kawalan disiplin

Upload: nurhayati-ibrahim

Post on 15-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAWALAN DISIPLIN

TRANSCRIPT

PENGENALANPembangunan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan adalah bermula dari alam persekolahan. Ia termasuk usaha membentuk peribadi mulia di kalangan pelajar di mana semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan, pimpinan semua peringkat, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah, para ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta media massa. Gejala disiplin yang melibatkan pelajar sekolah boleh membantutkan usaha tersebut. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka satu sistem yang boleh mengukur dan menilai tingkah laku pelajar seterusnya berupaya mengawal tingkahlaku tersebut. Pengukuran dan penilaian tersebut boleh digunakan oleh sekolah bagi menjadi petunjuk atau panduan untuk merangka strategi pencegahan, pemulihan dan pengembangan secara lebih berkesan.NAMA PROGRAMSISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-Disiplin)VISIModal Insan Pelajar TerbilangMISIMemastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.KONSEPSistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku pelajar. Seterusnya, langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.PRINSIP PELAKSANAAN1. Pelaksanaan dasar semua guru adalah guru disiplin2. Pemantapan kerjasama dan tindakan antara guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling.3. Mempermudahkan tugas guru dalam pengurusan disiplin pelajar.SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-DISIPLIN)PengenalanSistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) yang berasaskan web. SMK Seri Kembangan (SMKSK) adalah satu daripada 50 buah sekolah di sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyertaikan projek rintis ini. Sistem e-Disiplin ini telah dilaksanakan di sekolah mulai1hb Mac 2010bagi memantau dan mengawalselia prestasi disiplin dalam kalangan pelajar mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa Semua Guru Adalah Guru Disiplin, maka semua guru SMKSK dipertanggungjawabkan untuk memantau salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.Sistem ini juga berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah. Selain daripada itu, ia dibina bagi memperluaskan lagi fungsi SSDM ke arah mengawal disiplin murid di peringkat sekolah seperti rajah di bawah.Salah Laku Pelajar

SSDM + e-Disiplin

Intervensi

Sistem PemarkahanMaksud markah dalam e-Disiplin adalahmarkah penaltidanmarkah merityang diberikan kepada seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan yang dilakukan manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini diberikan bukan sebagai satu bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi tujuan mengawalselia tingkahlaku pelajar.Peruntukan MarkahCiri utama yang menggerakkan sistem e-Disiplin adalah pemberianmarkah penaltidanmarkah merit. Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan diisuBorang Salah Laku (BSL) atau lebih dikenali sebagaiSaman Disiplinoleh guru-guru dan markah penalti akan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu, 3 markah bagi kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan sederhana dan 10 markah bagi kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit.Setelah mencapai jumlah markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan peringatan bagi mengeluarkan Amaran 1 (AD1), Amaran 2 (AD2) dan seterusnya sehingga Amaran 5 (AD5) iaitu Buang Sekolah.Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :Jumlah MarkahTindakan SekolahTindakan Pelajar

3 19Amaran lisan kepada pelajarMenerima amaran lisan

20 30Amaran Pertama (bertulis)Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal

31 40Amaran Kedua (bertulis)Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal

41 59Pemantauan & Bimbingan kpd pelajarSesi kaunseling berterusan

60 70HukumanGANTUNG SEKOLAHSesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman, membuat akujanji, kerja amal

71 79Bimbingan IntensifSesi kaunseling berterusan dan kerja amal

80 99AMARAN AKHIRMuhasabah diri. Kerja amal, sesi kaunseling intevensi

100 HukumanBUANG SEKOLAHBuat rayuan dalam masa 30 hari

PROSES KAWALAN DISIPLINProses kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :1. i.Kerja AmalPelajar-pelajar yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran sewajarnya diberikan suatu bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya peluang memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.1. Bimbingan dan KaunselingPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah perkhidmatan yang member peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Mereka sebenarnya berpotensi untuk berubah sikap sekiranya diberi peluang dan bantuan untuk berbuat demikian. Menghukum semata-mata tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah yang mereka hadapi. Mendekati menerusi proses kaunseling adalah salah satu daripada kaedah ke arah itu.1. Program IntervensiMemberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, melalui pelbagai program pembangunan sahsiah diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh dilaksanakan ialah seminar. kursus, forum, kem jati diri, lawatan ke rumah kebajikan, pusat serenti, penjara, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.