majlis perbandaran klang · memetik kata-kata kevin lynch ... pengesahan dan serah kepada pp...

12
MANUAL MPK BIL : 119 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PENGELUARAN NOTIS TINDAKAN PEMBETULAN (NTC) MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: dangphuc

Post on 15-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

MANUAL MPK BIL : 119 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PENGELUARAN NOTIS TINDAKAN

PEMBETULAN (NTC)

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 6

6.0 SKOP KERJA 6

7.0 PROSES KERJA 7

8.0 CARTA ALIR 8

9.0 PENUTUP 9

LAMPIRAN 10

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penghasilan Manual ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan

warga MPK dalam memberikan perkhidmatan penyelenggaraan

landskap yang berkualiti.. Manakala kepada warga Klang amnya ia

dapat meningkatkan komitmen mereka dalam bersama-sama Majlis

menjaga keindahan dan kebersihan Klang lebih-lebih lagi di dalam

mencapai objektif untuk menjadikan Klang sebagai “Bandar Dalam

Taman” demi untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf keselesaan

hidup penduduk Klang

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi

restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya

landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan

(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan

pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch

pengarang buku “The Image of The City”, landskap

bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang

banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati

dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru

melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan

menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh

masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di

hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya

menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan

pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu

tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu

persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan

sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan

landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.

Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja

rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.

Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan

dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan

penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan

MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk

mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.

Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan

Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi

kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual

ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-

sama menghasilkan manual ini.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Meningkatkan kualiti, kecekapan urustadbir unit penyelenggaraan

1.3 Meningkatkan kualiti landskap klang.

1.4 Meningkatkan kualiti penyelenggaraan landskap klang.

1.5 Memantau prestasi kerja kontraktor dengan rapi dan teperinci.

1.6 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Manual ini disediakan oleh Bahagian Penyelenggaraan

Landskap dalam melaksanakan dan memantau kerja-kerja

penyelenggaraan landskap bagi mencapai tahap kualiti landskap

yang bermutu.

2.2 Menambahbaik dan memberikan peringatan serta denda

terhadap kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan

sempurna, supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada

masa akan datang

3.0 DEFINISI

Notice to Correct (NTC)

Tindakan pembetulan kepada kerja-kerja yang tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja ditapak oleh kontraktor.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 6

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:

Undang-undang Kecil Taman MPK 2005

Garis Panduan Penyelenggaraan Landskap Majlis

Perbandaran Klang.

6.0 SKOP KERJA

6.1 Menangani ketidakpatuhan kerja-kerja ditapak oleh kontraktor.

6.2 Memantau prestasi kerja kontaktor mengikut garis panduan Jabatan.

6.3 Pemantauan dilaksanakan oleh PP kawasan secara berjadual

Pengarah

Taman dan Rekreasi

Penolong Pegawai

Pertanian

Pembantu Pertanian

Kanan

8 orang Pembantu

Pertanian

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 7

7.0 PROSES KERJA

BIL PERKARA KETERANGAN

1 Terima Aduan Pemantauan oleh PP kawasan juga aduan diterima

melalui PTR/AL/PPP/PP(K)/AM/JKP

2 Laporan BergambarPP kawasan menyediakan laporan bergambar

berkaitan aduan yang diterima

3 UlasanPP kawasan serahkan laporan bergambar untuk

semakan/ ulasan PPP

4 Pengesahan NTCPPP serahkan laporan bergambar kepada PTR untuk

pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk

5 Keluar NTCPP kawasan keluarkan NTC dan serah kepada

kontraktok untuk tindakan dalam tempoh 7 hari

6 Tindakan Oleh kontraktor terlibat

7 Terima LaporanOleh PP kawasan dari kontraktor dan sahkan

tindakan telah diambil

8 Disahkan PTRPP serah laporan bergambar tindakan oleh kontraktor

kepada PTR untuk pengesahan dan tutup NTC serta rekod

9 Tutup / Rekod Serah kepada PT untuk direkod

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 8

PTR-Pengarah Taman Rekreasi PPP-

Pembantu Pegawai Pertanian PP-

Pembantu Pertanian PT-Pembantu

Tadbir

8.0 CARTA ALIR

7 Hari

Ditolak

Pemantauan / Aduan

Laporan bergambar

(PP)

Ulasan (PPP)

Pengesahan (PTR)

Tindakan (PP/ NTC)

(Tindakan Kontraktor)

Laporan bergambar

dari kontraktor

(PP) terima laporan

Disahkan

Ulasan (PPP)

Pengesahan (PTR)

Tutup NTC / Rekod (PT)

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 9

9.0 PENUTUP

Penyediaan manual ni diharapkan dapat meningkatkan sistem

penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya.

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta

kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras

dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis

Perbandaran Klang.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 10

LAMPIRAN

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 11

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk ... penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 12