adat pepatih dan temenggung karya agung

54
ADAT PEPATIH DAN ADAT TEMENGGUNG NOR NADIYA BINTI AHMAD ZAINI (D20101037075) NUR SYUHADA BINTI BUKHARI(D2012057960) DISEDIAKAN OLEH :

Upload: nornadiya

Post on 20-Jan-2015

427 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: adat pepatih dan temenggung karya agung

ADAT PEPATIH DAN

ADAT TEMENGGUNG

NOR NADIYA BINTI AHMAD ZAINI (D20101037075)NUR SYUHADA BINTI BUKHARI(D2012057960)

DISEDIAKAN OLEH :

Page 2: adat pepatih dan temenggung karya agung

Ke darat Adat Perpatih

Ke laut Adat Temenggung

Ke darat berterombaKe laut bersalasilah

(HARUN MAT PIAH, 1989:55)

Page 3: adat pepatih dan temenggung karya agung

Adat seperti undang-undang juga adalah seumpama kanun peliharaan dalam mewujudkan keperibadian tatasusila masyarakat terhadap bangsa dan nusa seperti lain-lainnya ia tertakluk kepada undang-undang alam mengalami perubahan. Daripada segi etimologi, perkataan adat itu berasal daripada bahasa Arab iaitu adah yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi suatu kebiasaan yang tetap dan dihormati orang, maka kebiasaan itu lambat-laun menjadi adat ( Sidi Gazalba, 1967: 296)

MAKSUD ADAT

Page 4: adat pepatih dan temenggung karya agung

Adat juga dikatakan sebagai peraturan yang lazim dipakai semenjak dahulu kala hingga berzaman-zaman. Adat itu merupakan cara atau sistem yang sudah menjadi kebiasaan, diamalkan oelh sesuatu masyarakat manusia. Ia juga merupakan hukum-hakam dan perlembagaan sebagai pegangan atau panduan masyarakat itu. Pantang-larang dan suruh arah yang tradisional termasuk dalam adat (Muhammad ariff Ahmad, 1993:1)

Page 5: adat pepatih dan temenggung karya agung

ADAT PERPATIH

Page 6: adat pepatih dan temenggung karya agung

PENGENALANAdat Perpatih adalah suatu sistem sosial yang kompleks dan peraturan hidup yang sistematik berdasarkan keharmonian hidup bermasyarakat serta mempunyai konsep dan ideologi yang disedari dengan jelas.

Adat ini diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Negeri Sembilan dan beberapa tempat di Naning, Nyalas dan Lubuk Cina di Melaka, Beranang di Selangor, Kapung Lukut, Kota Tinggi dan Jamaluang di Johor (Norazit Selat,1993).

Page 7: adat pepatih dan temenggung karya agung

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Nama Adat Perpatih diambil sempena mengambil nama Datuk Perpatih Nan Sebatang iaitu orang yang dikatakan bertanggungjawab menyusun dan membuat peraturan-peraturan dalam adat tersebut.

Mengikut sejarah awalnya, di Minangkabau terdapat dua orang adik beradik yang melaksanakan pemerintahan yang berlainan iaitu Datuk Ketemenggungan yang melaksanakan pemerintahan secara bertitah dan Datuk Pepatih Nan Sebatang pula melaksanakan pemerintahan secara bermuafakat.

Page 8: adat pepatih dan temenggung karya agung

Adat perpatih berasal daripada Pagar Ruyung, Minangkabau pada ratusan tahun dahulu.Adat perpatih dibawa oleh orang Minangkabau pada awal abad ke 10 dan semakin rancak pada abad ke 19 sehinggalah sekarang.

Budaya merantau menjadi salah satu daripada ciri sosial masayarakat di Minangkabau.Demi keselamatan dan keselesaan, mereka yang datang merantau ke Negeri Sembilan masuk jauh ke kawasan pendalaman bagi menjauhi perompak dan lanun.

Page 9: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 10: adat pepatih dan temenggung karya agung

SENI BINA RUMAHMINANGKABAU

Page 11: adat pepatih dan temenggung karya agung

PAKAIAN TRADISIONAL

Page 12: adat pepatih dan temenggung karya agung

KUIH-MUIH WARISAN ADAT PERPATIH

Apam Johol

Pulut mangga bersambal & lemang : Kuala Pilah

Page 13: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 14: adat pepatih dan temenggung karya agung

Prinsip-prinsip Adat

Perpatih

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu

isteri

Perkahwinan seperut atau

sesuku adalah dilarang

 Orang luar boleh menjadi ahli

sesuatu suku:

Perempuan mewarisi pusaka,

lelaki menyandang

saka (jawatan)

Keturunan dikira melalui

nasab ibuhttp://pmr.penerangan.gov.my/

Page 15: adat pepatih dan temenggung karya agung

SISTEMPOLITIK

ADAT PEPATIH

Page 16: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 17: adat pepatih dan temenggung karya agung

MENELITI ADAT PEPATIH DALAM SULALATUS

SALATIN

STRUKTUR MASYARAK

ATNILAI

DALAM MASYARAK

AT

PERANAN WANITA

Page 18: adat pepatih dan temenggung karya agung

STRUKTUR MASYARAKATNYADalam struktur masyarakatnya, terdiri daripada dua golongan iaitu pemimpin dan golongan anak buah ( Husin Kasah, 1985 : 34 )

Walaupun terdapat perbezaan status, namun mereka masih lagi memerlukan antara satu sma lain.

Page 19: adat pepatih dan temenggung karya agung

Syahadan apabila raja berangkat hari raya berusung, Penghulu Bendahari memegang kepala usungan yang di kanan, dan yang di kiri Laksamana, dan di belkang itu Menteri keduanya memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja..bermula jika raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau seri Bija Diraja di buntut, bentara memikul pedang kerajaan.

(Susunan Tertib Adat Istiadat Diraja dalam Sulalatus salatin)

Page 20: adat pepatih dan temenggung karya agung

Anak buah merupakan golongan majoriti dalam masyarakat adat Pepatih. Taat setia dan kepatuhan terhadap pemimpin merupakan nilai yang dimiliki oleh anak-anak buah. Mereka yang ingkar kepada arahan pemimpin akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Page 21: adat pepatih dan temenggung karya agung

Seperti yang dipaparkan dalam Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dimana Hang Tuah telah diarahkan untuk bertarung dengan Hang Jebat kerana mendapat tahu dia telah menderhaka kepada Sultan Mansyur Shah. Setelah datang ke bawah tangga itu, maka Hang Tuah pun menyeru Hang Jebat, disuruhnya turun itu, maka dipandangnya ke bawah, dilihatnya Hang Tuah memanggil dia.

( Sulalatus Salatin : 140)

Page 22: adat pepatih dan temenggung karya agung

NILAIMenurut Peletz ( 1988:18), selain membawa tradisi Adat pepatih yang berteraskan teromba, perantau Minagkabau turut membawa bersama ajaran islam. Kemudian orang Minangkabaujuga melihat persamaan Islam dan adat yang mementingkan budi, akhlak dan muafakat. Misalnya dalam Sulalatus Salatin

Page 23: adat pepatih dan temenggung karya agung

Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Page 24: adat pepatih dan temenggung karya agung

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

Page 25: adat pepatih dan temenggung karya agung

Wanita dalam karya agung Melayu sering dikaitkan dengan ketangkasan, kebijaksaan, kecantikan dan kejelitaan. Peranan wanita dalam karya-karya agung Melayu tidak boleh dinafikan lagi. Mereka ini menjadi pendokong atau pendorong kepada watak utama. Banyak karya yang memperlihatkan peranan dan kedudukan wanita yang boleh dijadikan panduan kepada wanita zaman sekarang seperti watak Puteri Gunung Ledang, Tun Fatimah, Tun Teja, Siti Denar, dan Raja Aishah Sulaiman.

PERANAN WANITA

Page 26: adat pepatih dan temenggung karya agung

Perempuan dalam hikayat Melayu Klasik mempunyai kedudukan mereka sendiri. Hal ini sama dengan wanita Adat Perpatih yang mempunyai kedudukan yang tinggi daripada lelaki. Jika keseimbangan dan kedudukan mereka terganggu, perempuan Melayu tidak akan duduk diam sebaliknya mencuba mendapatkan tempatnya semula. Perempuan pada zaman tersebut sentiasa beringat dan mengambil cara yang sederhana agar dapat didengar dan difahami. Kelakuan seperti ini ditonjolkan oleh Tun Fatimah, Tun Teja dan Puteri Gunung Ledang (PGL) yang berani memprotes perkara yang tidak menyebelahi dirinya.

Hal ini dapat dilihat apabila Tun Fatimah melakukan protes dengan menggugurkan kandungan dan tindakannya itu mirip dengan Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaida Perang Cina Cik Apung dalam Hikayat Siak. Perlawanan PGL terhadap Sultan Mansur Shah/Sultan Mahmud yang sedia terkenal sebagai penentang kepada Sultan Mansur Shah juga turut memperlihatkan protes seorang wanita terhadap lelaki. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh PGL untuk menentang dan menolak pinangan Sultan.

Page 27: adat pepatih dan temenggung karya agung

Tanggapan yang mengatakan bahawa wanita tidak mempunyai peranan dalam mengubah atau mempengaruhi sistem politik dan geopolitik dalam kalangan masyarakat pada zaman lampau adalah salah sama sekali. Hal ini dapat dilihat pada karya Sejarah Melayu yang menunjukkan kepintaran seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka iaitu seperti yang ditunjukkan oleh saudara perempuan Raja Rekan yang merupakan seorang wanita telah dilantik oleh Raja Ibrahim sebagai pengganti baginda. Saudara perempuan Raja Rekan ini menunjukkan bahawa wanita juga mampu memerintah Melaka di sebalik tabir pada zaman yang hanya dikuasai oleh lelaki.

Page 28: adat pepatih dan temenggung karya agung

Dalam Sejarah Melayu juga memperlihatkan peranan wanita dalam soal pemerintahan. Hal ini dalam dilihat pada bab keempat belas iaitu peranan yang ditunjukkan oleh Raja Tua iaitu nenda Sultan Alauddin Syah untuk membunuh Sultan Mahmud Syah yang masih kecil dan gering sewaktu dijaga oleh Bendahara Tun Perak dan Laksamana Tun Perak.

Hal ini menunjukkan bahawa wanita berperanan dalam merancang pengganti Sultan Melaka dan hal ini menggambarkan bahawa wanita mempunyai kuasa yang menyebabkan berlakunya peralihan kuasa atau perancangan teliti agar calon tertentu menjadi pemerintah menggantikan seseorang raja.    

Page 29: adat pepatih dan temenggung karya agung

ADAT TEMENGGUNG

Page 30: adat pepatih dan temenggung karya agung

Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara sumatera dan dikembangkan oleh Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang.

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adatistiadat dan hidup masyarakat.

Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke-15 Masihi dan kemudiannya berkembang di

negeri-negeri taklukan Melaka. Sebagai contoh, Undang-undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak

bermazhab Shafie

ADAT TEMENGGUNG

Page 31: adat pepatih dan temenggung karya agung

Negeri Sembilan dan daerah

Naning mengamalkan adat Pepatih

Adat Temenggung telah dilaksanakan di seluruh negeri

kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning

Page 32: adat pepatih dan temenggung karya agung

Bersifat Patriachal

Perundangan

Perkahwinan

Pembahagian harta

Pentadbiran

Page 33: adat pepatih dan temenggung karya agung

BERSIFAT PATRIACHALAdat Temenggung, mementingkan kaum

lelaki. Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai kedudukan penting dalam keluarga. Anak lelaki mempunyai hak dalam perwarisan harta. Oleh itu, susur galur keturunan yang mengikut adat Temenggung akan dikira dari sebelah lelaki. Kaum lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

Page 34: adat pepatih dan temenggung karya agung

Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yana bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar Zulkarnain.

(Sulalatus Salatin : 9)

Petikan di atas menunjukkan bahawa terdapat pengaruh adat Temenggung dalam sistem yang bersifat patriachal. Kaum lelaki menjadi keutamaan bahkan berkepentingan dalam mentadbir negara. Mereka mewarisi takhta dari satu generasi ke satu generasi.

Page 35: adat pepatih dan temenggung karya agung

PERKAHWINANBerdasarkan adat Temenggung selepas

perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.

Selain itu, perkahwinan dalam adat Temenggung dibenarkan untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak.

Page 36: adat pepatih dan temenggung karya agung

Kemudian dari itu, maka berhentilah Raja Iskandar di kenaikan sepuluh hari, setelah datang kepada sebelas harinya, maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala,dan tuan puteri anak Raja Kida Hindi pun dibawa baginda; maka baginda pun berjalanlah, lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu.

(Sulalatus Salatin: 7)

Maka Sultan Mansur Syah pun hairan melihat baik paras puteri anak raja China itu, disebut-sebut baginda Tabarakal’llahu ahsanul khaliqin Allahu Rabbul ‘alamin. Maka Puteri Hang Liu dengan segala anak menteri China lelaki dan perempuan sekalian pun, semuanya diislamkan bagindalah. Setelah itu maka Sultan Mansur Syah pun kahwinlah dengan anak raja China, Puteri Liu itu.

(Sulalatus Salatin: 134)

Page 37: adat pepatih dan temenggung karya agung

PENTADBIRANAdat Temenggung bersifat autokrasi atau berkuasa

mutlak. Berdasarkan adat ini, sultan mempunyai hak istimewa dalam memperkukuhkan kuasanya. Misalnya, warna kuning dianggap sebagai warna diraja dan hanya golongan raja sahaja yang boleh memakai pakaian daripada warna ini.

Selain itu pentadbiran dikuasai oleh raja atau sultan dan dibantu oleh pembesar. Sultan berkuasa melantik pembesar. Kebiasaannya, sultan akan melantik orang yang dekat dengannya untuk menjawat jawatan tertinggi kerajaan.

Di samping itu, jika sultan mangkat anak lelaki sultan ialah pewaris takhta. Sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.

Page 38: adat pepatih dan temenggung karya agung

Hatta berapa lamanya, maka Bendahara Putih pun kembalilah ke rahmat Allah: Setelah sudah ditanamkan, maka Sultan Mahmud menyuruh kampungkan segala anak buahnya, barang yang patut jadi Bendahara. Pada masa itu ada sembilan orang yang patut jadi bendahara; pertama Paduka Tuan, keduaTun Zainal Abidin, ketiga Tun Telanai, keempat Seri Nara Diraja, kelima Seri Maharaja, keenam Seri Wak Raja, ketujuh Tun Abu Syahid, kedelapan Tun Abdul dan kesembilan Tun Bijaya Maha Menteri. Maka berdirilah berbanjar di hadapan istana Sultan Mahmud. Maka titah baginda, “Siapa di antara Orang Kaya-kaya ini yang akan jadi Bendahara?” Maka sembah Paduka Tuan, “Patik yang sembilan orang ini semuanya patut jadi Bendahara; barang siapa yang dikehendaki duli Yang Dipertuan, itulah jadikan Bendahara.”

Adapun bonda Sultan Mahmud, saudara Tun Mutahir itu, ada menegok-nengok dari balik pintu. Maka kata bonda baginda itu, “Tuan, Mutahirlah kata, jadi Bendahara,” kerana sangat kasihkan baginda akan saudaranya itu. Maka titah Sultan Mahmud, Pak Mutahirlah jadi Bendahara.

(Sulalatus Salatin : 205 & 206)

Page 39: adat pepatih dan temenggung karya agung

PERUNDANGANAdat Temenggung mengetengahkan unsur

pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas. Hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, manakala bagi yang mencuri akan dipotong tangan dan seterusnya. Hanya raja atau sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh. Hal-hal tersebut telah diselenggarakan dalam Undang-undang Laut Melaka.

Page 40: adat pepatih dan temenggung karya agung

Setelah Sultan Mansur Syah melihat Hang Tuah datanglah maka dianugerahi baginda ayapan. Setelah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada pinggang baginda dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “ Basuhkan arag di muka aku.” Maka sembah Hang Tuah, “Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan Hang Jebat.

(Sulalatus Salatin :140)

Setelah itu maka Hang Jebat mati, maka Hang Tuah pun turunlah dari istana itu, pergi menghadap Sultan Mansur Syah. Terlalu sukacita baginda, maka segala pakaian yang dipakai baginda itu, semuanya dianugerahkan baginda kepada Hang Tuah. Maka bangkai Hang Jebat pun ditarik oranglah, dibuangkan ke laut, maka segala anak bininya semuanya habis diumbut, datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah pun habis digali dibuangkan ke laut.

(Sulalatus Salatin: 142)

Page 41: adat pepatih dan temenggung karya agung

PEMBAHAGIAN HARTAAdat Temenggung menyifatkan pemilikan harta

secara individu. Undang-undang yang dipraktikkan ialah undang-undang Islam dan kesannya dapat memberikan keadilan kepada semua pihak. Pembahagian harta mengikut adat Temenggung ialah anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga. Manakala anak perempuan hanya berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.

Page 42: adat pepatih dan temenggung karya agung

Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Kelling, Pahili namanya; Nizamu’l Muluk Akhbar Syah nama rajanya. Adapun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad Rasulullah salla ‘Illahu ‘alaihi wa-sallam, maka baginda beranak tiga orang, dua lelaki dan seorang perempuan; yang tua Mani purindan namanya, dan yang tengah Raja Akhbar Muluk Kud Syah namanya, yang perempuan, Damia Seri Wandi namanya. Maka Raja Nizamu’l Muluk Akhbar Syah pun sudah hilang, maka anakanda baginda Raja Akhbar Muluk Kud Syah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Maka baginda berbagi pusaka tiga bersaudara seperti dalam hukum Allah demikianlah diturutnya.

Datang kepada papan cuki emas bertatahkan permata, buahnya permata merah sebelah, permata hijau sebelah. Maka kata baginda Mani Purindam kepada adiknya, Raja Akhbar Muluk Kud Syah , “ Cuki ini berikan kepada saudara kita yang perempuan, kerana bukan layak kita memakai dia.” Maka kata Raja Akhbar Muluk Kud Syah , “Tiada hamba mau memberikan, yang kehendak hamba kita nilaikan cuki ini: jika saudara kita itu hendakkan dia, diberikannya harga pada kita.” Maka baginda Mani Purindam pun malu rasanya oleh katanya tiada diturut oleh saudaranya itu.

(Sulalatus Salatin : 80 &81)

Page 43: adat pepatih dan temenggung karya agung

* Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang perbelanjaan dan peraturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga berketurunan.

* Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri.

* Peraturan-peraturan berkenaan dengan agama dalam negeri Johor.

* Menetapkan asas hukuman undang-undang yang akan dijalankan dalam mahkamah-mahkamah keadilan; dan

* Mengenai perjanjian-perjanjian dengan negara-negara asing.

Undang-undang Johor

Page 44: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 45: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 46: adat pepatih dan temenggung karya agung
Page 47: adat pepatih dan temenggung karya agung

Pakaian wanita yang dipengaruhi oleh Adat Temenggung

Page 48: adat pepatih dan temenggung karya agung

Pakaian lelaki yang dipengaruhi oleh Adat Temenggung

Page 49: adat pepatih dan temenggung karya agung

Seni bina istana

Istana Seri Menanti Istana Kenangan

Page 50: adat pepatih dan temenggung karya agung

Rumah Melaka

Rumah Pulau PinangRumah Kelantan

Rumah Johor

Seni bina rumah Adat Temenggung

Page 51: adat pepatih dan temenggung karya agung

Kuih-muih warisan Adat Temenggung

Putu Perak: Perak

Buah Tanjung & Tapai Pulut: Kelantan

Page 52: adat pepatih dan temenggung karya agung

Telur Pindang & Pendaram Udang :Johor

Kuih bakar berlauk & dodol: Melaka

Page 53: adat pepatih dan temenggung karya agung

KESIMPULANKarya Sulalatus Salatin ada menyisipkan unsur-

unsur penting yang berkaitan dengan adat perpatih dan adat temenggung. Meskipun unsur-unsur tersebut berasal dari daerah yang sama tetapi masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri yang wajib diikuti oleh penyandang adat itu sendiri. Misalnya, adat perpatih mementingkan jurai sebelah ibu manakala adat temenggung lebih memfokuskan jurai sebelah bapa. Sulalatus Salatin mengandung banyak perkaitan tentang unsur kedua-dua adat ini. Oleh itu, adat-adat tersebut harus menjadi tradisi yang perlu kita jaga dan warisi demi menjaga ketuanan Melayu sejati.

Page 54: adat pepatih dan temenggung karya agung

Bibliografi http://malaycivilization.blogspot.com/2013/07/senibina-negeri-sembilan.ht

ml

http://baca-blogspot.blogspot.com/2013/06/info-rahsia-rumah-melayu-lama.html

http://teratakmestika.blogspot.com/p/tiang-seri_20.html http://savingmemoir.wordpress.com/2009/12/29/kuih-tradisi-kelantan-kuih-t

radisi-makkah/

http://nuruhuda329.blogspot.com/2011/06/kuala-kangsar-bandar-dirajamy-hometown.html

http://chefbiskut.blogspot.com/2014/01/diy-resepi-pendaram-udang-masakan-johor_8927.html

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/makanan_dan_hidangan http://kenalimelaka.blogspot.com/p/makanan.html http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/Features/Apam-Johol-Terkenal-Di-Nege

ri-Sembilan.html

http://www.homestay-malaysia.com.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=56:makanan-tradisio

nal&Itemid=60