kata sendi nama

7
KATA SENDI NAMA 1. Kata sendi nama ialah kata tugas yang digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. 2. Contoh kata sendi nama : KATA SENDI NAMA PENGGUNAAN CONTOH AYAT 1. di Menunjukkan tempat 1. Mereka masih berada di sekolah. 2. ke Menunjukkan tempat dan arah yang dituju 1. Ibu akan pergi ke Melaka. 3. dari Menunjukkan masa, tempat dan arah 1. Murid itu berasal dari Kuching. 2. Saya menunggu doktor dari jam 8 pagi. 3. Kereta itu melanggar pokok dari arah kanan. 4. daripada Menunjukkan asal, perbandingan serta sumber atau punca 1. Bakul itu diperbuat daripada rotan. 2. Mereka menerima hamper daripada guru besar. 5. kepada Digunakan untuk manusia / menyatakan bahagian 1. Surat itu ditujukan kepada ayah. 5. pada Menunjukkan masa 1. Majlis itu akan diadakan pada waktu pagi. 6. bagi/untuk Menunjukkan kegunaan atau sesuatu pihak/menunjukkan maksud 1. Bagi murid yang lemah, mereka perlu mengikuti kelas tambahan.

Upload: oasisdessert

Post on 11-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kata sendi nama tahun 3

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA

1. Kata sendi nama ialah kata tugas yang digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.

2. Contoh kata sendi nama :

KATA SENDI NAMA

PENGGUNAAN CONTOH AYAT

1. di Menunjukkan tempat 1. Mereka masih berada di sekolah.

2. ke Menunjukkan tempat dan arah yang dituju

1. Ibu akan pergi ke Melaka.

3. dari Menunjukkan masa, tempat dan arah

1. Murid itu berasal dari Kuching.

2. Saya menunggu doktor dari jam 8 pagi.

3. Kereta itu melanggar pokok dari arah kanan.

4. daripada Menunjukkan asal, perbandingan serta sumber atau punca

1. Bakul itu diperbuat daripada rotan.

2. Mereka menerima hamper daripada guru besar.

5. kepada Digunakan untuk manusia / menyatakan bahagian

1. Surat itu ditujukan kepada ayah.

5. pada Menunjukkan masa 1. Majlis itu akan diadakan pada waktu pagi.

6. bagi/untuk Menunjukkan kegunaan atau sesuatu pihak/menunjukkan maksud diperuntukkan

1. Bagi murid yang lemah, mereka perlu mengikuti kelas tambahan.

2. Baju baharu itu untuk adiknya.

7. oleh Menunjukkan asal sesuatu benda atau perkara

1. Beg ini dihasilkan oleh ibu saya.

2. Aktiviti ini dirasmikan oleh Encik Ahmad.

Page 2: Kata Sendi Nama

8. dengan Menunjukkan turut serta, bandingan setara dan keterangan cara

1. Ayah pergi ke pasar dengan datuk.

9. seperti/umpama

Menunjukkan persamaan dengan yang lain

1. Bau wangian itu harum seperti bunga.

10. tentang Menyatakan rujukan makna mengenai sesuatu

1. Mereka berbincang tentang faedah mengumpul setem.

11. sejak Menunjukkan masa dan waktu

1. Dia tinggal di kampung ini sejak setahun yang lalu.

12. terhadap Merujuk kepada manusia, haiwan atau benda

1. Kita perlu bersikap sopan terhadap orang tua.

13. akan Didahului dengan kata adjektif

1. Suzana begitu sayang akan kucingnya itu.

LATIHAN 1

Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul.

dari oleh ke untuk bagidaripada di kepada akan pada

1. Linda menerima hadiah _________________ kakaknya.

Page 3: Kata Sendi Nama

2. Abu hendak ______________ kedai.

3. Majlis sambutan hari lahir itu akan diadakan _______________ malam ini.

4. Jika awak tidak faham, tanyalah ____________ Alice.

5. Kek ini dibuat _____________ Maria.

6. Hadiah ini saya belikan ___________ ibu.

7. PemilihanTokoh Nilam Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan _________

Pusat Sumber Negeri.

8. Rozi amat merindui ____________ neneknya di kampung.

9. Derma ini dikhaskan ____________mangsa kebakaran.

10.Jiran saya berasal ___________ Johor.

LATIHAN 2

Bina ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan kata sendi nama di bawah.

oleh

Kraf tangan itu ____________________

_________________________________

_________________________________

Page 4: Kata Sendi Nama

daripada

Bakul itu diperbuat __________________

_________________________________

_________________________________

Page 5: Kata Sendi Nama

Penduduk Taman Desa Damai telah mengadakan Hari Terbuka _________________________ (1) hari Selasa yang lalu.

Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan _______________________ (2) sekitar dewan sebelum mendirikan khemah.

Mereka bekerja secara sukarela ________________________ (3) pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan __________________________ (4) pihak penganjur. Antaranya

termasuklah kempen menderma darah, pertandingan Mencari Harta Karun dan perlawanan futsal.

Hari Terbuka ini telah mendapat sambutan yang baik ___________________________ (5) penduduk Taman Desa Damai.

Pihak pengajur mengucapkan terima kasih __________________________ (6) semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti

tersebut. Selepas ini, mereka akan mengadakan rombongan ___________________ (7) Pulau Langkawi pula. Sikap

bekerjasama yang ditunjukkan dapat memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam masyarakat.

Page 6: Kata Sendi Nama