bml3053 halim kata nama

Download Bml3053 halim kata nama

Post on 02-Jul-2015

225 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Perbandingan golongan kata nama dalam Tatabahasa Dewan Bahasa dengan buku Tatabahasa lain. HALIM BIN SHAHARI @ ABDULLAH (D20112055469) KUMPULAN : UPSI 03 (A131 PJJ) AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN.KOHORT 3 SEMESTER 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH TN HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI 1

2. ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Pengenalan 3 2 Konsep 3 3 Jenis/Bentuk/Golongan Kata Ganti Nama 4 4 Perbandingan Persamaan Kata Ganti Nama antara Tatabahasa Dewan dengan buku Tatabahasa lain Perbezaan Kata Ganti Nama antara Tatabahasa Dewan dengan buku Tatabahasa lain 9 10 5 Kesalahan bahasa 16 6 Kesimpulan 19 7 Rujukan 20 PENGENALAN Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam Bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi 2 3. ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentukkata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, penmajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Golongan kata ganti nama merupakan golongan kata yang berfungsi menggantikan kata nama. KONSEP Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), konsep kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda. Manakala dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj. Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab (2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985) dalam buku yang bertajuk Mengajar Tatabahasa, kata ganti nama mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar. Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), dalam buku yang bertajuk Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti kata nama. Kata nama banyak digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata 3 4. nama. Kata ganti nama juga merupakan perkataan salah satu daripada golongan kata nama. Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri atau orang lain. Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan baik tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti nama diri juga dapat membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang merujuk kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilan beta hanya digunakan oleh raja yang merujuk kepada dirinya sahaja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata ganti nama diri tersebut. JENIS / BENTUK/ GOLONGAN KATA GANTI NAMA Tatahasa Dewan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata ganti nama terbahagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama tunjuk umum ialah yang merujuk pada perkara atau benda. Manakala kata tunjuk tempat ialah yang menunjuk kepada tempat. Kata ganti nama tunjuk umum terbahagi kepada dua, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk pada yang dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah jauh). Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata kata ganti nama diri orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, kami, kita. Kata ganti nama diri orang kedua ialah anda, saudara, engkau, awak, kamu. Kata ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka, -nya. Kata ganti nama diri tanya terdiri daripada tiga jenis, iaitu apa (merujuk benda atau perkara), siapa (merujuk orang), dan mana ( merujuk benda atau orang). 4 5. Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang ditunjuk itu. Ada dua kata ganti tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan pada yang jauh. Kata ganti nama diri Kata ganti nama jenis ini terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu: a. Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iatu : Apa - yang merujuk benda atau perkara Siapa - yang merujuk orang Mana - yang merujuk benda atau orang Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya : Apa - apa-apa Mana - mana-mana Siapa - siapa-siapa (sesiapa) b. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini: i. Kata ganti nama diri orang pertama : saya , aku, beta, patik, kami, dan kita ii. Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, dan kamu iii. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia,mereka, dan nya Kata ganti nama orang ketiga nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Buku Tatabahasa Lain 5 6. Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) bukunya yang bertajuk Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa : Ayat), kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nma diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang sedang bercakap atau bertutur dan dalam bentuk penulisan pula kata ganti nama diri pertama merujuk kepada penulis itu sendiri. Antara kata ganti nama diri pertama ialah saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita, kami semua dan kita semua. Manakala kata ganti nama diri kedua pula merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Dalam erti kata lain, kata ganti nama kedua merujuk kepada pendengar dalam sesuatu peristiwa ataupun pembaca dalam bidang penulisan. Contoh perkataan kata ganti nama kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Golongan terakhir bagi kata ganti nama diri ialah kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang sedang diperkatakan itu boleh hadir ataupun tidak hadir dalam lingkungan peritiwa tersebut. Contoh perkataan kata ganti nama diri ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya. Bil Golongan Kata Ganti Nama Diri Golongan Perkataan Tunggal Jamak 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama Saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan ku Kami, kita, kami semua dan kita semua 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua Anda, awak, engkau, dikau, mu Kamu dan kalian 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga Dia, beliau, ia dan nya Mereka Menurut Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, karya Pak Asraf (2012:7 ), kata ganti nama terbahagi kepada lima iaitu, kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Contoh kata ganti diri pertama ialah aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, dan saya. Contoh kata ganti diri kedua ialah anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu dan tuanku. Contoh 6 7. kata ganti diri ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, dan mereka. Kata ganti tanya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu apa, mana, dan siapa. Kata ganti tempat pula terbahagi kepada tiga, iaitu sana, sini, dan situ. Kata ganti tunjuk terdiri daripada dua sahaja, iaitu ini dan itu. Manakala contoh kata ganti tak tentu pula ialah apa-apa, mana-mana, siapa- siapa atau sesiapa. Manakala dalam buku Tatabahasa bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar karya Prof. Abdullah Hassan (2004:117), kata ganti nama dibahagikan kepada 4 jenis iaitu, kata ganti nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama tanya dan kata tunjuk. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, kita, kami,ku. Kata ganti nama diri orang kedua ialah awak, kamu, anda, engkau, kau, kalian. Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah dia, ia, beliau, mereka, nya, baginda. Kata ganti nama umum terdiri daripada apa, anu, mana, siapa, bila, bagaimana, ia, nya. Kata ganti nama tanya ialah apa, siapa, bila, bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana, ke mana. Kata ganti nama