adat resam orang melanau

27
ADAT RESAM ORANG MELANAU

Upload: winy-xian

Post on 20-Nov-2015

102 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

melanau

TRANSCRIPT

Adat Resam Orang Melanau

Adat Resam Orang Melanau

Masyarakat Melanaumerupakan masyarakat etnik di Sarawak.Mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.

Kelahiran

Sewaktu Mengandung Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.

Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.Semasa mengandung wanita tersebut juga tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas Lahir

Orang kampung dan saudara mara akan datang melawat dan akan membawa hadiah bersama. Dilarang memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang , ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau.

Perkahwinan

Masyarakat Melanau mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Asas adat perkahwinan seperti : merisik, meminang ,majlis perkahwinan.

Perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara.Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak.

Masyarakat Melanau mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Asas adat perkahwinan seperti : merisik, meminang,majlis perkahwinan.

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga.

14

Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersamao. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan

Masyarakat Melanau mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Asas adat perkahwinan seperti : merisik, meminang,majlis perkahwinan.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan.

Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan

Peraturan Dalam Perkahwinan

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

BUDAYA MELANAU

PAKAIAN TRADISIONAL(LELAKI)

1. Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. 2. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL(WANITA1) Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.2) Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul