tarian menyak (melanau) - · pdf fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa...

9
TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014 SMK LUNDU - SARAWAK 1 MODUL TARIAN MENYAK (MELANAU) rujukan ASAS TARIAN MELANAU oleh Mahmud Zamudin B. Mat Terbitan KPSU, 16 Februari 1997

Upload: phamkhanh

Post on 05-Feb-2018

449 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 1

MODUL

TARIAN MENYAK

(MELANAU)

rujukan

ASAS TARIAN MELANAU oleh Mahmud Zamudin B. Mat Terbitan KPSU, 16 Februari 1997

Page 2: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 2

PENDAHULUAN Masyarakat Melanau adalah masyarakat yang mendiami daerah muara sungai di Sarawak iaitu

sungai Rajang dan Bintulu. Masyarakat Melanau meyara kehidupan mereka dengan bekerja sebagai

petani dan nelayan. Masyarakat Melanau dapat dibahagi kepada beberapa pecahan sukuan

diantaranya Seduan, Segalang, Beliun, Bintulu, Matu dan Rajang.

Setiap pecahan masyarakat Melanau ini mempunyai dialeknya sendiri. Pada zaman dahulu

mereka adalah Pagan dan sekarang ini masyarakat Melanau dapat dibahagi kepada 3 kepercayaan

iaitu Islam, Kristian dan Pagan.

SENI TARI

Masyarakat Melanau mempnyai banyak unsur keseniannya yang unik, halus dan menawan.

Salah satu diantaranya adalah seni tari. Kebiasaannya, masyarakat Melanau akan mempersembahkan

tarian-tarian mereka di perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai. Selain itu juga, mereka

mempersembahkan tarian-tarian ketika menyambut orang kenamaan serta upacara perkahwinan.

Sehingga ke hari ini, masih belum banyak tarian daripada masyarakat Melanau yang diketahui umum.

Ini mungkin kurangnya penyelidikan dan pendedahan. Tarian masyarakat Melanau yang diketahui

umum pada masa kini adalah :

a. Menyak

b. Seladai

c. Alu'-Alu'

d. Mengalai

e. Nyambut Tua Labeh

f. Makak

g. Seraheng

Wujudnya tarian-tarian masyarakat Melanau ini datangnya melalui mimpi, aktiviti seharian,

perubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian

Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan seharian mereka seperti berkayuh sampan

dan juga gerak silat di samping ada juga gerak berbentuk ritual yang berlaku tanpa disedari.

Dalam tarian masyarakat Melanau, penari biasanya menari secara berpasangan atau secara

berkumpulan. Tidak ada tarian masyarakat Melanau ditarikan secara solo baik oleh lelaki mahupun

wanita.

TARIAN MENYAK Tarian Menyak menggambarkan kehidupan desa masyarakat Melanau di pesisiran Sarawak

dalam pembuatan sagu. Gerak tarian ini, meliputi kegiatan pembuatan sagu dari memotong, mengikis

dan menginjak untuk mengeluarkan sagunya hinggalah ke peringkat akhir apabila bola sagu

dihasilkan. Tarian ini juga, menggambarkan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam keadaan

harmoni dalam melaksanakan rutin harian mereka.

Page 3: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 3

BUSANA MELANAU bagi tarian MENYAK Pakaian untuk persembahan tarian Menyak tidak jauh bezanya dengan pakaian rasmi ketika

menghadiri majlis perkahwinan ataupun ketika perayaan menyambut orang kenamaan.

Perbezaannya hanyalah pada potongan panjang lengan, kaki dan penggunaan butang pada baju.

Potongan lengan dan kaki seluar ini adalah sepanjang 3 suku. Ini adalah pakaian orang kebanyakan

yang digunakan untuk melakukan kerja di hutan dan laut.

Biasanya mereka menggunakan baju berwarna hitam, baik lelaki mahupun perempuan.

Mengikut kepercayaan mereka, warna hitam melambangkan rasa kasih sayang sesama insan.

Pakaian untuk penari Lelaki : Pakaian untuk penari lelaki adalah terdiri daripada :

1. Ikat Kepala (Kain Buleq)

2. Baju Hitam Butang 5 (panjang lengan 3 suku)

3. Seluar Hitam (panjang 3 suku)

4. Kain Sabok (Pelikat)

5. Kain untuk mengikat pinggang

Pakaian untuk penari Perempuan : Pakaian untuk penari perempuan adalah terdiri daripada :

1. Topi (Terendak)

2. Baju Hitam Lengan Pendek

3. Kain Sarung atau Kain Batik

Gambar 1(a) : Pakaian lelaki masyarakat Melanau bagi tarian 'Menyak'.

Gambar 1(b) : Pakaian perempuan masyarakat Melanau bagi tarian 'Menyak'.

Page 4: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 4

RAGAM ASAS TARIAN MENYAK

RAGAM NAMA RAGAM GERAKAN LUKISAN

LANTAI KETERANGAN

RAGAM 1 'ASAS SETEMPAT'

a. Menari di tempat - 1x8 b. Maju ke hadapan - 1x8 c. Undur ke belakang - 1x8

RAGAM 2

a. Membuat bulatan kecil melalui arah Kanan - 1x8 b. Membuat bulatan kecil melalui arah Kiri - 1x8

RAGAM 3

a. Maju 45° ke Kanan (Timur Laut) - 1x8 b. Undur kembali ke tempat - 1x8 c. Gerakan 4 Penjuru melalui Kanan pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (c) 3-4 : Pandang arah (d) 5-6 : Pandang arah (e) 7-8 : Pandang arah (f)

RAGAM 4

a. Maju 45° ke Kiri (Barat Laut) - 1x8 b. Undur kembali ke tempat - 1x8 c. Gerakan 4 Penjuru melalui Kiri pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (c) 3-4 : Pandang arah (d) 5-6 : Pandang arah (e) 7-8 : Pandang arah (f)

Page 5: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 5

RAGAM 5 'MENEBAS BELUKAR'

Sebelah tangan seolah memegang parang menebas belukar dengan hitungan; a. 1-4 : ke Kiri b. 5-6 : ke Kanan

RAGAM 6 'MENOLAK BATANG

RUMBIA'

Gerakan menolak pohon rumbia. - 1x8

RAGAM 7

Hitungan 1-4 turun berlutut mengarah ke hadapan. Hitungan 5-8 posisi menghadap ke samping Kanan.

RAGAM 8 'MEMARUT BATANG

RUMBIA'

Gerakan menolak dan menarik pemarut, seolah memarut dalam keadaan berlutut - 1x8

RAGAM 9

Kembali ke gerak dan posisi RAGAM 7.

RAGAM 10 'MENIMBA AIR'

Gerakan seolah menimba air secara 4 penjuru melalui Kanan pada hitungan; 1-2 : Pandang arah (a) 3-4 : Pandang arah (b) 5-6 : Pandang arah (c) 7-8 : Pandang arah (d)

RAGAM 11 'MEMIJAK SAGU'

1-2 : Memijak sagu 4 pijakan. 3-4 : Membuat pusingan setempat melalui arah Kanan. (Ulang pada hitungan 5-8)

Page 6: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 6

RAGAM 12 'MENCUCI TANGAN'

a. 1-2 : Membersih permukaan air 3-4 : Tuang air ke tangan (Ulang pada hitungan 5-8) b. 1-2 : Membersih permukaan air 3-4 : Membuang sisa kotoran di tangan (Ulang pada hitungan 5-8)

RAGAM 13 'GERAK SISI @

PENUTUP'

Menari di tempat dengan berpindah ke samping Kanan pada kiraan 2 & 6 dan Kiri pada kiraan 4 & 8 sambil menghadap ke hadapan. - 1x8

Cara Persembahan : Berkumpulan

Bilangan Penari (minimum) : 5 orang ( 3 perempuan & 2 lelaki )

Alat Bantuan (Props) : Sebuah Tikar Mengkuang

Page 7: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 7

Susunan RAGAM MENYAK dalam POLA LANTAI persembahan tarian

BIL Susunan Ragam Tari - Pola Lantai

HITUNGAN LELAKI PEREMPUAN A PEREMPUAN B

1 ASAS SETEMPAT - Masuk pentas 2 x 8

2 ASAS SETEMPAT - Pandang hadapan 1 x 8

3 ASAS SETEMPAT - Gerakan empat(4) penjuru mula dari arah Kanan (1-8) dan

berlalas arah Kiri (1-8) 2 x 8

4 ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru 1 x 8

5 MENEBAS BELUKAR ASAS SETEMPAT 2 x 8

6 ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru 2 x 8

7 MENEBAS BELUKAR Membuka Tikar ASAS SETEMPAT - 4

penjuru 2 x 8

8 MENOLAK BATANG RUMBIA -

Maju ke hadapan dan ke samping tikar

ASAS SETEMPAT - Berpindah ke Pola Lantai baru

2 x 8

9 MEMARUT RUMBIA MENIMBA AIR - Gerakan 4 penjuru 1 x 8

10 Menjaga Sagu daripada terlimpah

keluar dari tikar. MEMIJAK SAGU &

ASAS SETEMPAT - Ikut giliran 4 x 8

11 Menggulung Tikar MENCUCI TANGAN 2 x 8

12 Memberi Tikar pada Perempuan A Ambil Tikar ASAS SETEMPAT 1 x 8

13 ASAS SETEMPAT 1 x 8

14 GERAK SISI - Menari di tempat ke samping kanan dan kiri dengan badang

menghadap di hadapan. 1 x 8

15 ASAS SETEMPAT - Buat 1 barisan di hadapan 1 x 8

16 ASAS SETEMPAT - Gerakan empat(4) penjuru mula dari arah Kanan (1-8) dan

berlalas arah Kiri (1-8) 2 x 8

17 ASAS SETEMPAT - Keluar Pentas 2 x 8

Sila rujuk Pola Lantai bagi Ragam Tarian Menyak yang telah diajar.

Page 8: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 8

POLA LANTAI - MENYAK ( 1 daripada 2 )

Page 9: TARIAN MENYAK (MELANAU) - · PDF fileperubatan tradisional dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau adalah dipengaruhi oleh unsur gerak kehidupan

TARIAN MENYAK (MELANAU) 2014

SMK LUNDU - SARAWAK 9

POLA LANTAI - MENYAK ( 2 daripada 2 )