kerajaan negeri pahang komited pelihara hutan, …...kerajaan negeri pahang komited pelihara hutan,...

3
KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, SAIN MOU DENGAN SHELL KUANTAN 17 SEPTEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Shell Malaysia Bhd. (SHELL) bagi menjalankan kajian bersama berkaitan usaha untuk memulihara dan memelihara hutan di negeri ini. MoU ditandatangani YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang manakala SHELL diwakili Pengerusi SHELL Malaysia, Datuk Iain Lo. Majlis menandatangani MoU berkenaan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim bin Muda. Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram. YAB Dato' Sri Wan Rosdy dalam sidang media berkata, dalam kerjasama itu, Kerajaan Negeri dan SHELL akan bekerjasama dalam menilai dalam keupayaan dalam potensi melaksanakan projek untuk memelihara dan memulihara hutan. "Untuk tujuan itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan yang bertujuan memantau usaha-usaha serta projek berkenaan kelak," katanya selepas Majlis MoU berkaitan 'Carbon Trading' di Hotel Grand Darul Makmur. Beliau berkata, pemilihan Pahang kerana negeri ini mempunyai keluasan hutannya yang paling luas di Semenanjung iaitu 2.057 juta hektar. "Daripada jumlah itu, 258,952 hektar merupakan kawasan tadahan air yang disalurkan ke sebahagian negeri di semenanjung," katanya. Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, …...KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, SAIN MOU DENGAN SHELL KUANTAN 17 SEPTEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang menandatangani

KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, SAIN MOU DENGAN SHELL

KUANTAN 17 SEPTEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Shell Malaysia Bhd. (SHELL) bagi menjalankan kajian bersama berkaitan usaha untuk memulihara dan memelihara hutan di negeri ini.

MoU ditandatangani YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang manakala SHELL diwakili Pengerusi SHELL Malaysia, Datuk Iain Lo.

Majlis menandatangani MoU berkenaan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim bin Muda.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram.

YAB Dato' Sri Wan Rosdy dalam sidang media berkata, dalam kerjasama itu, Kerajaan Negeri dan SHELL akan bekerjasama dalam menilai dalam keupayaan dalam potensi melaksanakan projek untuk memelihara dan memulihara hutan.

"Untuk tujuan itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan yang bertujuan memantau usaha-usaha serta projek berkenaan kelak," katanya selepas Majlis MoU berkaitan 'Carbon Trading' di Hotel Grand Darul Makmur.

Beliau berkata, pemilihan Pahang kerana negeri ini mempunyai keluasan hutannya yang paling luas di Semenanjung iaitu 2.057 juta hektar.

"Daripada jumlah itu, 258,952 hektar merupakan kawasan tadahan air yang disalurkan ke sebahagian negeri di semenanjung," katanya.

Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang

Page 2: KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, …...KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, SAIN MOU DENGAN SHELL KUANTAN 17 SEPTEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang menandatangani

LIPUTAN BERGAMBAR

Page 3: KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, …...KERAJAAN NEGERI PAHANG KOMITED PELIHARA HUTAN, SAIN MOU DENGAN SHELL KUANTAN 17 SEPTEMBER 2019: Kerajaan Negeri Pahang menandatangani