disiplin - panduan pengurusan disiplin pelajar mrsm mrsm kuala krai

Click here to load reader

Post on 23-Jan-2016

226 views

Category:

Documents

25 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan sekolah

TRANSCRIPT

Panduan Pengurusan Disiplin PelajarMaktab Rendah Sains MARA

Unit Kebajikan & DisiplinCawangan Hal Ehwal PelajarBahagian Pendidikan & Latihan(Menengah)MARA

2008

43

KANDUNGAN

1. Bahagian I : Pendahuluan 32. Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar 53. Bahagian III: Kesalahan Disiplin Pelajar64. Bahagian IV : Dendaan & Hukuman9 5. Bahagian V : Pengurusan Disiplin & Tatatertib Pelajar106. Bahagian VI : Am137. Bahagian VII : Organisasi Pengurusan Disiplin13

Senarai Lampiran

A: [Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 6 Minggu]23B:[Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 4 Minggu] 24C:[Tatacara/Panduan Merotan & Proses Rayuan]25D:[Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas Tindakan Tatatertib]26E:[Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin]27F:[Senarai Tugas Pengerusi & Setiausaha Dalam JPPM, JDM, JDRM, JDB & JRB]28G:[Surat Perjanjian Berkelakuan Baik]29H:[Minit Mesyuarat JDM/JDRM]30I:[Contoh Sinopsis Kes Disiplin]31J:[Laporan Pengaduan / Tertuduh / Mangsa / Saksi]32K:[Laporan Penyiasatan]36L:[Proses Pengurusan Kes Disiplin Pelajar MRSM]37M : [Perjanjian Sentiasa Mematuhi Ikrar Dan Janji] 41

PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJARMAKTAB RENDAH SAINS MARA

Bahagian I:Pendahuluan

1. Nama dan Tarikh kuat kuasa

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan hendaklah berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.2. Pemakaian

Panduan Pengurusan hendaklah diguna pakai bagi semua pelajar MRSM.

Pelanggaran mana-mana peruntukan ini, akan mengakibatkan pelajar MRSM itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Tafsiran

Dalam Panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

Badan Wakil Pelajar (BWP) ertinya Badan Wakil Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

Barang atau Harta Maktab ertinya benda kepunyaan/milik/di bawah kawalan Maktab Rendah Sains MARA.

Dadah ertinya sebarang jenis dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Guru ertinya guru Maktab Rendah Sains MARA.

Guru Kanan ertinya guru kanan subjek atau ketua unit subjek berkenaan.

Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB) ertinya Jawatankuasa Rayuan di Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mempertimbangkan rayuan disiplin yang dirujuk oleh Jawatankuasa Disiplin Bahagian.

Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB) ertinya Jawatankuasa Disiplin di Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mengawal tatatertib dan disiplin pelajar MRSM.

Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM) ertinya Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) ertinya Jawatankuasa Disiplin Maktab Rendah Sains MARA.

Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM) ertinya Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab Rendah Sains MARA.

Judi ertinya aktiviti yang melibatkan apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.

Kaunselor ertinya Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA.

Ketua Warden ertinya Ketua Warden Maktab Rendah Sains MARA.

MARA ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Ketua Jabatan (KJ) ertinya Ketua Jabatan Sains atau Ketua Jabatan Matematik atau Ketua Jabatan Bahasa atau Ketua Jabatan Pengajian Am.

Minuman keras ertinya apa-apa minuman yang memabukkan, samada atau tidak mengandungi kekuatan alkohol.

Ketua Seksyen (KS) ertinya Ketua Seksyen Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) ertinya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

Pelajar ertinya pelajar yang mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA.

Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah) ertinya Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

Pengetua ertinya Pengetua Maktab Rendah Sains MARA.

Timbalan Pengetua (HEP) ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

Timbalan Pengetua (HEA) ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik Maktab Rendah Sains MARA.

Penasihat Homeroom ertinya guru penasihat kepada homeroom pelajar.

4. Pindaan dan Tambahan

MARA berhak pada bila-bila masa untuk membuat sebarang pindaan dan/atau penambahan yang difikirkan perlu kepada peraturan dan yang mana pindaan dan/atau penambahan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar

1. Matlamat

Matlamat Peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah untuk:-

1.1Mewujudkan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih, segar, kemas dan prihatin kepada tanggung-jawab diri dan sosial pelajar;

1.2Membantu pelajar menguruskan diri dan masa dengan berkesan; dan

1.3Membina budaya kerja yang cemerlang dan berakhlak mulia.

2.Etika Pelajar

2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.

2.2 Bersopan Dan Bertatasusila

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.

2.3 Kepatuhan Kepada Undang-Undang

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang, Agama, Maktab dan Negara.

2.4 Menghormati Masa Dan Tanggungjawab

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

2.5 Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketrampilan, menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar.

2.6 Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

Bahagian III : Kesalahan Disiplin Pelajar

Pada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab.

1.Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat

a. Berkahwin. b. Berzina.c. Mengandung atau mempunyai anak.d. Melanggan pelacur atau melacur atau menjadi bohsia atau bohjan atau pondan atau melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral.e. Mengadakan hubungan seks luar tabii seperti liwat, seks oral, lesbian atau homoseksual. f. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.g. Mencabul kehormatan orang lain.h. Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan senjata atau tanpa senjata.i. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara berkumpulan.j. Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang.k. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang jenis dadah (narkotik).l. Menyalahgunakan bahan yang boleh mengkhayalkan seperti gam atau ubat batuk dan seumpamanya.m. Menyimpan atau memiliki senjata api atau bahan peledak. n. Cubaan membunuh diri.o. Merompak atau menyamun.p. Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain bertindak ganas atau menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda atau mengancam keselamatan maktab atau awam. q. Bekerjasama, menjadi ahli atau terlibat dalam pertubuhan haram atau kongsi gelap.r. Melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk atau Cyber Cafe serta lain-lain kumpulan yang menjalani aktiviti-aktiviti yang bersamaan dengan kumpulan-kumpulan ini.s. Menulis atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej MARA sama ada melalui media cetak atau media elektronik.t. Sebarang tingkahlaku atau perlakuan yang boleh menjatuhkan imej MARA yang bersabit dengan kesalahan sivil/jenayah oleh pihak berkuasa.u. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.v. Memukul guru.w. Mengancam guru atau Pengetua.x. Mengancam pelajar lain ancaman yang serius dan merbahaya.y. Mengambil dadah.z. Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian atau loteri atau pertaruhan wang dan sebagainya.aa. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau membekal atau menjual sebarang jenis minuman beralkohol.ab. Melakukan tiga kali kesalahan disiplin selepas dijatuhkan hukuman oleh Pengetua.ac. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang di Malaysia.ad. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.ae. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan politik anti-kerajaan samada dengan menghadiri perhimpunan haram, tunjuk perasaan, memiliki dan memperdengarkan pita pidato anti-kerajaan, menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik bukan kerajaan dan lain-lain aktiviti seumpamanya.af. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam