jenis-jenis wacana

5
1.2 JENIS-JENIS WACANA Wacana terdiri daripada pelbagai gaya yang sering digunakan. Terdapat dalam sembilan jenis-jenis wacana yang sering digunakan. Penggunaan wacana yangberbeza-beza adalah perlu untuk menentukan kesesuaian dan memenuhi keutuhanwacana itu sendiri. Penggunaan wacana mestilah sesuai mengikut keadaan dan situasidi antara penutur dengan penerima. Dengan itu, penyampaian maklumat akan dapatdisampaikan tanpa berlakunya masalah ketidaksampaian wacana. Khusus: WACANA LISAN WACANA TULISAN i.Dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi secara langsung, iaitu antara penutur dengan pendengar. i. Disampaikan secara bertulis dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca ii. Ekspresi wajah, nada suara, gerak badan, dan sebagainya digunakan semasa menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar ii. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung iii. Contoh wacana lisan ialah perbualan iii. Contoh wacana tulisan ialah

Upload: mhaykans-daughter

Post on 23-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: jenis-jenis wacana

1.2 JENIS-JENIS WACANA

Wacana terdiri daripada pelbagai gaya yang sering digunakan. Terdapat

dalam sembilan jenis-jenis wacana yang sering digunakan. Penggunaan wacana

yangberbeza-beza adalah perlu untuk menentukan kesesuaian dan memenuhi

keutuhanwacana itu sendiri. Penggunaan wacana mestilah sesuai mengikut

keadaan dan situasidi antara penutur dengan penerima. Dengan itu, penyampaian

maklumat akan dapatdisampaikan tanpa berlakunya masalah ketidaksampaian

wacana.

Khusus:

WACANA LISAN WACANA TULISAN

i.Dihasilkan secara lisan yang melibatkan

komunikasi secara langsung, iaitu antara

penutur dengan pendengar.

i. Disampaikan secara bertulis dan

melibatkan hubungan antara penulis

dengan pembaca

ii. Ekspresi wajah, nada suara, gerak

badan, dan sebagainya digunakan

semasa menyampaikan sesuatu perkara

kepada pendengar

ii. Komunikasi yang berlaku ialah

komunikasi satu arah atau tidak

langsung

iii. Contoh wacana lisan ialah perbualan

harian, temu ramah, ceramah, ucapan,

khutbah, siaran televisyen dan radio

iii. Contoh wacana tulisan ialah

rencana, akhbar, majalah, buku dan

novel.

Antara jenis wacana yang wujud adalah wacana lisan. Wacana jenis ini

disampaikan secara lisan di antara penutur dengan penerima. Ia juga turut

disebutsebagai wacana interaktif. Wacana jenis ini lebih mudah diterima dan

difahami olehpenerima. Namun begitu, wacana lisan juga perlu disampaikan secara

berhati-hati. Hal ini kerana, sekiranya berlaku kesalahan dalam penyampaian maka

Page 2: jenis-jenis wacana

wacana tidak akansampai kepada penerima. Antara contoh wacana lisan adalah

pertuturan dan perbualanseharian.

Seterusnya adalah wacana tulisan. Wacana tulisan disampaikan melalui

mediumbertulis dan berkaitan dengan simbol pertuturan. Wacana ini adalah lebih

tersusun danjarang berlaku kekalutan dalam penyampian maklumat. Biasanya,

wacana penulisanakan disampaikan dengan baik dan tersusun oleh penulis. Dengan

itu, pembaca akanlebih senang untuk menerima maklumat. Dalam penyampaian

jenis ini juga, jarang berlaku ketidaksampaian wacana. Antara contoh wacana tulisan

adalah, novel, artikel,majalah dan lain-lain yang berkaitan dengan penulisan

bercetak.

Wacana Tambahan:

Wacana seterusnya adalah wacana langsung. Wacana jenis ini adalah

lebihterbatas terutama oleh intonasi atau pungtuasi. Ianya turut berlaku dalam unsur

lisanatau percakapan namun lebih teliti. Selalunya wacana langsung berlaku dalam

majlis-majlis formal yang melibatkan penyampaian secara jelas. Sekiranya

berlakuketidaksampaian wacana, maka ianya boleh memberi kesan kepada

penyamapai.Dalam situasi wacana langsung, penyampaian yang sempurna dan

teratur adalahbegitu dipentingkan. Antara contoh wacana jenis ini adalah seperti

pengucapan umum,pidato, ceramah, forum dan lain-lain yang melibatkan kemahiran

penyampaian berformat.

Selain wacana langsung, wacana tidak langsung juga turut dikira sebagai

jenis-jenis wacana. Wacana ini adalah pengungkapan kembali wacana, tanpa

mengutip harfiah kata-kata yang dipakai oleh penyampai dengan pembinaan

gramatikal atau katatertentu seperti bahawa dan sebagainya. Ianya lebih bertujuan

untuk mengulangkembali wacana supaya wacana itu lebih jelas. Sebagai contoh,

seorang penyampaimemetik maklumat dari wacana langsung kemudian menukarnya

Wacana langsung

Wacana tidak langsung

Page 3: jenis-jenis wacana

ke dalam bentukpertuturan biasa. Dengan itu, maklumat akan lebih mudah

disampaikan kepadapendengar atau penerima.

Seterusnya adalah wacana pembentangan. Wacana ini tidaklah terikat

denganwaktu dan penutur sebaliknya terus berorientasikan kepada pokok

pembicaraan sertabahagian-bahagian yang diikat secara logik. Ini bermakna,

wacana jenis ini sangatmementingkan kepada isi penyampaian. Wacana

pembentangan tidaklah berlakusecara formal atau terikat kepada mana-mana

bahagian, sebaliknya lebih bersifat perludan bermakna. Dengan ini maklumat akan

disampaikan terus kepada penerima tanpamemerlukan penghadaman maklumat.

Antara contoh wacana pembentangan, adalahsesi pembentangan, taklimat dan

sebagainya.

Selain itu ialah wacana penuturan. Wacana ini sangat mementingkan

urutanwaktu, dituturkan oleh orang pertama atau orang ketiga dalam waktu

tertentu,berorientasikan kepada pelaku, dan seluruh bahagiannya diikat oleh

kronologi. Wacanajenis ini juga boleh dikira sebagai penyampaian kepada

penyampaian yang lain.Wacana penuturan juga adalah lebih rumit dan teliti

berbanding dengan wacana jenis lain.

Wacana seterusnya adalah wacanan prosa. Wacana ini harus disampaikan

melalui unsur prosa. Namun begitu, wacana prosa boleh berlaku dalam wacana

lisan,tulisan, langsung, tidak langsung, serta dalam bentuk pembentangan dan

penuturan.Wacana ini adalah yang paling mudah dan langsung tidak terikat kepada

mana-manatanggungan wacana. Namun begitu, penerima haruslah dapat menerima

Wacana pembentangan

Wacan pertuturan

Wacana prosa

Page 4: jenis-jenis wacana

maklumatdengan jelas. Dengan itu, barulah wacana ini boleh digolongkan dalam

jenis-jenis wacana.

Wacana puisi juga turut tergolong dalam jenis-jenis wacana. Wacana jenis

inidisampaikan melalui puisi sama ada dalam lisan atau tulisan. Pada

kebiasaannya,penerima akan lebih sukar untuk memahami atau menghadam

maklumat melaluiwacana ini. Penerima mestilah peka untuk menerima maklumat

daripada wacana puisi.Antara contoh wacana puisi adalah sajak, pantun, seloka,

gurindam dan lain-lain kesenian puisi.

Akhir sekali adalah wacana drama. Wacana ini hanya disampaikan dalam

bentukdrama, dialog dan sebagainya. Ianya turut boleh dilakukan dalam bentuk lisan

dantulisan. Kemahiran penyampai akan membantu keutuhan wacana drama.

Sekiranyapenyampai tidak terlalu baik, maka wacana akan mudah terpurus

seterusnyamendatangkan tanda tanya kepada penerima.

Wacana puisi

Wacana drama