jawapan dari soalan edu 3108

12
IPGM PERLIS 2014 SOALAN 1 Rujukan perpustakaan dan dapatkan 3 definisi profesion daripada tokoh Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Menurut perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Manusia yang hina dan muflis terdiri daripada mereka yang tidak berilmu; termasuklah mereka yang berilmu tetapi kedekut dengan ilmu mereka. Islam menggalakkan manusia menuntut ilmu agar mereka mengenali dan mengerti yang hak atau benar daripada yang batil atau yang menyesatkan dan agar manusia itu memperoleh kesejahteraan hidup. Begitulah tingginya kedudukan manusia yang berilmu dan yang memberi ilmu kepada orang lain (iaitu guru) menurut pandangan Islam (Sufean Hussin 2004: 476). Profesion perguruan adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik, tetap dan yang diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu dalam profesion perguruan itu sahaja yang boleh memberi perkhidmatan dalam bidangnya (Syarifah Alawiyah Alsagoff, 1987: 20). Menurut Esah Sulaiman (2003: 3), bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar tanggungjawab serta cabarannya. Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam profesion perguruan bertanggungjawab menjaga nama baik profesion tersebut dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya. Menurut perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan sama dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 1

Upload: muhd-hilmi-akhir

Post on 19-Jan-2016

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sesuai untuk semua pengguna bagi sem 8

TRANSCRIPT

Page 1: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

SOALAN 1

Rujukan perpustakaan dan dapatkan 3 definisi profesion daripada tokoh

Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan

manusia yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab

guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan

Yang Maha Pencipta. Menurut perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan semulia

dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang

dituntut. Manusia yang hina dan muflis terdiri daripada mereka yang tidak berilmu;

termasuklah mereka yang berilmu tetapi kedekut dengan ilmu mereka. Islam menggalakkan

manusia menuntut ilmu agar mereka mengenali dan mengerti yang hak atau benar daripada

yang batil atau yang menyesatkan dan agar manusia itu memperoleh kesejahteraan hidup.

Begitulah tingginya kedudukan manusia yang berilmu dan yang memberi ilmu kepada orang

lain (iaitu guru) menurut pandangan Islam (Sufean Hussin 2004: 476).

Profesion perguruan adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik,

tetap dan yang diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu dalam profesion

perguruan itu sahaja yang boleh memberi perkhidmatan dalam bidangnya (Syarifah

Alawiyah Alsagoff, 1987: 20). Menurut Esah Sulaiman (2003: 3), bidang perguruan atau

pendidikan merupakan suatu profesion yang besar tanggungjawab serta cabarannya. Setiap

insan yang menceburkan dirinya dalam profesion perguruan bertanggungjawab menjaga

nama baik profesion tersebut dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa

menjalankan tugasnya. Menurut perspektif Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan sama

dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang

dituntut.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 1

Page 2: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

SOALAN 2

Berdasarkan kepada 3 definisi di atas, sila buat rumusan anda tentang konsep profesion

Rumusan yang dapat dilaksanakan dan dilakukan di sini, kita dapat tahu bahawa konsep

profesion dari erti kata lain ialah membawa satu perubahan kepada pembentukan insan dan

ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan

tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta

terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Tetapi pada masa sekarang, martabat profesion

keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan

tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam

perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang

oleh mereka sebagai satu profesion. Disamping itu, peranan guru dapat dianggap sebagai

angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan

pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud

korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di

bilik-bilik darjah.

Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana

sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik

darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa

hadapan sesebuah negara.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 2

Page 3: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

SOALAN 3

Huraikan satu perbezaan antara profesion dan professional

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi

era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu.

Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai

pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan

dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan

perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam

penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan

amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi

maklumat abad ke-21.

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri

seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui

masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,

mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri

untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Kamus Dewan juga ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.(

contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri

profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme

sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan

dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan

bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan

oleh organisasinya.

Manakala, professional pula merupakan satu Istilah "Profesional" diadaptasikan dari

istilah Inggeris iaitu Profession yang bermaksud pekerjaan atau kerjaya. Menurut Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka(Edisi Empat)mentafsirkan profesional sebagai yang berkaitan

dengan bergiat dalam bidang profesion seperti undang-undang, perubatan, dan lain-lain

lagi. Contoh seperti golongan professional atau ahli profesional.

Selain itu, professional berasaskan kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk

melaksanakannya, cekap dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Contohnya setiap

pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara profesional.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 3

Page 4: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

Dalam erti kata yang lain, istilah profesional sering dikaitkan dengan orang yang

menerima upah atau gaji dari apa yang sudah dia kerjakan, baik dikerjakan dengan

sempurna atau tidak. Dalam hal ini, yang dimaksud dengan profesional adalah untuk guru.

Suatu pekerjaan yang profesional ditunjang oleh ilmu tertentu yang mendalam yang

diperoleh dari lembaga pendidikan yang sesuai sehingga pekerjaannya berdasarkan

keilmuan yang dimiliki yang bisa dipertanggungjawabkan. Untuk itu seorang guru perlu

mempunyai kemampuan khusus, suatu kemampuan yang tidak mungkin dipunyai oleh yang

bukan seorang guru.

Di samping itu, sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus

mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini

termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat

tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya

bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih

daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat

sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan

sebagainya. Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru

berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu

menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan

sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan

dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.

Kesimpulannya, bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-

perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat

wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu

cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu, sewajarnya guru sentiasa berusaha

mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu

memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan

sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang

berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan

masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha

pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani

ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh

untuk merealisasikannya.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 4

Page 5: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan

gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan

tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya

memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang maju.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 5

Page 6: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

SOALAN 4

"Kerjaya seorang guru adalah satu profesion". Sejauh manakah anda bersetuju

dengan pernyataan ini. Sila berikan hujah anda dalam format berikut:-

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu

pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan

guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan

martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih

tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan

oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan

pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,

senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan

tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion

perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat

dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri. Erti kata lain guru

merupakan satu murrabi iaitu menyampaikan satu perkara yang benar dan sebenarnya. Apa

yang keluar dari mulut guru adalah benar ditutur oleh anak-anak murid mahupun bakal

modal insan negara.

Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai pengajaran,

misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan

keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan

dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Oleh itu, profesion perguruan

merupakan satu pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan

khas. Profesion keguruan pula satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,

tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai

latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. Ia mempunyai autonomi menentukan kaedah-

kaedah mengajar dalam bilik darjah dan menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika

sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 6

Page 7: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara.

guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan

profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak

mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi

dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu

pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan

sebagainya.

Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak

persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh

dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak

mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak

mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan

menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang

mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia, etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku

bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod

etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati

oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.

justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh

individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika memperjelaskan tindakan-

tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh

individu-individu dalam sesuatu profesion. Tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti

moral sesuatu profesion. Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia, seperti bertanggungjawab terhadap pelajar, bertanggungjawab

terhadap ibu bapa, bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara, dan

bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

Selain itu, akauntabiliti guru amat penting dalam profesion perguruan ini. Akauntabiliti

keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Ini kerana,

akauntabiliti guru bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap

sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat

jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan mempunyai tanggungjawab yang

harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 7

Page 8: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

Kebaikan Akauntabiliti adalah untuk memastikan semua pelajar belajar mengikut

kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah.

Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar. Penekanan pada pencapaian

memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah. Akauntabiliti

guru terhadap sekolah ialah kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-

murid. Disamping itu, ia bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam

pekerjaannya. Penggunaan kaedah mengajar yang terkini dan canggih mampu membina

pemikiran dan ransangan murid untuk belajar dengan lebih baik dan sempurna disamping

perhubungan sosial yang baik dan kawalan disiplin yang berkesan.

Selain itu, akauntabiliti guru terhadap sekolah juga adalah untuk membina satu

program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik disamping menjadi pembimbing kepada

muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian

akademik. Guru juga harus menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

dengan sebaik-baiknya.

Bagi akauntabiliti guru terhadap tingkah laku pula, guru perlu melengkapkan diri

dengan pelbagai ilmu pengetahuan disamping menjadi seorang 'role model' yang baik dalam

masyarakat setempat. Guru juga perlu mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana agar

apa yang dilakukan oleh guru menjadi ikutan pada murid dan para guru yang lain. Guru

perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan

keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri agar nilai-nilai murni

tersebut dapat diterapkan pada generasi-generasi masa hadapan dengna baik dan

sempurna.

Akauntabiliti guru terhadap murid pula ialah mengutamakan kebajikan dan

keselamatan murid-murid. Guru juga perlu bersedia menyelesaikan masalah murid-murid

dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan bekerjasama

dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Disamping itu, perkara yang dilaksanakan oleh guru

tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran tetapi keikhlasan dari dalam hati.

Dalam positifnya sesuatu perkara mesti ada bakangan mahupun bantahan dari

sesuatu perkara. Seperti Tozer dan rakan-rakan mengatakan kualiti dan latar belakang

kelayakan akademik calon bakal guru yang selalu dikatakan lebih rendah berbanding

profesion lain. Selain itu, beliau mengatakan lagi dimana kualiti program latihan pendidikan

guru yang tidak seketat program profesion lain. Ini kerana disebabkan kualiti kelayakan

akademik dan kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 8

Page 9: jawapan dari soalan edu 3108

IPGM PERLIS 2014

cekap. Dalam perkara seperti begini, kita dapat lihat segelintir mahupun seprauh dari bakal

guru yang belum sedia untuk menjadi seorang bakal pendidik yang berjaya dengan dari segi

kelayakan dan sebagainya yang mempengaruhi kualiti guru dinilai.

Intihannya, profesion perguruan merupakan satu profesion yang telah lama wujud

dari zaman Baginda Rasulullah S.A.W. Ini kerana, pada zaman tersebut guru dikenali

sebagai murrabi yang mampu untuk menyampaikan segala ilmu yang dipelajari dan dihayati

untuk disampaikan kepada pelajarnya. Justeru, saya menyokong dimana profesion

perguruan ini merupakan satu kerjaya. Ya, kerana bukan mudah untuk menjadi seorang

yang berpendidik untuk membentuk modal insan yang berguna dan berjaya. Hanya

segelintir dari kita sahaja yang mampu untuk membentuk dan membina modal insan selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru berkualiti pemangkin apresiasi Negara.

Tanpa guru tidak akan ada murid yang mampu berjaya di seantero dunia.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 8 9