kebaikan kelemahan big

3
KEBAIKAN Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan- urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada guru-guru dan staf-staf sokongan SK Penyabong itu sendiri. Ini

Upload: ariel-manap-libau

Post on 02-Aug-2015

135 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Kelemahan Big

KEBAIKAN

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat

beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan

dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan

penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan

hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir

program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata

pepatah, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-

membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai

objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang

seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada

kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah

mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini

sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-

urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak

pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada guru-guru dan staf-

staf sokongan SK Penyabong itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan

sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang

program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan

sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan

untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus

mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi

merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut.

Page 2: Kebaikan Kelemahan Big

KELEMAHAN

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang

menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.

Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca

tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada

sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan

namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu.

Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini

secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah

dirancang.

Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam

kami berada disana kami tidak dapat mengenali murid-murid SK Penyabong dengan

lebih rapat lagi. Kami hanya dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang

dari sekolah. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti

yang lain.

PENAMBAHBAIKAN

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah

pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya

mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih

tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini

dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika

pemilihan tarikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat

aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan

program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.