psv tugasan

39
PSV 3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL  PENSYARAH : ENCIK RAZAK PEMBENTANG :  JUPERILA BT PURISILI G.MARYSIAH MICHAEL ASANG PISMP SEM 6 PEND.KHAS MB

Upload: aprielle-cae

Post on 13-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pismp semester 6

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARAN

PSV 3113PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENSYARAH : ENCIK RAZAK

PEMBENTANG :JUPERILA BT PURISILIG.MARYSIAH MICHAEL ASANG

PISMP SEM 6 PEND.KHAS MB

PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARANDEFINISI:Proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

Pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran : MONTGROMERYSekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan.Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.

Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.

Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan.

Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendektan yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran :Student learning outcomes (SLO)- Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.2. Student progress outcomes (SPO)Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya.Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata.Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.

Kebaikan kepada pelajar:Faham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan.Pentaksiran lebih konsisten dan telus.Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.Kebaikan kepada penilai:Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.Kebaikan kepada sekolahBukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid.Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang.Menerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANDEFINISISatu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang difahami.

PRINSIP-PRINSIPPentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta peluang kendiri.Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai.Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.

Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi, dialog dan membuat keputusan.Guru hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang komen yang telah dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan bagi memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.

CIRI-CIRIProses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangkan yang dihadapi.Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh oleh pendidik dan guru. Informasi ini dijangkakan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang seterusnya. Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan, strategik arahan dan sumber yang dikehendaki.

PERANAN GURUMengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu pelajar bergerak maju dalam pembelajaran.Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.

CARA MELAKSANAKANGuru memaklumkan kriteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan dalam sesuatu karya. Jika terdapat kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap karya yang dipamerkan.Guru menunjuk cara tentang bagaimana kriteria boleh dicapai melalui latihan dan melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.Guru menyediakan contoh-contoh karya yang baik dan berkualiti untuk membimbing pelajar dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang diharapkan.Guru memberi maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk ditambahbaikan.KEBAIKANBagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan kepada pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar.Guru menggunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAKDEFINISIProses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAKPROSESPENGHAKIMANMAKLUMATPRODUKKATEGORISIKAPPERWATAKAN UMUM DAN PERKEMBANGAN EMOSIMINAT DAN KEUTAMAANTRAIT TINGKAHLAKUKONSEP KENDIRISikap- sikap pengkarya dalam bekarya.Perwatakan umum dan perkembangan emosi Perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan.Minat dan keutamaan- Lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut minat dan dan keutamaan mereka.Trait tingkahlaku- Tingkah laku pengkarya mampu mempengaruhi produk. Contohnya cara bekerja, dan stail mereka dalam menghasilkan karya.Konsep kendiri Pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

Teknik pentaksiran pembentukan watakProjektif (Skala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman)Skala kadar (darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini boleh dilakukan di dalam kumpulan.Laporan Kendiri- Refleksi tentang produk sendiriPengukuran situasiProsedur pemerhatian

PENTAKSIRAN KENDIRIDEFINISIKonsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. 2 caratanggapan diri seseorang individuproses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

FUNGSIDalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, danmembolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

KAEDAH1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklahmeyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaranmengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrikmembimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya.Pentaksiran dan Motivasi Bagaimana sesuatu kajian yang dibuat dapat memotivasikan pelajar.

Klein (2002), pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan.

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna.

Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

Pendidik dan pelajar menggunakan dapatan dan hasilan daripada pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan dengan pembelajaran mereka.

Contoh:

pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya tetapi ada yang bertindak disebabkan takut untuk gagal, mungkin kerana minat atau rasa bertanggungjawab kepada ibu bapa.

Hasil kerja perangai / tingkah laku di sekolah

Pentaksiran Nilai dan Sahsiah Menggunakan inventori untuk mengenal pasti minat / sikap terhadap sesuatu. Contoh:

ujian INSAK

objektif: kompenan ujian ini adalah bertujuan untuk memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan; mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.

Pentaksiran berbantukan komputerPentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium. Contoh: Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Program PJJ menggunakan audio kaset, video, siaran telesidang, komputer sidang, e-mail untuk mendapatkan akses kepada pengajar.