komited lahir graduan dan pekerja mahir

23
Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my BERITA PENUH MUKA � 2 KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR l UNISEL, KUIS dan Inpens berperanan sediakan modal insan berkemahiran teknologi dan vokasional l Program Teknikal dan Vokasional (TVET) bakal tingkat tenaga kerja mahir l Cadangan penyediaan Blueprint & Roadmap � hingga TVET #SmartSelangor PERCUMA 19 - 26 Ogos 2016, 16 - 23 Zulkaedah 1437H Simpanan rizab negeri RM�. �8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding RM�. � bilion, pada � Disember Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Simpanan rizab negeri RM�. �8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding RM�. � bilion, pada � Disember Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Simpanan rizab negeri RM�. �8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding RM�. � bilion, pada � Disember Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Simpanan rizab negeri RM�. �8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding RM�. � bilion, pada � Disember Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar RIZAB NEGERI CAPAI PERTUMBUHAN MAKSIMA Laporan Ketua Audit Negara perlu bebas OSA Paya Indah Wetlands kekal terpelihara 7 BERITA PENUH MUKA � EKONOMI KUKUH

Upload: dohuong

Post on 31-Dec-2016

291 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

BERITAPENUH

MUKA �

2

KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

l UNISEL, KUIS danInpens berperanansediakan modalinsan berkemahiranteknologi danvokasional

l Program Teknikaldan Vokasional (TVET)bakal tingkat tenagakerja mahir

l Cadangan penyediaanBlueprint & Roadmap���� hingga ����TVET

#SmartSelangorPERCUMA 19 - 26 Ogos 2016, 16 - 23 Zulkaedah 1437H

Simpanan rizab negeri RM�.�8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding

RM�.�� bilion, pada �� Disember ����Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar

Simpanan rizab negeri RM�.�8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding

RM�.�� bilion, pada �� Disember ����Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar

Simpanan rizab negeri RM�.�8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding

RM�.�� bilion, pada �� Disember ����Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar

Simpanan rizab negeri RM�.�8 bilion bagi penilaian sehingga �� Ogos lalu yang meningkat berbanding

RM�.�� bilion, pada �� Disember ����Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar

RIZAB NEGERI CAPAI PERTUMBUHAN MAKSIMALaporan Ketua Audit Negara perlu bebas OSA

Paya Indah Wetlands kekal terpelihara

7

BERITA PENUH MUKA �

EKONOMI KUKUH

Page 2: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama2 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan semakan kehakiman di Mahka-mah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengelaskan semula (declassi-fy) Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Menteri Be-sar Selangor berkata, laporan itu seharusnya bebas daripada dik-lasifikasikan di bawah Akta Rah-sia Rasmi (OSA) 1972 dan terbu-ka kepada orang awam.

Beliau menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai responden pertama; Ketua Audit Negara, Tan Sri Am-brin Buang (responden kedua) dan Kerajaan Malaysia (respon-den ketiga).

“Kami menuntut deklarasi mahkamah bahawa responden pertama bertindak atas konflik kepentingan dan mengarahkan Ambrin untuk mengklasifikasi-kan laporan berkenaan sebagai rahsia rasmi.

“Kami juga menuntut dekla-rasi mahkamah bahawa klasifi-kasi oleh Ambrin itu menyalahi undang-undang dan ‘ultra vires’,” katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Pada 3 Mac lalu, Ambrin mengklasifikasikan laporan au-dit berkenaan 1MDB sebagai OSA sebelum diserahkan kepa-da Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bertindak atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin turut memo-hon Perintah Mandamus meng-kehendaki responden mengelas-kan semula laporan berkenaan dan boleh diakses rakyat.

“Dalam isu ini, Jabatan Keha-kiman Amerika Syarikat (DOJ) sudah membentangkan laporan terperinci berkenaan penyalah-gunaan dana 1MDB di Amerika Syarikat.

“Jadi, ia menjadi tanggung-jawab saya sebagai wakil rakyat untuk menuntut laporan audit itu terbuka kepada umum,” ka-tanya.

MB failkan semakan kehakiman

Laporan audit perlu bebas OSA

SHAH ALAM - Tidak tepat me-ngatakan tiada parti lain mampu menandingi Umno dalam menja-ga kebajikan rakyat, kata Ahli Par-limen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, Selangor yang didominasi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) menerima 69 peratus sokongan masyarakat Melayu dengan keba-jikan mereka terbela.

Katanya, kemenangan dan do-kongan 54 peratus undi Melayu pada PRU 1999 juga membuktikan kebolehpercayaan masyarakat Me-layu terhadap wadah politik yang memperjuangkan keadilan.

“Ia diwakili Parti Keadilan Nasi-onal, DAP dan juga PAS di bawah Barisan Alternatif ketika itu. Umno menjadi parti yang kehilangan undi majoriti Melayu.

“Lihat saja PRU 2008, Selangor

dirampas pembangkang. Itu su-dah membuktikan tanpa Umno, kebajikan masyarakat Melayu ter-jaga,” katanya kepada SelangorKini.

Izzah berkata, rakyat juga se-makin meluat terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipandu Presiden Umno.

“Lama kelamaan masa depan masyarakat Melayu menghadapi risiko kemelut hutang piutang di bawah Umno,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, ber-kata tiada parti boleh meniru atau menggantikan Umno yang terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, sejak tertubuh-nya Umno pada 1946, parti itu melalui proses kematangan hebat terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Melayu tetap terbela

PUTRAJAYA - Jumlah kes de-mam denggi di seluruh negara menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga minggu kebe-lakangan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes itu berkurangan 4.1 peratus iaitu 1,819 kes berbanding 1,896 kes pada minggu sebelumnya dan ti-ada kematian dilaporkan sehing-ga 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, katanya ter-dapat lapan negeri menunjuk-kan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang

32 kes, Kelantan (18), Perak (13), Pulau Pinang (lapan), Terengganu (empat), Perlis (tiga), Kedah (tiga) dan Labuan (dua).

“Secara kumulatif dari Janu-ari hingga 6 Ogos, jumlah kes adalah 67,437 kes, berbanding 73,263 kes bagi tempoh sama pada 2015, iaitu penurunan lapan peratus.

“Sementara bagi jumlah ku-mulatif kematian dalam tempoh itu, sebanyak 147 kematian di-laporkan berbanding 201 ke-matian bagi tempoh sama pada 2015, iaitu pengurangan 26.9 pe-ratus,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, loka-liti wabak juga menurun pada 31 Julai hingga 6 Ogos berbanding minggu sebelumnya iaitu daripa-da 755 lokaliti kepada 661 lokaliti.

Pada masa sama, katanya, situasi terkini penyakit Zika yang dikemas kini Pertubuhan Kesihat-an Sedunia (WHO) pada 4 Ogos lalu menunjukkan 68 negara ter-libat.

“Pemantauan berterusan mengesan jangkitan Zika ma-sih dilakukan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan juga Ins-titut Penyelidikan Perubatan,” ka-tanya.

Denggi menurun, namun waspada

SUBANG JAYA - Kajian ahli aka-demik dari Universiti George Washington, Profesor Hossein Askari menunjukkan negara bu-kan Islam seperti Ireland, Den-mark, Sweden, United Kingdom dan Singapura lebih Islamik ber-banding Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata kajian di-lakukan bersama Dr Scheherazde S Rehman itu mengambil kira ke- sempurnaan dalam Islam ter-hadap pencapaian ekonomi ma-syarakat, pentadbiran berinter-griti, hak asasi manusia dan politik juga hubungan antarabangsa.

“Singapura dan Eropah lebih Is-lamik berbanding Malaysia walau-pun kita mengaku sebagai negara Islam dengan mengambil kira fak-tor lain seperti keprihatinan pen-tadbiran kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Laporan itu menunjukkan Si-ngapura berada pada kedudukan ketujuh, manakala Malaysia jauh ketinggalan pada kedudukan ke-33.

Sementara Amerika Syari-kat dan Belanda pula berkongsi kedudukan ke-15 dan Perancis di tempat ke-17 paling mengamal-

kan ciri sebuah negara Islam.Terdahulu, Profesor Hossein

dalam satu temu bual dengan ste-sen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, pencapaian negara yang mengaku sebagai negara Is-lam amat buruk dengan tiada satu pun berada pada 25 tempat tera-tas senarai itu.

“Kami perlu menegaskan ba-hawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Is-lam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun.

"Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara,” ka-tanya.

Malaysia belum cukup Islamik

Page 3: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama3SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Rizab negeri mencapai pertumbuhan maksi-ma dengan simpanan RM3.78 bilion sehingga 12 Ogos lalu berbanding RM3.25 bilion, pada 31 Disember 2015.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata keja-yaan itu menuntut Kerajaan Ne-geri merancang pelaburan dan penggunaan rizab secara ber-hemah juga bertanggungjawab.

“Komitmen ini bertujuan menghasilkan pertumbuhan

ekonomi organik dan mampan merangkumi pertumbuhan substantif sebenar yang sema-kin berkembang membabitkan infrastruktur dan lainnya,” ka-tanya ketika Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 15 Ogos lalu.

Pada masa sama, katanya, pertambahan nilai rizab nege-ri didorong keberhasilan dan pengurusan telus diamalkan Kerajaan Pakatan, sejak 2008.

“Ini bermakna, Kerajaan Ne-geri mencatatkan kutipan hasil

82.49 peratus (RM1.86 bilion) berbanding jumlah anggaran terimaan hasil tahun ini, RM2.25 bilion.

“Cabaran utama Kerajaan Negeri pada masa akan datang untuk mempelbagaikan sum-ber pendapatan baru selain hanya bergantung kepada hasil tanah.

“Namun, kita perlu menerus-kan perancangan ekonomi jangka panjang yang strategik dengan unjuran tepat supaya tidak membentangkan belan-jawan tambahan,” katanya.

Fokus urus ekonomi mampan

Rizab Selangor capai RM�.�� bilion

SHAH ALAM - Senario ekono-mi domestik dan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkenaan skan-dal kewangan 1Malaysia Deve-lopment Berhad (1MDB) dilihat mempengaruhi perkembangan ekonomi negeri.

Bagaimanapun, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keyakinan pelabur luar terhadap hubungan da-gang di Selangor tidak terkesan ekoran ketelusan urus tadbir pentadbiran negeri.

“Keyakinan pelabur asing ter-hadap ekonomi negeri dibukti-kan dalam Laporan MIDA 2015 berkenaan kejayaan ekonomi Selangor.

“Kita berjaya mencatatkan kedudukan kedua dalam pela-buran sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan RM2.36 bilion juga berada di tempat

ketiga bagi sektor pembuatan dengan pelaburan RM7.96 bi-lion,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Belanjawan 2017 memfokuskan usaha untuk terus menerapkan gagasan Smart Selangor se-bagai hala tuju utama perkem-bangan ekonomi negeri dan turut memfokuskan tuntutan rakyat mendapatkan perkhid-matan lebih cekap dan efisien demi kemakmuran ekonomi negeri.

“Falsafah pembangunan Kerajaan Negeri untuk meng-angkat mutu kehidupan ma-syarakat desa pada tahap setara dengan kehidupan moden. Kita tetap mengekalkan watak dan jati diri kedesaan bermasyara-kat, bergotong-royong, beker-jasama, harmoni serta lestari dengan kehijauan alam semula jadi,” katanya.

Pelabur yakin kekal hubungan dagang

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited meningkatkan jumlah graduan kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi pa-saran berteknologi tinggi, selain melakukan lonjakan paradigma ke arah perindustrian itu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

“Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens memainkan peranan penting dalam menye-diakan modal insan yang mem-punyai kemahiran teknologi dan vokasional supaya mendapat tempat seperti industri aeroang-kasa.

“Dengan tercapainya hasrat itu, Selangor dapat mencipta nilai baru ekonomi di samping melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negeri,” kata-nya kepada SelangorKini selepas Perbincangan Meja Bulat Be-lanjawan 2017, di sini, pada 16 Ogos lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga masih dalam perbincangan un-tuk mewujudkan kerjasama an-tara UNISEL dan pihak industri untuk mengenalpasti keperluan tenaga kerja di pasaran.

“UNISEL menjadi pembekal kepada graduan yang diperlu-kan pasaran kerana ia berpera-nan melahirkan graduan dalam bidang diperlukan jika kekura-

ngan jurutera,” katanya.Sementara itu, RM10 juta

peruntukan diperlukan untuk melaksanakan usaha penam-bahbaikan Pendidikan dan Pro-gram Modal Insan melalui pro-gram Teknikal dan Vokasioanl (TVET) bagi meningkatkan tena-ga kerja mahir di Selangor.

Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Mokhtar Abdul-lah, berkata persediaan perlu dipertingkatkan daripada segi pengetahuan dan kemahiran yang sesuai kepada golongan belia serta meningkatkan bila-ngan pelajar bagi aliran TVET.

“Kita memerlukan insti-tusi yang dapat menampung sekurang-kurangnya 4,000 pe-lajar tetapi kapasiti kampus In-pens terhad kepada 600 pelajar sahaja.

“Disarankan Kerajaan Negeri meminjam kepada Inspen untuk mengguna pakai aset seperti ba-ngunan, tanah dan fasiliti di setiap daerah bagi mewujudkan lebih banyak pusat latihan,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa projek lain yang dicadangkan antaranya penye-diaan Blueprint & Roadmap 2017 hingga 2020 TVET di Sela-ngor dan penambahbaikan per-alatan dalam progran kerjasama Akademia Industri TVET antara UNISEL dan Inpens.

Bekal graduan penuhi pasaran teknologi tinggi

SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengambil peluang berbasi-kal selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat Belanjawan 2017, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Kayuhan santai itu bermu-la dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hingga kediaman rasminya di Seksyen 7, di sini, dengan anggaran sejauh 6.5 kilo-meter (km).

Ia turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari juga Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengang-kutan, Dato' Teng Chang Khim.

Turut serta, Ketua Pegawai

Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas dan 40 ahli Kelab Basikal Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Unit Renjer Taman MBSA dan kakitangan Central Spectrum.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga sempat beramah mesra dengan pemain The Red Giants yang sedang menjalani latihan di Padang Bola SUK.

Kayuhan itu melalui Persiaran Bandaraya, Damai, Masjid, Kaya-ngan, Raja Muda dan Dato' Men-teri dan pelepasaan dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Da-tuk Mohamad Amin Ahya; Pega-wai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan Timbalan Datuk Bandar MBSA, Shukri Mo-hamad Hamin.

Kayuhan santai santuni rakyatKita berjaya mencatatkan kedudukan kedua dalam pelaburan sektor perkhid-matan dengan nilai pelaburan RM2.36 bilion juga berada di tempat ketiga bagi sektor pembuatan dengan pelaburan RM7.96 bilion

MOHAMED AZMINMenteri Besar

Page 4: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama4 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menganugerahkan pingat negeri kepada 194 penerima sempena Hari Keputeraan ke-70 baginda.

Bertempat di Dewan Jubli Pe-rak Sultan Abdul Aziz Shah, ma-jlis penganugerahan diadakan penuh istiadat kepada penerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), Pi-ngat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), Pingat Jasa Ke-baktian (P.J.K) dan Pingat Perkhid-

matan Selangor (P.P.S).Istiadat pengurniaan pingat

didahului Pegawai Waran I, Jama-luddin Che Zam dan Sub Inspek-tor Mohmad Mahmod Bagong yang menerima Pingat Pekerti Terpilih atas sumbangan dan pe-kerti terbilang yang ditunjukkan.

Seterusnya, Ketua Inspek-tor Penjara Ramli Umar dan 23 penerima lain turut menerima pingat pengurniaan daripada baginda.

Sementara itu, Sarjan Mejar Ariffin Omar dan Sarjan Mejar Wong Hua May turut menerima pengurniaan P.P.C atas khidmat

cemerlang kedua-duanya ber-bakti sebagai penjawat awam negeri.

Seramai 31 penerima meneri-ma pingat P.P.C sebagai sumbang saran kepada penerima untuk terus cemerlang menggalas tu-gas dipertanggungjawabkan.

Pada masa sama, 123 individu pula menerima pengurniaan P.J.K atas sumbangan dan jasa bakti mereka yang terus kekal berkhid-mat kepada pentadbiran negeri, manakala 14 individu lagi mene-rima P.PS atas perkhidmatan ce-merlang selama lebih 20 tahun bersama Kerajaan Negeri.

Hari Keputeraan ke-70 Sultan Sharafuddin Idris Shah

��� terima pingat kebesaran negeri

SABAK BERNAM - Perkhidmatan percuma bas Smart Selangor di daerah Sabak Bernam menerima sambutan baik masyarakat se-tempat apabila dimanfaatkan hampir 12,000 pengguna dalam tempoh dua bulan.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata jumlah penum-pang pada bulan pertama adalah 10,263 sejak beroperasi, pada Jun lalu.

Katanya, jumlah berkenaan meningkat kepada 11,970 pada akhir Julai lalu.

“Angka ini menunjukkan pe-ningkatan dan kita akan terus memantau perkembangan ter-masuk kekangan dan cabaran di-hadapi.

“Antaranya, kita dapati penge-tahuan berkenaan jadual perjala-nan bas Smart Selangor kurang

jelas dan kita menguar-uarkan kepada rakyat,” katanya dalam si-dang media, pada 12 Ogos lalu.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekin-chan, Ng Suee Lim dan Setiausa-ha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria me-ninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Setibanya di Sungai Besar Sen-tral, Chang Khim sempat mende-ngar rungutan dan aduan penum-pang sebelum turut menaiki bas Smart Selangor ke Sekinchan.

“Kita lihat beberapa kelemah-an berlaku dan sudah mengarah-kan tindakan segera diambil se-perti masalah kekurangan kerusi menunggu.

“Kita pasti dengan kemuda-han infrastruktur yang baik, ia dapat meningkatkan lagi sambu-tan terhadap perkhidmatan per-cuma ini,” katanya.

��,��� guna bas Smart Selangor di Sabak Bernam

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersikap terbuka dalam menja-linkan kerjasama dengan negara luar untuk mengukuhkan serta memperluaskan industri pertanian di Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tumpuan ten-tunya terarah kepada Selangor Fruits Valley (SFV) yang berupaya menjana pulangan ekonomi ku-kuh dan mampan.

Katanya, ia turut menarik minat delegasi China yang diberi pelu-ang meneruskan kerjasama ter-babit bagi memberikan manfaat jangka panjang kepada ekonomi negeri.

“Kunjungan rasmi delegasi In-ternational Oversea Retrunees

Promotion Association of Lianing China ke Selangor memberi pelu-ang kepada mereka melihat sendi-ri perkembangan sektor pertanian negeri.

“Tumpuannya terarah kepada perkembangan industri pertani-an di SFV di bawah urus selia Per-badanan Kemajuan Pertanian Se-langor (PKPS),” katanya.

Sebelum ini, PKPS giat me-fokuskan usaha mengembalikan kegemilangan SFV menerusi inisi-atif penambahbaikan dan pemu-liharaan ladang terbabit bagi tu-juan pembangunan industri agro pelancongan negeri.

SFV dijangka akan dibuka semula menjelang November ini selepas operasinya ditutup bebe-rapa tahun lalu.

Selangor Fruits Valley: China intai peluang pertanian

Page 5: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama5SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL - Kerajaan Persekutuan di-ingatkan supaya menyemak semula jajaran hentian stesen transit bagi perkhidmatan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) untuk membolehkan rakyat di Selangor turut merasai pembangu-nan yang bakal dilakukan.

Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Perseku-tuan sepatutnya menghormati suara rakyat Selangor dengan berbincang secara baik supaya sekurang-kurang-nya satu stesen transit dibina di ne-geri itu.

Katanya, jajaran perkhidmatan itu bakal melalui Selangor sepanjang 36 kilometer, namun stesen dibina terus melangkau ke Putrajaya.

“Saya dan pimpinan lain menegur kerana setiap kali datang pembangu-nan di Selangor, hak kita dinafikan.

“Kita juga mahu menikmati kemu-dahan ini, malahan pertumbuhan ekonomi berlaku di Selangor. Maka, kita minta semak semula jajaran lalu-an kereta api ini supaya sekurang-kurangnya satu stesen dapat dibina di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan laporan wujudnya cadangan pembi-naan satu stesen transit HSR di Kam-pung Datuk Abu Bakar Baginda, Jalan Sungai Merab, Bangi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri dimak-lumkan tiada sebarang stesen transit akan dibina di Selangor, sebaliknya Kerajaan Persekutuan akan membina tiga stesen di Johor, satu di Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

HSR yang menghubungkan Kua-la Lumpur dan Singapura akan me-ngambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan dan dijangka mula bero-perasi pada 2026.

Hormati suara rakyat Selangor

Semak semula jajaran hentian HSR

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor konsisten mempertahankan ta-nah rizab Melayu seluruh negeri menerusi pertambahan gantian sama nilai di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata ke-adaan itu berbeza semasa pen-tadbiran Umno di Selangor yang rakus menghakis hak orang Me-layu apabila tanah rizab terus di-rampas.

“Rekod kita sebelum 2008, perompak utama dalam negara selain skandal (1MDB) adalah Umno. Mereka mencuri dan me-rampas tanah orang Melayu atas nama pembangunan.

“Tetapi (Selangor) di bawah pentadbiran Pakatan, tanah rizab Melayu melebihi nilai ditetap-kan sekali gus menjadi kejayaan luar biasa,” katanya pada Festival Orang Asal peringkat Antara-bangsa di Taman Botani Negara, pada 6 Ogos lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak berkompromi terhadap pencerobohan tanah dilaku-kan pemaju bagi tujuan pemba-ngunan yang membelakangi hak penempatan masyarakat setem-pat.

Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata seba-rang proses pembangunan baru perlu dibuat menerusi perbin-cangan dan persetujuan terlebih dahulu.

Katanya, ia bagi memastikan wujudnya persefahaman antara pemaju dan masyarakat.

“Kita bertegas untuk tidak membenarkan sebarang bentuk pencerobohan dibuat sewenang-wenangnya,” katanya mengulas komitmen Kerajaan Negeri mem-pertahankan hak milikan tanah di Selangor.

Kerajaan Negeri ketika ini ran-cak membangunkan tanah ne-geri menerusi projek pembangu-nan sarat bertujuan merancakkan lagi dasar pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Bagaimanapun, wujud dak-waan negatif daripada pihak ti-dak bertangunggjawab konon-

nya terdapat pembangunan setempat menafikan kebajikan penduduk.

Ia susulan pertikaian seorang peniaga, R Jayesury yang men-dakwa dirinya diminta berpin-dah daripada lokasi perniagaan selepas tapak terbabit diba-ngunkan untuk tujuan pelebaran jalan.

Namun, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sebelum ini berkata, peniaga berkenaan sudah ditawarkan ke kawasan perniagaan baru yang lebih se-lesa.

sudah terlebih ganti tanah rizab Melayu di Selangor dengan pe-nilaian 650 ekar tanah pada 2015.

Beliau berkata, pertambahan jumlah itu mencerminkan kece-merlangan berterusan Pakatan di Selangor.

“Kita tidak perlu cabut keris dan melaungkan hidup Melayu

Konsisten pertahan tanah rizab Melayukonon pertahan hak Melayu, se-baliknya Kerajaan Negeri ber-pendirian hak dan kebajikan Melayu tetap di-pertahankan,” ka-tanya.

Tiada kompromi pemaju ceroboh tanah

Lindung belia terpinggirSHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri komited melindungi belia menerusi kebebasan asas, hak perlembangaan dan undang-un-dang serta keadilan kepada belia terpinggir.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata hal itu ekoran masa depan negara terle-tak di tangan belia hari ini.

“Saya dengan rendah diri me-nyatakan apa yang dilakukan sebelum ini adalah melindungi kebebasan asas anda, hak perlem-bagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Tidak akan hilang usaha me-lindungi yang lemah dan terping-gir serta berjuang demi keadilan untuk semua,” katanya dalam ke-nyataan sempena Hari Belia Anta-rabangsa, pada 12 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, belia dunia ketika ini sebenarnya boleh menjangkau lebih jauh ke hada-pan berbanding apa yang dihasil-kan.

Beliau turut mengajak masyara-kat mengingati usaha pihak yang

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

berkorban nyawa dalam mencari ekonomi lebih baik, diskriminasi, penindasan dan eksploitasi.

“Walaupun kita bergembira dengan rahmat dan prospek masa depan cerah, janganlah kita lupa mereka yang kurang bernasib baik.

“Marilah kita ingat bahawa ke-miskinan, kekurangan asas pen-jagaan kesihatan dan kekurang-an tempat penginapan kerana ia menjadi isu berulang dan wajib untuk diselesaikan,” katanya.

Tidak akan hilang usaha melindungi yang lemah dan terpinggir serta berjuang demi keadilan untuk semua

MOHAMED AZMINMenteri Besar

Page 6: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama6 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya boleh menarik na-fas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Is-kandar Abdul Samad, berkata skim itu dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, ia ekoran mereka disenarai hi-tam institusi kewangan dan berpendapa-tan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada doku-men lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi Kerajaan Negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sa-haja,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba Jaya, di sini, pada 10 Ogos lalu.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim sewa beli tanpa deposit dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dianggap   keting-

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri kesal de-ngan sikap menteri persekutuan yang baru dilantik kerana seakan mahu me-lancarkan perang berbanding berbincang menyelesaikan masalah rakyat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangu-nan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskan-dar Abdul Samad, berkata keadaan itu sangat berbeza ketika portfolio sama di-sandang individu sebelumnya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak berde-pan masalah untuk berbincang, namun menteri terbabit cenderung mengguna-kan sikap ‘orang politik’ dan seakan meng-arahkan media kerajaan turun ke Lembah Subang untuk mencari silap.

“Kita terbuka dalam hal ini tetapi kena datang dengan berjiwa besar antara Kera-jaan Persekutuan dan Negeri berbincang masalah rakyat, bukan bercerita seakan mahu merampas Selangor.

“Menteri dahulu, Datuk Rahman Dahlan pernah berjumpa Menteri Besar dalam isu Akta 757, malahan saya dan Kassim Aziz beberapa kali berjumpa Datuk Halimah Mohd Sadique tetapi nampaknya menteri baru ini bawa budaya berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pang-sapuri Rimba Jaya, di sini, pada 10 Ogos lalu.

Mengulas isu sama, Ahli Dewan Negeri

Menteri arah media BN cari kesalahan?

(ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata menteri berkenaan seharusnya memiliki jiwa besar untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan menggunakan pendeka-tan  ‘G to G ‘ (kerajaan dengan kerajaan).

Katanya, perbezaan fahaman politik juga harus diketepikan demi manfaat rakyat Selangor.

“Rasanya kalau hendak mengungkit, Rimba Jaya ini adalah peninggalan era Barisan Nasional (BN) tetapi kita tidak pandang itu, sebaliknya terus ke hadapan menyelesaikan masalah dengan pelbagai pendekatan.

“Sebenarnya ini adalah kumpulan ter-akhir kita selesaikan. Ada 427 penduduk dijanjikan rumah baru dengan bayaran seringgit oleh kerjaan terdahulu, namun akhirnya Kerajaan Negeri sendiri keluar-kan duit,” katanya.

PETALING JAYA - Tan Sri Noh Omar didakwa berterusan menipu rakyat berkenaan janji pe-nyaluran peruntukan yang kononnya tidak dapat diberi selepas Kerajaan Negeri mengu-mumkannya dalam Belanjawan 2015.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Noh tidak sepatutnya berdolak dalik se-bagai menteri, bahkan lebih baik jika mengakui kesilapan dan tidak terlalu ghairah bermain politik.

“Dakwaan Noh ini tidak tepat kerana perun-tukan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) ter-kandung di dalam Belanjawan Kerajaan Selangor 2015 (Anggaran Perbelanjaan Selangor 2015).

“Anggaran perbelanjaan ini dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November 2014, sebelum Noh membuat janji,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Ban-dar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan se-belum ini mendakwa tidak menunaikan janji menurunkan peruntukan RM1.8 juta kepada PPR Kota Damansara ekoran Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan khas itu selepas beliau membuat janji terbabit.

Mengulas perkara itu, Iskandar berkata, tin-dakan Noh menunjukkan seolah-olah Kerajaan Negeri hanya bertindak selepas beliau mem-buat pengumuman.

“Sebagai seorang menteri, beliau tidak sepa-tutnya berdolak-dalik tetapi mengakui kesilapan dan inilah akibat terlalu ghairah bermain politik.

“Sekali lagi, saya menggesa beliau bersikap seperti seorang negarawan bukan ketua cawa-ngan,” katanya.

Kerajaan Negeri umum peruntukan lebih awal

Hasrat miliki kediaman sendiri

��� peneroka bandar terima tawaran Dana-Sel

galan ekoran ia terlebih dahulu dilak-sanakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Selangor menawarkan skim sewa beli Dana-Sel tanpa memerlukan deposit dan membantu pembeli yang gagal mendapat pinjaman bank.

“Tindakan Kerajaan Pusat ini ke-tinggalan. Ini menunjukkan Selangor peneraju ke-pada negeri lain dalam melaksanakan apa jua tindakan,” ka-tanya.

Umur sudah lebih, duit pun tiada. Jadi, saya berunding dengan anak dan syukur dapat juga masuk rumah baru bulan depan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri

kerana menolong orang susah seperti kami.

YUSUF AYUBPeneroka Kg Rimba Jaya, 78

Page 7: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Utama7SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Hanya dua lot tanah diwarta

Paya Indah Wetlands kekal

SHAH ALAM - Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menceroboh tanah untuk dijadikan tapak pembuangan sampah haram di Alam Impian, di sini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Sali-ran (JPS) kini dalam tindakan penguatkuasaan.

"Saya difahamkan ia diurus-kan sekumpulan samseng yang menyalahgunakan tapak lapang berkenaan sebagai tempat pem-buangan sampah haram. MBSA dan JPS kini dalam tindakan bagi menutup kawasan berkenaan, malahan Kerajaan Negeri tidak gentar," katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Pada 5 Ogos lalu, beliau ber-sama wakil KDEB Waste Manage-ment Sdn Bhd(KDEBWM) dan

Tak gentar samseng sampah haram

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri prihatin untuk menjaga status Paya In-dah Wetland (PIW) berkeluasan 450.76 ekar yang diwartakan Jabatan Perhilitan sejak 1998 sebagai Rizab Tanah Paya.

PIW membabitkan Lot 4827 dan Lot 3974 diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara dikekalkan bagi menjaga statusnya sebagai pusat tarikan pelancong melalui ekopelanco ngan di negeri itu.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping, berkata sehingga kini tanah yang diwartakan sebagai PIW masih kekal terpelihara dan tidak ada seba-rang permohonan tukar syarat guna dilaporkan.

Bahkan hidupan liar seperti badak dan buaya juga masih kedapa-tan di situ. Manakala, katanya, tanah milik sekitarnya adalah milik persendirian boleh dibangunkan jika syarat yang ditetapkan PBN dan Pihak Berkuasa Perancang selaras dengan peruntukan undang-un-dang dipatuhi.

Elizabeth menegaskan tuduhan liar yang dikeluarkan baru baru ini tidak berasas dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam isu terbabit boleh terus ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SHAH ALAM - Kerjasama antara agensi Kerajaan Negeri mampu menangani masalah dihadapi penduduk seperti banjir di Kam-pung Jalan Kebun, di sini, sejak sekian lama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata masalah seperti itu memerlu-kan kesepaduan semua agensi berkaitan supaya kerja penye-lenggaraan yang dijalankan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

"Kita kena selenggarakan lalu-an jalan di sini dua kali setahun, namun jika berasaskan keadaan rumput dan sebagainya maka pasti ia (tidak diselenggarakan) lebih dari tempoh enam bulan.

"Saya berpendapat semua isu ini bukan hanya berlaku di Kampung Jalan Kebun tetapi di kawasan lain dan memerlukan kerjasama erat antara agensi Ke-rajaan Negeri," katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 10 Ogos lalu.

Shuhaimi menghadiri sesi perbincangan bersama bebe-rapa jabatan dan agensi berkai-tan antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Ker-ja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang termasuk Jawatankuasa Kema-juan Kampung (JKKK) Kampung Jalan Kebun mengenai isu banjir di situ.

Beliau berkata, hasil perbin-cangan dan lawatan di kawasan itu mendapati kerja penyeleng-garaan dijalankan sebelumnya ti-dak menepati garis panduan atau prosedur operasi stabdard (SOP).

Katanya, perbincangan antara semua pihak berkaitan membo-lehkan maklumat lebih jelas di-peroleh bagi mengatasi masalah itu.

"Kita adalah kerajaan yang bersedia menghadapi kritikan daripada rakan sendiri. Ia (ker-ja penyelenggaraan) adalah satu usahasama membabitkan semua pihak supaya isu dibang-kitkan rakyat boleh diatasi se-cara bersepadu dan lebih cepat," katanya.

Kerjasama tangani banjir Jalan Kebun

Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) menerjah tapak haram berke-naan.

Sebelum ini, Pemangku Pe-ngurus Besar HASB, Muzafar Mo-hamed, berkata beliau menjang-kakan kerja pembersihan dapat dimulakan 60 hari selepas mene-rima kelulusan Kerajaan Negeri.

Katanya, kawasan seluas tiga ekar dengan kapasiti 60,000 tan sampah itu menelan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk kerja pembersihan.

Ean Yong Hian Wah

Page 8: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Nasional8 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

SHAH ALAM - Bekas pemegang jawatan tertinggi negara digesa berani menyua-rakan pandangan terhadap isu penye-lewengan paling besar sejak merdeka iaitu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Parti Amanah Ne-gara (AMANAH), Salahuddin Ayub, ber-kata semua tokoh penting negara terma-suk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik disaran tampil menyatakan pendirian.

“Saya yakin, tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-ha-kim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh in-tegriti dan menamatkan karier mereka dengan moral sangat tinggi.

“Alangkah baiknya kedudukan mere-ka mulia dan tinggi di sisi masyarakat, di-manfaatkan pula untuk menjadi pembe-la kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sa-ngat kritikal ekoran skandal 1MDB,” ka-tanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, wajar untuk mereka mewujudkan gelombang baru dalam kelompok mereka sendiri sekali gus memberi kesan besar kepada kesedaran

AMANAH seru bekas tokoh negara tegur Najib

rakyat dalam mempertahankan maruah negara.

“Meskipun mungkin mempunyai pan-dangan politik berbeza, saya yakin, kita semua dapat bersatu dalam usaha me-nentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini,” katanya.

Alangkah baiknya kedudukan mereka mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB

SALAHUDDIN AYUBTimbalan Presiden AMANAH

SHAH ALAM - Diha-lang ke luar negara, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah memfailkan permoho-nan semakan kehaki-man bagi mencabar sekatan ke atas diri-nya itu.

Tindakan berke-naan diambil susulan larangan terhadap dirinya ke Korea Utara untuk menerima anu-gerah pada Mei lalu.

Maria menamakan Ketua Pengarah Imi-gresen dan Menteri Dalam Negeri dalam permohonan yang di-failkan pada 28 Julai menerusi peguamnya, Sreenevasan.

Menyifatkan kepu-tusan menghalangnya ke luar negara sebagai melanggar Perlem-bagaan Persekutuan, Maria berkata ia juga ultra vires dan melam-paui bidang kuasa Jabatan Imigresen kerana tiada peruntukan di bawah Akta Imigresen atau mana-mana undang-undang me-larang warganegara dilarang daripada ke luar negara.

Pendaftar menetapkan pengurusan kes pada 6 Sep-tember.

Halang ke luar negara, Maria cabar kerajaan

Maria menama-kan Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri dalam permohonan yang difailkan pada 28 Julai menerusi peguamnya, Sreenevasan

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA - Pemuda Pakatan Harapan (Pakatan) komited me-nyokong usaha solidariti anak muda terhadap himpunan aman #Tang-kapMalaysiaOfficial1 (TangkapMO1) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos ini.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan, berkata adalah wajar pandangan mereka bukan sahaja didengar, malahan diiktiraf sebagai sumbang saran untuk pemerintah.

“Diingatkan kepada Kerajaan Ma-laysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti su-paya memberi ruang kepada maha-siswa dan anak muda bersuara.

“Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripa-da kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk menca-pai negara lebih sejahtera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, pada 13 Ogos lalu.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ah-

Himpunan #TangkapMO1

Pemuda Pakatan nyata sokongan

mad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan dari-pada kepincangan urus tadbir mem-bimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan berbilion ringgit melalui 1 Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

“Tiga individu yang didakwa ber-

tanggungjawab disebut dengan jelas dua daripadanya Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya di-nyatakan sebagai Malaysia Official 1.

“Dipercayai individu di sebalik nama Malaysia Offical 1 yang dise-but 32 kali dalam laporan US DOJ menjadi dalang dalam menyusun atur dan menerima ratusan juta dari 1MDB ke akaun peribadinya,” kata-nya.

Page 9: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Himpunan #TangkapMO1

9SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Page 10: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

10Ekonomi

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Tingkat pendapatan peniaga

SITEC rancak kelas e-dagang

SHAH ALAM - Simposium an-juran SITEC dilihat mampu me-ningkatkan mutu perkhidmatan untuk peniaga e-dagang di Se-langor, sekali gus memberi kesan positif terhadap nilai jualan ma-sing-masing.

Simposium SITEC Menerajui Amalan Terbaik E-Dagang yang diadakan di The Selangor Digi-tal Creative Centre (SDCC), I-City, di sini, pada 8 Ogos lalu itu meli-batkan pelbagai pihak termasuk pe-ngendali logistik utama se-perti Pos Malaysia yang mengen-dalikan perkhidmatan Pos Laju.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata simposium anjuran SITEC itu memberi peluang kepa-da peserta untuk menyumbang idea masing-masing.

"Program hari ini bertujuan un-tuk mengeratkan hubungan an-

tara komuniti e-dagang supaya dapat berbincang untuk memper-baiki bagaimana untuk mening-katkan mutu perkhidmatan yang ada sekarang.

"Tujuan kedua, supaya dapat menghasilkan topik perbincangan terutama membabitkan isu pema-saran supaya perbincangan dapat disertai semua pihak," katanya.

Beliau berkata, antara topik yang banyak dibincangkan adalah isu logistik ekoran permintaan pasaran yang mendadak selain menimbulkan kesukaran untuk ditampung penyedia perkhid-matan logistik sedia ada.

Katanya, isu logistik adalah ele-men penting dalam industri e-da-gang bagi memastikan pengguna dapat menerima barangan yang dipesan mengikut tempoh masa munasabah dan tepat.

Simposium beri kesan positif nilai jualan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Se-langor (SITEC) komited men-ganjurkan lebih banyak kelas 'e-commerce' kepada peniaga dalam meningkatkan pengeta-huan dan jumlah produk.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata usaha mem-bimbing industri kecil dan sederhana (IKS) itu bertujuan meningkatkan mutu perkhid-matan antara penjual dan peng-

guna sekali gus melonjakkan pendapatan.

“Kita mahu menganjurkan lebih banyak kelas ‘e-commerce’ sebagai pelan jangka masa pan-jang SITEC untuk membimbing peniaga meningkatkan jumlah produk,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Kai Ping berkata, SITEC turut mengadakan lawatan ke Taipei, Taiwan bagi memupuk penjua-lan ‘Cross-Border-Trading’.

SITEC yang ditubuhkan sejak Jun 2016 berjaya menganjurkan

90 kelas e-commerce untuk me-nyebarkan pengetahuan siste-matik yang ditujukan kepada IKS atau ‘Brick’ serta ‘Mortar shop’ kepada penjual dalam talian.

“Kelas ‘e-commerce’ mene-rima sambutan memberang-sangkan dengan purata ke-datangan kelas sehingga 100 orang secara amnya setiap kali diadakan.

“SITEC juga berjaya mem-bimbing 190 IKS dalam tempoh 13 bulan dan mencatatkan hasil jualan RM1.3 juta,” katanya.

Page 11: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

11SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Tempatan

OLEH SYASYA SUFIAN

PUCHONG - Jalan gelap berpunca daripada kemudahan lampu yang sering rosak serta dihalang pokok di sepanjang Jalan Wawasan 4/12, di sini mengundang bahaya khu-susnya kepada penduduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kin-rara, Ng Sze Han, berkata kema-langan jalan raya berlaku baru-baru ini apabila sebuah kereta melanggar lima kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelah Pangsapuri D’Kiara.

“Berlaku insiden sama selang dua hari membabitkan empat kenderaan dan keadaan ini mem-bimbangkan penduduk yang sudah membuat aduan ekoran kemudahan lampu jalan tidak berfungsi,” katanya ketika sidang media, di sini, pada 12 Ogos lalu.

Justeru, beliau menggesa Maj-lis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memantau dan mengenal pasti punca masalah itu supaya dapat diselesaikan segera demi keselamatan orang ramai.

Kemudahan lampu rosak

Jalan gelap undang bahaya

Sementara itu, Arkitek Lands-kap MPSJ, Nadia Muhamad Amin, berkata punca utama jalan gelap adalah kerana pokok merimbun yang mengganggu pandangan pengguna laluan berkenaan teru-tama waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, MPSJ akan melaksanakan kerja mem-buang dahan pokok bermula

minggu hadapan demi kesela-matan pengguna laluan terbabit.

“Dijangka kerja berkenaan akan selesai akhir bulan ini,” ka-tanya.

Jurutera MPSJ, Khairul Nizam Khalid, pula berkata pihaknya akan membaiki lampu jalan yang mengalami masalah ‘timing’ pada waktu malam.

SUBANG JAYA - Orang ramai kini boleh menggunakan jalan susur dari Persiaran Kewajipan terus ke Jalan SS16/1 dan tidak perlu membuat pusingan U di hadapan Aeon BIG untuk ke ja-lan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, ber-kata ia sekali gus mengurang-kan beban aliran trafik terutama ketika waktu puncak.

“Orang ramai digalakkan menggunakan susur ini, tidak perlu lagi ‘U-turn’ di hadapan Aeon BIG.

“Jalan SS16/1 bakal menjadi ‘one way loop’ pada masa hada-pan untuk mengelak pembazi-

ran masa dengan lampu trafik,” katanya kepada SelangorKini.

Susur sejauh 150 meter yang dibina Prasarana Malaysia Ber-had itu mula dibuka untuk pengguna jalan raya, pada 1 Ju-lai lalu.

Hannah berkata, susur berke-naan adalah salah satu syarat dikenakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terhadap Prasarana selepas pembukaan fasiliti di SS16.

“Syabas diucapkan kepada MPSJ yang sentiasa menunjuk-kan komitmen tinggi dalam memperbaiki pergerakan trafik untuk memudahkan pergera-kan penduduk,” katanya.

Jalan susur dibuka elak sesak

SHAH ALAM - Belia yang berminat dalam bidang reka bentuk, pembikinan filem dan fotografi digalakkan menyertai ‘Creative Workshop’ anjuran Pejabat DUN Daman-sara Utama, pada 26 hingga 28 Ogos ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata program tiga hari dua malam di Shah Alam itu khusus untuk anak muda berusia antara 17 hing-ga 35 tahun, berlatar belakang kemahiran asas pembuatan filem, fotografi juga ilus-trasi.

“Hampir RM10,000 diperuntukkan DUN saya bagi melaksanakan program ini un-tuk anak muda yang ingin menyumbang

kepada aktivisme, perubahan dan pemba-ngunan negara.

“Program ini juga sebagai landasan me-nyokong belia meluaskan dan mengasah kemahiran dalam menerokai pelbagai teknik baru,” katanya dalam kenyataan.

Bee Yin berkata, program itu menampil-kan panel berpengalaman termasuk Ahli Parlimen Kluang dan Pengarah Pendidi-kan Politik DAP, Liew Chin Tong; pengarah filem dan aktivis sosial, Hisham Rais dan Pengurus Waze Sales, Edward Ling.

Katanya, program itu terhad kepada 30 peserta sahaja dan belia yang berminat

boleh mendaf-tar di http://bit.l y / C r e A c t E x -c h a n g e Wo r k-shop2016 atau e-mel [email protected].

“ D i h a r a p -kan bengkel ini bakal mela-hirkan anak muda ber-fikiran kreatif bersama pe-mimpin ke arah negara mampan, adil dan lebih baik,” kata-nya.

Bengkel kreatif cungkil bakat belia

Page 12: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Album12 SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Album13SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyampaikan sumbangan Selangor Food Stamp kepada penduduk memerlukan di kawasan itu

Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat dan ADN Dusun Tua, Razaly Hassan berbincang dengan JKR bagi mengatasi masalah kesesakan jalan di susur keluar Taman Lagenda Suria

ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong memper-kenalkan tarikan pelancongan air terjun di Alor Lempah di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

ADN Teratai, Tiew Way Keng menghadiri Kempen Anti Abai Kanak-kanak peringkat DUN terbabit

ADN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan melakukan ziarah prihatin dan menyampai-kan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan itu

ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyusun barangan Selangor Food Stamp untuk diagihkan kepada penerima

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud

merasmikan Raudhah Mart

dan Restoran Pollo Mendi

kumpulan Brainy Bunch di USJ dan

turut dihadiri Ahli Parlimen

Ampang, Zuraida Kamaruddin

ADN Rawang, Gan Pei Nei menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Alam Kerajaan Negeri kepada mangsa ribut di Taman Bersatu, Rawang

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang tahfiz di Surau Al-Ukhwah PJS

Page 13: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

14Rencana

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

Kebanyakan kita mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADI-

LAN) yang gigih berjuang untuk memerdekakan negara ini daripa-da cengkaman kerajaan yang ko-rup dan menindas rakyat.

Kita mengetahui beliau bukan sahaja pernah menduduki kerusi nombor dua dalam hariki pentad-biran negara, malahan pernah me-mangku jawatan Perdana Menteri.

Kita juga tahu perjalanan politik Anwar cukup berliku dan masak dengan sepak terajang politik apa-bila tiga kali terpenjara, difitnah dan pelbagai dugaan dan cabaran getir lain.

Itu yang kita tahu tetapi dise-balik semua itu, siapakah Anwar di sisi lain? Siapakah Anwar di mata anaknya, rakan sepermainannya, rakan sekolah, guru dan orang-orang tua di kampung Cherok To’ Kun?

Sempena ulang tahun kelahi-ran Anwar ke-69 pada 10 Ogos lalu yang juga jatuh pada bulan kemerdekaan, SelangorKini kong-sikan siapakah Anwar Ibrahim se-perti yang diceritakan anak sulung beliau, Nurul Izzah Anwar, rakan sepermainannya, Osman Ibrahim yang mesra dengan panggilan Pak Tih, 69 dan sepupu kepada Anwar, Zulkifly Saat, 57 tahun.

Turut sama berkongsi cerita, Mohd Zainizam Zainal Abidin, 40 tahun, iaitu anak kepada salah seorang guru yang pernah menga-jar Anwar di alam persekolahan.

Banyak cerita mereka kongsi-kan, ada yang mencuit hati dan ti-dak kurang juga yang menyentuh perasaan.

Minat buku sejak kanak-kanak

Anwar mempunyai minat men-dalam terhadap buku sejak di usia kanak-kanak lagi. Pada suatu hari, ketika bersekolah di tingkatan dua, semasa subjek Pendidikan Jas-mani, Pak Tih dan beberapa rakan lain bersiap sedia untuk ke padang bermain sama ada sofbol, ragbi atau sebagainya.

Apabila melihat Anwar yang masih tidak bersiap sebaliknya tekun membaca buku, Pak Tih dan rakan lain mengajak Anwar ber-main sama. “Apa nak jadi hang ni Anwar, tak nak bersukan, marilah kita main bersama” sapa Pak Tih.

Sambil terus membaca Anwar menjawab, “hang mainlah. Aku nak baca buku sebab suatu hari nanti aku nak jadi Perdana

Yang kita tidak tahu

Siapa Anwar di sebalik tabir?Menteri,” jawab Anwar. Pak Tih dan rakan lain yang ketika itu tidak berapa mengerti makna Perdana Menteri hanya tertawakan jawa-pan Anwar itu.

Kepintaran Anwar memang me-nonjol berbanding kanak-kanak lain. Guru beliau ketika darjah dua, Allahyarham Zainal Abidin pernah memberitahu Zainizam berkenaan tulisan tangan Anwar.

“Bapa saya cerita masa di dar-jah dua lagi, dia dah kesan Anwar adalah seorang yang istimewa. Lain daripada budak lain. Contoh mudahnya tulisan Anwar. Masa tu maklumlah budak darjah dua pu-nya tulisan memang teruk tetapi Anwar punya tulisan memang dah ‘perfect’, dah macam orang dewasa.

“Seperkara lagi, tanyalah dia apa sahaja soalan, memang dia bo-leh jawab. Lama kelamaan sehing-galah pada suatu hari, bapa saya usap kepala Anwar dan kata pada Anwar, “hang ni, suatu hari nanti hang jadi menteri dan Anwar ingat kejadian ini sampai sekarang,” kata Zainizam.

Hormati orang lebih dewasa

Walaupun Anwar sama se- perti budak kampung lain ber-main, mandi kolam dan mendaki bukit tetapi Anwar cukup sensitif terhadap orang lebih dewasa teru-tama ibu, bapa juga guru.

“Beliau cukup marah kepada kami sekiranya tidak menghorma-ti ibu bapa, guru dan orang lebih dewasa. Salah satu tanda beliau sedang marah apabila telinganya jadi merah,” kata Pak Tih.

Disebabkan beliau cukup menghormati orang dewasa dan mempunyai keperibadian yang menonjol, Anwar disayangi oleh imam kampung dan juga orang tua di kampung Cherok Tok’Kun. Mereka menganggap Anwar se-perti anak sendiri.

“Kalau imam di kampung ini, macam emak bapak dialah. Kalau

balik, dia mesti cari. Dia punya sentuhan peribadi dengan orang kampung me-mang hebat,” kata Zulkefly.

Semasa bermain, Anwar kerap me-ngambil peranan sebagai ketua. Con-tohnya, apabila An-war menganjurkan pertandingan ber-main masak-masak untuk rakan yang lebih muda, beliau akan menjadi pe-ngadil. Anwar akan mengusahakan un-tuk menyediakan hadiah sepeti ‘biskut merry’ dan lain-lain.

Menurut Pak Tih, Wan Muhammad merupakan indivi-du yang mula-mula melatih Anwar ber-ucap di depan khala-yak ramai.

Salah satu ke-jadian mencuti hati semasa Anwar kanak-kanak, seekor lipan bukit terjatuh di atas kaki Anwar ketika beliau sedang bercerita mengenai Nabi Sulaiman.

“Cikgu Wan Muhammad ni se-tiap minggu akan suruh kami ber-cerita seolah-olah melatih untuk ‘public speaking’. Masa giliran An-war bercerita tentang Nabi Sulai-man seekor lipan bukit jatuh ke atas kaki dia. Dia bukan main ter-kejut. Kami ketuk lipan tu sampai mati.

“Bila dah mati, kami tanam. Lepas tanam kami cakap pada An-war, hang pi la talkinkan dia. Tak ke-sian ka pada dia? Saya teringat lagi apa dia jawab. Aku mana reti baca talkin ni, kita tanam sudahlah. Bila dewasa bila saya teringat saat itu, saya terfikir dialah orangnya yang akan mentalkinkan Umno BN,” kata Pak Tih.

Surat berbahasa Inggeris

Berbeza dengan pelajar lain, salah satu proses pembelajaran Anwar untuk memperkukuh-kan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan berutus surat.

“Pernah masa perjumpaan bekas murid Stocwell, guru kami Mr Tan beritahu kami Anwar masa itu sudah melanjutkan pelajaran-nya di Kolej Melayu Kuala Kangsar selalu hantar surat tetapi dalam ba-hasa Inggeris.

“Dia kata dalam surat Anwar itu ada banyak kesilapan. Mr Tan tan-dakan dengan pen merah dan be- tulkan kesilapan itu. Mereka berte-rusan berbalas surat semasa Anwar di Kolej Melayu Kuala Kangsar,” kata Pak Tih.

Ketika masih menuntut di Uni-versiti Malaya, Anwar pernah men-jadi guru sementara di sebuah sekolah aliran Cina iaitu Sekolah Persendirian Jit Shin. Beliau menga-jar selama dua bulan di sekolah itu.

Salah satu keistimewaan An-war, beliau memiliki keperibadian yang cepat meninggalkan kesan di hati orang yang mengenali dirinya. Contohnya, walaupun hanya men-gajar selama dua bulan di Sekolah Persendirian Jit Shin tetapi beliau sentiasa diingati selepas mening-galkan sekolah terbabit.

“Masa di universiti, dia ada buat sesuatu untuk belia Cherok To’ Kun, dia buat Persatuan Belia Tata Rakyat (Betara) dengan buat kelas bimbingan untuk pelajar sekolah tingkatan tiga dan satu. Dia kum-pulkan semua budak universiti

di situ dan dia sendiri jadi tenaga pengajar di situ,” cerita Zulkefly.

Bukit Mertajam lokasi riadah

Salah satu kegiatan yang dige-mari Anwar semasa kecil adalah menaiki Bukit Mertajam bersama rakan-rakannya. Kegemarannya itu diteruskan sehingga beliau men-jawat jawatan Timbalan Perdana Menteri cuma bezanya kali ini dii-ringi polis pengiring.

Semasa beliau menduduki jawatan Timbalan Perdana Men-teri, setiap kali beriadah menaiki Bukit Mertajam beliau akan mem-perlahankan lariannya supaya Pak Tih dan rakan sekampungnya semasa kecil dapat mengejar un-tuk berlari bersama.

Apabila kumpulan Pak Tih menghampiri Anwar, beliau akan akan memberikan isyarat kepada polis pengiringnya supaya mem-beri ruang privasi kepada beliau dan rakan sekampungnya itu.

Lazimnya, Anwar memastikan beliau sempat bermalam di Kam-pung Cherok To’Kun sebelum men-jelang raya. Ketika itu, rumah beliau turut dihadiri ahli politik dan pega-wai kerajaan tempatan. Keadaan ini menyebabkan rakan sepermainan beliau semasa kecil merasa janggal dan membataskan Anwar untuk bersembang dengan mereka.

Anwar menyedari keadaan ini. Apabila semua tetamu lain pulang kira-kira selepas jam 11.00 malam, Anwar meminta rakan-rakannya tidak pulang sebaliknya mereka berbual sambil bergelak ketawa sehingga jam 2.00 atau 3.00 pagi.

Anwar tidak gemar dipanggil Datuk Seri oleh rakan seperma-inannya sebaliknya beliau lebih se-lesa dengan panggilan biasanya di kampung, Anwar atau Non.

Walaupun sudah menjadi Tim-balan Perdana Menteri, Anwar tidak makan di bawah khemah utama apabila menghadiri kenduri kahwin di Kampung Cherok To’Kun sebaliknya beliau gemar makan di bahagian belakang atau bawah pokok bersama tukang masak dan orang kampung lain.

Menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang memberi tekanan. Pada suatu hari seperti biasa Anwar be-riadah, berlari menaiki Bukit Merta-jam bersama rakan kampungnya.

Selepas kepenatan mereka bere-hat di sebatang pokok yang ter-dapat akar yang berjuntaian. Meli-hatkan tali akar itu, Anwar bergayut menggayakan ala tarzan sambil menyanyikan sebuah lagu daripada filem Hindustan bertajuk Sanggam.

Tanyalah dia apa sahaja soalan, memang dia boleh jawab. Lama kelamaan sehinggalah pada suatu hari, bapa saya usap kepala

Anwar dan kata pada Anwar, “hang ni, suatu hari nanti hang jadi menteri”

OSMAN IBRAHIMRakan bersambung >>

Page 14: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

Anwar tidak melupakan peristiwa itu. Setiap kali bertemu rakan kampungnya be-liau sering menceritakan kembali saat itu.

Nota lama jadi koleksi

Anwar suka menyimpan kad atau nota lama. Antaranya, semasa beliau masih bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kang-sar. Antara nota yang pernah dilihat rakan kampungnya adalah nota daripada senior beliau iaitu,Tan Sri Sanusi Junid.

Anwar bukan sahaja menonjol dalam kalangan penduduk kampung, malahan potensinya juga dilihat pelajar senior di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Justeru itu, beliau sering diberi tugasan apabila ber-cuti di kampung. Antara tugasan beliau adalah mengadakan tuisyen.

Salah satu sikap Anwar, beliau lebih suka orang yang tidak mengiyakan apa sa-haja kata-kata beliau sebaliknya memba-las hujahnya.

Anwar mempunyai daya ingatan yang kuat. Walaupun tidak lagi menetap di Kampung Cherok To’Kun, beliau dapat mengingati kebanyakan pemilik rumah yang dilaluinya.

Selain tegas dalam isu rasuah, Anwar juga tegas dalam soal kerja. Antara perkara

yang tidak disukainya apabila pembantu-nya tidak menyerahkan fail sesuatu permo-honan melibatkan penduduk kampung.

Pernah semasa beliau menduduki jawatan Menteri Pelajaran, beliau me-marahi pembantunya kerana tidak me-nyerahkan permohonan biasiswa melan-jutkan pelajaran seorang anak kampung. Bagi beliau fail itu sangat penting kerana membabitkan masa depan seorang anak muda.

Semasa dipenjarakan kali kedua, Anwar kerap menulis. Antaranya kad raya (se-benarnya sepucuk surat) kepada keluar-ganya yang menceritakan seekor burung merpati tersesat memasuki sel beliau de-ngan sayap yang patah.

“Papa juga berkongsi makanan dengan kadangkala memberi cebisan roti buat merpati yang agak lemah kerana tidak dapat mencari makanan sendiri.

“Malangnya, beberapa hari kemudian papa mendapati burung merpati itu tiada lagi sebaik beliau pulang semula ke penja-ra daripada mendapatkan rawatan di hos-pital,” kata Nurul Izzah.

Ironiknya, merpati sering diangkat se-bagai satu simbol kebebasan tetapi pada masa itu Anwar sedang dipenjarakan, ke-bebasannya dinafikan.

Simposium Hari Orang Asal Sedunia

Julang budaya kaum pribumiOLEH ERMIZI MUHAMAD

Kepelbagaian budaya dan etnik ma-syarakat Orang Asal di negeri ini menjadi satu tarikan terbaik me-lengkapkan Selangor sebagai se-

buah negeri yang cukup kaya dengan adat dan resam budaya bangsanya.

Keunikan inilah menjadi batu asas kepa-da Tourism Selangor untuk terus komited menganjurkan Festival Orang Asal Antara-bangsa dengan menjadikan Selangor se-bagai tuan rumah bagi sesi kedua.

Mengangkat tema ‘Back To The Roots’, penganjurannya bukan sekadar festival biasa, namun terus memberi penekanan terhadap keperincian latar budaya primitif masyarakat terawal negara ini.

‘Back To The Roots’ (Kembali Kepada Asal), bukan mengajak masyarakat Orang Asal untuk berundur langkah ke belakang - dengan kembali mengekalkan stigma ‘asal’ tanpa maju ke hadapan.

Sebaliknya, tema ini diangkat sebagai medium budaya dan adat tradisi yang perlu dikekalkan seiring kemajuan teknologi dan peradaban dunia.

Walaupun masyarakat Orang Asal kini sudah mencapai kemajuan terbaik dengan pelbagai bantuan dan pengiktitrafan khu-susnya di Selangor, namun keaslian adat dan tradisinya tidak wajar dilupakan.

Memetik kenyataan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang cukup opti-mis memastikan budaya Orang Asal tidak ‘dimatikan’, penganjuran festival seum-pama ini menjadi landasan terbaik ma-syarakat luar mengenali etnik berkenaan.

Tuntutan itu menjadi pendorong buat Tourism Selangor mengukuhkan peranan-nya menyediakan fasiliti terbaik sepanjang festival yang berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, pada 6 dan 7 Ogos lalu.

Penyertaan masyarakat Orang Asal dari dalam dan luar negara, ia tentunya menjadi signifikan terbaik kepada industri pelanco-ngan negeri menjana peluang ekonomi yang lebih komprehansif dan berdaya saing.

Sebagai contoh, penyertaan masyara-kat Orang Asal dari Indonesia, Thailand, Filipina, India, Afrika Selatan, Kemboja dan Myanmar, sekali gus mampu merungkai kepada perolehan positif kepada negeri.

Pada masa sama, sepanjang pe-nganjurannya pengunjung berpeluang mendapat pemahaman berhubung primi-tif kehidupan, latar budaya, pakaian, cara hidup, pemakanan, kemahiran berbahasa dan persembahan kesenian.

Barangkali, kita sudah sedia maklum ke-fahaman cara hidup masyarakat Orang Asal Mahmeri, di Pulau Carey, Selangor yang sen-tiasa mendapat perhatian Kerajaan Negeri.

Namun, program seumpana ini lang-sung menambah kefahaman pengunjung tentang transisi lain kehidupan masyarakat Orang Asal yang sememangnya kita kurang maklum.

Peluang ini digunakan sebaiknya menerusi pameran dan bahan ilmiah yang disediakan Tourism Selangor kepada ma-syarakat awam menambah kefahaman se-cara dekat.

Pengisian festival ini juga turut men-jurus kepada kepelbagaian budaya dan seni keaslian masyarakat Orang Asal yang

sewajarnya perlu dihormati dan difahami segenap lapisan masyarakat.

Bagaimana utuhnya pendirian kaum ini mempertahankan budaya dan adat resam- nya yang wajar menjadi tauladan terbaik kepada segenap bangsa lain memastikan adat resam nenek moyang tidak lenyap ditelan kemajuan zaman.

Kaum Mahmeri Selangor misalnya, se-bagai sebuah kaum terawal yang tidak betah menekankan prinsip jati diri kaum-nya walaupun sudah mengecapi pelbagai insentif dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Sebagai sebuah bangsa yang tidak le-kang dengan prinsip itu, kaum Mahmeri mengalami peningkatan perubahan dari-pada pelbagai aspek hasil pencampuran dengan suku kaum dan bangsa lain di Se-langor khususnya.

Golongan ini tidak lagi wajar dianak tiri-kan dengan stigma masyarakat bahawa jurang peradaban menjadi pemisah buat kaum ini menikmati hasil kekayaan negeri

secara telus. Pendirian tersebut turut dizahirkan Dato’

Menteri Besar untuk terus memastikan anak masyarakat Mahmeri menikmati pelu-ang pendidikan secara adil di Selangor.

Buktinya, keberkesanan bantuan pen-didikan Biasiswa Sagong Tasi dan bantuan awam perusahaan HIJRAH kepada indi-vidu Orang Asal Selangor yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Kapasiti inilah menjadi pemangkin kepada masyarakat Asal Mahmeri dan kaum Asal lain di seluruh negara untuk mendapat peluang yang sama dengan bangsa lain di Malaysia.

Bagaimanapun, perkara asas yang perlu diberi perhatian seluruh masyarakat untuk tidak memandang enteng bahawa Orang Asal adalah pelengkap kepada utuhnya keunikan bangsa Malaysia.

Hak kebajikan, keadilan dan kesaksa-maan perlu diberikan secara telus agar ma-syarakat Orang Asal terus mendapat perha-tian seiring hak kaum lain di negara ini.

15SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Rencana

Page 15: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

16Pelancongan

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

SHAH ALAM - Usaha menye-darkan orang ramai berkenaan kepentingan melindungi Hutan Paya Gambut Utara Selangor (NSPSF) dilaksanakan meneru-si pertandingan memancing di Sungai Sireh Agrotourism Home-stay Centre, Tanjung Karang, ba-ru-baru ini.

Pengarah GEC, Faizal Parish, berkata NSPSF adalah kawasan paya gambut yang menjadi salah satu ekosistem tropika paling unik di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, per-airan paya gambut kian tercemar dengan asid organik dikenali se-bagai ‘blackwater’, namun ia tetap menyokong lebih 100 spesis ikan termasuk enam spesies endemik.

“Banyak spesies ikan hidup di dalam air gambut adalah unik dan sumber penting dalam perdagangan ikan akuarium juga kaya dengan pelbagai spe-sies ikan dan udang kerana ber-sempadan Hutan Simpan Karang

Tarikan baru pelancongan

Laluan basikal seluruh negeriOLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM - Laluan berba-sikal sebagai tarikan baru pelan-congan di Selangor akan mula diperkenalkan di seluruh negeri mulai 2017, kata Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdaga-ngan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berta-raf bandar raya dan perbandaran, laluan dicadangkan adalah se-jauh 15 kilometer (km), manaka-la laluan bagi majlis daerah pula hanya 10 km.

“Bagi kawasan lama mungkin tidak dapat mengadakan lalu-an baru, maka kita bercadang menggunakan laluan berkongsi

selaras standard antarabangsa.“Kita akan cat laluan basikal

selebar tiga atau empat kaki, ber-gantung kepada keadaan,” ka-tanya dalam sidang media, di sini, pada 12 Ogos lalu.

Chang Khim berkata, laluan berkenaan berupaya mena-rik lebih ramai pelancong dan memudahkan pergerakan serta lebih mesra alam (eco-friendly).

“Mereka boleh berbasikal un-tuk ke kawasan yang menyediakan pengangkutan awam termasuk bas Smart Selangor,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekin-chan, Ng Suee Lim dan Setiausa-ha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria me-ninjau perkhidmatan bas Smart

Selangor di kawasan itu.Mereka kemudian berbasikal

untuk mengenal pasti laluan se-suai bagi aktiviti riadah berbasi-kal di sekitar Sekinchan.

Memancing lindungi hutan paya gambut

Sungai dan Hutan Simpan Raja Musa.

“Pemeliharaan paya gambut dari pembangunan dan aktiviti pertanian perlu dikawal untuk mengelakkan kehilangan sumber biologi dan manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Pertandingan disertai lebih 60 kaki pancing itu dianjurkan

Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Jabatan Per-hutanan Negeri Selangor, Friends of Swamp Forest Utara Selangor Peat (SHGSU), HSBC Bank Malay-sia Berhad, Yayasan Sime Darby dan GEF-SGP Malaysia.

Juara pertandingan memba-wa pulang wang tunai RM1,000, kedua RM700 dan ketiga RM500.

SHAH ALAM - Kempen My Se-langor Story 2016 yang mem-promosikan keunikan negeri itu kembali dengan matlamatnya kali ini mensasarkan pelancong daripada China.

Pengurus Komunikasi Kor-porat Tourism Selangor, Nazri Tashriq Rahmat, berkata seramai

12 pelancong yang juga ‘blogger’ daripada portal pelancongan ter-besar China, Lotour (lotour.com) menyertai program lima hari em-pat malam itu.

Katanya, mereka berkongsi pengalaman bercuti menerusi Lotour dan landasan media so-sial lain.

“Program ini ber-tujuan mempro-mosi Selangor yang kaya dengan sum-ber pelancongan di samping mening-katkan pengeta-huan berkenaan ke-pelbagaian budaya dan aktiviti di ne-geri ini.

“Kempen pelan-

congan unik ini juga mahu me-nonjolkan lagi jenama Tourism Selangor dan kesemua penaja yang bermurah hati membantu pelaksanaan program,” katanya dalam kenyataan media.

My Selangor Story 2016 dian-jurkan bersama My Horizon Me-dia Sdn Bhd dengan kerjasama Lotour.

Sepanjang program berlang-sung, ‘blogger’ antara lain berke-sempatan mengunjungi Festival Bon Odori ke-40 di Shah Alam, baru-baru ini.

Mereka turut berseronok di Taman Tema Sunway Lagoon di Subang Jaya, Pantai Sasaran (Kua-la Selangor), Pulau Angsa (Kuala Selangor), Batu Caves (Gombak) dan Sekinchan.

My Selangor Story sasar pelancong China

Laluan berkenaan berupaya menarik lebih ramai pelancong dan memudahkan pergerakan serta lebih mesra alam (eco-friendly)TENG CHANG KHIMExco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan

SHAH ALAM - Sekinchan terus dipilih sebagai salah satu desti-nasi pelancongan popular di Se-langor dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sebulan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Se-kinchan, Ng Suee Lim, berkata jumlah itu boleh meningkat se-hingga 20,000 pelancong pada ‘season pack’ termasuk musim cuti sekolah.

“Ini secara tidak langsung menjana ekonomi tempatan dengan rakyat menerima man-faatnya.

“Contohnya, golongan ibu tunggal dan suri rumah yang da-hulunya tiada pendapatan kini mampu memperolehi sehingga RM1,500 sebulan hasil jualan kuih dan kerepek,” katanya kepa-da SelangorKini.

Pada 12 Ogos lalu, Suee Lim menerima kunjungan Exco Pe-ngangkutan Awam, Dato’ Teng Chang Khim bagi mengenal pasti laluan basikal di sekitar Sekinchan.

Suee Lim berkata, laluan basi-kal yang dijangka mula dilancar tahun hadapan pastinya mampu

Sekinchan tarik ��,��� pengunjung sebulan

menarik lebih ramai pelancong.“Terima kasih kepada Kerajaan

Negeri yang berterusan mema-jukan Selangor termasuk Sekin-chan walaupun terletak di luar bandar.

“Saya sambut baik usaha ter-baru ini, bukan sahaja bagus un-tuk kemajuan ‘eco-tourism’, tetapi turut menggalakkan gaya hidup sihat,” katanya.

Jumlah itu boleh meningkat sehingga 20,000 pelancong pada ‘season pack’ termasuk musim cuti sekolah. Ini se-cara tidak langsung menjana ekonomi tempatan dengan rakyat menerima manfaatnyaNG SUEE LIMADN Sekinchan

Page 16: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

17SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Seni

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Festival berkonsepkan Is-lamik secara tidak langsung menjadikan Shah Alam sebagai fesyen muslim terbe-sar dengan penampilan 12 finalis pencari-an Ikon Jameela Street di Festival Syoknya Nikah (FSN) 2016, pada 14 Ogos lalu.

Isteri kepada Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin, berkata fesyen muslim kian diminati masyarakat dan memberi peluang kepada pengusaha tempatan mengetengahkan rekaan juga bakat baru sebagai ikon model muslimah.

“Industi Halal sedunia dijangka mening-kat ke 6.4 trilion USD pada 2018.

“Perbelanjaan muslim pada pakaian dan kasut akan turut meningkat pada 2019,” ka-tanya ketika merasmikan Festival Syoknya Nikah bertempat di SACC Mall, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani; Pengerusi Dewanita Dewan Perniagaan Me-layu Malaysia Selangor, Raja Rozida Raja Aziz; Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Fazli Mustafa dan Pengarah Urusan MZ Pro Heli Group, Dato’ Maznah Nahu.

Shamshida berkata, Kerajaan Negeri

SHAH ALAM - Pameran Seni Graphist (Graphic Turns Artist) menonjolkan kreativiti pelukis dari latar belakang grafik dengan karya seni masing-masing.

Fokus penganjurannya, mengetengahkan pelukis yang bukan dari latar be-lakang atau mempunyai pengajian ilmiah secara spesifik terhadap seni lukis.

Pengarah Galeri Seni Shah Alam, Profesor Madya Mohd Said Abu, berkata pe-

milihan pelukis dibuat berdasar-kan pencapaian dan kemahiran seni lukis yang dihasilkan mengi-

World Muslim Fashion City

Shah Alam orak langkah

mengorak langkah menjadikan Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’ yang menampilkan pelbagai identiti dan kos-mopolitanisme dunia Islam.

“Syabas kepada penganjur yang men-jayakan festival ini dengan kerjasama dari

pelbagai pihak dalam menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri.

“Saya berharap aktiviti seperti ini akan terus dijalankan sebagai persediaan men-jadikan Shah Alam kota fesyen dunia mus-lim suatu realiti,” katanya.

Gasing pangkah bakal jadi identiti SelangorKLANG - Permainan tradisional gasing pangkah bakal diangkat sebagai identiti Selangor jika ter-bukti ia berasal dari negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi, berkata kajian lanjut berkenaan perkara itu akan di-jalankan Perbadanan Adat Me-layu dan Warisan Negeri Sela-ngor (Padat).

“Kerajaan Negeri dan Padat in-gin melihat apakah tradisi yang boleh diidentitikan untuk Sela-ngor dalam permainan gasing ini.

“Saya menceduk sedikit se-banyak ilmu orang di sini yang mengatakan gasing wau jan-tung seperti replika dibina adalah identiti Selangor, maka kajian berkenaannya akan dibuat,” katanya kepa-da SelangorKini.

Beliau berkata, permainan gasing pangkah di kampung tradisi mendapat sambutan baik tahun lalu ekoran ia begitu sinonim dengan masyarakat di kawasan terbabit.

Katanya, Kerajaan Negeri akan melihat kemungkinan ia

diadakan sebagai acara tahu-nan bagi menarik masyarakat untuk terbabit sama.

“Sebenarnya di Selangor ada gelanggang gasing yang

tersedia (di daerah lain), cuma mungkin pro-

mosinya tidak menonjol kepada rakyat.“Ia seolah-olah

bermusim dan inisi-atif ini perlu dibongkar

semula,” katanya menyentuh gelanggang gasing pangkah di Kampung Bukit Kapar ma-sih dijaga dengan baik.

kut kepelbagaian kreativiti.“Kesemua pelukis mempu-

nyai latar belakang masing-ma-sing, namun penganugerahan ilham kreatif mendorong mereka menceburi bentuk bidang ‘seni’ (lukis) selain daripada pengkhu-susan masing-masing.

“13 pelukis ini adalah graduan seni grafik yang mempunyai nama dalam arena seni visual Negara dengan pelbagai gaya, media, isme, bidang dan cita rasa.

“Saya percaya pameran ini pasti memberi hidangan halwa mata

menyegarkan buat khalayak untuk menyaksikan pameran ini kelak,” katanya pada sesi pameran, di sini.

Antara pelukis terlibat terma-suk Hashim Hassan, Prof Raja Dato’ Zahabuddin Raja Yaacob, Ali Akbar Othman, Ahmad Zaki Anwar, Anuar Dan, Azrin Mohd dan Che Ahmad Azhar.

Ia turut disertai Fauzi Ab. Ra-him, Hamdan Omar, Kamaruzali Ibrahim, Mohd Amiruddin Ra-sid, Razak Abdullah,Tengku Asri Tengku Abdullah, Wan Ahmad Ngah dan Zaim Durulaman.

Graphist singkap kreativiti pereka grafik

Hayati kerja seni ‘orang grafik’

wujud dalam negara.Sementara itu, bekas Dekan

Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka, Profesor Dato’ Raja Za-habuddin Raja Yaacob, berkata keistimewaan hasil seni dihasil-kan penulis menekankan unsur tipografi dan ilustari.

Katanya, elemen itu dipenga-ruhi aspek latar belakang grafik secara jelas yang dianggap ‘ber-semadi’ dalam diri setiap pelukis.

“Istimewanya unsur diper-sembahkan dalam pameran ini masih mengekalkan nilai seni reka grafik yang tetap diselitkan dalam setiap karya pelukis.

“Namun, saya percaya idea ini menjadi pencetus melahir-kan karyawan seni lukis dan seni reka,” katanya.

Pameran terbabit diadakan bermula 18 Julai lalu hingga 26 Ogos ini di Galeri Seni Shah Alam.

SHAH ALAM - Pameran Graphist mewujudkan kepelbagaian aspek seni melangkaui idealogi terhasil daripada pemikiran pereka grafik.

Profesor Dr Muliyadi Maha-mood dari Jabatan Pengajian Bu-daya Visual Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, berkata pamer-an seumpamanya mewujudkan transisi berbeza seni lukis ber-dasarkan sudut pandang pelukis terhadap karya mereka.

Katanya, ia turut memberi pe-luang khalayak untuk menghaya-ti kerja seni ‘orang grafik’ yang berkecimpung dalam seni catan, fotografi dan lukisan.

“Pameran itu sekali gus menunjukkan keprihatinan pe-lukis terhadap isu warisan dan wawasan, mengimbau nostalgia juga kenangan.

“Ia turut mencerminkan ke-sungguhan dan ketrampilan seni bersifat sistematik, kemas dan terancang,” katanya dalam ke-nyataan.

Muliyadi berkata, keunikan itu turut mewujudkan elemen harmoni menghubungkan karya seni sebagai imej kepada kepel-bagaian rupa juga makna yang

Page 17: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

18PBT

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tiga premis makanan di Seksyen 32, di sini ditutup ekoran gagal mematuhi Undang-Undang Kecil Establish-ment Makanan Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) 2007 dan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pengarah Kesihatan dan Persekitaran MBSA, Dr Roslan Fadzil, berkata ia ekoran pre-mis terbabit dikesan membiak serangga dan tidak mengikut prosedur penyediaan makanan betul.

“Kita mahu memastikan pre-mis di sekitar Shah Alam dalam keadaan baik dan tidak menim-bulkan unsur keracunan makan-an.

“Tidak seperti premis di sini

yang ada tikus dan lipas, malahan ayam diletakkan di tempat tidak sepatutnya,” katanya ketika Ope-rasi Bersepadu Premis Makanan MBSA, pada 11 Ogos lalu.

Pada masa sama, Roslan beka-ta, MBSA akan terus mengam-bil langkah menguatkuasakan undang-undang serta menge-luarkan notis kompaun kepada premis yang gagal mematuhi peraturan.

“MBSA tidak akan berkom-promi dengan menutup premis makanan jika terdapat urungan lipas dan tikus atau mempunyai 'rating' kebersihan bawah 50 pe-ratus,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, 12 notis dan dua kompaun tu-rut dikeluarkan terhadap premis yang gagal mematuhi undang-undang.

Gagal patuhi undang-undang

� premis makanan ditutup

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya lima papan iklan haram di-roboh Majlis Daerah Kuala Selan-gor (MDKS) selepas notis amaran tidak diendahkan agensi papan iklan berkenaan.

Setiausaha MDKS, Azahari Sai-rin, berkata tindakan tegas itu di-ambil ekoran lambakan papan tanda dipasang tanpa kebenaran dan permit pihak berkuasa tempa-tan (PBT).

“Tindakan diambil sebagai langkah pencegahan kerana pa-pan tanda itu tidak kukuh dan menepati syarat ditetapkan MDKS juga membahayakan orang awam.

“MDKS sudah mengeluarkan notis kepada syarikat bertangung-jawab, namun hanya tiga pemi-lik sahaja memberi maklum balas merobohkan sendiri papan iklan visual mereka,” katanya dalam ke-nyataan.

Pada masa sama, Azahari berka-ta, papan iklan terbabit dipasang di kawasan tanah rizab milik MDKS dan diletakkan di bawah kesalah-an Undang-Undang Kecil Iklan (7) MDKS 2007.

Katanya, MDKS turut menitik-beratkan gambar papan iklan de-ngan pengusaha perlu memasti-kan ia dalam keadaan sopan dan tidak menjolok mata.

"MDKS akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan perobohan dari masa ke masa bagi membanteras pemasangan papan iklan haram yang semakin berle-luasa di daerah itu," katanya.

MDKS roboh iklan haram tanpa permit

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekali lagi berjaya merangkul anugerah Antarabangsa daripada The Green Organisation di The Crystal, Royal Victoria Docks, London, pada 8 Ogos lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata anugerah itu diteri-ma atas komitmen berterusan MPSJ melak-sanakan pelbagai inisiatif dalam mewujud-kan perbandaran mampan.

“Anugerah ini turut menyumbang kepa-da pengukuhan prestij MPSJ seiring pem-bangunan Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sekali gus menaikkan prestij Majlis juga Kerajaan Selangor di persada antara-bangsa.

“Selain itu, Majlis turut menggiatkan semula 22 duta Green Ambassador terdiri daripada pegawai MPSJ bagi menyampai-kan mesej hijau kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis

MPSJ terima anugerah Green World Ambassador ����

SHAH ALAM - Usaha mempromosi Kuala Kubu Bha-ru sebagai lokasi pelancongan santai dan semula jadi terus dipergiat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Terbaru, MDHS dengan kolaborasi Straco Ven-tures bakal menganjurkan ‘Climbing Up Fraser King of Mountain Hill Challenge’ membabitkan cabaran kayuhan basikal merentasi laluan sejauh 46 kilome-ter (km) bermula di Taman Millenium dan berakhir di Menara Jam Bukit Fraser, pada 21 Ogos ini.

Laluan unik dan berbukit itu mampu mencabar peserta sekali gus memberi impak serta menduga keupayaan kayuhan mendaki bukit.

Julung kali dianjurkan, acara berbasikal itu di-buka kepada 1,300 peserta ekoran penyertaan be-gitu menggalakkan dengan hadiah wang tunai RM10,000 menanti pemenang.

Ia adalah antara acara sukan bertujuan mempro-mosi keindahan alam semula jadi di daerah itu sem-pena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

Kayuh basikal promosi pelancongan santai

Pemasangan Bendera Jalur Gemilang Sem-pena Hari Kebangsaan, di Kompleks Arena MPSJ, di sini, pada 11 Ogos lalu.

Sebelum ini, MPSJ meraih enam an-ugerah ‘Green Awards’ di peringkat antara-bangsa sejak 2014.

Antaranya, Green Apple Award 2014 ber-tempat di Palace of Westminster, London, Green World Ambassador 2015, Leicester Square, London, The Green Era Award 2016, Berlin, German dan Smart City Innovative Applications Award 2016 di Taiwan.

Page 18: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

19SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ) nafi bersikap kejam terhadap pe-niaga di Keramat dalam operasi perobohan gerai tanpa lesen, baru-baru ini.

Pegawai Komunikasi Ko-rporat MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata kerja meroboh di-lakukan ekoran peniaga terbabit menjalankan per-niagaan dengan mendirikan struk-tur tanpa kebena-ran di atas tanah ke-rajaan dan rezab jalan.

Katanya, peniaga juga sudah diberikan notis pengoso-ngan tapak sebelum tindakan diambil.

“Operasi dijalankan terha-dap 17 gerai yang beroperasi di atas tanah kerajaan dan re-zab jalan selepas peniaga gagal memenuhi notis terbabit,” ka-tanya kepada SelangorKini, di

sini, pada 12 Ogos lalu.Pada masa sama, Norhayati

berkata, MPAJ tidak akan me-nyediakan penempatan semula ekoran bancian menunjukkan warga asing memonopoli ka-wasan terbabit.

“Kita tidak memberi peluang kepada warga asing ber-

niaga. Bancian jelas menunjukkan pe-niaga asing yang berniaga di ka-wasan itu,” katanya.

Beliau turut ber-harap semua pihak memahami situasi sebenar dan tidak

memper besar k an isu berkenaan.Sebelum ini, Pejabat

Tanah Daerah Gombak menge-luarkan notis Kanun Tanah Ne-gara KTN 425 iaitu notis 30 hari bagi tindakan meroboh yang berakhir, pada 20 Mei lalu.

Tindakan perobohan dilak-sanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya EKVE.

Bina struktur tanpa kebenaran

MPAJ tidak kejam

KUALA LANGAT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) giat men-jalankan kerja menaik taraf Data-ran Banting fasa ketiga membabit-kan keluasan 4,020 meter persegi selepas dua fasa terdahulu siap di-bina sepenuhnya.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata pro-jek itu membabitkan pembinaan 'skateplaza' dan 'bowl' juga ‘eleva-ted platform’ dengan tangga serta dinding grafiti.

Katanya, MDKL turut memberi kelainan dengan membina tembok mendaki tiruan, laluan siar kaki, lam-pu sorot, batu semulajadi, 'softscape', 'galvanised iron box-up lettering',

bangku taman, wakaf, tong sampah, papan tanda dan logo MDKL.

“Keperluan penduduk setempat beriadah menjadi matlamat MDKL selaras kepesatan pembangunan daerah ini.

“Kerja naik taraf ini selaras slo-gan Kerajaan Negeri, ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dan sudah semesti-nya dapat memberikan keserono-kan kepada pengunjung,” katanya dalam kenyataan.

Azhar berkata, MDKL sentiasa berusaha mempelbagaikan cada-ngan dan perancangan bagi me-majukan daerah itu supaya pem-bayar cukai menikmati kehidupan lestari.

Justeru, beliau berharap pen-duduk dapat menggunakan ke-mudahan sedia ada dengan sebaik mungkin ekoran banyak peruntu-kan dibelanjakan bagi dinikmati semua pihak.

“Dataran Banting yang dijena-makan semula ini dapat mencuri perhatian pengguna jalan raya apa-bila ia sentiasa dikunjungi tidak kira waktu dengan pelbagai aktiviti ria-dah dan program.

“Kita dapat lihat setiap Jumaat malam Sabtu, ramai golongan de-wasa dan muda beriadah dengan menikmati permainan ‘hot wheels’ selain kasut roda atau papan selaju,” katanya.

Dataran Banting lalui fasa ketiga naik taraf

KENYATAAN TENDERKontraktor adalah dipelawa bagi panggilan tender untuk cadangan kerja-kerja seperti berikut:

Berikut adalah syarat-syarat membeli tender.1. Firma berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).2. Firma berdaftar dengan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). 3. Firma mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun.

Nota:1. Pengambilan dokumen tender perlu disertakan dengan satu (1) salinan dokumen seperti berikut: ● Sijil Pendaftaran Firma dari CIDB. ● Surat Pengesahan Pendaftaran GST. ● Surat perwakilan kuasa (Sekiranya pemilik syarikat tidak dapat hadir).2. Kehadiran lawatan tapak adalah waijb3. Pembayaran bagi pembayaran dokumen tenderhendaklah dibuat dalam bentuk DRAF BANK di atas nama PKNS

Real Estate Sdn Bhd.4. Tender hendaklah dihantar dalam sampul surat bermetri dan dituliskan tajuk projek disebelah kiri atas sampul surat

berkenaan serta dialamatkan seperti di bawah TIDAK LEWAT daripada JAM 12.00 TENGAH HARI pada tarikh tutup tender yang telah dinyatakan di atas.

5. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan dan keputusan syarikat adalah muktamad.6. 7. Pihak Real Estate Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah ataupun lain-lain tawaran

yang dikemukakan tanpa sebarang sebab.

Cadangan Kerja-kerja Menaiktaraf Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.

No. Tender: PKNSRE/KPSA/T/2016/001

Minimum gred G4 dengan

pengkhususan:

CE01 (Pembinaan jalan dan pavemen)

PKNS Real Estate Sdn BhdNo. 3F-05, Tingkat 3 SACC

Mall, 40000 Shah Alam,Selangor

No (P): 03-5520 4567

Tarikh : 23/08/ 2016 (Selasa)

(Selepas taklimat tapak)

Harga Tender: RM200.00

PKNS Real Estate Sdn BhdNo. 3F-05, Tingkat 3 SACC

Mall, 40000 Shah Alam,Selangor

No (P): 03-5520 4567

Tarikh : 23/08/2016 (Selasa)

Masa: 10.00 pagi(Kehadiran adalah WAJIB)

02/09/2016(Jumaat)12.00 Tgh

Hari

TAJUK GRED /PENGKHUSUSAN

TEMPAT DAN TARIKH AMBIL DAN HANTAR

DOKUMEN

TEMPAT LAWATAN TAPAK

TARIKH TUTUP

TENDER

Satu lagi projek oleh:

Size: 16cm X 4col

PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (983834-W)No. 3F-05, Tingkat 3, SACC Mall, Jalan Perbandaran 14/940000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-5520 4567 Faks: 03-5518 1010

SHAH ALAM - RM127,000 diperuntukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menaik taraf taman kepada padang cergas di SS20/12.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansar Uta-ma, Yeo Bee Yin, berkata inisiatif itu perlu diperluaskan di taman lain sekitar Petaling Jaya.

“Kemudahan seperti ini juga perlu dijaga dan diselenggara dengan baik.

“Saya setuju jika peruntukan MBPJ untuk tahun akan datang ditingkatkan bagi inisi-atif sebegini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 11 Ogos lalu, Bee Yin turun mela-

wat kerja naik taraf berkenaan yang turut disertai wakil Jabatan Landskap MBPJ dan kontraktor.

Beliau berkata, projek yang bermula pada Jun lalu dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Antara kerja dijalankan termasuk mem-bina alatan senaman, ‘seatwall’, pemasa-ngan lampu dan sistem saliran modular tank serta membaiki laluan pejalan kaki.

Turut dilakukan, kerja membina tangga konkrit, mengganti peralatan permainan, membina tapak tong sampah serta pena-naman rumput.

RM���,��� naik taraf taman

Page 19: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

20Pendidikan

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI - Seramai 351 pelajar Kolej Islam Antarbangsa Sela-ngor (Kuis) menerima manfaat program dilancarkan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan ak-ses pendidikan berkualiti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata 61 daripadanya menerima Tabung Biasiswa Selangorku berjumlah RM10 juta, manakala 290 pela-jar lagi menikmati Dana Bantu-an Sara Diri Anak Selangor ber-nilai RM533,200.

“Bagi melahirkan kumpulan fikir dan profesional di peringkat tinggi, Kerajaan Negeri melak-sanakan program ‘Brain Bank’ dengan dana RM5 juta sebagai

biasiswa bagi pengajian bidang strategik dan kritikal di pering-kat Doktor Falsafah (PhD).

“Kerajaan Negeri juga mem-peruntukkan RM5.07 juta kepa-da Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kuis sebagai tajaan kepada 352 pelajar bagi melahirkan huffaz profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Kuis Kali Ke-19 di Pusat Konvensyen Kuis di sini, pada 13 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, se-lain meningkatkan akses pendi-dikan berkualiti, pelaburan itu dibuat bagi meningkatkan sum-ber daya manusia dan kepaka-ran bagi membangunkan ne-geri dan negara.

Ketika menyentuh kejaya-an 1,006 graduan menamat-kan pengajian masing-masing dalam majlis itu, beliau berkata, kejayaan dicapai hanya langkah permulaan kepada kehidupan lebih mencabar.

“Harapan saya tinggi meng-gunung, apabila para graduan meninggalkan dewan, bawalah bersama bukan hannya segu-lung ijazah tetapi keyakinan diri dan iltizam untuk berkhidmat kepada rakyat juga negara.

“Saudara saudari adalah sebahagian daripada 15,179 alumni Kuis yang akan dan sen-tiasa mencurahkan khidmat bakti demi mengangkat mar-tabat rakyat dan Selangor,” ka-tanya.

Bantuan pendidikan Kerajaan Negeri

��� pelajar KUIS nikmati manfaat

BANGI - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) se-makin terkenal dalam kalangan pelajar yang berhasrat melanjut-kan pengajian apabila jumlahnya meningkat 200 peratus sejak di-tubuhkan pada 1995.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata hal itu didorong kejayaan warga kerja Kuis melaksanakan transfomasi daripada kolej kepada universiti bertaraf antarabangsa.

“Kuis berjaya mengangkat martabat ilmu dan mutu pendi-dikan di Selangor, malahan men-jadi pilihan pelajar yang mening-kat daripada 3,500 kepada 9,350,” katanya pada Majlis Konvokesyen Kuis kali Ke-19, pada 13 dan 14 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, Kuis berjaya memainkan tanggung-

jawabnya memenuhi hasrat neg-eri sebagai gedung ilmu selaras dengan moto institusi terbabit, “pemangkin tradisi ilmu”.

Pada masa sama, beliau turut mengambil kesempatan meng-ucapkan tahniah kepada 1,006 graduan Kuis.

“Saya melihat keceriaan ter-pancar di wajah ibu bapa yang gembira di atas kejayaan anak masing-masing seperti cerianya saya beberapa minggu lalu apa-bila menyaksikan anak saya me-makai jubah graduasi.

“Saudara dan saudari jangan sesekali melupakan pengorban-an dan kasih sayang ibu bapa yang berterusan berdoa untuk kejayaan anak-anak di dalam pendidikan dan kerjaya. Terima kasih untuk ibu dan ayah,” ka-tanya.

Jadi pilihan pelajar

BANGI - Dapatan dikeluarkan ‘Tracer Study’ Kementerian Pen-didikan Tinggi Malaysia pada 2015 menunjukkan hampir 83 peratus graduan Kolej Univer-siti Islam Antarabangsa Sela- ngor (Kuis) memperolehi peker-jaan sebelum menerima ijazah dan diploma pada majlis konvo- kesyen.

Rektor Kuis Profesor Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata dapa-tan itu membuktikan Kuis adalah institusi pengajian tinggi berdaya saing dan mampu melahirkan modal insan berkualiti bagi me-nampung pasaran pekerjaan.

“Kuis menawarkan 72 program pengajian yang menerima akredi-tasi daripada Agensi Kelayakan Ma-laysia (MQA) di peringkat penga-jian asasi sebanyak lima program, peringkat diploma 20 program, Ijazah Sarjana Muda 22 program, Ijazah Sarjana 21 program dan Doktor Falsafah empat program.

“Penawaran ini dapat men-gukuhkan Kuis menuju univer-siti berkualiti dan melahirkan gra-duan berdaya saing memenuhi tanggungjawab ummah,” kata-nya pada Majlis Konvokesyen Kuis Kali ke-19 di Dewan Konvensyen

��% graduan dapat kerja sebelum konvokesyen

BANGI - Keberkatan adalah fak-tor penting yang mendorong kejayaan penerima Anugerah DYMM Sultan Selangor yang juga graduan Kolej Universiti Islam Se-langor (Kuis), Ahmad Walid Shah-budin.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang (Kepujian) itu berkata, keberka-tan diperolehi dengan sentiasa menghormati kedua ibu bapa dan pensyarah.

“Keberkatan ibu dan bapa itu penting walaupun bapa sudah ti-ada, namun saya sentiasa meng-hubungi ibu untuk mendapatkan sokongan.

“Kedua, pensyarah yang men-gajar kita supaya Allah permu-dahkan urusan dan ketiga, fokus dalam kelas,” katanya kepada Se-langorKini pada Majlis Konvoke-syen Kuis di sini, pada 13 Ogos lalu.

Ahmad Walid yang berhasrat menyambung pengajian ke pe-ringkat sarjana juga bersyukur apabila tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pekerjaan apabila ditawarkan bekerja di fir-ma guaman di Kuala Lumpur.

Sementara itu, graduan Sarja-na Muda Pentadbiran Perniagaan E-Dagang (Kepujian), Ainur Arfah Mohd Noor yang diumumkan se-

bagai penerima Anugerah Dato’ Menteri Besar Selangor pula ter-haru apabila kedua ibu bapanya mendapat layanan VIP dalam ma-jlis konvokesyen kali ini.

“Gementar dan terharu le-bih-lebih lagi apabila ibu bapa mendapat layanan VIP. Ini sangat menyentuh perasaan kerana ke-jayaan saya adalah pengorbanan kedua ibu bapa.

“Saya sebenarnya agak terke-jut diberikan anugerah ini, syu-kur kepada Allah dan terima ka-sih kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan,” kata-nya yang kini bekerja di syarikat pengeluar antarabangsa.

Keberkatan faktor utama kejayaan

Kuis di sini, pada 13 Ogos lalu.Pada masa sama, katanya,

Kuis turut bersedia menampung permintaan pelajar yang sema-kin meningkat dan mensasarkan 15,000 pelajar mengikuti penga-jian ditawarkan.

“Pada tahun ini, Kuis sekali lagi dipilih sebagai lokasi program Pencetus Ummah musim ke-4 yang sangat memberikan im-pak positif kepada promosi Kuis dengan tagline ‘di sini lahirnya daei, ulama dan umara’ sekali gus mampu mensasarkan 15,000 pe-lajar pada 2020,” katanya.

Dr Ab Halim Tamuri

Page 20: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

21SelangorKini 19 -26 Ogos 2016

Agama

1. Tawaran adalah dipelawa kepada petender-petender yang berkelayakan, masih dibenarkan membuat tawaran masa ini, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Sistem Tender Online Selangor serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan pembekalan beg sekolah seperti butiran berikut :-

2. Taklimat tender akan diadakan pada 18 Ogos 2016 (Khamis), jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Kekwa, Tingkat 5, Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran adalah WAJIB dan kegagalan menghadiri taklimat tersebut akan menyebabkan tawaran anda TIDAK DIPERTIMBANGKAN. Hanya maksimum dua (2) orang wakil sahaja dibenarkan hadir ke taklimat ini. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil Kementerian Kewangan Malaysia.

3. Pembelian dokumen tender hendaklah dibuat secara atas talian menerusi Sistem Tender Online Selangor di alamat https://tender.selangor.my. Sebarang transaksi bagi pembelian dokumen tender adalah menggunakan kemudahan kad kredit dan perbankan internet (FPX). Segala bayaran tidak akan dikembalikan.

4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi (Sampul Pertama (A) : Dokumen Tawaran Teknikal dan Sampul Kedua (B): Dokumen Tawaran Kewangan perlu dibukukan/ didokumentasikan) dan dokumen sokongan lain seperti dinyatakan di dalam Senarai Semak hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul berlakri (sealed envelope) dengan mencatatkan no. rujukan petender (di penjuru atas sebelah kiri sampul), no. tender dan tajuk tender di atas sampul berserta dua (2) unit sampel beg sekolah dan empat (4) artwork beg sekolah sebelum 30 Ogos 2016 (Selasa), jam 12.00 tengah hari ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

Peti TenderPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN),Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) : 03 - 5521 2321/ 03 - 5544 7916/ 03 - 5544 7922

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

NO. / TAJUK TENDER

NO. TENDER :DT/SUK/SEKTORAL(KEMISKINAN) /01/16

TAJUK TENDER :TENDER PEMBEKALAN

BEG SEKOLAH UNTUK:-

I) PROGRAM BACK TO SCHOOL UNTUK

RAKYAT MISKIN TAHUN 2016; DAN

II) PROGRAM BANTUANMASUK SEKOLAH

UNTUK AHLI TAWASKELAHIRAN TAHUN 2010

SYARAT-SYARATPENYERTAAN

TENDER

1. Berdaftar denganKementerian

Kewangan Malaysia dibawah kod bidang 020803 dan bertaraf

Bumiputera;

2. Berdaftar denganUnit PerancangEkonomi NegeriSelangor (UPEN)di bawah Sistem

Maklumat KontraktorKerajaan NegeriSelangor; dan

3. Berdaftar di dalamSistem Tender

Online Selangor.

MAKLUMAT PENJUALANDOKUMEN

Melalui Laman WebSistem Tender

Online Selangor :https://tender.selangor.my

Tarikh Jualan :10 Ogos 2016 (Rabu)

hingga30 Ogos 2016

(Selasa),Jam 12.00 tengah hari

Harga:RM50.00 senaskah(Bayaran tidak akan

dikembalikan)

TAKLIMATTENDER

18 Ogos 2016(Khamis), jam

10.00pagi,Bilik Mesyuarat

Kekwa, Tingkat 5, Seksyen Sektoral,

Unit PerancangEkonomi Negeri(UPEN), Pejabat

SetiausahaKerajaan Negeri

Selangor

(Kehadiran adalah WAJIB)

TARIKH TUTUP

TENDER

30 Ogos 2016(Selasa), jam

12.00tengah hari

Tawaran yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIM- BANGKAN

WAKTU SOLAT SELANGOR19 -26 Ogos 2016

16 -23 Zulkaedah 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

19 Jumaat 5.43 5:53 7.10 1:20 4:34 7:25 8:3620 Sabtu 5.43 5:53 7.10 1:19 4:33 7:25 8:3621 Ahad 5.43 5:53 7.09 1:19 4:33 7:25 8:3522 Isnin 5.42 5:52 7.09 1:19 4:32 7:24 8:3523 Selasa 5.42 5:52 7.09 1:19 4:31 7:24 8:3424 Rabu 5.42 5:52 7.09 1:18 4:30 7:24 8:3425 Khamis 5.42 5:52 7.09 1:18 4:30 7:23 8:3326 Jumaat 5.42 5:52 7.09 1:18 4:29 7:23 8:33

19 Jumaat 5.45 5:55 7:13 1:22 4:36 7:27 8:3820 Sabtu 5.45 5:55 7:13 1:21 4:35 7:27 8:3821 Ahad 5.45 5:55 7:12 1:21 4:35 7:27 8:3722 Isnin 5.44 5:54 7:12 1:21 4:34 7:26 8:3723 Selasa 5.44 5:54 7:12 1:21 4:33 7:26 8:3624 Rabu 5.44 5:54 7:12 1:20 4:32 7:26 8:3625 Khamis 5.44 5:54 7:12 1:20 4:32 7:25 8:3526 Jumaat 5.44 5:54 7:12 1:20 4:31 7:25 8:35

SHAH ALAM - Kewajipan mem-bayar zakat harta dalam kalangan umat Islam di Selangor masih kurang memuaskan walaupun jumlah kuti-pan zakat meningkat setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hussin Mohd Ali, berkata kurang kefahaman ter-hadap perkara itu menjadi salah satu faktor zakat harta tidak ditunaikan.

“Jumlah kutipan pada 2015 adalah RM627.2 juta, namun hanya 256,001 daripada tiga juta umat Islam di Se-langor adalah pengeluar zakat harta.

“Ramai beranggapan apabila su-dah membayar zakat fitrah, kewajipan mereka selesai sebagai umat Islam,” katanya memetik kenyataan di Face-

book.Mengulas prestasi LZS sepanjang

20 tahun beroperasi, Hussin berkata, lebih RM3.8 bilion kutipan zakat di-lakukan dan jumlahnya terus mening-kat saban tahun.

Katanya, ia ekoran kepercayaan tinggi orang ramai terhadap ketelu-san institusi terbabit menguruskan kutipan zakat untuk diagihkan kepada golongan yang layak.

“Jumlah keperluan asnaf di Sela-ngor kini mencapai RM1 bilion dan kita hanya dapat capai jumlah itu pada 2019.

"Tidak mustahil jumlah itu berjaya dicapai awal jika kesedaran pembayar zakat meningkat,” katanya.

Bebas asnaf

Ramai belum tunai zakat harta

TERAS sasar ��� usahawanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Teraju Ekonomi Asnaf (Teras) mensasarkan 175 usahawan di Selangor bakal bebas daripada katego-ri asnaf dan fakir miskin, tahun ini.

Pengerusinya yang juga ahli jawatankuasa operasi agihan zakat, Datuk Ibrahim Md Yusof, berkata sa-saran itu berdasarkan 500 usahawan asnaf yang direkodkan di negeri berke-naan.

Katanya, tahun lalu, seramai 173 usahawan berjaya dibentuk menerusi pakej bantuan ekonomi daripada Lem-baga Zakat Selangor (LZS).

“Di peringkat TERAS, kita mendidik dan memberi latihan sehingga mereka berjaya meningkatkan pendapatan.

“Apabila berjaya, mereka juga mam-pu membayar zakat sekali gus ke-

luar daripada kategori asnaf dan fakir miskin,” katanya selepas merasmikan program Transformasi Usahawan Asnaf (TUAS) 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 16 Ogos lalu.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, pihaknya turut memperkenalkan agen-si besar khusus bagi membantu asnaf menambah baik perniagaan mereka selepas diberi latihan dan bimbingan.

TUAS menyasarkan usahawan asnaf yang menerima bantuan ekonomi LZS dan berpotensi keluar dari kategori itu.

Selain menyuntik motivasi dalam ka-langan usahawan asnaf, ia turut men-jadi landasan bagi usahawan mem-bina jaringan perniagaan lebih luas di samping memberi pendedahan berke-naan peluang pembiayaan kewangan dan pengembangan perniagaan dari agensi lain.

Page 21: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Julung kalinya, Festival Syoknya Nikah (FSN) 2016 menawarkan pasangan pengan-tin meraikan detik perkahwinan dengan menaiki helikopter, pada 12 hingga 14 Ogos lalu.

Pengarah FSN, Ahmad Sazali Omar, berkata festival itu khusus buat pasangan pengantin yang berminat merasai pengalaman menaiki helikopter dengan harga RM15,000 sebagai promosi.

Katanya, mempelai turut di-tawarkan busana pengantin, pelamin, katering, kad kahwin, fotografi dan photobooth, kek perkahwinan, pakej berbulan madu, percutian serta apa jua

hantaran dan aksesori yang di-perlukan.

“Pengantin dibawa mengeli-lingi sekitar ibu negara atau Lem-bah Klang dengan pengangku-tan udara itu, sekali gus merasai pengalaman lebih bermakna,” ka-tanya ketika majlis penutup FSN 2016 di SACC Mall, di sini.

Sazali berkata, acara kemun-cak festival itu menyaksikan pe-ngantin diiringi selebriti tanah air dan 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi ke SACC Mall.

Pada masa sama, katanya, ter-dapat pelbagai idea dan kelainan ditampilkan sempena festival itu termasuk menghimpunkan lebih 40 pengusaha dan pengendali majlis perkahwinan.

“Acara finale adalah ‘Walimah Contest’ untuk memilih bakal pengantin bertuah memenangi hadiah pakej berbulan madu ber-nilai RM20,000 dan Finale Penca-rian Wajah Jameela bagi menjadi ikon Jameela Street.

“Saya berharap festival ini dapat membantu mereka yang belum membuat persiapan perkahwinan dengan lebih mu-dah,” katanya.

Festival anjuran Pro Solution Event Management dengan ker-jasama Dewan Perniagaan Me-layu Malaysia (DPMM), Dewanita Selangor dan PKNS Real Estate (PREC) itu turut dihadiri isteri ke-pada Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

SHAH ALAM - Seramai 5,500 mahasiswa asnaf fakir dan miskin di Selangor layak mene-rima bantuan wang saku dari-pada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi sesi Julai hingga Di-sember 2015.

Menurut laman rasmi LZS, bantuan itu diberikan kepada anak asnaf yang berjaya melan-jutkan pelajaran ke Institut Pe-ngajian Tinggi Awam dan Swas-ta (IPTA/IPTS) terpilih.

“Bantuan disalurkan berpe-ringkat kepada 5,500 maha-siswa setelah proses semakan keputusan peperiksaan di-lakukan dan mula dimasukkan ke akaun mereka sejak 15 Ju-

lai lalu,” katanya dalam kenya-taan.

LZS berkata, setiap maha-siswa menerima bantuan wang saku maksimum RM1,500 setiap semester bergantung kepada keputusan peperiksaan dan tempoh tamat pengajian.

Katanya, sesi penyerah-an bantuan dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Ogos ini.

“Mahasiswa yang menerima pinjaman atau tajaan lain ti-dak layak menerima bantuan ini kerana ia adalah salah satu bantuan yang disalurkan bagi menyantuni pendidikan anak asnaf fakir dan miskin,” kata-nya.

SHAH ALAM - Restoran Ayam Baek Nasi Putih menawarkan harga berpatutan serta memiliki matlamat sendiri untuk melaksanakan amal dalam keberkatan berniaga.

Pengasasnya, Iskandar Ismail, berka-

Festival Syoknya Nikah (FSN) 2016

Rai pengantin dengan helikopter

�,��� mahasiswa asnaf terima wang saku

Berniaga sambil beramalta restoran itu diinspirasikan daripada restoran Albaik Chicken ketika menu-naikan umrah, baru-baru ini.

“Kita bukan hanya mengejar kepada keuntungan tetapi juga sebagai satu ibadah bersedekah dan memberi man-faat kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap bulan kita akan menjemput anak-anak yatim dari rumah kebajikan untuk menjamu selera di sini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika Maj-lis Pelancaran Ayam Baek Nasi Putih di SACC Mall, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Turut Hadir, Ketua Pegawai Ekseku-tif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani; Pengurus Besar Toursim Sela- ngor, Noorul Ashikin Mohd Din dan Duta Ayam Baek, Raja Farah Raja Aziz.

Beliau berkata, pihaknya turut mem-

beri peluang kepada individu juga syarikat yang ingin membuat amal kebajikan kepa-da golongan asnaf dan anak yatim dengan harga berpatutan.

Restoran yang turut diusahakan Khairil Ismail itu menawarkan empat jenis set hi-dangan ayam goreng baek iaitu Ayam Baek berempah, Ayam Baek Thai BBQ, Ayam

Baek Percik dan Ayam Baek Butter Cheese dengan harga serendah RM10 untuk set makanan tengah hari.

Restoran itu turut merancang un-tuk menambah baik perniagaan dengan menawarkan khidmat ‘delivery’ yang bakal dilancarkan pada 9 September ini dan ‘live cook catering’ pada 10 September.

SHAH ALAM - Sebanyak 31 rumah dibanci Pasukan Eksekutif Zakat Agihan Daerah Kuala Sela-ngor bagi menje-jaki asnaf fakir dan miskin pada 11 Ogos lalu.

Menerusi status di Face-book, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata, pendekatan itu diambil bagi membolehkan pi-haknya mengenal pasti kela-yakan permohonan asnaf dan keperluan mereka.

“Program turun padang ini turut disertai nazir masjid, ketua kampung dan penolong amil kariah.

"Hasil bancian dan siasatan ini perlu sebelum kita memutuskan sama ada pemohon layak atau sebaliknya.

“Rumah asnaf juga diziarahi untuk melihat perkembangan

LZS turun padangjejak asnaf

hidup mereka,” katanya.Menjawab soalan orang ramai

di status sama, LZS memaklum-kan bantuan pembinaan rumah bergantung kepada peruntukan zakat.

“Sekarang LZS lebih meng-utamakan bantuan asasi dan lebih utama seperti kewangan, makanan serta pendidikan un-tuk asnaf fakir dan miskin,” ka-tanya.

Hasil bancian dan siasatan ini perlu sebelum kita

memutuskan sama ada

pemohon layak atau sebaliknya

Page 22: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

23SelangorKini 19 - 26 Ogos 2016

Sukan

KOTA BHARU - Selangor diharap mampu mengekalkan momentum pasukan ketika ini bagi terus mencatat kemenangan dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Pemangku Ketua Jurulatih, K Gunalan, berkata proses ke-bangkitan serta keyakinan The Red Giants kini berada pada ta-hap terbaik dan perlu dikekal-kan demi memastikan pasukan terus mempamerkan kecemer-langan dalam permainan.

“Dua kemenangan dicapai bukan mudah kerana sebelum-nya kalah empat perlawanan berturut-turut,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Sta-dium Sultan Muhammad IV, di sini, pada 12 Ogos lalu.

Selangor mengalahkan Kelantan 4-1 dan

ia adalah kejayaan kedua The Red Giants di bawah kendalian Gunalan selepas men-gambil alih tugas daripada mantan Ketua

Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.Sebelumnya, Gunalan

memulakan kebangkitan skuad Merah Kuning dengan menun-dukkan Pahang (3-0) di Stadium Shah Alam.

Ia dianggap kebangkitan te-pat juara Piala Malaysia dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini selain usaha mempertahankan kejuaraan pi-ala berprestij itu.

“Saya berterima kasih kepa-da pemain yang menunjukkan persemba-han baik dalam permainan.

“Semangat sepasukan begini perlu dikekalkan hingga ke akhir liga,” katanya.

SHAH ALAM - Perlumbaan King Of 2T (KO2T) menghangatkan saingan di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS), pada 13 dan 14 Ogos lalu.

Memasuki pusingan ketiga, perlum-baan dalam bulan kemerdekaan itu me-nyaksikan pertempuran sengit lebih 100 pelumba dalam 10 kategori bagi merang-kul gelaran juara King Of The King.

Penganjur, Wadacs Motorsports dalam kenyataannya, berkata pusingan kali ini mencatatkan pertumbuhan positif de-ngan sambutan pelumba mengambil ba-hagian.

“Perlumbaan ini sememangnya meng-galakkan pelumba dan pasukan berpe-ngalaman turut serta bagi berkongsi ilmu di antara pelumba juga penganjur,” katanya.

Pembangunan dan pembudayaan su-kan permotoran yang sebenar sentiasa menjadi fokus utama Wadacs Motor-sports dalam melaksanakan setiap acara

dalam KO2T.Bagi pusingan kali ini, semangat ke-

merdekaan dibawa bersama dalam per-juangan dan fokus yang bakal diberikan penganjur, penaja, pelumba dan pasu-kan serta orang ramai yang bakal mem-banjiri tapak acara.

“Kita sememangnya mengharapkan lebih ramai peminat sukan permotoran di Malaysia mengorak langkah positif bagi merebut peluang mendalami sukan permotoran melalui insiatif sebegini,” ka-tanya.

KO2T mempertandingkan perlum-baan King Of The King sebagai acara uta-ma serta yang lain, Uma Racing cupMix Scooter (4T & 2T), Mix 120cc, Mix All Star, Mix Sport Production, One Made Yama-ha, One Made Suzuki, Mix 4T Stock, Mix 4T Pro dan Mix 2T Pro.

KO2T pusingan pertama dilangsung-kan pada April diikuti pusingan kedua (Mei) di venue sama.

SHAH ALAM - Semangat ‘Never Give Up, Never Surrender’ ditunjukkan skuad PKNS FC apabila berjaya menundukkan pasukan Liga Super, Perak dengan keputusan 2-1 dalam Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, pada 13 Ogos lalu.

Dengan kemenangan penting itu serta Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu lagi per-lawanan kumpulan, saingan ke suku akhir kembali terbuka buat semua pasukan.

Dengan berbaki satu perlawanan pering-kat kumpulan, PDRM, Perak dan PKNS FC berkongsi tujuh mata, manakala JDT dengan enam mata.

“Pastinya saya lega dengan keputusan

ini dan berpuas hati terhadap prestasi pe-main,” kata Ketua Jurulatih PKNS FC, E Ela-varasan.

Pada masa sama, katanya, ketinggalan satu gol dan bangkit di babak kedua bukan-nya tugasan mudah.

“Saya memuji komitmen semua pemain dan terpaksa membuat beberapa peruba-han taktikal termasuk meletakkan Matias Hadwa di posisi pertahanan setelah kita mendahului,” katanya.

Mengulas perlawanan akan datang me-nentang JDT di Stadium Shah Alam pada 20 Ogos ini, Elavarasan tetap yakin mampu mengatasi lawan yang pernah ditentang pada perlawanan akhir Piala FA itu.

Asia Classic Challenge

Garang Racing ‘garang’ di litar

PKNS FC: ‘Never Give Up, Never Surrender ‘

Kekal momentum kemenangan

KO�T beri saingan sengit

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Pasukan lumba kereta, Garang Racing membuktikan kehe-batan dengan menjuarai perlumbaan Kelas C Asia Classic Challenge di Litar Lumba Antarabangsa Sepang, pada 7 Ogos lalu.

Menampilkan pelumba wanita, Nu-rul Husna Nasharuddin, pasukan itu mengenepikan cabaran pasukan lain lalu menguasai perlumbaan dan meng-akhirinya dengan kedudukan pertama di podium.

“Ia kejayaan membanggakan pasu-kan tambahan kita menurunkan

pelumba wanita.“Nurul Husna

m e m b u k t i -kan kecemerlangan dengan mengalahkan pelumba lelaki lain dalam perlumbaan itu,” kata Pengurus Pasukan, Zulkiflee Hassan

kepada SelangorKini.Perlumbaan Asia Classic Chal-

lenge menyenaraikan 20 pasukan dan Garang Racing mengguna-kan jentera Honda Civic EF me-nyerlah apabila mampu menga-

tasi cabaran pasukan seperti

Porsche dan BMW.Tahun lalu, Garang Racing menyertai

perlumbaan Honda Inegra DC5 Formula One Support Race dengan pelumbanya, Tony Teo menduduki tempat kelapan.

Tourism Selangor selaku salah satu penaja Garang Racing, berharap pembabi-tan dalam penajaan mampu melonjakkan sektor pelancongan melalui sukan perlum-baan di Selangor.

Page 23: KOMITED LAHIR GRADUAN DAN PEKERJA MAHIR

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Piala Malaysia

Selangor ke suku akhirKOTA BHARU - Kejayaan Selangor menghalang kebangkitan Kelantan dalam separuh masa kedua, mem-beri kelebihan kepada juara Piala Malaysia itu mengekalkan pendahu-luan dan mencipta kemenangan.

Kemenangan besar 4-1 The Red Giants di Stadium Sultan Muham-mad IV melengkapkan misi memu-ngut tiga mata dan layak ke suku akhir bersama skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

“Kemenangan penting bagi kita kerana hanya mempunyai tujuh mata (sebelum perlawanan).

“Walaupun kebanyakan pemain diturunkan Kelantan adalah simpa-nan, namun ia tidak menjadikan pemain saya terlalu yakin kerana kita tahu pasukan itu tidak mudah ditundukkan,” kata pemangku Ketua Jurulatih, K Gunalan, dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Selangor mencatat kemenangan menerusi dua jaringan R Gopinathan (m23 dan m56), Abdul Hadi Yahya (m21-penalti) dan Patrick Ronaldin-ho Wleh (m26), manakala Kelantan mendapat gol sagu hati hasil jaringan penalti Wan Zaharulnizam (m35).

Beliau berkata, Selangor juga menghadapi tekanan selepas pe-main pertahanan, Mohd Bunyamin Umar dilayangkan kad merah dan perlu mengekalkan rentak permain-an dengan sepuluh pemain.

“Bukan mudah bermain dengan sepuluh pemain dan terima ka-sih kepada mereka kerana bekerja keras.

“Kita memungut 10 mata dan layak ke suku akhir dengan satu lagi perlawanan berdepan Kuala Lum-pur,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasu-kan Kelantan, Wan Badri Wan Omar, berkata langkah menurunkan ma-joriti pemain simpanan adalah bagi memberi peluang kepada mereka selain bersiap sedia menghadapi tentangan Pulau Pinang dalam sai-ngan liga, pada 16 Ogos.

“Saya memuji barisan pemain di-turunkan kerana menunjukkan ke-matangan dalam permainan.

“Dalam tempoh 30 hari, ini adalah perlawanan ke sepuluh dan akan berdepan Pulau Pinang (tidak bersa-ing dalam Piala Malaysia) yang bere-hat sepuluh hari, saya rasa mereka cukup bersedia,” katanya.

OLEH HAFIZAN TAIB

KOTA BHARU - Misi Selangor memungut tiga mata penuh tercapai selepas mem-belasah Kelantan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, pada 12 Ogos lalu.

Kemenangan itu melayakkan The Red Gi-ants ke suku akhir Piala Malaysia seterusnya mendahului Kumpulan B walaupun berkongsi mata dengan skuad kendalian Velizar Popov.

Skuad kendalian K Gunalan memulakan pesta gol dengan jaringan pertama me-lalui sepakan penalti Abdul Hadi Yahya pada minit ke-21 selepas Patrick Ronal-dinho Wleh dijatuhkan penjaga gol lawan,

Mohd Shahrizan.Gol kedua menyusul dua minit kemu-

dian daripada R Gopinathan yang me-nyudahkan hantaran Ronaldinho.

Ronaldinho (m26) mengambil giliran sebagai penjaring dengan menolak ma-suk hantaran ketua pasukan, Andik Ver-manshah, menewaskan Mohd Shahrizan.

Ketinggalan 3-0, Kelantan menggan-dakan asakan ke depan pintu gol Sela- ngor dan kesilapan Ugo Ukah menjatuhkan ketua pasukan lawan, Indera Putra Maha-yuddin membawa padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Wan Zaharulnizam (m35) menjadikan

Komitmen tinggi cipta kemenangan The Red Giants

9.00 malam20 Ogos 2016

Stadium MajlisPerbandaran Selayang

VS

Perlawanan Minggu Ke-6

KUMPULAN B (19 Ogos 2016)

Asia Classic Challenge

Garang Racing

‘garang’ di litar

SHAH ALAM - Red Giants sekadar seri 1-1 dengan Te r e n g g a n u dalam per-l a w a n a n Liga Super di Stadium Shah Alam, pada 16 Ogos lalu.

Terengganu terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi Ashari Samsudin minit ke-64 sebelum Se-langor berjaya menyama- kan kedudukan hasil tan-dukan kapten pasukan An-dik Vermansah (m83).

Dengan keputusan itu, Selangor berada di tangga keempat liga dengan 27 mata selepas beraksi 18 per-lawanan.

Liga Super: Selangor-Terengganu terikat �-�

kedudukan 3-1 apabila berjaya memper-daya Mohd Khairulazhan.

Penyandang juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor memulakan separuh masa kedua tanpa Mohd Bunyamin Umar (m46) apabila dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Danial Ashraf.

Bermain dengan sepuluh pemain, The Red Giants diasak rangkaian penyerang Kelantan berterusan, namun bahagian pertahanan kekal bertahan kukuh.

Sebaliknya, R Gopinathan (m56) terus menghadirkan ceria dengan gol kedua peribadi untuk kedudukan Selangor men-dahului Kelantan 4-1.

Walaupun layak ke suku akhir, skuad Pamoga Qu Putih The Red Warriors se-dikit hampa apabila keputusan kekal dan memihak kepada Selangor hingga wisel penamat.

Pasukan P M S K J GB Mt

Selangor 5 3 1 1 11 5 10Kelantan 5 3 1 1 7 7 10Pahang 5 2 0 3 3 7 6Kuala Lumpur 5 1 0 4 3 5 3