info denggi

Download INFO DENGGI

Post on 16-Jan-2017

232 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • INFO RINGKAS DEMAM DENGGI,

    NYAMUK AEDES DAN PEREBAKKAN DEMAM DENGGI

  • DEMAM DENGGI

    PENGENALAN

    Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

    Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

    Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

  • DEMAM DENGGI

    TANDA DAN GEJALA

    Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

    Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

    Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".

  • DEMAM DENGGI

    TANDA DAN GEJALA

    Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

    Muntah dan kurang selera makan.

  • DEMAM DENGGI PENCEGAHAN

    Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

    Elakkan gigitan nyamuk dengan:

    Gunakan ubat nyamuk.

    Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.

    Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).

    Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.

    Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

  • DEMAM DENGGI MENGHAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK:

    Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

    Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

    JIKA SESIAPA MENGALAMI TANDA TANDA DEMAM DENGGI SILA DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA DARI KLINIK /HOSPITAL .RAWATAN AWAL DAPAT MENGELAKKAN KEMATIAN AKIBAT DEMAM DENGGI

  • FAKTA RINGKAS NYAMUK AEDES

    MENGIGIT SIANG HARI DAN DENGAN KEPADATAN TINGGI

    PADA SENJA DAN SUBUH.

    NYAMUK AEDES BERTELUR DALAM AIR JERNIH LEBIH

    KURANG 200 BIJI TELUR.IA BERTELUR DI TEPI DINDING

    BEKAS.

    JARAK TERBANG NYAMUK AEDES ADALAH ANTARA 200

    HINGGA 400 M.

    TELUR NYAMUK BOLEH TAHAN SEHINGGA 6 BULAN TANPA

    AIR.

    NYAMUK DEWASA BOLEH HIDUP SEHINGGA SEBULAN

    DAN JIKATERDAPAT VIRUS DALAM BADAN MAKA IA AKAN

    MATI LEBIH CEPAT

  • KITAR HIDUP NYAMUK 7-10 DAYS

  • AEDES AEGYPTI

  • AEDES ALBOPICTUS

  • VIRUS DENGGI MEMASUKI NYAMUK AEDES ALBOPICTUS

    ATAU AEDES AEGYPTI SEMASA MENGHISAP DARAH

    DARI PESAKIT DEMAM DENGGI.

    NYAMUK AEDES YANG BERVIRUS AKAN KEMUDIAN

    BERUPAYA MEREBAKKAN VIRUS DENGGI KEPADA ORANG

    SIHAT.

    DEMAM DENGGI HANYA BOLEH DIREBAKKAN OLEH NYAMUK

    AEDES BERVIRUS

    TRANSMISI DEMAM DENGGI

  • TRANSMISI DEMAM DENGGI VIRUS DENGGI

    PESAKIT DENGGI

    ORANG SIHAT

    NYAMUK AEDES BERVIRUS

    http://metromd.net/human-growth-hormone-with-testosterone/

  • KEBOLEHUPAYAAN VIRUS DENGGI MEMASUKI TELUR AEDES.

    MEMBOLEHKAN VIRUS MEMASUKI NYAMUK DEWASA YANG BARU MENJADI DARI PUPA.

    TRANSOVIRIAN

  • FAQ SOALAN LAZIM

  • 1. APAKAH YANG MEREBAKKAN DEMAM DENGGI?

    DEMAM DENGGI DI SEBARKAN OLEH NYAMUK AEDES SAMADA AEDES AEGYPTI ATAU ALBOPICTUS YANG MEMPUNYAI VIRUS DENGGI .

  • 2. APA TANDA TANDA DEMAM DENGGI ?

    PESAKIT AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA DAN GEJALA SELEPAS 3-6 HARI GIGITAN NYAMUK SEPERTI:

    DEMAM PANAS

    SAKIT KEPALA

    SAKIT TULANG BELAKANG

    SAKIT SENDI-SENDI

    LOYA DAN MUNTAH-MUNTAH

    SAKIT BIJI MATA

    RUAM

  • 3.DI MANA NYAMUK AEDES MEMBIAK?

    TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DALAM RUMAH :

    AKUARIUM

    PERANGKAP SEMUT

    TIMBA

    KOLAM (KOLAH) MANDI

    TEMPAT AIR PETI SEJUK

    TEMPAYAN

  • TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

    LUAR RUMAH : TAYAR BURUK TEMPURUNG KELAPA BOTOL/GELAS PECAH YANG MENGANDUNGI AIR SALUR AIR HUJAN TEMPAYAN POKOK PISANG POKOK KELADI LONGKANG YANG TERSEKAT TANGKI SEPTIK (TERDEDAH)

  • 4.BAGAIMANA SAYA DAPAT MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES?

    PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES SALIN AIR DALAM TEMPAYAN, PASU-PASU BUNGA, KOLAM

    MANDI TIAP-TIAP MINGGU DAN BASUHLAH SEHINGGA BERSIH SEBELUM MENGISI AIR YANG BARU

    BUANGKAN AIR DARI PINGGAN-PINGGAN ALAS PASU

    BUNGA SEMINGGU SEKALI DAN GOSOK PINGGAN-PINGGAN ITU HINGGA BERSIH UNTUK MEMUSNAHKAN TELUR NYAMUK

    TUTUP SEMUA BEKAS MENYIMPAN AIR DENGAN RAPAT

    UNTUK MENCEGAH NYAMUK DARIPADA BERTELUR

  • 4.BAGAIMANA SAYA DAPAT MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES ?

    BEKAS YANG TIDAK DIGUNAKAN HENDAKLAH DIKUMPULKAN DAN DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH ATAU DITANAM

    PERIKSA SALURAN BUMBUNG RUMAH SEMINGGU SEKALI

    UNTUK MEMBERSIHKAN DAUN YANG MENYEKAT AIR DARIPADA MENGALIR

    PELIHARALAH IKAN SEPERTI IKAN GAPI, PUYU DI DALAM

    TANGKI BESAR KERANA AKAN MEMAKAN JENTIK-JENTIK. MASUKKAN UBAT PEMBUNUH JENTIK-JENTIK (MENGIKUT

    SUKATAN YANG BETUL) KE DALAM SEMUA BEKAS MENYIMPAN AIR, TIGA BULAN SEKALI.

  • 5.ADAKAH NYAMUK AEDES MEMBIAK DI DALAM AIR KOTOR ?

    NYAMUK AEDES MEMBIAK DI DALAM BEKAS BEKAS YANG MENAKUNG AIR JERNIH YANG TIDAK TERCEMAR DENGAN TERUK

  • 6.ADAKAH SEMUA NYAMUK AEDES MEREBAKKAN DEMAM DENGGI ?

    HANYA NYAMUK AEDES YANG MEMPUNYAI VIRUS DENGGI BOLEH MEREBAKKAN DEMAM DENGGI.

  • 7. ADAKAH FOGGING SAHAJA DAPAT MENGELAKKAN PEREBAKAN DEMAM DENGGI ?

    FOGGING SAHAJA TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL PEREBAKKAN DEMAM DENGGI DI SESUATU LOKALITI.INI KERANA FOGGING HANYA MEMBUNUH NYAMUK DEWASA SAHAJA

    BEKAS BEKAS YANG MEMPUNYAI JENTIK- JENTIK PERLU DIHAPUSKAN JUGA.

  • 8. ADAKAH TELUR NYAMUK BOLEH MEMPUNYAI VIRUS DENGGI ?

    KAJIAN TELAH DILAKUKAN DAN TELAH MENGESAHKAH TELUR TELUR NYAMUK AEDES YANG BOLEH MEMPUNYAI VIRUS JIKA NYAMUK DEWASA TERSEBUT MEMPUNYAI VIRUS. VIRUS DARI TELUR AKAN DIPINDAHKAN KEPADA JENTIK JENTIK DAN SETERUSNYA KEPADA NYAMUK DEWASA.INI DIKENALI SEBAGAI TRANSOVARIAN.

    OLEH ITU BAGI MENGAWAL PEREBAKKAN DEMAM DENGGI, FOGGING SAHAJA TIDAK MEMADAI ,JENTIK JENTIK NYAMUK AEDES JUGA PERLU DIHAPUSKAN.

  • 9.KENAPA FOGGING WAKTU PAGI DAN SENJA SAHAJA?

    FOGGING DIJALANKAN DI SUBUH DAN SENJA DISEBABKAN KEPADATAN NYAMUK AEDES TINGGI PADA WAKTU ITU. INI MERUPAKAN WAKTU NYAMUK AEDES MENCARI PEMANGSA UNTUK MENGHISAP DARAH.

    INI MEMBERI PELUANG UNTUK MEMBUNUH NYAMUK YANG MEMPUNYAI VIRUS DENGGI DENGAN LEBIH BERKESAN.

  • 10.KENAPA TIDAK BOLEH KERAP FOGGING DI SESUATU LOKASI ?

    FOGGING TIDAK BOLEH DILAKUKKAN KERAP DI SESUATU TEMPAT KERANA NYAMUK AEDES BOLEH MENJADI KEBAL DENGAN RACUN YANG DIGUNAKAN.

    JIKA KEKEBALAN NYAMUK KEPADA SEJENIS RACUN BERLAKU MAKA RACUN PERLU DITUKAR DENGAN KERAP ATAU KEBERKESANAN MEMBUNUH NYAMUK BERKURANGAN

  • 11.ADAKAH FOGGING BOLEH MENYEBABKAN MASALAH KESIHATAN LAIN ?

    KEKUATAN DAN JENIS RACUN YANG DIGUNAKAN ADALAH DILULUSKAN OLEH WHO DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNTUK MEMBUNUH NYAMUK.

    SEMUA LANGKAH BERJAGA JAGA MASIH PERLU DIAMBIL SEPERTI MENUTUP MAKANAN SEMASA FOGGING DILAKUKAN.

  • 12.PERLUKAH SAYA DAPATKAN RAWATAN DI KLINIK / HOPITAL ?

    RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL PERLU DIDAPATKAN DENGAN SEGERA JIKA ADA ANDA MENDAPATI TERDAPAT

    TANDA- TADA SAKIT DEMAM DENGGI .

  • 13.BAGAIMANA SAYA BOLEH BANTU MENGURANGKAN TEMPAT PEMBIAKAN ?

    LAKUKAN PEMERIKSAAN DALAM RUMAH DAN PERSEKITARAN RUMAH SEKURANG KURANGNYA SEMINGGU SEKALI UNTUK MENGHAPUSKAN BEKAS- BEKAS BERPOTENSI ATAU BEKAS- BEKAS YANG TERDAPAT PEMBIAKAN JENTIK JENTIK .

    GUNAKAN ABATE IAITU UBAT PEMBUNUH JENTIK JENTIK JIKA PERLU UNTUK BEKAS MENAKUNG AIR YANG TIDAK DAPAT DIMUSNAHKAN

  • 14.APAKAH KAKITANGAN MAJLIS MEMPUNYAI KUASA MEMASUKI RUMAH DAN MENJALANKAN

    PEMERIKSAAN ?

    SEK 5 AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 MEMBERI KUASA MEMASUKI DAN MEMERIKSA KEPADA

    KAKITANGAN MAJLIS.

  • 15.APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEMASA FOGGING DIJALANKAN ?

    SEMASA FOGGING DIJALANKAN SILA TUTUP MAKANAN DAN MINUMAN.

    BUKA PINTU DAN TINGKAP SUPAYA ASAP FOGGING MEMASUKI RUMAH DAN MEMBUNUH NYAMUK AEDES DALAM RUMAH JIKA ADA.

    JIKA ANDA SENSITIF,MEMPUNYAI MASALAH PERNAFASAN ATAU PENYAKIT LAIN ,SILA AMBIL LANGKAH YANG SESUAI BAGI MENGELAKKAN TERHIDU ASAP FOGGING.

  • 16.BOLEHKAH SAYA TAK NAK BERI KERJASAMA KEPADA KAKITANGAN MAJLIS SEMASA MEREKA MENJALANKAN TUGAS RASMI ?

    SESEORANG YANG MENGHALANG PEGAWAI

    BERKUASA DARI MELAKSANAKAN TUGAS DIBAWAH

    SEKYEN 21 AKTA DDBIA 1975 INI ADALAH

    BERSALAH DAN JIKA DISABITKAN BOLEH DIDENDA

    TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU PENJARA TIDAK LEBIH 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA

  • 17. BOLEHKAH DEMAM DENG