inovasi dalam pendidikan khas

Upload: wiyani-ida

Post on 08-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Inovasi Dalam Pendidikan Khas

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan.

Pelancaran program disempurnkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan adanya program tersebut setiap sekolah akan diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.

Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini dilancarkan untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun. Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal berkualiti seperti kanak-kanak lain. Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.

2.0 Kajian LiteraturKurikulum Prasekolah Kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua tadika di seluruh negara. Dokumen rujukan standard ini menetapkan parameter dan kandungan pengajaran dan pembelajaran minimum yang perlu dilaksanakan oleh semua tadika. Peringkat umur antara 4 hingga 6 tahun adalah peringkat formatif dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Oleh itu, kurikulum ini digubal dengan tujuan untuk memupuk potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah.

Hasrat ini dapat dicapai dengan memberi penekanan kepada pendekatan bermain sambil belajar yang fleksibel, tidak formal, selamat, selesa dan menggembirakan. Guru dan pengusaha tadika perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku berdisiplin. Murid dibimbing untuk mempunyai kesedaran terhadap diri sendiri, keluarga, alam sekitar dan negara supaya mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.3.0 PerbincanganProjek Perintis Permata Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, kurikulum Permata telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema Setiap Anak Permata Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh.

Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program Permata Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

4.0 Cadangan

Berdasarkan inovasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan model yang diadaptasi dari Pen Green Centre dengan analisis yang dijalankan dari beberapa buah negara luar adalah amat satu langkah yang memberangsangkan. Namun begitu, adalah dicadangkan dari pihak saya sendiri, jika Malaysia dapat menubuhkan satu pasukan khas untuk menerbitkan model dan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak khusus dari negara Malaysia sendiri yang selaras seluruh negara bagi kegunaan semua pusat asuhan kanak-kanak seluruh negara. Di dalam kajian pembinaan model tersebut, dapatlah pasukan tersebut membanding bezakan antara keperluan juga kesesuaian persekitaran dengan model yang hendak dibina.

Selain daripada itu, pembinaan projek Permata ini terhad hanya daripada adaptasi satu model dan berdasarkan pemerhatian daripada beberapa buah negara barat. Adalah dicadangkan dari pihak saya bahawa, negara kita juga dapat melihat perkembangan pendidikan awal kanak-kanak daripada beberapa buah negara timur yang rancak maju sebagai contoh negara jepun. Negara jepun mempunyai polisi tersendiri dalam melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak dan negara jepun juga telah menjadi salah satu buah negara yang menjadi bahan kajian sebagai satu perbandingan negara-negara maju yang melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak.

Jika model ini dapat diwujudkan oleh pasukan khas negara kita, model ini juga turut dapat diguna pakai oleh kanak-kanak pendidikan khas yang mana mempunyai hak sama rata dengan kanak-kanak normal. Selain daripada itu, pihak kerajaan perlulah memberi sokongan dan galakkan kepada pembinaan institusi pendidikan bagi pendidikan awal kanak-kanak sama ada dari segi bantuan penggunaan model melalui seminar dan sebagainya juga bantuan dari segi struktur pembinaan institusi yang selaras seluruh negara. Institusi ini juga bukan hanya, dapat di sertai oleh mereka yang berpendapatan tinggi namun kepada semua keluarga.

5.0 Rumusan

Maka dari itu, dapat dirumuskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak ini adalah peringkat yang penting dan perlu dititik beratkan dan telah mendapat perhatian dari dunia mengenai perkembangan kanak-kanak seawal lahir lagi. Hal in terbukti dengan adanya banyak kajian yang dilakukan dalam melihat kesan perkembangan kepada kanak-kanak tersebut. Tambahan pula, masyarakat kini semakin sedar akan keperluan pendidikan awal kanak-kanak. Perhatian yang diberikan dapat dilihat melalui projek-projek yang diberi laluan kepada pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia seperti projek Permata sebagai salah satu inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Kanak-kanak ini telah mendapat perhatian seluruh dunia kerana kanak-kanak inilah nanti yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara dan menentukan masa depan negara. Maka dari itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk mengikuti jejak langkah negara-negara maju untuk meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju yang lain. Selain daripada itu, negara kita masih belum terlambat untuk bersaing negara-negara maju lain yang telah pun membina model kurikulum tersendiri dan negara kita masih berpeluang untuk menjalankannya.