a). kata nama am
Embed Size (px)
DESCRIPTION
asaTRANSCRIPT

KATA NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang , haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya .
Dengan kata lain perkataan Kata Nama Am ialah kata nama yang digunakan untuk
menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Nama
Am
Contoh Ayat Contoh
benda
permaidani,
tongkat, tikar,
langsir, kotak,
komik, biskut, roti,
gelas, pinggan,
piring, tempayan,
botol, sangkar,
selipar, kalendar
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah
komputer baru.
haiwan monyet, bangau,
siamang, landak,
ular, serigala,
singa, cacing, siput,
jengking, kijang,
seladang,
pelanduk, tenuk
1 Burung itu terbang tinggi di
udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor
lembu jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.
manusia
penghulu, pekebun,
wanita, pelajar,
jurubina,
pensyarah, emak,
1 Wanita itu paling dikehendaki
oleh polis.
2 Adiknya bekerja sebagai
seorang juruhias.

adik, tukang
masak, penyelia,
juruwang,
wartawan,
pengarah, seniman,
pengetua
3 Ibunya jarang menjenguknya di
asrama.
tempat
bank, klinik,
perpustakaan,
asrama,
hospital, plaza tol,
pawagam, kafe
taman bunga,
pasar malam, pam
minyak, pejabat,
bengkel, restoran,
universiti, maktab
1 Mereka sering berkelah di pantai
itu.
2 Orang ramai berkumpul di balai
raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan
wang di bank.
# Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
# Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila
digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

TOPIK : KATA NAMA AM
Arahan : Bulatkan jawapan yang betul. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Kakak Hani bekerja sebagai _______________di Pusat Rawatan
Subang Jaya sejak lima tahun lalu.
A jurubahasa
B jurutera
C jururawat
D juruterbang
2 Azman didenda kerana membuang ______________ merata-rata .
A sampah
B buku
C daun
D plastik
3 Ayah memelihara sepuluh ekor _________________ setelah bersara dua
tahun lalu .
A lembu
B tupai
C gajah
D cicak

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Puan Fiza sedang menunggu _________________ untuk ke pejabat .
A sampan
B lori
C bas
D kereta api
5 Setinggi-tinggi ________________ terbang, akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga .
A agsa
B bangau
C tupai
D merpati
6 Pemuda yang berkumis dan bermisai memakai baju _________________itu
ialah abangnya.
A kemeja
B kurung
C sari
D ceongsam
7 _______________ baru yang dipakai oleh Cikgu Roy berjenama Reebok.
A Kereta
B Lori
C Baju
D Kasut

8 _____________ itu dapat menempatkan kira-kira 500 orang penonton.
A Rumah
B Teratak
C Dewan
D Surau
9 Budak yang tinggal di hujung kampung itu tinggi seperti ________________.
A buluh
B galah
C tiang
D menara
10 ______________menangis kerana dimarahi emak sebab bermain di tempat
becak .
A Adik
B Ayah
C Abang
D Kakak
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Setiap pagi Encik Khairul membaca ____________ untuk mengetahui isu-isu
semasa.
A buku
B majalah
C akhbar
D komik

12 Dayang bercita-cita ingin menjadi seorang _____________kerana minatnya
merantau ke tempat orang .
A peniaga
B pramugari
C primadona
D pramugara
13 Encik Ramli seorang pemandu ________________ yang peramah dan murah
dengan senyuman.
A beca
B kapal
C pedati
D pelancong
14 Setiap hari Suziana menunggang _________________pergi ke sekolah.
A beca
B basikal
C lanca
D pedati
15 _______________ Didik banyak membantu murid-murid yang akan menduduki
UPSR.
A Akhbar
B Pensel
C Komik
D Pena
16 Usman Awang ialah salah seorang _______________terkenal negara.
A pendita
B peniaga
C novelis
D bangsawan

17 Banyak ___________ berkunjung ke negara ini sempena Sukan Komenwel ke-16.
A pelajar
B pendatang
C pekerja
D pelancong
18 Pertandingan deklamasi __________ telah berlangsung dengan meriah di Istana
Budaya .
A lagu
B sajak
C drama
D sketsa
19 Para ____________dari China merupakan jaguh dalam sukan renang di peringkat
antarabangsa .
A menteri
B pegawai
C buruh
D atlet
20 Pengangguran dalam kalangan graduan _____________ diberikan perhatian
oleh pemimpin negara.
A universiti
B sekolah
C asrama
D tadika

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.
21 Ayah menggunakan ____________untuk memotong dahan getah yang patah
akibat ribut semalam.
A pisau
B parang
C kapak
D gergaji
Soalan 22, berdasarkan gambar di bawah.
22 Ayah Firdaus, ______________ yang terkenal. Beliau mempunyai firma
guaman sendiri .
A doktor
B hakim
C peguam
D arkitek
23 Kita perlu merujuki ______________ untuk memahami maksud sesuatu kata.

A kamus
B surat khabar
C majalah
D buku cerita
24 Tempoyak ialah sejenis makanan yang dibuat daripada buah _____________
A nangka
B durian
C nanas
D betik
25 _______________ yang menjadi kekaguman rakyat Malaysia ialah Menara
Berkembar Petronas .
A Bangunan
B Blok
C Menara
D Rumah
Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah.
26 Adik diserang sakit _______________ selepas makan coklat yang sangat manis itu.
A gigi
B mata
C telinga
D hidung
27 _______________ yang menjadi kekaguman rakyat Malaysia ialah

Menara Berkembar Petronas .
A Blok
B Bangunan
C Menara
D Rumah
28 Kapal ________________ itu dirempuh ombak besar lalu terlanggar batu karang
dan tenggelam.
A tiub
B tong
C api
D tangki
29 Surat itu tidak dapat disampaikan kepada penerimanya kerana____________
yang ditulis salah.
A setem
B sampul
C alamat
D tarikh
30 Setelah mengharungi perjalanan selama satu hari akhirnya kami sampai juga di
____________ yang dituju.
A titik
B hala
C sudut
D tempat
JAWAPAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
C A A C B A D C B A
11 12 13 14 15 16 17 18 19 21
C B D B A C D B D A
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
D C A B A A B D C D