dbp setengah abad · kaum cina merasakan dasar ekonomi baru ... 42 orang penulis daripada kaum...

1
BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Sembilan KEGIATAN DBP DI SANA SINI Oleh Norazlinda Misran C ITRA DBP menerusi Citra Budaya telah muncul se- bagai pemenang Anugerah Majalah Radio Terbaik sempena Anugerah Seri Angkasa 2005 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Mac 2006 lalu. Juruhebah Citra Budaya, Wahi Irwan Abd. Kahar menerima sebuah trofi dan wang tunai RM 5000.00. Penyertaan pertama kali ini membuktikan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) walau- pun baru setahun jagung terlibat dalam bidang penyiaran menerusi Citra DBP yang disiarkan melalui Nasional fm, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat perha- tian pendengar melalui pelbagai segmen yang disediakan. Citra Budaya yang dikendalikan oleh saudara Wahi Irwan Abd. Kahar ini turut mendapat saingan daripada rakan setugas menerusi segmen Citra Bahasa yang turut dicalonkan ke peringkat akhir. Stesen radio lain yang berjaya ke peringkat akhir bagi kategori Majalah Radio Terbaik termasuk- lah Nasional fm menerusi seg- men ‘Dirgahayu Tuanku’, Best 104 menerusi segmen ‘Ikhlaskah Simpati Ini?’ dan ‘Hentikan AIDS’ menerusi Mutiara fm. Sebanyak 410 pencalonan diterima untuk kategori radio manakala 347 pen- calonan diterima untuk kategori televisyen (TV). Siaran Citra DBP merupakan rancangan radio terbitan DBP bagi memperkukuh fungsi serta memantapkan lagi imej DBP dalam memartabatkan bahasa, sastera, penerbitan dan budaya kebangsaan di negara ini secara lebih berkesan dan cepat mela- lui media elektronik. Justeru, usaha terbaru DBP ini diharap dapat merapatkan hubungan orga- nisasi dengan masyarakat, selain menyebarluaskan pengetahuan yang berteraskan elemen bahasa, sastera, penerbitan dan kebuda- yaan kebangsaan. Siaran Citra DBP yang mula ke udara pada 9 Ogos 2004 lalu mem- aparkan empat segmen utama, iaitu Citra Bahasa (Isnin dan Jumaat), Citra Sastera (Selasa dan Sabtu), Citra Karya (Rabu) dan Citra Budaya (Khamis). Citra DBP disiarkan setiap hari Isnin hingga Sabtu, 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Siaran ini dapat dide- ngar melalui frekuensi 98.3 fm (Kuala Lumpur), 94.9 fm (Kangar, Pulau Pinang dan Alor Star), 88.3 fm (Ipoh dan Labuan), 98.3 fm (Shah Alam dan Seremban), 93.6 fm (Melaka), 106.7 fm (Johor Bahru), 107.9 fm (Kuantan), 92.5 fm (Kuala Terengganu), 95.5 fm (Kota Bharu), 88.1 fm (Kota Kinabalu) dan 92.9 fm (Kuching). Kemenangan Citra Budaya menerusi Anugerah Seri Angkasa ini diharapkan dapat menyuntik semangat Citra DBP untuk terus memberikan yang terbaik kepada pendengar di samping menjadi platform kepada DBP untuk mengembangkan dan memarta- batkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa. Citra Budaya Mencipta Sejarah DBP Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina Program Merakyatkan Sastera Dipergiat Oleh Che Rabitah Che Omar S EJARAH awal kemunculan ketuanan politik Melayu, kejayaan orang Melayu mela- lui UMNO dan seterusnya kekua- saan dan dominasi politik Melayu menjadi lebih kukuh dan terjamin melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan dengan ter- maktubnya Perlembagaan Kemer- dekaan 1957. Demikianlah kebimbangan kaum Cina di Malaysia yang diutarakan oleh Dr. Thock Ker Pong dalam bukunya Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina. Selaku pembicara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, menyifatkan buku ini sebenarnya memaparkan kerumit- an hubungan etnik di Malaysia, khususnya antara kaum Cina dan Melayu sejak negara ingin menca- pai kemerdekaan lagi. Pemberian kerakyatan yang ketat dalam Perjanjian Persekutuan itu memak- sa Tan Cheng Lock menghabiskan sepuluh tahun untuk memper- juangkan kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli untuk kaum Cina. Menurutnya lagi buku ini memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang komuniti Cina di Malaysia dan mengandungi maklumat ber- harga bagi memperkaya korpus penyelidikan di Malaysia. Penulis menggunakan konsep hegemoni yang menunjukkan kedudu- kan yang bertentangan antara dua kelas, wujudnya persaingan antara penguasaan politik oleh orang Melayu dan kelebihan kuasa ekonomi kaum Cina. Kaum Cina merasakan Dasar Ekonomi Baru bersifat pro-Melayu dan tidak mem- bela nasib bangsanya. Keadaan ini mendorong mereka memperjuang- kan kepentingan, kedudukan dan hak kaum Cina dari segi ekonomi, politik, sosial, dan budaya melalui Persatuan Huatuan. Selagi tuntu- tan mereka tidak tertunai selagi itulah mereka akan terus-menerus mengajukan suqiu, iaitu dokumen tuntutan Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia selagi persepsi mereka tidak beru- bah. Majlis Bicara Karya diad- akan pada 31 Mac lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah mem- bicarakan karya hasil tesis Ph.D Dr. Thock Ker Pong dari Jabatan Pengajian Tionghua, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya terbitan Penerbit Universiti Malaya. Majlis ini merupakan program berterusan Kelab Buku DBP sebagai salah satu kegiatan Gerakan Membaca DBP untuk memperkenalkan tokoh dan pener- bit tempatan dan luar negara kepa- da masyarakat Malaysia. Oleh Nelawati Ngadul, Rusdi Abd. Rahman dan Ja’afar Haji Hamdan “K egiatan sastera seperti pengucapan puisi dan lagu-lagu puisi tidak wajar dianggap sebagai hiburan semata- mata malah boleh menjadi wadah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat bagi membangunkan jati diri bang- sa. Karya sastera perlu dihayati dan difahami agar mesej serta nilai-nilai murni yang tersirat boleh dijadikan panduan dalam pembinaan tamadun bangsa.” Demikianlah penegasan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Karim Bujang ketika menyampaikan ucap- an perasmian Majlis Apresiasi Seni: Derau Sastera di Dewan Raya Datuk Syah Bandar Salleh, di Kampung Binsulok, Membakut, Sabah pada 24 Mac lalu. Menurut beliau, program ini perlu digerakkan dan diperluas ke kampung-kampung lain di seluruh negeri Sabah agar sikap kebersamaan yang diterapkan melalui konsep ber- gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu program dapat dikekalkan kerana pengembangan sastera amat bergantung pada masyarakat pen- dukungnya. Manakala di Johor Bahru, buat julung kalinya DBP Wilayah Selatan menganjurkan Ceritera Bersama Karyawan Sastera pada 4 Mac lalu. Program yang bersi- fat ‘santai sastera’ ini bertujuan mendedahkan pengalaman penulis karya sastera di negeri Johor dalam menghasilkan karya, memperkenal- kannya kepada khalayak dan meli- batkan mereka secara langsung dalam kegiatan sastera sama ada di peringkat negeri mahupun kebang- saan. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri Pertama ini menampil- kan Azhar Salleh yang membentang- kan kertas kerjanya yang bertajuk Ceritera Puisi : Gapura Astakona Daksina. Siri Ceritera Bersama Karyawan Sastera akan diadakan lagi bagi mengetengahkan penulis novel, Zaid Akhtar dan penggiat teater, Affix Zulkarnaen Adam dan Sahruddin Manas. Sementara itu, DBP Cawangan Sarawak menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) Peringkat Negeri Sarawak 2006 pada 12 hing- ga 16 Mac lalu bertempat di Hotel Premier, Sibu. Program disertai oleh 42 orang penulis daripada kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Cina, dan Melayu dari Kuching, Mukah, Bintulu, Sri Aman, Sarikei, Betong, Miri dan Sibu. Peserta terpilih ber- dasarkan komitmen mereka yang berterusan dalam menghasilkan karya. Para peserta berpeluang ber- dialog dengan Editor Tunas Cipta DBP, Puan Norizan Muslim, Editor Utusan Sarawak, Encik William Chan dan Ketua Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sarawak, Encik Mohidin Haji Malek. Program ini berjaya menghasilkan 16 buah cer- pen dan 120 buah puisi yang bakal diterbitkan dalam bentuk antologi. BH PILIH L9 17 emel PESERTA Minggu Penulis Remaja. DBP SETENGAH ABAD JURUHEBAH Citra Budaya bergambar dengan trofinya. 17SH009A.indd 2 4/15/06 3:45:19 AM

Upload: vuongngoc

Post on 04-Jun-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: DBP SETENGAH ABAD · Kaum Cina merasakan Dasar Ekonomi Baru ... 42 orang penulis daripada kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Cina, dan Melayu dari Kuching, Mukah,

BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Oleh Norazlinda Misran

CITRA DBP menerusi Citra Budaya telah muncul se-bagai pemenang Anugerah

Majalah Radio Terbaik sempena Anugerah Seri Angkasa 2005 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Mac 2006 lalu. Juruhebah Citra Budaya, Wahi Irwan Abd. Kahar menerima sebuah trofi dan wang tunai RM 5000.00.

Penyertaan pertama kali ini membuktikan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) walau-pun baru setahun jagung terlibat dalam bidang penyiaran menerusi Citra DBP yang disiarkan melalui Nasional fm, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat perha-

tian pendengar melalui pelbagai segmen yang disediakan.

Citra Budaya yang dikendalikan oleh saudara Wahi Irwan Abd. Kahar ini turut mendapat saingan daripada rakan setugas menerusi segmen Citra Bahasa yang turut dicalonkan ke peringkat akhir. Stesen radio lain yang berjaya ke peringkat akhir bagi kategori Majalah Radio Terbaik termasuk-lah Nasional fm menerusi seg-men ‘Dirgahayu Tuanku’, Best 104 menerusi segmen ‘Ikhlaskah Simpati Ini?’ dan ‘Hentikan AIDS’ menerusi Mutiara fm. Sebanyak 410 pencalonan diterima untuk kategori radio manakala 347 pen-calonan diterima untuk kategori televisyen (TV).

Siaran Citra DBP merupakan rancangan radio terbitan DBP

bagi memperkukuh fungsi serta memantapkan lagi imej DBP dalam memartabatkan bahasa, sastera, penerbitan dan budaya kebangsaan di negara ini secara lebih berkesan dan cepat mela-lui media elektronik. Justeru, usaha terbaru DBP ini diharap dapat merapatkan hubungan orga-nisasi dengan masyarakat, selain menyebarluaskan pengetahuan yang berteraskan elemen bahasa, sastera, penerbitan dan kebuda-yaan kebangsaan.

Siaran Citra DBP yang mula ke udara pada 9 Ogos 2004 lalu mem-aparkan empat segmen utama, iaitu Citra Bahasa (Isnin dan Jumaat), Citra Sastera (Selasa dan Sabtu), Citra Karya (Rabu) dan Citra Budaya (Khamis). Citra DBP disiarkan setiap hari Isnin

hingga Sabtu, 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Siaran ini dapat dide-ngar melalui frekuensi 98.3 fm (Kuala Lumpur), 94.9 fm (Kangar, Pulau Pinang dan Alor Star), 88.3 fm (Ipoh dan Labuan), 98.3 fm (Shah Alam dan Seremban), 93.6 fm (Melaka), 106.7 fm (Johor Bahru), 107.9 fm (Kuantan), 92.5 fm (Kuala Terengganu), 95.5 fm (Kota Bharu), 88.1 fm (Kota Kinabalu) dan 92.9 fm (Kuching).

Kemenangan Citra Budaya menerusi Anugerah Seri Angkasa ini diharapkan dapat menyuntik semangat Citra DBP untuk terus memberikan yang terbaik kepada pendengar di samping menjadi platform kepada DBP untuk mengembangkan dan memarta-batkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Citra Budaya Mencipta Sejarah DBP

Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina

Program Merakyatkan Sastera Dipergiat

Oleh Che Rabitah Che Omar

SEJARAH awal kemunculan ketuanan politik Melayu, kejayaan orang Melayu mela-

lui UMNO dan seterusnya kekua-saan dan dominasi politik Melayu menjadi lebih kukuh dan terjamin melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan dengan ter-maktubnya Perlembagaan Kemer-dekaan 1957.

Demikianlah kebimbangan kaum Cina di Malaysia yang diutarakan oleh Dr. Thock Ker Pong dalam bukunya Ketuanan Politik Melayu:

Pandangan Kaum Cina. Selaku pembicara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, menyifatkan buku ini sebenarnya memaparkan kerumit-an hubungan etnik di Malaysia, khususnya antara kaum Cina dan Melayu sejak negara ingin menca-pai kemerdekaan lagi. Pemberian kerakyatan yang ketat dalam Perjanjian Persekutuan itu memak-sa Tan Cheng Lock menghabiskan sepuluh tahun untuk memper-juangkan kerakyatan berdasarkan

prinsip jus soli untuk kaum Cina. Menurutnya lagi buku ini memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang komuniti Cina di Malaysia dan mengandungi maklumat ber-harga bagi memperkaya korpus penyelidikan di Malaysia. Penulis menggunakan konsep hegemoni yang menunjukkan kedudu-kan yang bertentangan antara dua kelas, wujudnya persaingan antara penguasaan politik oleh orang Melayu dan kelebihan kuasa ekonomi kaum Cina. Kaum Cina merasakan Dasar Ekonomi Baru bersifat pro-Melayu dan tidak mem-

bela nasib bangsanya. Keadaan ini mendorong mereka memperjuang-kan kepentingan, kedudukan dan hak kaum Cina dari segi ekonomi, politik, sosial, dan budaya melalui Persatuan Huatuan. Selagi tuntu-tan mereka tidak tertunai selagi itulah mereka akan terus-menerus mengajukan suqiu, iaitu dokumen tuntutan Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia selagi persepsi mereka tidak beru-bah. Majlis Bicara Karya diad-akan pada 31 Mac lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pusat

Dokumentasi Melayu, DBP.Majlis yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah mem-bicarakan karya hasil tesis Ph.D Dr. Thock Ker Pong dari Jabatan Pengajian Tionghua, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya terbitan Penerbit Universiti Malaya. Majlis ini merupakan program berterusan Kelab Buku DBP sebagai salah satu kegiatan Gerakan Membaca DBP untuk memperkenalkan tokoh dan pener-bit tempatan dan luar negara kepa-da masyarakat Malaysia.

Oleh Nelawati Ngadul, Rusdi Abd. Rahman dan Ja’afar Haji Hamdan

“Kegiatan sastera seperti pengucapan puisi dan lagu-lagu puisi tidak wajar

dianggap sebagai hiburan semata-mata malah boleh menjadi wadah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat bagi membangunkan jati diri bang-sa. Karya sastera perlu dihayati dan difahami agar mesej serta nilai-nilai murni yang tersirat boleh dijadikan panduan dalam pembinaan tamadun bangsa.” Demikianlah penegasan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Karim Bujang ketika menyampaikan ucap-an perasmian Majlis Apresiasi Seni: Derau Sastera di Dewan Raya Datuk Syah Bandar Salleh, di Kampung Binsulok, Membakut, Sabah pada 24 Mac lalu. Menurut beliau, program ini perlu digerakkan dan diperluas ke kampung-kampung lain di seluruh negeri Sabah agar sikap kebersamaan yang diterapkan melalui konsep ber-

gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu program dapat dikekalkan kerana pengembangan sastera amat bergantung pada masyarakat pen-dukungnya.

Manakala di Johor Bahru, buat julung kalinya DBP Wilayah Selatan menganjurkan Ceritera Bersama Karyawan Sastera pada 4 Mac lalu. Program yang bersi-fat ‘santai sastera’ ini bertujuan mendedahkan pengalaman penulis karya sastera di negeri Johor dalam menghasilkan karya, memperkenal-kannya kepada khalayak dan meli-batkan mereka secara langsung dalam kegiatan sastera sama ada di peringkat negeri mahupun kebang-saan. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri Pertama ini menampil-kan Azhar Salleh yang membentang-kan kertas kerjanya yang bertajuk Ceritera Puisi : Gapura Astakona Daksina. Siri Ceritera Bersama Karyawan Sastera akan diadakan lagi bagi mengetengahkan penulis novel, Zaid Akhtar dan penggiat teater, Affix Zulkarnaen Adam dan

Sahruddin Manas. Sementara itu, DBP Cawangan

Sarawak menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) Peringkat Negeri Sarawak 2006 pada 12 hing-ga 16 Mac lalu bertempat di Hotel Premier, Sibu. Program disertai oleh 42 orang penulis daripada kaum

Iban, Bidayuh, Melanau, Cina, dan Melayu dari Kuching, Mukah, Bintulu, Sri Aman, Sarikei, Betong, Miri dan Sibu. Peserta terpilih ber-dasarkan komitmen mereka yang berterusan dalam menghasilkan karya. Para peserta berpeluang ber-dialog dengan Editor Tunas Cipta

DBP, Puan Norizan Muslim, Editor Utusan Sarawak, Encik William Chan dan Ketua Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sarawak, Encik Mohidin Haji Malek. Program ini berjaya menghasilkan 16 buah cer-pen dan 120 buah puisi yang bakal diterbitkan dalam bentuk antologi.

BH PILIH L9 17 emel

PESERTA Minggu Penulis Remaja.

DBP SETENGAH ABAD

JURUHEBAH Citra Budaya bergambar dengan trofinya.

17SH009A.indd 2 4/15/06 3:45:19 AM