adat an kaum sungai

26
ASSALAMUALAIKUM… ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG Post on Mei 13th, 2008 by teruntukmu-hatiku88 1. PENDAHULUAN Dalam kalangan orang Sungai, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Pada dasarnya perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki atau perempuan tanpa mengira taraf dan darjat. Biarpun agama yang dianuti oleh orang Sungai, mengharuskan seseorang itu bercerai dan membolehkan kedua-dua belah pihak itu berkahwin lain, tetapi pada umumnya perkahwinan kali kedua merupakan perkara asing pada diri orang yang terlibat atau pada pandangan masyarakat. Perkahwinan kedua mungkin terjadi dan dilalui oleh orang tertentu sahaja atas sebab-sebab tertentu pula. Atas pegangan seumpana ini, perkahwinan menurut pandangan orang Sungai adalah merupakan satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan adalah sesuatu yang murni, anugerah ilahi untuk membina sebuah mahligai yang harmoni. Tujuan utama perkahwinan untuk membentuk komuniti kecil dalam sesebuah rumah tangga selain memenuhi keperluan naluri manusia sebagai suami dan isteri. Kerana itu pada umumnya perkahwinan dari kaca mata orang Sungai adalah sekali bagi seorang, lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Bagi orang yang berkahwin berkali- kali, pada umumnya masyarakat masih tidak dapat menganggapnya sebagai sesuatu yang lumrah. Kerana itu, perkahwinan perlu dirancang, supaya segala upacara dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Keizinan orang tua perlu dipinta dan restu daripada mereka perlu diperoleh. Adat istiadat perlu dilalui dan adat berkampung mesti dihormati. Adat dapat didefinisikan sebagai peraturan yang biasa dipakai, dituruti atau dilakukan sejak dulu kala oleh sesuatu

Upload: hazmin-syahman

Post on 23-Jun-2015

2.032 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat an Kaum Sungai

ASSALAMUALAIKUM…

ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG

Post on Mei 13th, 2008 by teruntukmu-hatiku88

1. PENDAHULUAN

Dalam kalangan orang Sungai, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Pada dasarnya perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki atau perempuan tanpa mengira taraf dan darjat.

Biarpun agama yang dianuti oleh orang Sungai, mengharuskan seseorang itu bercerai dan membolehkan kedua-dua belah pihak itu berkahwin lain, tetapi pada umumnya perkahwinan kali kedua merupakan perkara asing pada diri orang yang terlibat atau pada pandangan masyarakat. Perkahwinan kedua mungkin terjadi dan dilalui oleh orang tertentu sahaja atas sebab-sebab tertentu pula.

Atas pegangan seumpana ini, perkahwinan menurut pandangan orang Sungai adalah merupakan satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan adalah sesuatu yang murni, anugerah ilahi untuk membina sebuah mahligai yang harmoni. Tujuan utama perkahwinan untuk membentuk komuniti kecil dalam sesebuah rumah tangga selain memenuhi keperluan naluri manusia sebagai suami dan isteri. Kerana itu pada umumnya perkahwinan dari kaca mata orang Sungai adalah sekali bagi seorang, lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Bagi orang yang berkahwin berkali-kali, pada umumnya masyarakat masih tidak dapat menganggapnya sebagai sesuatu yang lumrah. Kerana itu, perkahwinan perlu dirancang, supaya segala upacara dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Keizinan orang tua perlu dipinta dan restu daripada mereka perlu diperoleh. Adat istiadat perlu dilalui dan adat berkampung mesti dihormati.

Adat dapat didefinisikan sebagai peraturan yang biasa dipakai, dituruti atau dilakukan sejak dulu kala oleh sesuatu masyarakat atau kaum.1 Adat diamalkan dalam kehidupan seharian ataupun dalam sesuatu upacara.

2.ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN, SABAH

2.1 Meninjau atau Merisik Tidak dapat dinafikan bahawa, langkah awal yang biasa dilakukan oleh seseorang dalam proses perkahwinan ialah meninjau. Di mana ianya dilakukan apabila seorang lelaki itu tertarik hati kepada seorang perempuan yang tidak dikenali dan ingin memperisterinya, ataupun pada diri seorang lelaki itu telah timbul keinginan untuk beristeri dan masalah pemilihannya diserahkan bulat-bulat kepada kedua ibu bapa.2 Untuk tujuan ini, seorang wakil diperlukan.

1.1 Meninjau atau Merisik

Page 2: Adat an Kaum Sungai

Dalam adat istiadat orang Sungai, wakil ini biasanya terdiri daripada seorang perempuan yang amanah, telah berumur dan boleh dipercayai. Tujuan amalan meninjau dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang hendak dikahwini. Melalui amalan ini, seseorang lelaki itu boleh melihat keperibadian perempuan pilihannya berdasarkan kepada beberapa aspek dan kriteria yang penting iaitu dari segi paras rupanya, akhlak, tingkah laku, tabiat, sama ada telah berpunya atau belum, kesopanan atau adab tertib terhadap orang tuan, taraf pelajarannya terutama dalam didikan agama, sama ada telah khatam al-Quran, atau tidak dan sebagainya dan akhir sekali kerajinan mengurus rumah tangga. Bagi kebanyakan orang tua-tua Sungai, latar belakang kedua-dua ibu bapa juga diambil kira dalam hal mencari isteri. Walau bagaimanapun, tidak ada kaedah tertentu yang mesti diikuti oleh wakil tadi. Untuk mendapatkan maklumat di atas, dia mungkin merisik dari pekedai di kampung tempat perempuan itu tinggal kerana adakalanya pekedai di sesuatu tempat itu merupakan penyimpan rahsia kebanyakkan pelanggannya. Di situlah tempat orang tertentu berkumpul dan bercerita pada masa-masa lapang. Mungkin wakil tadi juga bertindak sebagai seorang penjual kain yang menjaja dari rumah ke rumah termasuk rumah si perempuan untuk menyaksikan sendiri keadaan yang sebenar. Kadang-kadang wakil tadi bertandang ke rumah perempuan seperti tetamu biasa tanpa menjelaskan tujuan kedatangannya yang sebenar. Kedatangan yang tidak teratur adalah lebih baik untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai latar belakang si perempuan lebih-lebih lagi kalau dia berpeluang bertemu dan berbual dengan si empunya diri. Begitu juga dengan pihak lelaki tidak terlepas dari diselidik tentang latar belakangnya oleh pihak keluarga perempuan. Kebiasaanya penyiasatan ini adalah berasaskan kepada, pertama, tentang rupa paras anak muda itu dan umurnya sama ada layak atau padan menjadi menantunya dan juga sebagai pasangan hidup anaknya.3 Kedua, mata pencarian atau pekerjaannya. Ketiga, tingkah laku dan perangainya. Kempat, adab kesopanannya. Kelima, budi bahasanya. Keenam, taraf pelajaran atau pendidikannya dan akhir sekali keturunannya. Bagi sesetengah orang Sungai, petua menentukan hari masih dipegang dan diikuti sebelum melakukan sesuatu yang dianggap besar termasuk urusan perkahwinan. Ini adalah kerana bagi orang Sungai, mereka mempunyai langkah tertentu untuk memulakan tugasnya. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang baik untuk tujuan tersebut. Biasanya untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang besar, perlu dilakukan pada hari-hari ini kerana dipercayai akan melahirkan natijah yang baik. Jikalau upacara meninjau dilakukan pada salah satu hari itu, maklumat sebenar mengenai diri perempuan dan keluarganya akan mudah diperolehi. Kalau didapati bahawa wujudnya sifat-sifat yang diperlukan pada diri perempuan berkenaan, maka perancangan seterusnya seperti urusan pinang meminang akan menjadi lebih mudah.4 Menurut petua orang tua, semasa wakil tiba di rumah si gadis, didapati dia sedang mandi, ini merupakan petanda baik. Dikatakan bahawa perempuan itu adalah sesuai dengan bakal lelaki yang hendak dijodohkan dengannya dan dianggap "serasi" atau "sejuk". Ini adalah kerana air itu sejuk. Sejuk melambangkan kedamaian. Di mana memberi erti bahawa pasangan itu kalau dijodohkan kelak akan hidup dengan aman dan kekal. Sebaliknya kalau perempuan tadi sedang memasak, keadaan sebaliknya dipercayai akan terjadi. Perempuan tersebut dianggap tidak sesuai atau "panas". Api adalah lambang keganasan dan persengketaan. Kalau pasangan itu disatukan hidup mereka dipercayai tidak aman, sering berlaku persengketaan yang akhirnya mungkin membawa perceraian. Kalau semasa dalam perjalanan ke rumah perempuan terdapat sesuatu kejadian yang boleh dianggap ganjil seperti kayu besar merintangi jalan atau tanah runtuh menyekat jalan, ini merupakan petanda tidak baik. Sesuatu yang buruk akan terjadi kalau pasangan tersebut disatukan. Walaupun demikian, pada umumnya kalau dalam perjalanan itu wakil tadi berjumpa biawak besar iaitu satu jenis binatang reptilia yang dianggap kotor memakan bangkai atau binatang bisa seperti ular melintasi jalan di hadapan wakil pihak lelaki atau orang yang hendak pergi meninjau itu

Page 3: Adat an Kaum Sungai

terjatuh atau tergelincir dengan tidak semena-mena, maka ini semuanya adalah merupakan petanda bahawa perkahwiman yang sedang dirancangkan itu akan berakhir dengan kesengsaraan. Dalam keadaan begini, hasrat untuk meninjau itu lebih baik dibatalkan sahaja.

2.2 Merasi

Peringkat seterusnya di mana segala maklumat yang diperolehi melalui wakil dan si gadis didapati sesuai menjadi pasangan si lelaki, pihak lelaki akan melakukan satu adat yang dinamakan adat merasi. Adat ini dilakukan untuk mengetahui sama ada bakal pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Dan pada kebiasaannya dijalankan oleh bomoh, pawang atau bidan.

Merasi adalah salah satu cabang menilik nasib. Adat seumpama ini biasanya dilakukan untuk bakal pasangan yang belum saling mengenal dan sukar untuk mengetahui hati nurani pihak lain. Terlalu banyak cara-cara untuk merasi.5 Ada yang mudah dan ada yang sukar dan disokong dengan petua-petua tertentu. Antaranya ialah dengan menghitung nilai nama pasangan yang hendak dijodohkannya. Hitungan itu berdasarkan ejaan huruf-huruf Arab di mana setiap huruf itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Jumlah dari tiap nama dicampurkan. Seterusnya, angka itu ditolak dengan angka 9 dan bakinya ditolak dengan 9. Begitulah seterusnya hingga tinggal satu angka sahaja. Baki terakhir inilah yang dijadikan penentu untuk mendapatkan kepastian tentang keserasian pasangan tadi.

Kaedah lain ialah dengan menjumlahkan nilai nama tiap-tiap seorang secara berasingan tetapi tidak dijumlahkan kedua-duanya seperti di atas tadi. Sebaliknya nilai nama tiap-tiap seorang itu dikurangi atau ditolak sembilan-sembilan hingga mendapat baki terakhir masing-masing. Dari angka nilai ramalan dilakukan iaitu dengan mempertemukan angka lelaki dan angka perempuan.

Selain dari itu, terdapat kaedah lain yang digunakan untuk merasi iaitu pihak lelaki ataupun perempuan akan meminta pertolongan daripada orang yang ada memelihara jin di Kampung Bakong-Bakong untuk membuat penilaian dan menentukan sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan adalah serasi atau memiliki kriteria-kriteria yang baik atau sebaliknya.

2.3 Melamar

Segala urusan merisik dan merasi yang sempurna telah dilaksanakan dan hasilnya, pihak lelaki berpuas hati dengan keadaan perempuan dan keluarganya, langkah seterusnya yang haruss dilakukan ialah upacara melamar. Apabila saat yang ditentukan, utusan yang mewakili ibu bapa pihak lelaki pergilah ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Upacara ini dilakukan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk melahirkan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Biasanya ibu bapa lelaki tidak pergi dalam peminangan ini, mereka diwakili oleh ibu saudara sebelah ibu pihak lelaki. Sekiranya, ibu bapa dan bakal pengantin lelaki tersebut ikut serta dalam rombongan melamar ini, maka keluarga perempuan mengenakan denda sebanyak RM50.00 kerana melanggar adat. Sebelum sebarang perbincangan melamar dimulakan, rombongan pihak lelaki hendaklah menyerahkan wang sebanyak RM50.00 yang dikenali sebagai pembuka mulut. Di mana wang tersebut diserahkan kepada wakil pihak perempuan. Selepas itu, perbincangan melamar ini boleh dimulakan. Telah menjadi satu kebiasaan, seorang wakil tidak mengemukakan pertanyaan mengenai si gadis secara terus terang kepada penjaga atau kedua ibu bapanya ketika mereka memulakan perbualan. Namun demikian, dengan kebijaksanaan wakil tadi, sedikit sebanyak

Page 4: Adat an Kaum Sungai

akan diselitkan pertanyaan-pertanyaan mengenai diri si gadis di dalam perbualan mereka. Ini boleh dilakukan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Apabila dirasakan bahawa masa yang sesuai telah tiba untuk menyatakan hajat sebenar, wakil tadi akan berterus terang. Pada kebiasaannya, keputusan daripada pihak perempuan tidak diberitahu ketika itu juga, kerana pada amalannya pihak ibu dan bapa atau penjaganya perlu berunding dengan yang empunya diri, iaitu bakal pengantin perempuan dan dengan saudara-maranya yang dekat.

Di samping itu, ruang masa untuk memberikan jawapan ini boleh digunakan oleh pihak perempuan untuk menyelidiki latar belakang lelaki yang melamar tadi, terutama pekerjaannya dan perkara-perkara lain yang perlu. Pihak perempuan dengan cara tersendiri akan cuba mendapatkan maklumat tentang diri lelaki termasuk merasi kalau difikirkan perlu dan kalau masih berpegang kepada amalan tersebut.

2.4 Pertunangan

Setelah lamaran diterima, istiadat pertunangan akan menyusuli pada tarikh yang dipersetujui. Ini bermakna pihak perempuan telah menerima lamaran pihak lelaki. Justeru itu pihak lelaki hendaklah memberikan wang sebanyak RM50.00 yang dipanggil sebagai "Tudul Taimak".

Dalam adat ini, hantaran tapak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna lagi syahdu daripada bingkisan-bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Daun sirih terpilih dibentuk ialah berserta kelengkapannya iaitu kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip. Daun sirih diletakkan dalam sebuah tapak dan dibawa bersama dengan hantaran lain.

Diantara barang hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki ialah :

1)Sirih junjung berserta sebentuk cincin.

2)Satu set bahan persolekan.

3)Bunga rampai.

4)Kuih-muih tradisional.

5)Buah-buahan.

6)Sebilah parang.

7)Kain putih satu set.

8)Sepasang kain baju, sehelai tuala dan telekung juga disediakan bersama.

1.2 Barang Hantaran

Barang-barang hantaran tadi dikepalai oleh pahar atau tapak yang berisi sirih atau disebut juga sirih junjung dan diikuti di belakangnya oleh hantaran-hantaran lain. Setiap jenis hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar. Pada kebiasaannya, bilangan barangan hantaran

Page 5: Adat an Kaum Sungai

berangka ganjil. Bilangan genap dipercayai memberi implikasi yang tidak baik terhadap masa depan perkahwinan yang sedang dirancangkan. Kepercayaan seumpana ini tidak lagi diikuti oleh kebanyakkan orang. Hantaran ini mungkin berjumlah 5, 7, 9, 11 dan seterusnya. Bilangan yang biasa dibawa ialah 7 dan 9. Bilangan hantaran yang dibawa lebih banyak, mungkinbergantung kepada kemampuan pihak lelaki.

1.3 Hiasan Hantaran

Rombongan lelaki disambut mesra setibanya di rumah pihak perempuan. Bingkisan pertunangan diletakkan di tengah-tengah majlis, di hadapan sekalian hadirin. Ketua perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih junjung diletakkan di hadapan mereka. Setelah semuanya sedia, ketua perwakilanpun menyatakan hajat kedatangan mereka yang sebenarnya. Kata-kata kiasan yang dapat dengan kehalusan budi digunakan. Selalunya pantun pinangan dimulakan seperti berikut : ”Bunga melur bunga berseri, Kembang harum subur menawan, Kami mengadap puak bestari, Untuk memetik bunga di taman”.

Pantun dibalas pula oleh wakil perempuan :

”Ikan gelama ikan berduri,

Batang permai sarang tebuan,

Kami menerima kami memberi,

Kuntum kami hak tuan.”

Setelah tamat soal jawab dan pinangan diterima berbagai perbincangan lain diteruskan, terutamanya tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi takdir jika pertunangan itu putus atas sebab-sebab yang tertentu.

Rundingan seterusnya ialah mengenai belanja kahwin. Jumlah wang belanja kahwin ini pada kebiasaannya ditentukan oleh pihak perempuan sekitar RM5,000.00 ke atas tidak termasuk seekor lembu atau kerbau. la berdasarkan kepada gadis dan taraf keluarganya. Gadis yang terpelajar atau yang bekerja dan mempunyai kedudukan yang baik, pada kebiasaannya, wang hantaran kahwinnya lebih tinggi daripada gadis biasa yang kurang berpelajaran atau bekerja. Pada adatnya, jumlah yang ditentukan itu diterima oleh pihak lelaki andainya difikirkan munasabah dan dalam lingkungan keupayaannya. Jika berlaku sebaliknya dan keputusan tidak dapat diberikan oleh wakil ketika itu, perkara tersebut akan ditangguhkan. Ada juga pihak lelaki yang meminta agar wang hantaran dikurangkan. Dalam hal demikian, perundingan boleh terhenti setakat itu sahaja, jika kedua pihak tidak mahu bertolak ansur. Sebenarnya dalam hal bertolak ansur ini, faktor penentunya ialah keinginan kedua-dua belah pihak hendak menjodohkan pasangan tersebut. Kalau kedua-dua pihak mahukan perkahwinan itu berlangsung segala rundingan menjadi mudah, tetapi kalau misalnya pihak perempuan berasa berat hendak meneruskan perkahwinan tersebut, maka belanja kahwin yang tinggi dan tidak munasabah mungkin diletakkan sebagai salah satu helah untuk menolak. Rundingan tersebut terbantut dan tamat setakat itu sahaja; atau penerimaan pinangan dari pihak lelaki mungkin berlaku secara paksa.

Page 6: Adat an Kaum Sungai

Pada umumnya, rundingan mengenai hantaran belanja kahwin adalah mudah. Kedua-dua pihak cuba menjadikan rundingan sempurna dengan satu penyelesaian yang memuaskan. Pihak perempuan meletakkan kadar yang munasabah, tidak membebankan dan cuba mengelak daripada timbulnya rasa kecil hati atau tidak puas hati pada pihak lelaki hingga mungkin dikatakan orang menjual anak.

Ketika perbincangan di antara kedua-dua pihak berjalan, si gadis dengan berpakaian cantik duduk di dalam sebuah bilik. Setelah pinangan diterima, istiadat menyarungkan cincin dijalankan.6 Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis oleh seorang daripada saudara karib pihak lelaki, seperti kakak atau ibunya sendiri. Tunangnya juga dibolehkan menyarung cincin di jari manis sekiranya mendapat persetujuan daripada ahli keluarga pihak perempuan. Dengan tersarungnya cincin di jari, rasmilah pertunangan tersebut.

Apabila upacara meminang dan menyarung cincin tamat dan segala perbincangan telah dipersetujui bersama, hidanganpun diangkat. Ketika hidangan dinikmati, waris-waris pihak perempuan mengangkat dan membawa masuk pahar-pahar berisi barang-barang meminang yang dibawa oleh pihak lelaki untuk dibalas dan disalin. Pada kebiasaannya pihak perempuan tidak akan membalas kesemua bilangan hantaran pinangan, tetapi mengurangkan bilangan dua pahar dari bilangan asal.7 Namun demikian, ada juga yang membalasnya dengan bilangan sama atau lebih dua, bergantung kepada kehendak pihak perempuan. Pada lazimnya balasan ini kurang harganya dari yang dibawa oleh pihak lelaki. Biasanya barang-barang itu adalah :

i) Sepasang pakaian persalinan untuk si teruna

ii) Sehelai kain samping

iii) Sehelai sejadah

iv) Sebiji songkok

v) Kuih muih dan lauk di dalam beberapa mangkuk dan dulang

1.4 Songkok

Setelah rombongan lelaki pulang, sanak-saudara yang hadir akan melihat barang-barang hantaran daripada pihak lelaki.8 Mereka berunding mengenai kerja yang seharusnya dilakukan pada hari perkahwinan nanti, lebih-lebih lagi kalau tempoh yang dipersetujui itu tidak lama. Keluarga perempuan menjemput semua sanak-saudara yang hadir untuk datang bersama menjayakan dan memeriahkan hari tersebut.

Seandainya berlaku di mana adik berkahwin dahulu daripada kakaknya, ini dinamakan "langkah bendul", pihak lelaki terpaksa menyediakan sebentuk cincin dan sepasang persalinan untuk bakal kakak iparnya itu. Ini adalah untuk menjaga hati kakaknya itu kerana adik terlebih dahulu berkahwin sedangkan dia adalah yang lebih tua dari pengantin perempuan. Kelazimannya, tempoh bertunang mengikut adat orang Sungai ialah tidak lebih dari setahun. Seterusnya, pihak lelaki hendaklah memberikan wang RM80.00 setiap bulan kepada tunangnya dan ini dinamakan belanja tunang. Namun begitu, jumlah belanja tunang tersebut ditentukan oleh kedua-dua pihak.

Page 7: Adat an Kaum Sungai

Selepas upacara pertunangan dijalankan, maka sebagai penutupnya diadakan upacara bacaan doa selamat. Disusuli dengan jamuan, Dan pada malamnya pula, pihak lelaki dimestikan tidur satu malam di rumah pihak perempuan bagi tujuan untuk berkenalan dan mengeratkan tali silaturahim diantara bakal pengantin lelaki dan ahli keluarga bakal pengantin perempuan.

3. PERSIAPAN HARI PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT ISTIADAT ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN, SABAH.

3.1 Bangsal Penanggah Dan Tamu

Keperluan utama yang harus disediakan lebih awal adalah bangsal penanggah. Pada kebiasaannya, bangsal penanggah ini didirikan semata-mata untuk keperluan tempat masak-memasak bagi keperluan kenduri secara besar-besaran. Setelah majlis tamat, bangsal ini akan dirobohkan, kecuali sekiranya si pemilik mempunyai rancangan lain sama ada menggunakannya untuk majlis yang lain ataupun dijadikan tempat menyimpan barang-barang seperti kayu api dan sebagainya. Keadaan ini juga bergantung kepada ruang dan kawasan rumah.

1.5 Bangsal Penanggah

Pada kebiasaannya, bangsal didirikan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Adakalanya ia didirikan oleh tuan rumah sendiri dengan bantuan beberapa orang jiran sahaja. Pada umumnya dan inilah yang sering dilakukan, ia didirikan dengan kerjasama orang kampung. Di samping itu, bangsal didirikan untuk tempat menjamu para jemputan.

Bangsal untuk menjamu para jemputan pada kebiasaannya yang didirikan sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Bangsal itu boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah pada bila-bila masa apabila seorang ahli itu memerlukannya. Kampung-kampung yang tidak mempunyai bangsal tetamu yang boleh dipindah-pindahkan, terpaksalah mereka menyediakan bangsal penanggah.

Bangsal penanggah merupakan bangsal yang digunakan di tempat tertentu sahaja dan tidak boleh dipindah-pindahkan. Ini berlaku lantaran kesan dari masakan, menjadikan atapnya hitam berminyak.

3.2 Memasang Gantung-Gantung Atau Perhiasan Rumah

Semua orang lelaki bergotong-royong memasang bangsal tambahan dan membuat bangsal penanggah, orang perempuan di dalam rumah sibuk membuat pelamin tempat pengantin bersanding. Biasanya, pelamin dibuat di tengah-tengah ruang rumah. Bilik pengantin pula dihiasi indah. Katil berserta kelengkapan serba baru diatur indah termasuk kelambu gantung yang dihias rapi. Di situlah sebahagian daripada wang hantaran pengantin lelaki dibelanjakan. Kalau tinggi wang hantaran dipinta, maka makin mahallah kelengkapan yang disediakan untuk bilik tersebut, begitulah sebaliknya. Sebahagian dari wang hantaran kahwin digunakan oleh pihak perempuan untuk jamuan para tetamu. Di atas katil yang beralaskan kain serba baru dan indah, akan diletakkan segala jenis hantaran dari pengantin lelaki untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya terutamanya kaum wanita.

Page 8: Adat an Kaum Sungai

Segala perhiasan dalam dan luar rumah tidak boleh ditanggalkan atau dibuka sebelum genap tiga hari mjlis perkahwinan dilangsungkan. Pantang larang perlu diikuti dengan harapan pasangan tersebut dipanjangkan umur dan jodoh mereka berkekalan.

3.3 Bunga Telur, Bunga Manggar Dan Lain-Lain

Dalam kesibukan membina bangsal dan menghiasi bilik pengantin, sebahagian orang perempuan sibuk menyediakan bunga telur. Telur adalah merupakan salah satu keperluan dalam adat istiadat perkahwinan orang Sungai. Sesuatu majlis perkahwinan itu dirasakan tidak sempurna sekiranya para jemputan tidak diberi bunga telur setelah jamuan diangkat dan mereka memohon diri.

Pada kebiasaanya, telur yang telah direbus dimasukkan ke dalam bekas-bekas cantik yang boleh didapati di kedai-kedai dengan harga tertentu menurut kualiti masing-masing. Ada kalanya bekas ini terdiri dari gelas-gelas kecil, bakul-bakul yang dianyam atau hanya merupakan kertas kilat yang diperbuat khas untuknya. Selain jenis di atas, terdapat satu jenis bunga telur lain yang perlu disediakan. Telur itu biasanya dihias indah dijadikan setangkai buah yang mempunyai daun dan batang. Batang bunga telur itu diperbuat daripada buluh, panjangnya lebih kurang satu jengkal setengah, dibalut dengan kertas emas kemudian di buatkan daun dan rangka telur. Setiap tangkai diletakkan sama ada sebiji, dua biji atau tiga biji telur. Bunga-bunga telur bertangkai indah itu, dicucukkan pada batang pisang dan diletakkan di bahagian kanan dan kiri tempat pengantin bersanding.

1.6 Bunga Telur

Bunga telur bukan sahaja disediakan untuk tetamu tetapi juga untuk guru Al-Quran yang pernah mengajar pengantin perempuan membaca Al-Quran sehingga khatam dalam satu majlis khatam Al-Quran diadakan. Selain daripada ruang tamu dan bilik pengantin, tuan rumah juga menghias halaman rumah dengan hiasan bunga manggar. Biasanya bunga manggar ini dipacakkan di simpang ke rumah pengantin sebagai mercu tanda untuk para tetamu yang datang. Daun kelapa juga digunakan sebagai pintu gerbang menandakan rumah pengantin atau penggunaan kain rentang turut digunakan pakai bagi tujuan yang sama.

1.7 Bunga Manggar

Tidak ketinggalan juga dengan hiasan pada kereta pengantin yang dihiasi dengan bunga-bunga reben, manakala untuk pengangkutan ahli rombongan pengantin sama ada van ataupun bas dihiasi dengan daun kelapa.

3.4 Jamuan

Tidak kira siapa yang mengadakan majlis perkahwinan, jamuan yang disediakan untuk para jemputan perlu disediakan. Persediaan jamuan ini bergantung kepada orang yang menyediakannya sendiri, iaitu atas konsep dan pandangan bagaimana ia menganggap majlis perkahwinan tersebut. Bagi orang yang mempunyai seorang anak, tidak kira lelaki atau perempuan atau anaknya tinggal seorang sahaja lagi, perkahwinan tersebut merupakan majlis perkahwinan terakhir dalam keluarga. Keluarga itu akan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, biarpun hasil pendapatannya tidak sesuai untuk menyediakan belanja yang begitu besar. Begitu juga sebaliknya, ada yang menganggap bahawa jamuan ini merupakan satu keperluan sampingan.

Page 9: Adat an Kaum Sungai

Di kawasan-kawasan kampung yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat, persiapan sesuatu majlis perkahwinan itu dibuat atas dasar gotong-royong. Dalam hal masak-memasak, di sebuah kampung itu biasanya ada ketua masak khas yang dilantik secara tidak rasmi dengan bantuan beberapa orang lain. Ketua inilah yang bertanggungjawab mengurus hal-hal yang berkaitan dengan masak-memasak termasuklah urusan membeli semua barang keperluan jamuan pada majlis tersebut. Beliau juga perlu memastikan bahawa setiap tetamu yang hadir ke majlis tersebut dapat menjamu selera, jika keadaan sebaliknya, ia merupakan satu keaiban kepada tuan rumah di atas kekurangan atau kejadian tersebut. Tambahan pula, kejadian seperti ini akan menjadi buah mulut orang kampung untuk satu jangka masa yang panjang.

4. UPACARA SEBELUM HARI PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT TRADISIONAL ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN.

4.1 Upacara Memandikan Pengantin Kali Pertama

Upacara ini dilakukan oleh ”Mak Andam” yang telah dijemput. Banyak kaedah yang dilakukan oleh mak andam untuk upacara ini. Diantaranya ialah dengan membersihkan badan pengantin terlebih dahulu. Mak andam menggunakan tepung tawar yang direnjiskan kepada pengantin tersebut. Selepas itu, barulah dibilas dengan air yang telah dijampi dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

1.8 Mandi Bunga

Kaedah lain yang digunakan oleh mak andam ialah dengan memasukkan bunga-bunga yang terdiri daripada tujuh jenis bunga yang berbau harum. Kemudian, bunga dimasukkan dalam air mandi yang telah disediakan. Selepas itu selawat akan dibacakan kepada air bunga tersebut dan bakal pengantin terbabit dimandikan kemudiannya.

4.2 Malam Berinai

Tempoh masa malam berinai berlangsung sama ada tiga hari sebelum hari perkahwinan atau malam sebelum majlis perkahwinan. Biasanya upacara ini dilakukan diantara pukul 8 malam hingga 10 malam. Malam berinai ini dilakukan sekali sahaja bagi pasangan tersebut. Dalam majlis ini, pengantin akan mengenakan pakaian yang cantik-cantik dan diminta untuk duduk di pelamin seorang diri. Kedua-dua hujung jari bakal pengantin diletakkan di atas peha. Kemudiannya, jari tangan dan kaki bakal pengantin akan diinai. Bahan-bahan yang digunakan adalah Inai, Bertih, Beras kunyit dan beberapa tangkai Daun Seribu yang diikat. Tujuan berinai bagi suku kaum Sungai agar pengantin kelihatan lebih suci dan bersih serta kelihatan cantik.

5. UPACARA PADA HARI PERKAHWINAN DALAM ISTIADIAT ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN, SABAH.

5.1 Upacara Memandikan Pengantin Kali Kedua

Pada pagi hari perkahwinan, dua-dua pengantin dimestikan mandi di sungai kerana majoriti penduduk kampung ini tinggal berhampiran dengan air sungai. Semasa pergi ke sungai dan balik ke rumah, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tidak dibenarkan memijak tanah. Di sepanjang perjalanan mereka ke pangkalan dan pulang ke rumah, mereka akan diusung

Page 10: Adat an Kaum Sungai

atau di "kokkong" (mengikut istilah bahasa Sungai) dengan iringan bunyi-bunyian seperti kompang atau kulintangan. Tujuan mandi tersebut itu sama ada untuk mandi penyeri muka dan lebih penting ialah Tok Imam akan menjirus air kepada kedua-dua pengantin bagi tujuan untuk mengunci air kecil. Ini adalah untuk membantu kedua-dua pengantin ini supaya tidak timbul perasaan untuk membuang air kecil di sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung. Pengantin yang telah siap mandi akan dihiasi dengan alat-alat persolekan yang sesuai dengan kulit, bentuk muka dan dipakaikan dengan pakaian yang ditempah, biasanya yang sesuai dengan warna kulit. Kemudian baru dipakaikan dengan barang-barang kemas.

1.9 Pengantin Disolek Oleh Mak Andam

Sebelum disolekkan, selalunya pengantin sekali lagi akan diberi air penyeri muka. Air tersebut akan digunakan sebagai pembasuh muka dan dilakukan sebanyak tiga kali. Setelah itu barulah upacara menyolek akan dimulakan. Pengantin tidak boleh melihat muka di cermin, ketika diandam kerana ini akan menyebabkan hilang seri muka. Bahan-bahan buangan seperti telur dan Iain-lain yang telah digunakan dibungkus dan dibuang ke sungai, sebaik-baiknya di sungai yang mengalir airnya. Bulu roma dan rambut hendaklah ditanam. Adalah dipercayai bahawa segala sial yang ada di badan ada pada bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan tersebut, hendaklah dibuang jauh-jauh atau ditanam dan tidak boleh dilangkah oleh sesiapapun. Berdasarkan kepercayaan seumpana ini, upacara ini juga dianggap sebagai upacara membuang sial.

5.2 Majlis Khatam Al-Quran

Tujuan asal mengadakan majlis ini merupakan satu majlis pengiktirafan tamatnya pengajian seorang murid oleh guru, pengiktirafan kebolehan membaca al-quran sama ada dapat membaca dengan lancar, fasih, betul makraj, lagu dan lain-lainnya yang berkenaan dengan ilmu membaca al-Quran. Dalam majlis ini, pengantin perempuan dan lelaki dengan pakaian indah berwarna serba putih diapit oleh gurunya bagi memulakan majlis. Amalan ini dimulakan dengan membaca satu surah dan apabila bacaannya tiba ke ayat yang ketiga sebelum akhir pada surah yang tersebut, para hadirin terutama guru, akan ikut sama membaca. Pada surah yang panjang, mereka ikut membaca ketika pengantin membaca di ayat kedua sebelum akhir. Begitulah seterusnya, sehingga semua surah-surah pendek itu tamat dibaca. Untuk upacara penutupnya, guru al-Quran membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan doa khatam al-Quran. Khatam al-Quran ini diakhiri dengan puji-pujian. Biasanya puji-pujian ini dilakukan oleh guru yang mengajar pengantin mengaji. Berikut merupakan sebahagian dari bunyi puji-pujian iaitu :

"Selamat Khatam Quran diucapkan,

Tiga puluh juzuk yang ditetapkan,

Mudah-mudahan Tuhan kurniakan,

Nikmat Syufaat kita sekalian.

Quran itu sangat mulia”

”Kitab Allah Tuhan yang kaya, Mengandungi pelajaran berbagai gaya, Menjauhkan diri dari bahaya”.

Page 11: Adat an Kaum Sungai

Setiap rangkap lagu ini akan disambut dengan rangkai kata "Amin, Amin, Amin ya-Allah, Amin, ya-Allah. Insya Allah." Setelah selesai istiadat berkhatam ini, maka pengantin perempuan dan lelaki pun di bawa masuk ke bilik untuk bersalin pakaian.

5.3 Akad Nikah

Untuk melangsungkan upacara akad nikah ini, langkah pertama yang dilakukan oleh ahli keluarga pengantin ialah menentukan bulan yang sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah ini. Bulan yang paling sesuai ialah pada bulan Rabiul Awal atau bulan Maulud. Ini adalah kerana hari perkahwinan yang dilakukan pada bulan ini dipercayai baik dan diberkati oleh Allah s.w.t sempena dengan kelahiran junjungan baginda Rasulullah s.a.w yang

membawa rahmat kepada sekalian alam. Langkah seterusnya ialah menentukan hari yang paling sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan. Salah satu caranya ialah dengan menurunkan nama orang yang berkenaan dengan huruf Jawi. Tiap huruf tadi dipadankan dengan nilainya seperti yang dilakukan dalam salah satu kaedah merasi yang telah disebutkan sebelum ini.

Selepas itu diturunkan nama-nama hari-hari yang ada, dengan dimulakan pada hari Ahad. Berikan nilai 1 bagi hari Ahad yang pertama hinggalah bertemu dengan nilai yang sama dengan nama orang yang berkenaan. Seterusnya, majlis akad nikah ini akan disusuli. Untuk upacara majlis ini, tidak ada masa yang ditetapkan, majlis akad nikah boleh dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Begitu juga dengan lokasi pernikahan boleh dijalankan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai seperti di rumah pengantin perempuan, masjid atau di Pejabat Agama Daerah. Pada hari pernikahan ini, barang-barang hantaran termasuk wang hantaran kahwin, wang mahar atau mas kahwin yang perlu dibawa oleh rombongan pengantin lelaki. Barangan hantaran ini bergantung kepada ketetapan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kecuali untuk wang mahar atau mas kahwin, jumlahnya tetap menurut negeri masing-masing. Wang mahar ini akan dijelaskan oleh pengantin lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan. Contohnya di Sabah, wang mahar atau mas kahwin ialah RM100.00. Oleh yang demikian, wang hantaran yang dihantar perlulah disertai oleh barang-barang lain seperti berikut:

i. Wang mahar atau wang mas kahwin,

ii. Wang hantaran atau belanja kahwin,

iii.Sebentuk cincin bertakhta berlian,

iv.Persalinan pengantin wanita,

v. Satu set alat solek termasuk kasut,

vi.Sirih selengkapnya,

vii.Bunga rampai,

viii.Buah-buahan,

ix. Kuih muih

Page 12: Adat an Kaum Sungai

Cara mengiringi pengantin lelaki untuk pernikahan adalah hampir sama dengan yang dilakukan ketika menghantar bingkisan pertunangan. Rombongan pengantin disambut oleh pihak pengantin perempuan. Semua hantaran diletakkan di tengah-tengah majlis dimana pengantin duduk di hadapan imam beralaskan tilam kecil empat segi yang bersulam benang emas. Setelah semuanya diperiksa dan didapati cukup seperti yang telah dipersetujui dengan disaksikan oleh wakil pihak pengantin perempuan, barulah akad nikah dijalankan oleh wali atau oleh wali hakim, iaitu orang yang dilantik oleh kerajaan, seperti naib kadi, ataupun kadi sendiri. Sebelum pernikahan dijalankan, imam akan mengisi borang nikah dengan butir-butir yang diperlukan seperti nama pengantin lelaki dan pengantin wanita. Dua orang saksi nikah, wali dan juru nikah. Termasuk dalam butir-butir yang dicatatkan ialah nama saksi yang menerangkan hal pengantin lelaki dan dua saksi yang menerangkan hal pengantin perempuan. Dicatatkan juga tentang tarikh pernikahan, jumlah mas kahwin, tunai atau hutang, belanja hantaran dan status pengantin wanita, sama ada janda atau dara. Termasuk dalam butir keterangan ialah nama, nombor kad pengenalan, umur dan tempat tinggalnya sekali.

Selepas itu dengan diiringi oleh wali, imam menemui pengantin perempuan yang menunggu di bilik, bertanya sama ada dia suka dan rela dikahwinkan dengan lelaki berkenaan. Apabila telah siap segala-galanya, imam akan kembali duduk di tempatnya semula. Semua saksi diminta duduk berhampiran dengan pengantin lelaki dan imam agar mereka semua dapat menyaksikan dan mendengar pernikahan yang hendak dilakukan.

1.10 Akad Nikah

Sebelum pernikahan dilakukan, imam akan bertanya kepada pengantin lelaki tentang beberapa hal yang berkaitan dengan pernikahan, seperti rukun nikah dan Iain-lain lagi. Setelah itu, imam akan membaca khutbah nikah. Setelah tamat, imam akan menunjukkan cara bagaimana hendak menjawab nikah yang seharusnya dilakukan oleh pengantin. Setelah pengantin mengangguk mengatakan faham, maka imampun menikahkan pasangan berkenaan. Setelah pengantin menjawab seperti yang dikehendaki, imam akan bertanya kepada semua saksi sama ada mereka semua puas hati dengan jawapan yang diberikan. Sekiranya saksi-saksi mengatakan puas hati, maka sempurnalah majlis tersebut. Segala ayat-ayat yang dilafazkan oleh imam dalam akad tadi dinamakan ijab, manakala jawapan pengantin tadi dinamakan lafaz kabul. Imam mengucap syukur kerana pengantin selamat diijabkabulkan. Kemudian imam akan membawa doa selamat dengan diaminkan oleh para hadirin.

Setelah upacara akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin. Namun begitu, dalam istiadat orang Sungai yang dipanggil Zam-zam di mana pihak lelaki perlu membayar RM40.00 sebagai dendaan untuk membuka tirai di bilik pengantin perempuan dan pengantin lelaki dibenarkan masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang iaitu menyarungkan cincin dijari manis isterinya dan aktiviti bersalam-salam.

Dia akan diiringi oleh pengapitnya berangkat masuk menemui pengantin perempuan yang telah sedia menunggu. Pengantin perempuan berpakaian serba indah sejak dari awal majlis perkahwinan. Tiada kaedah tertentu yang mesti diikuti oleh pengantin lelaki dalam menjalan upacara ringkas ini. Adakalanya pengantin perempuan duduk di atas sebuah bangku atau di atas katil dengan kaki berpijak ke lantai dan pengantin lelaki datang bersalam dengannya dalam keadaan berdiri. Kemudian, pengantin perempuan mencium tangan suaminya.

1.11 Membatalkan Wuduk Dengan Bersalam

Page 13: Adat an Kaum Sungai

Kadang-kala, pengantin lelaki dipersilakan duduk di atas katil dengan kakinya memijak lantai dan didatangi oleh pengantin wanita bersimpuh rapat di hadapannya dengan penuh khusyuk. Pengantin wanita akan menundukkan kepala dan bersalam, dengan kedua-dua belah tangan sambil tunduk mencium tangan suaminya. Ada juga pengantin lelaki yang mencium dahi isterinya sebelum meninggalkan bilik. Istiadat ini dinamakan istiadat membatalkan air sembahyang.

5.4 Majlis Jamuan

Semasa para jemputan datang, tuan rumah akan menyambut mesra dan dipersilakan duduk di lantai. Tuan rumah berdiri sedia menanti di satu tempat yang membolehkan semua orang yang datang, dapat menemuinya dan bersalam dengannya. Setiap orang atau keluarga yang datang akan memberi sumbangan yang berupa wang tunai ataupun hadiah berbentuk barangan yang telah dihias indah. Wang tersebut dilipat dan diletakkan di tapak tangan lalu diberi ketika bersalam. Adakalanya wang tadi dimasukkan dalam sampul surat terlebih dahulu. Sumbangan boleh diberi ketika datang atau ketika hendak balik. Jumlah sumbangan tidak ditentukan jumlahnya dan bergantung kepada jumlah yang lazim diberi oleh masyakarat setempat, latar belakang ekonomi para jemputan dan hubungannya dengan tuan rumah. Orang perempuan, terutamanya teman-teman pengantin perempuan, lebih banyak memberi hadiah berupa barangan kepada pengantin perempuan.

1.12 Jamuan Makan

Bagi tetamu yang uzur dan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan, akan mengirim wang kepada tuan rumah melalui orang-orang tertentu. Sebagai balasannya, tuan rumah akan mengirim makanan dalam bungkusan berserta dengan beberapa biji bunga telur. Tambahan pula, bagi tetamu yang hadir akan diberikan bunga telur sebagai tanda terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan.

6. PERSANDINGAN DAN UPACARA SELEPASNYA

6.1Majlis Bersanding

Bersanding merupakan upacara kemuncak daripada seluruh adat istiadat perkahwinan. Sebelum rombongan pengantin lelaki itu dibenarkan turun dari kereta untuk diarak ke rumah pengantin perempuan. kereta yang dinaiki olehpengantin lelaki ini dimestikan membuat pusingan atau dikenali sebagai putar naga sebanyak tiga kali di halaman rumah pengantin perempuan dengan diiringi oleh bacaan selawat ke atas Nabi. Tujuannya untuk memberitahu kepada umum bahawa rombongan pihak lelaki telah sampai.

Acara ini bermula dengan perarakan rombongan pengantin lelaki dengan iringan Kompang, kulintangan, Gong dan bunga manggar di sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan.9 Dua orang kanak-kanak akan berjalan di kanan dan kiri pengantin dengan memegang bunga manggar. Pengapit pengantin sentiasa memayunginya. Di belakang pengantin ialah rombongan yang mengiringinya, yang terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak diikuti di belakang oleh kaum lelaki. Mereka mula menapak perlahan-lahan mengikut rentak langkah pengantin. Barang-barang pengantin yang diisi dalam beg dibawa bersama. Pemain-pemain kompang berjalan mengiringi pengantin di sebelah kanan dan kiri. Kedatangan pengantin disambut dengan taburan beras bertih dan beras kunyit yang dilakukan oleh wakil pengantin perempuan. Acara tersebut biasanya dilakukan oleh salah

Page 14: Adat an Kaum Sungai

seorang daripada saudara pengantin yang telah berumur seperti nenek atau emak saudaranya. Ketika ini rombongan pengantin akan berjalan semakin perlahan.

1.13 Iringan Kompang

Selain dari itu juga, terdapat dua atau tiga orang lain yang meminta wang tebusan masuk di muka pintu. Setelah laluan-laluan tersebut dibuka, pengantin akan berjalan secara perlahan-lahan dan terus dibawa menuju ke pelamin. Sebelum dibenarkan duduk, istiadat menebus pelamin dijalankan. Pengantin tidak dibenarkan duduk sebelum pelamin ditebus. Ketika ini pengantin wanita duduk tegak di atas pelamin dengan mata tunduk ke bawah menantikan kedatangan pasangannya. Di sebelahnya duduk mak andam untuk meminta wang tebusan pelamin. Mak andam tidak akan bangun sehingga pengantin lelaki membayar wang tebusan pelamin. Di sini tidak ditetapkan jumlah yang perlu dibayar. Hanya mak andam sahaja dapat menentukan jumlahnya, tetapi pengantin lelaki melalui pengapitnya masih boleh menawar tentang jumlah ini dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam sampul surat. Setelah yakin dengan jumlah wang yang dimintanya, mak andam berdiri sambil mempersilakan pengantin lelaki duduk mengambil tempatnya di sebelah kiri pengantin perempuan. Sementara itu, mak andam akan berdiri tegak di sebelah pengantin perempuan sambil mengipas perlahan-lahan. Sebahagian wang menebus pelamin yang diterima oleh mak andam hendaklah disedekahkan manakala sebahagian lagi digunakan untuk kegunaaan diri.

1.14 Bersanding

Kemudian mak andam memulakan majlis dengan upacara menyuapkan nasi semangat kepada pengantin yang sedang disandingkan. Garam diambil sejemput lalu disuapkan ke mulut pengantin lelaki dituruti dengan pasangannya. Kemudian mak andam mengambil sedikit pulut kuning dan melakukannya seperti yang dilakukan sebentar tadi. Upacara ini diulang sebanyak tiga kali.

Selain dari itu, istiadat bagi darah ayam di mana kedua-dua kaki pengantin lelaki dan perempuan disuruh memijak talam yang berisi darah ayam supaya pasangan itu bahagia ke akhir hayat mereka tanpa sebarang masalah atau mala petaka timbul.

6.2 Makan Damai

Setelah selesai upacara bersanding, satu lagi istiadat dilangsungkan yang dinamakan istiadat makan damai. Majlis ini hanya dihadiri oleh beberapa orang saudara mara rapat kedua-dua pengantin. Di mana pasangan pengantin ini dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan enak yang disediakan khas untuk pasangan pengantin ini. Upacara ini dimulakan apabila pengantin perempuan menghulurkan tempat membasuh tangan kepada pengantin lelaki dan mencurahkan air setelah diberi isyarat oleh mak andam. Kemudian barulah pengantin perempuan membasuh tangan sendiri. Kemuncak majlis ini ialah ketika upacara suap menyuap dilakukan. lanya dimulakan dengan pengantin perempuan menyuap makanan, biasanya nasi ke mulut pengantin lelaki dengan bantuan mak andam yang mengampu tangan pengantin dan menghala ke mulut pengantin lelaki. Begitulah sebaliknya yang akan dilakukan oleh pengantin lelaki terhadap isterinya dengan bantuan pengapitnya. Perkara ini dilakukan silih berganti untuk beberapa kali.

Mengikut adat orang Sungai, semua peralatan yang digunakan dalam makan damai tersebut hendaklah dibasuh dan disimpan dengan cermat oleh kaum keluarga terdekat bagi

Page 15: Adat an Kaum Sungai

mengelakkan peralatan itu pecah atau rosak kerana ditakuti sesuatu malapetaka atau tragedi buruk berlaku keatas pasangan pengantin tersebut.

6.3 Istiadat Menyembah Selepas majlis ini tamat, kedua-dua pengantin akan melakukan istiadat menyembah. Kedua-dua pengantin akan datang menemui kedua-dua ibu bapa pengantin wanita dan tunduk bersalaman dalam keadaan duduk sambil mencium kedua-dua tangan mereka. Kemudian pasangan tersebut akan bersalaman dengan saudara yang hadir.

6.4 Upacara Makan Damai Upacara ini dilakukan pada malam hari persandingan yang mana dihadiri oleh teman-teman pengantin yang biasanya rakan-rakan sepejabatnya. Majlis ini biasanya bermula dari 8.00 malam. Sebelum majlis ini bermula, pasangan pengantin akan bersanding sekali lagi di mana persandingan bagi dipertontonkan kepada orang ramai bagi kemuncak majlis perkahwinan tersebut. Tidak ada iringan kompang, tetapi diiringi dengan alunan muzik daripada kumpulan kugiran, ghazal serta peralatan muzik tradisional. Biasanya majlis keramaian akan berlangsung di sepanjang malam itu dengan adanya majlis tari menari hingga ke waktu pagi. Majlis tari menari biasanya diiringi dengan lagu joget di mana pasangan pengantin dengan diringi oleh para pengapitnya juga tidak terkecuali untuk terlibat dalam aktiviti ini. Acara seterusnya ialah acara nyanyian, pertunjukan pencak silat, tarian darling-darling, joget, semazau dan sebagainya. Dalam majlis ini, pengantin lelaki berpakaian kot manakala pengantin perempuan akan berpakaian gaun labuh dan bertudung dengan mahkota di atas kepala. Semuanya berwarna putih termasuk sarung tangan dan kasut yang dipakai. Setelah turun dari pelamin, kedua-dua pengantin akan dibawa turun ke balai atau khemah tempat semua jemputan telah sedia menunggu. Majlis makan malam dimulakan setelah pengantin memotong kek perkahwinan. Setelah majlis tamat, kedua-dua pengantin berdiri dan bersalaman dengan para hadirin yang akan pulang.

6.5 Adat Istiadat Pengantin Malam Pertama

Mengikut adat orang Sungai pada malam pertama pengantin, katil mereka mestil dialaskan dengan kain cadar berwarna putih. Tujuannya untuk menentukan kesahihan sama ada pengantin perempuan tersebut masih gadis, masih anak dara, masih ada selaput dara yang hanya boleh ditentukan, diketahui oleh suaminya sahaja.

Sekiranya didapati pengantin perempuan bukan lagi seorang gadis maka pengantin lelaki akan memilih salah satu jalan sama ada menceraikan isterinya dan meminta ganti rugi semua kos perbelanjaan perkahwinan daripada pihak keluarga perempuan atau berdiam diri tutup mulut dan meneruskan perkahwinan itu tanpa membuat sebarang tindakan.

7.ADAT ISTIADAT BERTANDANG (TINGKUANG) ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN. SABAH

Lazimnya istiadat bertandang dilakukan tiga hari selepas majlis perkahwinan berlangsung. Menurut adat orang Sungai, kedatangan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki perlu dimulakan dengan pemberian sebentuk cincin dan didarahkan dengan darah ayam supaya panjang umur dan jodoh berkekalan.

Istiadat bertandang atau tingkuang yang lebih dikenali sebagai istiadat menjemput menantu dilakukan di rumah pengantin lelaki. Di kebanyakkan tempat, majlis perkahwinan di rumah pengantin wanita adalah lebih meriah berbanding dengan sambutan yang dilakukan di rumah pengantin lelaki. Ketika bertandang, pengantin perempuan menjadi tanggungjawab suaminya

Page 16: Adat an Kaum Sungai

kerana peranan mak andam telah tamat. Dia akan diandam oleh saudara mara ataupun teman-temannya sahaja. Meriah atau tidaknya majlis bertandang ini adalah bergantung kepada keputusan ataupun perbincangan pihak pengantin lelaki, sama ada mengadakan secara besar-besaran atau setakat ala kadar sahaja. Sesetengah ibu bapa menyambut kedatangan menantunya dengan doa selamat sahaja yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung, tetapi wajib mengadakan majlis persandingan.

1.15 Pengantin Sampai Tempat Pihak Lelaki

atau Bertingkuang

Apabila kedua mempelai sampai di perkarangan rumah ibu bapa pengantin lelaki, mereka disambut dengan iringan kompang, bunga manggar dan juga taburan beras kunyit. Kemudian selepas tujuh hari majlis perkahwinan ini berlalu, barulah kerja-kerja merobohkan bangsal penanggah tamu dijalankan. Kerja-kerja memulangkan peralatan yang dipinjam atau disewa seperti pelamin, kerusi meja dan sebagainya juga dilakukan.

7. KESIMPULAN

Penyerapan unsur tamadun benua India ke atas penduduk Tanah Melayu berlaku dalam satu tempoh yang begitu lama. Penyerapan ini terjadi sedikit demi sedikit dan diamalkan lalu dijadikan sebahagian cara hidup orang Melayu di seluruh Malaysia termasuklah orang Sungai di Kampung Bakong-Bakong, Beluran, Sabah.

Pada masa yang sama, segala bentuk amalan budaya itu juga menerima proses perubahan menurut keadaan tertentu, bergantung kepada penyesuaian masyarakat tersebut dan keperluan semasa. Ini termasuklah latar belakang pendidikan yang diterima. Semuanya ini boleh mengubah segala rupa bentuk kebudayaan yang dimiliki. Semakin tinggi daya pemikiran sesebuah masyarakat, maka semakin banyaklah unsur kepercayaan yang membina pantang larang, adat istiadat dan upacara-upacara tertentu.

Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Sungai, segala bentuk upacara, pantang larang dan sebagainya saya berpendapat ianya adalah adunan dari pengaruh-pengaruh Hindu dan unsur-unsur animisme, selain pengaruh Islam dan Barat yang datang kemudian. Walau bagaimanapun, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera yang dibaca oleh Mak Andam dan Tok Imam serta penggunaan bahan-bahan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya adalah di antara usaha-usaha yang bertujuan ke arah kebaikan untuk melindungi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus manakala upacara lain seperti bersanding, makan suap, dan sebagainya adalah untuk bersuka-suka disamping mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan.

Mungkin terlalu sukar bagi seseorang itu hendak menyatakan mengapa majlis bersanding itu perlu diadakan, dan apa pula perlunya pengantin lelaki duduk di sebelah kanan pengantin perempuan. Seterusnya, kenapa perlu mengadakan majlis makan berdamai

selepas melakukan majlis persandingan? Jawapan-jawapan tertentu mungkin ada, tetapi

bukan merupakan sesuatu yang dapat diberikan secara lojik dan dapat diterima serta meyakinkan.

Page 17: Adat an Kaum Sungai

Seseorang mungkin boleh menjawab bahawa majlis persandingan itu dilakukan untuk memperkenalkan kedua-dua pasangan pengantin kepada orang ramai dan majlis makan damai bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri yang baru bernikah. Kalau inilah hujah yang diberikan maka sebenarnya masih banyak jalan lain untuk memperkenalkan pasangan pengantin kepada orang ramai. Mengikut kajian saya, apa yang lebih jelas ialah bahawa adat istiadat perkahwinan yang dilakukan oleh orang Sungai tidak lebih dari untuk bersuka ria serta mengikut adat warisan datuk nenek mereka dahulu kala, bak kata pepatah Melayu "Biar mati anak, jangan mati adat". Secara tidak langsung, adat istiadat perkahwinan orang Sungai di Kampung Bakong-Bakong, Beluran, Sabah telah menyedarkan kepada masyarakat umum tentang asal usul sebahagian daripada amalan budaya orang Sungai yang selama ini begitu dipertahankan, sehingga ramai yang merasakan bahawa majlis perkahwinan itu tidak lengkap tanpa majlis berinai, bersanding dan sebagainya.

BIBLIQGRAFI

Abdul Jalil Ali. 2004. Pesona Pengantin. Kuala Lumpur : Karangkraf

Amran Kasimin. 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu Satu Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementrian Pendidikan Malaysia.

Daud Baharum. 1992. Kamus Mutakhir Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Ghouse Nasuruddin. 1991. Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

1Daud Baharum, 1992, Kamus Mutakhir Bahasa Melayu, Petaling jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd., Hlmn. 2.

2Amran Kasimin, 1989, Istiadat Perkahwinan Melayu Satu Kajian Perbandingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, Hlmn. 25.

3Ibid.

4Ibid, Hlmn. 29.

5Ibid. Hlmn. 33.

6Abdul Jalil Ali, 2004, Pesona Pengantin, Kuala Lumpur: Karangkraf, Hlmn. 52.

7Ibid. Hlmn. 66.

8Ibid.

9Mohd. Ghouse Nasuruddin, 1991, Muzik Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlmn. 77.