melanau hubungan etnik 2016

52
TAYLOR'S UNIVERSITY SCHOOL OF ARCHITECTURE , BUILDING AND DESIGN TOPIK : MELANAU KUMPULAN : 53 KURSUS : HUBUNGAN ENTIK (MPU3113) NAMA PENSYARAH : MS.NUR AINIF OMAR BIL NAMA PELAJAR PELAJAR ID 1. NG CHUAN KAI 0323738 2. MUHAMMAD NAZMI BIN KAMARULZAMAN 0322251 3. NG ZHEN HUAN 0324261 4. MUHAMMAD MIZRA QAYYUM BIN MOHD SHARIFF 0324031 5. NG JER VAIN 0326969 6. NG JI YANN 0323713 7. NURUL SHAHIRA BT MUHAMMAD ALI KUAN 0326500 8. NG KWANG ZHOU 0322802 9. NG SHENG ZHE 0323830

Upload: mirza-qayyum

Post on 16-Apr-2017

529 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melanau Hubungan Etnik 2016

TAYLOR'S UNIVERSITY SCHOOL  OF  ARCHITECTURE  ,  BUILDING  

AND  DESIGN  

TOPIK : MELANAU KUMPULAN : 53 KURSUS : HUBUNGAN ENTIK (MPU3113) NAMA PENSYARAH : MS.NUR AINIF OMAR

BIL   NAMA  PELAJAR   PELAJAR  ID  

1.   NG  CHUAN  KAI   0323738  

2.   MUHAMMAD  NAZMI  BIN  KAMARULZAMAN   0322251  

3.   NG  ZHEN  HUAN   0324261  

4.   MUHAMMAD  MIZRA  QAYYUM  BIN  MOHD  SHARIFF   0324031  

5.   NG  JER  VAIN   0326969  

6.   NG  JI  YANN   0323713  

7.   NURUL  SHAHIRA  BT  MUHAMMAD  ALI  KUAN   0326500  

8.   NG  KWANG  ZHOU   0322802  

9.   NG  SHENG  ZHE   0323830  

Page 2: Melanau Hubungan Etnik 2016

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT 1.   PENGENALAN 3-­‐5  

2.   SEJARAH 6-­‐8  

3.   CIRI-CIRI 9-­‐11  

4.   KEBUDAYANN 12-­‐24  

5.   AGAMA DAN KEPERCAYAAN 2528  

6.   HARI PERAYAAN 29-­‐33  

7.   TOKOH PEMIMPIN 34-­‐40  

8.   SOSIO - EKONOMI 4143  

9.   ISU-ISU SEMASA 44-­‐46  

10.   REFLEKSI 47-­‐50  

11.   RUJUKAN 51-­‐52  

Page 3: Melanau Hubungan Etnik 2016

PENGENALAN  

Page 4: Melanau Hubungan Etnik 2016

Melanau merupakan kumpulan ethnik yang berada di Sarawak, Malaysia. Mereka juga merupakan kaum yang terawal menetap di Sarawak .Orang Melanau menggunakan Bahasa melanau berinteraksi , kumpulan yang menggunakan bahasa melanau ,umunnya berada di Borneo Utara. Pada tahun 2010,terdapat 123,410 juta orang berdaftar sebagai kaum Melanau .Oleh sebab itu , melanau menjadi kaum ke-lima terbesar kaum di Sarawak , selepas Melayu , Iban , Cina dan Bidayuh . Justeru , terdapat banyak orang melanau aktif dalam aspek politik , contohnya Rosli Dohbi ,Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak) dan sebagainya. Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian amun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat. Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya , danBintulu.  

Page 5: Melanau Hubungan Etnik 2016

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.Tuntasnya , Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Page 6: Melanau Hubungan Etnik 2016

SEJARAH  

Page 7: Melanau Hubungan Etnik 2016

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'. Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'. 'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.

Page 8: Melanau Hubungan Etnik 2016

Kiranya saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang 'Melanau' kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita. Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.

Bintulu  (kawasan  kaum  Melanau)  

Page 9: Melanau Hubungan Etnik 2016

CIRI-CIRI

Page 10: Melanau Hubungan Etnik 2016

Kaum Melanau mempunyai jumlah seramai lebih 130000 orang dan menguasai lebih kurang 6% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Kaum Melanau seperti kaum lain mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membuat mereka unik. Antara ciri-ciri yang ada pada kaum Melanau adalah semua orang Melanau mempunyai 'Bin' (anak lelaki) dan 'Binti' (anak perempuan) dalam nama-nama mereka sama dengan orang Melayu dan ini juga dikenakan kepada Melanau Kristian kerana telah ditetapkan sebagai orang Melayu di banci. Selain itu, ramai kaum Melanau merupakan seorang nelayan serta pesawah padi dan petani sagu. Ada antara mereka yang mahir dalam pembinaan bot. Mereka pernah tinggal di rumah-rumah kaku dan panjang tinggi, tetapi hari ini mereka tinggal di kampung. Kerana persamaan agama, majoriti kaum Melanau tinggal dan mempunyai budaya yang sama seperti Melayu yang lain di Malaysia. Ciri lain kaum Melanau adalah pakaian tradisional yang dipakai mereka. Pakaian lelaki Melanau diperbuat daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, ertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.  

Page 11: Melanau Hubungan Etnik 2016

Kaum Melanau boleh dibahagikan kepada enam kumpulan yang berbeza iaitu: Melanau Mukah, Melanau Dalat, Melanau Oya, Melanau Matu-Daro-Rejang, Melanau Ba'ie (Bintulu) dan Melanau Miri. Setiap kumpulan mempunyai dialek yang tersendiri tetapi mereka berkongsi latar belakang budaya dan bahasa yang sama (kecuali dialek Melanau Bintulu yang tidak boleh difahami oleh yang lain). Bahasa Melanau telah dibahagikan dalam sebelas berikut: Mukah, Balingian, Oya, Dalat, Daro-Matu, Rajang, Kanowit, Sibu, Bintulu, Seru dan Tanjong. Tambahan pula, rumah tinggi Melanau merupakan salah satu ciri kaum Melanau. Mengikut tradisi, mereka tinggal berdekatan laut dan berdekatan dengan lanun. Sebagai pertahanan diri, kaum Melanau membina rumah yang besar serta 40 kaki dari tanah. Kaum Melanau berlainan dengan kaum Borneo yang lain kerana mereka lebih suka memakan sago berbanding dengan nasi. Pokok sago asalnya tumbuh liar di kawasan paya pantai, dan Melanau mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk tumbuhan ini. Ia membengkak sebelum berbunga yang menunjukkan masa yang sesuai untuk penuaian dengan penebangan. Sebagai kesimpulan, kaum Melanau semestinya kaum yang besar di Sarawak dan mereka juga mempunyai ciri mereka yang memisahkan mereka daripada kaum yang lain dan mereka patut dianggap sebagai etnik yang besar di negara ini.

Pakaian  tradisional  kaum  Melanau  

Page 12: Melanau Hubungan Etnik 2016

KEBUDAYAAN

Page 13: Melanau Hubungan Etnik 2016

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang menduduk di Sarawak yang mempunyai adat dan keistimewaannya sendiri.Kebudayaan kaum Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat kaum Melayu.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka sendiri.Kebudayaan ini telah diasing kepada beberapa aspek iaitu pakaian tradisional, adat kematian, adat perkahwinan adat kelahiran,tarian tradisi,tatu yang unik,kraftangan,bahasa Melanau dan makanan mereka.Kebudayaan ini telah diwarisi zaman berzaman oleh masyarakat Melanau sehingga ke zaman ini. Pakaian Tradisional Pakaian tradisi masyarakat Melanau terserlah dengan ragam hias untuk mempamirkan kemahiran kraftangan yang menghasilkannya.Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci.Pakaian tradisional mereka mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu tetapi juga mempunyai keunikannya yang dipakai oleh lelaki dan wanita masyarakat Melanau.

Page 14: Melanau Hubungan Etnik 2016

Lelaki Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa. Wanita Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

Page 15: Melanau Hubungan Etnik 2016

Adat kelahiran Adat kelahiran telah diasingkan kepada dua aspek iaitu sewaktu mengandung dan selepas kalahiran.Semasa ibu mengandung, mereka terikat daripada mengamalkan pantang larang mereka. Terdapat beberapa pantng larang yang mereka lebih mengambil perhatian.Pantang larang yang pertama iaitu ibu yang mengandung tiday boleh makan buah-buahan yang berbau kaut seperti durian kerana ia akan menyebab badan menjadi busuk.Seterusnya,mereka juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.Pantang larang yang ketiga ialah haiwan-haiwan buruan uang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada ibu yang mengandung kerana mereka mempercayai anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Di samping itu,suami juga perlu mengikut beberapa adat untuk mejauhikan beberapa perkara. Yang pertama ialah,suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau makan ikan pari kearana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.Seterusnya,suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak dalam kandungan akan diiringi minyak.Terakhir,suami tidak boleh melihat sebarang kamatian kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit.

Page 16: Melanau Hubungan Etnik 2016

Selepas anak kelahiran,terdapat dua aspek iaitu semasa kelahiran dan dalam tempoh berpantang.Semasa ibu melahirkan anak,orang kampung dan saudara mara akan melawat dan membawa hadiah kepada mereka.Mereka juga dilarang memuji bayi yang baru lahir dan lebih senang apabila bayi itu dikatakan hodah dan sebagainya.Selepas bersalin,ibu tersebut hendaklah mengeringkan badannya dan tidak boleh makan sebarangan. Seterusnya,dalam tempoh berpantung,ayah tersebut tidak dibenarkan memegang anak selapas balik dari hutan atau balik dari laut karana bau laut dan hutan masih melekat di badannya.Di samping itu,bayi perempuan dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak semasa kecil untuk mencantikkan mereka..  

Page 17: Melanau Hubungan Etnik 2016

Adat kematian Apabila berlaku kematian seseorang,mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu dan ini akan dilakukan oleh A-beri patai atau ahli keluarga terdekat.Seterusnya,Mayat tersebut akan dipakai dengan pakaian yang cantik beserta dengan hiasan seperti barangan nemas.Bagi mayat wanita,kain yang diterima semasa perkahwinan iaitu kain sebunong akan diletakkan bersama dengan mayat tersebut.Jari mayat akan diikat kepada badan dengan kain manakala kepalanya ditudung dengan kain yang diikat di bawah dagu.Mayat akan diletakkan diatas pakat yang diperbuat daripada papan dan dahan rumbia.Tempat ini pula akan dilapis dengan tikar bemban dan dilapis bahagian atas dengan kain selimut.Mayat juga akan dialas dengan beberapa helai sarung dan baju kepunyaannya.Seterusnya,kain lugi akan diletakkan di atas mayat tersebut.Sehelai kelambu akan dipasang sebagai melindungi mayat. Mereka juga akan mengikut beberapa pantang larang selepas ahli keluarga mereka meninggal dunia.Pertama ialah selama tujuh hari mereka dilarang keluar rumah dan melawat orang lain.Peligin adalah saudara mara yang datang menziarahi.Mereka juga perlu tidur di rumah tersebut selama tiga hari berturut-turut.Perligin akan berjaga sehingga pagi sambil berbual-bual dan bermain tataw atau teka-teki di rumah tersebut.Mengikut kepercayaannya,masyarakat Melanau dahulu kala akan mengadakan upacara pestow iaitu nyanyian yang berkaitan jantina si mati.Upacara tersebut adalah untuk memberi hantaran kepada roh si mati.Rombongan akan menuju ke kubur dengan menbawa kuih muih untuk diberi kepada si mati.Setiap ahli rombongan perlu mandi dan jamuan makan akan diadakan.

Page 18: Melanau Hubungan Etnik 2016

Sebelum pengebumian,mayat akan disimoan di dalam rumah selama tiga hari.Terdapat juga ahli keluarga yang menyimoan mayat selama seminggu.Upacara pengebumian akan disertai oleh semua ahli keluarga dan tukang tangis.Dua helai kain lugi yang diletakkan di atas mayat tadi akan diambil untuk digunakan dalam upacara platow dan sehelai lagi dilapiskan kepada si mati.Bendera megikut taraf atau bangsa mayat tesebut akan dikibar semasa keranda dibawa untuk pengebumian.Selepas sampai ke tanah perkuburan,keranda dibuka dan ikatan pada mayat dibuka.Seterusnya,keranda ditutup semula lalu ditanam.Pakaian si mati akan diletakkan di atas kubur selama tiga hari berturut-turut.

Page 19: Melanau Hubungan Etnik 2016

pagi Song, suab Makan Keman Minum Tuteng Air Nya'am, Anum Siapa Sai, Yai Awak Mo,Ka'au, Nou, Kan Nama Ngadan,Radan Rumah Lebok, Kubou,Lebuk, lamin Apa Inou, Nau

 

Bahasa Melanau Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia.Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari.Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Contoh perkataan Melanau:

Page 20: Melanau Hubungan Etnik 2016

Tarian tradisional Tarian Alu-alu merupakan salah satu daripada tarian tradisional yang sudah diwarisi sejak dahulu lagi. Ianya sekarang merupakan salah satu tarian yang sering dipersembahkan apabila ada keramaian di Sarawak. Malah tarian ini juga cukup sinonim dipersembahkan di luar Negara dan sering mendapat perhatian orang luar yang gemar dengan tarian tradisi seperti ini. Sebenarnya, tarian alu-alu adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala. Kebiasaannya, tarian ini akan dipersembahkan di ketika waktu malam iaitu bermula dari malam pertama sehingga malam keempat hari perkabungan. Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar tidak terlalu bersedih. Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian. Contohnya proses membuat sagu juga boleh dijadikan satu gerak tari di dalam tarian alu-alu ini. Dan menurut tradisi Melanau, gerak tarinya juga boleh diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan, permainan rakyat dam banyak lagi.

Page 21: Melanau Hubungan Etnik 2016

Adat Perkhawinan Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Merisik Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Page 22: Melanau Hubungan Etnik 2016

Meminang  Pada  hari  yang  telah  dipersetujui  oleh  kedua-­‐dua  belah  pihak  keluarga  lelaki  dan  perempuan,  maka  di  adakanlah  adat  tanda  tunang.  Wakil  keluarga  lelaki,  iaitu  beberapa  orang  lelaki  dan  perempuan  yang  telah  berumur  akan  menyerahkan  barang  hantaran  peminangan  iaitu  sebentuk  cincin  emas,  sebilah  senjata,  segantang  padi,  sebiji  kelapa  dan  satu  pikul  barang  tembaga.  Dengan  penyerahan  barang  tersebut  oleh  wakil  keluarga  lelaki  dan  diterima  oleh  wakil  keluarga  perempuan  maka  rasmilah  pertunangan  itu.  Kedua-­‐dua  pihak  hendaklah  mematuhi  segala  syarat  yang  telah  dipersetujui  bersama.  Jika  persetujuan  dilanggar,  pertunangan  boleh  diputuskan.  Sekiranya  pihak  perempuan  yang  memutuskannya,  barang  tanda  tunang  mes_  dikembalikan  kepada  pihak  lelaki  tetapi  jika  pihak  lelaki  yang  memutuskannya,  tanda  tunang  itu  menjadi  milik  pihak  perempuan.      

Page 23: Melanau Hubungan Etnik 2016

Majlis perkahwinan Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu perkahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah kemas kahwin: -penyekab -berian -adat menuga -adat mebin -pakan Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Page 24: Melanau Hubungan Etnik 2016

Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang iaitu tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.  

Page 25: Melanau Hubungan Etnik 2016

AGAMA DAN

KEPERCAYAAN

Page 26: Melanau Hubungan Etnik 2016

   Agama Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian. Selain daripada Islam dan Kristian, ada juga yang mempercayai makhluk ghaib. Makluk ghaib juga dipanggil sebagai Ipok. Ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat. Kepercayaan Melanau merupakan satu kaum yang amat menitikberatkan tentang adat istiadat dan kepercayaan. Kepercayaan Kaum Melanau adalah perubatan tradisional dan perayaan Kaul.  

Page 27: Melanau Hubungan Etnik 2016

Perubatan Tradisional Kepercayaan umum di kalangan masyarakat Melanau ialah penyakit akan disebabkan oleh makhluk halus atau kuasa ghaib jika sesuatu ubat tidak dapat menyembuh penyakit. Bomoh yang handal yang dipanggil sebagai a-bayoh. Ia menyambung kuasa ghaib dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit. Menurut kebiasaan, mengubati penyakit dengan menggunakan a-bayoh hanya dilakukan jika langkah langkah lain sudah gagal. Apabila semua langkah sudah gagal, upacara be-bayoh akan diadakan. Jika usaha ini juga gagal, sebagai langkah terakhir, upacara pengubatan yang paling tinggi iaitu payun dilakukan. Jika tidak sembuh juga, harapan untuk sembuh dianggap tipis. Dalam proses mengendalikannya kerana kebolehan mereka menghubungi dan menggunakan kuasa ghaib tow dan sebagainya. Setiap a-bayoh akan dibantu dengan tow-tow yang tertentu bagi menolong a-bayoh mengenal pasti asal-usul penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

Page 28: Melanau Hubungan Etnik 2016

Perayaan Kaul Kepercayaan masyarakat etnik Melanau terhadap kuasa ghaib yang perlu dipuja dalam pesta-pesta keramaian termasuklah perayaan Kaul. Menurut Jeniri & Awang Azman (2001) perayaan ini merupakan suatu acara tahunan yang diraikan oleh komuniti Melanau. Perayaan Kaul merupakan adat yang paling lama. Perayaan ini amat penting pada masa dahulu kerana perayaan ini merupakan penyembahan terhadap makhluk halus iaitu ipok kala. Perayaan kaul ini diadakan di sebelah kanan muara sungai kerana tempat itu dianggap penting disebabkan pertemuan di antara sungai,darat dan laut iaitu tempat semula jadi yang penting dalam kegiatan ekonomi kaum ini. Ipok kala ialah kuasa ghaib yang amat kuat. Pada masa kini, pesta Kaul hanya untuk menjaga warisan yang hidup.  

Page 29: Melanau Hubungan Etnik 2016

HARI PERAYAAN

Page 30: Melanau Hubungan Etnik 2016

 Kaum Melanau merupakan salah satu kaum yang unik di Sarawak. Kepercayaan masyarakat etnik Melanau terhadap kuasa ghaib yang perlu dipuja dalam pesta-pesta keramaian termasuklah perayaan Kaul. Menurut Jeniri & Awang Azman (2001) perayaan ini merupakan suatu acara tahunan yang diraikan oleh komuniti Melanau. Gambar ini mununjukkan contoh gambar perayaan kaul

Page 31: Melanau Hubungan Etnik 2016

Kaul merupakan satu daripada adat paling lama yang masih diamalkan. Perayaan ini amat unik dan penting terhadap kaum melanau pada masa dahulu dari segi kepercayaan Melanau. Perayaan ini merupakan penyembahan terhadap makhluk halus iaitu ipok kala. Kala dalam dialek Melanau bermaksud muara sungai manakala ipok kala bermaksud kuasa ghaib yang menguasai tempat itu. Gambar ini menunjunkkan kaum melanau merayai perayaan kaul di muara sungai    

Page 32: Melanau Hubungan Etnik 2016

Perayaan kaul ini diadakan di sebelah kanan muara sungai kerana tempat itu dianggap penting disebabkan pertemuan di antara darat, laut dan sungai iaitu tempat semula jadi yang penting dalam kegiatan ekonomi kaum ini. Ipok kala dianggap sebagai kuasa ghaib yang amat 10 kuat. Semasa meraikan upacara kaul, doa ditujukan kepada ipok ini supaya mewujudkan kedamaian dan meningkatkan hasil tangkapan atau tuaian pada tahun yang akan datang. Upacara kaul ini diadakan tiap-tiap tahun pada bulan Mac iaitu selepas musim landas. Masyarakat Melanau tradisional di Mukah menggunakan takwim yang berdasarkan peredaran bulan. Satu ‘tahun’ dalam takwim ini mempunyai dua belas unit yang dianggap sebagai sebulan. Bulan yang pertama dalam pusingan tahunan ini digelar bulan pengejin dan upacara kaul diadakan pada bulan ini. Persediaan untuk upacara dibuat lebih awal oleh orang ramai termasuk menyediakan barang makanan tertentu untuk dipersembahkan dan juga talam-talam untuk meletakkan jamuan ini. Talam dibuat daripada daun nipah. Benda ini dinamakan serahang yang dihiaskan dengan bendera kecil (mengikut pangkat seseorang itu), burung dan sebagainya. Antara lauk yang perlu disediakan ialah papit (nasi pulut yang dimasak dalam daun), belen (sirih pinang) dan apung (rokok daun).

Page 33: Melanau Hubungan Etnik 2016

Pada hari perayaan itu sarahang-sarahang itu akan didirikan di sekitar muara sungai dan barang makanan dihidangkan di dalam talam itu. Seterusnya, bapak kaul akan menaburkan beras kuning di sekeliling makanan tersebut dan menjemput ipok kala memakan jamuan yang disediakan. Seterusnya bapak kaul membacakan doa yang dituju kepada ipok kala supaya memberi rezeki yang banyak pada tahun yang akan datang. Gambar ini menunjukkan orang melanau menunjukkan acara panca silat juga dianggap sebagai magalai Apabila upacara membaca doa itu selesai, acara hiburan seperti pertunjukan panca silat atau kutaw, lumba perahu dan sebagainya. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perayaan ini digalakkan berkongsi makanan yang dibawa kerana dipercayai perkara ini amat disukai oleh ipok kala yang akan menambahkan lagi rezeki kepada komuniti itu.

Page 34: Melanau Hubungan Etnik 2016

TOKOH-TOKOH PEMIMPIN

Page 35: Melanau Hubungan Etnik 2016

1. Abdul Taib Mahmud Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud dilahirkan pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak. Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih". Kehidupan awal : Beliau dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936. Taib mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei. Sejak Taib masih kecil, kehidupannya disara oleh bapa saudaranya. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk mengambil undang-undang bawah pemujukan bapa saudaranya. Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Taib Mahmud telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya terkenal termasuk: "Nabi Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia" "Kebebasan dalam pemikiran Islam" "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa menghadapi kekurangan sumber"

Page 36: Melanau Hubungan Etnik 2016

Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin yang terkenal, beliau memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sosioekonomi Sarawak dan meningkatkan kualiti kehidupan orang tempatan terutamanya bumiputera. Jawatan penting yang pernah ditanggungkan olehnya merupakan: Ahli Parlimen Malaysia untuk Kota Samarahan (1970 - Februari 2008 ) Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ke-2 (1981-Februari 2014) Ketua Menteri Sarawak (26 Mac 1981 - 28 Februari 2014) Ahli Perhimpunan Sarawak untuk Balingian (2001 - Februari 2014) Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 (1 Mac 2014 - ) Abdul Taib Mahmud telah membawa negeri Sarawak ke era pembangunan yang sangat disegani di negara ini sejak tahun 1981. Tempoh pemerintahan beliau selama 30 tahun telah berjaya memajukan pembangunan negeri Sarawak. Selain kadar kemiskinan menurunkan, kadar celik huruf penduduk Sarawak telah ditingkatkan. Semua kaum di Sarawak mempunyai peluang perniagaan yang baik dan kanak-kanak mendapatkan pendidikan yang sempurna. Hubungan yang baik antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat juga terjalin dan menjadi faktor penting dalam kemajuan negeri ini.    

Page 37: Melanau Hubungan Etnik 2016

2. Rosli Dhoby Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau adalah anak jati Sarawak yang mula membangkit perasaan anti penjajah dalam kalangan rakyat Sarawak. Beliau hanya berusia 17 tahun semasa berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 yang ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari 1949. Tujuannya adalah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949. Kematian : Pada 2 Mac 1950, beliau dihukum gantung sehingga mati kerana membuat percubaan assainasi Gabenor kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau kerana ibuya telah menerima ancaman akan ditembak. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Page 38: Melanau Hubungan Etnik 2016

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan gerakan penentan gan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat. Surat terakhir : Rosli Dhoby telah menulis sepucuk surat terakhir kepada keluarganya sehari sebelum digantung: Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi. 2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka. 3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda. 4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak. 5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada adik Aini. 6. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara  anakanda  

Page 39: Melanau Hubungan Etnik 2016

3. Datuk Hj Adi Badiozaman Tuah Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah merupakan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam. Pada tahun 2010, beliau diiktiraf sebagai seorang pakar dan tokoh pendidikan dan dipilih sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. Berita ini merupakan salah satu kebanggaan terhadap rakyat Sarawak. Datu Dr Adi merupakan contoh seorang seniman yang berjaya dalam usahanya memajukan bidang seni dan budaya di Sarawak. Beliau juga adalah pemikir dan pencetus kelahiran Sekolah Seni di Malaysia dan perancang dan penggubal perangka penubuhan sekolah rendah dan menengah agama di Sarawak. Beliau yang menerajui gerakan Sumpah Budayawan dan Seniman Muda Sedar Sarawak yang mengungkapkan ikrar satu bangsa, satu bahasa dan satu kebudayaan yang dilafaz kali pertamanya pada 31 Disember 1979 di Kuching.  

Page 40: Melanau Hubungan Etnik 2016

Sebagai seorang penyair, dramatis dan pengkaji budaya dan sastera dan pendidikan yang terkenal dalam bidang penulisan, Datu Dr Adi banyak menerbitkan makalah ilmiah tentang pendidikan dalam jurnal akademik. Kertas kerjanya mengenai pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan telah dibentangkan di peringkat negeri, kebangsaan sehingga antarabangsa. Beliau seorang seniman yang bijak memanfaatkan seninya dan berjuang melalui seninya untuk memajukan masyarakat dan bangsa. Selain terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kebahasaan, kesusasteraan dan teater. Contoh karyanya yang popular termasuklah “ School Supervision: A Sarawak Experience “ “ Penagih Sepi “ “ Lagu Malam “ “ Puisi Buat Mama “ dan “ Nyanyian Wau “.

Page 41: Melanau Hubungan Etnik 2016

SOSIO EKONOMI

Page 42: Melanau Hubungan Etnik 2016

 Kaum melanau adalah salah satu etnik yang terdapat di Sarawak. 5% daripada penduduk Sarawak tergolong daripada etnik ini. Kebanyakan etnik ini dahulu nya tinggal di kawasan pedalaman Sarawak terutamanya kawasan tepi sungai. Contohnya: Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, Bintulu dan lain lain. Pada zaman zaman dahulu kala, sumber ekonomi kaum melanau adalah daripada pertanian sawah padi, penangkapan hasil laut dan perusahaan sagu. Perusahaan sagu ini telah berkembang luas di peringkat antarabangsa. Pelbagai jenis pemakanan telah dihasilkan daripada sagu seperti Tebaloi dan Linut. Disebabkan kaum ini telah berjaya mengembangkan perusahaan sagu ini, sarawak telah berjaya menjadi pengeksport sagu terbesar di malaysia. Demi menaiktarafkan sosioekonomi kaum ini, bebreapa pemimpin dalam sejarah malaysia telah menubuhkan persatuan yang bernama “Persatuan Melanau Sibu”. Hal ini demikian kerana sibu adalah salah satu tumpuan penduduk sarawak sejak dahulu sehingga era ini dan telah menjadi kota kecil yang sedang berkembang maju.          

Page 43: Melanau Hubungan Etnik 2016

 Berkaitan dengan pergaulan sosial kaum Melanau pula, kaum ini mempunyai sikap yang mudah serap dalam pergaulan masyarakat. Hal ini kerana beberapa faktor berikut: Perubahan penempatan Kahwin campur Agama Namun begitu, kaum ini masih berpegang teguh pada tradisi mereka yang unik. Selain itu, kaum ini jugabersifat muhubah. Ini telah berjaya dibuktikan dengan pergaulan mereka dalam kehidupan seharian seperti melawat rakan yang berbeza bangsa dan agama pada musim perayaan mereka. Kaum melanau juga merupakan salah satu kaum terawal yang berjaya dalam sejarah kepimpinan malaysia. Salah satu pemimpin melanau ialah Rosli Dobhi yang berjaya memperjuangkan hak mereka menentang penjajahan asing.

Page 44: Melanau Hubungan Etnik 2016

ISU - ISU SEMASA

Page 45: Melanau Hubungan Etnik 2016

Isu semasa pertama yang dihadapi oleh Kaum Melanau ialah populasi yang semakin menjadi kurang. Kaum Melanau merupakan salah satu kaum utama di Sarawak dan mempunyai populasi sebanyak 123,410 di Malaysia. Mereka merupakan kaum terbesar di Sarawak selepas kaum yang lain seperti Kaum Cina, Kaum Melayu, Kaum Iban dan Kaum Bidayuh. Walaupun begitu, populasi mereka semakin menjadi kurang disebabkan mereka dikenali sebagai Kaum Melayu. Kebanyakan orang Melanau mempunyai ‘Bin’ atau ‘Binti’ di dalam nama mereka yang serupa nama orang Melayu. Orang Melanau senang dikenali sebagai orang Melayu jika keutamaan kaum tidak diberitahu kepada pegawai kerajaan semasa pendaftaran kelahiran anak. Ini juga menyebabkan populasi Kaum Melayu meningkat dan populasi Kaum Melanau mengurangkan. Selain itu, terdapat ramai orang Melanau yang berkahwin dengan kaum yang lain, ini telah menyebabkan identiti Kaum Melanau terhilang. Mengikut kajian pihak swasta yang dijalankan di Malaysia, populasi Melanau yang benar seharusnya lebih tinggi daripada yang dicatatkan di dalam rekod negara. Di samping itu, isu semasa kedua yang dihadapi oleh Kaum Melanau adalah penghijrahan generasi muda ke bandar. Pasa masa dahulu, orang melanau tinggal di persisiran pantai seperti Sungai Rajang. Terdapat ramai generasi muda yang menginginkan kerja atau pendidikan yang lebih Baik telah menghijrah ke bandar.

Page 46: Melanau Hubungan Etnik 2016

Ramaigenerasi muda yang sudah membiasakan diri dengan suasana bandar kurang balik ke kampung lagi dan hanya generasi yang lebih tua ingin tinggal di kampung.Ini turut menyebabkan kekurangan generasi muda yang bekerja sebagai nelayan dan petani yang merupakan pekerjaan utama untuk Kaum Melanau. Walaupun orang Melanau terkenal sebagai petani sago dan padi pada masa dahulu, pekerjaan tersebut merupakan satu perkejaan yang sukar dan meletihkan. Generasi muda lebih berminat untuk mencari pekerjaan yang senang di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, walaupun terdapat orang Melanau di seluruh Sarawak, kebanyakkan yang tidak tahu bercakap Bahasa Melanau. Ramai keluarga Melanau yang moden lebih berminat untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Generasi muda turut melupakan Bahasa Melanau kerana ibu bapa mereka juga akan mengadakan komunikasi dengan anak mereka dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sekarang ramai orang Melanau tinggal di kawasan bandar yang dipenuhi kaum-kaum lain, oleh itu belajar Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris membolehkan mereka senang untuk berkomunikasi dengan kaum-kaum lain.

Page 47: Melanau Hubungan Etnik 2016

REFLEKSI

Page 48: Melanau Hubungan Etnik 2016

TAJUK YANG SAYA PILIH ADALAH ISU-ISU SEMASA KAUM MELANAU. SAYA BERASA BANGGA MEMILIH TAJUK INI KERANA SAYA DAPAT BELAJAR BANYAK DARIPADA TAJUK INI. SAYA TELAH BELAJAR TENTANG ISU-ISU YANG DIHADAPI OLEH MEREKA. SAYA JUGA BELAJAR TENTANG BUDAYA DAN ASAL USUL MEREKA, INI TELAH MEMBOLEHKAN SAYA UNTUK MENGHORMATI KAUM YANG LAIN. SELAIN ITU, SAYA SUNGGUH BERSYUKUR SELEPAS MENGETAHUI BAHAWA KAUM MELANAU PERLU MENGHIJRAH KE BANDAR YANG JAUH UNTUK BELAJAR MANAKALA SAYA SENANG MENDAPAT PENGETAHUAN DI TEMPAT LAHIR SAYA. AKNIRNYA, SAYA BERASA GEMBIRA SEBAGAI SEORANG WARGA MALAYSIA KERANA MALAYSIA MEMPUNYAI KAUM BERBEZA YANG UNIK DAN ISTIMEWA. NG SHENG ZHE 0323830 BAK KATA PEPATAH, HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH TELAH MENGGAMBARKAN SIKAP KAUM INI SECARA KESELURUHANNYA. KAUM INI JUGA SESUAI DIJADIKAN CONTOH KEPADA KAUM KAUM LAIN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA KERANA KEGIGIHAN MEREKA DALAM MEMAJUKAN EKONOMI DAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT KITA. NURUL SHAHIRA BT MUHAMMAD ALI KUAN 0326500 SELEPAS MEMBUAT PROJEK KUMPULAN INI, SAYA LEBIH MEMAHAMI AGAMA DAN KEPERCAYAAN TENTANG KAUM MELANAU. SELAIN ITU, SAYA JUGA MENGENALI KAWAN BARU. SAYA JUGA BELAJAR CARA UNTUK BEKERJASAMA DENGAN KAWAN BARU DAN JUGA MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMBUAT PROJEK INI. SELAIN ITU, SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA LECTURER HUBUNGAN ETNIK DAN JUGA AHLI KUMPULAN SAYA YANG MENOLONG SAYA DALAM MEMBUAT PROJEK KALI INI. SAYA BERSYUKUR KERANA SAYA BOLEH MEMBUAT PROJEK INI DENGAN LANCAR. NG ZHEN HUAN 0324261

Page 49: Melanau Hubungan Etnik 2016

SELEPAS PROJEK INI, SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG KAUM MELANAU.UNTUK SAYA KAUM MELANAU MERUPAKAN SALAH SATU KAUM YANG AMAT UNIK YANG TERKENAL DI SARAWAK DAN MEREKA JUGA DIANGGAP SEBAGAI NEGERI BUMI KENYALANG YANG TERDIRI DARI PELBAGAI SUKA KAUM. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BAGI PELUANG INI KEPADA SAYA SUPAYA DAPAT BELAJAR TENTANG KAUM MELANAU DAN HUBUNGAN ENTIK ANTARA SATU SAMA LAIN. NG KWANG ZHOU 0322802

Selepas melaksanakan dan menyiapkan portfolio ini, saya dapat beljar banyak tentang kaum Melanau. Secara jujurnya saya kurang tahu tentang kaum ini kerana kaum Melanau adalah kaum yang tidak terkenal di sini. Namun, semasa menjalankan kajian tentang mereka, saya sedar bahawa kaum Melanau mempunyai banyak budaya yang menakjubkan dan mereka juga merupakan kaum yang penting di Malaysia walaupun bilangan kaum Melanau tidak banyak. Saya berharap untuk memahami lebih banyak kaum bumiputera di negara ini kerana semua kaum di sini adalah penting tidak kira bilangan mereka. Muhammad nazmi bin Kamarulzaman 0322251 Selepas melaksanakan portfolio ini, saya dengan jayanya dapat memahami sedikit-sebanyak tentang kaum Melanau dan adat serta kebudayaan yang diamalkan mereka. Ketika melakukan kajian tentang kaum Melanau, saya sedar yang kaum Melanau mempunyai sejarah yang menakjubkan. Melalui portfolio ini juga, saya dapat faham apa yang membezakan kaum Melanau ini dari kaum-kaum yang lain dan saya juga dapat menghormati mereka. Kaum Melanau menunjukkan sikap hormat terhadap kaum-kaum yang lain dan ini serasi dengan sikap kaum Malaysia yang saling menghormati walaupun berbeza kaum dan agama. Muhammad Mirza Qayyum Bin Mohd Shariff 0324031

Page 50: Melanau Hubungan Etnik 2016

Dalam laporan ini,tajuk kumpulan kita ialah kaum Melanau.Saya telah memilih untuk membuat kebudayaan masyarakat Melanau.Selepas membuat laporan ini,saya telah mendapat dan mempelajari ilmu yang banyak tentang masyarakat Melanau yang menduduk di Sarawak.Saya telah mempelajari tentang kehidupan, kebudayaan dan adat resam,perayaan dan sebagainya yag diamalkan oleh masyarakat Melanau.Selain itu,walaupun masyarakat Melanau merupakan masyaraket yang kecil tetapi mereka juga mempunyai keunikannya.Negara kita adalah negara multi-ethnik tetapi menybabkan negara kita lebih unik .Di samping itu,saya juga dapat mengukuhkan kemahiran dalam sosial dan kerjasama semasa membuat laporan ini dengan ahli kumpulan yang lain.Kesimpulannya,kita perlu mengamalkan sikap perpaduan antara kaum lain kerana negara kita terdapat pelbagai kaum. Ng chuan kai 0323738 Melalui laporan ini, saya diberi peluang untuk mempelajari dan mamahami lebih tentang orang melanau. Saya telah mempelajari tentang kehidupan dan kebudayaan mereka yang berbeza dengan etnik yang lain. Selain itu, saya memahami bahawa semua etnik-etnik di Malaysia mempunyai keunikan sendiri yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa. Saling memahami dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keistimewaan yang Malaysia mempunyai. Saya berbangga sebagai seorang warga Malaysia dan akan berusaha untuk mengekalkan keharmonian yang kita semua punyai bersam Ng JI Yann 0323713

Page 51: Melanau Hubungan Etnik 2016

RUJUKAN

Page 52: Melanau Hubungan Etnik 2016

.Melanau  people.  (n.d.).  Retrieved  September  27,  2016,  from  hbps://en.wikipedia.org/wiki/Melanau_people    "Melanau".  Ms.wikipedia.org.  N.p.,  2016.  Web.  30  Sept.  2016.  "Kepercayaan  Dan  Kebudayaan  Sabah  Dan  Sarawak".  Dpi1bpengajianmalaysia.blogspot.my.  N.p.,  2015.  Web.  30  Sept.  2016.    Melanaublogger.com.  (2016).  Melanau  kaum  terawal  yang  utamakan  kepercayaan  dan  adat  is_adat.  [online]  hbp://www.melanaublogger.com/2010/08/melanau-­‐kaum-­‐terawal-­‐yang-­‐utamakan.html    hbp://www.kaulmukah.com/    hbp://ouragalaxy.blogspot.my/2013/05/pesta-­‐kaul-­‐ak_vi_-­‐ritual-­‐masyarakat.html    hbp://seeds.theborneopost.com/2014/04/24/celebra_ng-­‐the-­‐kaul-­‐fes_val/    hbps://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Taib_Mahmud    hbp://ohpoli_k.blogspot.my/2011/04/taib-­‐mahmud-­‐sumbangannya-­‐di-­‐sarawak.html    hbp://www.jiwabak_.com.my/sejarah-­‐rosli-­‐dhoby.html    hbp://citrasasteramelayustpm.blogspot.my/2012/07/12.html    hbp://pentasdarulhana.blogspot.my/2010/11/adi-­‐badiozaman-­‐tuah-­‐jadi-­‐ahli-­‐mppk.html