adat resam iban, melanau, bidayuh

27
ADAT RESAM (Perkahwinan) MASYARAKAT IBAN MASYARAKAT MELANAU MASYARAKAT BIDAYUH DISEDIAKAN OLEH : IDA AYUNI BT MD ZANI NURUL NADIAH BT ABU BAKAR SITINOR FADHILATUL MARYAM BT RAZALI

Upload: ida-ayuni

Post on 21-Jun-2015

14.993 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat resam iban, melanau, bidayuh

ADAT RESAM(Perkahwinan)

MASYARAKAT IBANMASYARAKAT MELANAUMASYARAKAT BIDAYUH

DISEDIAKAN OLEH :IDA AYUNI BT MD ZANI

NURUL NADIAH BT ABU BAKARSITINOR FADHILATUL MARYAM BT

RAZALI

Page 2: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MASYARAKAT IBAN

Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu 22 tahun.

Si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan.

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat.

Pihak yang melanggar mana-mana adatperkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan.

Page 3: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MERISIK

Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.

Page 4: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MEMINANG DAN BERTUNANG Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang

daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua.

Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya.

Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Page 5: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan.

Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan.

Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin.

Page 6: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MAJLIS PERKAHWINAN

Rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai .

Rombongan itu akan memukul gong sepanjang perjalanan.

Di tangga rumah panjang, ketua rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor khinzir sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas.

Page 7: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.

Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi.

Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Page 8: Adat resam iban, melanau, bidayuh

RUANG RUAI

Rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak.

Air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci.

Page 9: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MELAH PINANG Upacara membelah pinang akan dijalankan

ketika majlis berlangsung. Seorang wanita akan membawa keluar

tepak sirih dan kemudiannya membelah pinang tersebut.

Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan diwajibkan tinggal di rumah suaminya.

Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun.

Page 10: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

Tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah ayam akan disembah kepada pengantin.

Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan selepas itu dan pengantin lelaki tidak boleh tidur sama dengan pengantin perempuan.

Page 11: Adat resam iban, melanau, bidayuh
Page 12: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MASYARAKAT MELANAU

Aspek pangkat dititik beratkan. Mementingkan status sosial – sembilan

pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih.

Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk "Tanda tunang" dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti "Adat Menuga", "Adet Mebin" dan "Pakan"

Asas adat perkahwinan – merisik, meminang & majlis perkahwinan.

Page 13: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MERISIK Perkahwinan antara pasangan daripada status

sosial yang sama dikenali dengan 'sama gara'. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan

status sosialnya dikenali sebagai 'sida adat'. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah

keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum.

Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Page 14: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MEMINANG Persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga

lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil

keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan :

sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga

Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.

Page 15: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama.

Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan.

Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki.

Jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Page 16: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MAJLIS PERKAHWINAN Persandingan pertama diadakan di rumah

pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan.

Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan.

Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin perempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Page 17: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani "Adat Petudui" iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak kepada pengantin perempuan.

Sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.

Semasa jamuan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara "Pegendang", iaitu tari-menari.

Page 18: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Pada hari ketujuh, diadakan upacara membebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan.

Upacara membuang pantang bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mungkin mengancam pasangan suami isteri itu.

Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Page 19: Adat resam iban, melanau, bidayuh
Page 20: Adat resam iban, melanau, bidayuh

MASYARAKAT BIDAYUH

Rata-rata mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching.

Perkahwinan : satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramiin itu.

Mengamalkan monogami sahaja.

Perkahwinan semula selepas bercerai adalah perkara biasa.

Melarang perkahwinan antara sepupu.

Page 21: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Kumpulan seperti Dayak Selako : melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka.

Kumpulan Dayak Bukar-Sadong : L & P boleh bebas bergaul dan berkenalan sebelum berkahwin. (peraturan perkahwinan agak longgar).

Masyarakat ini tiada upacara merisik.

Boleh berkahwin apabila cukup dewasa.

Bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka.

Kumpulan Bukar-sadong & kumpulan Selako (mereka dibenarkan untuk pilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum).

Page 22: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Merisik & Meminang

Masyarakat ini tidak ada upacara merisik.

Cara kahwin berbeza ikut kumpulan.

Kumpulan Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan.

Pertunangan : bertukar cincin.

Andai kata mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan.

Page 23: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Bertunang

Kahwin berkait dengan menuai padi.

Lebih baik hasil, lebih banyak perkahwinan dilangsungkan.

Majlis kenduri besar & mewah bagi anak sulung lelaki/anak tunggal.

Usia minimum L=18thn, P=16thn.

Perantaraan perempuan akan menghantar tepak sirih/kapur tunang/sebentuk cincin kepada perempuan (di samping mendapat pandangan pihak P)

Page 24: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Majlis Perkahwinan

Bergantung kepada kemampuan ekonomi keluarga pengantin.

Tempat tinggal selepas kahwin bergantung kepada banyak faktor (faktor utama:ekonomi pasangan berkahwin).

Pihak suami boleh pengaruh isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) & begitu sebaliknya (uksorivokal)

Boleh duduk rumah sendiri (amalan neolokal).

Page 25: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas L&P.

Perkawinan terpaksa = amalan ‘batangkap’.

Iaitu L&P yang kerap dilihat berdua-duaan.

Dihadap kepada para pemimpin kampung.

Tindakan dibicarakan hubungan disahkan upacara setelah denda.

Biasa pasangan yang hadapi tentangan daripada ibu bapa.

Page 26: Adat resam iban, melanau, bidayuh

Amalan ‘nyagam’ (bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri) apabila kedua-dua belah pihak setuju.

Duda/balu.

Perkahwinan sempurna : melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. (suku Selako,Jagoi & Larab).

Page 27: Adat resam iban, melanau, bidayuh