justifikasi bmm

11
Justifikasi strategi didik hibur dan pengintegrasian elemen KBT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam konteks merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke- 21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.

Upload: deva-rani

Post on 12-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vxhgcjchkvcjvhcbhvgnxvn

TRANSCRIPT

Page 1: justifikasi bmm

Justifikasi strategi didik hibur dan pengintegrasian elemen KBT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam konteks merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula

sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan

Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan

melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan

antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa

serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi

muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan

kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan

penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD,

dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Gelombang 1 (2013-2015) adalah

mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada

kemahiran teras.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang

kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik

sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa

tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah

peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di

Page 2: justifikasi bmm

dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki

pendekatan pelantikan dan melaltih pengetuia dan guru besar.

Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Selain itu, Kementerian juga

akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri

dan daerah untuk meningkat kualiti sokongan bagi membantu semua sekolah.

Menjeang peringkat akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru,

pengetua dan guru besar dan juga sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti

yang telah ditetapkan.

Strategi didik hibur dan pengintegrasian elemen KBT dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam konteks merealisasikan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 amat penting dalam kalangan guru

untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam

bilik darjah. Oleh itu sebagai seorang guru saya menggunakan satu strategi didik hibur

iaitu kaedah bercerita dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai

kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan

pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan

guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita.Dalam

rancangan pengajaran saya, saya menggunakan teknik bercerita untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya memilih teknik ini kerana lazimnya,

murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang disampaikan dengan

Page 3: justifikasi bmm

baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita bagi menambahkan

keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik bercerita di dalam bilik

darjah. Tambahan lagi, murid dapat kosa kata Bahasa Malaysia yang baru. Justeru,

murid-murid juga akan cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu

disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang

mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling

berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Malaysia kepada

kanak-kanak (Trencher,1991:86).

Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan membina organisasi

acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang menarik

dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan murid-murid

bercerita kembali kepada guru mereka.

Dalam set induksi, saya menggunakan kaedah bercerita yang menggunakan

video. Saya menggunakan cerita hikayat kancil dan buaya untuk menarik perhatian

murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Guru

boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Guru perlu

mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot

yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan dan guru juga

dapat menerapkan nilai murni dalam diri murid semasa mereka menonton tayangan

video ini. Dalam proses pembelajaran bahasa Malaysia, kaedah bercerita amat penting

kerana kanak-kanak akan mempelajari kosa kata yang baru dan mampu meningkatkan

Page 4: justifikasi bmm

penguasaan kosa kata dan mengaplikasikan semasa mereka berkomunikasi atau

semasa menulis.

Dalam langkah pertama, saya menggunakan satu cerita yang bertajuk “anak

rusa yang cerdik”. Saya mengambil tajuk ini kerana cerita ini sesuai kepada murid-

murid. Sebagai seorang guru saya memilih tajuk yang dapat murid kuasai dan tidak

memberi masalah kepada mereka. Tambahan lagi, sebagai seorang guru saya

mempunyai pandangan yang positif bahawa jalan satu penceritaan sangat penting di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia terutamanya bagi murid-

murid di sekolah rendah. Penceritaan ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh

kerana itu saya menggunakan cerita ini dalam proses pengajaran saya. Sebagai

seorang guru saya perlu meningkatkan tahap penceritaan saya untuk menarik minat

murid ketika bercerita dengan murid-murid.

Tambahan lagi, cerita ini dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid

untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita manakala murid-murid mendengar

cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid

terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video semasa set induksi dapat

memberikan kelainan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera dalam cerita yang guru sampaikan

secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang menarik

dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru

Page 5: justifikasi bmm

menayangkan tayangan video cerita hikayat sang kancil dan sang buaya. Murid-murid

akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-

murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan

deria yang maksimum dan mereka akan berasa lebih teruja untuk meneruskan sesi

pengajaran yang dilaksanakan seterusnya.

Selain itu, melalui kaedah penceritaan yang diaplikasi oleh guru, murid dapat

menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemahiran

mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan

penerangan kepada kelas tentang cerita anak rusa yang cerdik kepada murid. Murid

akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan

mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan

mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai

kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan.

Murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting

yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang

diketengahkan dengan baik.

Seterusnya, guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan

gembira. Guru dapat menukarkan suara beliau naik turun dan tahu cara untuk

menggunakan suara mengikut watak yang terdapat dalam cerita tersebut. Proses

pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, murid-

murid dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan cerita yang

Page 6: justifikasi bmm

digunakan pada langkah kedua. Jalan cerita berkenaan dengan cerita tersebut boleh

menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses penceritaan ini, guru dapat

mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam proses pembelajaran. Murid-murid

dapat menetukan gaya pembelajaran yang diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini

merangkumi pelbagai cara dan kaedah. Murid-murid akan berfikir dan cuba untuk

menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa yang terdapat dalam cerita

tersebut. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara

mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang disampaikan

oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika dibandingkan guru

sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada kelas. Dengan cara ini,

murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dan tersusun dan oleh sebab itu guru menggunakan murid dalam

langkah seterusnya untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan efektif.

Selain itu, guru dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada

secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang

melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan. Melalui

poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat idea berkenaan

dengan sesuatu topik yang dilaksanakan oleh guru. Guru akan membimbing murid-

murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir berkenaan dengan

tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk mewujudkan satu plot atau jalan

cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan dipindahkan ke dalam cerita yang

diberikan dan murid akan membuat simulasi melalui main peranan mengikut watak

dalam cerita. Sesi bercerita ini boleh dilakukan dengan perancangan yang rapi atau

Page 7: justifikasi bmm

spontan. Jika dengan menggunakan kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan

yang rapi terlebih dahulu, murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam

bentuk penulisan terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika

proses penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun

idea-idea dengan teratur secara lisan.

Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta

dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti yang

berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru

manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Murid-murid akan berusaha

untuk mempersembahkan cerita yang menarik mengikut perspektif masing-masing.

Guru akan melakukan pemantauan dan memberikan bimbingan serta nasihat kepada

murid-murid supaya mereka mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang

dirancangkan. Seterusnya, murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif

selepas melakukan sesi bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-

murid. murid-murid akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan.

Selepas sesi bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan

mruid-murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang

pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.

Langkah ketiga dalam rancangan pengajaran harian, guru meminta murid untuk

mencari simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita tersebut. Guru melaksanakan

aktiviti ini bagi menjana idea dan kemahiran berfikiran terhadap anak murid. Guru akan

Page 8: justifikasi bmm

meminta murid untuk mencari maksud simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita

tersebut. Selepas itu guru akan memberikan lembaran kerja sebagai penilaian kepada

murid-murid.

Justeru, guru juga menggunakan alat bantu mengajar seperti powerpoint, patung

dan topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid dan guru juga harus

menyediakan bahan ini sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti

susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk

menarik minat murid-murid ketika sesi bercerita kerana proses pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik

minat murid-murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran

yang ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu

berkenaan.

Guru juga perlu pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita.

Oleh sebab itu, guru menggunakan set induksi dan topeng sebagai bahan-bahan untuk

menarik perhatian murid. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa

sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu

memahami cerita yang disampaikan oleh guru supaya murid-murid dapat menjalankan

aktiviti yang seterusnya dengan lancar. Selain itu, guru perlu melakukan pandangan

terus ke muka murid secara bergilir-gilir semasa mencerita di dalam kelas. Cara ini

sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang disampaikan. Pandangan

mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan cara ini akan mewujudkan

interaksi antara guru dan murid.

Page 9: justifikasi bmm

Selain itu, guru dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis dan

membina ayat. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi

bercerita ini adalah sesuai dengan murid. Murid boleh menceritakan nilai murni yang

terdapat dalam cerita yang disampaikan. Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti

perkongsian pangalaman atau maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian

maklumat atau pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-

murid. Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk

digunakan di dalam penulisan membina ayat dan maksud simpulan bahasa. Semasa

penulisan bina ayat, murid-murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong

mereka menghasilkan sebuah ayat yang menarik dan baik.

Oleh sebab itu, guru menyediakan langkah pelaksanaan perancangan bercerita

dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang

hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu

mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi

cerita yang disampaikan. Guru perlu memastikan setiap murid telah mengambil

perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru akan melibatkan murid

dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka

mengikut tahap perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat

penutup.

Penutup dilakukan dalam rancangan pengajaran ini. Tujuan penutup sesi

bercerita ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan

dalam isi cerita itu. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi

Page 10: justifikasi bmm

penutup bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang

disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan

perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang

terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita

yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita

yang telah didengar.

Guru juga boleh menggunakan komponen-komponen kemahiran dalam

penyoalan asas adalah terdiri daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah

pembentukan soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan

jelas serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk perlu

berfokus. Hal ini dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap pemikiran murid

dan membantu murid untuk berfikir secara kognitif dan efektif.

Kesimpulannya melalui teknik bercerita dapat memperkayakan pengalaman

murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah

rendah telah mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan

seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka dapat

diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka adalah

berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia ada murid di

sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman sedia ada murid

di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini, murid-murid akan bercerita

berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. misalnya, murid-murid yang tinggal di

kawasan perkampungan nelayan akan bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan

Page 11: justifikasi bmm

laut. Mereka akan mengingat kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh

mereka berdasarkan kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali

segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi

bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat mengingat

kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah memahami secara

mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan memperkukuhkan lagi

pengetahuan sedia ada mereka dan guru dapat melaksanakan proses pembelajaran

dan pengajaran Bahasa Melayu dengan jayanya.