tatabahasa: kata nama am, kata nama khas, kata nama ganti diri
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

Hai, adik-adik!!Hari ini kakak akan mengajar
tentang topik
GOLONGAN KATASelamat belajar!!!!
KATA NAMA
AM
KATA NAMA KHAS
KATA GANTI NAMA

Merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya
Di eja dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat
Terdapat 2 bahagian kata nama am iaitu benda bernyawa dan tak bernyawa
KATA NAMA AM

Benda Bukan
Bernyawa
Benda Bernyawa
Benda
Tempat
Manusia
Haiwan
Tumbuhan

SoalanBeberapa orang ________ sedang bekerja membersihkan longkang di taman perumahan ketika matahari mula menampakkan diri.A amah C hambaB staf D buruh
Jawapan yang paling tepat ialah buruh. Kata nama am buruh ialah kategori benda bernyawa.

KATA NAMA KHAS
Merujuk benda, perkara, atau konsep yang bersifat khusus.
Dieja dengan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan.
Dibahagikan 2 kumpulan iaitu bernyawa dan tak bernyawa.
Haa..dengar tu adik-adik!

Kata Nama Khas
Manusia Bukan Manusia
Jibrail
Sang Kancil
Tompok
Karmila
Ahmad Naim
Tuanku Mizan Ibni Sultan
Zainal Abidin
Si Belang
-Bernyawa-

Kata Nama Khas
-Tak Bernyawa-
Bangunan
Negeri/Negara
Bandar
Tajuk Buku/Filem/Lagu
Angkasapuri
Menara Kuala Lumpur
Wisma PutraPusat Dagangan Dunia Putra
Temerloh
New York
Tokyo
Kangar
Serdang
Kampar
Perak
Australia
Jepun
Sabah
Meniti Kaca Paloh
Negaraku

Soalan
Pada pagi sabtu yang lalu, saya sempat berbincang dengan encik murad. Kami berbincang tentang novel yang berjudul julia.
Kenal pasti perkataan kata nama khas, kemudian betulkan perkataan tersebut.
Encik Murad ialah ialah nama orang, manakala Julia ialah tajuk novel. Mereka ini ialah kata nama khas. Oleh itu perlu dieja huruf besar pada huruf besar.

Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menjadi pengganti Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama terbahagi kepada 4 bahagian:
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Tanya
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tempat
Kata Ganti Nama

Diri Kedua
Diri Ketiga
anda , awak, kamu, tuanku, kalian
Beliau, mereka, dia,
baginda, nya
Diri Pertama
saya, aku, kami,
patik,hamba, kita Terdapat 3
bahagian Kata Ganti Nama Diri

Aku (tunggal) • Untuk diri sendiri
apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat (mesra) dan Tuhan.
1. Aku akan menunggu kamu di tepi jalan esok.
2. Ya Allah, aku mohon agar dimurahkan olehMu rezekiku.Saya
(tunggal) • Untuk diri sendiri apabila baru bercakap dengan orang yang baru dikenal atau ucapan rasmi.
Saya harap para penonton dapat bertenang dan bersabar.
Beta (tunggal) • Untuk raja, sultan atau
kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.
Dengan ini, beta merasmikan Ucapan Pembukaan Sukan Malaysia 2007.
Patik (tunggal)
• Untuk diri sendiri (rakyat) apabila bercakap dengan raja dan kerabat diraja.
Patik akan melaksanakan titah perintah tuanku.
Kata Ganti Diri Pertama Pengguna
anContoh Ayat

• Untuk diri sendiri pada zaman dahulu apabila bercakap sesama rakyat.
Hamba ini pedagang dari kampung seberang.
• Untuk tulisan atau nyayian sebagai objek kata sendi /kata kerja transitif yang diakhiri huruf ‘n’.
Ingatkah engkau pada pesanan daku tempoh hari?
• Untuk diri sendiri, dan menyertakan diri orang kedua.
Kita hendaklah menjaga kebersihan alam sekita.
• Untuk diri orang yang berkata dan temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
Kami bangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu.
Kata Ganti Diri Pertama Pengguna
anContoh Ayat
kami (jamak)
Kita (jamak)
Daku (tunggal)
Hamba (tunggal)

Awak (tunggal) • Untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Awak mesti datang ke rumah saya.
Engkau (tunggal) Aku akan bantu engkau
mengemas rumah.
Dikau (tunggal) Aku akan memperkenalkan dikau kepada ibunya.
• Untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
• Untuk tulisan atau nyayian sebagai objek kata sendi /kata kerja transitif yang diakhiri huruf ‘n’.
Kata Ganti Diri Kedua Pengguna
anContoh Ayat

Dia (tunggal)• Untuk diri orang ketiga yang umum (rakan, orang biasa).
Ahmad didenda kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
Beliau (tunggal)Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah SMK Seri Cemerlang.
Kamu (tunggal dan jamak)
Bilakah kamu akan datang ke rumah nenek?
• Untuk diri orang ketiga yang kiat hormati (ibu bapa, guru, menteri)
• Untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita.
Kata Ganti Diri Ketiga Pengguna
anContoh Ayat

Mereka (jamak)• Untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang.
Mereka datang ke sekolah dengan menaiki bas.
Anda (tunggal) “ Saya harap anda terhibur dengan lagu itu.” kata juruhebah itu.
Kalian (tunggal dan jamak)
Inginkah kalian menyertai rombongan ke Pulau Kapas pada hujung minggu ini?
• Untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
• Untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga Pengguna
anContoh Ayat

“_____________ berjanji akan menyiapkan tugasan itu esok.” kata kedua-dua murid itu kepada Cikgu Amir.A Saya C KitaB Kami D Mereka
Soalan
Jawapan yang paling tepat ialah Kami. Kata ganti nama diri orang Kami menunjukkan orang yang memulakan perbualan. Dalam konteks ayat ini, kedua-dua murid menunjukkan bilangan yang banyak.
