kaa 3033-tugasan 2 -tadika berkualiti.docx

32
1 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KAA3033 PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A141PJJ) NO UNTUK DIHUBUNGI: NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 15 November 2014 ‘Tadika Berkualiti’ PEMARKAHAN

Upload: norhayati-abu-hassan

Post on 14-Nov-2015

321 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015KAA3033 PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 2Tadika Berkualiti

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A141PJJ)NO UNTUK DIHUBUNGI:

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 15 November 2014

Isi kandunganBilIsi KandunganMuka surat

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Pengenalan

Keselamatan di luar taska

Keselamatan di dalam taska

Pemakanan/nutrisi

Kakitangan

Lokasi

Kurikulum

Pedagogi

Bahan Bantu Mengajar

Perancangan Tahunan

Penutup

Bibliografi

3 4

5 6

7 8

9 12

13 14

14

15 16

17 18

19 20

21

22

23

Pengenalan.Bagi tujuan tugasan 2 ini, saya memilih untuk memfokuskan tadika dalam penulisan yang bertajuk Tadika berkualiti.Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era1950-an dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan tadika pada asalnya adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan tadika atau prasekolah. Pendidikan tadika atau prasekolah telah dimasukkan kedalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan tadika bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Perubahan dasar ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan tadika. Selain itu, pendidikan tadika juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai perasaan cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah dikalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu guru tadika perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan tadika yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran pentadbiran pusat tadika dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan tadika. Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan dalam pendidikan tadika. Sehingga kini belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai dengan keperluan budaya dan adat resam kita sendiri. Program yang sedia ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan sistem Montessori atau Regio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,semua pusat pembelajaran kanak-kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keselamatan diluar tadikaTaman PermainanSetiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan. Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia).Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka jatuh di sebabkan peralatan permainan dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan adalah di taman permainan. Kecederaan yang sering berlaku ialah terhantuk , terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ,terluka atau tercalar ketika sedang bermain.. Peralatan permainan yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah permaianan buaian, "monkey bars", gelungsor dan jongkang-jongkit. Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik boleh mengurangkan risiko kecederaan. Sebagai tadika berkualitiu taman permainan kanak-kanak mesti dijaga dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji,tiada tapak permukaan yang terbiar dan tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang. Besi, getah, plastik atau kayu dipastikan diperkemas dan tidak mereput. Permukaan alatan permainan diselenggara dengan baik dan bebas dari bucu-bucu tajam. Semua peralatan dipasang selamat dengan permukaan tanah. Semua peralatan sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar. Ketinggian peralatan tidak lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. Permukaan untuk jatuh merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian atau gelungsor. Elakkan permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah pasir yang mempunyai kedalaman 10 inci atupun di alas dengan karpet yang diperbuat daripada bahan fiber .Tandas Lantai di dalam tandas sentiasa bersih dan kering. Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci bertoksik yang disimpan di dalam tandas. Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuh ketika di tandas. Saiz tandas yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak boleh mengelakkan kecederaan. Kebersihan tandas diutamakan sama penting dengan kebersihan di dalam bilik belajar.Kaki limaKeselamatan di kaki lima juga tidak diabaikan.Semua longkang adalah bertutup. Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak. Di kaki-kaki lima sebaiknya dielakkan meletakkan pasu-pasu bunga yang mungkin akan mencederakan mereka apabila terlanggar pasu-pasu yang ada. Kaki lima adalah bebas dari sebarang benda yang dapat menghalang laluan.

Keselamatan di dalam tadika Susun atur barang dapurKanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau pembantu. Kawasan dapur adalah larangan bagi kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan terdedah dengan peralatan-peralatan yang merbahaya seperti periuk nasi, cerek yang panas , dapur gas dan macam-macam lagi.Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat. Susunan pinggan mangkuk dan peralatan dapur terutamanya alatan tajam seperti pisau perlu diletakkan di tempat yang sesuai. Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Penghadang keselamatan di pasang pada pintu dapur .Semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai dilap dengan bersih.

Pembahagian ruangSebenarnya ruang taska dan tadika mempunyai asas yang sama dari segi pembahagian ruang. Perbezaannya adalah keperluan mengikut tahap umur dan aktiviti yang dilaksanakan di dalam premis. Pembahagian ruang yang dimaksudkan adalah ruang aktif, ruang bising, ruang senyap, ruang kering, dan ruang basah. Perlu juga difikirkan ruang untuk aktiviti kumpulan kecil dan kumpulan besar. Ruang-ruang ini mempengaruhi susun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebelum menyusun atur ruang perlu difikirkan keluasan ruang. Keluasan ruang mempengaruhi susun atur ruang pembelajaran kanak-kanak.Bentuk keluasan ruang juga mempengaruhi guru atau pengasuh yang mengajar. Contohnya, keluasan ruang berbentuk empat segi sama menyukarkan untuk guru atau pengasuh menyusun atur alat dan bahan pengajaran. Laluan trafik antara ruang terhad jika keluasan ruang empat segi sama itu kecil. Berlaku kesesakan pergerakan antara ruang aktiviti pembelajaran. Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu di tempatkan mengikut kesesuaian ruang aktiviti pembelajaran. Tidak semua bahan dan peralatan boleh dimuatkan di ruang aktiviti pembelajaran jika keluasannya sempit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan mengikut pembahagian ruang aktiviti pembelajaran. Jika terlalu sempit guru terpaksa membuat giliran untuk menjalankan aktiviti. Walau bagaimana pun guru mudah membuat pemerhatian dan pengawalan tingkahlaku kanak-kanak di ruang berbentuk keluasan empat segi sama. Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada kanak-kanak ketika aktiviti berkumpulan. Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang hujungnya tidak tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak keluar sewenang-wenangnya. Peralatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi. Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat digunakan. Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi. Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru. Susun perabot adalah jauh dari tingkap,pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca

Pemakanan /nutrisi

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan juga orang dewasa setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat..Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, Oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda. Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya. Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk kanak-kanak , gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggur.Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu adalah Zink yang terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirin,kalsium terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau dan juga besi yang terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup. Kita boleh memberikan kanak-kanak bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada kanak-kanak. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A penting untuk kesihatan mata yang terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.Kanak-kanak mengambil banyak sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka seharian tidak perlu mengambil sebarang makanan tambahan.Tetapi, berapa banyakkan hidangan yang perlu disediakan daripada seksyen yang berbeza di piramid makanan. Mengikut model pemakanan (plate model), 1/3 bahagian adalah untuk daging atau ikan, 1/3 adalah untuk sayuran dan 1/3 adalah untuk pasta, nasi atau kentang. Akhiri diet kanak-kanak dengan pencuci mulut atau buah beri. Kepentingan mengikut peraturan makanan yang sepatutnya ialah memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak.. Ianya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. Amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang dikalangan kanak-kanak juga meningkat. Disamping itu juga, ianya dapat menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan kesihatan danpemakanan secara langsung dan tidak langsung dan juga mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan murni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.Cara penyediaan makanan kanak-kanakPenolong guru tadika yang berkualiti hendaklah menyediakan dan memasakmakanan dan menghidangkan kepada kanak-kanak dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi kelas yang tidak dibenarkan memasak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat atau pihak-pihak lain, pembekal makanan boleh ditentukan seboleh bolehnya di kalangan ibu bapa kanak-kanak tadika dengan memperolehi kelulusan dari Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah/Bahagian. Selain itu, oven/ketuhar boleh digunakan bagi memanaskan makanan yang ditempah/dibekalkan, Penolong Guru tadika bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak untuk mengelak keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit.Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti memilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkanpengambilan kolesterol secara berlebihan dengan caramemberi kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu harisecara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kalidalam seminggu.Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan keranamakanan ini kurang mengandungi lemak, mempunyai seratdan membekalkan vitamin dan zat-zat yang sangat pentinguntuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupunpenyakit kronik.Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepadamakanan yang masin kerana makanan masin boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka.Semasa hendak menyediakan makanan pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu,gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan ,peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih ,sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong , menempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup,membersihkan ruang memasak,sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat.Semasa memasak, pastikan tukang masak berada dalam keadaan bersih.Untuk mengekalkan khasiat makanan, jangan potong bahan mentah terlalu kecil,mesti dipotong sejurus sebelum dimasak,ayam dan daging dipotong sederhana besar,makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya, tutup periuk atau kuali semasa memasak dan gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

Bagi tujuan penjagaan kebersihan dan suasana semasa makan pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan, peralatan yang digunakan hendaklah bersih,kanak-kanak pula tidak berkongsi peralatan dan makanan.Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih. Sebagai permulaan galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan. Semasa kanak-kanak makan, guru dan pembantu guru sentiasa bersama kanak-kanak untuk memastikan kanak-kanak makan dengan cara dan adab yang betul.Selepas makan, galakkan kanak-kanak menggosok gigi mereka.

Kakitangan PengusahaPengusaha tadika tidak sahaja menumpukan kepada pembangunan fizikal. Bangunan kelihatan cantik tetapi kurikulum dan guru yang mendidik kanak-kanak perlu diberi perhatian. Sebelum menceburkan diri dalam perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak persediaan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sangat diperlukan. Tidak memadai hanya dengan menghadiri kursus sedangkan tanggungjawab sebenar adalah memikul kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sama ada di taska ataupun di tadika.

GuruKeutamaan terhadap kualiti sesebuah tadika salah satunya bergantung kepada kualiti guru. Persediaan sebagai guru tadika adalah melengkapkan diri dengan pendidikan dalam bidang yang diceburi. Di negara maju kelayakan guru tadika telah jauh meninggalkan kita. Ada di kalangan guru di negara maju pemegang ijazah kedoktoran dan ramai yang pemegang ijazah sarjana. Seharusnya pendidik di negara kita tidak selesa dengan keadaan pengalaman sahaja. Tidak salah untuk meningkatkan keilmuan dan sekurang-kurangnya jurang pemisah akademik dapat dikurangkan supaya kita tidak ketinggalan jauh ke belakang.Seorang guru prasekolah mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara yang berbeza daripada guru sekolah rendah. Guru prasekolah perlu mempunyai keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu menunjukkan model yang baik .If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must do the same to them. ( Betty 2004 )Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti bercakap dengan lemah lembut,biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka lakukan dan beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang istimewa,guru menunjukkan cara adab yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh duduk di atas meja atau minum sambil berjalan. Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

Pembantu guru

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan sejawat kepada anda dalam melaksanakan aktivitiaktiviti di prasekolah. Pengurus yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di tadika. Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti mempastikan tadika sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas kanak-kanak meninggalkan bilik darjah dan memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Guru akan memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.

Lokasi Tadika perlu disediakan di setiap kawasan penempatan iaitu satu tadika bagi setiap unit perumahan yang mempunyai lebih kurang 2,500 orang penduduk. Lokasi Tadika dengan kawasan kediaman adalah dalam jarak berjalan kaki 0.2 km hingga 0.4 km atau 5 minit masa berjalan kaki.

KurikulumKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif,kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu komunikasi , kerohanian, sikap dan nilai , kemanusiaan , Sains dan teknologi , Perkembangan fizikal dan estetika dan juga ketrampilan diri. Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa,selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.

Kurikulum PERMATAKurikulum PERMATA telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan seperti yang tersebut di dalam definisi di atas dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA menyediakan garis panduan kepada pendidik dan pengurus TASKA atau Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), mengenai asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini mencakupi aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, dan mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa serta ahli keluarga dan masyarakat. Kurikulum MontessoriKaedah Montessori adalah suatu pencapaian untuk mendidik kanak-kanak berasaskan penyelidikan dan pengalaman doktor dan pendidik Itali. Ia berpunca dari penemuan Dr. Montessori (18701952). Dari apa yang di kaji sebagai "sifat biasa benar kanak-kanak" ,kanak-kanak diberikan kebebasan dalam suatu persekitaran dan bahan-bahan yang disediakan direka bentuk kearah aktiviti belajar diarah sendiri.

PedagogiMenurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah,kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003)lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkahlaku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana penilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk kanak-kanak prasekolah. Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka. Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Pencapaian dan penilaian kanak-kanak di tadika berkualiti banyak menggunakan kaedah penilaian semasa dan penilaian secara akademik melalui ujian ujian yang ditaksirkan. Disamping melihat kepada perkembangan diri kanak-kanak, perkembangan intelek juga diuji untuk menguji minda serta kemahiran murid.

Bahan bantu mengajarBahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya .Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik,bahan bantu mengajar berbentuk elektronikdan juga bahan bantu mengajar bercorak pengalaman.Contoh Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronikialahpapan tulis ,buku teks, papan pamer,.fail tegak dan bahan bacaan,gambar,kad imbasan atau kad cantuman, carta, grafik, papan pengajaran,model,boneka, dan diorama.Contoh bahan bantu mengajar berbentuk elektronik pula ialah Overhead projector (OHP),traspirensi,slide, radio,televisyen dan VCR,tayangan filem dan komputer.Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitarBahan-bahan bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.Ini dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkanmurid-murid secara langsung.Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti bahan bukan hidup seperti batu, tanah, pasir, air,dan logam.Bahan buatan pula ialah seperti kerusi, jam, dan permainan.Benda hidup pula adalah seperti ikan, katak, nyamuk, dan rama-rama.Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar diterima tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.Peranan guru tadika dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau mediayang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah mudah,jelasdandifahamiolehkanak-kanak,mesej yang dapat ditafsir oleh kanak-kanak ,menolong interaksi yang aktif antara pelajar dan guru,dapat membantumemokuskanperhatian murid dan menunjukkankesinambunganideadankeharmonian.Kesemua bahan bantu mengajar digunakan dalam pengajaran di tadika. Setiap kali pengajaran bahan bantu mengajar akan dipelbagaikan untuk mendapatkan kesan yang sempurna kedalam diri kanak-kanak tadika. Bahan yang berbentuk ICT diutamakan untuk persediaan kepada era yang lebih kepada bahan teknologi maklumat yang canggih.

Perancangan tahunanTadika yang berkualiti sentiasa peka dengan takwim aktiviti yang telah dirancang dari mula hingga akhir persekolahan. Perancangan aktiviti yang baik dan bermakna memberi kanak-kanak pembelajaran serta pengalaman yang bermakna.Antara aktiviti tahunan yang diadakan adalah bermula dari hari pentaftaran, hari orientasi, hari sukan, sambutan hari jadi, lawatan dan juga aktiviti sambutan mengikut perayaan semasa.Perancangan yang baik menjadikan tadika tersebut berkualiti dan mampu menarik minat ibu bapa yang lain menghantar ank mereka ketadika itu lagi.

Penutup Sebagai tadika berkualiti, pelbagai jenis barang-barang dan aktiviti yang menarik perlu disediakan, supaya kanak-kanak tersebut dengan bebasnya boleh memilih aktiviti-aktiviti yang mereka ingini, kerana sebagaimana yang diketahui, aktiviti-aktiviti yang berbeza akan menarik minat kanak-kanak yang berbeza. Barang-barang permainan dan lain-lain benda mestilah mencukupi dan selamat kepada kanak-kanak. Benda-benda berbahaya seperti objek-objek tajam mestilah disimpan jauh dari capaian kanak-kanak.Sebagai tambahan, adalah perlu juga ruang yang mencukupi untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas, kerana kanak-kanak biasanya belajar dengan cepat melalui penjelajahan benda-benda secara aktif di persekitaran mereka.Persekitaran luaran juga sama pentingnya. Ia mestilah dipagar, selamat dan teduh, supaya kanak-kanak dapat bermain diluar sekurang-kurangnya untuk satu tempoh masa yang tertentu setiap hari. Persekitarannya mestilah kemas dan bersih, dan rumput telah dipotong. Jika terdapat beberapa jenis pokok dan tumbuhan yang ditanam, ia bukan sahaja memberi keteduhan tetapi boleh juga membantu kanak-kanak tersebut belajar mengenai alam sekitar.Perlu juga ruang yang cukup untuk pelbagai jenis permainan pada yang dijaga dengan baik, yang mana memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melatih kemahiran fizikal masing-masing. Peluang untuk bermain pasir dan air juga seharusnya ada, kerana ia juga memberikan pengalaman pembelajaran yang baik.Semua aspek perlu diperhatikan dengan teliti. Aspek keselamatan harus diutamakan untuk menjadikan suatu tadika itu berkualiti.Jika salah satu aspek gagal dikendalikan dengan baik, tadika berkualiti yang sepatutnya ada pada setiap tadika itu tidak dapat dilabelkan kepada sesebuah tadika itu.

BibliografiDr. Irene Leow.(2012).Bagaimana Memilih Sekolah Tadika yang Baik untuk Anak Anda:Bangi Selangor.Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah(2005).Tadika Berkualiti.Bentong, Pahang:Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Saayah Abu (2007).Menjadi Guru Tadika: Bentong, Pahang.PTS Publication & Distributors, Sdn Bhd.Rohaty Mohd Majzub(2003).Pendidikan Prasekolah:Cabaran Kualiti.Selangor.Universiti Kebangsaan Malaysia.Nadiatul Hamid (2012).Mendalami Karenah Kanak-kanak.Berita HarianAshikin Hashim(November,2014) 7 Sifat guru tadika terbaik yang ibubapa mahu.Majalah Asuh.