hubungan etnik kaum melanau

Upload: muizimba-muhamad

Post on 03-Apr-2018

325 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    1/37

    1

    1.0 Pengenalan

    Pada PISMP Semester 3 kali ini, kami ditugaskan untuk mengkaji tentang konsep-

    konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di

    Malaysia. Kami telah mendapat suku kaum Melanau di Sarawak.

    Selain itu, tugasan ini juga memfokuskan toleransi dan kerjasama pelbagai pihak

    telah Berjaya melahirkan Malaysia yang merdeka. Selain itu, kami juga turut

    membincangkan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut

    kemerdekaan.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    2/37

    2

    2.0 Bahagian A (Kaum Melanau)

    2.1 Asal-Usul

    Mengikut Archer (1964:11), terdapat beberapa teori yang cuba menerangkan

    tentang asal-usul bangsa Melanau ini. Walau bagaimanapun, asal-usul mereka seperti juga

    kelompok-kelompok etnik Bumiputera Sarawak yang lain masih kabur (Lee Yong Peng,

    1970:70). Clayre (1971:120) mengatakan bahawa orang Melanau mungkin merupakan

    penduduk tertua di Sarawak dan mungkin juga penduduk asal negeri Sarawak. Aikman

    (1959:86) mengaitkan orang Melanau dengan golongan Sekapan yang terdapat di kawasan

    berhampiran dengan Belaga, Kanowit dan Tanjung. Beliau menerangkan bahawa tidak

    menjadi masalah bagi orang Melanau, terutamanya yang datang dari Oya, untuk berbual-

    bual serta memahami percakapan orang-orang yang terdapat di rumah panjang Sekapan.

    Clayre, seorang pakar bahasa yang mengkaji bahasa Melanau, telah

    mengemukakan satu teori mengenai asal-usul orang Melanau. Beliau mengemukakan satu

    teori yang berdasarkan bahasa yang dituturkan oleh orang Melanau. Beliau mempunyai

    kecenderungan untuk mengaitkan dialek Melanau-Bintulu dan Sekapan. Berdasarkan

    bahasa serta cultural-test tentulah sulit untuk memperakui tentang adanya kaitan antara

    Sekapan dengan Melanau (Clayre, 1971:120). Walaupun kelompok Sekapan ini mengakui

    bahawa mereka lebih dekat kepada orang Matu, namun terdapat aspek-aspek tertentu

    dalam bahasa mereka yang mempunyai kaitan dengan bahasa yang dituturkan oleh orang

    Melanau-Bintulu.

    Tim G. Babock (1974:191-202) mengatakan tentang asal orang Melanau ini adalah

    ranting kelompok yang terdapat di Ulu Rejang. Mereka telah dipisahkan oleh kelompok-

    kelompok orang Iban dan Kayan yang terdapat di pesisiran.

    Jadi, tidak terdapat kepastian tentang asal orang-orang Melanau ini. Manakala orang

    Melanau yang telah memeluk agama Islam mempunyai persamaan cara hidup dengan

    orang Melayu Sarawak.

    2.2 Ejaan Melanau

    Berbagai ejaan telah digunakan untuk perkataan Melanau. Keppel (1846:196)

    dan Low (1968:338) kedua-duanya menggunakan ejaan Milanowes. Ejaan-ejaan

    seperti itu terdapat pada peta-peta rantau ini yang dimiliki oleh orang-orang Eropah

    sejak tahun 1595 lagi (Morris, 1953:2). Orang-orang Melanau ini juga dikenali sebagai

    Liko yang membawa pengertian Orang Sungai. Selepas Orang Sungai itu pula diikuti

    dengan nama sungai di tempat mereka tinggal, contohnya Orang Sungai Oya dan

    sebagainya. Clayre (1971:54) mengatakan bahawa memanggil seseorang itu Liko -

    Melanau

    merupakan satu penghinaan kepada mereka kerana ini seolah-olah samalahseperti memanggil mereka orang liar.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    3/37

    3

    Selain dari itu ejaan Melano yang kerap digunakan, ejaan 'Melanau pula

    digunakan. Orang-orang Melanau amat gemar memanjangkan sebutan akhiran satu-satu

    patah perkataan, contohnya, bagi Sibu mereka menyebut Sibaw. Jadi, kalau mengikut

    Clayre, Melanau sepatutnya dieja Melanaw. Ada juga orang-orang Melanau yang

    memanggil mereka sendiri sebagai Lemano. Orang Melayu Sarawak memanggil orang

    Melanau Melano. Manakala orang Melayu Brunei memanggil Malanau.

    Dalam kalangan orang Melanau sendiri ada cerita bagaimana mereka mendapat

    gelaran Melanau itu. Mengikut cerita Tajuddin A.J. (1961:18) kira-kira dua setengah abad

    yang lalu semasa daerah Bintulu masih dalam pemerintahan Sultan Brunei, kerap kali wakil-

    wakil baginda datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah itu serta memungut hasil

    penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke

    Kuala Bintulu, tiba-tiba terjumpa beberapa buah perahu di kuala itu. Nakhodanya pun

    bertanyalah kepada salah seorang kelasinya tentang perahu orang memanau. Jadi, dari hari

    ke sehari perkataan memanau itu digunakan dan akhirnya bertukar menjadi Melanau.

    Dari cerita itu mereka mendapat gelaran Melanau yang berpunca daripada pekerjaan

    mereka menangkap ikan secara memanau.

    2.3 Penempatan

    Sebahagian besar daripada perkampungan mereka terletak di kawasan-kawasan

    paya antara Bintulu dan Rejang. Kebanyakan mereka adalah nelayan, terutamanya yang

    tinggal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pantai. Di samping itu, terdapat juga

    kumpulan komuniti yang menanam getah dan padi. Penempatan utama ialah di kuala-kuala

    sungai besar berdekatan dengan kawasan pantai seperti Bintulu, Mukah, Oya. Matu, Daga

    dan Igan (Lee Yong Peng, 1970:152). Kawasan- kawasan itu merupakan kawasan yang

    subur. Namun begitu terdapat kelompok-kelompok perkampungan lain yang lebih kecil di

    sepanjang sungai-sungai besar dan anak-anak sungai.

    Lebih kurang seratus tahun dahulu orang Melanau tinggal di rumah-rumah panjang.

    Setelah mereka memeluk agama Islam mereka tidak lagi tinggal di rumah panjang. Mereka

    tinggal di rumah kayu yang berasingan di tebing-tebing sungai. Pada keseluruhannya

    kampung mereka menyerupai perkampungan orang Melayu. Mereka mendirikan rumah di

    tepi-tepi sungai kerana kegiatan mengeluarkan sagu memerlukan bekalan yang cukup.

    Pembinaan rumah di tebing-tebing sungai memudahkan mereka mendapat bekalan air.

    Saiz sesebuah kampung itu tidak tetap. Ada kampung yang mempunyai kurang

    daripada 300 orang penduduk, contohnya Kampung Baru, dan ada juga kampung yang

    mempunyai penduduk lebih daripada 1,000 orang seperti Kampung Jepak. Kedua-dua

    buah kampung ini terletak di daerah Bintulu. Jarak antara sebuah kampung dengan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    4/37

    4

    sebuah kampung yang lain juga tidak tetap.

    Rumah panjang orang Melanau

    2.4 Penduduk

    Secara umumnya, kaum Melanau merupakan penduduk majoriti di Daerah Matu di

    samping kaum-kaum lain seperti Melayu, Iban, Cina dan lain-lain. Pecahan bilangan

    penduduk Daerah Matu mengikut kaum adalah seperti berikut:

    Keturunan Bilangan Peratus

    Melanau 15,408 73%

    Melayu 430 2%

    Iban 4860 23%

    Cina 458 2%

    Jumlah 21,156 100%

    2.5 Komuniti

    Menurut banci tahun 1970, Sarawak mempunyai penduduk seramai 975,918 orang.

    Daripada jumlah itu seramai 53,234 orang iaitu 5.4 peratus adalah orang Melanau. Pada

    tahun 1960, bilangan orang Melanau ialah seramai 44,661 orang (Jones, 1960:50). Jadi,

    dalam jangka masa 10 tahun, bilangan orang Melanau bertambah seramai 8,573 orang.

    Mengikut banci tahun 1939, terdapat 36,772 orang Melanau, manakala banci tahun

    1947 menunjukkan bilangan orang Melanau seramai 35,560 orang (Jones, 1960:50).

    Bilangan orang Melanau yang semakin berkurangan antara tahun 1939 dan 1947 mungkin

    timbul dari kekeliruan untuk membezakan orang Melayu dari orang Melanau yang beragama

    Islam dalam masa bancian (Jackson, 1976:34).

    Walaupun terdapat beberapa kumpulan kecil di ulu-ulu sungai, tetapi orang Melanau

    ini lebih ramai tinggal di kawasan pantai yang rendah di Bahagian Ketiga dan Keempat.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    5/37

    5

    Mengikut banci tahun 1970 itu, didapati kawasan yang menjadi tumpuan orang Melanau

    ialah Bahagian Ketiga dan Bahagian Keempat. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan

    mereka ialah kawasan-kawasan hilir sungai Igan, Oya, Mukah, Balingian, Tatau dan

    Kamena. Pada hari ini ramai orang Melanau itu tinggal di daerah-daerah Sarikei, Sibu,

    Binatang dan Mukah. Bilangan mereka yang paling ramai dalam dua daerah yang terakhir

    itu.

    Berpandukan bancian tahun 1960, terdapat seramai 44,661 orang Melanau.

    Daripada jumlah itu seramai 31,770 orang beragama Islam, 2050 orang beragama Kristian

    dan seramai 10,841 orang yang masih tidak beragama pagan (Lee Yong Peng, 1970:70).

    2.6 Suku Kaum

    Di seluruh negeri Sarawak terdapat tiga kaum Melanau. Ketiga-tiga kaum itu

    terdapat dalam perkampungan yang sama. Pembahagian itu dibuat berdasarkan kepada

    agama yang mereka anuti. Golongan pertama dikenali sebagai Liko, iaitu yang masih

    mengamalkan kepercayaan animisme ataupun pagan. Kumpulan kedua ialah yang

    beragama Kristian dan golongan yang ketiga ialah yang beragama Islam. Walaupun mereka

    ini berlainan agama tetapi mereka hidup dalam keadaan harmoni.

    Leigh M. (1975:143) membahagikan suku bangsa Melanau kepada beberapa suku

    yang lebih kecil berdasarkan pada kawasan, iaitu suku Matu, suku Melanau-Bintulu, suku

    Rejang. suku Seduran dan suku Tanjung. Leach (1950:53) meletakkan suku bangsa ini didalam kategori Para-Malay yang dipecahkan kepada dua iaitu orang-orang Segan

    (Melanau-Bintulu) dan Liko (Melanau Mukah-Oya). Orang-orang Segan dipercayai berasal

    dari orang-orang Penan dan Kajang yang telah menetap, manakala Liko pula merupakan

    cabang daripada kumpulan Kanowit.

    Orang Melanau

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    6/37

    6

    2.7 Bahasa

    Bahasa pertuturan anggota kaum Melanau sehari-hari ialah bahasa Melanau.

    Bahasa Melanau ini walaupun berbeza dari bahasa Melayu, terdapat juga persamaan dari

    segi setengah-setengah perkataan. Bahasa Melanau mempunyai dialek-dialeknya tersendiri.Clayre (1970:330-352) berpendapat bahawa bahasa Melanau terbahagi kepada tiga

    kumpulan. Kumpulan-kumpulan itu dikenali sebagai kumpulan Tengah yang terdapat di

    persekitaran Sungai Igan, Oya, dan Mukah. Kumpulan kedua kumpulan Selatan iaitu yang

    tersebar dari persekitaran Sungai Rejang iaitu dari Rejang dan Matu hingga ke daratan

    Kanowit. Kumpulan ketiga pula dikenali sebagai kumpulan Utara yang tersebar dari

    Balingian hingga ke Bintulu dan mungkin juga mencakupi Sekapan di Belaga. Bagi

    kumpulan Tengah dan Selatan, penggunanya tidak ada masalah untuk berhubung dengan

    menggunakan dialek masing-masing. Kesulitan timbul bila kumpulan Utara dan Tengah

    cuba berhubung dengan dialek masing-masing. Aikman (1959:86) berpendapat bahawa

    bahasa Melanau mempunyai persamaan dengan bahasa Bidayuh. Lebih kurang 40 peratus

    daripada perkataan-perkataan dalam bahasa Melanau mempunyai persamaan dengan

    bahasa Bidayuh. Contoh perkataan dalam bahasa Melanau:

    pagi = Song, Badik ,suab

    Makan = Keman

    Minum = Tuteng

    Air = Nya'am, Anum

    Siapa = Sai, Yai

    Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan

    Nama = Ngadan,Radan

    Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin

    Apa = Inou, Nau

    Khabar = Dengah

    Bagus = Da'au,Dao, diak

    Bila = Pidan ,Paya

    Siapa = Yai, sai

    Kenapa = Inauhal,Wakno, minew

    kamu = mo, kan ,ka'au

    tidur = tudui,Tudoy,Tudoi

    kentut = petut,pangai

    jalan = sibal,Makau

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    7/37

    7

    Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)

    Bangun = Pitah

    Hantar = Tuloi

    Makan = Keman

    Minum = Tuteng

    Air = Anum

    Siapa = Sai

    Awak = Mo

    Nama = Ngadan,Radan

    Rumah = Lebuk

    Apa = Waknou,wakno Khabar = Britah

    Jalan = Makau

    Mandi = Temuk

    Duduk = Munguk

    berdiri = Tiger

    baring = Beleg

    kencing = Besinik

    berak = Betae

    tandas = Jamben/Jelatong/Jungah

    Bodoh = Badik

    tak tahu = Mey Tao

    tahu = Tao

    tidak = Mey

    tunggu = Lo

    menuggu = Lulo

    besok = Song nah

    hari = law

    itu = idun,idu

    buku = bub

    main = pelik,plik

    kahwin = nikah

    tumbuk = bukut

    miang = keranau

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    8/37

    8

    tua = lakey,lakei

    awan = aub

    rindu = beraie

    buah pisang = balaq

    buah nanas = pisang

    sepupu = jipo

    mati = matai

    hantu = pengamo, to

    perkakas = kereben

    gaduh = pedalo

    2.8 Sistem Kekerabatan

    Sistem kekerabatan orang Melanau tidak memberatkan mana-mana pihak, sama

    ada sebelah bapa atau sebelah ibu dalam menggalurkan keturunan, yang biasanya dikenali

    sebagai bilateral. Sistem bilateral ini mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya yang ketara

    ialah monogami. Poligami ada juga jga diamalkan tetapi tidaklah lama. Dari segi

    penempatan tempat tinggal selepas berkahwin adalah berbentuk matrilocal. Terdapat juga

    penempatan berbentuk neolocal.

    Dalam komuniti Melanau tidak ada beza-membeza antara kerabat sebelah ibu dankerabat sebelah bapa. Juga, tidak ada terminologi kekerabatan yang khusus untuk kerabat

    sebelah bapa atau sebelah ibu. Terminologi yang sama digunakan untuk kedua-dua belah

    pihak. Sebagai contoh, kamena tina (emak saudara) digunakan meluas sekali dan boleh

    merangkumi kakak dan juga adik perempuan sebelah ibu atau adik perempuan sebelah

    bapa. Keadaan yang sama wujud dengan terminologi parai jieng uling (sepupu). Perlu

    ditanya lebih lanjut sama ada sepupu sebelah ibu atau bapa.

    Pada dasarnya dalam menggalurkan keturunan, prinsip inclusion dan exclusion

    seperti yang terdapat dalam sistem unilinealtidak diamalkan oleh komuniti Melanau. Dalammenentukan kerabat, di samping secara hubungan darah dan perkahwinan, mereka

    membahagikan kerabat seseorang berdasarkan dua prinsip iaitu secara generasi dan

    secara collateral-remoteness (Morris, 1953:65). Hubungan kerabat secara generasi dilihat

    dari segi hubungan ego dengan bapa, datuk, moyang, cucu, cicit dan seterusnya. Manakala

    secara collateral-remoteness ini ialah sejauh mana kedudukan seorang individu dari ego.

    Tiga pupu dan empat pupu masih dikira dekat sekiranya mereka tinggal dalam kelompok

    atau dalam kawasan yang sama.

    Mereka membezakan antara saudara jauh dengan saudara dekat berasaskan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    9/37

    9

    kepada jurai keturunan ego. Saudara jauh dikenali sebagai parai jau. Saudara dekat

    dikenali sebagai parai jani. Yang tergolong dalam parai jani ialah ketu- runan ego sendiri,

    anak-anak dan cucu. Antara mereka yang tergolong dalam parai jau ialah pupu seperti pupu

    ketiga, keempat dan seterusnya. Mereka yang tergolong sebagai sera dai (orang lain)

    dikira sebagai orang luar kepada kelompok perkerabatan mereka.

    Terminologi kekerabatan yang mereka gunakan berbentuk classificatory yang

    bermakna bahawa satu-satu terminologi itu digunakan untuk lebih dari seorang, seperti

    bapa saudara. Bagi terminologi bapa saudara dan emak saudara" boleh merangkumi

    saudara sebelah ibu dan juga sebelah bapa.

    Terminologi perkerabatan orang Melanau boleh dibahagikan kepada dua, iaitu

    consanguinous kin dan affinal kin. Consanguinous kin berkisar di sekitar keluarga asas dan

    affinal kin tergolong sebagai hasil daripada perkahwinan. Jadual I menunjukkan terminologi

    yang digunakan bagi keluarga asas. Dari Jadual I dapat dilihat bahawa terminologi akak itu

    digunakan untuk abang dan kakak. Jadi tidak terdapat perbezaan dari segi terminologi

    sebutan dan terminologi panggilan untuk abang dan kakak.

    Babaddau ialah terminologi yang digunakan bagi perempuan yang dimadu. Madu

    yang lebih muda memanggil yang lebih tua akak dan madu yang lebih tua akan memanggil

    madu yang muda adik sebelum nama. Panggilan seperti adik dan kakak ini juga

    digunakan pada orang luar dari keluarga. Individu yang diberikan gelaran adik ataupun

    "akak itu terpaksa mempunyai ciri-ciri sesuai dengan gelaran ataupun panggilan yang

    diberikan kepadanya.

    Anak sulung dalam keluarga dipanggil sulung atau ringkasnya long. Apabila anak

    sulung telah berumah tangga dan mendapat anak ia dikenali sebagai wa. Anak kedua

    dalam famili dikenali sebagai anjang, yang ketiga sebagai ngah bererti tengah dan yang

    keempat sebagai udak yang (bererti yang muda). Manakala anak yang bongsu dikenali

    sebagai usu. Imuk merupakan panggilan kepada anak-anak yang disayangi tanpa

    mengira anak laki-laki ataupun perempuan. Manakala du ialah panggilan bagi anak-anak

    yang dimanjakan terutamanya anak-anak perempuan.

    Anggota Keluarga Asas Terminologi Sebutan Terminologi Panggilan

    Emak Inak Inak, emak (selalunya mak

    digunakan)

    Bapa apak, tama Apak, pak (selalunya pak

    digunakan)

    Anak

    Abang

    anak

    akak

    Nak ataupun panggilan

    nama akak, akak + nama

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    10/37

    10

    seperti akak Rahman

    Kakak

    Adik

    akak

    tari

    Akak, akak + nama

    Biasanya panggil nama

    Jadual I

    Masih terdapat terminologi lain yang digunakan untuk membezakan antara dua anak

    keturunan. Anak yang dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi berlainan bapa dikenali sebagai

    parai asou (saudara manjing). Terminologi ini tidak digemari kerana sebutan itu tidak enak

    didengar.

    Bagai consanguinous kin yang terkeluar dari keluarga asas, penggunaan terminologi itu

    tidak juga membezakan antara kerabat sebelah ibu dan sebelah bapa. (Lihat Jadual II).

    Anggota Keluarga Terminologi Sebutan Terminologi Panggilan

    Datuk, nenek Tepou azam Tepou azam atau dipanggil

    tepou; kerap juga dipanggil

    nek atau atuk

    Cucu Azam Imok; dipanggil nama

    timangan atau nama sahaja

    Cicit Icit nama

    Moyang Tepou mayang Tepou azam tuuBapa saudara Kamama tama Bapa, apak, pak

    Emak saudara Kamena tina Inak, mak

    Anak saudara Anak menakan nama

    Sepupu Parai jien uling nama

    Dua pupu Parai bau uling nama

    Tiga pupu Parai lauling nama

    Abang sepupu Teka parai

    Jieng uling

    akak

    Emak saudara sepupu Kamena parai jieng uling abuk

    Anak saudara sepupu Manai parai jieng uling nama

    Jadual 2

    2.9 Ekonomi

    Orang Melanau terkenal sebagai ahli pelayaran dan pembuat perahu (Archer,

    1964:9). Di samping itu, mereka juga terkenal sebagai pengeluar sagu dan pengeksportsagu sejak tahun 1840-an lagi (Jackson, 1976:43). Tetapi perusahaan sagu ini telah

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    11/37

    11

    merosot dan sejak itu menimbulkan.perubahan corak ekonomi orang Melanau. Mengikut

    Lee Yong Peng (1970:73), 86 peratus daripada orang Melanau melibatkan diri dalam

    kegiatan pengeluaran peringkat pertama yang dapat dibahagikan kepada beberapa jenis

    iaitu menanam padi (30.2 oeratus), menoreh getah (27.3 peratus), pengeluaran sagu (24.3

    peratus), membalak (9.0 peratus) dan menangkap ikan (8.4 peratus).

    Di Bintulu, sebahagian besar daripada orang Melanau menjadi nelayan. Nelayan-

    nelayan di Bintulu terkenal dengan kerajinan mereka. Di tempat-tempat lain seperti Mukah,

    Oya dan Dalat, orang-orang Melanau menanam padi, menoreh getah, membalak dan

    menangkap ikan. Kegiatan inilah yang menampung kehidupan mereka.

    Panau merupakan teknik tradisi menangkap ikan yang masih diamalkan oleh orang

    Melanau hingga ke hari ini. Tujuan utama memanau ialah menangkap ikan duih (bawal).

    Dengan cara panau ikan jenis lain juga ditangkap. Memanau ini amat rumit. Mereka

    menggunakan sejenis pukat yang dikenali sebagai idus. Berbagai upacara magis

    dilakukan dan nelayan-nelayan yang ikut serta dikenakan berbagai pantang-larang (Jamuh,

    1973: 29-30). Kebanyakan upacara dan pantang-Iarang itu telah diketepikan. Hari ini lebih

    banyak barung (perahu) yang digunakan itu telah menggunakan jentera. Barung dibuat

    sebegitu rupa supaya ianya boleh menghadapi gelora laut. Panjangnya lebih kurang 9.1

    meter dan lebarnya 2.4 meter. Layar masih digunakan, terutamanya untuk kegunaan

    semasa kecemasan. Panau orang Melanau ini dipercayai digunakan oleh mereka sejak

    tahun 1870 ataupun lebih awal dari itu. Pukat yang mereka gunakan itu mengikut Ellistone,

    . . . may have derived from description of demonstrations of Malay lift-nets by visitors from

    Trengganu. (1967:16).

    Unjang daun nipah diperlukan untuk menangkap ikan secara panau. Unjang daun

    nipah menjadi daya penarik untuk mengumpulkan ikan bawal pada satu tempat. Dengan

    cara ini memudahkan usaha memerangkap ikan. Untuk mempastikan daun nipah itu

    berlabuh pada tempat yang sama, pada bahagian hujungnya diikat dengan batu.

    Pelampung yang diperbuat daripada buluh dipasang pada bahagian atas tiap-tiap rotan

    pengikat umpan itu. Umpan itu dicampak ke dalam laut di kawasan 24 kilometer pantai danditenggelamkan sedalam tiga hingga enam depa daripada paras permukaan air.

    Setelah umpan dicampak ke dalam laut, dibiarkan di situ beberapa hari untuk

    memberi peluang kepada ikan-ikan berkumpul dan menikmati umpan itu. Selang beberapa

    hari umpan itu diangkat secara bergilir-gilir. Tiba sahaja di tempat umpan itu, salah seorang

    daripada awak-awak menarik naik umpan itu ke permukaan air. Bila beliau dapati banyak

    ikan berkumpul pada umpan itu maka pukat dilabuhkan. Bila ikan itu berada dalam

    lingkungan, pukat berbentuk tiga segi itu segera diangkat naik oleh awak-awak yang berada

    di atas bot. Dalam satu hari mereka beroleh tangkapan antara 60 hingga 900 kilogram,terutamanya pada musim banyak ikan bawal. Walaupun begitu pada masa-masa tertentu

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    12/37

    12

    mereka sukar untuk mendapatkan 90 kilogram.

    Hasil tangkapan dibahagikan antara awak-awak dan tuan punya bot. Cara

    pembahagian itu dilakukan seperti berikut, satu bahagian untuk bot, satu bahagian untuk

    pukat, dua bahagian untuk enjin, dua bahagian untuk jeragan dan satu ba- nagian untuk

    tiap-tiap seorang awak. Pembahagian itu dilakukan secara bagi ikan. Tiap-tiap bahagian

    seharusnya mempunyai jumlah ikan yang sama banyak. Walau bagaimanapun, mereka

    mempunyai pilihan cara lain untuk membahagikan hasil tangkapan. Mereka jual kesemua

    ikan itu dan membahagi-bahagikan jumlah wang yang diperolehi hasil dari jualan tangkapan

    itu.

    Terdapat dua tempat di mana seorang nelayan itu boleh menjualkan hasil

    tangkapannya. Pertama, beliau boleh menjual kepada pemilik modal sendiri, iaitu tuan

    punya bot dan peralatan menangkap ikan yang terdiri daripada taukeh-taukeh Cina. Kedua,

    beliau boleh menjualkan hasil tangkapan kepada Persatuan Nelayan. Sering kedengaran

    keluhan nelayan yang menjualkan ikan kepada orang tengah bahawa mereka sentiasa

    tertipu. Pemerasan berlaku dalam dua keadaan, pertama, orang-orang tengah membeli ikan

    dengan harga yang murah dan kedua, kadangkala berlaku perbuatan curi mata dacing

    oleh pemborong-pemborong ikan. Ini menjejaskan pendapatan nelayan yang turut

    mengakibatkan nelayan sentiasa miskin.

    Di samping terkenal sebagai nelayan yang gigih, orang Melanau juga terkenal

    sebagai pengeluar sagu yang handal. Sagu yang mereka proses bermutu tinggi dan

    mendapat harga yang tinggi di pasaran. Pokok-pokok rumbia tumbuh dengan banyaknya di

    kawasan-kawasan paya berhampiran dengan sungai. Pokok-pokok itu ditebang untuk

    mendapatkan sagunya. Biasanya menebang pokok sagu adalah menjadi tanggung jawab

    ataupun tugas orang laki-laki. Mereka menebang pokok rumbia dengan menggunakan

    parang (parang tabo). Mula- mula mereka mencari pokok rumbia yang besar yang dijangka

    akan mendatangkan hasil yang banyak. Setelah ditemui meraka menebang dahan-dahan

    kecil. Dahan-dahan kecil itu diletak melintang pada tempat yang mereka jangkakan pokok

    rumbia yang mereka tebang itu akan tumbang. Ini perlu dilakukan untuk mengelakkandaripada pokok rumbia yang tumbang itu terbenam dalam tanah paya.

    Setelah tumbang, mereka melicinkan pula kulit batang rumbia itu untuk

    memudahkan mereka menggolekkannya ke sungai dan mengelakkan daripada tangan

    mereka luka terkena batang rumbia itu. Batang-batang rumbia itu dipotong tiap satu

    panjangnya 1.2 meter. Batang-batang rumbia yang telah mereka golekkan ke dalam sungai

    itu diikat rapat-rapat seperti rakit. Kemudian dihanyutkan ke tempat hendak memprosesnya.

    Sesampai di kampung, batang rumbia itu dinaikkan ke darat dan kulitnya dikupas. Mereka

    kemudian memotong lagi batang-batang rumbia itu hingga menjadi pendek dan kecil.

    Kemudiannya batang-batang rumbia yang telah dipotong pendek itu dihantar ke

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    13/37

    13

    kilang untuk diparut. Kemudian mereka membawa balik sagu itu untuk diinjak-injak.

    Menginjak ini lazimnya adalah tugas orang perempuan. Menginjak ini dilakukan atas

    pelantar khas yang dipanggil jagan. Jagan ini mereka dirikan di tepi sungai. Menginjak

    sagu memerlukan air yang banyak. Oleh kerana itu jagan itu didirikan di tepi sungai.

    Sebidang tikar dihamparkan di atasnya Mereka menginjak atas tikar itu. Pada satu sudut

    tikar itu (yang berbentuk seperti saluran) diletakkan sebuah baldi untuk menadah air

    bercampur sagu. Proses menginjak ini mereka lakukan berkali-kali sehingga air yang

    mengalir ke dalam baldi itu menjadi jernih. Hampas sagu itu dibuang ke dalam sungai.

    Setelah air bercampur sagu ini terkumpul pati sagu yang dikenali sebagai lemantak

    mendap dalam baldi. Lemantak itu kemudiannya dikeringkan. Bila sudah dikeringkan

    lemantak itu boleh dijual. Biasanya ia dijual kepada peniaga-peniaga Cina.

    2.10 Perayaan

    Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April

    setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan

    untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang

    memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan

    penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau

    permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untukmenjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan

    memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya.

    Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.

    Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih

    utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian

    ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan

    kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan

    dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis

    pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti

    rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh

    sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama

    Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri

    arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti

    agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    14/37

    14

    Perayaan Kaul di Mukah

    2.11 Perkahwinan

    Perkahwinan itu penting dalam kegiatan pembiakan manusia dan merupakan satu

    cara untuk merapatkan hubungan antara dua keluarga yang tidak mempunyai hubungan

    kekerabatan. Mereka yang belum kahwin dan belum mampu, pasti mempunyai cita-cita

    untuk mendirikan rumah tangga. Cuma masa dan keadaan yang akan menentukannya.

    Perbuatan bersekedudukan boleh dikatakan tidak berlaku dalam kalangan orang

    Melanau kerana ini bertentangan dengan kehendak agama dan adat resam mereka.

    Lagipun masyarakat memandang perbuatan bersekedudukan itu sebagai perbuatan keji

    yang menjadi buah mulut orang kampung.

    Mereka berharap setiap perkahwinan akan berterusan dan berpanjangan sehingga

    akhir hayat. Sungguhpun penceraian senang berlaku tetapi tidak bermakna suami boleh

    menceraikan isteri sesuka hati. Seseorang yang pemah bercerai menghadapi kesulitan

    untuk berkahwin semula, terutamanya dalam kampungnya sendiri, kerana ibu bapa gadis

    keberatan untuk melepaskan anak perempuan yang telah anda untuk mendapatkan suami

    baru. Janda juga sulit untuk mendapatkan suami baru, kerana ia dianggap sebagai

    perempuan yang tidak tahu mengambil hati suami.

    Pada keseluruhannya, orang Melanau kahwin dalam peringkat umur yang muda.

    Peringkat umur yang ideal bagi mereka ialah dalam lingkungan umur 20 tahun. Anak dara

    yang lambat kahwin dikatakan tidak laku. Manakala laki-laki pula ke- lakuannya mungkin

    har dan anggapan komuniti bahawa laki-laki itu lemah tenaga batin. Bagi ibu bapa pula

    mereka ingin cepat menimang cucu.

    Perkahwinan merupakan satu upacara penting bagi seseorang individu. Melalui

    perkahwinan seseorang individu mengalami perubahan dari segi kedudukan sosial. Individuyang telah berkahwin dianggap telah dewasa. Persiapan untuk menjayakan satu-satu

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    15/37

    15

    upacara perkahwinan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Peringkat-peringkat yang

    mesti dilalui ialah merisik iaitu mencari pasangan yang sesuai, upacara pertunangan dan

    akhir sekali upacara perkahwinan (akad nikah dan bersanding). Upacara akad nikah dan

    bersanding ini diadakan secara besar-besaran. Kenduri besar-besaran diadakan. Sanak-

    saudara, jiran-jiran dan sahabat handai dijemput menghadiri majlis itu. Biasanya upacara

    baca nikah dan akad nikah diadakan pada malam sebelum hari persandingan. Ada juga

    mereka yang mengadakan upacara akad nikah pada hari persandingan. Upacara akad

    nikah ini dilakukan di hadapan Imam di rumah pihak perempuan. Upacara ini kadang-

    kadang memakan masa yang lama, terutamanya bila laki-laki sukar menjawab dengan jelas

    bacaan nikah. Selesai upacara ini, diadakan pembacaan doa selamat untuk meminta restu

    Allah.

    Keesokan harinya diadakan upacara persandingan ataupun berbandin.

    Persandingan biasanya dilangsungkan waktu petang, antara pukul empat hingga lima

    petang. Rombongan laki-laki akan berarak mengelilingi kampung terlebih dahulu sebelum ke

    rumah pengantin perempuan. Berbandin itu dilangsungkan lebih kurang sepuluh hingga

    dua puluh minit. Serentak dengan itu diadakan upacara menepung tawar dan merenjis air

    mawar oleh para jemputan.

    Pada sebelah malamnya pula diadakan jamuan nasi temuan. Semasa jamuan ini

    diadakan upacara suap-menyuap antara kedua pengantin. Pada malam yang sama jugadiadakan upacara bergendang. Ini merupakan pesta tari-menari. Gendang dipukul oleh

    orang perempuan yang berkumpul di belakang tabir yang jarang. Hadirin dijemput menari

    tetapi yang selalu menari ialah laki-laki berpasangan sesama laki-laki. Upacara bergendang

    ini berlarutan hingga tengah malam.

    Selepas selesai upacara-upacara tadi, pasangan pengantin baru perlu tinggal

    bersama keluarga perempuan selama tiga hari. Kemudian diadakan upacara bertandang ke

    rumah laki- laki. Pengantin perempuan bermalam di rumah keluarga suaminya sekurang-

    kurangnya satu malam. Ini memberi peluang kepada keluarga laki-laki untuk mengenal dan

    bermesra dengan pengantin perempuan. Pada keesokannya (kalau ia bermalam semalam)

    pengantin perempuan bersama suaminya berangkat balik ke rumah ibu bapanya. Selepas

    tujuh hari persandingan diadakan pula upacara membuang pantang di tepi laut dengan

    harapan laut akan membawa jauh segala malapetaka yang menyelubungi pasangan suami

    isteri baru itu. Mereka beramai-ramai bersuka-sukaan serta mandi-manda di tepi laut. Bukan

    semua upacara perkahwinan disambut secara besar- besaran. Ini bergantung kepada jenis

    perkahwinan. Upacara perkahwinan yang dikenali sebagai peramas, iaitu perkahwinan

    pasangan hasil daripada ditangkap basah diadakan secara kecil-kecilan. Persandingan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    16/37

    16

    boleh diadakan jika mahu, tetapi hanya setelah pengantin laki-laki selesai membayar segala

    denda yang dikenakan kepada keluarga laki-laki. Antara denda itu ialah berian sebanyak

    $60.00 belanja hangus $60.00 sebuah kelambu dan katil.

    Perkahwinan kaum Melanau

    2.12 Makanan

    Makanan kaum Melanau di Sarawak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan

    bentuk muka buminya yang membekalkan pelbagai sumber pencarian makanan. Antara

    makanan umum Melanau ialah:

    Beras huma: nasi daripada padi huma.

    Ayam pansuh: ayam dimasak dengan serai dalam batang buluh.

    Sagu: dibuat tepung untuk asas hidangan lain seperti:

    - Tabaloi/Tebalai: biskut daripada sagu dan kelapa parut.- Linut

    Umai: ikan mentah dengan jus limau nipis, bawang merah dan cili. Lazim dimakan

    dengan sagu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_pansuhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Saguhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Saguhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_pansuhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    17/37

    17

    Sagu

    2.13 Kepercayaan

    Dalam kalangan orang Melanau ada yang beragama Islam, ada yang beragama

    Kristian dan ada yang pagan. Walau apa pun agama yang mereka anuti, mereka tetap juga

    percayakan kepada kuasa-kuasa ghaib ataupun kuasa luar biasa. Kepercayaan mereka

    kepada kuasa ghaib telah menjadi satu ciri kaum tersebut. Dipercayai juga bahawa

    kebanyakan daripada kepercayaan serta amalan ilmu ghaib yang terdapat dalam kalangan

    orang Melanau ini dipelajari daripada orang Melayu (Sarawak) (Roth, 1968:123).

    Mengikut kepercayaan orang Melanau, manusia merupakan gabungan daripada

    empat unsur iaitu badan, roh (soul), perasaan dan nyawa. Untuk membolehkan seorang itu

    hidup dan sihat, keempat-empat unsur hendaklah bersatu tanpa gangguan. Manusia tidak

    terlepas daripada mengalami kemalangan dan penyakit. Mereka percaya bahawa satu-satu

    kejadian kemalangan atau mengidap sesuatu penyakit itu berpunca daripada tindakan

    mereka yang melanggar adat, diserang oleh hantu ataupun dibuat oleh ahli sihir. Kalau

    seorang itu diserang penyakit, mula-mula perasaannya terganggu dan rohnya tidak lagi

    tenteram. Roh tadi akan meninggalkan badan dan berjalan menuju ke alam baka.

    Semua orang Melanau mempercayai wujudnya kuasa halus (spirits). Klasifikasi

    umum makhluk halus dibuat berdasarkan tempat tinggal mereka. Mereka dapat dibahagikan

    kepada tiga iaitu Hantu Air, Hantu Hutan dan Hantu yang tinggal di udara. Orang Melanau

    juga mempercayai bahawa makhluk halus itu ada yang jantan dan ada yang betina. Mereka

    mempercayai bahawa hantu-hantu itu tidak mengganggui manusia sekiranya mereka dapat

    hidup dengan selesa dan tenteram. Tetapi, kalau makhluk halus itu hidup susah dan tidak

    cukup makan mereka menjadi bahaya dan mengganggu manusia. Makhluk-makhluk ini

    boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

    Mereka juga takut kepada hantu-hantu yang terdapat pada dakan. Dakan ialahpatung yang dibuat khas untuk mengubat pesakit yang dirasuk hantu. Dakan merupakan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    18/37

    18

    patung manusia yang dibuat daripada kayu atau batang sagu. Jadi. bila dijampi serapah,

    hantu yang menyerang pesakit itu akan lari masuk ke dalam dakan itu. Hantu yang terdapat

    pada dakan itu adalah hantu yang ganas dan yang membawa bencana kepada manusia.

    Namun begitu terdapat juga hantu yang baik dan boleh menolong manusia, seperti

    gembaran. Gembaran ini boleh digunakan untuk melindungi pemeliharanya daripada

    teraniaya oleh musuh.

    Orang Melanau juga mempercayai bahawa pernah terjadi manusia berkahwin dengan

    makhluk halus. Makhluk halus yang dimaksudkan ialah Kibanaran yang menyerupai orang

    bunian dalam kepercayaan orang Melayu. Bezanya Kibanaran dengan manusia ialah tulang

    selbi Kibanaran lebih panjang berbanding dengan tulang selbi manusia.

    Dalam hubungan mereka dengan kuasa luar biasa, orang Melanau cuba berbaik-

    baik di samping mencuba menguasai kuasa luar biasa. Tujuan menguasai kuasa luar biasa

    ialah untuk kegunaan dan kepentingan komuniti. Mereka mempercayai bahawa kuasa luar

    biasa boleh mendatangkan penyakit dan kuasa luar biasa juga membantu mengubati

    penyakit.

    Hantu dan juga kuasa ghaib lain boleh secara ghaib, memberi kesan atau

    mempengaruhi semangat seseorang. Menurut ahli ilmu ghaib, hantu itu berada di merata-

    rata tempat. Jika seorang itu secara tidak sengaja menceroboh tempat tinggal hantu, maka

    ini membangkitkan kemarahan hantu.Akibat daripada pencerobohan itu seorang itu akan

    dihukum oleh hantu dengan cara mendatangkan penyakit atau lebih teruk lagi mungkin

    hantu itu merasuki orang itu.

    Bukan semua orang tahu dan mahir dalam kegiatan ilmu ghaib. Terdapat beberapa

    orang tertentu yang bergiat dalam lapangan ilmu ghaib. Oleh sebab rintangan inilah, maka

    pengamal ilmu ghaib dapat diupah menggunakan hantu peliharaannya untuk

    mencederakan musuh. Timbulnya kegiatan mengkhianati orang lain secara ilmu ghaib ini

    berpunca dari perasaan dengki atau membalas dendam terhadap musuh. Suasana seperti

    ini mencetuskan perselisihan dan syak wasangka antara satu sama lain, khususnya bagi

    mereka yang percayakan ilmu ghaib. Pengamal ilmu ghaib yang selalu melakukan kegiatanilmu ghaib kerana kebolehan dan keahlian dalam lapangan itu membolehkan mereka

    berhubung dengan kuasa luar biasa. Jadi, mereka dapat dianggap sebagai penghubung

    dengan kuasa luar biasa. Sebagai orang perantaraan dengan alam ghaib mereka memujuk,

    merayu, serta menghalau makhluk halus yang jahat untuk kepentingan komuniti. Juga,

    dalam keadaan yang begini masyarakat takut kepada pengamal ilmu ghaib.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    19/37

    19

    Patung Dakan

    2.14 Pantang-Larang

    Berhubung dengan memanau ini ada beberapa pantang-larangnya. Antaranya ialah:

    Mereka tidak boleh membawa pisau atau parang yang terendam dalam air kerana

    mereka mempercayai bahawa ini akan melemahkan pandangan awak-awak dan

    mengakibatkan mereka sukar untuk menemui tempat yang terdapat banyak ikan.

    Mereka tidak boleh membawa bersama-sama buah baun. Mereka mempercayaibahawa umpan yang mereka campakkan ke dalam laut menjadi masam dan

    menyebabkan ikan menjauhkan diri dari berkumpul pada umpan tadi. Ikan yang

    ditangkap secara panau tidak boleh dibakar di tepi blanga untuk membuat sagu.

    Perbuatan seperti itu menyebabkan mata jeragan menjadi kelabu dan beliau

    mengalami kesulitan untuk menentukan kawasan-kawasan yang mempunyai banyak

    ikan.

    Lantaran itu terdapat berbagai pantang-larang dalam kalangan orang Melanau.

    Pantang-larang ini terdapat dalam segenap segi hidup seperti sewaktu menangkap ikan,

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    20/37

    20

    ketika mengandung, memerangkap binatang, waktu belayar, menggali kubur serta kematian

    dan bermacam-macam jenis pantang-larang lagi. Anggota komuniti menjangka semua

    pantang-larang itu hendaklah dipatuhi. Sekiranya mereka gagal mematuhinya ini dipercayai

    akan mendatangkan kesan yang tidak baik seperti sakit dan sebagainya. Tetapi sekiranya

    diteliti semua pantang-larang dalam kalangan orang Melanau, didapati amat sukar untuk

    mereka membuat sesuatu. Dalam membuat sesuatu itu sekiranya mereka terlupa mematuhi

    sesuatu larangan itu mereka terpaksa menangguhkan kerja itu. Walau bagaimanapun,

    didapati bahawa banyak pantang-larang itu tidak dipatuhi lagi oleh orang Melanau.

    Seperti masyarakat etnik yang lain, masyarakat Melanaujuga mempunyai pantang

    larang dan amalan tertentu dalam aspek kelahiran. Ini merangkumi peringkat sewaktu

    mengandung, semasa bersalin dan selepas lahir. Tiada sebarang adat khusus yang

    diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga

    terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan

    banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti:

    Tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam dan

    petai kerana badan akan menjadi busuk.

    Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk paku kerana susu badan akan

    menjadi masam.

    Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita

    hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

    Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami

    juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara:

    Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana

    dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.

    Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan

    diiringi minyak.

    Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di

    dalam kandungan akan mendapat penyakit.

    Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia

    tanpa sebab.

    Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana

    dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    21/37

    21

    Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang

    melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga

    dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika

    bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    22/37

    22

    3,0 BAHAGIAN B

    Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun

    menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah

    Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah

    koloni.

    Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris

    dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah

    memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu

    kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka

    terhadap negara.

    Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum

    Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan

    fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union

    mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn

    telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah

    Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah

    jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima

    Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Zaba)

    ditubuhkan.

    Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang

    dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan

    Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam

    Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato Onn Jaafar

    mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untukmemperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan

    memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan

    mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja

    Melayu.

    Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian

    Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang

    mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak

    keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    23/37

    23

    Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak,

    Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri

    Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang

    mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja

    Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

    Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang

    antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan

    dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri

    Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-

    undang dan naturalisasi secara permohonan.

    Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk

    mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang

    seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon

    Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman

    Putra menggantikan Dato Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua

    UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut

    kemerdekaan.

    Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan

    Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba

    mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang

    gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor,

    Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk

    Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu

    Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.

    Salah satu pemimpin tempatan iaitu Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih

    terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu

    nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

    Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu",

    Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli

    perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih. Beliau juga pernah

    tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    24/37

    24

    penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh

    keluarganya ke Mekah.

    Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong

    yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu,meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China

    Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung

    Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

    Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan

    sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana

    air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

    Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila

    beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan

    oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan

    Dungun pada sekitar 1921.

    Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan

    dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuattikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan

    menebang sagu untuk patinya.

    Selain itu, Dol Said atau nama sebenar Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku

    Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik

    sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan

    pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya

    oleh pihak British.

    Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan

    menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua

    kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan

    Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

    Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000

    orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan

    berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut,

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    25/37

    25

    Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah

    kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di

    wilayah yang lain.

    Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang

    Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke

    tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan

    Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

    Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak.

    Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah

    Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

    III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan

    Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan

    menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut.

    Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja

    (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat

    pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu

    James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

    Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan

    Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung

    Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W

    Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875

    yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya.

    Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22

    Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877.

    Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yangbertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan

    bangsanya sendiri.

    Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku

    Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia

    Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih

    dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu

    kebal. Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan'

    oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    26/37

    26

    kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai

    itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

    Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman. Punca

    utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang,

    terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British

    ke atas kawasannya.

    Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah

    bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891.

    Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan

    telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise

    hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam

    kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh

    Clifford (Pemangku Residen British Pahang ketika itu) mengetahui hal tersebut, beliau telah

    menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke

    Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan,

    Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai

    Orang Kaya Semantan.

    Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman .

    Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap

    C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka

    sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia

    menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu ,

    pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah

    mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula

    sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British

    .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford danTengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan

    Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato'

    Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan.

    Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau

    mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British

    mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai

    perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah

    menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    27/37

    27

    sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok

    buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

    Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh

    Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan,

    menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan

    cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar

    cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman

    (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam

    satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah

    menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan

    diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke

    Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung

    Merbuk dan Kampung Pupuh.

    Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada

    masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam

    pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke

    Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau

    digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum

    dikebumikan di Pasir Pekan.

    Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu termasuklah seorang

    panglima yang bernama Rentap. Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak,

    Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah.

    Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial

    Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar danSungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah

    membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang

    seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban

    yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-

    besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

    Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang

    terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat

    Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    28/37

    28

    Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku

    Suluk Paitan.

    Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan

    Syarikat India Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-

    pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Syarikat India Timur

    Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar

    Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897,

    Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris

    terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898,

    Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih

    besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,

    yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

    Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah

    yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota.

    Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung

    musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Syarikat India Timur

    Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan

    gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

    Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu

    ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North

    Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang

    telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered

    Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh

    dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang

    kemerdekaan dan seorang pahlawan.

    Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau

    adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun

    1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir

    maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir Pahang.

    Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah

    menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau

    mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    29/37

    29

    berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat

    Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul

    dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas

    pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang

    yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut -

    pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang

    Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini

    sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

    Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900

    mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin,

    pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan

    Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-

    guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.

    Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka

    daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada

    Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri

    daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaba), A.

    Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang,

    Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan

    Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan

    kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

    Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang

    sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti

    Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan

    Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM).Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan

    pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

    Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti

    seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52

    buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan

    sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27

    Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untukmenghadapi pilihanraya tersebut.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    30/37

    30

    Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang

    dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris

    bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur

    antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam

    masa empat tahun.

    Pada 1 Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang

    dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku Abdul Rahman selaku

    Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah

    Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz

    Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman

    Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka mengangkat sumpah jawatan pada

    9 Ogos 1955.

    Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar

    supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan.

    Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat

    diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan

    mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng,

    Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan

    Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

    Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian

    kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara

    di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan

    partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata

    telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan

    menggugat keselamatan dan ekonomi negara.

    Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan

    merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan tersebut turut disertai

    oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul

    Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-

    Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid

    dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan

    menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    31/37

    31

    di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan

    penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

    Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru

    merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan

    Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack

    diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera

    Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

    Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap

    pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan

    dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan

    beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai

    penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    32/37

    32

    4.0 Kesimpulan

    Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

    setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya

    tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak

    kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Dari tempoh 31 Ogos 1957

    sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya

    mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

    Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah

    dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan

    Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis -

    habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat

    Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

    Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19,

    lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun padapertengahan abad ke-19,

    penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal

    Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di

    Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola

    penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum

    Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    33/37

    33

    5.0 Refleksi

    Muhammad Hasbi bin Bidi

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya

    menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan kerjasama yang jitu daripada rakan

    sepasukan saya iaitu Haritharan a/l Chandran. Kerja kursus Hubungan Etnik pada kali ini

    bagi saya amat menarik kerana saya dapat belajar pelbagai perkara mengenai kaum yang

    belum pernah saya dengar sebelum ini dan saya juga dapat mengenali dengan lebih dekat

    tokoh-tokoh yang banyak berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara dan jerit perih

    masyarakat zaman dahulu untuk menuntut kemerdekaan negara pada tahun 1957 yang lalu.

    Dalam melaksanakan tugas pertama, kami telah dibahagikan mengikut kaum

    masing-masing. Kami telah mendapat tajuk mengenai etnik Melanau. Setelah menjalankan

    tugasan ini, saya dapat menimba ilmu yang berharga mengenai etnik yang banyak terdapat

    Sarawak. Fakta menarik mengenai kaum Melanau yang dapat saya timba adalah, mengenai

    keunikan adat dan budaya perkahwinan mereka. Budaya ini tidak saya temui di negeri saya

    iaitu Terengganu. Tetapi tidaklah pula dapat saya kaji simbolik di sebalik budaya yang

    diamalkan tersebut.

    Perkara kedua yang dapat saya tahu dan kenali mengenai kaum Melanau adalah

    mengenai kepercayaan yang menebal dalam masyarakatnya. Ada dalam kalanganmasyarakat Melanau hari ini yang masih mengamalkan ilmu kebatinan yang berbahaya.

    Antara ilmu yang paling digeruni adalah ilmu yang menggunakan patung dakan. Hal ini

    mungkin berkait rapat dengan perasaan dendam dan rasa tidak puas hati terhadap

    seseorang. Namun begitu, hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkannya dan

    pegangan agama yang kuat telah menyekat masyarakat ini daripada terus melakukannya.

    Fakta ini mengajar saya bahawa setiap etnik itu mempunyai ilmu dan kebolehan yang

    tersendiri yang patut kita tahu sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan sedia ada.

    Namun begitu, saya tidak seharusnya memandang serong masyarakat Melanau, hanyakerana mereka mengamalkan kepercayaan yang dikira melampau ini. Mungkin alasan

    disebalik perlakuan tersebut adalah berlainan dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat

    umum seperti saya dan setiap individu seharusnya menghormati budaya etnik lain.

    Semasa menyiapkan tugasan ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh kami

    sekumpulan iaitu kami kekurangan idea untuk mengarang peranan yang dimainkan oleh

    pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut kemerdakaan. Hal ini sangat mendebarkan kami

    kerana bimbang jika kami tidak mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    34/37

    34

    Namun begitu, kami telah mengumpul sebanyak fakta yang mungkin dan memilih satu

    dengan kata sepakat.

    Kelemahan seterusnya ialah fakta berkenaan kaum Melanau sangat susah dijumpai

    di perpustakaan. Setakat yang dijumpai hanya dua atau tiga buku sahaja. Hal ini sangatmembimbangkan kami kerana maklumat tentang kaum ini sangat sedikit. Walau

    bagaimanapun, saya cuba mencarinya di laman sesawang dan menjumpai pelbagai sumber

    yang boleh dipercayai. Antaranya blogspot dan sebagainya. Akhirnya, saya dapat

    mengumpul maklumat yang banyak, padat dan isi-isi penting.

    Kesimpulannya, setiap ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini

    harus saya guna dan aplikasikan dalam kehidupan saya terutamanya nilai menghormati

    budaya setiap etnik, amalan memberi dan menerima dan sikap perpaduan dalam hidup

    bermasyarakat. Untuk bergelar seorang pendidik yang cemerlang, saya harus mengamalkan

    sikap-sikap terpuji ini dan diharap sikap tersebut dapat dijadikan contoh terbaik kepada

    murid-murid saya kelak.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    35/37

    35

    Haritharan a/l Chandran

    Kami telah diberikan tugasan projek yang perlu disiapkan secara berpasangan. Ia

    melibatkan subjek Hubungan Etnik yang berkod WAJ3106. Projek ini memerlukan kami

    untuk mencari maklumat mengenai sesuatu suku kaum yang dipilih dan juga menyediakansatu penulisan ilmiah mengenai peranan pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut

    kemerdekaan.

    Setelah diberikan penerangan serba sedikit mengenai tugasan ini oleh pensyarah,

    kami telah mengagih-agihkan tugas yang perlu dibuat. Saya mendapat bahagian

    menyediakan satu penulisan ilmiah mengenai peranan pelbagai pihak di Malaysia dalam

    menuntut kemerdekaan. Walaupun tugasan telah diagihkan kami tetap tolong antara satu

    sama lain bagi memastikan tugasan tidak keluar daripada tajuk yang diberikan dan juga

    membolehkan pancarian maklumat menjadi senang. Kami berkerjasama untuk menyiapkan

    tugasan ini. Sikap kerjasama ini adalah sesuatu yang penting untuk menyiapkan projek

    secara berkumpulan. ini telah memberi implikasi kepada saya iaitu saya harus bekerjasama

    dengan guru lain di mana jua saya berada bagi memastikan sesuatu kerja berjalan dengan

    lancar dan boleh disempurnakan.

    Selain itu kita haruslah ada persefahaman dengan ahli kumpulan yang lain agar kita

    dapat mencapai kata sepakat untuk menyiapkan kerja. Sepanjang menjalankan tugasan ini,

    saya dan ahli kumpulan saya mempunyai persefahaman yang baik dan semua kerja

    berjalan dengan lancar.

    Bagaimanapun sikap-sikap ini tidak dapat ditunjukkan setiap masa dalam

    menyiapkan projek ini kerana kami telah diberi kerja kursus subjek lain pada masa yang

    sama. saya tidak dapat mengagihkan masa kerana kerja kursus ini terlalu banyak dan saya

    tidak dapat menentukan mana satu yang saya harus fokus dan menyiapkan dahulu.

    Sesungguhnya sepanjang menyiapkan projek ini banyak penemuan baru dapat saya

    alami dan ketahui. Semester ini ilmu tentang Hubungan Etnik menjadi sesuatu baru yang

    dipelajari oleh saya. Walaupun ini sesuatu baru saya tetap berusaha untuk mengenali

    segala resos yang dinyatakan dalam subjek ini. Sebagai seorang guru pelatih ataupun

    menjadi guru kelak kita haruslah bersedia mengahadapi segala cabaran yang dihadapi

    walaupun dalam akademik atau kehidupan seharian.

    Selain itu, ada masa saya berasa menyediakan satu penulisan ilmiah ini

    menyakitkan kepala kerana pencarian maklumat mengenai sejarah merdeka haruslah betul

    dan sah. Saya terpaksa menyemak semula buku-buku berkaitan sejarah Malaysia dan buku

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    36/37

    36

    rujukan lian untuk memastikan maklumat yang dicari adalah sah. Semua ini melatih saya

    untuk lebih bersabar dan membuat kerja dengan cermat. Apabila kita tidak menemui apa

    yang kita cari kita tidak harus merasa berputus asa dan berusaha mencarinya.

    Perkara yang tidak dapat diterima adalah masalah laman sesawang yang lembab.Semasa membuat tugasan ini, satu kelebihan yang ada pada kami adalah penggunaan

    laman sesawang. Ini kerana, sesuatu perkara yang tidak ketahui dapat diakses terus pada

    masa itu dan mendapat jawapan kepada persoalan yang timbul. Sekiranya, pengaksesan

    laman sesawang ini lembab maka kerja kami menjadi lambat dan juga masa juga dibazirkan

    dalam menunggu dalam sesuatu laman sesawang diproses sepenuhnya. Ini menjadi satu

    kekangan dalam menyiapkan tugasan projek ini.

    Cadangan saya adalah tugasan kerja kursus atau sesuatu projek haruslah diberi

    pada minggu yang tidak bertindih dengan tugasan subjek lain kerana ini boleh

    meningkatkan ketekanan pelajar. Ini kerana mereka tidak menentukan mana satu yang

    hendak dihabiskan. Mereka akan sentiasa berfikir tentang tugasan lain pada masa mereka

    tengah membuat sesuatu tugasan dan ini akan berakhir dengan tugasan yang tidak

    berkualiti dan juga boleh juga mengesan banyak kesalahan dalam tugasan tersebut.

    Sekiranya hal ini tidak mahu berlaku maka setiap tugasan haruslah diberi pada suatu masa

    dan diikuti dengan tugasan lain selepas tarikh hantar tugasan sebelumnya.

    Saya juga mencadangkan pihak institut boleh memasang perkhidmatan jalur lebar

    yang sentiasa memberi kelajuan pengaksesan laman sesawang yang stabil dan laju.

    Perkara ini boleh meningkatkan efisiensi pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka dan

    juga dapat menjimatkan masa mereka daripada menbazirnya menunggu sesuatu laman

    sesawang itu diproses sepenuhnya.

    Saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang

    menjalankan tugasan ini amat berharga dan berfaedah bagi diri saya sendiri dan rakan-

    rakan saya. Apa yang saya pelajari dari guru pemerhati yang begitu berpengalaman adalahsesuatu yang harus diambil berat dan harus dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 7/28/2019 Hubungan Etnik Kaum Melanau

    37/37

    6.0 Bibliografi

    Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1983), Kajian Budaya dan Masyarakat di

    Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau

    (Diakses pada 23 Mac 2013)

    http://www.nainetphotomania.com/blog/pesta-kaul-masyarakat-melanau-mukah/

    (Diakses pada 24 Mac 2013)

    http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negara

    (Diakses pada 6 Mac 2013)

    http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-kemerdekaan-tanah-melayu.html

    (Diakses pada 7 Mac 2013)

    www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html

    (Diakses pada 7 Mac 2013)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

    (Diakses pada 8 Mac 2013)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_umum_Melanau

    (Diakses pada 25 Mac 2013)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melanauhttp://www.nainetphotomania.com/blog/pesta-kaul-masyarakat-melanau-mukah/http://www.nainetphotomania.com/blog/pesta-kaul-masyarakat-melanau-mukah/http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negarahttp://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negarahttp://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-kemerdekaan-tanah-melayu.htmlhttp://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-kemerdekaan-tanah-melayu.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_umum_Melanauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_umum_Melanauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_umum_Melanauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysiahttp://www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-kemerdekaan-tanah-melayu.htmlhttp://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negarahttp://www.nainetphotomania.com/blog/pesta-kaul-masyarakat-melanau-mukah/http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau