kata nama

9
Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

Upload: sairee

Post on 22-Jul-2015

35 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata nama

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,

benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:

Dia sedang menjinakkan

seekor gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam

binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),

Seremban (bandar), Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya (perhentian bas

dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

Page 2: Kata nama

benda Proton Perdana

(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas

Benda bangunan kereta buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang doktor kerani guru

budak lelaki

Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang kucing

lembu katak

ayam burung

Si Tompok

Lembu Sapi Katak Puru

Ayam Belanda Burung Murai

Tempat negeri bandar

kampung tasek

Terengganu Jerteh

Kampung Pasir Akar Tasek Perdana

Tumbuhan pisang

cili jambu limau

Pisang Emas

Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi

Page 3: Kata nama

KATA PEMERI

Dalam bahasa

Melayu, ialah dan adalah merupakan kata

pemeri.

Ialah

Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan

persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :

i. Ayah saya ialah guru.

ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah

Bahasa Melayu.

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian

dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa

sendi nama.

Contoh :

i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh

akhbar itu adalah terlalu ringkas.

ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu

adalah untuk pelajar cemerlang.

Page 4: Kata nama

* Kita sering mendengar ada pihak yang

mengucapkan kata pemeri adalah seperti

berikut.

Contoh :

i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan

ditutup esok.

ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa

jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah

dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa

Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan

dengan yang berikut:

Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan

hormatnya/ ………………….

oleksi Kata-kata Pujangga Untuk Kita Hayati Bersama :

Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah

-Mahatma Gandhi-

Page 5: Kata nama

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman.

Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

-Pythatoras-

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain

-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang

besar.

-Saidina Ali Abi Talib r.a-

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka

-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang

anda usahakan pasti berhasil

-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung

pemikirannya

-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi

anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain

-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya

-Marcus Aurelius-

Page 6: Kata nama

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di

sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak

mempelajari apa-apa.

-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang

membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan

bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim

atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ;

adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.

-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi

anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.

-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

-Lao Tze-

Page 7: Kata nama

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung

pemikirannya.

-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah

seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini

sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa

kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu

seribu macam pengorbanan”

~Pujang

Page 8: Kata nama

hukum D-M

Salah Betul

- Cili sos

- Mini perpustakaan - Zaleha Restoran - Jaya Klinik

- Sos cili

- Perpustakaan mini - Restoran Zaleha - Klinik Jaya

Kata jamak

Salah Betul

- mereka-mereka - semua kereta-kereta - para-para pelajar - empat orang abang-abang

-mereka -semua kereta -para pelajar -empat orang abang

Kata penguat

Salah Betul

-sangat tinggi sekali -sungguh jauh sekali -paling indah sekali -amat menakutkan sekali

-sangat tinggi -sungguh jauh -paling indah -amat menakutkan

Kata adjektif dan imbuhan 'ter' tanpa penguat

Salah Betul

-Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. -Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam

pertandingan itu.

-Sani mendapat markah yang tertinggi . -Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

Page 9: Kata nama

kata hubung

Salah Betul

-Sally sedang

membaca bila saya tiba di rumahnya. -Badannya besar kecuali kakinya kecil.

-Sally sedang membaca apabila saya tiba di

rumahnya. -Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan

Salah Betul

-Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. -Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

-Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

-Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagaiaktiviti semasa “Minggu Penyayang”. -Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

-Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.