kaedah yang digunakan dalam pengajaran pendidikan islam dan moral (maklumat kkp)

9
KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL 1.1. Kaedah bercerita Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian kepada cerita. Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam dan makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi makhluk haiwan, manusia dan tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil iktibar daripada kisah tadi. Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang

Upload: lenny-mangai

Post on 20-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kaed

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN

MORAL

1.1. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup.

Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi.

Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru

sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik.

Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat

memberi sepebuh perhatian kepada cerita.

Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam dan

makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi

makhluk haiwan, manusia dan tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan

sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil

iktibar daripada kisah tadi.

Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh

menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita

pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua

orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.

1.2. Kaedah lakonan

Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam P&P. Terdapat 2 cara iaitu

lakonan tanpa skrip dan berskrip.

Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk

membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai

yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan

seharian.

Page 2: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan memahami skrip

serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan watak. Perbincangan

tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan ringkasan perlu

dihasilkan.

Dalam pendidikan islam, antara lakonan yang dapat dijalankan adalah seperti:

- Lakonan cara menghormati al-Quran

- Cara melakonkan cara bersuci dari najis ketika berwuduk.

- Abad –adab makan

Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah:

- Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila

dalam interaksi.

- Melakonkan cerita “Si Tenggang” untuk memberi keinsafan kepada anak

derhaka.

Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid juga akan

menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan menyeronokkan

dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid.

1.3. Kaedah bermain

Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah

keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak sebagai satu alat

pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu,

permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta

minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.

Page 3: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

Dalam pendidikan islam, aktiviti bermain dapat dijalankan melalui belajar sambil

bermain. Guru boleh membuat permainan yang memerlukan murid menjawab

soalan mudah.

Contohnya:

Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut

nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul diberi

sebatang pensil.

Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama

seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air

dan bongkah secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar,

bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.

1.4. Kaedah simulasi/main peranan

Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan

oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian

meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati

kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan

perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main peranan

diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi aktiviti

tersebut dengan melibatkan murid lain.

Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga

meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga

berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.

Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan

dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan

kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti

kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja

permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada

perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi.

Page 4: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

Dalam pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab

yang betul. Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib.

Manakala dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan

berbaik dengan masyarakat setempat.

1.5. Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh

memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan

suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan

secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan

kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan

lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti

kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria

KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan

sebagainya.

Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum,

semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu

dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan

nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan

mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang

perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru mendapatkan

kebenaran ibu bapa murid.

Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa

memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama

murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang

mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat.

Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia juga

merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga

lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.

Page 5: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi

pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu

melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian

Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil

gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat

pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha

ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh

berjaya.

Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan

sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu, adakah mereka

sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu, maka mereka

harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

1.6. Kaedah projek

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui

penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan

dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti yang

melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on

dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam atau

luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu

maklumat.

Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru

menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis

projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental.

Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan

murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara

terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid dikumpul dan

dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti.

Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan

rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.

Page 6: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

Dalam Pendidikan Moral, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat

buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid

menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun

dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap.

Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman

sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian

Tuhan kepada manusia.

Dalam pendidikan moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah

secara beramai-ramai. Murid juga boleh mengumpul dan menampal gambar

peminpin dan Raja dalam buku skrap.

1.7. Kaedah tunjuk cara/demonstrasi

Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan

individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di

hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara

yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang

praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan,

komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk

cara mengambil wuduk dan memberus gigi.

Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan

menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru

akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan

teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di

lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru.

Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid.selain

dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid

dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan

mutu hasil kerja.

Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat dijalankan apabila mengajar

cara-cara mengambil air sembahyang. Kaedah demonstrasi boleh disertakan

Page 7: Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral (Maklumat Kkp)

dengan video pada awalnya, kemudian guru melakukan demonstrasi. Kemudian

barulah murid meniru kelakuan tersebut.

Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan

betul, cara menyikat rambut dan mengikat tali kasut.