kesatuan - jkkn.gov.my vmy 2014 booklet.pdf · pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan...

9
Kesatuan Kepelbagaian dalam

Upload: vumien

Post on 13-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Kesatuan Kepelbagaiandalam

Page 2: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Produk Seni Budaya

VISIT M

ALAYSIA

20143

VISIT MALAYSIA

20142

Maksud : Selagi hidup di muka bumi ini, maka kehidupan adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sama ada yang ditetapkan oleh manusia mahupun agama.

mati dikandung tanahHidup dikandung adat,

Page 3: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

VISIT M

ALAYSIA

20145

VISIT MALAYSIA

20144

Kandungan

56810

Pengenalan JKKN :Inspirasi Seni Budaya Malaysia

Seni Budaya :Faktor Penyatuan Kaum danProduk Pelancongan

Seni Budaya :Wanita dan Seni Budaya

Produk :Seni Budaya Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014

Pengenalan JKKN

Program JKKN bagi tahun 2014 dirancang rapi ke arah mengeratkan jalinan mesra 1 Malaysia, melibatkan generasi muda dan menyuntik nilai ekonomi melalui pengkomersilan dan produk seni dan budaya. Selain dari itu jua, JKKN akan terus aktif menjana kreativiti para penggiat seni budaya untuk terus bereksperimen dan membangunkan program latihan kepada para penggiat seni budaya. Aktiviti JKKN juga dilaksanakan ke arah merealisasikan visi kementerian untuk menjana ekonomi negara melalui industri kreatif. Ini juga bersesuaian dengan matlamat JKKN 2014 iaitu sebagai jabatan yang memberi inspirasi seni budaya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seni Budaya MalaysiaInspirasi

Mengenali Jabatan Kebudayaandan Kesenian Negara (JKKN)JKKN kini berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK). Bermula sebagai Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953, JKKN kini sudah pun berada di bawah naungan lapan kementerian selama 60 tahun penubuhannya.

Aktiviti-aktiviti JKKN adalah berpaksikan kepada sepuluh teras iaitu Pengembangan Seni, Pengembangan Budaya, Dokumentasi dan Penerbitan, Perancangan dan Penyelarasan, Pembangunan Produk Seni Budaya, Bimbingan Seni Budaya, Pengukuhan Seni Budaya, Penyelidikan dan Pembangunan, Pembangunan Produksi dan Artistik serta Promosi, Publisiti dan Komunikasi Korporat.

PengenalanSeni dan budaya merupakan satu komponen penting dalam usaha untuk membangun dan memajukan negara. Masyarakat Malaysia yang berbudaya, bersatu dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah intipati utama untuk menentukan negara dan rakyatnya mengecapi kesejahteraan hidup. Oleh yang demikian program melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia perlu dipertingkat dan dimantapkan.

JKKN sebagai salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)berusaha melaksanakan program pembangunan kebudayaan dan kesenian melalui usaha-usaha penyemarakkan seni dan budaya, pengekalan dan penerusan seni budaya serta usaha meningkatkan pemahaman dan penghayatan seni budaya ke arah perpaduan kaum 1 Malaysia. Sekaligus menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia dalam usaha memakmurkan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dalam konteks seni budaya di samping berusaha mengangkat aktiviti seni dan budaya sebagai sebahagian daripada produk pelancongan Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

YBhg Datuk Norliza Rofli,Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara

Page 4: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

VISIT M

ALAYSIA

20147

VISIT MALAYSIA

20146

Seni Budaya sebagai FaktorPenyatuan Kaum dan Produk Pelancongan

Salah satu daripada teras utama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan adalah ke arah mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat menerusi seni budaya. Malahan turut mengangkat produk seni budaya sebagai tarikan pelancong ke Malaysia. Sehubungan itu program

dan aktiviti seni dan budaya yang dirancang untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan mahupun negeri dicerna pengisiannya bagi maksud perpaduan dan menyemarak dan merakyatkan seni dan budaya. Juga mengangkat produk seni budaya ini ke tahap yang membanggakan dan mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia di samping pelancong domestik pula akan lebih menghargai seni budaya itu sendiri.

Penglibatan Generasi Muda Masa KiniGenerasi muda merupakan kelompok terbesar di negara ini . Para remaja dan golongan muda perlu diberi perhatian. Aktiviti seni dan budaya di bawah JKKN turut mensasar kelompok ini terutama pembinaan modal insan seni di kalangan kanak-kanak hingga remaja. Di bawah Program Bimbingan Seni, JKKN melaksanakan Kelab Tunas Budaya (Sekolah Rendah) dan Kelab Giat Budaya (Sekolah Menengah) di sekolah-sekolah di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Manakala penyediaan Jurulatih Seni Budaya Negara yang terlatih dan diiktiraf juga turut dilaksanakan oleh JKKN untuk terus memberikan latihan bersepadu kepada anak-anak yang menyertai Kelab Tunas Budaya dan Kelab Giat Budaya tadi. Walaubagaimanapun golongan mahasiswa dan komuniti setempat yang lebih dewasa juga tidak dipinggirkan. Bagi tujuan tersebut, Kelab Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR) turut diadakan di seluruh negara. Di samping Kelab Siswa Budaya yang bergerak aktif di bawah naungan JKKN dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM). JKKN turut terlibat dalam penubuhan Sekolah Seni bersama

Pembangunan Industri KreatifSelaras dengan hala tuju untuk membangunkan industri kreatif seni dan budaya, aktiviti dan

produk seni akan dipertingkatkan. Fokus aktiviti adalah kepada aspek penyelidikan, pembangunan produk, promosi dan pemasaran. Bagi tahun 2014, JKKN akan berusaha membangun dan

menambahbaik produk-produk seni dan budaya iaitu :

Koir Kebangsaan • Koir Remaja Kebangsaan • PERMATA Seni Tari• PERMATA Seni Koir • Kumpulan Kesenian JKKN • Senam 1Malaysia •

Duta Lagu Rakyat • Duta dari Program Pencungkilan Bakat •Kumpulan Mak Yong Kijang Emas

Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil daripada produk bimbingan seni ini, JKKN berjaya melahirkan bakat besar menerusi program realiti TV hasil kerjasama dengan RTM iaitu Lantai Cilik yang merupakan satu-satunya Pertandingan Tarian Tradisional Berkumpulan di kalangan kanak-kanak sekolah. Pada tahun 2012 yang lalu, Kiawayan Dance Club dari SK Kiawayan, Tambunan, Sabah muncul juara pada tahun tersebut.

Seni Budaya

SENI BUDAYA : Dari dilahirkan hingga ke liang lahadSetiap manusia di bumi ini hidup dilingkungi dengan budaya dan seni yang

tersendiri berdasarkan kepercayaan tempatan di mana mereka dilahirkan. Sinonim dengan pengaruh tercetusnya istilah seni budaya itu sendiri harus

dimengertikan agar menjadi satu istilah yang dominan kepada masyarakat amnya. Berbalik kepada pengertian seni budaya apakah penjelasan sebenar

seni dan budaya itu sendiri? Seni menurut Kamus Dewan mengandungi dua pengertian. Pertamanya seni adalah sesuatu yang halus, hasil daripada sesuatu

ciptaan atau kebolehan mencipta sesuatu yang luar biasa. Seni bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu yang terhasil daripada sesuatu ciptaan dan merupakan ekspresi atau manifestasi manusia yang kreatif kepada keindahan.

Manakala budaya dari kata akar budi dan daya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal fikir (cara berfikir dan berkelakuan). Pada amnya budaya boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang melingkungi kehidupan dan secara tidak langsung membentuk satu peradaban yang membawa ke arah ketamadunan satu-satu bangsa. Justeru seni dan budaya adalah penting kerana menerusi seni budaya maka ekspresi seseorang manusia atau sesebuah masyarakat akan membawa masayarakat tersebut ke arah satu cara hidup yang beradab, tinggi ketamadunannya dalam ruang lingkup kehidupan serta membentuk nilai-nilai murni bangsa.

Sejak dilahirkan, sesorang bayi itu (dalam konteks masyarakat Melayu) biasanya akan di sambut dengan gembira oleh sang ayah dengan mengazan (jika bayi lelaki) atau mengiqamahkan (jika bayi perempuan) anaknya yang baru lahir itu. Itulah lingkungan budaya masyarakat dan ajaran Islam. Setelah segala peraturan tersebut selesai, bayi tersebut ada kalanya setelah beberapa bulan atau hari akan diadakan acara adat cukur jambul atau berendoi (di sesetengah tempat) sebagai melambangkan kegembiraan malah kesyukuran ibu bapa menyambut keluarga baru dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan bayi tersebut kepada sanak saudara dan masyarakat sekitarnya. Sejak dari itu, proses perkembangan anak tadi dari kecil hingga meniti alam dewasa akan melalui pelbagai pengalaman dan didikan sama ada secara formal atau tidak yang membudayakan keseluruhan hidupnya sehingga dewasa. Upacara berkhatan, berkhatam Al-Quran, bermain permaianan tradisi hinggalah melalui pelbagai proses menuju kedewasaan. Justeru seni budaya sebenarnya memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita apatah lagi sebagai masyarakat Timur yang masih kuat identiti dan jati dirinya.

Page 5: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Produk Seni Budaya

VISIT M

ALAYSIA

20149

VISIT MALAYSIA

20148

SeniBudaya

Wanita dan

Page 6: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Produk Seni Budaya

VISIT M

ALAYSIA

201411

VISIT MALAYSIA

201410

ProdukSeni Budaya Menjelang

Tahun Melawat Malaysia2014

Mac 2014Cita Rasa Kampung KitaProgram Merakyatkan BudayaTarikh : 8 Mac 2014Tempat : Homestay Tanjung Piai, Johor

Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dimana anda dapat menjamah makanan tradisional rumah kampung dan juga menikmati berbagai jenis produk buatan tangan.

Februari 2014PESTA Angin Timur PerlisTarikh : 22 & 23 Februari 2014Tempat : Perlis

Irama Kelantan‘Muzik Kito’

Tarikh : 30 & 31 Mac 2014Tempat : Dataran KADA,

Kok Lanas, Kelantan

Nikmati koleksi kerohanian dan irama muzik tradisional Kelantan dengan keindahan pemandangan kampung tradisional dengan

muzik tradisi yang unik dan menenangkan jiwa.

Adat Perpatih(Adat Tradisional)Tarikh : 8 & 9 Februari 2014Tempat : Istana Lama Seri Menanti,Kuala Pilah, Negeri Sembilan

April 2014Mari Berakit Ke Sungai!‘Menghilior Di Kuale’Tarikh : 12 & 13 April 2014Tempat : Pesisiran Sayong, Kuala Kangsar, Perak

Di mana air jernih mengalir, di situlah peminat pengembaraan akan pergi. Ujilah kemahiran sungai dan jeram yang terapung menarik ke sungai air jernih di tengah-tengah hutan hujan yang subur dan bersuasana kampung di samping anda boleh menyusuri pesisiran Sungai Kuala Kangsar, Perak

Pesta KaulTarikh : 23 – 27 April 2014Tempat : Pantai Kala Dana, Mukah, Sarawak

Kaul adalah pesta tradisional yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang persisiran pantai. Pesta ini merupakan satu ritual penyucian dan kesyukuran dan juga menjadi salah satu dari upacara untuk mendapat rezeki dengan baik mengikut adat Melanau.

Mari MemancingDengan Tangan!

‘Moh Mengganggo’Tarikh : 30 & 31 Mei 2014

Tempat : Sungai Manik, Telok Intan, Perak

Alami cara tradisional menangkap ikan dengan hanya menggunakan tangan anda sahaja !

Sementara itu anda boleh menikmati makanan tradisional air tawar dan marilah rasakan

keindahan tebing sungai di kampung.

Mei 2014Pesta Musim Mangga Perlis‘Semusim Berharum Manis’Tarikh : 11 Mei 2014Tempat : Dusun Batu Pahat, Perlis

Pelbagai jenis buah mangga tempatan yang terbaik dapat ditemui; makanan tradisional, tarian dan pertandingan jom makan mangga ! Ini merupakan satu detik dan pengalaman di kebun mangga dan keenakan buah mangga yang tak dapat dilupakan.

Mari Makan Nasi Ambeng!‘Ekspresi Nasi Ambeng’

Tarikh : 19 April 2014Tempat : Kapar, Selangor

Jika tadi anda mengenali ‘Raja Buah Malaya’, di Selangor pula terdapat hidangan nasi yang boleh dikatakan sebagai

‘Raja Nasi’ iaitu Nasi Ambeng yang popular di kalangan masyarakat berketurunan Jawa di Selangor, Johor dan Perak. Nikmati hidangan nasi yang enak ini secara tradisi di kenduri

rakyat yang dilaksanakan di perkampungan yang cukup mendamaikan, jauh dari sesak hutan kota.

Page 7: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Produk Seni Budaya

VISIT M

ALAYSIA

201413

VISIT MALAYSIA

201412

Jun 2014Pesta Bebulang!(Pesta Tradisi Etnik Bisaya)Tarikh : 7 – 9 Jun 2014Tempat : Batu Danau, Limbang

Saksikan acara tradisi Pertandingan Lumba lembu, manisfestasi adat tradisional kaum Bisaya serta Pertandingan Ratu Cantik Bisaya.

Harta Karun Pahang‘Khazanah Sungai Pahang’Tarikh : 8 & 9 Jun 2014Tempat : Jeti Chenor Lama

Mari Buat Emping!(Bijirin Tradisional)‘Pesta Mengemping’Tarikh : 13 & 14 Jun 2014Tempat : Besut, Terengganu

Jika anda peminat emping jagung buatan Barat, apa kata anda saksikan pembuatan emping tradisi tempatan yang unik dan tersendiri di Besut, Terengganu. Sambil menikmati keenakan emping, anda boleh merasai suasana kampung yang segar dan mendamaikan.

Manifestasi LaguTradisional Melaka‘Dondang Sayang’Tarikh : 15 Jun 2014Tempat : Pantai Puteri Melaka

Ramai peminat muzik jazz di seluruh dunia tidak mengetahui bahawa sebenarnya di Malaysia kita punya jazz tempatan. Muzik yang seakan-akan alunan jazz dan blues iaitu Dondang Sayang ini merupakan irama tradisi yang sarat dengan unsur pendidikan, kasih-sayang dan gurau mesra hasil karangan pantun spontan yang indah pasti memukau. Cubalah sertai nyanyian dondang sayang dengan bisikan bayu Pantai Puteri, Melaka.

Mari Makan Durian!‘Moh Wei Jamah Deghoyan!’Tarikh : 14 & 15 Jun 2014Tempat : Dataran Long Jaafar,Bukit Gantang, Perak

‘Raja Buah Malaya’ iaitu durian memang cukup popular di kalangan pelancong domestik Malaysia! Nikmati keenakan ‘Raja Buah Malaya’ ini di tempat yang bersesuaian pastinya di Bukit Gantang, Perak! Pelbagai jenis buah durian dilambakkan di sini untuk anda nikmati bersama sekeluarga!

Festival Layang-LayangTarikh : 21 & 22 Jun 2014Tempat : Taman Metropolitan, Kepong,Kuala Lumpur

Pelbagai jenis layang-layang serta wau tempatan yang terbaik dapat ditemui. Harungi kepanasan musim khatulistiwa dan kegirangan berlari-larian menarik layang-layang dan alami keseronokan hingga ke kemuncaknya! Rakamkanlah detik indah di mana anak-anak anda berjaya menerbangkan layang-layangnya yang pertama di sini.

Jom Huma(Penanaman Sawah Padi)Tarikh : 22 Jun 2014Tempat : Rumah Panjang Lundayeh,Sipitang, Sabah

Penanaman sawah padi di jelapang padi sudah begitu banyak di semenanjung. Tetapi pernahkah anda mengenali padi huma? Jika belum jom kita sama-sama melihat keunikan padi huma ini dengan kaedah penanamannya secara tradisi dan cukup unik sarat dengan budaya etnik Lundayeh di Sipitang, Sabah. Alaminya sendiri kaedah penanaman padi tradisi ini dan jangan lupa merakamkan detik indah ini.

Festival Ramadan Kuala LumpurTarikh : Jun 2014Tempat : Kuala Lumpur

Anda cukup bertuah jika dapat menikmati pengalaman berpuasa di ibu kota dan jangan lupa penuhi hujung minggu anda dengan aktiviti berbuka puasa di atas jalan raya sementara eratkan ikatan kekeluargaan dengan aktviti keruhanian seperti mendengar tazkirah Ramadan, bersolat terawih bersama seisi keluarga serta menikmati keindahan senja di Kuala Lumpur! Anda juga boleh bergembira sepanjang Ramadan dengan mengunjungi bazaar-bazaar Ramadan yang banyak di ibu kota!

Julai 2014Festival Kuala LumpurTarikh : 1 – 31 Julai 2014Tempat : Kuala LumpurNikmati keindahan Julai dengan Festival Kuala Lumpur! Festival yang menjanjikan 1001 kegembiraan dengan hidangan program-program Seni Persembahan, Seni Tampak, Warisan, Makanan Tradisi dan Permainan Tradisi serta pelbagai aktiviti pelancongan, rekreasi, kraf ini pasti akan memberikan pelbagai pengalaman berharga sepanjang anda berada di ibu kota! Layari laman facebook Urus Setia KL Fest untuk maklumat lanjut.

Bazar Ramadan1Malaysia JohorTarikh : 29 Jun - 27 JulaiTempat : Pekan Rabu, TampoiJohor Bahru

Pesta Ramadan‘Bertuntung’Tarikh : 24 & 25 Julai 2014Tempat : Satok, Kuching

Page 8: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Produk Seni Budaya

VISIT M

ALAYSIA

201415

VISIT MALAYSIA

201414

Ogos 2014Jom memancing ‘Ikan Sembilang’ (Ikan Keli) ‘Masakan & Memancing Ikan Sembilang’Tarikh : 23 Ogos 2014Tempat : Sungai Sembilang, Seberang Perai Tengah Juru, Pulau Pinang

Pesta Gendang Tradisional Pulau PerhentianTarikh : 23 & 2 Ogos 2014Tempat : Pulau Perhentian, Terengganu

September 2014Pesta Mongiggol

(Majlis Tradisional Rungus)Tarikh : 6 September 2014

Tempat : Rumah Panjang rungus,Kudat, Sabah

Alam MasyarakatPeribumi PahangTarikh : 13 September 2014

Tempat : Dataran Pekan, Pahang

Masyarakat Peribumi Pahang meraikan dan berkongsi kebudayaan mereka di

festival tradisional dan kontemporari yang berwarna-warni di Pekan, Pahang. Alami

kehidupan bersama komuniti peribumi ini atau mengembara ke masa lampau

dalam pesta peribumi ini. Lihat dan hayati seni masyarakat peribumi di sini. Nikmati

semuanya dari pengalaman merasai kehidupan mereka sehinggalah kepada cara

hidup dan persembahan seni budaya yang bakal dilaksanakan.

Oktober 2014InspitariTarikh : Oktober 2014Masa : 8.30 PM – 10.30 PMTempat : ISTANA BUDAYA, KL

Pelbagai jenis tarian tradisional disuntik elemen komersial serta diolah dalam bentuk penciptaan yang baru. Persembahan ini adalah pertemuan yang baik disertakan dengan irama dan bunyi-bunyian yang menyentuh jiwa anda di mana ianya di antara kesenian Malaysia yang hampir pupus dan diberi sentuhan segar untuk dinikmati semua. Ruh tradisi dalam bentuk baru.

PESTA Joget1Malaysia MelakaTarikh : 18 Oktober 2014Tempat : Melaka

November 2014Dikir Barat PerdanaTarikh : 1 November 2014Tempat : Kompleks JKKN, Kelantan

Malaysia International Performing Arts Festival (MIPAF 2014)Tarikh : 22 & 26 November 2014Tempat : PWTC

Page 9: Kesatuan - jkkn.gov.my VMY 2014 BOOKLET.pdf · Pelbagai jenis permainan tradisional, kraf tangan dan makanan tradisional Johor dapat ditemui di sini! ... kaum Melanau yang tinggal

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara (JKKn)Aras 2-6 Blok F, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50480 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2614 8200 Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)E-mel : [email protected] mysenibudaya

www.jkkn.gov.my

Kementerian Pelancongandan Kebudayaan Malaysia