info kaum melanau sarawak

10
MELANAU Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. PERKAHWINAN Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki

Upload: abdul-aziz

Post on 16-Jan-2016

201 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Adat resam.Kebudayaan

TRANSCRIPT

Page 1: Info Kaum Melanau Sarawak

MELANAU

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

PERKAHWINAN

Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat.

beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu

Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Page 2: Info Kaum Melanau Sarawak

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Page 3: Info Kaum Melanau Sarawak

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

KELAHIRAN

WANITA HAMIL

tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan

SUAMI

tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab

BAYI PEREMPUAN

bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

Page 4: Info Kaum Melanau Sarawak

KEMATIAN

Masyarakat Melanau juga percaya jika seseorang itu meninggal dunia, si mati perlu dibantu dalam perjalanannya menuju ke akhirat atau dipanggil likow matai. Bantuan ini adalah dari segi mengadakan majlis berkabung, kenduri dan sebagainya.

mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu dilakukan oleh A-beri patai atau ahli keluarga terdekat. mayat dipakai dengan pakaian yang cantik beserta dengan hiasan seperti manik dan barang-barang kemas. Bagi mayat wanita, kain Sebunong iaitu kain yang diterima sebagai hadiah perkahwinan akan diletakkan bersama-sama.Jari kaki mayat akan diikat kepada badan dengan kain manakala kepalanya ditudung dengan kain yang diikat di bawah dagu. Mayat akan diletakkan di atas pakat iaitu tempat meletak mayat yang diperbuat daripada papan dan dahan rumbia. Tempat ini pula akan dilapis dengan tikar bemban dan dilapis bahagian atas dengan kain selimut. Mayat juga akan dialas dengan beberapa helai sarung dan baju kepunyaannya. Kain Lugi' seterusnya diletakkan di atas mayat tersebut. Selehai kelambu akan dipasang sebagai melindungi mayat.

Pengebumian

Mayat akan disimpan di dalam rumah selama tiga hari sebelum dikebumikan. Terdapat juga ahli keluarga yang menyimpan mayat selama seminggu. Upacara pengebumian akan disertai oleh semua ahli keluarga dan tukang tangis iaitu terdiri daripada kaum perempuan dikehendaki menangisi kematian tersebut dengan cara meratap dengan suara yang nyaring. Sebuah tilam, lazimnya yang digunakan si mati semasa hidupnya akan dimasukkan ke dalam keranda. Dua helai kain Lugi' yang diletakkan di atas mayat tadi akan di ambil untuk digunakan dalam upacara platow dan sehelai lagi di lapiskan di keranda si mati. Bendera mengikut taraf atau bangsa si mati akan dikibarkan semasa keranda dibawa untuk pengebumian. Selepas sampai ke tanah perkuburan, keranda dibuka dan ikatan pada badan mayat dibuka. Serterusnya, keranda ditutup semula lalu ditanam. Pakaian si mati akan diletakkan di atas kubur dan selama tiga hari berturut-turut. Lilin akan dinyalakan sebagai menerangi perjalanan roh si mati ke akhirat.

Selepas kematian

Masyarakat Melanau mengikuti beberapa pantang larang selepas ahli keluarga mereka meninggal dunia. Tiga hari selepas pengebumian, keluarga si mati akan mematuhi pakai bukeang, iaitu tempoh tujuh hari, mereka dilarang keluar rumah dan melawat orang lain. Peligin adalah saudara mara yang datang menziarahi. Mereka perlu tidur di rumah tersebut selama tiga hari berturut-turut. Peligin akan berjaga sehingga pagi sambil berbual-bual dan bermain tataw atau teka-teki di rumah keluarga si mati, bertujuan untuk menghibur keluarga tersebut. Mengikut kepercayaannya, masyarakat Melanau dahulu kala akan mengadakan upacara pestow iaitu nyanyian yang berkaitan dengan kematian dan kelahiran. Tempoh nyanyian berbeza mengikut jantina si mati, iaitu tujuh hari untuk lelaki dan lima hari untuk wanita.

Page 5: Info Kaum Melanau Sarawak

Upacara piyup dan platow akan diadakan sebagai memberi hantaran kepada roh si mati. Upacara piyup merupakan upacara menyabung ayam yang bertujuan meningkatkan martabat si mati semasa di akhirat. Upacara ini dilakukan selepas tujuh hari si mati dikebumikan. Rombongan akan menuju ke kubur dengan membawa kuih muih untuk diberi kepada si mati. Selepas balik setiap ahli rombongan perlu mandi dan jamuan makan akan diadakan. Selepas itu upacara menyabung ayam akan dijalankan dan ketika itu kuih muih akan diberi kepada ahli rombongan tadi. Sebagai menandakan tamatnya uapcara tersebut, kain Lugi' akan diberi kepada ahli rombongan.

Selain upacara-upacara di atas, masyarakat Melanau juga perlu menjalani tempoh berkabung atau maulid sebagai menghormati si mati. Ia memakan masa selama dua belas hingga lima belas bulan. Sepanjang tempoh maulid, ahli keluarga perlu memakai baju serba hitam dan terindak iaitu topi untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

bidayuh

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut mpesan iaitu kata-kata terakhir atau pesanan kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudara-mara si mati sudah berkumpul.

Pengebumian

Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak semangat si mati masuk atau datang ke bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan

Page 6: Info Kaum Melanau Sarawak

dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.Ini mengikut adat bagi Bidayuh di kawasan tersebut.

Selepas kematian

Selepas pengebumian,ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama paling kurang 4 hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung dan menghormati si mati.

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah. Namun larangan tersebut dimansuhkan kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara datuk nenek mereka dengan keturunan bekas musuh mereka. Dalam kalangan kumpulan Dayak ukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali perkahwinan yang terlarang. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

Page 7: Info Kaum Melanau Sarawak

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Bertunang

Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi. Lebih baik hasil yang diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa lampau ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorivokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Page 8: Info Kaum Melanau Sarawak

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenali sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan mereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.