info mardi

28
Info MARDI Prolog Ketua Pengarah Penubuhan dan Latar Belakang o Peneraju MARDI Visi & Misi Piagam Pelanggan Dasar Agensi Struktur Organisasi Direktori Pengurusan Pengiktirafan Teknologi Kunjungi Kami Prolog Ketua Pengarah PrintKata Aluan Ketua Pengarah MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi "penanaman tepat" atau precision farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap. Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi. Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global. Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

Upload: ryannoe

Post on 27-Dec-2015

290 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Info Mardi

TRANSCRIPT

Page 1: Info Mardi

Info MARDI

Prolog Ketua Pengarah

Penubuhan dan Latar Belakang

o Peneraju MARDI

Visi & Misi

Piagam Pelanggan

Dasar Agensi

Struktur Organisasi

Direktori Pengurusan

Pengiktirafan Teknologi

Kunjungi Kami

Prolog Ketua Pengarah

 PrintKata Aluan Ketua Pengarah

MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan

dan pertanian dan industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan

pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah

juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan

ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi "penanaman

tepat" atau precision farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan.

Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah

dan sumber genetik dengan lebih cekap.

Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan

khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri

berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal

dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.

Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan

sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian

sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.

Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi,

MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi

sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global.

Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui

bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan

MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat

global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat

nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

Kunjungan anda ke MARDINET sangat dihargai. Laman web MARDI akan sentiasa dikemaskini untuk memberi

maklumat tentang aktiviti penyelidikan terkini serta pencapaian dan produk terbaru hasil R&D MARDI. Pakej

maklumat dan rangkaian topik membolehkan anda mendapatkan lebih fakta tentang pertanian tropika dan

makanan. Laman web MARDI yang mengandungi pautan dengan organisasi global dapat membantu anda

mencari maklumat dalam bidang pertanian secara meluas dengan lebih mudah.

Page 2: Info Mardi

Saya, bagi pihak MARDI mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web MARDI dan sila hubungi

kami jika anda memerlukan maklumat lanjut. Terima kasih.

Ketua Pengarah MARDI

http://www.mardi.gov.my/kata-aluan-ketua-pengarah;jsessionid=A6EE92B19AC7AFFDE64E95653E8FC100

Penubuhan dan Latar Belakang

MARDI pada awal penubuhan 1971-1972.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen

untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi

sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan

persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri

Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang

maksimum.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko),

ternakan dan makanan

- Perladangan campuran

 

Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara

saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.

Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja

berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar

 

Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri

asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak

 

Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

 

Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan

industri pertanian

 

Page 3: Info Mardi

Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam

penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta

industri asas tani

 

Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil

 

Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan

 

Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman

dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan

bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Peristiwa penting yang menyumbang

kepada pembangunan MARDI termasuklah:-

Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti

pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam

tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah

pengkomersilan

 

Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun

1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah

diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001

dan residu pestisid pada tahun 2006)

 

Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh

dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen

program pembangunan usahawan

 

Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005

 

Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini

telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002

 

Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di

Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika

 

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan

universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU

 

Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP,

ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO.

Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-

Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast

 

MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa

 

Peneraju MARDI

Page 4: Info Mardi

Visi & Misi

Visi

Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan, pertanian dan industri

berasaskan biologi menjelang tahun 2015.

Misi

Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong

pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif,

komersil dan berdaya saing.

Urusan Kami

Menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan industri makanan dan

pertanian.

 

Menawarkan khidmat perundingan dan teknikal bagi menyokong pembangunan industri makanan dan

pertanian.

 

Menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam pengkormersialan hasil penyelidikan.

Aktiviti R&D Kami Sasarkan Ke Arah

Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam industri pemprosesan makanan.

 

Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, bijiran dan lain-

lain berkaitan dengan industri tanaman.

 

Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan.

 

Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi dan juga pengurusan sumber dan

persekitaran.

 

Page 5: Info Mardi

Kajian sosio ekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan dan pertanian.

 

Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan kualiti makanan,

juga mewujudkan perniagaan tani yang berdaya maju.

Piagam Pelanggan

MARDI bertekad untuk menghasilkan teknologi wajar, mampan dan berdaya maju serta menyediakan kepimpinan

teknologi kepada pelanggan yang terlibat dalam pembangunan sektor makanan dan pertanian dengan penuh

dedikasi dan professionalisme. Bagi mencapai hasrat ini, MARDI sentiasa berusaha memuaskan pelanggan

dengan :-

Menghasilkan 40 teknologi setahun yang berpotensi untuk ditingkatkan skala, diperintiskan atau dikomersilkan

bagi manfaat sektor makanan, pertanian dan industri berkaitan.

 

Meningkatkan prestasi golongan sasar melalui penggunaan teknologi

 

Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan sektor makanan dan pertanian berkualiti

dan diakreditasi berteraskan piawaian antarabangsa.

 

Memberikan maklumbalas pelanggan berhubung status permohonan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan

kepakaran berasaskan teknologi MARDI dalam tempoh tujuh hari bekerja.

 

Menguruskan pembayaran untuk bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen

lengkap diterima dari pembekal.

STATISTIK PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI TAHUN    

MARDI bertekad untuk menghasilkan teknologi wajar, mampan dan berdaya maju serta menyediakan kepimpinan teknologi kepada pelanggan yang terlibat dalam pembangunan sektor makanan dan pertanian dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Bagi mencapai hasrat ini, MARDI sentiasa berusaha memuaskan pelanggan dengan:

BIL JANJI PETUNJUK JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS JUMLAH %1 Menghasilkan 40

teknologi setahun yang berpotensi untuk ditingkatkan skala, diperintiskan atau dikomersilkan bagi manfaat sektor makanan, pertanian dan industri berkaitan

i. Teknologi berpotensi untuk dikomersial setahun

3 1 1 2 1 9 6 0 0 0 0 0 23 58

2 Meningkatkan prestasi golongan sasar melalui aktiviti pemindahan teknologi

i. Latihan Teknikal 0 2 7 5 3 8 0 0 0 0 0 0 25

25 -ii. Pameran 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0iii. Seminar/

Persidangan/Bengkel

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

3 Menyediakan perkhidmatan yang

i. Penerimaan permohonan

37 43 60 39 53 54 - - - - - - 286 82.2

2013

Page 6: Info Mardi

berkaitan dengan pembangunan sektor makanan dan pertanian berkualiti dan diakreditasi berteraskan piawaian antarabangsa

perkhidmatan makmal analisis

ii. Perkhidmatan makmal analisis dilaksana 32 36 52 43 36 36 - - - - - - 235

4 Memberikan maklumbalas pelanggan berhubung status permohonan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan kepakaran berasaskan teknologi MARDI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja

i. Bilangan penerimaan pertanyaan, cadangan dan aduan

52 56 62 87 91 83 - - - - - - 431

88.9ii. Bilangan

penyelesaian/maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja

46 52 54 71 86 74 - - - - - - 383

5 Menguruskan pembayaran untuk bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dari pembekal

i. Proses pembayaran diuruskan

377445115419583758225824 - - - - - - 31187

100

ii. Proses pembayaran dilaksana dalam tempoh 14 hari 377445115419583758225824 - - - - - - 31187

Dasar Kualiti

MARDI Bertekad untuk : 

 

Membangunkan dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan dalam industri

makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian;

Mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti dan meningkatkannya secara berterusan;

Setahun sekali menyemak semula objektif dan dasar kualiti pada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan bagi

menentukan kesesuaiannya berterusan dan 

Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua pusat tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan memaparkannya dalam

laman Intranet MARDI. 

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan

pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak

dibenarkan.

Page 7: Info Mardi

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan

teknologi keselamatan yang sesuai.

Struktur Organisasi

Laman Utama >> Info MARDI >> Struktur Organisasi

Direktorat MARDI

Alamat Lokasi:

Persiaran MARDI-UPM,Alamat Surat Menyurat: 

Page 8: Info Mardi

Ibu Pejabat MARDI,43400 SERDANG,Selangor

Ibu Pejabat MARDI,Peti Surat 12301,Pejabat Besar Pos,50774 KUALA LUMPUR.

 

DIREKTORATJAWATAN NAMA TELEFO

NF

AXE-MEL

Ketua Pengarah KOSONG 03-8943 7001

03-8948 3664

-

Setiausaha Ketua Pengarah Osmawati Ismail 03 8943 7005

03 8948 3664

[email protected]

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan)

Dato' Dr Sharif Haron

03-8943 7002019-314 6477

03-8948 3664

[email protected]

Setiausaha Timbalan. Ketua Pengarah (Penyelidikan)

Pn. Rasidah Seman

03 8943 7675

03 8948 3664

[email protected]

Timbalan Ketua Pengarah(Pemindahan & Pengkomersialan Teknologi)

Dato' Dr. Hj. Masri Muhamad

03-8943 7003019-454 2747

03-8948 3664

[email protected]

Setiausaha Timbalan. Ketua Pengarah(Pemindahan & Pengkomersialan Teknologi)

Pn. Maznah Ahmad

03-8943 7003

03 8948 3664

[email protected]

Pengarah Kanan (Operasi) Hj. Ahmad Sayuti Yusuff

03-8943 7004019-286 5255

03-8945 8563

[email protected]

Setiausaha Pengarah Kanan (Operasi)

Pn. Yussaireena Putri Yussof

03-8943 7004

[email protected]

Sektor Penyelidikan

Alamat Lokasi:

Persiaran MARDI-UPM,Ibu Pejabat MARDI,43400 SERDANG,Selangor

Alamat Surat Menyurat: 

Page 9: Info Mardi

Ibu Pejabat MARDI,Peti Surat 12301,Pejabat Besar Pos,50774 KUALA LUMPUR.

Pusat Penyelidikan :-

Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan

Pusat Penyelidikan Sumber Strategik

Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik

Pusat Penyelidikan Hortikultur

Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri

Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi

Pusat Penyelidikan Bioteknologi

Sektor Pemindahan & Pengkomersialan Teknologi

Pemindahan & Teknologi Pengkomersialan

Alamat Lokasi:

Persiaran MARDI-UPM,Ibu Pejabat MARDI,43400 SERDANG,Selangor

Alamat Surat Menyurat: 

Ibu Pejabat MARDI,Peti Surat 12301,Pejabat Besar Pos,50774 KUALA LUMPUR.

Pemindahan & Pengkomersialan Teknologi terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:-

Pusat Perkhidmatan Teknikal Pusat Penyelidikan Ekonomi & Pengurusan Teknologi Pusat Promosi & Pembangunan Teknologi Pusat Pengurusan Stesen Unit Pembangunan Perniagaan Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih & Baka Ternakan

Sektor Operasi

 

Alamat:

Page 10: Info Mardi

Persiaran MARDI-UPM,Ibu Pejabat MARDI,43400 SERDANG,Selangor

Alamat Surat Menyurat: 

Ibu Pejabat MARDI,Peti Surat 12301,Pejabat Besar Pos,50774 KUALA LUMPUR.

JAWATAN /PROGRAM

NAMA TELEFON FAX E-MEL

Pengarah Kanan (Operasi)

Tn. Hj. Ahmad Sayuti Yusuf

03-8943 7004

03-8945 8563

[email protected]

Sektor Operasi terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaBahagian Pengurusan KewanganBahagian Pengurusan Sumber MaklumatBahagian Pengurusan KejuruteraanBahagian Urusan Korporat

Pengarah MARDI Negeri

NEGERI

NAMA TELEFON BIMBIT

TELEFON FAX E-MEL ALAMAT PERHUBUNGAN

JOHOR Hjh. Saniah Kormin

013-7275807

07-2370762/66 072370767 [email protected]

Stesen MARDI Johor Bahru,No 13, Jalan Bakti,Kawasan Perindustrian Larkin,80350 Johor Bahru

KELANTAN Pn. Aminah Abdullah

012-9813879

09-766 7001 09-765 3900 [email protected]

Stesen MARDI Kubang KeranjiPeti Surat 15415710 KOTA BHARU

KEDAH En. Rashidan Bin Ariffin

012-4103845

04-771 8004 04-771 2344 [email protected]

Stesen MARDI Alor StarPeti Surat 105Jalan Kuala Kedah05710 ALOR STAR

Page 11: Info Mardi

MELAKA En. Md. Yazid Md. Ali

017-6748022

06-268 6924 / 5581

06-268 6924 [email protected]

Stesen MARDI Negeri MelakaPeti Surat 304Pejabat Besar Pos75670 MELAKA

NEGERI SEMBILAN

Dr. Omran Hashim

019-5257355

06-762 9070 06-762 9071 [email protected]

Pejabat MARDI Negeri SembilanLot 8249 & 8250 Tingkat 1Jalan Dato' Muda Linggi70100 SEREMBAN

PAHANG En. Mohd. Ridzuan Mohd. Saad

0125191158

09-581 8170 09-581 8172 [email protected]

Stesen MARDI Sungai BagingPeti Surat No. 3Pejabat Pos Balok26100 KUANTAN

PERAK Kosong 05-773 3034 05-776 6417 Stesen MARDI Kuala KangsarPeti Surat No. 4333077 KUALA KANGSAR

PERLIS En. Azmi Abd. Razak

012-4183024

04-976 8700 04-976 8700 [email protected]

Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis, Lot PT 3747, Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis.

PULAU PINANG

Tn. Hj. Bookeri Md Ludin

019-4516390

04-575 7930 04-575 1725 [email protected]

Stesen MARDI Seberang PeraiBeg Berkunci No. 203Pejabat Pos Kepala Batas13200 SEBERANG PERAI

SABAH Encik Sadi Bin Sujang

010-9739458

088-490 217 088-490 736 [email protected]

Pejabat MARDI Negeri SabahLot 1, Taman PerindustrianKota Kinabalu (KKIP)KM 7, Jalan Teluk SepanggarMenggatal88450 KOTA KINABALU

SARAWAK Encik Mohammad Noor Adros bin Yahya

019-8987521

082-446 529 082-446 529 Pejabat MARDI KuchingLot 411, Blok 14Jalan Sultan TengahPetra Jaya93055 KUCHING

SELANGOR

Dr. Zainal Abidin Hassan

012-3565641

03-5161 1588 03-5161 3967 [email protected]

Stesen MARDI Jalan KebunPeti Surat 186Pejabat Besar Pos41720 KELANG

TERENGGANU

Hj. Hassan Said 019-9346286

09-615 6200 09-615 2042 [email protected]

Stesen MARDI Kuala TerengganuPeti Surat No. 320700 KUALA TERENGGANU

Pengiktirafan Teknologio Harta Intelek

o IP Policy

o IP Status

Page 12: Info Mardi

o Compendium IP

o Hubungi

IP Policy

Pernyataan Polisi

Polisi ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalaman bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI) agar pengurusan Hak Harta Intelek (IPR) Institut dilaksanakan dengan sempurna. Perkara ini

dilakukan untuk menggalakkan kerja-kerja penyelidikan yang kreatif dan berkualiti tinggi dalam membangunkan

reka cipta dan inovasi, dan seterusnya pemindahan teknologi. Semua harta intelek yang dihasilkan oleh

kakitangan MARDI adalah menjadi hak milik MARDI.

Tafsiran

Dalam Polisi ini, "pencipta" ertinya seseorang yang merupakan pencipta, penulis atau pembiak baka, "pekerja"

ertinya seseorang yang bekerja atau telah bekerja di bawah kontrak pekerjaan, atau yang berada dalam

penggajian, atau bagi maksud MARDI termasuklah mereka yang menjalani latihan sangkut dan yang menjadi

penyelidik bersama.

Objektif

Objektif polisi ini adalah untuk memastikan bahawa aktiviti harta intelek MARDI dijalankan mengikut mandat teras

dan strategi perniagaan supaya membawa hasil yang optimum untuk MARDI dan kakitangannya.

Harta Intelek

Bagi tujuan polisi ini, 'harta intelek' bermakna maklumat, idea, ciptaan, inovasi, kerja seni, reka bentuk, teks

sastera dan perkara lain atau bahan lain yang boleh diberi perlindungan undang-undang atau tertakluk kepada hak

tertentu di sisi undang-undang dalam mana-mana kaedah yang dinyatakan dalam Dasar ini dan termasuklah hak-

hak yang berikut yang diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan / atau negara lain:

Hak asas di bawah Akta dan Peraturan berikut:

o Akta Jenayah Komputer 1997,

o Akta Hakcipta 1987,

o Akta Tandatangan Digital 1997,

o Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996,

o Akta Paten 1983,

o Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004,

o Akta Cap Dagangan 1976,

o dan mana-mana Akta lain yang berkaitan.

Hak tanggungjawab kontrak;

o Sumber biologi yang dimiliki atau dalam milikan yang tidak tertakluk kepada tuntutan mana-mana pihak

ketiga termasuk sumber genetik yang merujuk kepada tumbuh-tumbuhan, binatang, mikro-organisma, sel,

gen atau sebahagian daripadanya, populasi, atau mana-mana komponen biotik lain dalam ekosistem yang

berguna atau berpotensi digunakan atau bernilai untuk kemanusiaan.o Bahan yang diperoleh daripada mana-mana Perjanjian Pemindahan Bahan, iaitu kontrak atau perjanjian

yang melibatkan penyediaan bahan-bahan biologi sebagai pertukaran untuk manfaat kewangan atau

bukan kewangan.o Rahsia perdagangan dan maklumat yang tertakluk kepada kewajipan kesetiaan seorang pekerja itu

kepada MARDI.o Cap dagangan tidak berdaftar yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan dalam perniagaan.

Sumber Manusia;

o Pengetahuan tersirat kakitangan MARDI.

Page 13: Info Mardi

o Hak-hak lain hasil daripada aktiviti intelektual dalam bidang saintifik, perindustrian, perdagangan,

kesusasteraan dan seni.

Pemilikan

Tuntutan Pemilikan

o Tertakluk kepada peruntukan lanjut Polisi ini, MARDI ialah pemilik semua harta intelek dalam keadaan

seperti berikut:o Harta Intelek yang dicipta oleh pekerja MARDI yang bertugas di MARDI, termasuk mereka yang

sedang dalam kursus pengajian, sama ada dibayar atau tidak oleh MARDI.o Penciptaan harta intelek yang penghasilannya telah dilaksanakan bersama MARDI atau oleh mana-

mana pihak ketiga sama ada bagi pihak MARDI atau menurut kuasa perjanjian dengan MARDI melalui

peruntukan sumber, kemudahan, radas, penyeliaan, gaji atau pembiayaan lain.

IP Policy

Pendedahan

Kakitangan tidak boleh mendedahkan, melindungi atau mengeksploitasi secara komersial harta intelek yang

berpunca daripada mereka, tanpa membuat satu laporan bertulis kepada MARDI, menyatakan sifat harta

intelek yang berkenaan dan keadaan bagaimana ia diciptakan, dirangka atau di mana bermulanya serta

menerima jawapan mengenai keputusan dalam laporan itu.

Laporan bertulis yang disebut dalam seksyen 6.1 di atas hendaklah termasuk semua butiran yang berkaitan

harta intelek termasuk:o tarikh harta intelek tersebut dihasilkan;

o identiti mereka yang menyumbang kepada penciptaan harta intelek tersebut;

o perincian apa jua harta intelek sedia ada yang telah digunakan dalam mewujudkan harta intelek tersebut;

o perincian mereka yang menuntut apa jua hak atau kepentingan dalam harta intelek tersebut, selain

daripada pencipta;o perincian apa jua kemudahan atau sumber MARDI yang digunakan untuk mencipta harta intelek tersebut;

o perincian apa jua penggunaan terhadap harta intelek tersebut, sama ada yang sedia ada atau berpotensi

digunakan atau melibatkan pengeksploitan komersil .

Jawatankuasa

Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa yang mengadakan mesyuarat khas mengenai harta intelek.

Jawatankuasa tersebut akan menasihati atau mencadangkan perkara-perkara berikut:

o menghasilkan paten;

o memulakan proses yang membawa kepada pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian;

o memulakan siasatan yang membawa kepada pendaftaran sesuatu cap dagangan;

o memulakan pendaftaran varieti baru tumbuhan;

o memulakan rundingan yang membawa kepada penyelidikan lanjutan dan pembangunan dan

pengkomersilan harta intelek MARDI, termasuklah harta tidak boleh didaftar, seperti pengetahuan tersirat

dan rahsia perdagangan; atauo apa jua perkara yang berkaitan dengan hak harta intelek terhadap sesuatu perkara itu.

Prosedur bagi Perlindungan Harta Intelek Kepunyaan MARDI

Jika hak harta intelek (IPR) adalah atau mungkin berkaitan dengan harta tertentu milik MARDI, dan diputuskan

bahawa permohonan untuk IPR perlu dibuat, maka Pejabat Harta Intelek hendaklah menanggung semua kos

memfailkan apa-apa permohonan. MARDI akan memperuntukkan bajet untuk operasi.

Setiap pekerja MARDI sebagai perekacipta hendaklah, atas permintaan MARDI, melengkapkan semua

dokumen berkaitan dan melakukan semua tindakan atau perkara lain sebagaimana yang diperlukan untuk

Page 14: Info Mardi

membolehkan MARDI melindungi dan mengeksploitasi nilai dagangan harta intelek tersebut dengan betul dan

cekap seperti yang termaktub dalam peruntukan garis panduan ini secara berkesan.

Jika MARDI memutuskan untuk tidak meneruskan dengan permohonan untuk IPR, pekerja berkenaan boleh

memohon IPR bagi pihak mereka sendiri dan menanggung sendiri segala perbelanjaan berkaitan. Mana-mana

pekerja terbabit, dengan insiatif sendiri menulis kepada Pejabat Harta Intelek memohon semua hak MARDI di

dalam atau ke atas harta intelek. MARDI hendaklah memberitahu pekerja tersebut akan terma yang akan

digunapakai untuk mendapatkan hak tersebut. Mana-mana tawaran yang dibuat oleh MARDI mestilah

mengambil kira dan berusaha untuk mendapatkan balik setakat yang munasabah semua kos dan

perbelanjaan yang ditanggung atau mungkin yang akan ditanggung oleh MARDI dan agennya sehingga tarikh

tersebut. Dalam hal ini, peruntukan boleh dibuat oleh MARDI untuk mendapatkan apa-apa kos, yang belum

dibayar, daripada pendapatan bersih yang dijana oleh harta intelek.

Pengedaran Manfaat Yang Diperoleh Daripada Harta Intelek

MARDI akan membuat perjanjian dengan pencipta harta intelek, termasuk pekerja mengenai pembahagian

pendapatan bersih antara MARDI dan pencipta bagi sesuatu harta intelek yang dimiliki oleh MARDI akan

ditentukan, dilesenkan, atau sebaliknya dieksploitasikan secara komersial. MARDI berhak untuk menawarkan apa

jua terma dan syarat yang munasabah untuk berkongsi atau mengagihkan pendapatan bersih harta intelek yang

dieksploitasikan secara dagangan. Sebagai panduan pengagihan manfaat yang diperoleh daripada harta intelek

adalah seperti berikut:

 

Amaun setahun Pekerja MARDI

First RM10,000 100% 0%

Second RM10,000 75% 25%

Subsequent 50% 50%

 

 

Pendapatan berpunca daripada Perundingan

Pekerja MARDI

50% daripada royalti dan pendapatan bersih tertakluk kepada:

50% danpada royalti dan pendapatan bersih diterima

RM 30,000 per bulan atau

RM 360,000 per tahun atau

RM 500,000 untuk sekali bayaran

 

Page 15: Info Mardi

 

Pendapatan yang timbul daripada Royalti dan Pendapatan Bersih

IP Status

No. Intellectual Property ApplicantApplicant no./

Certificate of Filing / Patent no.

1 MARDI, Mark, Class 31 MARDI 00012102

2 MARDI, Mark, Class 16 MARDI 06011639

3 Quality Assurance System , Mark, Class 31 MARDI 04005217

4 Method of producing dietary fibre powder from oil palm trunk and function food thereof

Masanaka Watanabe

MY-129137-A

5 Spraying contrainer for pesticide MARDI MY-0000034

6 Feed supplement MARDI PI 96001343

7 A method for retaining artificial colour in a plant part for artwork

MARDI MY-124496-A

8 A method for improving stability of palm olein at low temperature with mycelium-bound lipase of Aspergillus flavus

MARDI MY-125435-A

9 Skewering apparatus for production of satay MARDI MY - 130389 - A

10 A fractionation of Low Diglycerine Olein Leads to Better Separation Efficiency of Low and High Melting Triglyceride

MARDI PI 20040900

11 Rapid Bioassay For Pesticide Residue Using Sol Gel Matrix

MARDI PI 20050181

12 Rapid Bioassay For Pesticide Residue Using Sol Gel Matrix MARDI

1-2006-01312 (ML6-A2/SCV1) 

Vietnam

Page 16: Info Mardi

No. Intellectual Property ApplicantApplicant no./

Certificate of Filing / Patent no.

13 Rapid Bioassay For Pesticide Residue Using Sol Gel Matrix

MARDI200610111319.7 

China

14 Rapid Bioassay For Pesticide Residue Using Sol Gel Matrix MARDI

P00200600491 / 048.0696A, 

Indonesia

15 Rapid Bioassay For Pesticide Residue Using Sol Gel Matrix

MARDI Thailand

16 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDI PI 20055720

17 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028,

Japan

18 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028,

Gemany

19 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

USA

20 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

Singapore

21 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

Indonesia

22 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

Philippines

23 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

India

24 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum MARDI

PCT/MY2006/000028EPO-United Kingdom

(GB)

25 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

EPO Ireland

Page 17: Info Mardi

No. Intellectual Property ApplicantApplicant no./

Certificate of Filing / Patent no.

26 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

MARDIPCT/MY2006/000028

EPO France

27 Apparatus for de-husking coconuts MARDI PI 20060356

28 Rempeyek making machine MARDI PI 20060357

29 Satay grilling apparatus MARDI PI 20060358

30 A system for production of semi-finished food product, and method of distribution thereof.

MARDI PI 20060437

31 OPF mechanical picking device MARDI PI 20062168

32 Ginger transplanter MARDI PI 20062169

33 Kenaf decorticating machine MARDI PI 20062480

34 Machine for Splitting and Separating Articles such as Kenaf Seeds and the Like

MARDI PI 20064342

35 Light Weight Reusable Foundation Construction on Peat Soil and the Like

MARDI PI 20070604

36 A Silage machine MARDI PI 20071045

37 Fruit yield estimation and prediction system MARDI PI 20071876

38 A row seeder for seeding granular seeds such as paddy or the like

MARDI PI 20072169

39 A row seeder for seeding granular seeds such as paddy or the like

MARDI PCT/MY2008/000127

40 Genetic transformation of orchids MARDI PI 20080536

41 Method and system for agricultural plot mapping MARDI PI 20081438

42 Method of Producing Ensiled Agricultural Product MARDI PI 20081473

Page 18: Info Mardi

No. Intellectual Property ApplicantApplicant no./

Certificate of Filing / Patent no.

43 Modification kits for paddy transplanter in field operations

MARDI Filed 31 Dec 2008

44 A solar drying structure MARDI Filed 14 Oct 2008

45 VitAto, Mark, Class 29, 30, 31, 32 MARDI Filed 29 Sep 2008

46 Granola bar roselle MARDI Filing

47 Ground Leveler MARD/PPNP Filing

48 Topical antiseptic properties of cashew oil MARDI Filing

49 Limau Kasturi (Citrus microcarpa) fruit as a novel antioxidant

MARDI Filing

50 Crestpack MARDI Filing

51 Transpack MARDI Filing

52 Dendrobium Tuanku Fauziah MARDI Filed for PVP

53 Dendrobium Abdullah Badawi MARDI Filed for PVP

Perlesenan

PERLESENAN TEKNOLOGI MARDI

Bil Tajuk projek

Kaedah Pemindah

an Teknologi

KumpulanPenyelidik

SyarikatPengkomersil

an

1 Commercial Production of Zeolite as Smart Organic Fertlizer

Perlesenan Eksklusif

Sani Kimi Hipotech Sdn BhdLorong Seri Gambut 2Off Jalan Kebun42450 Klang

Page 19: Info Mardi

Selangor

2

 Commercialization of Mechanical Coconut Dehusking and Defibering Machine

Perlesenan Eksklusif

Dr Md Akhir HamidSalleh BardosAris AbdullahAbu OthmanIbrahim Osman

Phytofolia Sdn BhdNo 29A, Jln Pulai Perdana 11 Taman Seri Pulai Perdana81110 Johor Bahru

3

Commercial Production of OPF-Based Feed- FELDA

Perlesenan Eksklusif

Dr Wan ZahariYunus IsmailMohd Daham Mat Daud Samsudin AhmadSarmin SukirIbrahim OthmanDr Khusahry Mohd Yusof

FELDA         Wisma FELDAJln Perumahan Gurney54000 Kuala Lumpur

4

The Commercial Production of Urea Molasses Mineral Block and Liquid for Animal Feed Supplement

Pelesenan Eksklusif

Dr Wan ZahariHj. Nor Ismail Mat ShukorSubramaniam a/l Kunji Raman Rashidah Ahmad

March Avenue Technologies Sdn Bhd                     No 12-3, Pekeliling Business Centre Persiaran 65C, Jln Pahang Barat Off Jln Pahang53000 Kuala Lumpur

5

Breeding and Selection of Brakmas Cattle for Commercial Seedstock Production in Chuping, Perlis

Perlesenan Tidak

Eksklusif

Dr. Johari JikenMohd Najib Mohd AminDr Azizah AmriMohd Hafiz Abdul Wahab Mohd Nazri MusaHj Ibrahim OsmanSarmin SukirDr Khusahry Mohd Yusof

FELDA        Wisma FELDAJln Perumahan Gurney54000 Kuala Lumpur

6 Commercialization of OPF-Based Feed

Perlesenan Eksklusif

Dr Yusof Hamali AhmadMohd Yunus IsmailMat Daham Mohd Daud

Sawit Kinabalu Farm

Page 20: Info Mardi

(Sawit Kinabalu) Sarmin Sukir

Products Sdn. Bhd.Jln Kelapa Sawit, Off Km. 4Jln Tuaran88300 Kota KinabaluSabah

7

Commercial Production of Selected Food Processing Machineries(Power Booster Sdn. Bhd.)

Perlesenan Eksklusif

Azman HamzahMohd Zainal IsmailSamsudin AhmadZolkafli ArisRazali JalaluddinAziz Ibrahim

POWER BOOSTER SDN BHD            No 19 Jln PK 11Tmn Perindustrian Krubong75250 Melaka

8

Commercial Production of Enriched and Charge Clinoptilolite-based Natural Organic Fertilizer

Perlesenan Eksklusif

Sani Kimi

ABH MEGA Sdn. Bhd.          No. 10, Jalan Sembilang 2Bandar Seberang Jaya13700 Perai

9

The Commercial Production of Knapsack-Powered Wetland Paddy Row Seeder

Perlesenan Eksklusif

Dr Chan Chee Wan

Oryza Mechanique Sdn. Bhd.No.1 Jalan P/2Seksyen 6 Bandar Teknologi Kajang, 43500 SemenyihSelangor

10 Commercial Fabrication of Otosil - Silage Making Machine

Perlesenan Tidak

Eksklusif

Ghazali Hussin Choon Heng Engineering Company            Lot 4831 off Lorong 1Jln Padang Tembak86000 Kluang,

Page 21: Info Mardi

Johor

11

The use of MARDI's patent product for research and development of New Modified Virgin Coconut Oil (MVCO) based products and the branding, marketing and selling of MVCO based products worldwide

Perlesenan Eksklusif

Dr. Kamariah Long

Biotropic Malaysia BerhadLevel 52, North Wing, Menara TM Jalan Pantai Baharu50672 Kuala Lumpur

12

Commercial Production of Pure Variety MRQ 74 Milled Rice (PPK Kangkong)

Perlesenan Tidak

Eksklusif

Dr Othman OmarSaad AbdullahDr Ismail Che HarunHadzim KhalidRoziah IshakSaad DanliZainah Mohamad

PPK KangkongKM9, Jln Pasir Mas Tanah Merah, Kangkong17040 Pasir Mas, Kelantan

13

Commercial Production of Pure Variety MRQ 74 Milled Rice (Organic Rice PPK Langkawi)

Perlesenan Tidak

Eksklusif

Hj Saad AbdullahHj Abd Rahman Abu BakarDr Hj Othman OmarDr Azmi ManWahid SaidMohd Khairol Mohd ArifA Rahman Abu Bakar

PPK Langkawi, Jln Lapangan Terbang Antarabangsa, Padang Matsirat, 07100 Langkawi

14

Commercial Production of Fertikit & Greenkit

Perlesenan Tidak

Eksklusif

Muhammad AbidAb. Kahar Sandrang

Gading Kemajuan Agro (M) Sdn. Bhd.No. 25A, Jln. 4/11ASek. 4 Tambahan43650 Bandar Baru BangiSelangor

15Commercial Production Of

Perlesenan Eksklusif

Dr Azmi bin ManBASF (Malaysia)

Page 22: Info Mardi

Rice Varieties MR 220-CL1 and MR 220-CL2 plus Onduty Clearfield Rice Production System

Sdn. Bhd.2, Jalan U8/87, Seksyen U8Bukit Jelutong40706 Shah AlamSelangor

16

Commercial Fabrication and Marketing of Steam Distilation Machines

Perlesenan Tidak

EksklusifTn. Haji Ahmad Wahab

Polysage Engineering Sdn. Bhd.

17

Commercial Production of NHA Derivative Based Products And Calcium Booster

Perlesenan Eksklusif

Muhammad Syahren Bin Adzahar

CCM Fertilizers Sdn. Bhd.Lot PT 200Persiaran Selangor40000 Shah AlamSelangor

Stesen MARDILain lain

KOTA KINABALU

KUCHING

BINTULU

SESSANG

SUNGAI BAGING

MUADZAM SHAH

CAMERON HIGHLANDS

TELONG

PASIR PUTEH

KUBANG KERANJI

JERAM PASU

KUALA TRENGGANU

JERANGAU

KEMAMAN

PONTIAN

KLUANG

JOHOR BAHRU

KUALA LINGGI

JELEBU

JALAN KEBUN

TANJUNG KARANG

Page 23: Info Mardi

SERDANG

HILIR PERAK

KUALA KANGSAR

SEBERANG PERAI

BUKIT TANGGA

BUKIT RAYA

ALOR STAR

LANGKAWI

TAMBUN TULANG

Agro PelanconganLain lain

Taman Teknologi Agro MARDI, Cameron Highlands

Taman Teknologi Agro MARDI, Langkawi

Pusat LatihanLain lain

Pusat Latihan Teknikal MARDI

Tn. Hj. Bookeri Md Ludin

Location Stesen MARDI Seberang PeraiJalan Paya Keladi / Pinang TunggalPejabat Pos Kepala Batas13200 KEPALA BATASPulau PinangKEPALA BATAS 13200Penang

Telefon 04-575 1632 / 9920

Fax 04-575 1725

Email [email protected]

Website