tatabahasa kata ganti nama

Click here to load reader

Post on 15-Jan-2015

4.563 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

  • 1. TATABAHASA KATA GANTI NAMA DIRI
  • 2. KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
    • Saya / aku
    • Daku
    • Kami sipenutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.
    • Contoh: Siti dan Nini berkata kepada Lia, Kami baru sahaja balik dari sekolah.
    • Kita sipenutur dan orang yang mendengarnya.
    • Contoh: Kita mesti belajar bersungguh-sungguh .
  • 3. KATA GANTI NAMA DIRI
    • Beta raja/sultan
    • Contoh: Laksanakan perintah beta itu dengan segera, Raja Melaka bertitah.
    • Patik
    • Contoh: Segala perintah tuanku akan patik laksanakan. Kata Hang Tuah.
    • Hamba-
    • Contoh: Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia, kata pengembara itu kepada Bendahara Melaka.
  • 4. Kata Ganti Nama Diri Kedua
    • Awak
    • Anda digunakan untuk diri orang kedua yang tidak bersemuka seperti dalam iklan.
    • Contoh: Anda dikehendaki mendaftar segera.
    • Engkau - bercakap dengan orang yang rapat atau berdoa kepada Tuhan.
    • Contoh : Engkaulah yang maha berkuasa.
    • Dikau - dalam sajak
    • Kamu
  • 5. Kata Ganti Nama Diri Kedua
    • Tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan.
    • Contoh : Ampun tuanku, sembah patik harap diampun, kata Tun Perak kepada Sultan Melaka.
    • Kalian ( ramai)
    • Contoh: Mengapakah kalian ingin berjumpa saya?, kata ketua kampung kepada anak buahnya.
  • 6. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
    • Dia / ia ( tunggal ) Digunakan untuk orang biasa pada umumnya.
    • -nya ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya,
    • Beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti pemimpin dan guru.
    • Baginda digunakan untuk kerabat diraja.
    • Mereka (ramai ) digunakan jika bilangan orang lebih daripada seorang.
  • 7. Arahan:
    • Sediakan sehelai kertas untuk menulis jawapan bagi setiap soalan.
    • Semak jawapan di akhir sesi.
  • 8. Latihan
    • Perdana Menteri berkata bahawa ____ akan bersara.
    • A. dia
    • B. beliau
    • C. ia
  • 9. 2. Marilah ____ pergi ke rumah Nora, kata Amin kepada Ahmad. A. kami B. kita C. mereka
  • 10. 3. "Esok __________ akan berangkat ke Tanjung Pura," titah Sultan kepada Datuk Bendahara.
    • A beta
    • B patik
    • C hamba
    • D tuanku
  • 11.
    • Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
    • 4 Ibu berkata kepada saya, "Ambillah __________
    • baju yang kamu suka". A apa-apa
    • B mana-mana
    • C siapa-siapa
    • D bila-bila
  • 12.
    • Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai . 5. Saya, Ah Seng dan Samy pergi ke
    • bandar. __________ pergi dengan kereta
    • sewa.
    • A kita
    • B Kami
    • C Kamu
    • D Mereka
  • 13.
    • 6. __________ sudah berangkat ke
    • taman bunga bersama-sama
    • permaisuri
    • A Ia
    • B Dia
    • C Baginda
    • D Tuan hamba
  • 14.
    • 7. "Baju baru itu warna __________?"
    • tanya Kamilah kepada Wahida.
    • A apa
    • B bila
    • C mana
    • D siapa
  • 15.
    • 8 "Janganlah __________ berdukacita,
    • serahkan kepada patik untuk
    • menguruskannya," sembah
    • panglima itu kepada sultan.
    • A patik
    • B tuanku
    • C baginda
    • D tuan hamba
  • 16.
    • 9. Roslee dan Maniam berkata,"Bukan
    • __________ yang menconteng
    • dinding itu, cikgu.
    • A saya
    • B kami
    • C kamu
    • D beliau
  • 17.
    • Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
    • 10. "Biarlah __________ seorang menentang Jebat
    • derhaka itu, tuanku," kata Hang Tuah kepada
    • sultan. A beta
    • B patik
    • C hamba
    • D baginda
  • 18.
    • 11. "__________ akan berangkat bersama-
    • sama dengan Sultan Melaka esok,"
    • kata Tun Ali kepada Tun Setia. A Beta
    • B Patik
    • C Hamba
    • D Tuanku
  • 19.
    • 12. "Menjunjung titah, __________.
    • Patik akan mencari bunga gul
    • bakawali itu sampai dapat."
    • sembah panglima itu kepada
    • baginda sultan.
    • A beta
    • B patik
    • C tuanku
    • D baginda
  • 20.
    • 13. Alia dan Alina adik beradik
    • kembar. __________ berdua
    • sama pintar.
    • A Mereka
    • B Kamu
    • C Dia
  • 21.
    • 14. Sebagai rakyat Malaysia,
    • __________ mesti menyokong
    • segala usaha murni para
    • pemimpin untuk memajukan
    • negara
    • A kita
    • B beta
    • C patik
    • D hamba
  • 22.
    • Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
    • 15. "Biarlah __________ yang menentang penjahat-
    • penjahat itu," kata ketua hulubalang kepada
    • Sultan.
    • A patik
    • B hamba
    • C tuanku
    • D adinda
  • 23.
    • 16. "Marilah __________ sama-sama
    • membantu mereka yang ditimpa
    • kesusahan," kata Encik Hassan
    • sebelum mengakhiri ucapannya.
    • A kita
    • B saya
    • C kami
    • D mereka
  • 24.
    • 17. "__________ akan berangkat
    • bersama-sama dengan Dato'
    • Bendahara?" tanya Hang Setia
    • kepada Hang Nadi.
    • A Patik
    • B Hamba
    • C Tuanku
    • D Tuan hamba
  • 25.
    • 18. "__________ hendak bersiram,"
    • titah Sultan Mahmud kepada
    • pengawal-pengawalnya.
    • A Beta
    • B Patik
    • C Hamba
    • D Baginda
  • 26.
    • 19. " Tuanku Sultan menitahkan para
    • pengawal istana supaya segera
    • menghadap __________," kata
    • seorang pegawai istana. A beta
    • B patik
    • C hamba
    • D baginda
  • 27.
    • 20. __________ telah meninggal dunia
    • dalam kemalangan jalan raya
    • semasa dalam perjalanan pulang
    • ke kampung.
    • A Dia
    • B Kita
    • C Awak
  • 28.
    • 21. Ali, Hafiz, dan Akmal telah
    • didenda kerana __________ tidak
    • menyiapkan kerja yang diberi
    • oleh cikgu. A kita
    • B kami
    • C kalian
    • D mereka
  • 29.
    • 22. Dalam ucapannya, __________
    • meminta para pelajar agar dapat
    • meningkatkan pencapaian dalam
    • pelajaran.
    • A mereka
    • B saya
    • C beliau
  • 30.
    • 23. "Sungguh __________ tidak
    • menyangka, tuan hamba
    • sanggup menderhaka," titah
    • baginda dengan murkanya.
    • A beta
    • B tuanku
    • C patik
    • D baginda
  • 31.
    • 24. Putera mahkota yang berjiwa
    • rakyat itu sentiasa disenangi oleh
    • rakyat __________.
    • A beta
    • B patik
    • C tuanku
    • D baginda
  • 32.
    • 25. Dengan pengalaman yang ada
    • pada dirinya, __________ telah
    • dipilih sebagai wakil rakyat di
    • kawasan __________
    • A dia ... Saya
    • B beliau ... Kami
    • C engkau ... aku
  • 33.
    • 26. "Saya memohon maaf kerana
    • sentiasa menyusahkan __________
    • selama ini," kata Puan Hasnah
    • kepada Puan Hamidah.
    • A awak
    • B mereka
    • C dia
    • D kita
  • 34.
    • 27. Walaupun Pak Cik Sudin dan
    • keluarganya tidak kaya,
    • __________ hidup bahagia.
    • A dia
    • B kita
    • C kami
    • D mereka
  • 35.
    • 28. Sultan Pahang berkenan
    • menganugerahkan bintang-bintang
    • kebesaran kepada pemimpin yang
    • berjasa pada Hari Keputeraan
    • __________.
    • A dia
    • B beta
    • C beliau
    • D baginda
  • 36.
    • 29. "Biar __________ yang
    • menyelesaikan masalah
    • serangan lanun itu," kata
    • Panglima Ali kepada Sultan
    • Melaka.
    • A aku
    • B beta
    • C saya
    • D patik
  • 37.
    • 30. "__________lah yang menyediakan
    • persalinan itu kepada laksamana,
    • tuanku," kata inang kepada
    • sultan.
    • A Beta
    • B Hamba
    • C Patik
    • D Tuan hamba
  • 38. 31.
    • Sudah lama ibu saya ingin mengenali __________ dengan lebih dekat lagi,"kata Syam kepada Nurul.
    • A di
    • B kita
    • C anda
    • D awak
  • 39. 32.
    • Pengawas peperiksaan meminta __________ berkumpul dan beratur sebelum masuk ke dalam dewan.
    • A kami
    • B aku
    • C baginda
    • D saya
  • 40. 33.
    • Murid-murid Tahun Lima Elit dinasihati oleh guru besar kerana __________ membuat bising semasa perhimpunan pagi.
    • A dia
    • B kalian
    • C beliau
    • D mereka
  • 41. 34.
    • Apa pendapat __________, sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi Putra di sebuah gua yang tidak jauh dari Melaka?" tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah.
    • A patik
    • B tuanku
    • C hamba
    • D tuan hamba
  • 42. 35.
    • "__________ dikehendaki berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya yang sibuk itu," pesan ibu kepada adik.
    • A Dia
    • B anda
    • C Kamu
    • D Hamba
  • 43. 36.
    • "__________ mesti sampai di kaki Gunung Tahan sebelum matahari terbenam," kata Encik Rahman kepada peserta-peserta ekspedisi itu.
    • A Kalian
    • B Beliau
    • C Awak
    • D Anda
  • 44. 37.
    • Norman telah dipilih menjadi ketua darjah kerana_____ seorang yang rajin.
    • A dia
    • B beliau
    • C engkau
  • 45. 38.
    • Marilah __________ ke perpustakaan sekarang," kata Rizal kepada Anuar.
    • A kita
    • B kami
    • C kamu
    • D mereka
  • 46. 39.
    • Peristiwa sedih itu sering mengganggu fikiran __________. A ia
    • B dia
    • C nya
    • D kalian
  • 47. 40.
    • "Masa menjawab sudah tamat, __________ dikehendaki berhenti menulis dan kertas jawapan akan dipungut sekejap lagi," kata ketua pengawas kepada para pelajar.
    • A kita
    • B kalian
    • C kami
  • 48. Semak jawapan: 1 B 21 D 2 B 22 C 3 A 23 A 4 B 24 D 5 B 25 B 6 C 26 A 7 A 27 D 8 B 28 D 9 B 29 D 10 B 30 C 11 C 31 D 12 C 32 A 13 A 33 D 14 A 34 D 15 A 35 C 16 A 36 A 17 D 37 A 18 A 38 A 19 D 39 C 20 A 40 B