is kevin bluffing

21
IS KEVIN BLUFFING

Upload: nur-alyani-hamim

Post on 19-Jul-2015

1.081 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Is kevin bluffing

IS KEVIN BLUFFING

Page 2: Is kevin bluffing

SINOPSIS CERITA

Page 3: Is kevin bluffing

Mengisahkan Kevin seorang murid berkeperluan khas Tahun 6 yangmengalami gangguan jiwa (psikotik) di sebuah sekolah rendah. Kevinmengalami masalah dalam mengawal emosi dan jiwanya yangmengakibatkan dirinya selalu bersifat agresif dan suka memberontak.

Kevin mempunyai seorang guru kelas yang bertimbang rasa danpenyayang terhadap muridnya iaitu Carol Yake. BagaimanapunCarol mempunyai masalah dalam mengawal tingkah laku Kevinyang kerap memberontak. Carol sangat bimbang jika kelakuanKevin akan mencederakan Kevin, murid lain malahan dirinyasendiri.

Page 4: Is kevin bluffing

Kevin pernah membaling meja, buku dan semua peralatan lain ketikadi dalam kelas. Disebabkan tingkahlakunya yang agresif, Ms Rice iaituguru besar sekolah mengaturkan agar Mr John Pattersonmemindahkan Kevin dari kelas Carol jika keadaan Kevin tidak dapatdikawal ke bilik Allison King iaitu bilik kaunseling dan bimbingansehingga Kevin dapat bertenang semula.

Sebagai guru, Carol amat menyayangi dan prihatin terhadap masalahKevin. Carol tidak mahu Kevin dipinggirkan hanya kerana masalah yangdibebani Kevin. Carol mengadakan perjumpaan dengan Kevin untukmengetahui perkara sebenar. Daripada yang diceritakan oleh Kevin,semasa kecil dia selalu dipukul oleh ayah kandungnya tetapi sekarangibunya telah berkahwin lain. Walaupun tidak lagi diancam ayahnya,peristiwa itu tetap memberi kesan ke atas dirinya sehingga sekarang.Carol sangat kasihan pada muridnya dan adakalanya dia pernahmenyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada Kevin.

Page 5: Is kevin bluffing

Carol membuat kesimpulan bahawa tindakanKevin yang sering mengganas apabilamenginginkan sesuatu adalah akibat dari kesanperistiwa yang berlaku terhadapnya dahulu.

Page 6: Is kevin bluffing

WATAK PERWATAKAN

Page 7: Is kevin bluffing

KELVIN: • Murid berkeperluan khas tahun 6• Didianosis mempunyai psikotik•Agresif•Suka mengamuk dan memberontak•Semasa kecil selalu menjadi mangsa pukul ayahnya•Mempunyai seorang ibu dan telah berkahwin lain.

CAROL YAKE•Guru kelas Kelvin•Mengajar murid berkeperluan khas•Penyayang, sabar,simpati pada muridnya, •Positif dan dedikasi

ALLISON KING•Pembantu di Lockhaven Elementary School.

Page 8: Is kevin bluffing

MS. RICE•Guru Besar•Mencadangkan agar Kelvin dipindahkan ke bilik Allison iaitu bilikkaunseling jika Kelvin tidak dapat dapat dikawal.

MR. JOHN PATTERSON• Pekerja Am

Page 9: Is kevin bluffing

APA YANG PERLU SAYA

TAHU??

Page 10: Is kevin bluffing

MODEL TERAPI REALITI WILLIAM GLASSER

Perlu memenuhi 4 keperluan asas :

Rasa dipunyai dan disayangi

Mempunyai kuasa dankawalan

Kebebasan

Keperluan untuk bersuka ria

Page 11: Is kevin bluffing

• Dalam kes ini Kevin tidak mendapat kasih sayangdaripada kedua-dua ibu bapanya kerana ibu danbapa kandung Kevin telah bercerai dan ibunyaberkahwin lain. Pertelingkahan antara ibu danbapa kandung Kevin telah menyebabkan Kevinberasa tersisih (rasa dipunyai dandisayangi)

• Kevin merasakan bahawa kelas tersebut bukandia punya.Ketidakhirauan guru menyebabkanKevin berasa tidak dipunyai (mempunyaikuasa dan kawalan)

Page 12: Is kevin bluffing

• Kevin tidak diberi peluang untuk meluahkanperasaannya.(kebebasan)

• Rakan-rakan takut untuk berkawandengannya kerana mereka pernah melihatKevin memukul Miss Carol.(Kebebasan

untuk bersuka ria)

Page 13: Is kevin bluffing

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

• Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawabkepada murid-murid untuk bersama-samamenjaga disiplin di dalam bilik darjah.

• Dreikurs menekankan guru perlu mengenalpasti punca kepada masalah tingkah laku.

Page 14: Is kevin bluffing

• Beliau mendapati bahawa masalah berpuncadaripada motif-motif seperti berikut :

Mendapatkan perhatian

Mencabar kuasa

Membalas dendam

Mempamerkan kekurangan

Page 15: Is kevin bluffing

• Dreikurs (1968), berpendapat bahawa muridboleh dibantu oleh guru untuk memahamimotif dan menyingkirkan salahlaku dan ialebih berkesan dilakukan apabila muridmerasai akibat logikal tingkah laku merekasendiri.

• Dalam kajian kes, Miss Carol telahmemberikan Kevin pilihan untuk berfikirtentang akibat tingkahlakunya dan berjayamenghalang gangguan darinya.

Page 16: Is kevin bluffing

CADANGAN STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH

DILAKSANAKAN

Page 17: Is kevin bluffing

- Terdapat 2 strategi yang telah digunakan oleh Miss

Carol terhadap Kevin iaitu time-out dan reverse

psychology.

- Namun, hanya cara reverse pschology sahaja yang

berjaya digunakan dan bukan bagi cara time-out.

- Oleh itu, beberapa cadangan atau strategi

penyelesaian bagi mengatasi masalah tingkah laku

yang dihadapi oleh Kevin ialah:

1) Memberikan kasih sayang

Kasih sayang dapat menjadikan seseorang itu

berasakan bahawa dirinya disayangi dan pada

masa yang sama turut menyayangi orang yang

menyayangi dirinya

Page 18: Is kevin bluffing

- 2) Persediaan sebagai guru

Guru yang kreatif mampu tarik minat murid dan

seterusnya dapat menghindarkan masalah tingkah

laku di kalangan mereka.

- 3) Membina hubungan yang baik di antara guru

dengan ibu bapa murid

Guru perlu mempunyai dan menguasai dengan baik

teknik-teknik kemahiran dalam bersosial. Untuk itu,

guru dapat memberitahu kepada ibu bapa murid

akan masalah dihadapi oleh murid serta meminta

ibu bapa memberikan perhatian yang lebih terhadap

perasaan murid dan bimbingan akademik murid

berkenaan.

Page 19: Is kevin bluffing

- 4) Memberi khidmat kaunseling dan terapi

Membawa murid untuk berjumpa dengan pakar-

pakar yang bertauliah seperti pakar kaunseling,

pakar psikoterapi, dan menjalankan terapi tingkah

laku.

- 5) Peranan guru

Membantu murid untuk memahami motif dan

menyingkirkan salah laku dengan memberi

pilihan akan akibat salah laku dilakukan. Guru

juga perlu mengenal pasti punca kepada

masalah tingkah laku.

Page 20: Is kevin bluffing

- 6) Membina hubungan yang positif di antara

guru dengan murid

Guru seharusnya memberi perhatian dan

memandang murid sebagai individu atau insan

terlebih dahulu sebelum melayan mereka sebagai

murid.

- 7) Peranan sekolah

Apabila terdapatnya murid yang menunjukkan

dirinya sepatutnya ditempatkan di kelas Pendidikan

Khas, sekolah seharusnya bertindak dengan segera

dan bijak dalam menangani perkara tersebut.

Page 21: Is kevin bluffing

- 8) Penggunaan Token ekonomi

Murid akan diberi mata atau token bagi setiap

tingkah laku yang dipamerkan kemudiannya boleh

juga menukarkannya dengan aktiviti, objek dan

keistimewaan yang ditawarkannya.

- 9)Kontrak lisan dan bertulis

Terdiri daripada persetujuan di antara guru dengan

murid selepas guru berbincang dengan murid akan

perkara-perkara yang ditetapkan dalam perjanjian

kontrak itu.