaedah Analisis Data

44

Page 45: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN

Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya

menyelesaikan masalah menyebut lirik lagu dengan jelas dalam nyanyian

walaupun mereka menguasai kemahiran membaca dan menyanyi , 1999;

Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Dapatan daripada

kajian ini adalah bersamaan dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et

al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati

bahawa masalah menyebut lirik lagu dengan jelas ini menimbulkan banyak

kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal persekolahan.

Dalam memperjelaskan tentang teknik sebutan, murid lebih cenderung

dalam menyelesaikan masalah sebutan menggunakan teknik menghafal lirik

lagu, menggunakan lagu lagu iringan yang dimainkan (Mohd Uzi, 1999; Hassan,

1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP], 1993). Selain itu, murid

melaksanakan sesuatu penyelesaian tanpa menggunakan istilah sebutan

dengan betul. (Bransford et al., 1996; dan Hegarty, 1995).

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa teknik menghafal lirik lagu yang

rutin. dapat menyelesaikan masalah menyanyi, tetapi murid tidak haruslah

dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru

sahaja. Teknik lain yang sesuai perlulah digalakkan, iaitu teknik yang

bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid, pengalaman dan

persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid bagi memberikan pendekatan

yang lain dalam membantu murid dalam memahirkan diri dalam menyelesaikan

masalah menyebut lirik lagu dengan jelas.

Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui

empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun),

pra operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (12

tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat

operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir

secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata.

Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih

bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”.

Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat

45

Page 46: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan lagi kefahaman berkaitan

dengan konsep Nyanyian.

Dalam memahami sesuatu konsep Sebutan, murid perlukan pengalaman

yang berbeza seperti pengalaman enaktif, ikonik dan simbolik (Lim,. S; Fatimah,

S.; Munirah, G; 2003). Pada peringkat pengalaman ikonik, kanak-kanak sudah

boleh menggunakan minda untuk memikirkan sesuatu dan membina gambaran

lagu yang terlintas di fikiran mereka. Murid sekolah rendah lebih mudah

memahami sesuatu konsep Nyanyian melalui penggunaan objek konkrit dan

menulis. Cadangan ini selaras dengan pendapat Dienes (1973) yang

menyatakan bahawa konsep Sebutan dalam Nyanyian menjadi lebih mudah

difahami jika konsep itu dipersembahkan kepada murid dengan menggunakan

contoh yang konkrit. Sehubungan itu, Dienes mengusulkan lima peringkat

persekitaran dalam menyebut sebutan lagu dengan jelas iaitu permainan bebas,

memerhati ciri (generalisasi), perwakilan diagramatik (representasi), perwakilan

simbolik (simbolisasi), dan formalisasi. Dalam persekitaran perwakilan

diagramatik (representasi) murid dibimbing untuk menggunakan objek-objek

konkrit dalam aktiviti pembelajaran Nyanyian. Imej dan gambar atau rajah yang

menunjukkan baris baris lirik seharusnya digunakan untuk mewakili konsep

Nyanyian. Dalam peringkat persekitaran perwakilan simbolik, kanak-kanak

haruslah dibimbing supaya mengenali pic dalam muzik semasa menyanyi. Ini

dapat memudahkan kanak kanak menyebut lirik tersebut dengan jelas mengikut

intonasi yang betul.

46

Page 47: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit

BPPDP, KPM.

Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat

turun pada 30 Feb 2011.http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat

turun pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm

.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).

Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung

Batu, Tawau, Sabah.Muat turun pada 2 Mac http://www.docstoc.com/docs/335

Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education.

Muat turun pada 10 Feb 2011. http://www.isme.org/article/view/89/1/26

.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam

Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran:

Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and

Distributors Sdn. Bhd.

47

Page 48: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011.

http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm.

Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs.

Orlando: International Reading Assosiation.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun

pada 14 Feb 2011. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan

IPGKTI. 9(4):27-31.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan

Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

48

Page 49: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

LEMBARAN KERJA LATIH TUBI SOLFA

Nama : ______________________________________

Kelas : ______________________________________

Lengkapkan jadual di bawah.

CIRI CIRI ASAS

NYANYIAN

NAMA

SIMBOL

CIRI SEBUTAN

1

a) _________________

b) _________________

2

a) __________________

b) __________________

3

a) _____________________

b) _____________________

4

a) _____________________

b) _____________________

49

Page 50: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)

Tarikh : ____________________

Kelas : ____________________

PERISTIWA CATATAN

50

Page 51: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : __________________________________

Kelas : __________

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHANJAWAPAN

ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.

ITEM YA (%) TIDAK

(%)

1 Saya minat mata pelajaran Muzik

2 Pelajaran cikgu membosankan

3 Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

4 Aktiviti yang dijalankan menarik

5 Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

6 Penerangan cikgu mudah difahami

7 Saya berasa sukar menghafal lirik lagu

8 Saya tidak faham soalan Muzik

9 Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar

10 Belajar Muzik itu menyeronokkan

11 Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

12 Latihan yang diberikan sangat mudah

MARI BELAJAR SEBUTAN YANG JELAS

51

Page 52: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

‘TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR’

52

Page 53: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM

81030 KULAI, JOHOR

NAMA : ___________________________________

KELAS : ___________________________________

ARAHAN :

1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A

dan Bahagian B).

2. Sila jawab ke semua soalan.

3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30

minit.

53

UJIAN PRA

Page 54: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Latih Tubi: Isikan tempat kosong

Twinkle, twinkle, little _______,

How I _________ what you are.

Up above the world so ______,

Like a __________ in the sky.

Twinkle, _________, liittle star,

How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,

When there's nothing he ________ upon,

Then you show your little ________,

Twinkle, twinkle, through the _______.

Twinkle, twinkle, little star,

How I _______ what you are!

In the dark blue sky so deep

Through my _______ often peep

For you never close your _______

Til the __________ sun does rise

Twinkle, twinkle, little star

How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star

How I wonder what you are

54

Page 55: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Latih tubi: Sebutan lirik lagu dengan jelas.

TWIN – KLE TWIN – KLE LIT – TLE STAR

HOW I WON – DER WHAT YOU ARE

UP ABOVE THE WORLD SO HI – HIGH

LI – KE A DIA – MOND IN THE SKY.

TWIN – KLE TWIN – KLE LIT – TLE STAR

HOW I WON – DER WHAT YOU ARE

55

Page 56: Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dala1 (Repaired)

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ________________________________ Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:

1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Kurang setuju

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

BIL 1 2 3 4 5

1 Saya berasa seronok selepas mengikuti

pelajaran hari ini

2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti

hari ini.

3 Saya berasa mudah untuk menghafal

Lirik lagu

4 Pengajaran guru membosankan.

5 Saya berasa teruja untuk menunggu

aktiviti yang akan diperkenalkan

seterusnya.

6 Saya berasa bersemangat untuk belajar

Muzik.

7 Saya sangat suka dengan kaedah

nyanyian yang digunakan.

8 Saya boleh menggunakan kaedah yang

guru perkenalkan pada hari ini untuk

lagu lain.

56