psv pualaman

9
Definisi Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atas kertas tersebut. Hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti. Asal usul Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni. Alat dan bahan 1. Cat Minyak 2. Kaca 3. Pisau palet 4. Bekas berisi air 5. Kertas lukisan (yang Pualaman

Upload: kaiyi-chung

Post on 11-Dec-2015

1.041 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Definisi

TRANSCRIPT

Page 1: Psv Pualaman

Definisi

Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna

terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atas kertas

tersebut. Hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau

kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.

Asal usul

Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan

dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang

sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak.

Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua

orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.

Alat dan bahan

Proses penghasilan

1. Bekas diisikan dengan air

2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri

3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki

4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan

dengan cepat

5. Keringkan

1. Cat Minyak

2. Kaca

3. Pisau palet

4. Bekas berisi air

5. Kertas lukisan (yang agak tebal )

6. Penipis (Thinner)

Pualaman

Page 2: Psv Pualaman

Contoh-contoh penghasilan pualaman

Page 3: Psv Pualaman

Definisi

Titisan adalah teknik menggunakan warna lilin ataupun krayon yang dititis di atas

sesuatu permukaan. Teknik ini memerlukan kawalan yang baik dan perlu berhati-hati

kerana krayon perlu dibakar terlebih dahulu untuk dicairkan dan kemudiannya dititiskan

di permukaan kertas.

Permukaan kertas yang telah dititis dengan lilin akan disapukan dengan warna

dan dibiarkan kering. Ulangi proses tersebut sehingga lima ulangan untuk mendapatkan

hasil yang cantik dan menarik.

Bahan/alatan:

pensel ,

jangka

lukis ,

warna poster buncho,

span,

berus ,

lukisan

Proses penghasilan

Langkah 1

1. lakarkan bulatan atau tanpa bulatan terpulang pada daya kreativiti masing-masing.

Titisan

Page 4: Psv Pualaman

2. Warnakan bulatan dengan mengunakan warna yang berlainan.

Langkah 2

1. nyalakan lilin dan titiskan lilin secara bebas di atas kertas yang telah diwarnakan.

2. Kemudian dengan menggunaka span, sapukan warna hitam ke atas seluruh kertas

lukisan itu.

Langkah 3

1. Gunakan pembaris untuk menguris titisan lilin itu.

Langkah 4

Hasil yang telah siap.

Page 5: Psv Pualaman

Definisi

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat

rekaan. Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas

ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.

ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Straw

Kertas

Proses

Langkah-langkah :

1. Warna dicampurkan sedikit air. Titisan warna diambil dengan penyedut minuman.

Tiupan