kaa 3013

10
KAA3013 DASAR POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNIT 8 PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Upload: pokchart

Post on 05-Aug-2015

49 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaa 3013

KAA3013 DASAR POLISI DAN PRINSIP

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 8 PRINSIP-PRINSIP

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Page 2: Kaa 3013

• Prinsip pendidikan awal kanak-kanak meliputi konsep pengajaran pendidikan awal kanak-kanak dan pembelajaran kanak-kanak. Prinsip ini dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak.

PENDAHULUAN

Page 3: Kaa 3013

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DALAM AWAL KANAK-KANAK

• Berasaskan aktiviti- Aktiviti yang berasaskan pengalaman misalnya sangat penting bagi kanak-kanak kerana dengan pengalaman tersebut mereka lebih mudah untuk faham.Contohnya Pembelajaran secara inkuri penemuan, tematik dan pembelajaran berasaskan projek.

• Pengalaman Bersepadu- Merupakan satu pengajaran yang menitikberatkan penggabungjalinan ataupun hubungkaitkan antara isi pengajaran dengan kehidupan sebenar kanak-kanak.

Page 4: Kaa 3013

• Pengalaman Deria - Aktiviti yang dirancang melibatkan lima asas

iaitu deria rasa, deria sentuh, deria bau, deria pendengaran dan deria penglihatan.

• Mengikut Situasi- Aktiviti yang dirancang melibatkan lima asas iaitu deria rasa, deria sentuh, deria bau, deria pendengaran dan deria penglihatan.

Page 5: Kaa 3013

• Meneroka dan Menjelajah- Kaedah seperti projek atau nature walk merupakan aktiviti pengajaran yang amat bersesuaian dengan konsep ini.

- Dalam kaedah ini kanak-kanak bukan sahaja berpeluang mengenali dunia sebenar mereka, malah mereka boleh mencabar tahap kemampuan diri mereka masing-masing.

• Belajar Melalui Bermain- Pengajaran yang berprinsipkan bermain seperti ini sebenarnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri dalam pembelajaran mereka.- Piaget dalam teori perkembangan kognitifnya menyatakan bahawa kanak-kanak sangat suka bermain dan dengan cara bermain dan meneroka seorang diri, kanak-kanak ini lebih cepat belajar dan berkembang kognitifnya.

Page 6: Kaa 3013

• Bimbingan Guru - Peranan guru sebagai seorang model atau contoh yang

terbaik untuk kanak-kanak adalah sangat penting. Guru harus memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada kanak-kanak. Guru sesekali jangan cuba menipu dan memanipulasikan kanak-kanak demi kepentingan sendiri.

• Sebagai Fasilitator Semasa Aktiviti- Guru harus faham tugas sebenar mereka ialah sentiasa ada bersama-sama kanak-kanak apabila mereka memerlukan pertolongan dan bantuan. - Ada untuk menjawab setiap pertanyaan dan ada untuk merungkai sebarang kemusykilan yang wujud dalam benak mereka.

Page 7: Kaa 3013

• Bertujuan- Bertujuan yang dimaksudkan di sini ialah mesti mempunyai objektif dan matlamat yang hendak dicapai selepas pengajaran dijalankan. Objektif dan matlamat ini menjadi satu garis panduan kepada guru dalam pengajaran supaya lebih memfokus.

• Unsur Motivasi dan Mencabar- Motivasi membawa maksud sesuatu yang menggerakkan dan mengarah tuju seseorang dalam tindakantindakannya sama ada secara negatif atau positif. Seorang guru yang bijak faktor ini menjadi pertimbangan penting oleh guru.

Page 8: Kaa 3013

• Fleksibel- Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang boleh diubah suai mengikut keperluan situasi masa, cuaca dan sebagainya.

Page 9: Kaa 3013

PRINSIP-PRINSIP DALAM PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

• Berasaskan Minat Murid- Kanak-kanak sebenarnya akan berasa dirinya dihargai apabila pendapat dan pandangan diterima guru. - Secara tidak langsung keyakinan diri kanak-kanak menjadi lebih tinggi.

• Berasaskan Bahan dan Aktiviti- Bahan yang disediakan seharusnya lebih banyak dalam bentuk maujud atau objektif yang konkrit.- Saiz bahan yang dipilih harus bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

Page 10: Kaa 3013

• Relevan dengan Kanak-kanak• Belajar Melalui Deria• Belajar Melalui Pengalaman • Belajar Melalui Bermain• Mengambil kira Perbezaan Individu