29589064 perayaan kaum cina

41
PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA (TAHUN BARU CINA)

Upload: wan-noor-aman

Post on 31-Dec-2014

124 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: 29589064 Perayaan Kaum Cina

PERAYAAN

KAUM CINA

DI MALAYSIA

(TAHUN BARU CINA)

Page 2: 29589064 Perayaan Kaum Cina

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

ELEMEN 1

TAJUK

BUKTI-BUKTI

ELEMEN 2

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

1.PERAYAAN TRADISI

2.LATAR BELAKANG

3.PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

4.KESAN PERAYAAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

ELEMEN 3

ESEI

Page 3: 29589064 Perayaan Kaum Cina

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah

Tingkatan 3(2010) iaitu Perayaan Tradisi Kaum Cina Di Malaysia.

Saya telah menjalankan kerja kursus ini selama 2 bulan dari 23 Februari 2010

hingga 23 April 2010 .

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Seksyen 9,Shah Alam,Pn. Maizan Bt Mohd Noor yang telah

membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.Ucapan terima kasih juga

saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu En. Fauzul Hakim Bin

Jamali kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja

Kursus Sejarah ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya Sawyah Bt

Abdul Rahaman dan bapa saya Raja Anuar Bt Raja Mazlan yang telah banyak

membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang

saya menjalankan tugas ini.Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak saya yang

telah membantu saya menjayakan Kerja Kursus Sejarah.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya

dan rakan kelas 3 Efisien yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya

dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu

secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima

kasih.

Page 4: 29589064 Perayaan Kaum Cina

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui dengan lebih lajut tentang perayaan Kaum Cina

di Malaysia serta cara mereka merayakan.Terdapat beberapa objektif dalam

menyempurnakan kajian ini.

Pertama,dapat mengetahui cara sebenar menulis isi kandungan kerja kursus yang

bermutu dan sempurna dan mengetahui cara masyarakat menyambut perayaan di Negara

kita .

Seterusnya, Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat

membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Selain itu,saya dapat menanam sifat bertanggungjawab dan gigih dalam

menghasilkan kerja khusus yang bermutu. Saya telah menyiapkan kerja kursus tepat pada

masa yang ditetapkan.

Saya dapat menyemai perasaan cinta kepada bangsa dan tanah air saya apabila

mengetahui cara menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi

muda melalui kajian ini.

Page 5: 29589064 Perayaan Kaum Cina

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang

akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan

bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kerja

kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan:

a.

b. Pemerhatian

Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina. Kaedah ini dipilih

bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina.

c. Penyelidikan perpustakaan

Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang

berkaitan Tahun Baru Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini

saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Page 6: 29589064 Perayaan Kaum Cina

HASIL

KAJIAN

Page 7: 29589064 Perayaan Kaum Cina

PERAYAAN TRADISI

i)Nama perayaan/Nama lain

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa

cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting

bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari

pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah

pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama

beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Page 8: 29589064 Perayaan Kaum Cina

ii)Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut

dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China

dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di

China,bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain,

termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur,

Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru

Cina.

Page 9: 29589064 Perayaan Kaum Cina

iii)Tarikh/Tempoh masa dirayakan

perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas

merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru

perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali

menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran

12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina

telah disambut pada 14 Febuari 2010. Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019

(dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang

haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi

tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Page 10: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Haiwan Dahan Bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

iv)Tujuan perayaan

Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam

kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan

Page 11: 29589064 Perayaan Kaum Cina

dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang cina, Tahun

Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang,

pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang cina dengan pelbagai cara

yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang

tahun. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun

yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

.

LATAR BELAKANG

i)Sejarah/Asal-usul perayaan

Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa

Page 12: 29589064 Perayaan Kaum Cina

dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada

zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau

“Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi

menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut

sehingga sekarang.

Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,

raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu

dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta

pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena

dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

ii)Upacara khusus dalam perayaan

Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya

ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru

Page 13: 29589064 Perayaan Kaum Cina

cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singa

akan diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan juga

musibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka

yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima

belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai

Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-sama

keluarga sekali lagi.

iii)Individu yang mengetuai upacara khusus

Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah

ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

Page 14: 29589064 Perayaan Kaum Cina

iv)Tempat khusus sambutan di jalankan

Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan ini juga

disambut di sebahagian pekan dan bandar kecil.

Page 15: 29589064 Perayaan Kaum Cina

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

i)Sebelum Perayaan

Page 16: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah

mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau

nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan

rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan

pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu

keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.

Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan

kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah

jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja

makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi

adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana

bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-

kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit

dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

ii)Semasa Perayaan

Page 17: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untuk

menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.

Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang

lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina,

rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib

baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang

China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan

perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin,

maksudnya ialah “nasib baik datang”

iii)Selepas perayaan

Page 18: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan

kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meniggalkan sanak-saudara mereka.

Pada hari kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei

dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis

dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat

daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk

bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah

sama ada berisi atau tanpa isi.

iv)Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

Page 19: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang

dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.Antara cara

untuk mendapatkan tuah baik ialah Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput

masuk tuah pada tahun baru.Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai

menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib

sekeluarga sepanjang tahun.Selain itu,gula-gula dan manisan dimakan untuk

“memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.Pembersihan rumah di setiap

sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun baru agar menerima tuah bagi tahun yang

akan menjelang.Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama

mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina mengambil

kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah

kekayaan.Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak

orang yang bergosip tentang si pemakainya.

Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang cina kerana

perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan “kasar” atau

“sukar”.Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada yang menganggapnya

sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya

dengan “kaya”.Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama

bunyinya dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong

hasil” dalam bahasa Kantonis.Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar

kekayaan (namun perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).Menyapu lantai juga

Page 20: 29589064 Perayaan Kaum Cina

dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun

baru.Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun

Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.Membeli buku juga membawa malang

kerana perkataan sesetengah dialek cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan

“kalah”.

KESAN PERAYAAN

Page 21: 29589064 Perayaan Kaum Cina

KEKELUARGAAN

Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan

sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambutan Tahun

Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

PERPADUAN

Page 22: 29589064 Perayaan Kaum Cina

melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi kunjung

mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti seperti ini kita boleh

memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana saranan perdana menteri

kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1 Malaysia.

PELANCONGAN

Page 23: 29589064 Perayaan Kaum Cina

kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia yang

mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi kegiatan perayaan di Malaysia.

Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah

pendapatan negara yang digunakan untuk membangunkan negara kita ini.

PELUANG PERNIAGAAN

Page 24: 29589064 Perayaan Kaum Cina

kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan

Tahun Baru Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah

juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.

PEDIDIKAN/PENGETAHUAN

Page 25: 29589064 Perayaan Kaum Cina

perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan pengetahuan am untuk individu itu

sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di ambil berat oleh kerajaan mengenainya.

Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu

sendiri.

RUMUSAN

Page 26: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh

masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,

pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur

sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum terdapat

di negara yang tercinta ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan

dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat

penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran

berkomunikasi.

Disamping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,ketabahan,kejujuran,

memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan

dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan

saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus

ini.

Page 27: 29589064 Perayaan Kaum Cina

LAMPIRAN

Page 28: 29589064 Perayaan Kaum Cina

RUJUKAN

Page 29: 29589064 Perayaan Kaum Cina

ELEMEN 3

Page 30: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek.

Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi

sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi

yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah

penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah

sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan

serta merta dengan berkesan. Seterusnya,dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana

kesenian sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan

turut menjadi tumpuan suku kaum lain.Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di

Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1

Page 31: 29589064 Perayaan Kaum Cina

Malaysia.Hal ini sebab melalui pelbagai perayaan,perpaduan di kalangan rakyat Malaysia

dapat dipertingkatkan