bab 1 kata nama
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1Bahagian Satu: Morfologi
BAHAGIAN SATUMORFOLOGI
(KATA)

2
BAB 1KATA NAMA
Kata nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada nama
manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep atau abstrak. Dalam bahasa Melayu,
golongan kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am,
dan kata ganti nama.
1.1. KATA NAMA KHAS
1.1.1 Takrif/DefinisiPerkataan-perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang khusus atau khas
sama ada nama manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep konkrit atau abstrak.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar. Misalnya,
Usman, Johor, India, Sarjan, dan Universiti Putra Malaysia.
Manusia Adriana, Kelvin Eng, Muniandi, Dr. Malik, Cik Jamaliah, Puan Tan, Datuk Sulaiman
Jawatan/Pangkat Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Polis, Kapten, Profesor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telipot
Nama tempat Pulau Pangkor, Hotel Permai, Pantai Morib, Kuala Kangsar, Kuala Pilah, Kota Bharu
Nama hari dan bulan Selasa, Jumaat, Ahad, Februari, Ogos, Disember, Safar, Muharam, Rabiulawal
Nama binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam), Tomi (anjing)Nama tumbuhan Malinja (padi), Vanda Diana (orkid), Centella Asiatica
(pegaga), Oryza Sativa (padi)Nama bangunan Menara Berkembar Petronas, Bangunan Parlimen,
Daya Bumi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahNama institusi Universiti Malaya, Bank Simpanan Nasional, Telekom
Malaysia Berhad, Kolej PerdanaBangsa dan agama Melayu, Cina, India, Arab, Iban, Islam, Buddha, HinduNama perkara Penilaian Menengah Rendah, Akta Rahsia Rasmi, Pendidikan
Seni, Senarai Peraturan SekolahNama buku dan jenama barang
Hikayat Hang Tuah, Kamus Dewan, Budak Misteri, Proton Perdana, Philip, Samsung
Bahagian Satu: Morfologi
CONTOH KATA NAMA KHAS
Encik Daneil membeli sebuah kereta Perodua Alza pada bulan lepas. Pemuda itu didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah. Murid-murid sekolah itu melawat ke Zoo Negara. Zuriana sedang membaca novel lama yang bertajuk Nyawa di Hujung Pedang.

3
1.2. KATA NAMA AM
1.2.1 Takrif/DefinisiKata nama ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan nama sesuatu perkara atau
benda yang biasa atau secara umum sahaja. Kata nama am boleh digunakan untuk merujuk
kepada semua nama, sama ada benda hidup mahupun benda tidak hidup. Misalnya manusia,
haiwan, tumbuhan, tempat, benda, dan konsep atau abstrak. Dalam penulisan, huruf pertama
kata nama am mestilah huruf kecil kecuali pada pangkal ayat.
.
Manusia askar, pemuda, ketua, negarawan, guru, kerani Haiwan ayam, kambing, harimau, ikan, katak, kucing, burungTumbuhan nanas, kelapa, keladi, semalu, belimbing, manggaTempat bandar, asrama, taman, stadium, hospital, jambatan, gunungBenda komputer, pinggan, makanan, lilin, kertas, kereta
1.2.2 Kesalahan Lazim
Kesalahan ayat contoh:
1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di hotel pan pasific.
2. Majlis sambutan hari guru pada tahun ini sangat meriah.
3. Rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan pada bulan ogos setiap tahun.
4. Kakak saya belajar di universiti kebangsaan malaysia.
5. pak ismail membeli sekotak pensel warna berjenama luna untuk anaknya, maria.
6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di Sungai.
7. Burung Enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.
8. Beberapa orang Guru Besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.
9. Suasana di Perpustakaan amat sesuai untuk Murid-murid mengulang kaji.
10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak Pedagang.
Bahagian Satu: Morfologi
CONTOH KATA NAMA AM
Ayatcontoh:
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya rajin membaca buku. Pak Kassim menamam anak pokok pisangdi kebun. Kakak menggoreng ikan di dapur. Ibu menggunakan senduk untuk mengacau gulai. Adibah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.

4
Pembetulan ayat contoh di atas:
1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di Hotel Pan Pasific.
2. Majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini sangat meriah.
3. Rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun.
4. Kakak saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Pak Ismail membeli sekotak pensel warna berjenama Luna untuk anaknya, Maria.
6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di sungai.
7. Burung enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.
8. Beberapa orang guru besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.
9. Suasana di perpustakaan amat sesuai untuk murid-murid mengulang kaji.
10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak pedagang.
1.2.3 RUMUS
1.2.3.1 Rumus Frasa Nama
(i) Perkataan yang mendukung konsep jamak hendaklah diikuti oleh kata nama
tunggal. Sebagai contohnya:
(a) Berbagai-bagai isu-isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. [ X ]
Berbagai-bagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. [ / ]
(b) Koleksi lagu-lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan hangat. [ X ]
Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan hangat. [ / ]
(ii) Huruf pertama nama bangsa, suku, dan bahasa sesuatu kaum sahaja perlu ditulis
dengan huruf besar. Sebagai contoh:
(a) bangsa Melayu bukan Bangsa Melayu.
(b) suku Kadazan bukan Suku Kadazan
(c) bahasa Inggeris bukan Bahasa Inggeris
(iii) Keadaan ini berbeza jika kata tersebut membawa makna mata pelajaran.
Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran Bahasa Kadazan, dan
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Bahagian Satu: Morfologi

5
(iv) Huruf pertama jawatan atau gelaran seseorang hendaklah ditulis dengan huruf
besar. Walau bagaimanapun murid-murid hendaklah mengenal pasti jawatan yang
dinyatakan dalam ayat tersebut merujuk kepada nama khas atau nama am.
Misalnya, jika jawatan guru besar disebut secara umum, tanpa disebut secara
khusus sekolahnya, maka perkataan guru besar itu dianggap sebagai kata nama
am. Perkataan guru besar akan menjadi nama khas apabila jawatan itu disebut
secara khusus tentang sekolah atau institusinya. Misalnya, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Binjai Jaya, perkataan guru besar perlu ditulis dengan huruf besar di
pangkalnya.
(v) Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar kecuali kata
sendi nama yang terdapat dalam judul karangan, buku , novel, dan sebagainya.
Misalnya, Semalam di Kuala Lumpur, Kembara di Pulau Redang, Kisah tentang
Si Bongkok, Pemburu dari Sarawak
1.2.4 LATIHAN PENGUKUHAN
Pilih jawaban yang betul.
1. Pertandingan deklamasi ________________ telah berlangsung dengan meriah di
Istana Budaya.
A lagu C drama
B sajak D sketsa
2. Sebagai peminat setia David Beckham, abang berazam untuk aktif dalam sukan
_________________.
A hoki C badminton
B ragbi D bola sepak
3. Pakaian seragam _________________ itu kelihatan sungguh putih dan kemas..
A jururawat C bomba
B akauntan D polis
Bahagian Satu: Morfologi

6
4. Abang saya memelihara beberapa ekor _______________ di dalam sangkar.
A serangga C kerbau
B burung D unta
5. _______________ sejenis reptilia yang bergerak dengan cara menjalar.
A Buaya C Ular
B Zirafah D Tenggiling
6. _______________ itu telah membaham seekor pelanduk yang memang menjadi
idamannya.
A Pak Kaduk C Si Comel
B Pak Belang D Si Hitam
7. Kesemua anak Puan Hamsanah melanjutkan pengajian di _____________.
A universiti Islam Antarabangsa C Universiti Islam Antara Bangsa
B Universiti islam Antarabangsa D Universiti Islam Antarabangsa
8. Lagu ___________________ merupakan lagu nyanyian Tetty Kadi seorang
penyanyi dari Indonesia.
A Semalam Di Kuala Lumpur C Semalam di Kuala Lumpur
B semalam di Kuala Lumpur D Se Malam di Kuala Lumpur
1.3 KATA GANTI NAMA DIRI
1.3.1 Takrif/Definisi(i) Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Terbahagi kepada 3 jenis:
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur)
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
(ii) Bilangan penutur / pendengar:
(a) Tunggal (seorang)
(b) Jamak (lebih daripada seorang)
Bahagian Satu: Morfologi

7
(iii) Golongan pengguna:
(a) Masyarakat Moden
(b) Masyarakat Melayu Lama (klasik)
(c) Masyarakat Istana/Bangsawan
1.3.2 Contoh Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang
kedua.
Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak)
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
tuan hamba (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan “hamba” mesti diikuti “tuan hamba” sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.kamu (tunggal dan jamak)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Bahagian Satu: Morfologi

8
Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang
yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru dan pemimpin.dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan.mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang.
1.3.3 Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama (penutur) akusayapatik
hamba
kamikita
Diri Kedua (pendengar) awakkamu
engkauencik
ciksaudarasaudari
tuanpuananda
tuankutuan hamba
awak semuakamu semua
saudara sekaliansaudari sekalian
encik-encikcik-cik
tuan-tuanpuan-puan
anda semuakalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
diaia
beliaubaginda
mereka
1.3.4 Bentuk Kesilapan:
SALAH BETUL“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
“Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Bahagian Satu: Morfologi

9
“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
“Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka sedang bermain bola di padang.
1.3.5 Kesalahan Lazim Menulis atau Mengeja Kata Ganti Nama
(i) Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
sedang berkata-kata;
(a) Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
Singapura. [X]
(b) Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
Singapura. [/ ]
(ii) Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;
(a) “Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu,” kata Salina. [X]
(b) “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina. [/ ]
(iii) Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda dan perkara/konsep;
(a) Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik. [X]
(b) Si Hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik. [/ ]
(iv) Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja transitif;
(a) Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia. [X]
(b) Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya. [/ ]
Bahagian Satu: Morfologi

10
(v) Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;
(a) Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang. [X]
(b) Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang. [/ ]
(iv) Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;
(a) Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana
bimbang ianya kian menular. [X]
(b) Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana
bimbang kian menular. [/ ]
(vi) Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;
(a) Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu. [X]
(b) Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu. [/ ].
(vii) Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;
(a) “Tolong kau ambilkan aku segelas air,” kata Sri.[X]
(b) “Tolong kauambilkan aku segelas air,” kata Sri.[/ ]
1.3.6. RUMUS
Strategi ini untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran untuk mengingati senarai kata
ganti nama diri. Kebanyakan pelajar keliru untuk mengelompokkan kata ganti nama diri sama
ada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua atau pun kata ganti nama diri
ketiga. Kekeliruan ini akan mengganggu pelajar menjawab soalan menukarkan kata aktif
Bahagian Satu: Morfologi

11
kepada kata pasif. Jadi, dengan membina ayat daripada senarai kata ganti nama diri dan
mengingati rumus yang diberikan dapat membantu para pelajar mengingati dan senang untuk
menjawab soalan dalam peperiksaan.
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dan senaraikan kata ganti nama diri mengikut kategori.
2. Cuba bina perkataan daripada kata ganti nama diri tersebut.
3. Seterusnya membina ayat daripada perkataan-perkataan tersebut.
4. Akhir sekali, ingat ayat yang dibina dan padankan dengan senarai kata ganti nama
tersebut mengikut kategori dan rumus yang diberikan untuk menukarkan kata aktif
kepada kata pasif.
1.3.7 LATIHAN PENGUKUHAN
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan mengisikan kata ganti diri yang sesuai.
(a) “_____________berharap agar rakyat menyokong segala projek kerajaan,” titah Sultan
Kedah.
(b) ______________mengucapkan terima kasih atas segala nasihat tuanku.
(c) Ishak suka berjenaka dan __________ sangat popular di sekolahnya.
(d) Perkhemahan _____________ di Pulau Pangkor amat menyeronokkan,” kata Husin dan
Salam kepada Subramaniam.
(e) “__________ mesti datang ke rumah saya pada hari raya ini,”kata Rohaya kepada
empat orang rakannya.
(f) “Ya Allah, berilah ___________ petunjuk untuk menyelesaikan masalahku ini.” Pak
Adam berdoa kepada Tuhan.
(g) Raja negeri itu adil dan pemurah dan ___________disayangi oleh rakyat.
Bahagian Satu: Morfologi

12
(h) “Eloklah___________bermalam di rumahku daripada menginap di hotel,” kata Rosnah
kepada Teresa.
(i) “_______________hanya menyanggah sultan yang zalim.” Kata Hang Jebat kepada
Hang Tuah.
(j) Penduduk Kampung Indah mementingkan kebersihan dan kampung _________ berjaya
menjadi kampung contoh.
1.4 KATA NAMA TANYA
1.4.1 Takrif/DefinisiKata nama tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat.
Terdapat tiga jenis kata tanya iaitu,
(i) Kata ganti tanya
(ii) Kata keterangan tanya
(iii) Kata bilangan tanya
Contoh:
(a) Kata ganti tanya ialah apa, mana dan siapa.
(b) Kata keterangan tanya ialah bagaimana, bila dan mengapa.
(c) Kata bilangan tanya ialah kata berapa.
1.4.2 Kesalahan Lazim
(i) Apa nama budak itu?
(ii) Judul buku itu apakah?
(iii) Restoran baharu yang kamu katakan itu manakah?
(iv) Siapa nama kamu?
(vi) Bagaimana Ahmad sekarang?
(vii) Cikgu Salma pergi ke Kedah bilakah?
(viii) Mengapa Azhar tidak hadir ke sekolah?
(ix) Berapa orang anaknya?
Bahagian Satu: Morfologi

13
1.4.3 Rumus
Panduan Penggunaan Kata Tanya
Kata Tanya Penggunaannya
apa Kata ganti tanya untuk menanyakan nama benda atau binatang
mana Kata ganti tanya untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat
siapa Kata ganti tanya untuk menanyakan nama orang atau orang
bagaimana Kata keterangan tanya untuk menanyakan cara dan keadaan
bila Kata keterangan tanya untuk menanyakan masa.
mengapa Kata keterangan tanya untuk menanyakan sebab
berapa Kata bilangan tanya untuk menanyakan bilangan
Ayat contoh
(i) Apakah benda itu?
(ii) Nama binatang itu apa?
(iii) Manakah kucing kamu?
(iv) Mereka itu dari mana?
(v) Beliau itu siapa?
(vi) Siapakah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah ini?
(vii) Bagaimanakah Lina sekarang?
(viii) Bagaimanakah Pak Abu pergi ke Makah?
(ix) Bilakah dia pulang?
(x) Mengapakah orang itu marah-marah?
(xi) Ini angka berapa?
(xii) Berapa orangkah anaknya?
1.4.4 LATIHAN
Kenal pasti kesalahan
(i) Apakah wanita yang baik hati itu?
(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah?
(iii). Bagaimana Azmir tidak datang berlatih sukan semalam?
Bahagian Satu: Morfologi

14
(iv) Berapa orang murid yang berminat menyertai lawatan itu?
(v) Bila abang akan pulang dari Australia?
(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu?
(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah?
(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa?
(ix) Jumlah pelajar itu berapakah?
(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini mana?
Membetulkan Kesalahan
(i) Apakah wanita yang baik hati itu?
(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah?
(iii) Bagaimana Azmir tidak dating berlatih sukan semalam?
(iv) Berapa orang murid yang berminat menyertai lawatan itu?
(v) Bila abang akan pulang dari Australia?
(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu?
(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah?
(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa?
(ix) Jumlah pelajar itu berapakah?
(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini mana?
Menentukan betul atau salah
(i) Siapakah wanita yang baik hati itu?
(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah?
(iii) Bagaimana Azmir tidak datang berlatih sukan semalam?
(iv) Berapakah orang murid yang berminat menyertai lawatan itu?
(v) Bilakah abang akan pulang dari Australia?
(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu?
(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah?
(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa?
(ix) Jumlah pelajar itu berapakah?
(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini berapa?
Bahagian Satu: Morfologi

15
1. 5. KATA GANTI NAMA TUNJUK
1.5.1 Takrif/DefinisiKata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung
maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata gantinama yang
menunjukkan pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang
menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama
tunjuk umum iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata
ganti nama tunjuk tempat terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak
jauh), sana (arah jauh)
1.5.2 Kesalahan Lazim
Kesalahan contoh:
(i) Berlari itu baik untuk kesihatan.
(ii) Rajin ini adalah sifat yang mulia.
(iii) Halim menebang itu pokok dengan kapak.
(iv) Jalan ini yang rosak dan berbahaya perlu dibaiki semula.
(v) Caranya inilah untuk menyediakan sarapan dengan segera.
(vi) “Di sanalah duit-duit emas itu ditemukan,” kata Encik Ramli sambil menunjukkan
tempat beliau berdiri.
1.5.3 Rumus
Panduan Penggunaan Kata Ganti Tunjuk
Kata ganti Tunjuk
Penggunaannya
ini Penanda kata namaSebagai subjekSebagai predikatSebagai penentu belakang
itu Penanda kata namaSebagai subjekSebagai predikatSebagai penentu belakang
Bahagian Satu: Morfologi

16
Panduan Penggunaan Kata Ganti Tempat
Kata ganti Tempat
Penggunaannya
sana Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.
sini Digunakan bagi tempat yang dekat dengan orang bercakap.situ Digunakan bagi tempat yang agak jauh tetapi tempat tersebut masih kelihatan
oleh orang yang bercakap.
Ayat contoh
(i) Buku ini ialah buku Tatabahasa Dewan edisi keempat.
(ii) Hal itu telah dilaporkan kepada guru disiplin sekolah.
(iii) Ini rumah saya.
(iv) Itu Encik Tan.
(v) Dia tinggal di rumah ini.
(vi) Bangunan itu tinggi
(vii) Pelawat-pelawat itu datang dari sana.
(viii) Letakkan kerusi itu di sini.
1.5.4 Latihan
Kenal Pasti Kesalahan
(i) Sekolah itu yang telah siap dibina akan dibuka pada tahun depan.
(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.
(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.
(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung ini ke sini mengambil masa sejam.
(v) “Kucing kamu ada di sini sebentar tadi,” kata Puan Esah kepada anaknya sambil
menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.
(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul Sembilan pagi tadi dan akan tiba di
perhentian bas ini sebentar lagi.
(vii) “Beg ini diambil dari sini,” kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke
arah rak buku di tepi dinding.
(viii) “Wakil pernah datang ke sana untuk melihat keadaan kami,” kata penduduk
kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.
Bahagian Satu: Morfologi

17
Membetulkan Kesalahan
(i) Sekolah itu yang telah siap dibina akan dibuka pada tahun depan.
(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.
(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.
(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung ini ke sini mengambil masa sejam.
(v) “Kucing kamu ada di sini sebentar tadi,” kata Puan Esah kepada anaknya sambil
menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.
(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul 9.00 pagi tadi dan akan tiba di perhentian
bas ini sebentar lagi.
(vii) “Beg ini diambil dari sini,” kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke
arah rak buku di tepi dinding.
(viii) “Wakil pernah datang ke sana untuk melihat keadaan kami,” kata penduduk
kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.
Menentukan Betul atau Salah
(i) Sekolah yang telah siap dibina itu akan dibuka pada tahun depan.
(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.
(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.
(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung itu ke sini mengambil masa sejam.
(v) Kucing kamu ada di sana sebentar tadi,” kata Puan Esah kepada anaknya
sambil menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.
(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul sembilan pagi tadi dan akan tiba di
perhentian bas ini sebentar lagi.
(vii) “Beg ini diambil dari sini,” kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke
arah rak buku di tepi dinding.
(viii) “Wakil pernah datang ke sini untuk melihat keadaan kami,” kata penduduk
kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.
Bahagian Satu: Morfologi

18
1. 6 KATA GANTI NAMA TAK TENTU
1.6.1 Takrif/DefinisiKata ganti nama tak tentu ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan
sesuatu yang tidak tentu (tidak pasti) atau secara umum sahaja. Kata ganti nama
tak tentu boleh digunakan untuk merujuk kepada manusia, haiwan, benda, waktu,
dan perkara. Contoh kata ganti nama tak tentu ialah apa-apa, mana-mana, siapa-
siapa, dan bila-bila.
Panduan Menggunakan Kata Ganti Tak Tentu
KGNTT Penggunaan Contoh Ayat
siapa-siapa atau sesiapa
Digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.
Sesiapa yang ingin bercuti, silalah mengisi borang permohonan ini.
seseorangDigunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.
Beliau memerlukan seseorang untuk menjadi temannya dalam perjalanan.
sesuatuDigunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu.
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama dalam novel itu.
apa-apaDigunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu.
Tidak ada apa-apa dalam dompet ini.
mana-manaDigunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu.
Ambillah mana-mana yang engkau suka.
masing-masingDigunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.
Mereka telah masuk ke kelas masing-masing.
bila-bilaDigunakan untuk mengganti masa yang tidak tentu
Saya akan tiba di perhentian teksi bila-bila masa.
berapa-berapaDigunakan untuk mengganti bilangan yang tidak tentu
Tidak kiralah, berapa-berapa yang diberi, kita tetap akan menerimanya.
Bahagian Satu: Morfologi

19
1.6.2 Kesalahan Lazim dan Rumus
(i) “Pilihlah apa-apa anak pokok yang kamu hendak.”
Walaupun apa-apa merujuk nama benda atau hal yang tidak tentu seperti halnya
dengan mana-mana, kita lebih cenderung menggunakan mana-mana daripada
apa-apa apabila kita merujuk kepada binatang atau pokok.
(ii) ”Bila lagi kamu hendak berubat?”
Bila ialah kata tanya dan merujuk kepada waktu. Apabila kata tanya
digandakan, bila-bila juga merujuk waktu dan masa tidak khusus dan lebih luas.
Contohnya: “Datanglah pada bila-bila masa ketika waktu pejabat.
(iii) Dia tidak berani untuk memberitahukan perkara itu kepada siapa pun.
Siapa ialah kata tanya. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah sesiapa
kerana perkataan itu digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.
1.6.3 Latihan
Kenal pasti kesalahan.
(i) Ada mana-mana yang boleh saya bantu?
(ii) Apabila tiba di sana nanti, pilihlah mana bilik yang sesuai untuk kamu
menginap.
(iii) Dia tidak mahu menyatakan berapa-berapa walaupun dipaksa.
(iv) Masakan apa untuk makan malam ini.
(v) Jangan bawa apa yang berbahaya ke sekolah.
(vi) Sila basuh mana pinggan yang kotor.
(vii) Usah pergi ke mana pada waktu malam.
(viii) Sesiapa yang berminat boleh hadir untuk ditemu duga.
(ix) Bila pun kamu boleh datang.
(x) Pada bila-bila masa sahaja tali.
Bahagian Satu: Morfologi

20
Betulkan kesalahan
(i) Ada mana-mana yang boleh saya bantu?
(ii) Apabila tiba di sana nanti, pilihlah mana bilik yang sesuai untuk kamu
menginap.
(iii) Dia tidak mahu menyatakan berapa-berapa walaupun dipaksa.
(iv) Masakan apa untuk makan alam ini.
(v) Jangan bawa apa yang berbahaya ke sekolah.
(vi) Sila basuh mana pinggan yang kotor.
(vii) Usah pergi ke mana pada waktu malam.
(viii) Sesiapa yang berminat boleh hadir untuk ditemu duga.
(ix) Bila pun kamu boleh datang.
(x) Pada bila-bila masa sahaja tali.
Bahagian Satu: Morfologi