bmm 3123.docx

39
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Amat Juhari Moain (2006:27) menyatakan bahawa terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Peluasan bahasa Melayu ini berkembang dan tersebar secara berperingkat-peringkat iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut adalah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan bahasa Melayu ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu itu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya. 1.1 Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah.Bahasa Melayu ini di namakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok orang Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. 1.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada masa kegemilangannya itu, bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran dalam kerajaan Sriwijaya.Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis 37.

Upload: amaninaarizam

Post on 20-Nov-2015

283 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUAmat Juhari Moain (2006:27) menyatakan bahawa terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Peluasan bahasa Melayu ini berkembang dan tersebar secara berperingkat-peringkat iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut adalah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan bahasa Melayu ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu itu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.1.1 Zaman Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah.Bahasa Melayu ini di namakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.Manakala menurut Asmah Haji Omar, BahasaMelayuPurbadipercayaidituturkan olehkelompok orang Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

1.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada masa kegemilangannya itu, bahasa Melayu kuno telah menjadilingua francadan bahasa pentadbiran dalam kerajaan Sriwijaya.Bahasa Melayu Kuno diterima ramai keranaterdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbandingbahasa Jawa.Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purbamenjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu pada ketika itu,maka bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh golongan bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

1.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistembahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan fonem-fonem Sanskrit.Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah sepertisyukasyitta, athava, karana, tatakaladan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu KunoBukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Tulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka.Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluk kerajaan Sriwijaya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah Melayutimbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yueyang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yueini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu:

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Batu Bersurat Talang Tuwo, bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat pada masa itu.1.2.3Ciri-Ciri Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.Berdasarkan kajian tersebut,bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yangsesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu.Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno jugatelah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, kerana menerima pengaruh dari luar terutamanya pengaruh bahasa Sanskrit.

1.3Definisi Bahasa Melayu KlasikTerdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialahAsmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka dan sebagainya.Pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam dan Baratatau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India.Sasteranya dipenuhi dengan cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.1.3.1 Sejarah Bahasa Melayu KlasikDoktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitandengan perkembangan karya sastera.Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentangsejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan dankeperibadian bangsa.Pada masa yang sama bahasa Melayu Klasikdigunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.Bukti tentang penyebaran agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari.Kandungan kitab-kitab iniadalahmengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.Oleh itu dapat diringkaskan bahawa bahasa Melayu Klasik meluas penggunaannya dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia dan juga dalam kelompok orang Eropah serta Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.1.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu KlasikMenurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-sama bahasa Arab.Pada masa ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap ketiga sedang berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui penjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda.Pendapat Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa MelayuKlasik.Pada masa yang sama bahasa Melayu Klasik bolehditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan danpenyebaran agama Islam.Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru iaitu tulisan Jawi dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari Indiawalaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yangterdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.1.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu KlasikKedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.Amat Juhari Moain ( 1992:1062)tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis.Kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakupi zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu Klasik.Bahasa Melayu Klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubunganiaitu budaya dan kemasyarakatan.Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan.Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.1.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu KlasikBerdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.1.3.5 Ciri-CiriBahasa Melayu KlasikDari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspekperubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialahayat pasif dan songsang.Ketika itu juga laras bahasa yang digunakan adalah larasbahasa istana.Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr.Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agakkliseatau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkaladalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun.Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasikagak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnyapanjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat jugagabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikutMaka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan.Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan ialah bentuk ayat pasif iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanyaolehKhoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun dan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam.Contoh penggunaan bahasaArab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim.Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala dan raja.Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat.Menurut Dr.Zaitul Azma bt Zainon Hamzah,bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.Contohnya ialahsembah, beta, titah, berangkat, dan gering.Penggunaan ini adalahdisebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakankisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakankiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.Buktinya ialahterdapat banyak dalamhikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

1.4 Zaman Bahasa Melayu PramodenMenurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa baratini bukan sahaja menguasai ekonomi tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa Melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Tajal- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialahpertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.

1.5 Zaman Bahasa Melayu ModenBerdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karanganMunsyi Abdullahdianggap sebagai permulaan zamanbahasa Melayu moden.Sebelum penjajahanBritish,bahasa Melayumencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikanIslam. SelepasPerang Dunia Kedua,Britishmerubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman dan peristilahan.Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lainlain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialahKongres Bahasadan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpamanya di atas, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah.

1.6 KEDUDUKAN DAN ISU-ISU BAHASA MELAYU SERTA CADANGAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

1.6.1 Antara isu-isu Bahasa Melayu yang diperkatakan serta cadangan memartabatkannya:Walaupun Malaysia sudah mencapai lima puluh tujuh tahun merdeka, namun isu mengenai Bahasa Melayu masih dan tetap diperkatakan. Persoalannya adakah masyarakat Melayu iaitu penutur dan pengguna terbesar Bahasa Melayu di Malaysia masih kurang yakin terhadap bahasa sendiri? Menurut ahli falsafah Yunani Purba, Plato sikap penutur sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu komponen kognitif, afektif dan kesediaan untuk bertindak. Komponen kognitif berkait rapat dengan persepsi dan pemikiran manakala komponen afektif pula bersangkut paut dengan perasaan dan emosi seseorang terhadap sesuatu perkara. Kedua-dua komponen kognitif dan afektif tidak semestinya sealiran dalam diri seseorang individu itu. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa cinta terhadap bahasanya tetapi berpendapat bahawa bahasanya itu tidak relevan dalam zaman sekarang. Ketidakharmonian kedua-dua komponen inilah yang membentuk sikap negatif sesebuah masyarakat.Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu iaitu yang menuturkan bahasa Melayu di rumah dan ibu bapa yang berbahasa Inggeris di rumah. Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali. Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini berbanding komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan cinta terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu bapa telah membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan daripada bahasa Melayu. Contohnya di Singapura, bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya keperluan hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru ibu bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar.Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan seharian. Walhal, ibu bapa sedemikian tidak sedar bahawa bahasa di rumah berbeza dengan bahasa baku di sekolah. Tiada latihan disediakan di rumah untuk membolehkan pelajar menerapkan ilmu yang diperolehinya. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti Sains dan Matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru.Guru bahasa Melayu seringkali dilihat sebagai tunggak kedaulatan bahasa Melayu. Merekalah pendidik dan mereka jugalah pejuang bahasa. Namun, adakah kesemua guru bahasa Melayu berkongsi matlamat yang sama ke arah memartabatkan bahasa Melayu? Sayangnya, tidak begitu hakikatnya. Ada sesetengah guru itu melihat tanggungjawab mengajar bahasa Melayu sebagai kerjaya semata-mata, bukan kerana cinta dan minat yang mendalam terhadap bahasa itu. Kerjaya guru yang sememangnya agak lumayan menarik minat golongan ini untuk menceburi bidang tersebut. Lebih-lebih lagi mata pelajaran bahasa Melayu lebih mudah diajar berbanding mata pelajaran yang lain. Apa yang diajarnya merupakan kandungan dalam buku teks semata-mata. Sikap sedemikian boleh menghambat penyampaian nilai-nilai murni yang kaya dalam bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu memerlukan golongan pendidik yang tinggi ilmunya tentang budaya Melayu kerana bahasa adalah lantunan budaya masyarakat tersebut.Golongan pelajar merupakan golongan yang paling penting kerana pada golongan inilah yang diukur tahap kecekapannya. Kejayaan atau kegagalan kurikulum bahasa ibunda bergantung pada prestasi golongan ini. Prestasi yang cemerlang tidak boleh diperolehi tanpa sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Kebanyakan pelajar merasakan bahawa bahasa Melayu hanya diperlukan sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu dan ketika berbual dengan guru bahasa Melayu sahaja. Di luar ruang litup itu, bahasa Melayu sudah tiada ruang dalam kehidupan mereka. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan berbilang bangsa memungkinkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap. Sementelah bahasa pengantar bagi mata pelajaran di sekolah yang merupakan bahasa Inggeris telah membuat murid-murid lebih terdedah kepada bahasa tersebut. Hasilnya, perolehan kosa kata bahasa Inggeris lebih banyak berbanding kosa kata bahasa Melayu. Apabila berbual, lebih banyak terpacul kata-kata Bahasa Inggeris daripada pelajar-pelajar Melayu kita.Situasi di atas merupakan salah satu contoh bagi komponen sikap yang ketiga iaitu tindak balas terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasakan memadai untuk menggunakan satu bahasa sahaja tanpa mengambil kira penutur yang diajak berbual. Apa yang menyedihkan ialah ada segelintir pelajar Melayu yang menaruh perasaan jelek terhadap bahasa ibundanya. Masalah sosial yang menghantui masyarakat Melayu sekaligus mencerminkan martabat bahasa Melayu. Hanya orang Melayu yang tidak berpendidikan tinggi atau yang terlibat dalam samseng jalanan akan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahasa itu boleh melambangkan identiti penuturnya. Dengan berbahasa Inggeris, golongan terpelajar ini menyangka diri mereka berada di tahap yang lebih tinggi dan berprestij. Lagi menghairankan, ada pelajar 'elit' Melayu berasa canggung dan malu untuk berbahasa Melayu. Sayangnya, harapan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu yang disandarkan pada golongan sedemikian bak indah khabar dari rupa sahaja.Gerakan badan Melayu seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan sehinggalah kalangan elit Melayu seperti doktor sehinggalah usahawan perlulah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu yang elok. Kelak ini akan menjadi penyedar dan petunjuk kepada anak muda kita, termasuk pelajar, agar berasa bangga akan bahasa ibundanya. Kesimpulannya, apa pun sikap yang terbuku dalam jiwa masyarakat kita, masih belum terlambat bagi setiap individu untuk sedar akan kepentingan bahasa ibundanya. Bahasa sebagai identiti bangsa bukanlah 'alat' semata-mata seperti mana yang ramai sangkakan. Di dalam bahasa ibunda tersirat nilai-nilai moral dan adab yang harus ada dalam sahsiah setiap individu. Weltanschauung atau pandangan masyarakat yang menyeluruh dapat ditelusuri melalui bahasanya. Janganlah Bulan Bahasa sekadar kempen saja, sedang bangsa kita hanya tinggal pada nama sahaja.Isu Bahasa Melayu seterusnya ialah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam bentuk baru iaitu penggunaan dua bahasa pengantar berlainan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk dua kelompok pelajar menimbulkan dua reaksi yang bertentangan. Ia disenangi oleh mereka yang inginkan PPSMI diteruskan. Sebaliknya ia tidak dipersetujui oleh mereka yang inginkan hanya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu di negara ini. Dalam hal kemungkinan ini bahasa sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris ataupun bahasa yang lain, dilihat sebagai semata-mata wahana untuk menyampaikan ilmu. Justeru penggunaan mana-mana bahasa ini serta yang lain-lain khususnya adalah sebagai alat untuk menyatakan pemikiran, merakamkan fakta serta menukar maklumat adalah lebih daripada sudah memadai. Fungsi asas bahasa begini dapat dimainkan oleh mana-mana bahasa moden yakni yang telah dibakukan.Dengan kata lain, untuk sekadar menyampaikan idea atau bertanya untuk memperoleh maklumat kita boleh menggunakan mana-mana bahasa yang menjadi pilihan kita. Syarat utama dalam hal ini ialah bahasa yang digunakan itu perlu difahami bersama. Inilah satu-satunya fungsi bahasa yang diketahui umum.Namun ia bukanlah satu-satunya fungsi bahasa yang wujud atau cara tunggal ketika kita menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai banyak fungsi lain. Fungsi komunikasi adalah salah satu daripadanya dan sebetulnya ia adalah fungsi yang kecil saja. Sehubungan pelbagai fungsi lain ini, bahasa antaranya digunakan sebagai penanda jati diri, baik yang bersifat etnik mahupun nasional. Ia juga digunakan sebagai wahana untuk mengungkapkan budaya sesebuah kelompok itu. Bahasa adalah juga sumber perpaduan kaum dan integrasi nasional.Ia juga adalah faktor penentu utama dalam pembentukan negara bangsa dan pembangunan negara itu sendiri. Bahasa adalah antara elemen yang paling sesuai digunakan untuk tujuan penyatuan dan pemupukan kesedaran kebangsaan selain pelbagai tujuan kenegaraan yang lain.Hal ini sudah terbukti di merata tempat seluruh dunia. Aspek politik bahasa inilah yang perlu diambil kira dalam isu PPSMI. Sehubungan ini, bahasa Melayu selaku bahasa negara ini perlu dipastikan adalah faktor jati diri paling penting bagi menyatakan ciri, sifat, perasaan dan kepercayaan rakyat negara ini yang dapat dibezakan dengan rakyat negara lain. Pernyataan begini menerusi bahasa Melayu bukan saja mampu membentuk jati diri nasional tetapi juga semangat kebangsaan. Pada kelazimannya, semangat kebangsaan khususnya kecintaan terhadap negara dan jati diri nasional lebih-lebih lagi pameran citra yang sama mana-mana negara diungkapkan dalam bahasa negara berkenaan. Bahasa negara adalah pengungkapan perasaan etnonasional yang paling dasar. Malangnya sesetengah golongan elit negara didapati lebih selesa mengungkapkan jati diri nasional mereka melalui bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan bahasa ibunda mereka sendiri.Dalam isu PPSMI yang antaranya adalah pertikaian mengenai kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk bidang sains dan teknologi pada zaman globalisasi ini.Bahasa Melayu sebetulnya memiliki warisan budaya yang amat mengagumkan untuk memikul tugas ilmiah ini. Sehubungan ini, kecemerlangan bahasa Melayu pada masa lampau sebagai lingua franca menjadi landasan kuat kepada kemantapannya pada waktu kini sebagai bahasa ilmu tinggi. Dengan warisan sedemikian, bahasa Melayu adalah pilihan tepat untuk memaju rakyat dan negara Malaysia pada setiap masa, dulu, kini dan akan datang. Pada masa dulu, khususnya selepas kemerdekaan kerajaan menggunakan kaedah pujukan untuk merayu kepada semua rakyat agar menggunakan bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara. Kaedah ini selain proses perlahan didapati kurang berkesan dalam mencorakkan perwatakan kebangsaan pada sesetengah sektor rakyat Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu.Untuk masa ini dan akan datang dalam usaha menangani masalah penggunaan ini, kerajaan perlu menggubalkan dasar yang boleh menghasilkan penyatuan bahasa yang lebih cepat. Untuk ini, barangkali kaedah yang lebih keras diperlukan. Ini penting sekali untuk tujuan penyatupaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehubungan ini, kerajaan perlu mengangkat hanya bahasa Melayu sebagai bahasa perantara untuk interaksi yang merentas etnik yang amat diperlukan untuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Bahasa Melayu saja yang mempunyai kelebihan ini di negara ini. Dalam hal ini, kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu saja selaku bahasa negara untuk menggerakkan seluruh rakyat untuk tujuan kenegaraan, khususnya memupuk kesedaran kebangsaan dan membentuk jati diri nasional. Jika bahasa Melayu tidak berjaya digemblengkan untuk tujuan ini, bahasa Melayu boleh dikatakan gagal berfungsi sebagai bahasa negara.Sesungguhnya kejayaan atau kegagalan bahasa negara berfungsi dengan baik, khususnya dalam melaksanakan peranan menasionalkan rakyat dalam erti kata mereka memiliki perwatakan kebangsaan terletak di tangan kerajaan. Pelaksanaan Dasar Bahasa Negara adalah tanggungjawab kerajaan. Sehubungan ini, kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.Untuk bahasa Melayu mendukung peranan menasionalkan rakyat ini dengan lebih berkesan, ia perlu diinstitusikan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai satu-satunya bahasa untuk tujuan penyatupaduan dan kemajuan negara. Ini perlu dilakukan dengan hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara untuk mendukung pelbagai fungsi politik.Fungsi politik ini perlu digemblengkan melalui saluran pendidikan, yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam konteks ini, kerajaan perlu bijak memanipulasikan bahasa Melayu, bukan saja untuk membentuk rakyat yang bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara mereka.Tetapi juga bagi menyalurkan pelbagai nilai kenegaraan yang lain. Untuk melakukan semua ini dengan jayanya, kerajaan perlu melestari dan mengabsahkan bahasa Melayu pada setiap masa dan sekali-sekala menjadikannya relevan dengan perkembangan semasa.Semua ini adalah untuk memastikan maruah budaya pada bahasa Melayu sentiasa dipelihara. Dengan hanya menggunakan bahasa Melayu, kesatuan budaya seluruh rakyat Malaysia terus berada dalam keadaan utuh. Lebih penting lagi ialah bahasa Melayu sentiasa berkait rapat dengan semangat kebangsaan dan jati diri nasional.Kupasan isu Bahasa Melayu yang terakhir ialah Institusi kehakimanmasih ambil mudahpenggunaanbahasa kebangsaaan di mahkamah.Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu antaranya berfungsi sebagai bahasa kepada entiti politik, sosial dan budaya yang bernama Malaysia. Dengan kata lain, ia adalah lambang nasional negara kita. Selaku bahasa rasmi bahasa Melayu antaranya adalah bahasa yang digunakan dalam urusan formal negara selain sebagai bahasa pentadbiran pemerintah. Sehubungan itu, ia ikut berfungsi dalam semua sistem kebangsaan antaranya sebagai bahasa ilmu, bahasa penyiaran utama dan bahasa mahkamah di negara ini. Oleh itu, ia sebetulnya hendaklah juga digunakan dalam sektor swasta. Bahasa Melayu selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971). Walau bagaimanapun, untuk kepentingan keadilan bahasa Inggeris dibenarkan digunakan sama ada sepenuhnya atau secara sebahagian bersama-sama dengan bahasa Melayu khususnya dalam pembicaraan mahkamah.Kelonggaran ini yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Perlembagaan Persekutuan membantut usaha untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan. Sebenarnya kelonggaran inilah yang menjadikan ikhtiar untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah diambil enteng oleh pelbagai pihak yang berkenaan lalu tidak dilakukan secara serius. Dengan ini, ada kalangan tertentu dalam bidang ini yang bukan saja tidak mahu berusaha ke arah merealisasikan dasar ini tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu dalam pembicaraan mahkamah. Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah juga bergantung kepada sikap hakim selain peguam. Hal ini dapat dilihat antaranya pada majlis petisyen terima masuk dan daftar rai pelatih dalam kamar sebagai peguam cara dan peguam bela di mahkamah tinggi di negara ini. Pada kebanyakan kesnya, majlis yang seringkasnya ini pun tidak berjaya dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.Untuk ini, bahasa Melayu yang digunakan itu lebih kepada mukadimah dan penutup teks yang lazim diguna pakai dalam mengemukakan petisyen sebegini. Walau bagaimanapun lafaz penerimaan petisyen oleh hakim dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya tetapi ucapan memperkenalkan pempetisyen tidak selalunya disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya, yang menjadi bahasa mahkamah. Sesungguhnya majlis ini adalah bukan saja sekadar upacara permohonan sebagai pengamal perundangan berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia tetapi ia juga adalah istiadat permulaan kerjaya untuk peguam baru. Selain ini, ia boleh juga diibaratkan sebagai acara perasmian ke dunia kepeguaman untuk peguam baharu ini. Ia dikendalikan dengan penuh takzim, tertib, protokol dan formaliti mahkamah baik dari segi tingkah laku, pakaian ataupun bahasa. Dari segi bahasa sepatutnya bahasa Melayu hendaklah digunakan sepenuhnya dalam majlis ini dan penggunaan bahasa Inggeris yang didapati tidak diperlukan sama sekali itu tidak sepatutnya dibenarkan oleh hakim.Ini antaranya majlis ini tidak membabitkan sebarang pembicaraan. Ia adalah satu majlis keraian yang dengan mudah sekali dapat dilaksanakan dalam bahasa Melayu oleh semua pihak baik yang mengemukakan petisyen dan juga yang mempertimbangkannya. Dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah berlaku dengan sepenuhnya semua pihak, baik pendaftar, majistret, yang dipertua mahkamah sesyen dan hakim hendaklah bukan saja tegas. Tetapi yang lebih penting lagi ialah mereka perlu yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara selain bangga terhadapnya sebagai bahasa kebangsaan kita. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah tidak boleh dipertikai lagi. Ini antaranya adalah kerana ia telah dipersetujui oleh semua pihak dalam bidang perundangan baik peguam mahupun hakim sebagai bahasa yang boleh digunakan di mahkamah Malaysia untuk mendukung keadilan.Tidak dapat dinafikan bahawa matlamat utama dalam bidang perundangan adalah keadilan yang bukan saja perlu dilindungi tetapi diberikan kepada pihak yang menuntutnya. Dalam hal ini semua pihak tidak sepatutnya sengaja menggunakan alasan ini untuk tidak menggunakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini adalah kerana ketetapan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah utama kecuali dalam keterangan saksi saja sudah lama dibuat iaitu puluhan tahun yang lalu. Atas kepentingan keadilan, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggunakan bahasa Inggeris dan juga yang lain dalam mengendalikan kes tertentu. Penggunaan ini hendaklah dilakukan atas keperluan yang bersifat mesti dan yang bukan sekali-kali dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang kurang fasih dalam bahasa Melayu selain tidak bangga, sayang dan setia kepadanya selalu bahasa negara ini..

Alhamdulillah dan syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini.Semasa melaksanakan kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan dan Terjemahan ini, saya menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sendiri.Sesungguhnya tugasan yang diberikan ini memerlukan saya menelaah banyak bahan rujukan kerana kefahaman saya dalam tugasan ini adalah terlalu kurang sehingga perlu bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan sekolah dan rakan sekuliah.Setelah kajian dibuat baharulah saya mengetahui sejarah dan perkembangan bahasa Melayu yang mempunyai tahap atau zaman perkembangannya yang tersendiri sehinggalah ke zaman bahasa Melayu moden.Pengaruh bahasa dan budaya asing yang datang berdagang atau menjajah Melaka telah mempengaruhi bentuk tulisan,kosa kata dan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.Walaupun bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa atau lingua franca pada zaman kegemilangannya,namun bahasa Melayu tetap menghadapi halangan dan rintangan dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain.Perjuangan untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan,bahasa teknologi dan bahasa ilmu perlu diteruskan dalam cabaran globalisasi ini.Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka,kita mesti bangga dan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan dalam urusan rasmi.Jati diri bangsa Malaysia perlu dimantapkan melalui bahasa Melayu yang menjadi alat penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam mencapai Wawasan 2020.

Sekian, terima kasih.(SAIBATOL SUKMA BINTI KASSIM)720709-08-6362No.Pelajar:28852

LAMPIRANMONDAY, 28 SEPTEMBER 2009Usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" MBMMBIBerikut merupakan usaha KPM dalam memperkasa dan memartabatkan kembali kedudukan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, KPM tidak melupakan terus langkah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pendekatan penuh diplomasi dan terancang ini harus dilihat sebagai usaha proaktif dan langkah terbaik bagi menangani isu yang pernah menimbulkan kontroversi dan polemik hangat tidak lama dahulu. Kita perlu memahami dan berusaha menghayati secara ilmiah pendekatan yang diambil, yang dianggap tidak terlalu 'gopoh' dan penuh harmoni.

ISUBAHASA : LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Ke mana bahasa Melayu?

Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini menuntut perhatian besar. Resolusi persidangan tersebut antara lain mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan bahasa Melayu. Desakan ini bukan perkara baru kerana ia sudah kerap disuarakan. Pada Awang, selagi DBP tidak mempunyai kuasa tersebut, agensi itu dilihat umpama harimau tidak bertaring.

Sedangkangejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio. Itu belum mengambil kira kegagalan banyak pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengutamakan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka di dalam negara.

Hari ini, jika ada bahasa lain lebih besar saiz paparannya daripada bahasa Melayu, ia tidak lagi dipersoalkan. Malah semakin banyak info produk barangan pengguna biarpun yang dikeluarkan di dalam negara, tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan.

Siapakah yang perlu bertanggungjawab memantau dan memperbetulkan semua ini kalau bukan DBP. Tetapi jika agensi itu tidak diberi kuasa, ia tidak membawa apa-apa makna.

Sementara menanti perubahan serius yang dilakukan oleh kerajaan berhubung hal ini (itu pun jika ada kemahuan politik yang tinggi), Awang amat berharap DBP lebih agresif dan proaktif dalam memainkan peranannya mengembangkan bahasa.

Agensi itu dilihat oleh banyak pihak sebagai lesu. ''Bangunannya lebih gah daripada keberanian dan pencapaiannya untuk melonjak martabat bahasa," kata seorang tokoh akademik. Apa yang beliau cuba sampaikan, DBP tidak lagi lantang memperjuangkan soal bahasa. Kritikan itu mungkin tidak adil dan boleh diperdebatkan. Usaha memartabatkan apatah lagi menyelamatkan bahasa Melayu bukan semata-mata tugas DBP malah semua pihak termasuk pemimpin kerajaan, pembangkang dan sektor swasta.

Awang juga tertanya-tanya ke mana perginya para pejuang bahasa yang sanggup berdemonstrasi dan berterusan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kaitan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu secara keseluruhannya.

Selepas PPSMI dimansuhkan, apakah kepada mereka, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sudah selesai? Apakah juga masa depan bahasa Melayu hanya berkaitan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan sahaja?

Sepatutnya kelompok itu yang menjadi benteng hadapan, meneruskan momentum mereka dengan mewujudkan gelombang kesedaran mengenainya.

Ini termasuk menegur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menteri-menteri dan pemimpin parti-parti politik terhadap apa sahaja perkara berkaitan kepentingan bahasa. Awang teruja mahu melihat para pejuang dan badan pertubuhan kerajaan (NGO) turun di jalanan atau menyerbu ke mana-mana kementerian, agensi mahupun pejabat swasta membuat bantahan jika perlu.

Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu terutama bagi menjadikannya bahasa komersial yang lebih meluas. Dalam usaha ini tiada siapa boleh berputus asa apatah lagi bagi mencapai matlamat murni mempertahankan bahasa Melayu yang kedudukannya sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

Untuk apa kita memperakukan bahasa Melayu mampu berkembang sebagai bahasa dunia, kalau di peringkat dalam negara sendiri kita sudah tidak menampakkan keyakinan. Banyak lagi petunjuk yang membimbangkan di sekeliling kita. Bukankah kita sendiri yang mewujudkan persekitaran yang akhirnya membunuh bahasa Melayu?

ISU BAHASA : KEADILAN BAHASA MELAYU DI MAHKAMAHOleh Teo Kok [email protected]

Institusi kehakimanmasih ambil mudahpenggunaanbahasa kebangsaaan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu antaranya berfungsi sebagai bahasa kepada entiti politik, sosial dan budaya yang bernama Malaysia. Dengan kata lain, ia adalah lambang nasional negara kita. Selaku bahasa rasmi, bahasa Melayu antaranya adalah bahasa yang digunakan dalam urusan formal negara, selain sebagai bahasa pentadbiran pemerintah. Sehubungan itu, ia ikut berfungsi dalam semua sistem kebangsaan, antaranya sebagai bahasa ilmu, bahasa penyiaran utama, dan bahasa mahkamah di negara ini. Oleh itu, ia sebetulnya hendaklah juga digunakan dalam sektor swasta. Bahasa Melayu selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971). Walau bagaimanapun, untuk kepentingan keadilan, bahasa Inggeris dibenarkan digunakan, sama ada sepenuhnya atau secara sebahagian bersama-sama dengan bahasa Melayu, khususnya dalam pembicaraan mahkamah.

Kelonggaran ini yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Perlembagaan Persekutuan, membantut usaha untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan. Sebenarnya kelonggaran inilah yang menjadikan ikhtiar untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah, diambil enteng oleh pelbagai pihak yang berkenaan, lalu tidak dilakukan secara serius. Dengan ini, ada kalangan tertentu dalam bidang ini yang bukan saja tidak mahu berusaha ke arah merealisasikan dasar ini, tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu dalam pembicaraan mahkamah. Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah juga bergantung kepada sikap hakim selain peguam. Hal ini dapat dilihat antaranya pada majlis petisyen terima masuk dan daftar rai pelatih dalam kamar sebagai peguam cara dan peguam bela di mahkamah tinggi di negara ini. Pada kebanyakan kesnya, majlis yang seringkasnya ini pun tidak berjaya dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Untuk ini, bahasa Melayu yang digunakan itu lebih kepada mukadimah dan penutup teks yang lazim diguna pakai dalam mengemukakan petisyen sebegini. Walau bagaimanapun, lafaz penerimaan petisyen oleh hakim dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya tetapi ucapan memperkenalkan pempetisyen tidak selalunya disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya, yang menjadi bahasa mahkamah. Sesungguhnya majlis ini adalah bukan saja sekadar upacara permohonan sebagai pengamal perundangan berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia, tetapi ia juga adalah istiadat permulaan kerjaya untuk peguam baru. Selain ini, ia boleh juga diibaratkan sebagai acara perasmian ke dunia kepeguaman untuk peguam baharu ini. Ia dikendalikan dengan penuh takzim, tertib, protokol dan formaliti mahkamah, baik dari segi tingkah laku, pakaian ataupun bahasa. Dari segi bahasa, sepatutnya bahasa Melayu hendaklah digunakan sepenuhnya dalam majlis ini, dan penggunaan bahasa Inggeris yang didapati tidak diperlukan sama sekali itu, tidak sepatutnya dibenarkan oleh hakim.

Ini antaranya majlis ini tidak membabitkan sebarang pembicaraan. Ia adalah satu majlis keraian yang dengan mudah sekali dapat dilaksanakan dalam bahasa Melayu, oleh semua pihak, baik yang mengemukakan petisyen dan juga yang mempertimbangkannya. Dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah berlaku dengan sepenuhnya, semua pihak, baik pendaftar, majistret, yang dipertua mahkamah sesyen dan hakim hendaklah bukan saja tegas. Tetapi yang lebih penting lagi ialah mereka perlu yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, selain bangga terhadapnya sebagai bahasa kebangsaan kita. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah tidak boleh dipertikai lagi. Ini antaranya adalah kerana ia telah dipersetujui oleh semua pihak dalam bidang perundangan, baik peguam mahupun hakim, sebagai bahasa yang boleh digunakan di mahkamah Malaysia untuk mendukung keadilan.

Tidak dapat dinafikan bahawa matlamat utama dalam bidang perundangan adalah keadilan, yang bukan saja perlu dilindungi, tetapi diberikan kepada pihak yang menuntutnya. Dalam hal ini, semua pihak tidak sepatutnya sengaja menggunakan alasan ini untuk tidak menggunakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini adalah kerana ketetapan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah utama kecuali dalam keterangan saksi saja, sudah lama dibuat, iaitu puluhan tahun yang lalu. Atas kepentingan keadilan, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggunakan bahasa Inggeris dan juga yang lain, dalam mengendalikan kes tertentu. Penggunaan ini hendaklah dilakukan atas keperluan yang bersifat mesti, dan yang bukan sekali-kali dieksploitasi oleh mana-mana pihak, yang kurang fasih dalam bahasa Melayu, selain tidak bangga, sayang dan setia kepadanya selalu bahasa negara ini.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

SUMBERBERITA HARIAN20 JULAI 2011

ISU BAHASA : BAHASA MELAYU MENGERAT RAKYAT PELBAGAI BUDAYAOleh Teo Kok [email protected] HARIAN, 27 APRIL 2011

Maklum balas kerajaan untuk meneliti kemungkinan dikembalikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam bentuk baru, iaitu penggunaan dua bahasa pengantar berlainan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk dua kelompok pelajar, menimbulkan dua reaksi yang bertentangan. Ia disenangi oleh mereka yang inginkan PPSMI diteruskan. Sebaliknya, ia tidak dipersetujui oleh mereka yang inginkan hanya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu di negara ini. Dalam hal kemungkinan ini, bahasa, sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris ataupun yang lain, dilihat sebagai semata-mata wahana untuk menyampaikan ilmu. Justeru, penggunaan mana-mana bahasa ini serta yang lain-lain khususnya sebagai alat untuk menyatakan pemikiran, merakamkan fakta serta menukar maklumat adalah lebih daripada sudah memadai. Fungsi asas bahasa begini dapat dimainkan oleh mana-mana bahasa moden, yakni yang telah dibakukan.

Dengan kata lain, untuk sekadar menyampaikan idea atau bertanya untuk memperoleh maklumat kita boleh menggunakan mana-mana bahasa yang menjadi pilihan kita. Syarat utama dalam hal ini ialah bahasa yang digunakan itu perlu difahami bersama. Inilah satu-satunya fungsi bahasa yang diketahui umum. Akan tetapi, ia bukanlah satu-satunya fungsi bahasa yang wujud atau cara tunggal ketika kita menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai banyak fungsi lain. Fungsi komunikasi adalah salah satu daripadanya dan sebetulnya ia adalah fungsi yang kecil saja. Sehubungan pelbagai fungsi lain ini, bahasa antaranya digunakan sebagai penanda jati diri, baik yang bersifat etnik mahupun nasional. Ia juga digunakan sebagai wahana untuk mengungkapkan budaya sesebuah kelompok itu. Bahasa adalah juga sumber perpaduan kaum dan integrasi nasional.Ia juga adalah faktor penentu utama dalam pembentukan negara bangsa dan pembangunan negara itu sendiri. Bahasa adalah antara elemen yang paling sesuai digunakan untuk tujuan penyatuan dan pemupukan kesedaran kebangsaan, selain pelbagai tujuan kenegaraan yang lain.

Hal ini sudah terbukti di merata tempat seluruh dunia. Aspek politik bahasa inilah yang perlu diambil kira dalam isu PPSMI. Sehubungan ini, bahasa Melayu selaku bahasa negara ini, perlu dipastikan adalah faktor jati diri paling penting bagi menyatakan ciri, sifat, perasaan dan kepercayaan rakyat negara ini, yang dapat dibezakan dengan rakyat negara lain. Pernyataan begini menerusi bahasa Melayu bukan saja mampu membentuk jati diri nasional, tetapi juga semangat kebangsaan. Pada kelazimannya, semangat kebangsaan, khususnya kecintaan terhadap negara dan jati diri nasional, lebih-lebih lagi pameran citra yang sama mana-mana negara diungkapkan dalam bahasa negara berkenaan. Bahasa negara adalah pengungkapan perasaan etnonasional yang paling dasar. Sehubungan ini, malangnya elit sesetengah negara didapati lebih selesa mengungkapkan jati diri nasional mereka melalui bahasa Inggeris, jika dibandingkan dengan bahasa negara mereka sendiri.

Dalam isu PPSMI yang antaranya adalah pertikaian mengenai kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk bidang sains dan teknologi pada zaman globalisasi ini, bahasa Melayu sebetulnya memiliki warisan budaya yang amat mengagumkan untuk memikul tugas ilmiah ini. Sehubungan ini, kecemerlangan bahasa Melayu pada masa lampau sebagai lingua franca ikut menjadi landasan kuat kepada kemantapannya pada waktu kini sebagai bahasa ilmu tinggi. Dengan warisan sedemikian, bahasa Melayu adalah pilihan tepat untuk memaju rakyat dan negara Malaysia pada setiap masa, dulu, kini dan akan datang. Pada masa dulu, khususnya selepas kemerdekaan, kerajaan menggunakan kaedah pujukan untuk merayu kepada semua rakyat agar menggunakan bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara. Kaedah ini selain proses perlahan didapati kurang berkesan dalam mencorakkan perwatakan kebangsaan pada sesetengah sektor rakyat Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu.

Untuk masa ini dan akan datang dalam usaha menangani masalah penggunaan ini, kerajaan perlu menggubalkan dasar yang boleh menghasilkan penyatuan bahasa yang lebih cepat. Untuk ini, barangkali kaedah yang lebih keras diperlukan. Ini penting sekali untuk tujuan penyatupaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehubungan ini, kerajaan perlu mengangkat hanya bahasa Melayu sebagai bahasa perantara untuk interaksi yang merentas etnik yang amat diperlukan untuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Bahasa Melayu saja yang mempunyai kelebihan ini di negara ini. Dalam hal ini, kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu saja selaku bahasa negara untuk menggerakkan seluruh rakyat untuk tujuan kenegaraan, khususnya memupuk kesedaran kebangsaan dan membentuk jati diri nasional. Jika bahasa Melayu tidak berjaya digemblengkan untuk tujuan ini, bahasa Melayu boleh dikatakan gagal berfungsi sebagai bahasa negara.

Sesungguhnya kejayaan atau kegagalan bahasa negara berfungsi dengan baik, khususnya dalam melaksanakan peranan menasionalkan rakyat, dalam erti kata mereka memiliki perwatakan kebangsaan, terletak di tangan kerajaan. Pelaksanaan Dasar Bahasa Negara adalah tanggungjawab kerajaan. Sehubungan ini, kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.Untuk bahasa Melayu mendukung peranan menasionalkan rakyat ini dengan lebih berkesan, ia perlu diinstitusikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, sebagai satu-satunya bahasa untuk tujuan penyatupaduan dan kemajuan negara. Ini perlu dilakukan dengan hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara untuk mendukung pelbagai fungsi politik.Fungsi politik ini perlu digemblengkan melalui saluran pendidikan, yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam konteks ini, kerajaan perlu bijak memanipulasikan bahasa Melayu, bukan saja untuk membentuk rakyat yang bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara mereka.

Tetapi juga bagi menyalurkan pelbagai nilai kenegaraan yang lain. Untuk melakukan semua ini dengan jayanya, kerajaan perlu melestari dan mengabsahkan bahasa Melayu pada setiap masa dan sekali-sekala menjadikannya relevan dengan perkembangan semasa.Semua ini adalah untuk memastikan maruah budaya pada bahasa Melayu sentiasa dipelihara. Dengan hanya menggunakan bahasa Melayu, kesatuan budaya seluruh rakyat Malaysia terus berada dalam keadaan utuh. Lebih penting lagi ialah bahasa Melayu sentiasa berkait rapat dengan semangat kebangsaan dan jati diri nasional.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ISU BAHASA : SIKAP ORANG MELAYU TERHADAP BAHASA IBUNDA

Adakah masyarakat Melayu bersedia menyediakan pendedahan yang dikehendaki atau masih kurang yakin terhadap bahasa sendiri? Menurut ahli falsafah Yunani Purba, Plato, sikap boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu komponen kognitif, afektif dan kesediaan untuk bertindak. Komponen kognitif berkait rapat dengan persepsi dan pemikiran manakala komponen afektif pula bersangkut paut dengan perasaan dan emosi seseorang terhadap sesuatu perkara. Kedua-dua komponen kognitif dan afektif tidak semestinya sealiran dalam diri seseorang individu itu. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa cinta terhadap bahasanya tetapi berpendapat bahawa bahasanya itu tidak relevan dalam zaman sekarang. Ketidakharmonian kedua-dua komponen inilah yang membentuk sikap negatif sesebuah masyarakat (termasuk ibu bapa, pelajar, guru) boleh kita tinjau dan membuktikan hakikat ini.

SIKAP IBU BAPA

Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu: pertama, yang menuturkan bahasa Melayu di rumah; dan kedua, ibu bapa yang berbahasa Inggeris. Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali. Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini berbanding komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan cinta terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu bapa membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan daripada bahasa Melayu. Di Singapura, bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya penakatan hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru ibu bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar.

Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan seharian. Walhal, ibu bapa sedemikian tidak sedar bahawa bahasa di rumah berbeza dengan bahasa baku di sekolah. Tiada latihan disediakan di rumah untuk membolehkan pelajar menerapkan ilmu yang diperolehinya. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan kepada mata pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti sains dan matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru.

SIKAP GURU

Guru bahasa Melayu seringkali dilihat sebagai tunggak kedaulatan bahasa Melayu. Merekalah pendidik dan mereka jugalah pejuang bahasa. Namun, adakah kesemua guru bahasa Melayu berkongsi matlamat yang sama ke arah memartabatkan bahasa Melayu? Sayangnya, tidak begitu hakikatnya. Ada sesetengah guru itu melihat tanggungjawab mengajar bahasa Melayu sebagai kerjaya semata-mata, bukan kerana cinta dan minat yang mendalam terhadap bahasa itu. Kerjaya guru yang sememangnya agak lumayan itu menarik minat golongan ini untuk menceburi bidang tersebut. Lebih-lebih lagi mata pelajaran bahasa Melayu lebih mudah diajar berbanding mata pelajaran yang lain. Apa yang diajarnya merupakan kandungan dalam buku-buku teks sematamata. Sikap sedemikian boleh menghambat penyampaian nilai-nilai murni yang kaya dalam bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu memerlukan golongan pendidik yang tinggi ilmunya tentang budaya Melayu kerana bahasa adalah lantunan budaya masyarakat tersebut.

SIKAP MURID

Golongan pelajar merupakan golongan yang paling penting kerana pada golongan inilah yang diukur tahap kecekapannya. Kejayaan atau kegagalan kurikulum bahasa ibunda bergantung pada prestasi golongan ini. Prestasi yang cemerlang tidak boleh diperolehi tanpa sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Kebanyakan pelajar merasakan bahawa bahasa Melayu hanya diperlukan sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu dan ketika berbual dengan guru bahasa Melayu sahaja. Di luar mandala itu, bahasa Melayu sudah tiada ruang dalam kehidupan mereka. Pergaulan mereka dengan rakanrakan berbilang bangsa lain memungkinkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap. Sementelahan bahasa pengantar bagi mata pelajaran di sekolah yang merupakan bahasa Inggeris telah membuat murid-murid lebih terdedah kepada bahasa tersebut. Hasilnya, perolehan kosa kata bahasa Inggeris lebih banyak berbanding kosa kata bahasa Melayunya. Apabila berbual, lebih terpacul kekata Inggeris daripada pelajar Melayu.

Situasi di atas merupakan salah satu contoh bagi komponen sikap yang ketiga iaitu tindak balas terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasakan memadai untuk menggunakan satu bahasa sahaja tanpa mengambil kira penutur yang diajak berbual. Apa yang menyedihkan ialah ada segelintir pelajar Melayu yang menaruh perasaan jelek terhadap bahasa ibundanya. Masalah sosial yang menghantui masyarakat Melayu sekali gus mencerminkan martabat bahasa Melayu. Hanya orang Melayu yang tidak berpendidikan tinggi atau yang terlibat dalam samseng jalanan akan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahasa itu boleh melambangkan identiti penuturnya. Dengan berbahasa Inggeris, golongan terpelajar ini menyangka diri mereka berada di tahap yang lebih tinggi dan berprestij. Lagi menghairankan, ada pelajar 'elit' bahasa Melayu berasa canggung dan malu untuk berbahasa Melayu. Sayangnya, harapan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu yang disandarkan pada golongan sedemikian bak indah khabar dari rupa sahaja.

SIKAP MASYARAKAT

Gerakan badan Melayu seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan sehinggalah kalangan elit Melayu seperti doktor sehinggalah usahawan perlulah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu yang elok. Kelak ini akan menjadi penyedar dan petunjuk kepada anak muda kita, termasuk pelajar, agar berasa bangga akan bahasa ibundanya. Kesimpulannya, apa pun sikap yang terbuku dalam jiwa masyarakat kita, masih belum terlambat bagi setiap individu untuk sedar akan kepentingan bahasa ibundanya. Bahasa sebagai identiti bangsa bukanlah 'alat' semata-mata seperti mana yang ramai sangkakan. Di dalam bahasa ibunda tersirat nilai-nilai moral dan adab yang harus ada dalam sahsiah setiap individu. Weltanschauung atau pandangan masyarakat yang menyeluruh dapat ditelusuri melalui bahasanya. Janganlah Bulan Bahasa sekadar kempen saja, sedang bangsa kita hanya tinggal pada nama sahaja.

Oleh : Muhd Firdaus RahmatSumber : KL Pos. comhttp://www.klpos.comNota: Penulis kini mengikuti program Sarjana Muda Pengajian Melayu,Universiti Malaya.

37.