nyanyian 1

24
NYANYIAN PENGENALAN Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/ perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi. Objektif Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti alat-alat resonan yang terpenting dan penggunaan alat-alat vokal bagi pengeluaran suara yang baik; 2. Mengetahui kedudukan dan perletakan suara yang betul; 3. Menguasai kemahiran pembentukan resonan bagi pembunyian balik suara dengan jelas; 4. Kemahiran menggunakan alat-alat vokal melalui latihan yang sistematik.

Upload: razif-kassim

Post on 24-Jun-2015

5.965 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: NYANYIAN 1

NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member

pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/

perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum

menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang

berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik

untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti alat-alat resonan yang terpenting dan penggunaan alat-alat vokal

bagi pengeluaran suara yang baik;

2. Mengetahui kedudukan dan perletakan suara yang betul;

3. Menguasai kemahiran pembentukan resonan bagi pembunyian balik suara

dengan jelas;

4. Kemahiran menggunakan alat-alat vokal melalui latihan yang sistematik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu:

1. Pengenalan alat-alat vokal artikulasi.

2. Teknik vokal – Resonan dan Pelontaran Suara.

3. Teknik vokal – Sebutan Dalam Nyanyian.

Page 2: NYANYIAN 1

Latihan vokal secara amali seperti pembentukan posisi mulut yang luas, latihan

pelontaran suara yang jelas dengan menggunakan alat-alat vocal perlu dilakukan

secara sistematik mengikut urutan dan secara latih tubi.

ALAT-ALAT VOKAL DAN ARTIKULASI

Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan

meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau

apabila trumpet ditiup, udara di dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu, bunyi trumpet

terhasil. Biasanya semasa bernafas, udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan

terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal

cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya.

Dengan cara itu, suatu bunyi akan terhasil. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan

membentuk bunyi menjadi kosonan dan vokal. Simbol agi vokal dan konsonan adalah

huruf-huruf.

Semakin nyaring bunyi, maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords

mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic

suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal

cords yang kuat.

Alat-alat Nyanyian

Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong

manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru

manusia. Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi, lelangit lembut, lelangit keras, lidah

dan bibir bagi menghasilkan pelbagai suara manusia). Bunyi tidak terhasil semasa

bernafas kerana pita suara membenarkan udara melaluinya tanpa halangan.

Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara;

Page 3: NYANYIAN 1

1. Motor

Ini ialah tekanan nafas. Penarikan akan melakukan tekanan nafas dan ia akan

bertentangan dengan kord-kord vocal dan menjadikan ia menggetar. Getaran

kord-kord vokal ini akan mengeluarkan bunyi.

2. Vibrator (Penggetar)

Ini adalah kord-kord vocal dio dalam peti suara (larynx) kita. Kord-kord vokal

ialah kulit yang berlipat-lipat di kedua-dua belah trakea dengan tenggorok. Di

dalam pernafasan biasa, kord-kord vokal ini bukan untuk membenarkan udara

masuk atau keluar. Apabila bersedia untuk menyanyi, kord-kord akan tutup

dengan membenarkan sedikit udara keluar sahaja. Tekanan nafas akan

menjadikan kord-kord vokal ini menggetar dan bunyi didengari.

3. Pembesar Suara (Resonator)

Ruang mulut yang dibentuk oleh lelangit, mulut dan kerongkong. Suara bergetar

di dalam ruang ini sebelum keluar dari mulut. Ruang kepala juga terlibat.

4. Artikulasi

Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu.

Rajah 3.1: Organ / Alat Vokal Manusia

TEKNIK VOKAL – RESONAN DAN PELONTARAN SUARA

Page 4: NYANYIAN 1

Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara daripada paru-paru. Di

dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut

menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah

dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik

mempunyai julat pic yang besar.

Resonan

Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Suatu rongga yang boleh

menghasilkan resonan disebut resonator. Mengapa alat muzik boleh menghasilkan

bunyi nyaring? Jawabnya, kerana alat-alat muzik tersebut memiliki rongga resonator

yang berlainan. Manusia memiliki 3 buah resonator.

1. Rongga mulut sebagai resonator pertama.

2. Rongga dada sebagao resonator kedua.

3. Rongga hidung dan kepala sebagao resonator ketiga.

Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara kita dengan resonan

dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Suara menjerit jelas tidak bermutu

sama sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi

yang baik. Bentuk mulut, lontaran suara, kawalan pernafasan dari paru-paru berkait

rapat dengan resonan dan berapa peratus penggunaan resonator yang telah

dinyatakan. Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100%

resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya menggunakan 100% resonator dada.

Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator.

Sebagai contoh, untuk menghasilkan pic tinggi yang baik, kita menggunakan:

60% resonator kepala.

25% resonator mulut.

15% resonator dada.

Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula, kita menggunakan:

Page 5: NYANYIAN 1

70% resonator dada.

20% resonator mulut.

10% resonator kepala.

Kesimpulannya, semakin tinggi pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus

penggunaan resonator kepada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator dada.

Sebaliknya, semakin rendah pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus

penggunaan resonator dada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala.

Untuk menyanyikan pic mendatar/sederhana, kita menggunakan resonator mulut.

Perletakan Suara

PERLETAKAN / REGISTER SUARA

Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi –

register kepala, tengah dan dada.

1. Suara Kepala

Page 6: NYANYIAN 1

Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register

tinggi sementara rongga di kepala yang member kesan gema digunakan untuk

menggemakan ton atau bunyi yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. Ini dikenali

mekanisme ringan atau suara kepala. Adalah baik dan sihat sekiranya suara

kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian. Ia menghasilkan suara

yang jelas, kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau

dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala juga banyak membantu lelaki

semasa mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. Ia juga

menyediakan penggunaan yang sihat dalam nyanyian falsetto. Untuk

mendapatkan suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang cukup dan

betul adalah perlu. Untuk merasai suara kepala, anda perlu menyanyikan satu

not yang berpic atau

dalam sebutan ‘noo’ atau ‘moo’ atau ‘loo’ dengan lembut dan panjang. Setelah

mendapat kedudukan suara kepala yang dikehendaki, cuba nyanyikan skel

menurun di bawah;

Page 7: NYANYIAN 1

2. Suara Tengah

Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong pada

jarak suara. Untuk merasai suara tengah, latihan di bawah boleh dijalankan;

3. Suara Dada

Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan

alat resonans dikenali sebagai suara dada. Suara dada sebenarnya boleh

merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan

yang baik. Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat, namun ia tidak

digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal

yang kompleks di dalam nyanyian. Renj suara dada adalah kecil di dalam

penggunaannya. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada

berbanding penyanyi wanita. Untuk merasainya, letakkan tangan pada bahagian

dada semasa menyanyikan not, dengan sebutan “Haa”, “Laa” atau “Maa”

panjang. Anda akan merasai getaran pada tangan.

Page 8: NYANYIAN 1

Klasifikasi Suara

Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada

dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang

boleh dinyanyikan. Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali

sebagai penyanyi soprano. Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai

suara bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble, mezzo

soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes. Biasanya di

dalam kumpulan koir sekolah atau kumpulan kecil hanya empat jenis suara yang

biasa digunakan iaitu soprano, alto, tenor dan bes.

Page 9: NYANYIAN 1

Pelontaran Suara

1. Cara menyanyi bunyi yang rendah;

Nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas.

Jangan turunkan kepala atau bongkokkan badan.

Alat-alat resonan ialah kerongkong, dada dan rahang.

Kurangkan tenaga nafas pada pinggang, tetapi pastikan aliran nafas adalah rata.

Jangan nyanyi dengan kuat.

Pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun.

2. Cara menyanyi bunyi yang tinggi;

Fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan.

Buka mulut cukup besar. Jangan naikkan dagu dan kepala. Bibir, rahang dan

lidah hendaklah selesa.

Alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung.

Nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang

tinggi.

Jangan paksa suara keluar.

TEKNIK VOKAL – SEBUTAN

Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam

menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan

itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Di dalam nyanyian,

pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan

intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu

jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member

laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan

ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang

Page 10: NYANYIAN 1

konsisten dan berterusan. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut

memainkan peranan yang penting.

Ciri-ciri ton nyanyian meliputi;

Tenaga

Intensiti

Kekuatan bunyi

Harkat (panjang dan pendek)

Simbol Bunyi Fonetik Contoh Perkataan

a ah ayam @ father

e ay/ey ekor @ ever

i ee Itik @ mee

O o/oh orang @ obey

u oo ular @ too

Bentuk mulut bagi bunyi vokal;

Cara-cara Membentuk Vowel

Page 11: NYANYIAN 1

Sebelum menjalankan latihan suara, semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk

cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a,e,i,o,u. Ini adalah penting supaya

mereka boleh membentuk suara dengan baik.

1. EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit

sahaja ruang dalam mulut.Untuk membentukkan dengan betul, rahang bawah

relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah, hujung lidah berada di belakang gigi

bawah.

2. EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE, bibir dan gigi terpisah. Rahang

bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Adalah

baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain.

3. AH (perkataan ayam) Rahang bawah digerakkan ke bawah sekali. Inilah vowel

yang menolong murid-murid membuka mulut.

4. OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan, hujung lidah dan belakang gigi bawah.

5. OO (perkataan ular) Bibir bulat dan sempit, menjulur dari gigi.

Contoh latihan untuk vowel;

Page 12: NYANYIAN 1

Penghasilan Ton

Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang

renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian

meliputi tenaga, intensiti, kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ton

nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal

intensitinya. Apabila vokal seperti ‘ah’ disokong dengan pernafasan dan dibentuk

dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ini member ton yang bergema

dan intonasi yang baik.

Page 13: NYANYIAN 1

Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Beliau

berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.

Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Udara

melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan

melalui bunyi vokal (a,e,i,o,u). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang

atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti

vokal menentukan pic dan intonasi.

Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh

pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal

asas. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur

memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan.

Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut

mengikut bunyi vowel. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang

sederhana. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal

terbuka seperti “ah” dan “oo”.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut;

(a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a,e,i,o,u).

(b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

Page 14: NYANYIAN 1

(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan

hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

(a) Glissando vokal dengan sebutan ‘o’.

(b) Menguap dengan bunyi ‘ah’.

(c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi, dan siulan.

(d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut:

Hee hee hee! Apa khabar?

(e) Ah -Hm

Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik;

1. Jangan memaksa atau menolak ton keluar.

2. Jangan menjerit.

3. Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul.

4. Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama

rata.

Page 15: NYANYIAN 1

Warna dan Ekspresif Ton;

Biasa – (Ah dan Oh)

Gelap – (Awe dan Oo)

Terang – (Ee dan Ay)

Perbezaan Sebutan Bertutur dan Nyanyian

1. Sebutan nyanyian biasanya sustain sebab terikat kepada nilai not.

2. Semasa menyanyi, mulut dan kerongkong haruslah dalam kedudukan terbuka

(open position) untuk membenarkan pengudaraan masuk dan resonan.

3. Untuk nyanyian secara ensemble, bentuk mulut bibir dan artikulasi bunyi adalah

penting untuk kepaduan suara.

4. Ada kalanya, sesetengah bunyi diubah picnya untuk mendapatkan sustain pada

ton yang baik.

5. Pada amnya, sebutan dalam nyanyian mestilah dilebih-lebihkan daripada

sebutan bertutur.

Teknik “Warm-Ups”

Ramai guru yang mengajar nyanyian tanpa “warm-up”. Ada yang melaksanakan “warm-

up” tanpa mengaitkan dengan latihan yang sebenarnya. Setiap “warm-up” yang

dijalankan perlu mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan yang sebenarnya.

Tujuannya adalah untuk;

1. Member fokus.

2. Member peluang menyediakan suara untuk nyanyian.

3. Member peluang ahli kumpulan (ensemble) mendengar suara mereka sendiri di

samping suara ahli-ahli lain .

4. Mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian.

5. Mewujudkan tabii bernafas dengan betul.

Page 16: NYANYIAN 1

6. Mencapai penyatuan vokal.

7. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni.

8. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan.

“Warm-ups” Fizikal

“Warm-ups” ini bertujuan melegakan ketegangan, merangsangkan tubuh badan dari

merasa letih dan lesu. Bol;eh dijalankan dari 5 hingga 10 minit mengikut keperluan

penyanyi. Contoh “warm-ups” fizikal ialah:

1. Keretapi – “urut belakang kawan” kanan dan kiri dalam 30 saat.

2. Toleh kepala – ke kanan 8 kiraan dan kiri 8 kiraan, tunduk dan dongak 8 kiraan.

3. Meregangkan tangan – tarik nafas dan angkat tangan ke atas dan lepaskan

nafas perlahan-lahan dalam 8 kiraan pada ahh… Buat beberapa kali. Setelah itu

ke kiri, kanan, ke belakang, ke bawah dan ke hadapan.

4. Menjangkau ke langit – melihat ke atas dan buat seolah-olah menjangkau

dengan tangan ke atas. Kanan, kiri dan regangkan tangan ke atas.

5. Meregangkan siku dan tangan dalam 8 kiraan.

6. Cekak pinggan – ke kanan dan kekiri, ke hadapan dan kebelakang dalam 8

kiraan.

7. Gerak boneka – ini adalah untuk postur bermula dengan membongkok ke

bawah dan pembimbing akan menyanyi atau membunyikan alat muzik dan pada

setiap bunyi mereka akan bangun sehingga dalam kedudukan postur yang baik.

8. Main bahu – tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dalam 8 kiraan dan

lepaskan nafas dalam kiraan. Setelah itu, bahu kiri dan kedua-dua bahu.

Menggerakkan bahu kehadapan dan ke belakang dalam 8 kiraan. Untuk

merehatkan bahu.

9. Bisikan – bisikan bunyi mengikut konsonan “p” “f” “k” “t” “r” “s” ke semua dalam 8

kiraan.

Page 17: NYANYIAN 1

“Warm-ups” Vokal

Vokal seperti oo,ah,ee,eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di dalam latihan

vokal. Latihan nyanyian skel, arpegio, dan jeda mengikut nama solfa dengan tujuan

untuk mendapatkan pic yang tepat. Contoh “warm-up” vokal yang boleh dijalankan:

Page 18: NYANYIAN 1

RUMUSAN

1. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada

kerongkong manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar

dari paru-paru.

2. Keindahan, kemerduan dan kemurnian suara adalah bergantung kepada

pembentukan mulut dan sebutan yang jelas dan bersepadu.

3. Mulut mesti dibuka seluas-luasnya mengikut sebutan vokal untuk menghasilkan

ton suara yang berkualiti dan sedap didengar.

4. Semasa nyanyian sebutan bunyi vowel dan konsonan haruslah jelas.

5. Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal.

6. Penghasilan ton dipengaruhi kemahiran penggunaan dan mengawal organ alat

vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

7. “Warm-ups" atau latihan persediaan mesti dilakukan sebelum menyanyi.

GLOSARI

Falsetto – suara tinggi lelaki seperti suara perempuan

Renj – julat / jarak

Vocal Cord – peti suara

Page 19: NYANYIAN 1