isi tugasan 3

Upload: syah-ab-jalil

Post on 08-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peranan guru islam

TRANSCRIPT

Mesra pelajar guru sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid serta mudah didekati peljarnyaAmanah dengan tanggungjawan yang dipikulGuru sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul dalam mendidik dan menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolahBaik hati dan suka menolongGuru sentiasa menghulurkanbantuan kepada murid apabila menghadapi masalah dalam hal peribadi dan juga pelajaranBersifat penyabarGuru sentiasa bersabar dengan kerenah murid dalam menyampaikan isi pegajaranPeriang Guru mempamerkan wajah yang ceria dan bersikap sebagai seorang periang apabila berdepan dengan murid tidak kira di luar dan dalam bilik darjah. Meskipun begitu, masih ramai lagi guru-guru yang mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik dan menarik. Antara ciri-ciri guru yang baik dan dihormati pelajar ialah, guru yang mesra pelajar. Guru sebegini gemar mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar serta mudah untuk didekati oleh para pelajar. Guru yang mempunyai ciri seperti ini mampu menjadirole model kepada para pelajarnya. Para pelajar juga dapat mengembangkan personaliti yang baik secara tidak langsung.

Guru yang amanah dan bertanggungjawab juga mampu membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang baik. Melalui sifat baik yang ditonjolkan oleh seorang guru, para pelajar dapat mencontohinya dan menjadi pelajar yang lebih baik dari segi rohaninya. Sememangnya, dalam usaha membentuk pelajar yang baik dan cemerlang, para guru memainkan peranan yang sangat penting dan sahsiah yang terpuji seperti ini jelas mampu menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Akhir sekali, guru yang periang merupakan guru yang disukai oleh para pelajarnya. Guru yang mempunyai sikap seperti ini gemar mempamerkan wajah yang ceria samada di dalam kelas mahupun diluar. Guru ini kebiasaannya mempunyai semangat dan aura yang positif yang membuatkan para pelajar berasa selesa berada di sekitarnya. Sikap yang sebegini merupakan salah satu pemangkin kepada pembentukan pelajar yang bersahsiah baik, proaktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi olehnya kelak.

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi