jurnal kajian tindakan psv 2015

11
MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN PENGGUNAAN “TEMPLATE” DALAM PENGHASILAN LUKISAN 2015 SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM PENGENALAN Fokus Kajian Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati murid-murid menghadapai pelbagai masalah dalam menghasilkan karya seni yang lebih kreatif dan penuh dengan idea yang menarik serta menunjukkan kepelbagaian hasil karya didalam sebuah kelas. Namun begitu, pengkaji mengecilkan skop kajian pengkaji kepada masalah kekurangan idea kreativiti dikalangan murid ketika menghasilkan lukisan. Murid didapati tidak dapat menjana idea yang kreatif supaya menjadi lebih menarik dan mempunyai nilai etestika yang tinggi. Kebanyakkan murid telah melakukan peniruan keatas hasil karya rakan, kreativiti yang terhad, kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan dan kurang percaya kepada kebolehan sendiri. Semasa menjalankan P&P Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 3 Murni yang seramai 15 orang pengkaji mengalami banyak kesukaran terutamanya memankinkan kreativiti murid. Sepanjang dari bulan Januari 2015 sehingga Febuari 2015 pengkaji dapati hasil karya murid terutamanya dalam bidang lukisan adalah hampir sama iaitu dalam anggaran 90% bagi setiap sesi P&P. Lakaran, komposisi, rupa, bentuk serta warna adalah hampir sama bagi keseluruhan kelas. Pengkaji telah mencuba dengan dua tajuk dan tema yang sesuai dengan latarbelakang murid seperti “KampungKu” dan “Dusun” namun hasilnya masih sama. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk lukisan yang dihasilkan. Objektif Kajian Secara khususnya objektif kajian saya adalah seperti berikut : Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Meningkatkan daya kreativiti murid dalam menghasilkan karya seni lukisan. Meningkatkan keupayaan murid untuk menjana idea dan mengaplikasikan dalam karya mereka. Soalan Kajian i. Adakah penggunaan template dapat meningkatkan minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual? ii. Sejauh manakah penggunaan template dapat meningkatkan tahap kreativiti murid dalam bidang menggambar aktiviti lukisan? iii. Sejauhmanakah penggunaan template dapat memankinkan murid menjana idea kreativiti mereka? Tinjauan Literatur Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan

Upload: sallehuddin-bin-ibrahim

Post on 29-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

jurnal kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN PENGGUNAAN TEMPLATE DALAM PENGHASILAN LUKISAN 2015

SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM

PENGENALANFokus KajianSecara keseluruhannya, pengkaji mendapati murid-murid menghadapai pelbagai masalah dalam menghasilkan karya seni yang lebih kreatif dan penuh dengan idea yang menarik serta menunjukkan kepelbagaian hasil karya didalam sebuah kelas. Namun begitu, pengkaji mengecilkan skop kajian pengkaji kepada masalah kekurangan idea kreativiti dikalangan murid ketika menghasilkan lukisan. Murid didapati tidak dapat menjana idea yang kreatif supaya menjadi lebih menarik dan mempunyai nilai etestika yang tinggi. Kebanyakkan murid telah melakukan peniruan keatas hasil karya rakan, kreativiti yang terhad, kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan dan kurang percaya kepada kebolehan sendiri. Semasa menjalankan P&P Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 3 Murni yang seramai 15 orang pengkaji mengalami banyak kesukaran terutamanya memankinkan kreativiti murid. Sepanjang dari bulan Januari 2015 sehingga Febuari 2015 pengkaji dapati hasil karya murid terutamanya dalam bidang lukisan adalah hampir sama iaitu dalam anggaran 90% bagi setiap sesi P&P. Lakaran, komposisi, rupa, bentuk serta warna adalah hampir sama bagi keseluruhan kelas. Pengkaji telah mencuba dengan dua tajuk dan tema yang sesuai dengan latarbelakang murid seperti KampungKu dan Dusun namun hasilnya masih sama. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk lukisan yang dihasilkan.

Objektif KajianSecara khususnya objektif kajian saya adalah seperti berikut : Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Meningkatkan daya kreativiti murid dalam menghasilkan karya seni lukisan. Meningkatkan keupayaan murid untuk menjana idea dan mengaplikasikan dalam karya mereka.Soalan Kajiani. Adakah penggunaan template dapat meningkatkan minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual?ii. Sejauh manakah penggunaan template dapat meningkatkan tahap kreativiti murid dalam bidang menggambar aktiviti lukisan?iii. Sejauhmanakah penggunaan template dapat memankinkan murid menjana idea kreativiti mereka?

Tinjauan Literatur Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan keupayaan lain.Bagi menjana kreativiti murid, guru perlu bersedia dengan aktiviti yang mencabar kebolehan murid. National Education for the Education of Young Children (1986) menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang meransang, bahan-bahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan lagi. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Menurut Edward de Bono (1970), tanpa prime mover yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti, maka sukar untuk murid-murid untuk beraksi dengan selesa dan selamat. Prime mover yang dimaksudkan disini adalah guru. Bertepatan dengan itu, pengkaji telah bersedia sebagai prime mover dalam menjalankan kajian tindakan ini.

METHODOLOGI KAJIAN

Kumpulan SasaranKajian ini melibatkan responden dari murid tahun 3 Murni 2015 seramai 15 orang yang keseluruhannya berbangsa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Seri Perdana. 7 responden lelaki dan baki 8 responden perempuan. Keseluruhan aliran tahun 3 mengandungi empat kelas iaitu 3 Sejahtera, 3 Kreatif, 3 Murni dan 3 Dedikasi dengan jumlah enrolmen keseluruhan seramai 80 orang murid. Ranking susunan kelas adalah mengikut prestasi akademik murid iaitu 3S, 3K, 3M, 3D. Responden kurang mahir di dalam subjeksubjek lain dan adakalanya gagal dalam subjek tertentu terutamanya Bahasa Inggeris dan MatematikSekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pinggir bandar. Hampir keseluruhan kumpulan sasaran kajian pengkaji datangnya dari keluarga berpendapatan rendah dengan purata pendapatan isirumah RM 1500.00 hingga RM 3000.00 sebulan. 10 murid tinggal di kawasan perkampungan berdekatan yang dikenali sebagai Kampung Gunung Sali manakala bakinya tinggal di kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Wira Mergong. Persekitaran kawasan tempat tinggal mereka adalah sawah padi, pinggir bandar Bandaraya Alor Setar dan perkampungan. Jadi, pengkaji beranggapan pengalaman sedia ada kumpulan sasaran kajian pengkaji adalah berdasarkan faktor yang dinyatakan tadi.

Kaedah Pengumpulan DataAnalisis DokumenAnalisis dokumen dibuat berdasarkan kepada hasil karya responden semasa ujian pra, kitaran pertama, kitaran kedua dan ujian pasca. Ujian pra dan pasca boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah dan hasilnya boleh dirujuk sebagai sumber . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ujian bermaksud pemeriksaan untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan dan bertulis. Oleh itu, pengkaji telah jalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra telah diberikan sebelum intervensi dibuat, manakala aktiviti kitaran pertama dan kedua dilaksanakan semasa intenvensi. Ujian Pasca pula dilaksanakan semasa peringkat akhir intenvensi.Skor direkodkan berdasarkan kepada rubrik pemarkahan analitik yang telah disediakan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan rubrik permarkahan secara Holistik bagi merekodkan markah hasil karya murid.

TemubualPengkaji melaksanakan temubual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di dalam temubual pengkaji bertanyakan beberapa soalan secara bersemuka kepada responden-responden yang terlibat untuk mendapatkan maklumat secara langsung. Antara soalan dalam temubual adalah:1. Adakah kamu meminati subjek Pendidikan Seni Visual?2. Adakah kamu menyukai hasil karya kamu?3. Adakah kamu menyukai hasil karya rakan kamu?4. Adakah kamu merasakan aktiviti pada hari ini mudah/senang?5. Adakah kamu suka dengan penggunaan template dalam lukisan?

PemerhatianSenarai semak digunakan untuk menilai kemahiran atau tingkah laku yang diperhatikan ketika melakukan pemerhatian. Pemerhatian menggunakan senarai semak adalah lebih senang di analisis berbanding dengan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini dijalankan terhadap responden ketika menggunakan intervensi yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas melalui soalan yang diajukan di dalam kelas serta semasa responden menjalani pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pemerhatian juga tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Pemerhatian pengkaji juga adalah berdasarkan kepada persoalan berikut :

1. Adakah responden menunjukkan minat terhadap aktiviti yang dijalankan?2. Adakah responden berusaha dengan bersunguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan?3. Adakah responden mempunyai alat dan bahan yang diperlukan?4. Adakah responden gembira dengan hasil karya sendiri?5. Adakah responden melakukan aktiviti lain semasa PdP dilaksanakan?

Ujian Pra Tinjauan Awal / Tinjauan MasalahPengkaji telah melaksanakan satu ujian pra bagi mendapatkan input tentang permasalahan yang timbul iaitu responden kurang daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan karya lukisan menggambar. Semasa ujian dijalankan pengkaji juga membuat pemerhatian dan temubual bersama responden. Selepas tamat ujian pra, pengkaji membuat analisis karya bagi mengumpul data.

Pemerhatian, temubual dan analisis karyaUjian Pra Tinjauan Awal / Tinjauan Masalah Berlaku proses peniruan berdasarkan contoh yang diberi. Berlaku peniruan hasil karya responden lain. Sukar menunjukkan kreativiti dalam berkarya kerana bimbang hasil tidak menarik. Kurang berminat dengan matapelajaran pendidikan seni kerana hasil karya selalunya tidak cantik berbanding responden lain.

Aktiviti Kitaran Pertama PenggunaaTemplate Lukisan Aras RendahSemasa aktiviti kitaran pertama ini dijalankan, pengkaji menyediakan template lukisan yang separuh siap berdasarkan tajuk KampungKu. Didalam template ini pengkaji menghasilkan lukisan yang belum siap sepenuhnya dan hanya terdapat beberapa objek sahaja iaitu sebuah rumah, sebatang pokok, beberapa ekor ayam, seekor kucing, seorang budak lelaki, seorang budak perempuan dan sebatang anak sungai. Template ini juga disediakan sebanyak 5 set template yang berlainan dari komposisi objek yang dilukis. Pada set template 1, objek-objek dilukis pada bahagian atas kanan kertas lukisan. Set template 2 pula, objek-objek dilukis pada bahagian atas kiri kertas lukisan. Set template 3 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kiri kertas lukisan. Set template 4 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kanan kertas lukisan. Dan terakhir, set template 5, objek-objek dilukis pada bahagian tengah kertas lukisan. Set template ini dibanyakkan dengan penggunaan mesin fotostat berdasarkan jumlah kumpulan sasaran kajian iaitu seramai 15 orang responden. Dengan itu, setiap set hanya diterima oleh 3 orang responden. Set template ini juga diedarkan secara berselang seli agar responden yang menerima template yang sama tidak duduk berhampiran rakan yang mendapat template yang sama. Langkah ini bertujuan mengelak responden meniru.Sebelum template diedarkan, pengkaji melakukan aktiviti set induksi dengan nyanyian lagu KampungKu. Setelah itu, pengkaji menunjukkan demonstrasi melakarkan keadaan kampung menggunakan papan putih. Menurut T.Sarina (2006), demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Dalam pada itu, semasa pengkaji melukis, pengkaji bersoaljawab mengenai kampung bersama responden. Pengkaji memasukkan hasil jawapan responden ke dalam lakaran pengkaji di papan putih. Ada responden menyatakan dikampung ada perahu, maka pengkaji melukis perahu bersama anak sungai di dalam lukisan tersebut. Namun begitu, tidak semua dilukiskan dan hanya berdasarkan kesesuaian. Berikutnya pengkaji menerangkan tentang aktiviti yang dijalankan pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) tersebut. Antara isi kandungan penerangan pengkaji ialah mengenai menggambar, penerangan tentang lukisan dan penerangan tentang tajuk lukisan pada hari tersebut. Setelah selesai memberi penerangan pengkaji menunjukkan beberapa contoh hasil lukisan yang sesuai dengan tajuk. Contoh-contoh yang ditunjukkan ini tidak sama dengan template kerana mengelak murid meniru. Ianya untuk mengembalikan pengetahuan sedia ada murid sahaja. Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.Seterusnya, template diedarkan kepada setiap murid. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template yang telah diberikan. Responden mula menghasilkan karya mereka dengan sedikit bantuan dari pengkaji. Akhirnya, responden membentangkan hasil karya masing-masing dan pengkaji memberikan markah kepada responden mengikut rubrik pemarkahan yang telah disediakan sebelum Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan.

Aktiviti Lingkaran Kedua Penggunaan Template Lukisan Aras SederhanaDalam penggunaan template kitaran kedua ini, aktiviti adalah hampir sama namun sedikit perubahan pada template yang disediakan oleh pengkaji dimana template aras ini mengurangkan jumlah objek-objek yang dilukis oleh pengkaji. Aktiviti kitaran kedua bertajuk Permandangan di sawah padi. Jadi, template itu mempunyai hanya sebatang pokok kelapa, seorang petani / pesawah dan sebuah pondok.

Ujian Pasca Penggunaan Template Lukisan Aras TinggiSama seperti penggunaan template kitaran pertama dan kitaran kedua cuma perbezaan hanya pada template yang disediakan iaitu template aras yang lebih tinggi ini hanya menyediakan 1 objek sahaja iaitu sebatang pokok. Tajuk yang diberikan ialah Indahnya Sungai Kita.

DAPATAN DAN REFLEKSIAnalisis Ujian PraAnalisis ujian pra adalah berdasarkan ujian pra yang diperolehi oleh responden sebelum intervensi dilaksanakan. Analisis ini adalah untuk melihat tahap penguasaan responden terhadap tajuk kajian. Di dalam ujian ini, didapati responden gagal mencapai keputusan yang memuaskan. Skor yang dicapai oleh setiap responden adalah seperti yang direkodkan

RespondenSkor Markah(%)Gred

142C

245C

344C

447C

548C

642C

742C

845C

944C

1047C

1148C

1242C

1350C

1448C

1545C

Keputusan Ujian Pra

Berdasarkan Jadual iaitu keputusan Ujian Pra mendapati semua 15 responden mendapat Gred C. Walaupun Gred C telah lulus tetapi mereka masih berada ditahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa responden tidak dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan baik. Skor markah juga menunjukkan markah tertinggi dapat dicapai hanyalah 50% oleh responden 13 manakala responden 1, 6, 7 dan 12 mendapat peratusan markah terendah iaitu 42%. Ini amat membimbangkan kerana ianya sangat menghampiri gred D.

Analisis Aktiviti Kitaran PertamaDalam kitaran pertama ini, pencapaian responden menunjukkan sedikit peningkatan skor markah. Walaupun dari segi gred masih lagi dalam gred C namun peningkatan adalah sesuatu perkara yang positif. Responden 2,3,4 dan 7 mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 10% manakala responden 14 mencatatkan peningkatan terendah iaitu sebanyak 4%. Tiada responden mencatatkan penurunan dalam Kitaran Pertama ini.

RespondenSkor Markah(%)Gred

148C

255C

354C

457C

555C

648C

752C

850C

950C

1055C

1154C

1256C

1358C

1452C

1554C

Secara keseluruhannya prestasi responden meningkat dengan peningkatan antara 4 hingga 10 markah. Jadual berikut menunjukkan peningkatan yang dicapai oleh responden antara Skor Markah Ujian Pra dan Skor Markah Kitaran Pertama.

Analisis Aktiviti Kitaran KeduaResponden-responden terus menunjukkan peningkatan dalam skor yang dicapai semasa kitaran kedua. Peningkatan ini juga telah menjadikan 14 orang responden memperolehi gred B berbanding gred C sebelum ini. Seorang responden masih kekal di gred C dengan skor 57% namun masih menunjukkan peningkatan.

RespondenSkor Markah(%)Gred

163B

265B

367B

468B

568B

670B

762B

878B

957C

1064B

1166B

1260B

1374B

1463B

1576B

Skor Markah Aktiviti Kitaran Kedua

Responden 8 mencatatkan peningkatan tertinggi skor iaitu sebanyak 28% menjadikan skor responden tersebut 78%. Dengan hanya mencatat peningkatan sebanyak 4% menjadikan responden 12 sebagai mencatatkan peningkatan terendah. Secara keseluruhannya semua responden mencatakan peningkatan yang baik.

Analisis Ujian PascaPencapaian respondan terus menunjukkan peningkatan sehingga mencapai gred A pada peringkat ujian pasca ini. 10 responden berjaya mendapat gred A manakala bakinya mendapat gred B. Responden 13 dan responden 8 berjaya memperolehi skor markah tertinggi iaitu 89% manakala skor terendah dicatatkan oleh responden 14 dengan 76%.

RespondenSkor Markah Ujian Pasca(%)Gred

177B

281A

378B

483A

580A

684A

777B

889A

978B

1084A

1180A

1280A

1389A

1476B

1588A

Skor markah Ujian Pasca

Analisis Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian PascaBagi mengenalpasti peningkatan skor responden dengan lebih jelas, satu perbandingan antara skor ujian pra dan skor ujian pasca telah dilaksanakan. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan skor bagi kedua-dua ujian tersebut. RespondenSkor Markah Ujian Pra(%)Skor Markah Ujian Pasca(%)Peningkatan markah

1427735

2458136

3447834

4478336

5488032

6428442

7427735

8458944

9447834

10478437

11488032

12428038

13508939

14487628

15458843

Perbezaan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Secara keseluruhannya dapat dilihat dengan jelas melalui rajah diatas peningkatan skor bagi setiap responden yang terlibat. Responden 8 mencatatkan peningkatan skor tertinggi dengan jumlah peningkatan sebanyak 44%. Responden 14 dengan peningkatan skor sebanyak 28% adalah yang terendah namun masih lagi dalam kategori peningkatan yang sangat baik. Gred yang diperolehi oleh semua responden semasa ujian pra ialah gred C yang mewakili 100% dari jumlah gred. Semasa ujian pasca pula seramai 10 responden mencatatkan gred A iaitu bersamaan dengan 67% dan baki 5 responden mencapai gred B dengan peratusan 33%. Ini membuktikan dengan jelas keseluruhan responden telah mencatatkan peningkatan dalam gred hasil karya mereka.

Analisis Senarai Semak TemubualTemubual dijalankan secara bersemuka dengan responden yang terlibat berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Ianya dilaksanakan secara tidak formal dan santai agar tidak memberi tekanan kepada responden. Temubual ini pengkaji laksanakan semasa ujian pra dan ujian pasca. Soalan temubual adalah seperti berikut :1. Adakah kamu meminati subjek Pendidikan Seni Visual?2. Adakah kamu menyukai hasil karya kamu?3. Adakah kamu menyukai hasil karya rakan kamu?4. Adakah kamu merasakan aktiviti pada hari ini mudah/senang?5. Adakah kamu suka dengan penggunaan template dalam lukisan?

Berikut merupakan jawapan temubual semasa ujian pra.SoalanYaTidak

1312

2411

396

4510

5--

Analisis Jawapan Temubual Ujian Pra

Berdasarkan analisis pengkaji dapat membuat rumusan bahawa responden kurang berminat dengan subjek pendidikan seni visual, tidak yakin dengan hasil karya sendiri, mengemari hasil rakan dan merasakan aktiviti yang dijalankan sebagai suatu yang sukar dan membebankan. Soalan 5 adalah tidak diajukan kerana tidak berkaitan dengan ujian pra

Berikut merupakan jawapan temubual semasa ujian pasca.SoalanYaTidak

1132

2150

3141

496

5105

Analisis Jawapan Temubual Ujian Pasca

Jawapan responden berubah semasa ujian pasca dan pengkaji dapat merumuskan bahawa responden menyukai subjek pendidikan seni visual, berpuas hati dengan hasil karya sendiri dan rakan, merasakan aktiviti yang dijalankan senang dikendalikan dan menyukai kaedah penggunaan template. Analisis Senarai Semak PemerhatianPengkaji melaksanakan kaedah pemerhatian berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Ianya juga dijalankan semasa ujian pra dan ujian pasca bagi mengenalpasti adakah terdapat perubahan terhadap responden.Berikut merupakan senarai semak pemerhatian yang dijalankan semasa ujian pra.PemerhatianYaTidak

1. Adakah responden menunjukkan minat terhadap aktiviti yang dijalankan?510

2. Adakah responden berusaha dengan bersunguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan?411

3. Adakah responden mempunyai alat dan bahan yang diperlukan?150

4. Adakah responden gembira dengan hasil karya sendiri?411

5. Adakah responden melakukan aktiviti lain semasa PdP dilaksanakan?213

Analisis Pemerhatian Ujian Pra

Hasil analisis pemerhatian ujian pra pengkaji dapat merumuskan responden adalah kurang berminat dengan aktiviti yang dijalankan serta kurang keyakinan diri. Responden juga tidak berpuas hati dengan hasil karya sendiri. Namun begitu, semua responden mempunyai kelengkapan alat dan bahan semasa ujian pra dijalankan.Berikut adalah analisis pemerhatian ujian pascaPemerhatianYaTidak

1. Adakah responden menunjukkan minat terhadap aktiviti yang dijalankan?150

2. Adakah responden berusaha dengan bersunguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan?141

3. Adakah responden mempunyai alat dan bahan yang diperlukan?150

4. Adakah responden gembira dengan hasil karya sendiri?123

5. Adakah responden melakukan aktiviti lain semasa PdP dilaksanakan?015

Analisis Pemerhatian Ujian Pasca

Dalam pemerhatian ujian pasca pengkaji dapat merumuskan bahawa responden telah menunjukkan perubahan yang positif. Responden telah menunjukkan minat terhadap subjek pendidikan seni dan aktiviti yang dijalankan, berusaha menghasilkan karya yang lebih baik dan lebih memberi tumpuan.

REFLEKSI KESELURUHANBerdasarkan analisis data yang telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen, pengkaji dapatlah membuat rumusan bahawa kajian tindakan yang telah dijalankan berjaya menjawab persoalan kajian. Kajian ini telah berjaya memberikan impak yang baik kepada responden terutamanya permasalahan utama dapat diselesaikan iaitu mengelakkan responden meniru hasil karya responden lain. Walaupun hasil karya responden yang terdiri daripada murid tahun 3 masih lagi dikategorikan sebagai belum menepati beberapa ciri seperti saiz dan perspektif namun ianya merupakan suatu yang sangat baik bagi peringat umur tersebut. Pengkaji juga telah belajar banyak perkara dalam menjalankan kajian ini terutamanya sebagai seorang pendidik, pengkaji sentiasa berpeluang memperbaiki teknik dan methodologi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji juga tidak boleh berputus asa dalam melahirkan insan yang cemerlang untuk masa depan negara. Pengkaji berharap hasil dari kajian tindakan pengkaji dapat digunakan oleh guru-guru pendidikan seni visual diseluruh Malaysia agar dapat membantu murid sekolah rendah menjana dan memankinkan pemikiran yang lebih kreatif.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAJika diberikan peluang akan datang, pengkaji akan membuat kajian mengenai permasalahan tona warna media kering. Ini adalah kerana hasil karya didalam kajian tindakan kali ini, pengkaji mendapati responden mampu mengaplikasikan warna yang seiras warna objek sebenar seperti hijau bagi daun, hitam bagi batu, putih bagi awan, biru untuk langit dan sebagainya namun warna tiada ton iaitu tiada kawasan daun pokok yang hijau gelap atau cerah.

KESIMPULANSecara keseluruhannya pengkaji berpuas hati dengan dapatan dari kajian tindakan ini dan berharap pihak IPG menerima kajian ini sebagai satu kajian akademik.

RUJUKANAbdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd.

Ainin Mohd,Abdullah Hassan.(1997). Seni Berfikir Kreatif. Kuala Lumpur:PTS Consultans Sdn Bhd.

de Bono E. (1970). Serious Creativity, using The Power of Lateral Thinking to Create New Idea, Rupa & Company.

Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hamidah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Anak Genius. Shah AlamSelangor: PTS Millennia Sdn BhdTony

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan suati Kajian Psikologi dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, OUM Meteor Doe (2007)

HBAE 1403 Menggambar, OUM Meteor Doe (2008)

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011). HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak Kanak. Selangor Darul Ehsan: Open Universiti Malaysia.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur : Heinemann.

Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: Blackwell Publishing.

Toh, W.S (2003) Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan : MPBL

Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional PublishingSdn Bhd.

SUMBER DARI INTERNEThttp://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.htmlhttp://izhar-dominson.blogspot.com