kajian tindakan psv 2012

49
BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Pendidikan Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan untuk memupuk minat murid. Pengenalan pelbagai strategi pengajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1

Upload: michael-dasak

Post on 27-Oct-2015

1.626 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Konstruktivisme dalam pengajaran PSV sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang

kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

kaitannya dengan mata pelajaran lain. Penggunaan strategi yang sesuai

dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan untuk memupuk minat

murid. Pengenalan pelbagai strategi pengajaran seperti Teori Kecerdasan

Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme,

Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar,

dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi Pendidikan

yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Murid sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan

aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-

sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan yang

melibatkan “hands-on” atau praktikal amat menyeronokkan bagi murid. Ini

dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang

kreatif.

Penggunaan Model Konstruktivisme dilihat menjurus kepada Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang disediakan oleh 1

Page 2: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang

menyatakan tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat

aspek utama yang dipentingkan iaitu : pemerhatian secara aktif, interaksi

yang kritis kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah

, dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Walaupun strategi pengajaran konstruktivisme banyak digunakan dalam

pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik, ianya juga boleh

digunakan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual. Ini kerana Pendidikan

Seni Visual juga boleh dipelajari secara peringkat demi peringkat.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat

bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan.

Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan

pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru,

pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan.

Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah,

teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah

yang dikatakan strategi pengajaran.

1.2 Latar belakang kajian

Pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah telah mengalami

perubahan yang ketara semenjak sedekad yang lalu. Pendidikan Seni Visual

menggantikan Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan

lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual

2

Page 3: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada

seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan

diri.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang

keberkesanan Model Konstruktivisme dalam pengajaran teknik catan di

kalangan murid Tahun 5 di SK Lobang Batu. Pengajaran Pendidikan Seni

Visual di sekolah rendah secara tradisinya lebih kepada lukisan dan

mewarna secara bebas sahaja. Murid tidak didedahkan kepada teknik dan

penggunaan warna dengan betul. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan

guru Pendidikan Seni Visual tidak mendapat latihan secara formal dalam

mata pelajaran tersebut semasa di Maktab Perguruan. Dari pemerhatian

pengkaji di beberapa buah sekolah yang pernah pengkaji mengajar,

kebanyakan masa Pendidikan Seni Visual digunakan untuk menambah

bilangan waktu mengajar mata pelajaran teras untuk tujuan peningkatan

keputusan peperiksaan.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada

pengkaji untuk mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk

meningkatkan keberkesanan pencapaian objektif pengajaran. Kurikulum

Pendidikan Seni Visual juga penting dalam pembentukan nilai dan sahsiah

murid selaras dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Negara.

Proses pembelajaran yang disertakan dengan minat dan keyakinan yang

tinggi akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha untuk mencapai

kejayaan. Hal ini adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang

3

Page 4: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

melibatkan tindak balas antara mental, fizikal dan rohani kepada murid-

murid.

Menurut Shahabuddin, Dr. Rohizani, dan Mohd. Zohir (2003),

pembelajaran adalah proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku

murid secara berterusan yang dapat mendorong mereka untuk memajukan

diri sendiri hasil daripada ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Oleh yang

demikian, keinginan dan minat terhadap pembelajaran adalah elemen yang

penting yang perlu dipupuk dalam murid untuk membantu mereka mencapai

kemajuan. Adalah sukar untuk menerapkan ilmu dan kemahiran kepada

murid jika murid itu sendiri tidak berminat untuk belajar. Justeru, guru perlu

mempelbagaikan teknik dan pendekatan supaya murid berasa seronok dan

berminat untuk terus mempelajari sesuatu yang diajar.

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak

menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman

yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan

kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentaksiran. Murid belajar

melalui pengamatan dan seterusnya disimpan di benak fikiran mereka.

Sesuatu pengalaman yang diperolehi akan digunakan apabila murid

menghadapi situasi yang ada persamaan dengan apa yang telah dipelajari.

Teori konstruktivisme memberi fokus terhadap pengalaman sedia ada murid

untuk membina idea yang baru. Murid perlu diberi peluang untuk membuat

latihan secara “cuba-jaya” supaya dapat membandingkan hasil kerja

terdahulu dan yang terbaru. Secara tidak langsung, murid akan dapat

membina keyakinan diri sendiri dalam penghasilan sesuatu karya seni.

4

Page 5: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

1.3 Pernyataan Masalah

Sebilangan besar murid-murid Tahap Dua di SK Lobang Batu dilihat

belum mampu untuk menghasilkan sesuatu karya catan dengan teknik yang

betul. Murid-murid tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Ini kerana ,

mereka tidak didedahkan dengan teknik dan cara yang betul dalam

penghasilkan karya catan. Terdapat sebilangan kecil murid di Tahun Lima

yang mampu menghasilkan catan yang baik sesuai dengan peringkat umur

kanak-kanak 10 hingga 12 tahun. Lazimnya, murid yang boleh menghasilkan

catan yang baik mempunyai minat dan keinginan yang tinggi terhadap

proses penghasilan catan. Mereka dilihat begitu memberi perhatian kepada

guru atau gambar yang menunjukkan teknik catan. Adalah diharapkan agar

melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan yang

terdapat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

konstruktivisme.

Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk menarik

minat murid kepada bidang menggambar, khususnya teknik catan supaya

murid dapat mengembangkan bakat yang ada dan seterusnya menjadi

seorang yang berkebolehan dalam bidang tersebut. Memang tidak dinafikan ,

bukan semua murid akan menjadi pelukis atau artis yang hebat. Itu bukanlah

objektif utama dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual. Apa yang lebih

penting, murid akan dapat menerapkan nilai-nilai apresiasi terhadap sesuatu

5

Page 6: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

karya seni dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti-

aktiviti seni visual.

Kajian ini akan menjadi petunjuk yang berguna dalam mengenalpasti

keupayaan serta kesediaan murid menerima pengajaran yang lebih

sistematik melalui Model Konstruktivisme. Murid-murid Tahun Lima yang

dijadikan sampel kajian diharapkan akan mendapat maklum balas positif

demi kebaikan bersama.

Pengkaji juga mempunyai keinginan melihat 80% muridnya mampu

menghasilkan karya catan yang lebih baik setelah diajar menggunakan

strategi konstruktivisme.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini sangat penting untuk mengenalpasti adakah strategi

konstruktivisme dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual . Terdapat banyak kajian yang

melibatkan strategi konstruktivisme untuk mata pelajaran sains, matematik,

sejarah, dan reka cipta tetapi kajian melibatkan Pendidikan Seni Visual

adalah amat kurang. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kajian ini akan

dapat menyumbang dalam mempertingkatkan kaedah dan pendekatan

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

6

Page 7: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada Model Konstruktivisme

diaplikasikan secara sistematik untuk mencapai objektif berikut:

i. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan berkaitan unsur seni dan

prinsip rekaan dalam bidang catan.

ii. Murid boleh menerima penggunaan teori konstruktivisme dalam

pembelajaran bidang catan.

iii. Murid menunjukkan minat terhadap Pendidikan Seni Visual khususnya

bidang catan .

1.6 Persoalan Kajian

i. Apakah murid dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan

dalam karya catan?

ii. Adakah teori konstruktivisme memberi kesan terhadap penerimaan

murid dalam bidang catan?

iii. Mampukah penggunaan teori konstruktivisme menjelaskan tahap

penerimaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bidang catan?

1.7 Kepentingan Kajian

7

Page 8: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Kajian mengenai pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting untuk

meningkatkan mutu pengajaran mata pelajaran tersebut dan demi

merealisasikan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dalam Kurikulum

Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Keberkesanan pendekatan

konstruktivisme juga akan menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni

Visual seiring dengan mata pelajaran lain dalam pembentukan keperibadian

dan sahsiah murid secara menyeluruh.

Guru-guru juga mendapat manfaat dari hasil kajian yang mana akan

memberi impak terhadap cara mereka menyampaikan isi dan kemahiran

pelajaran kepada murid. Secara tidak langsung, hasil kajian ini akan

memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ke tahap yang

lebih tinggi.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 5 di SK Lobang Batu yang

mempunyai pencapaian berbeza dari segi tahap penerimaan pembelajaran.

Ianya hanya melibatkan sekolah yang dicadangkan sahaja dan tidak

menunjukkan prestasi keseluruhan sekolah dalam Daerah Serian. Hasil

kajian ini boleh digunakan oleh sekolah-sekolah berdekatan untuk mengajar

subjek berkenaan pada masa akan datang jika terbukti berkesan.

8

Page 9: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pembincangan tertumpu kepada teori-teori dan hubungkaitnya

dengan kajian-kajian yang telah dilakukan menggunakan strategi

konstruktivisme. Perbincangan ini meninjau penulisan berkaitan teori-teori

yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme,

faedah-faedah pembelajaran konstruktivisme, minat dan motivasi murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme.

2.2. Kajian Literatur

Pembelajaran secara konstruktivisme berasaskan teori yang telah

dikemukakan oleh penulis-penulis teori konstruktivisme dengan bantuan

penulis-penulis lain teori ini. Teori-teori ini saling berhubung kait antara satu

sama lain untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam membantu murid mencapai satu tahap keberkesanan

melalui pembelajaran konstruktivisme.

Menurut Sharifah Maimunah(2001), pembelajaran konstruktivisme ini

bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh

B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkah laku ke atas pelajar. 9

Page 10: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah

laku kepada pelajar .Contohnya, daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini,

kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang

diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah

mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur

mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data

maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai

dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya

lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan

terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan

pengetahuan sedia ada mereka.

Antara pelopor teori konstruktivisme ialah Piaget(1970), Brunner dan

Brand (1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994),

McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999) kelebihan teori

konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif

melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan

pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar.

Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur

kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat

pengetahuan atau pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978)

menjelaskan seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur

kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan

pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai

10

Page 11: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh

berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali

sebagai tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam

struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi iaitu berdasarkan

pengetahun yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich

(1993) konsep baru juga boleh dibina dengan menggabungkan konsep-

konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini dikenali sebagai parcing.

Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran

kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkan

perkara yang dipelajari dan pengetahuan yang sedia ada pada yang mereka.

Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang

sesuatu perkara.

Kajian Sharan dan Sachar (1992), disebut dalam Sushkin (1999)

membuktikan kumpulan pelajar yang diajar menggunakan pendekatan

konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan

berbanding kumpulan pelajar yang diajar menggunakan pendekatan

tradisional. Kajian Caprio (1994) dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa

pendekatan konstruktivisme dapat membantu pelajar untuk mendapatkan

pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.

2.3 Kajian Berkaitan Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu

pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran

berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata

11

Page 12: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

pelajaran sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep

baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah,

sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan . Beliau menambah, teori

konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam

sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik

mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting

kerana ia merupakan satu perubahan paradigm daripada pendekatan yang

berasaskan teori kognitif . Model Konstruktivisme yang digunakan dalam

kajian ini terdiri daripada lima fasa seperti berikut :

a. Orientasi

Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar

terhadap pelajaran . Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan

tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.

b. Pencetusan Idea

Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil,

menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan

menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang

akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan

berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu

sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing

dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat

pembelajaran inkuiri.

c. Penstrukturan semula idea

12

Page 13: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk

membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan ,

dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan

berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar

membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan.

Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

d. Aplikasi idea

Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan

masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan

menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar.

e. Refleksi

Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan

merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan

kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat

sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan

kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi

pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

Menurut Ng(1999), konstruktivisme menegaskan proses dalam mana

pelajar mencipta dan mengembangkan idea. Dalam Pendidikan Seni Visual,

pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama

kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang

lebih kreatif, estetik dan berkualiti. Sebagai contohnya, dalam pelajaran teori

seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar

13

Page 14: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru

untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka. Pelajar juga boleh

diperkenalkan pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna

yang bertindak negatif, dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan

suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Melalui

pembelajaran konstruktif, pelajar akan memperoleh maklumat, membentuk

konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan warna-warna

yang beraneka jenis di persekitaran mereka.

Dalam abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular.

Teori ini berlatarbelakangkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira

bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang

dipelajari dan difahami oleh mereka.(Bruning, Schraw, & Ronning, 1995).

Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar dan

bukan hanya disebarkan oleh perseorangan (Driver, Squires, Ruswork &

Wood, 1994). Konstruktivis percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan

membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan

hendak tahu berdasarkan pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993; Fosnot,

1989; Piaget, 1954). Dalam persekitaran ini guru memainkan peranan

sebagai pemudahcara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama

lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam

menyelesaikan masalah yang diberi. Pandangan konstruktivisme ini sesuai

dengan pengajaran Pendidikan Seni Visual.

Antara pendekatan konstruktivis dalam pembelajaran ialah teori

pengajaran inkuiri oleh Collins dan Stevens (1993) dan pembelajaran secara

14

Page 15: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

penerokaan (discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle)

oleh Lawson (1995). Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok

konstruktivis ini adalah berpusatkan kepada pelajar di mana pembelajaran

berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Konstruktivis

percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif, spontan dan arahan

kendiri adalah perlu (Lawson, 1995). Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup

dan perlu dijiwai, maka pengajaran Pendidikan Seni Visual sewajarnya

adalah sentiasa aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif.

Maka kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens

(1993) dan Lawson (1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran

Pendidikan Seni Visual.

15

Page 16: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan bagi tujuan meninjau keberkesanan terhadap

penggunaan kaedah pengajaran konstruktivisme di kalangan murid Tahun 5,

dalam bidang menggambar teknik catan. Bab ini merangkumi reka bentuk

kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian serta pengumpulan

data untuk penganalisaan data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau penggunaan teori

konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran teknik catan dengan

menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Menurut

McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki

atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan

guru menjadi lebih sedar tentang amalam mereka sendiri, menjadi kritis

terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-

amalan. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan

berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan

empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk

16

Page 17: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut

pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4

memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia

berlaku dan membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini

dilaksanakan adalah selama 8 minggu.

3.3 Sampel Kajian

Seramai 20 orang murid di kelas Tahun Lima, SK Lobang Batu telah diambil

sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah berdasarkan Model Krejcie

& Morgan (1970). Murid-murid ini dipilih secara rawak dengan tahap

pencapaian akademik yang berbeza. Sebagai responden, murid-murid ini

akan diajar bersama-sama dalam satu kelas sahaja. Murid-murid akan

dipantau melalui pemerhatian guru dan diminta melengkapkan borang soal-

selidik.Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan

tindakan yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif, pengkaji akan

menggunakan dua bentuk instrumen yang boleh menyokong kajian ini.

Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik dan borang pemerhatian.

3.4 Alat Kajian

3.4.1 Borang Soal Selidik

Sampel kajian akan diberikan satu Borang Soal-selidik untuk mendapat

maklum balas dan maklumat untuk mendapat data kajian. Soalan soal selidik

dibahagikan kepada tiga bahagian di mana setiap bahagian mengandungi 5

soalan. Responden dikehendaki mengisi borang dengan pernyataan ‘Ya’

17

Page 18: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

atau ‘Tidak’ sahaja. Borang soal selidik akan diberikan kepada responden

selepas 8 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.4.2 Borang Pemerhatian

Sampel kajian akan dipantau melalui pemerhatian berstruktur.

Responden akan dinilai dari segi pemerolehan ilmu pengetahuan, kaedah

pengajaran guru dan minat serta sikap murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Setiap perubahan akan dicatat sebagai data yang

akan digunakan dalam kajian. Keadaan kesihatan dan emosi murid tidak

akan diambil kira sebagai data kajian. Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh kajian.

3.5 Prosedur Kajian

Kajian dijalankan dengan memberikan rawatan selama 8 minggu

dengan mengaplikasikan pengajaran menggunakan teori konstruktivisme

kepada 20 orang murid Tahun 5 yang dipilih sebagai responden kajian.

Pengkaji akan membuat pemerhatian dari segi pemerolehan ilmu,

penerimaan murid terhadap pengajaran guru serta minat dan kecenderungan

murid terhadap bidang catan, sepanjang tempoh kajian. Di akhir kajian,

responden akan diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat

yang diperlukan sebagai data mentah. Hasil dapatan kajian akan dianalisis

menggunakan perisian MS Excel untuk mendapatkan keputusan kajian.

18

Page 19: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

BAB 4

RUMUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan bagaimana data mentah yang diperolehi dari hasil

kajian diproses dan dianalisa. Pengkaji menggunakan soal selidik dan

pemerhatian untuk mengumpul data dan di proses menggunakan aplikasi

MS Excell untuk mendapatkan keputusan kajian.

4.2 Keputusan Kajian

4.2.1 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang

pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 20 100%

TIDAK 0 0%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.1 Adakah anda tahu tentang warna asas?

19

Page 20: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik, menunjukkan semua

responden menjawab YA untuk soalan tentang warna asas. Ini disebabkan

kebanyakkan responden telah didedahkan dengan warna asas sejak dari

Tahun 1 lagi. Pengetahuan tentang warna asas merupakan pengetahuan

paling penting dalam Pendidikan Seni Visual terutama sekali dalam aktiviti

catan. Ini menunjukkan responden telah menggunakan pengetahuan sedia

ada yang mereka pelajari dan digabungjalinkan dengan pengetahuan baru.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 18 90%

TIDAK 2 10%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.2 Anda faham tentang campuran warna ?

Terdapat 90% responden memberikan jawapan YA untuk soalan tentang

campuran warna sementara 10% menjawab TIDAK. Terdapat perbezaan

yang ketara dari segi jumlah dan peratus responden yang menjawab ya atau

tidak untuk soalan ini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, responden terdiri

dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh yang demikian diandaikan

responden mempunyai tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran

yang berbeza. Menurut Henich, Molenda, Russel dan Samaldino.(1999)

seperti yang dipetik dari www.sajadstudio.info , menyatakan pendekatan

20

Page 21: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

pembelajaran secara konstruktivisme menekankan bahawa manusia

memperoleh pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya.

Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di

mana pelajar menginterpretasikan sendiri maklumat tanpa mengikut apa

yang dipetakan oleh orang lain.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 13 65%

TIDAK 7 35%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.3 Anda tahu teknik catan ?

Hasil soal selidik juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

ketara di kalangan responden tentang teknik catan. 13 orang responden

menjawab YA sementara 7 responden menjawab TIDAK. Melalui

pemerhatian yang dilakukan mendapati sebilangan besar responden dapat

menghasilkan catan mengikut teknik yang telah ditunjukkan oleh guru atau

tayangan video dari Youtube. Terdapat juga responden yang masih

berusaha menghasilkan catan dengan teknik-teknik yang ditunjukkan.

Menurut Ng.(1999), konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar

mencipta dan mengembangkan idea. Melalui pengalaman dan proses cuba

jaya, pelajar akan meningkatkan kemahiran dan mampu mencipta sesuatu

21

Page 22: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

yang baru. Menguasai sesuatu kemahiran memerlukan masa dan tempoh

yang tertentu mengikut tahap pencapaian pelajar.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 5 25%

TIDAK 15 75%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.4 Anda tahu unsur seni dan prinsip rekaan ?

Jadual 4.1.4 menunjukkan hanya 5 orang responden atau 25% sahaja tahu

tentang unsur seni dan prinsip rekaan. 75% atau 15 orang mengatakan tidak

tahu. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi jumlah responden

yang menjawab ya dan tidak untuk soalan ini. Perkara ini mungkin

disebabkan oleh kurang kefahaman murid tentang unsur seni dan juga

prinsip rekaan. Ini kerana tajuk unsur seni dan prinsip rekaan merupakan

tajuk yang luas dan memerlukan penelitian dan pemahaman yang

mendalam. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati murid boleh

menghasilkan catan yang menunjukkan adanya unsur seni dan prinsip

rekaan tanpa disedari. Responden akan memahami tentang unsur seni dan

prinsip rekaan melalui penerokaan dan pembacaan yang lebih meluas.

22

Page 23: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 16 80%

TIDAK 4 20%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.5 Anda boleh menghasilkan karya catan sendiri ?

Dapatan kajian melalui soal selidik mendapati, seramai 16 orang responden

boleh menghasilkan karya catan sendiri atau sebanyak 80% manakala 4

orang responden menyatakan tidak. Jika dilihat secara kuanlitatif, perbezaan

di antara kedua-dua responden yang memberikan jawapan ya dan tidak

adalah besar. Ini boleh dijelaskan dengan mengambil kira tahap pencapaian

responden terhadap kemahiran dan pengetahuan yang diajar. Kebanyakan

responden yang menjawab YA, menunjukkan minat terhadap aktiviti catan

dan mereka berusaha menghasilkan karya yang terbaik manakala responden

yang menyatakan tidak boleh bukan bermakna mereka memang tidak boleh

menghasilkan karya sendiri. Kumpulan responden ini, jika diperhatikan masih

belum menguasai kemahiran yang diperlukan dalam penghasilan karya

catan. Melalui tempoh dan masa yang tertentu, mungkin mereka akan dapat

melakukan yang lebih baik. Pembelajaran secara konstruktivisme

menumpukan pemusatan kepada murid di mana pembelajaran berlaku hasil

23

Page 24: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

usaha atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Oleh yang demikian, tempoh

kajian yang dijalankan tidak boleh menjadi kayu pengukur sebenar

keupayaan responden yang dikaji. Ianya mengikut tahap dan kesediaan

mereka masing-masing.

4.2 Perbandingan peratusan terhadap responden tentang kaedah

pengajaran guru.

Dalam kajian yang dijalankan, kaedah pengajaran dan pembelajaran

konstruktivisme telah ditekankan. Seseorang guru telah mempraktikkan

pendekatan konstruktivisme sekiranya melakukan perkara seperti memberi

peluang kepada murid mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep,

semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah, pelajaran

berpusatkan murid, aktiviti berasaskan “hands-on” dan “minds-on”. Guru juga

tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid dan murid banyak

berinteraksi dengan murid lain dan guru.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 15 75%

TIDAK 5 25%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.1 Guru membuat demonstrasi semasa mengajar?

24

Page 25: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Berdasarkan Jadual 4.2.1 di atas, terdapat seramai 15 orang atau 75%

responden menyatakan guru membuat demonstrasi semasa pengajaran .

Dalam hal ini, guru hanya membuat demonstrasi dan murid akan melakukan

sendiri aktiviti catan dengan berpandukan apa yang telah ditunjukkan

dengan cara dan teknik mereka sendiri. Guru bertindak sebagai fasilitator

sahaja. Melalui “hands-on”, murid akan berasa lebih dekat dengan apa yang

mereka lakukan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran

dan pengetahuan mereka. Demonstrasi adalah salah satu kaedah di mana

guru sebagai fasilitator akan memberikan tips dan cara melakukan aktiviti.

Ianya juga merupakan kaedah yang boleh memberikan motivasi kepada

pelajar untuk melakukan yang terbaik.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 14 70%

TIDAK 6 30%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.2 Guru hanya menjadi pembimbing semasa proses

pengajaran.

Semasa proses pengajaran teknik catan dengan kaedah konstruktivisme,

murid dibiarkan membina pengetahuan dan kemahiran yang hendak

diterapkan dengan sendiri melalui proses cuba jaya, inkuiri penemuan dan

25

Page 26: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

juga kerja kumpulan. Guru pada peringkat ini hanyalah sebagai pembimbing

sahaja. 14 orang responden bersetuju dengan penyataan guru hanya

menjadi pembimbing semasa proses pengajaran iaitu 70% berbanding 30%

yang tidak bersetuju. Oleh itu ,bolehlah dijelaskan bahawa jumlah responden

yang menjawab YA melebihi jumlah responden yang menjawab TIDAK.

Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan perlu dijiwai, maka pengajaran

Pendidikan Seni Visual khasnya bidang catan sewajarnya adalah sentiasa

aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan murid dan konstruktif.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 16 80%

TIDAK 2 20%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.3 Guru membenarkan murid menghasilkan karya sendiri?

Merujuk kepada Jadual 4.2.3, mendapati sebanyak 80% responden iaitu

16/20 menyatakan guru membenarkan pelajar menghasilkan karya catan

sendiri sementara 20% responden yang mewakili 2/20 orang menyatakan

tidak. Jelas di sini menampakkan kaedah pengajaran guru memberikan

ruang dan peluang kepada pelajar untuk meneroka teknik catan selain dari

teknik yang telah ditunjukkan. Pelajar akan mencuba pelbagai teknik dan

cara yang berlainan dalam menghasilkan karya catan yang berbeza-beza.

26

Page 27: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Selain itu, kaedah pengajaran guru menunjukkan bahawa guru

mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Hasil dari kaedah pengajaran ini tidak dapat diukur secara

kuantitatif tetapi dinilai melalui hasil kerja pelajar dari segi penerapan nilai

dan estetika seni, sahsiah dan sikap pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konstruktivisme adalah berasaskan kepada premis bahawa kita semua

membina perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu dan skema. Oleh itu,

melalui proses pengulangan dan pemantapan, skema akan membentuk konsep.

YA/TIDAK BILANGAN

RESPONDEN

PERATUS(%)

YA 8 40%

TIDAK 12 60%

JUMLAH 20 100%

Jadual 4.2.4 Guru tidak memberi jawapan kepada soalan yang ditanya?

Dalam kaedah konstruktivisme, guru bertindak sebagai pembimbing dan

bukan pemberi maklumat. Pelajar dikehendaki meneroka sendiri untuk

mendapatkan jawapan bagi sesuatu soalan. Oleh kerana responden yang

menjadi sampel kajian terdiri dari pelbagai aras kecerdasan maka timbullah

keadaan di mana mereka perlu diberikan sedikit bantuan supaya dapat

memahami apa yang diajar. Hasil soal selidik mendapati bilangan responden

yang menjawab TIDAK (60%) mengatasi bilangan yang menjawab YA

27

Page 28: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

(40%). Dalam hal ini, hasil kajian mendapati jumlah responden yang

menjawab YA dan TIDAK menampakkan perbezaan yang ketara. Brooks &

Brooks, 1993: Fosnot, 1989, Piaget ,1954, menjelaskan , seseorang pelajar

itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan

tujuan dan keinginan hendak tahu berdasarkan pengalaman. Guru

memainkan peranan sebagai pemudahcara sahaja.

4.3 Perbandingan peratusan responden mengenai minat terhadap catan

Bil Soalan YA TIDAK BEZA

1. Saya suka belajar dengan mencuba sendiri ?

15

75%

5

25%

10

50

2. Saya suka cara guru mengajar teknik catan ?

16

80%

4

20%

12

60%

3. Cara guru mengajar menjadikan saya lebih meminati PSV?

18

90%

2

10%

16

80%

4. Saya lebih banyak belajar dengan cara yang digunakan oleh guru?

17

85%

3

15%

14

70%

5. PSV adalah mata pelajaran yang menyeronokkan?

18

90%

2

10%

16

80%

6. Saya lebih yakin untuk menghasilkan catan sekarang?

15

75%

5

25%

10

50%

Jadual 4.3.1 Kecenderungan dan minat murid terhadap Pendidikan

Seni Visual28

Page 29: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari soal selidik tentang minat dan

kecendungan murid terhadap Pendidikan Seni Visual amnya dan bidang

catan khasnya, dapat diperhatikan yang bilangan responden yang menjawab

YA bagi lapan soalan yang berkaitan adalah sangat ketara. Untuk soalan 1,

Saya suka belajar dengan cara sendiri, 15 orang responden atau 75%

menjawab YA dan 5 responden atau 25% menjawab TIDAK. Dari

pemerhatian, responden menunjukkan minat untuk menghasilkan catan

setelah ditunjukkan hasil karya oleh orang lain dari internet dan juga

gambar. Responden lebih gemar melakukan sendiri karya kerana mereka

berasa lebih bebas dan tidak terkongkong. Pengajaran konstruktivisme

menekankan kepada pengajaran berpusatkan murid dan dapatan kajian

menjelaskan mengenai teori tersebut.

Bagi soalan 2, seramai 16 orang atau 80% responden menyatakan YA.

Responden yang bersetuju dengn penyataan tersebut mengatasi bilangan

yang tidak bersetuju. Ini jelas menunjukkan responden suka dengan teknik

dan cara yang digunakan oleh guru untuk mengajar catan. Kaedah yang

digunakan oleh guru banyak memberikan ruang kepada murid untuk

meneroka teknik-teknik catan melalui demonstrasi dan juga tayangan video.

Melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas responden semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran, didapati mereka sangat berminat dengan

cara sesuatu karya catan dihasilkan secara berperingkat. Pengkaji sendiri

telah menggunakan tayangan video untuk belajar teknik catan terutamanya

cat air. Dengan cara ini, pengkaji berasa ianya lebih seronok dan mudah

29

Page 30: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

untuk diikuti Andaian ini boleh dibuat terhadap responden . Responden juga

berasa lebih seronok dan lebih faham apa yang hendak disampaikan.

Bagi soalan 3, peratusan responden yang menjawab “ya” adalah sangat

tinggi iaitu 90%. Ini dapat ditafsirkan bahawa kebanyakan responden sangat

berminat dengan kaedah guru mengajar Pendidikan Seni Visual terutama

sekali dengan teknik catan air. Responden juga melibatkan diri secara aktif

dalam sesi pembelajaran . Kecenderungan murid terhadap satu-satu mata

pelajaran sangat dipengaruhi oleh cara dan kaedah yang digunakan oleh

guru dalam penyampaian isi pelajaran. Selain itu guru juga perlu menguasai

kemahiran yang perlu dalam sesuatu bidang dan menyampaikan ilmu

tersebut dengan cara yang paling mudah untuk diterima oleh murid.

Bagi soalan 4, terdapat 17 orang responden atau 85% bersetuju dengan

pendapat bahawa mereka lebih banyak belajar dengan cara yang digunakan

guru untuk mengajar Pendidikan Seni Visual ,teknik catan 8 orang atau 15%

pula diandaikan tidak bersetuju kerana mereka belum lagi menguasai

sesuatu kemahiran yang diperlukan dalam penghasilan catan. Dari

pemerhatian pengkaji, kebanyakan responden yang menjawab “tidak”

mempunyai latar belakang akademik yang lemah.

Soalan 5 pula adalah berkaitan dengan minat responden terhadap

Pendidikan Seni Visual khasnya teknik catan. Hasil kajian mendapati 18

orang atau 90% responden menjawab “ya” dan hanya 2 orang atau 10%

responden menjawab “tidak”. Bilangan responden yang menyatakan

Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran yang menyeronokkan

mengatasi bilangan responden yang tidak setuju. Pada hakikatnya, mata

30

Page 31: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

pelajaran PSV di sekolah rendah sememangnya sangat diminati oleh murid.

Ini kerana melalui mata pelajaran ini, murid dilihat bebas berkarya dan

berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas. Namun tidak semua murid

berasa seronok disebabkan oleh pendekatan yang digunakan oleh guru yang

lebih banyak menggunakan cara mewarna gambar sahaja setiap kali

mengajar mata pelajaran PSV. Pendekatan yang pelbagai perlu untuk

mengajar Pendidikan Seni Visual supaya murid dapat mengekalkan minat

dan keseronokan belajar dan seterusnya akan menjadi lebih kreatif.

Bagi soalan 6 yang menyoal tahap keyakinan responden dalam

menghasilkan karya catan, hasil soal selidik mendapati 15 responden atau

75% menjawab ‘YA’ berbanding 5 atau 25% responden memberikan

jawapan ‘TIDAK’. Melalui dapatan ini, bolehlah diandaikan bahawa melalui

pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah

meningkatkan keyakinan responden untuk menghasilkan karya catan sendiri.

Pembelajaran dengan teori konstruktivisme merupakan satu kaedah

pembelajaran yang memerlukan murid membuat refleksi dan

mengaplikasikan pengetahuan yang mereka telah pelajari. Oleh yang

demikian, murid perlu diberikan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu

kemahiran dengan cara cuba jaya.

BAB 5

31

Page 32: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

LAPORAN KAJIAN

5.1 Rumusan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah teori

konstruktivisme mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid

terhadap teknik catan, menentukan keberkesanan pengajaran guru

menggunakan kaedah konstruktivisme dan menilai tahap penerimaan serta

minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual khususnya dalam bidang

catan.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dalam kalangan

murid setelah rawatan iaitu diajar dengan kaedah konstruktivisme selama

lapan minggu. Dapatan kajian diperolehi dari hasil soal selidik dan juga

pemerhatian secara konsisten sepanjang tempoh kajian. Responden yang

terdiri dari murid Tahun 5 seramai 20 orang telah dipilih secara rawak

berdasarkan latar belakang pengetahuan sedia ada yang pelbagai.

Kajian menunjukkan peratusan responden yang menjawab ‘YA’ bagi objektif

kajian untuk menentukan peningkatan kemahiran dan pengetahuan murid

adalah melebihi peratusan yang memberikan jawapan ‘TIDAK’. Ini dapatlah

dirumuskan bahawa tahap peningkatan kemahiran dan pengetahuan murid

menampakkan perubahan yang ketara setelah didedahkan dengan teori

konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi objektif kajian untuk menentukan keberkesanan pengajaran guru

menggunakan kaedah konstruktivisme pula, responden telah menjawab ‘YA’

melebihi responden yang menjawab ‘TIDAK’ bagi tiga dari empat soalan

32

Page 33: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

yang berkaitan. Ini menunjukkan kaedah pengajaran guru diterima baik oleh

murid dan merupakan satu petanda positif ke arah kebaikan dalam pedagogi

bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri.

Untuk menjawab objektif kajian yang ketiga iaitu, mengenalpasti tahap

penerimaan dan minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual , khususnya

bidang catan, peratusan responden yang menjawab ‘YA’ juga melebihi

peratusan yang menjawab ‘TIDAK’ untuk enam daripada enam soalan yang

diberikan. Hasil soal selidik menjelaskan pengajaran dan pembelajaran

secara konstruktivisme mampu meningkatkan minat dan penerimaan murid

pada mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini kerana, konstruktivisme

memberikan kebebasan kepada murid untuk meluahkan idea dan bakat

masing-masing di dalam kelas. Kaedah ini mungkin nampak seperti murid

tidak belajar dan kelas tidak terkawal, tetapi secara realitinya, murid lebih

cenderung untuk belajar dengan cara ini, terutama sekali untuk mata

pelajaran PSV. Secara umumnya, penggunaan teori konstruktivisme boleh

digunakan dalam pengajaran bidang catan dan boleh juga digunakan untuk

mengajar bidang lain.

33

Page 34: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

5.2 Cadangan kajian seterusnya

Dengan adanya kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk menentukan

keberkesanan teori konstruktivisme dalam bidang catan maka adalah

diharapkan agar menyusul lebih banyak lagi kajian penyelidikan yang

berkaitan dengan bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual khususnya di

peringkat sekolah rendah.

Kajian penyelidikan yang dijalankan merupakan asas untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan pada masa

akan datang khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara

cadangan kajian seterusnya adalah penyelidikan tentang keberkesanan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam meningkatkan

kemahiran dan minat murid terhadap apresiasi seni dalam kalangan murid-

murid sekolah rendah. Kajian ini dilihat amat penting untuk mengukur sejauh

mana kurikulum Dunia Seni Visual yang digubal mampu meningkatkan minat

murid dalam Pendidikan Seni Visual.

34

Page 35: KAJIAN TINDAKAN PSV 2012

Senarai Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Modul Pembelajaran Secara

Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd. Majid Kontig (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa

Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam

Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya Dalam

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Modul Pembelajaran Secara

Konstruktivisme . Pusat Perkembangan Kurikulum.

Noraini Mohamed (2004) . Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa

Needham Dipraktikkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di

Sekolah. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Chang H.W. (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diane S. Samsudin, Hanafi Atan, Guan S.K , Mohd Zubir M Jafri, Ong L.K.

dan Rozhan M. Idrus, Kesan Pembelajaran Konstruktivisme Berasaskan

Laman Web Di Kalangan Pelajar Fizik Universiti Sains Malaysia.

www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv

35